Khamis, 12 Disember 2013

PENJAHAT GUNA ALAT2 CANGGIH....PEGAWAI KESELAMATAN GUNA JUGA.....BARU SERI....GUNA HUKUM ALLAH@HUDUD PENJAHAT2 TERKEDU....AKAN GANTUNG SENJATA2 CANGGIH MEREKA....KENAPA KITA RAGU2 HUKUM ALLAH....MAKA BERMAKNA KITA RAGU2 TENTANG MAHA SEMPURNYA ALLAH.....DAN MAHA AGONGNYA ALLAH.....MAHA BIJAKSANANYA ALLAH....MAHA ADILNYA ALLAH....MAHA MENGETAHUINYA ALLAH SWT.....ITU PUN RASA MASIH BERIMAN....DAN MASIH ISLAM

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Bandar Tun Razak, Dr Rosni Adam dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3 dalam saf kepimpinan baru PAS Wilayah Persekutuan.

Selain beliau, Badan Perhubungan PAS wilayah Persekutuan juga melantik dua lagi wanita dalam organisasi iaitu Kartini Ahmad sebagai Penolong Setiausaha dan Salbiah Wahab sebagai ahli jawatankuasa tambahan.

Manakala Mohd Noor Mohamad masih kekal sebagai Pesuruhjaya.

Berikut merupakan senarai penuh saf kepimpinan Wilayah Persekutuan bagi sesi 2013-2015:

Pesuruhjaya: Mohd Noor Mohamad

Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 1: Kamaruzaman Mohamad, YDP Putrajaya
TPJ 2: Dr Azhar Yaakob
TPJ 3: Dr Rosni Adam

Setiausaha (SU): Khairul Anuar Abdul Manaf

Penolong SU 1: Amran, YDP Kepong
PSU 2:  Kartini Ahmad (SU kepada Bendahari)
PSU 3: belum ada calon

Bendahari: Mohd Najib Ahmad, YDP Bandar Tun Razak
Penolong Bendahari: Ahmad Saidu, Cheras (AJK tambahan)

Ketua Penerangan: Nazmi Nik Din,  YDP Seputeh
Pengarah Pilihan raya: Abu Bakar, Kawasan Batu

AJK tambahan
1. Salbiah Wahab, Dewan Muslimat
2. Kamisan Sujak, Setiawangsa
3. Zulkifli Ismail, Lembah Pantai
4. Adnan Mohd  NYDP Labuan
5. Ahmad Saidu
KUANTAN:  Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit kepada 5,607 berbanding 5,376 orang yang direkodkan malam tadi.
             
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 8 pagi ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,398 keluarga ditempatkan di 71 pusat pemindahan dari 69 penempatan di enam daerah yang terjejas banjir.
             
Daerah Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,501 orang di 37 pusat pemindahan, disusuli Kuantan (842 orang di lima pusat pemindahan), Maran (735 di 13 pusat), Temerloh (235 di tujuh pusat), Bera (276 di tujuh pusat) dan Rompin (18 di dua pusat).

Sementara itu, di TERENGGANU, keadaan banjir tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan pagi ini hanya 3,387 orang daripada 710 keluarga berbanding 3,424 orang (718 keluarga) malam tadi.
             
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini kerana pada umumnya banjir di negeri ini berada dalam keadaan bertahan susulan hujan reda.
             
Di Dungun jumlah mangsa banjir pagi ini sama seperti malam tadi iaitu 1,299 orang (318 keluarga), dan begitu juga di Hulu Terengganu sama seperti malam tadi iaitu 79 mangsa (20 keluarga).
             
Di Kemaman, jumlah mangsa juga kekal 1,946 orang (354 keluarga), namun di  Marang, jumlah mangsa menurun sedikit pagi ini kepada 63 orang (18 keluarga) berbanding 100 orang (26 keluarga) malam tadi.
             
Jumlah keluarga mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan ialah 710 keluarga di 42 pusat pemindahan iaitu 13 di Dungun, Hulu Terengganu (empat), Kemaman (22) dan Marang (tiga).
             
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di kebanyakan sungai-sungai utama di Terengganu berada dalam keadaan biasa.
             
Dalam pada itu, Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri melaporkan jalan Pulau Kerengga/Pengkalan Berangan di Marang dan jalan Durian Mentangau di Dungun ditutup kepada semua kenderaan, masing-masing ditenggelami air sedalam 0.5 meter dan 0.7 meter.
Sementara itu di Hulu Terengganu, jalan Matang/Nibong/Kuala Berang ditutup kepada kenderaan ringan akibat ditenggelami air sedalam 0.3m manakala jalan Kuala Berang/Tanggol/Kuala Kejir ditutup kerana tanah mendap. - Bernama
PUTRAJAYA:  Semua pegawai penguat kuasa jabatan agama Islam perlu diberikan latihan kepolisan dan pengendalian senjata api sebagai langkah mempertahankan diri daripada sebarang ancaman.
             
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata adalah wajar mereka dibenar menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri walaupun tugas menjaga senjata api itu berat.
             
Beliau berkata demi keselamatan para penguat kuasa agama, perkara itu harus diperhalusi semua pihak berkaitan.
             
Sehubungan itu, beliau meminta semua Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri mempertimbang perkara itu kerana tugas penguat kuasa agama turut berhadapan dengan risiko.
             
"Namun, (ini bergantung kepada) kemampuan dan kesediaan negeri (Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri) untuk melaksanakannya kerana ia berada di bawah bidang kuasa negeri," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini, semalam.
             
Beliau diminta mengulas kejadian bunuh Ketua Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Ab Malek, 49, pada November lepas.
             
Susulan kejadian itu, Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom mencadangkan supaya anggota penguat kuasa jabatan agama perlu dibekalkan senjata api ketika melakukan operasi. - Bernama

 

 




JANGAN TEKUN PINJAM TAPI TAK TEKUN BAYAR


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta tidak memperketatkan syarat pinjaman bagi pemohonan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional kerana ia akan menghalang orang kampung untuk menceburi bidang perniagaan.

Senator Datuk Dr Johari Mat (gambar) berkata, mereka yang tinggal di kampung-kampung mengharapkan satu pinjaman yang mudah daripada Tekun sebagai permulaan untuk berniaga.

"Saya ada maklumat mengatakan pada masa akan datang pihak Tekun akan meminta satu proposal daripada pemohon pinjaman.

"Sedangkan orang kampung manalah tahu hendak buat proposal seperti ini, tidak wajar ianya disulitkan untuk mereka yang benar-benar mahu berniaga," katanya.

Ketika membahaskan Bajet 2014 di Dewan Negara hari ini, beliau berharap kerajaan mempermudahkan pinjaman atas dasar kepercayaan dan jaminan sekiranya ia melibatkan pinjaman antara RM10,000 hingga RM20,000.

"Kalau pinjaman sehingga mencecah RM50,000 itu jumlah yang agak besar mungkin perlukan proposal. Hal-hal seperti ini janganlah menyusahkan mereka benar-benar hendak berniaga," katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta pihak pengurusan pinjaman bagi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) supa lebih bertanggungjawab kepada peminjam-peminjamnya.

Ini kerana katanya, ramai peminjam tidak menggunakan pinjaman mereka untuk berniaga bahkan ada yang menggunakan wang pinjaman itu untuk membeli motosikal, kereta atau barang kemas yang tidak ada kaitan dengan perniagaan.

"Akibatnya mereka tidak dapat membayar balik pinjaman tersebut setiap minggu dalam masa yang sama kawan-kawan yang satu kumpulan akan menanggung beban itu," katanya.

Justeru, katanya kerajaan perlu memantau supaya peminjam-peminjam ini benar-benar menjalankan aktiviti berniaga supaya matlamat kerajaan mahu menjana ekonomi rakyat tercapai.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Pejabat Tanah Daerah Padang Terap dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran Sungai Sari akibat kegiatan mengorek pasir di Pintu Wang dekat Padang Sanai di sini.
CAP bimbang masalah yang berlarutan sejak setahun yang lalu ini jika dibiarkan bukan saja menjejaskan penggunaan air oleh penduduk-penduduk Kampung Ban Lok Koi di situ tetapi juga boleh mengancam kesihatan mereka pada masa akan datang.

Sebelum kejadian ini berlaku air Sungai Sari jernih dan digunakan oleh penduduk-penduduk kampung tersebut untuk minum,membasuh dan memasak tetapi sekarang akibat kegiatan mengorek pasir di kawasan itu air sungai berkenaan bertukar warna menjadi merah, keruh serta berbau lumpur.

CAP percaya jika masalah ini berterusan ia akan mencetuskan keadaan yang lebih serius ketika musim kemarau nanti kerana sumber bekalan air untuk penduduk-penduduk di sini ketika itu amat diperlukan.

Di samping mencemarkan bekalan air penduduk, kegiatan mengorek pasir ini juga boleh mengancam pelbagai spesies hidupan terutama ikan di dalam sungai tersebut sekali gus menggugat hasil pendapatan sampingan mereka.

Justeru CAP meminta pihak berkenaan mengambil tindakan undang-undang yang tegas termasuk menarik balik permit yang diberikan kepada pengusaha atau syarikat terbabit supaya kejadian ini tidak berulang. CAP kesal walau pun masalah itu telah lama berlaku dan menjejaskan kehidupan penduduk tempatan tetapi tidak ada tindakan yang diambil.

CAP mencadangkan semua pejabat tanah daerah dan lain-lain jabatan yang terlibat memantau dengan kerap setiap operasi serta lokasi kuari pasir di negeri ini supaya mematuhi segala peraturan yang termaktub dibawah undang-undang berkaitan. CAP mendapat tahu sejak kebelakangan ini banyak aktiviti mengorek pasir di Kedah mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk setempat.

CAP akan menghantar surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Badrul Hisham Hashim meminta beliau menyiasat serta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu ini.
SHAH ALAM: Badan Perhubungan PAS Selangor melantik Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3 bagi menguatkan keyakinan rakyat Selangor terhadap kekuatan pimpinan PAS negeri.

Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar A Samad berkata, gandingan pelbagai kepakaran dan latar belakang dalam saf kepimpinan PAS Selangor dilihat bertambah mantap untuk meyakinkan rakyat memilih PAS menerajui kerajaan negeri pada PRU14.

Beliau berkata, saf kepimpinan bagi sesi 2013-2015 melibatkan gandingan ulama, doktor, peguam, peguam syarie, arkitek, pendidik, ahli perniagaan dan aktivis masyarakat.

Menurut beliau, harapan rakyat terhadap PAS di Selangor begitu tinggi dan saf kepimpinan yang baru dilantik perlu memastikan agar harapan tersebut dapat direalisasikan.

Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor telah melantik Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Sallehen Mukhyi sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1.

Adun Bangi yang juga YDP PAS Kawasan Serdang, Mohd Shafie Ngah sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dikekalkan sebagai Setiausaha Perhubungan sejak tahun 2010 manakala Exco Belia dan Infrastruktur Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Bendahari.

Jawatan Pengarah Pilihanraya kekal kepada Cikgu Jaafar Shamsuddin manakala Ketua Penerangan, Adun Templer, Zaidy Abdul Talib.

Badan Perhubungan PAS Selangor turut melantik Muhd Azeman Muhd Yunus sebagai Penolong Setiausaha 1; Khairulfahmi Matsom sebagai Penolong Setiausaha 2 dan Azri Mohd Arish sebagai Penolong Setiausaha 3.

Tiada ulasan: