Dua Adun BN bakal hilang kerusi, langgar artikel 30 perlembagaan Perak
(Azuan Ab Rahman)IPOH 26 DIS: Dua Adun BN Perak bakal kehilangan kerusi kerana melanggar artikel 30 perlembagaan negeri Perak berikutan saman dikemukakan calon Pas, Jamil Dzulkarnain dan Misbahul Munir Masduki.
Saman difailkan Jamil Dzulkarnain terhadap Adun Manong, Mohamed Kamil Shafie, sementara satu lagi difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Kedua Adun BN itu tidak menjadi penduduk negeri Perak semasa hari pengundian, seperti ditetapkan didalam artikel tersebut.
“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” kata Robin Lim salah seorang peguam mewakili plaintif dalam kes tersebut.
Dalam tuntutan saman tersebut Jamil dan Misbahul Munir menyatakan, perkara itu dapat disahkan melalui alamat yang tertera di MyKad mereka yang mengesahkan bahawa mereka berdua bukan penduduk tetap negeri tersebut.
Melalui saman tersebut, Jamil dan Munir mahu mahkamah mengisytiharkan kedua-dua Adun tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil rakyat serta menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sementara itu pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menyatakan, jika permohonan kedua-dua pemohon tersebut dipersetujui oleh mahkamah, maka kemenangan kedua-dua Adun tersebut akan terbatal dan pilihan raya semula perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57723
Laungan Azan Pertama Membuka Lembaran Baru Di Sweden
SWEDEN : Laungan AZAN yang PERTAMA pada 26 / 4 / 2013Sebuah masjid di pinggir bandar Stockholm mencatat sejarah di Sweden setelah dibenarkan untuk melaungkan azan Solat Jumaat menggunakan pembesar suara di menara Masjid Fittja, sekali gus menjadi masjid pertama di Sweden untuk berbuat demikian.
Pada akhir bulan Mac 2013 lalu, suatu majlis Datuk Bandar di Sweden buat pertama kalinya telah meluluskan laungan azan umat Islam dari masjid di pinggir Fittja, sebahagian daripada perbandaran Botkyrka itu setelah diberi kebenaran oleh pihak polis Stockholm
Pihak pengurusan masjid dapat memenuhi syarat yang diperlukan seperti memaklumkannya terlebih dahulu kepada penduduk yang tinggal 1 km sekitar sebelum pembesar suara digunakan dan tiada tentangan daripada penduduk sekitar.
Ketua
Persatuan Islam Turki di Botkyrka, Ismail Okur menyuarakan rasa gembira
dan bersyukur selepas pihak berkuasa Sweden memberi kebenaran tersebut
walaupun Masjid Fittja hanya dibenarkan melaungkan azan pada setiap hari
Jumaat dalam tempoh tiga minit hingga lima minit antara pukul 12 tengah
hari hingga 1 petang.
Imam Ismail turut menyatakan
bahawa Botkyrka merupakan daerah yang sebahagian besarnya dihuni oleh
umat Muslim dan Masjid Fittja adalah satunya masjid di Sweden yang
memiliki menara dan pihaknya telah lama berusaha meminta kebenaran untuk
melaungkan azan Solat Jumaat menggunakan pembesar suara di masjid
Fittja.Masjid Fittja Grand yang mempunyai kira-kira 1,500 ahli jemaah telah dibina pada tahun 2007 dengan bantuan kewangan daripada Direktorat Hal Ehwal Agama Turki (DIB) dan dermawan di Sweden.
Sumber : AFP, TT Agency dan Anadolu Agency
Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain
Disiarkan pada Dec 16, 2010
Soalan: Dr MAZA,
kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat,
jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita
mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran
hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah
seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut
rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain
ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi
saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?
Munif, Putrajaya.
Jawapan Dr MAZA: Saudara Munif,
Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala
ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah
adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang
bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka
amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan
kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar
difahami;
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut:
“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.
4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun “congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.
5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.
6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.
7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.
8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.
9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.
10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.
11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.
Kategori: Akidah
Derita Rakyat Tiada Siapa Peduli
Posted on Thursday, December 26 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kesesakkan lalu lintas membebankan pengguna jalan raya.
SUDAH jatuh ditimpa tangga! Itulah perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan keadaan rakyat Malaysia hari ini kerana terus dihimpit kesan daripada ‘pesta’ kenaikan berganda barangan keperluan mulai tahun depan.
Tanggal 1 Januari 2014 adalah permulaan paling mencabar kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah, sederhana dan golongan miskin. Pada tahun itu, rakyat perlu 'survive' kerana harga barangan dan perkhidmatan mula dinaikkan secara serentak.
Semua kenaikan itu berlaku selepas PRU13 Mei lalu, apabila kerajaan mengumumkan satu persatu kenaikan harga barang dan perkhidmatan atau pengurangan serta pemansuhan subsidi berselang dalam tempoh sebulan sejak September lalu.
Minyak petrol amat penting dalam kehidupan harian.
Kenaikan tarif elektrik sudah pasti membebankan.
Bermula dengan pengurangan subsidi yang menyebabkan kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, diikuti pemansuhan subsidi gula 34 sen, kemudian peningkatan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt sejam (KWJ), semakan semula kadar gas, tambang LRT serta monorel dan terbaru kadar tol membabitkan 15 lebuh raya, seolah-olah membentuk siri rangkaian kenaikan harga.
Jadi, bermulalah era kos sara hidup tinggi. Pendapatan bulanan makin meningkat. Itu reaksi rata-rata rakyat yang mengakui kenaikan harga barangan dan perkhidmatan memberi kesan kepada mereka terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Masyarakat baharu hendak mengejar status negara berpendapatan tinggi, tetapi belum sampai ke tahap itu, kerajaan sudah menaikkan macam-macam harga barang keperluan. Mahu tidak mahu rakyat terpaksa 'menelan' juga.
Rasa tidak puas hati dan marah ini boleh ditinjau di mana-mana sahaja termasuk dalam laman sosial dan menerusi temu bual yang dilakukan. Seharusnya, pendapat dan suara mereka inilah yang perlu diambil kira serta dinilai apabila membuat sebarang keputusan.
Malah, terdapat segelintir masyarakat mempersoal, tidak cukupkah kerajaan menaikkan petrol, gula dan tarif elektrik untuk memulihkan ekonomi negara sehingga terpaksa menaikkan lagi harga tol dan tidak kurang juga ada yang turut mempersoalkan syarikat konsesi lebuh raya yang mengutip tol, apakah mereka tidak untung, sedangkan setiap hari membuat pungutan jutaan ringgit?
Ada desas-desus menyatakan, kerajaan seperti orang ‘kemaruk’ kerana tidak mempedulikan langsung akan kesan kenaikan harga yang membebankan rakyat.
Sejak diumumkan pelbagai kenaikan, rakyat amat terkesan terutama masyarakat yang tinggal jauh dari tempat kerja. Kos golongan ini boleh dikatakan meningkat 10 hingga 30 peratus daripada perbelanjaan biasa.
Pemerhati ekonomi yakin rakyat tidak ingin mendengar atau teruja berapa bilionkah diperuntukkan oleh kerajaan untuk mana-mana projek mega ataupun keuntungan pelaburan yang kononnya diakui kerajaan.
Yang mereka tahu dan mahu ialah apakah pulangannya kepada rakyat dan apa yang kerajaan boleh lakukan untuk mengurangkan bebanan mereka?
Ini kerana ada rumah perlu dibayar ansuran bulanan atau sewaan, duit perbelanjaan untuk makan, persekolahan anak-anak, kenderaan perlu diisi petrol, bil asas, kos rawatan penyakit dan macam-macam lagi.
Jika dahulu seseorang individu yang berulang-alik dari Banting ke Shah Alam membelanjakan hampir RM410 sebulan bagi isian petrol dan tol, tetapi kini meningkat kepada RM570. Itu belum termasuk kadar tol baharu yang akan diumumkan kerajaan.
Ini bererti peningkatan bulanan berlaku hampir RM170, jika naik sebuah kereta Kelisa atau Kancil. Itu baharu penggunaan untuk ke tempat kerja, belum lagi ke lokasi lain. Jumlah itu belum termasuk lagi dengan lain-lain bayaran.
Angka itu agak banyak bagi individu yang pendapatan bulanannya RM3,000 dan jika kesemua perbelanjaan itu ditolak seseorang individu mungkin memperolehi lebihan wang sekitar RM50 dan mungkin juga negatif.
Betapa kecil pendapatan bulanan RM3,000 pada dunia hari ini. Apa akan terjadi jika seseorang itu mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada itu? Tidakkah mereka terus menderita?
Paling tidak rasional, mengapa perlu membayar tol di lebuh raya yang sentiasa sesak. Bukankah sepatutnya caj tol itu dikutip bagi melancarkan lagi perjalanan, bukan menyesakkan.
Ada individu yang menganggap sia-sia sahaja bayar RM1.10, pagi atau petang sama juga sesaknya.
Perkara seperti itu perlu dikaji dahulu oleh kerajaan. Berbaloikah kenaikan kadar tol untuk rakyat jika terpaksa mengharungi arus kenderaan yang panjang dan banyak masa serta tenaga dihabiskan di jalan raya.
Janganlah memberi alasan pengguna boleh menggunakan jalan alternatif mengelak tol. Penggunaan lebuh raya kini adalah satu kemestian bukan lagi ada jalan alternatif boleh mengelak tol. Jika ada pun berbatu-batu jauhnya.
Berbaloikah guna jalan tidak ada tol tetapi kos petrol meningkat? Kalau orang kaya tidak apalah setakat isi minyak RM100 celah gigi sahaja. Tapi kalau orang miskin banyak benda keperluan hendak dilakukan dengan wang sebanyak itu.
Terdapat juga suara mengatakan pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi.
Tidak logik kerja di Kuala Lumpur, duduk di Shah Alam terpaksa mencari jalan jauh untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan tol. Pihak berwajib patut beri penjelasan yang lebih rasional daripada meminta orang ramai mengelak menggunakan atau membeli itu dan ini apabila harga sesuatu perkhidmatan atau barangan itu naik.
Apabila terus-menerus memberi alasan sebegitu, ia akan memberi persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan. Sedangkan banyak usaha yang telah dibuat untuk manfaat rakyat, tenggelam begitu saja akibat salah beri penjelasan.
Bagaimanapun, masyarakat percaya sudah tentunya kerajaan mempunyai formula terbaik untuk mengurangkan bebanan rakyat. Asas kepada formula itu sudah tentulah dengan mendengar keluh kesah rakyat.
Perkara ini dipersetujui Presiden Pertubuhan Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar yang menganggap pengumuman kadar kenaikan tol memberi satu kekeliruan kepada rakyat.
Dr Chandra berkata, kekeliruan ini berlaku berikutan kenyataan kenaikan kadar tol tersebut dikeluarkan oleh menteri yang berbeza.
“Semestinya rakyat sedikit terkejut, yang mana pada mulanya kadar tol akan disemak dan selepas beberapa hari kemudian kadar kenaikan telah disahkan.
“Namun demikian, elok kita tunggu beberapa hari lagi sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan kerana saya percaya ianya akan diperjelaskan dengan lebih terperinci lagi,” katanya.
Selain itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dalam kenyataannya, turut berpendapat kerajaan mengabaikan penderitaan yang dialami oleh rakyat, sedangkan kerajaan sepatutnya berusaha mengurangkan kos sara hidup rakyat agar tidak naik mendadak.
Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar ketika dihubungi Sinar Harian berkata pihaknya ada menerima maklum balas daripada rakyat yang rata-rata menyuarakan keresahan terhadap siri kenaikan yang akan dilalui mereka tahun depan.
Menurutnya, ramai rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana kos sara hidup yang terus meningkat.
"Semua reaksi yang diperolehi MTEM adalah negatif dengan tindakan kerajaan yang menaikkan harga barang dan perkhidmatan secara mengejut serta kegagalan memberi penjelasan berhubung kenaikan yang ingin dilaksanakan,” katanya.
Mohd Nizam berkata, kerajaan perlu mendengar pandangan dan keluh kesah rakyat kerana jika tidak, rakyat sudah pasti akan berasa dipinggirkan di negara sendiri.-sh
Kedudukan Zahid Tergugat, KEADILAN Dibenar Cabar Kerusi Bagan Datoh
Posted on Thursday, December 26 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR 25 DIS: Keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen pilihan raya parlimen Bagan Datoh didengar semula, menggugat kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut pempetisyen pilihan raya, Madhi Hasan, beliau akan memberikan keterangan dan mendedahkan bukti salah laku pilihan raya yang dilakukan Zahid.
“Melalui keputusan Mahkamah Persekutuan, kita akan beri bukti kukuh mengenai kesalahan yang berlaku ketika pilihan raya umum lepas bagi parlimen Bagan Datoh,” kata Madhi Hasan yang juga Ketua Cabang KEADILAN Bagan Datoh.
“Terdapat dua isi petisyen. Pertama ialah Zahid menyogok pengundi dengan beras dan wang
“Ia salah mengikut undang-undang (Akta Kesalahan Pilihan Raya) kerana pemberiannya jelas bermotif mendapatkan undi.
“Petisyen kedua ialah perbelanjaan pilihan raya Zahid yang melebihi had yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Zahid membelanjakan lebih RM2 juta ketika berkempen, sedangkan had dibenarkan SPR hanya RM 200,000 sahaja,” kata Madhi kepada Keadilandaily.
12 Jun lalu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan video di mana Zahid mengaku memberi wang dan beras kepada pengundi.
Zahid didedahkan melakukan rasuah di Dewan Sanmarka, Jalan Sabak Bernam, Simpang Empat, Hutan Melintang atas nama Majlis Mesra Rakyat, yang menyalahi Seksyen 10 (a) (Bahagian III), undang-undang pilihan raya.
“Banyak perbuatan yang melanggar etika pada pilihan raya yang lalu seperti penipuan, rasuah dan sebagainya.
“Kalau perkara ini tak dibendung, ia memberi kesan buruk kepada sistem pilihan raya di negara kita,”kata Madhi.
Hakim mahkamah pilihan raya, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid Isnin lalu menerima rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 15 Ogos yang menolak petisyen keatas kerusi Parlimen Bagan Datoh,Perak yang dimenangi oleh Zahid Hamidi.
Petisyen dibuat Madhi Hasan bersama seorang pengundi, Azmi Sulaiman akan dibicarakan di Mahkamah pilihan raya Ipoh, namun tarikh perbicaraan belum ditetapkan.-kd
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) hari ini mengesahkan seorang pegawai tinggi polis bergelar
'Datuk' telahpun memberi keterangan, dipercayai berhubung kes pengubahan
wang haram RM6 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafa Ali berkata pegawai polis berkenaan memberi keterangan di Putrajaya, Selasa lepas.
"Sebenarnya pegawai polis yang kita panggil itu adalah untuk mengambil keterangan dia, rakam percakapan.
"Dia telah memberi kerjasama yang baik dan keterangan telah diambil. Tidak ada tangkapan dibuat," katanya ketika ditemui pada sidang media Panel Penilaian Operasi (PPO) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan kes itu serta dakwaan penemuan wang tunai di rumah pegawai polis berkenaan serta pegawai lain akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Akhbar hari ini melaporkan pegawai tinggi itu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM terhadap tiga pegawai polis berhubung kegiatan pengubahan wang haram RM6 juta.
Akhbar itu juga, pada November lepas, melaporkan bahawa tiga pegawai terbabit yang masing-masing berpangkat Deputi Superintenden, Asisten Superintenden serta Sarjan, ditahan berasingan dan ketika ditahan, SPRM turut menemui wang tunai lebih setengah juta, tiga jam tangan berjenama Rolex selain sejumlah barang kemas.
Siasatan awal suruhanjaya itu mendapati kegiatan pengubahan wang haram ini membabitkan nilai jutaan ringgit.
Dua daripada pegawai yang ditahan bertugas di Johor manakala seorang lagi di Seremban, Negeri Sembilan.
Seorang daripada mereka disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi RM4.3 juta.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Bernama
Polis hari ini menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 11 pagi di Saratok, Sarawak.
"Suspek yang merupakan seorang penganggur kini dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan," katanya dalam catatan di laman Facebook
Polis Diraja Malaysia.
Hadi Ho berkata kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
PDRM perlu diberikan kebebasan secukupnya untuk menjalankan siasatan tanpa ada gangguan dan campur tangan dari political masters.
Begitu juga rakyat ingin menanyakan bila lagi pemilik akaun FB 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib yang membuat hebahan kononnya Bukit Aman kena serang oleh pengebom berani mati.
Nampaknya pemilik akaun tersebut langsung tidak menunjukan rasa hormat dan gerun dengan PDRM .. makin rancak dan laju membuat posting-posting di akaun berkenaan seolah-olah mencabar kewibawaan PDRM itu sendiri.
Demi mereka yang lupa di perturunkan semula apa kata pihak PDRM Bukit Aman....
TIADA BERLAKU INSIDEN PENGEBOMAN: PDRM menafikan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah laman Facebook yang mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis.
Adalah dimaklumkan keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah tenang dan beroperasi seperti biasa.
Berikutan penyebaran khabar angin tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Perbuatan menyebarkan berita palsu adalah perbuatan yang keji dan PDRM akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku ini.
Orang ramai diminta bekerjasama untuk tidak menyebarkan berita seumpama ini kerana pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berbuat demikian.
SUPT Lai Lee Ching
SUPT Komunikasi Korporat
Urusetia KPN (Komunikasi Korporat)
Bukit Aman
TEGAS, ADIL BERHEMAH
RAKYAT DISURUH BERSYUKUR KETIKA PEMIMPIN TERUS MENCUKUR KEKAYAAN NEGARA…
Apakah rakyat dipaksa bersyukur & bersabar atas keperitan hidup ketika kebobrokan pemimpin
makin menjolok mata memboroskan wang negara… rakyat harus saja tunduk
patuh tanda syukur, ketika kehidupan mereka dicatur oleh tangan2 yg
memusnahkan ekonomi negara… apakah bila bersyukur rakyat diharamkan
bersuara…
Manusia memang wajib bersyukur atas limpah & rahmat Allah swt tetapi
ini tidak bermakna rakyat tidak boleh membantah tindakan yg menindas
& menzalimi mereka… bagaimana rakyat dipaksa bersyukur jika negara
mereka kaya tetapi kekayaan itu hanya berlegar pada kelompok tertentu
sedang rakyat terbanyak masih sengsara…
~ Kerajaan yg patut bersyukur kerana rakyat negara ini masih waras,
belum sampai ke peringkat menggulingkan kerajaan melalui jalanraya…
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' sudahpun memberi keterangan, dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram RM6 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali, berkata pegawai polis berkenaan memberi keterangan di Putrajaya, Selasa lalu.
"Sebenarnya pegawai polis yang kita panggil itu adalah untuk mengambil keterangan dia, rakam percakapan.
"Dia memberi kerjasama yang baik dan keterangan telah diambil. Tidak ada tangkapan dibuat," katanya ketika ditemui pada sidang media Panel Penilaian Operasi (PPO) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan kes itu serta dakwaan penemuan wang tunai di rumah pegawai polis berkenaan serta pegawai lain akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Seorang daripada mereka disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi RM4.3 juta.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Mohon sangat-sangat pihak berwajib memberikan pengesahan tentang berita yang cukup kencang bertiup sekarang ini demi pencerahan dan kebenaran demi rakyat terus membuat teka teki.

SPRM sahkan pegawai polis bergelar 'Datuk' beri keterangan
- Dec 26, 2013
- HARAKAHDAILY

PEMILIK AKAUN HASUT GULING KERAJAAN SUDAH DITAHAN POLIS ... PEMILIK AKAUN SEBAR CERITA FITNAH BUKIT AMAN KENA BOM BILA LAGI MAU DI TAHAN!!!!
Polis hari ini menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 11 pagi di Saratok, Sarawak.
"Suspek yang merupakan seorang penganggur kini dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan," katanya dalam catatan di laman Facebook
Polis Diraja Malaysia.
Hadi Ho berkata kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
PDRM perlu diberikan kebebasan secukupnya untuk menjalankan siasatan tanpa ada gangguan dan campur tangan dari political masters.
Begitu juga rakyat ingin menanyakan bila lagi pemilik akaun FB 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib yang membuat hebahan kononnya Bukit Aman kena serang oleh pengebom berani mati.
Nampaknya pemilik akaun tersebut langsung tidak menunjukan rasa hormat dan gerun dengan PDRM .. makin rancak dan laju membuat posting-posting di akaun berkenaan seolah-olah mencabar kewibawaan PDRM itu sendiri.
Demi mereka yang lupa di perturunkan semula apa kata pihak PDRM Bukit Aman....
TIADA BERLAKU INSIDEN PENGEBOMAN: PDRM menafikan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah laman Facebook yang mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis.
Adalah dimaklumkan keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah tenang dan beroperasi seperti biasa.
Berikutan penyebaran khabar angin tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Perbuatan menyebarkan berita palsu adalah perbuatan yang keji dan PDRM akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku ini.
Orang ramai diminta bekerjasama untuk tidak menyebarkan berita seumpama ini kerana pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berbuat demikian.
SUPT Lai Lee Ching
SUPT Komunikasi Korporat
Urusetia KPN (Komunikasi Korporat)
Bukit Aman
TEGAS, ADIL BERHEMAH
Khairul Hilmi Che Ali shared Mohd Ayubbi's photo.
Khairul Hilmi Che Ali shared Demokrasi Jakun's photo.
Saifuddin: BN mungkir janji jika tol naik
Ram Anand
2:40PM Dis 24 2013
Bekas timbalan menteri pendidikan Datuk Saifuddin Abdullah berkata BN memungkiri
janji sekiranya meneruskan rancangan untuk menaikkan kadar tol
lebuhraya di seluruh negara.
NONEKatanya, BN telahpun membuat akujanji semasa pilihan raya untuk
meneliti semula kadar bayaran tol.
“Tapi jika kerajaan meneruskan juga (langkah menaikkan kadar tol), ia
secara terang-terangan merupakan perbuatan memungkiri janji, yang amat
tidak baik,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini.
Katanya, beliau berharap agar kerajaan menyemak semula kedudukannya
dengan pemegang konsesi lebuh raya.
Tambahnya, tindakan tersebut juga akan menujukkan amaran Pakatan Rakyat,
bahawa BN hanya ingin memancing undi, akan menjadi kebenaran.
"Sebab itulah ada MP BN yang memberi amaran kepada kerajaan berhubung
langkah ini. Jika kita buat begini, apa yang Pakatan katakan selama ini,
bahawa janji kita hanya untuk memenangi undi, akan menjadi realiti,”
katanya lagi.
Kitakan baik...
Noah Zig shared Ibnu Sabil's photo.
RAKYAT DISURUH BERSYUKUR KETIKA PEMIMPIN TERUS MENCUKUR KEKAYAAN NEGARA…
Apakah rakyat dipaksa bersyukur & bersabar atas keperitan hidup ketika kebobrokan pemimpin
makin menjolok mata memboroskan wang negara… rakyat harus saja tunduk
patuh tanda syukur, ketika kehidupan mereka dicatur oleh tangan2 yg
memusnahkan ekonomi negara… apakah bila bersyukur rakyat diharamkan
bersuara…
Manusia memang wajib bersyukur atas limpah & rahmat Allah swt tetapi
ini tidak bermakna rakyat tidak boleh membantah tindakan yg menindas
& menzalimi mereka… bagaimana rakyat dipaksa bersyukur jika negara
mereka kaya tetapi kekayaan itu hanya berlegar pada kelompok tertentu
sedang rakyat terbanyak masih sengsara…
~ Kerajaan yg patut bersyukur kerana rakyat negara ini masih waras,
belum sampai ke peringkat menggulingkan kerajaan melalui jalanraya…ANGIN BERTIUP KENCANG INILAH PEGAWAI POLIS TINGGI POLIS BERGELAR "DATUK" YANG DIPANGGIL MEMBERIKAN KETERANGAN BERHUBUNG KES PENGUBAHAN WANG HARAM RM6 JUTA????
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' sudahpun memberi keterangan, dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram RM6 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali, berkata pegawai polis berkenaan memberi keterangan di Putrajaya, Selasa lalu.
"Sebenarnya pegawai polis yang kita panggil itu adalah untuk mengambil keterangan dia, rakam percakapan.
"Dia memberi kerjasama yang baik dan keterangan telah diambil. Tidak ada tangkapan dibuat," katanya ketika ditemui pada sidang media Panel Penilaian Operasi (PPO) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan kes itu serta dakwaan penemuan wang tunai di rumah pegawai polis berkenaan serta pegawai lain akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Akhbar hari ini melaporkan pegawai tinggi itu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM terhadap tiga pegawai polis berhubung kegiatan pengubahan wang haram RM6 juta.
Akhbar itu juga, pada November lepas, melaporkan bahawa tiga pegawai terbabit yang masing-masing berpangkat Deputi Superintenden, Asisten Superintenden serta Sarjan, ditahan berasingan dan ketika ditahan, SPRM turut menemui wang tunai lebih setengah juta, tiga jam tangan berjenama Rolex selain sejumlah barang kemas.
Siasatan awal suruhanjaya itu mendapati kegiatan pengubahan wang haram ini membabitkan nilai jutaan ringgit.
Dua daripada pegawai yang ditahan bertugas di Johor manakala seorang lagi di Seremban, Negeri Sembilan.
Seorang daripada mereka disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi RM4.3 juta.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Mohon sangat-sangat pihak berwajib memberikan pengesahan tentang berita yang cukup kencang bertiup sekarang ini demi pencerahan dan kebenaran demi rakyat terus membuat teka teki.
- Mahathir: Kurangkan kos, bukan naikkan harga
- Bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih baik langkah
pengurangan kos pengeluaran diambil untuk mengekalkan harga barangan dan
perkhidmatan daripada menaikkan harganya.
Bekas presiden Umno itu memberi analogi sebuah syarikat perniagaan.
Beliau berkata apabila sesuatu perniagaan berhadapan persaingan atau peningkatan kos yang mengurangkan keuntungan, ia mempunyai pilihan antara menaikkan harga atau mengurangkan kos (cost down).
"Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan. Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimakan kenaikan harga.
"Perkara sama boleh dilakukan kerajaan. Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah," tulis beliau.
Masyarakat kebanyakan kini berdepan dengan pelbagai kenaikan termasuk kenaikan termasuk tarif elektrik dan kemungkinan tol bulan hadapan.
Kesannya mula dirasai apabila rasionalisasi subsidi pada tahun ini menyebabkan kenaikan harga gula dan petrol.
Kerajaan membazir
Mahathir menambah bahawa kerajaan dilihat membazirkan wang kerana tidak memikirkan pemulangan perbelanjaan dari pelbagai segi.
Beliau memberi contoh pemberian tender atau kontrak kepada pembina dengan sebut harga paling baik, yang tidak semestinya paling rendah.
"Saban tahun Laporan Ketua Audit melaporkan pembaziran akibat tidak mengikut prosedur dan kecuaian. Biasanya tidak banyak perubahan dilakukan selepas kritikan Ketua Audit Negara.
"Tak syak lagi banyak wang yang boleh dijimatkan jika kritikan ketua audit diambil serius. Malah, penukaran prosedur juga boleh mengurangkan kos," tambah beliau lagi.
Mahathir yang terkenal dengan kekerasan beliau sewaktu memerintah dan kritikan lantang kepada pentadbiran selepasnya turut mengkritik keseriusan kerajaan dalam menjalankan langkah penjimatan.
"Jika kerajaan berminat untuk mengurangkan kos pentadbiran, mereka boleh berbuat demikian dengan keputusan yang ketara.
"Sebagai contoh, mereka boleh kurangkan kos elektrik dengan menukar lampu jalan biasa kepada jenis LED. Penjimatan lebih dari 50 peratus.
"Hasil pengurangan kos elektrik ini boleh digunakan untuk mengurangkan subsidi untuk bahan api tenaga. Tapi ini tidak dilakukan kerajaan. Kos permulaan mungkin tinggi tapi akan dimitigasi dengan penjimatan mengikut masa," tulis beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan