Referendum: SPPBS ganggu tumpuan tenaga pendidik
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
“Prinsipnya kita bersetuju dengan sistem pentaksiran yang holistik bagi menggambarkan kualiti para pelajar, namun dari aspek operasi dan pelaksanaannya ia dilihat lemah serta membebankan malah mengganggu tumpuan para pendidik kepada tugas asas mereka,” ujar Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.
Beliau berkata, sejak pelaksanaannya pada tahun 2011 dan 2012, kita melihat ramai pihak mengeluh dengan sistem berkenaan sehingga wujud beberapa task force yang membantah pelaksanaan tersebut.
Katanya, PBS sangat menyusahkan sehingga kemudaratannya jauh lebih banyak dari manafaat yang dijangka.
Oleh yang demikian, kata beliau perlu wujud satu mekanisme seperti referendum bagi mendapatkan pandangan dalam usaha menambahbaik pelaksanaan tersebut.
Justeru, tegasnya jangan menafikan pandangan golongan pendidik kerana mereka merupakan pihak pelaksana sistem dan pastinya tindakan mereka akan mencerminkan keberkesanan sistem berkenaan.
“Kita tidak mahu pihak kerajaan mengusulkan dasar yang tidak matang sehingga akhirnya akan berlaku 'flip flop' dan merugikan banyak perkara,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.
Tanda-tanda ada gangguan jin dalam rumah
- Dec 19, 2013
- http://www.tranungkite.net
Masakan selalu dan cepat basi ( rosak) . Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
Selain itu, ini juga 13 tanda-tanda lain terdapatnya gangguan jin di dalam rumah:
1.Anda selalu rasa tak tenteram bila berada dalam rumah...dan anda sendiri tak tahu apa sebabnya...
2.Bagi orang yang lemah semangat...ia merasa takut berseorangan dalam rumah...tanpa sebab yang munasabah...
3.Selalu terjadi pertengkaran...pergaduhan...atau perasaan benci membenci dalam kalangan serumah......perkara kecil pun boleh membawa kepada pertengkaran besar...malah mungkin juga dendam kesumat...
4.Selalu ada orang sakit dalam rumah...samada orang yang sama atau berganti-ganti...samada orang tua...dewasa...atau kanak-kanak......dan penyakitnya ada gejala yang boleh mengaitkan ia dengan gangguan jin...
5.Rumah itu cepat 'berhantu' jika ditinggalkan kosong ...iaitu mungkin ada bunyi-bunyi ganjil atau kegiatan seperti ada manusia di dalam rumah itu...malah mungkin suara memanggil orang yang lalu di depan rumah......atau jelmaan-jelmaan jin samada secara jelas...atau bayang serta kelibat-kelibat makhluk aneh......atau mungkin orang yang melintas akan nampak 'seseorang' yang berdiri di jendela...dan sebagainya...
6.Malah jika lebih berat...semasa didiami manusia pun...berbagai perkara ganjil berlaku...seperti suara berbisik...berbual-bual...atau berbagai bunyi asing seperti bunyi pintu terbuka...tertutup...bunyi orang melangkah dan sebagainya terutamanya diwaktu malam...
7.Ada pada bahagian tertentu dalam rumah itu di mana anda merasa panas...terhidu bau busuk atau bau aneh...merasa seram tanpa sebab...malah kadang-kadang sakit atau merasa serangan benda halus ketika anda melintas...atau berada pada tempat berkenaan......ia sangat jelas jika dalam rumah itu ada tempat khas seperti bilik contohnya...yang menjadi tempat pemujaan jin...walau apa pun tujuannya......atau menjadi tempat simpanan sesuatu benda sihir iaitu apa saja benda yang didampingi atau dijaga jin...contohnya tangkal...senjata lama...batu...kayu...cincin dan sebagainya...
...kadang-kadang bilik yang berkunci tiada orang...tiba-tiba kelihatan terang benderang dari luar seolah-olah lampu dipasang dan ada bunyi atau suara ganjil...
8.Ada kanak-kanak yang selalu kencing malam...walaupun berbagai ikhtiar dibuat untuk mencegah nya...suka berbuat nakal dan selalu mimpi aneh atau mengigau...dan sebagainya...
9.Anda sukar tidur diwaktu malam...rasa resah gelisah tanpa sebab...atau selalu terjaga diwaktu malam......atau ada juga orang yang merasa ramai 'orang' dalam bilik menumpang dan menemaninya tidur...
10.Kalau orang luar yang berdamping atau didampingi jin masuk ke dalam rumah...ia mungkin merasa pening...gelisah...takut...malah ada juga yang jatuh sakit tiba-tiba......atau pitam...atau rasa diserang sesuatu yang tidak ke-
lihatan...
11.Isi rumah merasa sukar mengerjakan ketaatan...terutamanya mengerjakan solat...
12.Timbul berbagai masalah antara suami isteri...seperti selalu bertengkar...cemburu buta...atau yang sering terjadi...marah tak tentu pasal pada pasangan...
13.Selalu ada kelibat bayang hitam melintas pada panda ngan ekor mata...atau mungkin juga jelmaan-jelmaan aneh...
sumber: facebook, http://carigold.com
Felda ceburi bidang perniagaan tanpa pindaan ordinan
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
Ketika memberikan keterangan, beliau berkata Felda bagaimanapun perlu berubah (daripada objektif penubuhannya) seiring dengan transformasi negara.
Sehubungan itu ujarnya, objektif penubuhan asal Felda iaitu "untuk membasmi kemiskinan dengan memberikan tanah kepada rakyat miskin" telah berubah kepada "menjadi rumah kuasa ekonomi (economic power house) yang berupaya menghasilkan pendapatan sampingan kepada peneroka".
Faizoull menjawab soalan peguam defendan, William Leong pada sesi soal balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
Bekas Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda itu menjadi saksi utama saman fitnah Felda terhadap Mazlan Aliman dan enam yang lain ekoran berita yang tersiar dalam Harakah dan Suara KeADILan yang mengkritik urusniaga minyak kelapa sawit Felda dengan Israel.
Faizoull dilantik Pengarah Besar Felda pada 2 Ogos 2012.
Beliau menjelaskan, sebelum dilantik Pengarah Besar, beliau tidak terlibat dalam urusan perniagaan Felda dan hanya "menjaga urusan Felda dengan peneroka".
Selain Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, turut dinamakan dalam writ saman Felda ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah, Taufek Yahya, wartawan Mohd Arif Atan, syarikat pencetak Harakah, Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd. dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Defendan diwakili Mohamed Hanipa, William Leong, Nasar Khan Mirbas Khan dan Azhana Mohd Khairuddin manakala kumpulan peguam plaintif diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Kes didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Lee Hen Chong.
Menjawab soalan William Leong, Faizoull mengakui tidak mengetahui wujud perdagangan antara Malaysia dan Israel sejak tahun 1996 seperti dinyatakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 17 November 2011.
Ketika ditanya William Leong sama ada beliau mengetahui Biro Pusat Statistik Israel merekodkan pertumbuhan nilai perdagangan antara Malaysia-Israel dari 1995 hingga 2013, Faizoull sekali lagi menjawab tidak tahu.
William Leong kemudian menyerahkan dokumen berkaitan kepada mahkamah sebagai exhibit.
Perbicaraan yang sepatutnya disambung hari ini ditangguh ke satu masa yang ditetapkan kemudian ekoran peguam Mohd Hafarizam terlibat dalam perbicaraan petisyen pilihan raya umum.
Peranan media massa di Indonesia
- Dec 17, 2013
- Muhammad Alias & Siti Hanisah USIM
Antara sebab-sebab yang menyebabkan tercetusnya idea untuk penulisan artikel ini adalah kerana media massa di Indonesia sebuah media yang bebas dan mempunyai banyak jenis agensi media massa. Tambahan pula, media massa Indonesia banyak terpengaruh dengan budaya barat dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat.
Konsep kebebasan akhbar di Indonesia adalah bersumberkan kepada Artikel 28 Perlembagaan Indonesia 1945 dan selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.Ini menunjukkan bahawa akhbar di Indonesia tidak tertakluk kepada tapisan, larangan, dan sekatan dan ia boleh dikatakan bahawa akhbar di Indonesia adalah bebas sepenuhnya.
Konsep kebebasan ini diperkukuhkan lagi menerusi Akta Akhbar 1999. Artikel 2 menyatakan, kebebasan akhbar adalah satu daripada ciri-ciri kedaulatan rakyat berasaskan kepada prinsip-prinsip demokrasi, kesaksamaan dan supremasi undang-undang.
Artikel 4(1) menyatakan, kebebasan akhbar adalah dijamin sebagai hak asasi setiap warganegara. Artikel 4(2) menegaskan, akhbar nasional tidak mempunyai tapisan, sekatan atau larangan. Bagaimanapun, Artikel 5(1) menyatakan, akhbar nasional mempunyai obligasi untuk melaporkan peristiwa dan pendapat dengan menghormati nilai-nilai agama dan nilai-nilai masyarakat umum.
Sementara itu, Artikel 6(b) menyatakan, akhbar nasional mestilah memainkan peranan menguatkuasakan prinsip-prinsip asas demokrasi, mempromosikan kedaulatan undang-undang dan hak-hak asasi manusia, serta menghormati kepelbagaian. Artikel 6(c) menyatakan, akhbar nasional mestilah mengembangkan pendapat umum berasaskan kepada maklumat yang benar, tepat dan sah. Selanjutnya, Artikel 13 pula menghuraikan, syarikat akhbar dilarang memaparkan iklan yang merendahkan maruah sesuatu agama.
Akhbar di Indonesia mempunyai peranan yang penting seperti negara lain yang banyak mengubah gaya hidup atau budaya setempat. Meraka menggunakan cara mempengaruhi (persuade) iaitu cara berfikir oleh suatu kelompok atau kalangan masyarakat tertentu agar menyukai dan mengikuti suatu hal yang baru atau asing bagi mereka. Pengaruh tersebut dapat dinilai dari segi positif atau negatif yang dapat membentuk suatu proses medenisasi dan westernisasi.
Menurut McQuail[1] (2000: 102) dalam bukunya berkata bahawa “the mass media are largely responsible for what we call either mas culture or popular culture, and they have ‘colonized’ other culture forms in the process”. Demikian jelaslah menunjukkan Indonesia menggunakan budaya dan gaya hidup barat dalam penyebaran maklumat melalui saluran penyiaran dan ini dikaitkan dengan era westernisasi.
Selain itu, media massa juga memberi kesan positif apabila menuju kepada proses medenisasi dimana media menyampaikan ilmu pengetahuan, inovasi pendidikan mahupun teknologi terbaru. Perusahaan asing yang mencipta teknologi canggih menggunakan media massa untuk memperkenalkan inovasi terbaru produk mereka baik berbentuk iklan komersial ataupun liputan berita. Secara tidak langsung informasi yang ditayangkan memberi pengetahuan baru kepada masyarakat Indonesia sekaligus membuatkan mereka mahu menggunakan teknologi tersebut.
Teknologi komunikasi juga telah berkembang dengan pesatnya iaitu dengan kemunculan iklan dalam televisyen mahupun majalah yang menampilkan perkembangan inovasi yang terdapat dalam telefon pintar atau internet. Hal ini menyebabkan masyarakat terpengaruh dengan media massa sekaligus meggunakan produk terbaru yang telah dikeluarkan oleh negara barat supaya tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih.
Media massa juga boleh dianggap sebagai medium dalam berpolitik dan sebagai alat penyampaian maklumat dan mesej yang sangat berkesan. Kekuatan media massa ini juga digunakan oleh pemerintah mahupun suatu kelompok masyarakat untuk mempengaruhi orang awam.
Akhbar nasional di Indonesia adalah dituntut supaya menghormati nilai-nilai agama, menghormati nilai-nilai masyarakat, menguatkuasakan prinsip-prinsip asas demokrasi, mempromosikan kedaulatan undang-undang dan hak-hak asasi manusia, menghormati kepelbagaian masyarakat yang berbilang kaum dan tidak merendahkan maruah agama serta tidak menjejaskan keharmonian antara penganut pelbagai agama, dan tidak mencemarkan kesusilaan masyarakat.
Sistem demokratik politik di Indonesia menggunakan media massa sebagai platform untuk mempertahankan keutuhan wilayah republik Indonesia dan memperkukuhkan persatuan dan kesatuan Indonesia yang akan memberi ruang yang semakin luas untuk mewujudkan keadilan social dan kesejahteraan bagi seluruh rakyat Indonesia. Sistem komunikasi politik di Indonesia dikembangkan dengan dasar komunikasi yang bebas dan bertanggungjawab.
Mengikut kepada prinsip kewartawanan adalah seseorang wartawan perlulah bersikap adil dan jujur dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.Wartawan juga perlulah bersikap terbuka dan tidak memiliki sifat berat sebelah dimana mempunyai pandangan yang serong terhadap mana-mana parti politik, kaum atau agama dalam kehidupan masyarakat.
Di samping itu, media massa juga berfungsi untuk menyuarakan suara pembangunan dan aktiviti kerja pemerintah, menyuarakan idea-idea politik, membina kebudayaan politik kemudian memelihara dan mewariskannya kepada generasi seterusnya.
Setiap media massa di Indonesia juga bebas memberitahu segala maklumat politik selagi mana tidak bertentangan dengan etika media dan tidak membahayakan kepentingan negara dan masyarakat. Di samping itu, media massa juga berfungsi untuk menyuarakan suara pembangunan dan aktiviti kerja pemerintah,menyuarakan idea-idea politik, membina kebudayaan politik kemudian memelihara dan mewariskannya kepada generasi akan datang.
Kesimpulannya, para wartawan perlulah dipantau agar berita-berita yang dipaparkan adalah benar dan mengajak masyarakat untuk ikut serta dalam membina sistem politik Indonesia yang lebih baik.
Oleh itu, kerajaan Indonesia perlulah mengurus seluruh media massa sebagai alat untuk pembangunan politik, dan bukan sebagai medium untuk menjatuhkan negara tetapi menjadikan cara kritikan yang membina bagi memajukan negara.
Datuk Wahid jangan jadi macam menteri lain
- Dec 17, 2013
- AHMAD AFIF ZULKIPLI
Memetik laporan bajet 2011, kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib pernah mengumumkan kenaikan harga tol tidak akan berlaku dalam tempoh 5 tahun. Lalu kita ingin bertanya kepada Datuk Wahid, adakah Datuk lupa untuk merujuk kenyataan Perdana Menteri dalam laporan ini dengan terus mengumumkan kenaikan harga tol tahun depan?
Perkara ini seolah-olah dilihat sebagai agenda menguntungkan kroni semata-mata tanpa mengambil kira nasib rakyat yang makin tertekan di negara sendiri. Sepatutnya kadar tol semakin rendah berikutan syarikat konsesi mendapat pulangan yang lumayan melalui pertambahan bilangan kenderaan yang menggunakannya.
Kita sekali lagi menegaskan kepada beliau selaku orang baru dalam kabinet untuk lebih mementingkan nasib dan kesusahan rakyat daripada kepentingan agenda pihak-pihak tertentu. Jika beliau gagal untuk berbuat demikian, kita fikir beliau mungkin boleh melepaskan jawatan sebagai menteri dan kembali berkhidmat bersama Maybank Berhad. Hal ini demi menjaga nama baik beliau melalui reputasi dan kecemermelangan beliau mengurus tadbir Maybank.
Kita melihat kenaikan harga tol ini merupakan siri penderaan seterusnya kepada rakyat Malaysia oleh sebuah kerajaan yang menggunakan tema “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bermula dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, peningkatan tariff elektrik tahun 2014, kenaikan tambang LRT serta monorel dan paling terbaru kenaikan harga tol yang seolah-olah menjadi pelengkap kepada kempen ‘melaksana’ janji Najib.
Anak muda dan mahasiswa komited untuk terus bersama memperjuangkan nasib rakyat khususnya melalui gerakan yang baru dilancarkan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup yang juga turut memuatkan salah satu agenda perjuangan TURUN iaitu untuk mendesak kerajaan mendedahkan perjanjian konsesi tol.
Ahmad Afif bin Zulkipli
Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS
Carilah alasan yang cerdik sikit
- Dec 17, 2013
- HAMBALI AKRAM
Alasan ini, seperti juga seperti sekian banyak alasan – saya sifat sebagai menafikan daya intelektual rakyat atau dengan kata lainnya menganggap rakyat Malaysia ini bodoh-bodoh belaka.
Sebelum ini pun telah banyak alasan seumpamanya keluar dari mulut para menteri yang kebanyakannya berpendidikan tinggi. Antara contohnya ialah jika harga ayam mahal, jangan makan ayam, subsidi gula dikurangkan (harga gula naik) kerana mahu elakkan rakyat kena kencing manis, subsidi minyak dikurangkan (harga minyak naik) tetapi masih rendah berbanding negara jiran, dan banyak lagi – terkini, kalau tak nak guna tol, guna jalan biasa.
Pelik bin ajaib! Itu sahaja yang dapat saya katakan.
Disebalik alasan ini, sebahagian besar rakyat tahu bahawa defisit dalam kewangan negara disebabkan kelemahan dan sifat tamak Umno-BN itu sendiri. Lihat sahaja laporan audit negara. Pelbagai ketirisan yang didedahkan. Malah ketirisan itu berlaku berulang kali tahun demi tahun.
Jika ketirisan yang terpapar dalam laporan audit negara itu dapat diatasi, kewangan negara tidak mungkin mengalami defisit.
Itu yang dilaporkan dalam laporan audit negara! Bagaimana pula ketirisan yang tidak tercatat di situ? Mungkin lebih banyak lagi. Sepatutnya, negara yang dikurniakan dengan pelbagai sumber alam ini menjadi kaya raya dan mewah sama ada kerajaan mahupun rakyatnya!
Aurat isteri dengan saudara mara
- Dec 17, 2013
- DR UZTAZAH ASIAH ALI
Apakah had aurat isteri di rumah, khususnya dengan anak-anak dan saudara mara dan ipar duai.
Jawapan:
Dengan Merujuk Kepada Surah an-Nur Ayat 31 yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya.”
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita ialah:
1.Suami
2.Bapa,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Bapa mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8.Anak saudara dari saudara perempuan
9.Sesama wanita sama ada kaitan keturunan dan seagama (Islam)
10. Hamba sahaya
11.Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Hukum wanita mewarnakan rambut
- Dec 11, 2013
- DR UZTAZAH ASIAH ALI
Apakah Hukum mewarna rambut bagi wanita. Ada yang memberitahu jika mewarna rambut untuk suami tidak salah.
Jawapan;
Kaum Wanita harus atau boleh mewarnakan rambut mereka demi untuk suami. Namun mereka mesti memnuhi syarat-syarat yang berikut;
i.Pewarna rambut tidak dibuat dari bahan yang mengandungi najis,
ii.Tidak menghalang air membasahi rambut ketika berwuduk dan mandi hadas.
iii.Diingatkan agar wanita yang mewarnakan rambutnya, tidak mempamerkannya kepada lelaki yang bukan mahram .
iv. Juga dengan izin suami.
Benarkah wanita 9 nafsu 1 akal?
- Nov 22, 2013
- Dr Ustazah Asiah Ali
Saya pernah terdengar ada yang mengatakan bahawa perempuan mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Benarkah perkara itu? Adakah bersandarkan nas?
Jawapan:
Kata-kata bahawa wanita memiliki satu aqal dan Sembilan nafsu sering kedengaran. Ia telah dilihat dan diterima oleh masyarakat kita sebagai suatu yang benar. Jika ditanya dari manakah sumbernya, mereka akan menjawab dari alim ulama’. Setakat ini bagi saya ia bukan bersumberkan dari al-Quran dan al-Hadith
Ulasan
Kemungkinan Sembilan nafsu yang dimaksudkan ialah emosi wanita sesuai dengan fitrah Wanita yang diberi tugas biologi yang sangat berbeza berbanding lelaki. Wanita diberi tugas mengandung, menyusu, menjaga anak dan tugas-tugas lain. Perasaan dan emosi mempunyai nilai yang tinggi dan amat diperlukan sekali untuk mewujudkan kasih sayang, sedangkan akal mengalahkan perasaan dan kasih sayang. Selalunya apabila seorang bapa memarahi anaknya, si ibulah yang menenangkan keadaan dan memberikan belaian kasih sayang kepada si anak.
Manakala sebagai isteri ia wajib melayani dan taat kepada suaminya selagi ia tidak disuruh melakukan sesuatu yang berlawanan dengan syara’. Isteri juga berperanan sebagai tempat suami bermanja dan mengadu masalah.
Satu kelebihan yang patut dibanggakan oleh wanita dengan fitrah femininnya. Dari segi agamanya. Wanita tidak perlu solat dan puasa apabila haid dan nifas. Tidak wajib solat Jumaat, tidak wajib jemaah di surau atau masjid dan tidak wajib untuk ke medan jihad. Keringanan yang Allah beri ini bukanlah bermaksud wanita kurang pahala berbanding lelaki, tetapi ia merupakan satu rukhsah (keringanan) sesuai dengan kejadiannya sebagai teman kepada kaum lelaki. Tugas dan tanggungjawab wanita secara asasnya mengurus keluarga dan mendidik anak-anak.
Manakala kaum lelaki tanggungjawabnya melindungi keluarga, seperti memberi nafkah kepada anak dan isteri sama ada tempat tinggal, makan minum, pakaian, pendidikan dan aspek kesihatan keluarga. Oleh itu Islam telah meletakkan kaedah-kaedahnya yang lengkap tentang tugas dan tanggungjawab antara lelaki dan perempuan yang mana mereka saling bantu membantu dan lengkap melengkapi dalam kehidupan berkeluarga. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bahawa perempuan itu adalah teman kepada lelaki.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).
Hukum pakai pakaian hitam ke kubur
- Dec 03, 2013
- Dr Ustazah Asiah Ali
Saya selalu melihat di kaca TV apabila menghadiri pengkebumian khusus orang Islam, orang ramai dan keluarga memakai pakaian hitam. Adakah memang disunatkan memakai pakaian berwarna sedemikan?
Jawapan:
Pakaian putih adalah pakaian yang terbaik Sebagaimana Sabda rasulullah SAW yang bermaksud:
“Pakailah pakaian putih kerana pakaian seperti itu adalah sebaik-baik pakaian kalian dan kafanilah mayat dengan kain putih.” (Hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah An Nasai)
Memakai pakaian putih juga adalah lambang kebersihan. Setakat ini saya belum berjumpa nas yang menggalakkan memakai pakaian hitam. Walaubagaimana pun memakai pakaian hitam adalah diharuskan.
Gagal tunai nazar kerana haid
- Dec 02, 2013
- Dr Ustazah Asiah Ali
Kawan saya terpilih berkursus pendek di luar negara. Dia bernazar jika terpilih akan berpuasa beberapa hari di negara tersebut kerana ingin menguji ketahanan diri berpuasa pada waktu siang yang panjang dan malam yang pendek. Namun dia tidak sempat menunaikan nazarnya kerana haid dan terpaksa pulang ke Malaysia. Bagaimanakah dengan nazarnya? Adakah dia perlu ke luar negara semula untuk menunaikan nazar atau dikenakan denda lain?
Ulasan
Nazar dari segi istilah beriltizam untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui kewajipan yang tidak disyarakkan secara mutlak atau pun terikat dengan sesuatu. Kaffarat nazar ialah dengan memberi makan 10 orang miskin dengan makanan yang biasa ia makan untuk dirinya dan keluarganya atau memberi mereka pa¬kaian atau dengan memerdekakan se¬orang hamba. Jika semua itu tidak sanggup ia lakukan, maka ia harus berpuasa selama tiga hari, boleh berturut-turut dan boleh tidak berturut-turut.
Dalam kes kawan saudara/ saudari kalau diberi kemudahan untuk dia tunggu sehingga haidhnya kering maka ia perlu berbuat demikian. Tetapi sekiranya tidak diberi kemudahan untuk berbuat sebagaimana yang dinyatakan di atas harus dia melakukan puasa selepas balik ke Malaysia mengambil ruh ‘La yukallifullahu Nafsan Illa wusa’ha.
Ali Proton Edar shared Dr Abu Anas Madani's photo.
Contoh pakaian tak patuh [tak lulus Puspakom] Syariah,
Haram dipakai di hadapan lelaki Ajnabi.
Taubatlah sebelum terlambat!!
Lihat keterangan di:
http://youtu.be/sYCXx8Yf4r4
DOSA BESAR 33; Larangan Wanita Menyerupai Lelaki & Sebaliknya Dalam Semua Perkara; Pakaian, Tutur Kata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan