Khamis, 12 Disember 2013

CITER HUDUD BUKAN BOLEH NAK DISAMAKAN DENGAN LAGU RAYA....TAK DE NAS QURAN DAN HADIS KATA BEGITU...IKUT KAEDAH ILMU MANTIK PUN TAK TEPAT....KIRA TAK BETUL LAH

 

 

 

 

Anak pengetua antara ditahan
  • Anak pengetua antara ditahan Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
1 / 1
DUNGUN – Seorang anak pengetua antara tiga lelaki yang ditahan reman untuk membantu siasatan kerana disyaki terbabit dengan kes samun, culik dan rogol bergilir-gilir seorang pelayan dan pekerja kedai telefon bimbit dalam kejadian berasingan dekat sini, pagi kelmarin.

Suspek, 31, yang difahamkan anak sulung kepada pengetua sebuah sekolah menengah di daerah ini ditahan bersama seorang rakannya warga Indonesia di sebuah rumah dekat Gong Pasir, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Lelaki yang kini menganggur itu dikatakan berkelulusan ijazah sarjana kejuruteraan perisian komputer dan siasatan awal mendapati dia dipercayai pernah mempunyai rekod lampau berkaitan kes samun bersenjata.

Manakala seorang lagi rakannya, berusia 25 tahun pula ditahan berdekatan restoran makanan segera di Kerteh kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Majistret, Hazwanie Husain Bustari memerintahkan ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kesemua suspek dipercayai terbabit dengan satu kes culik melibatkan dua wanita yang bekerja sebagai pelayan dan pembantu kedai telefon bersama rakan lelakinya di Bukit Chatak kira-kira jam 3 pagi kelmarin sebelum melarikan mereka ke Kampung Durian Mentangau.

Ketika kejadian ketiga-tiga mangsa yang menaiki sebuah kereta Proton Satria dihimpit dua Honda Civic lalu salah seorang daripada suspek keluar dan menyamar sebagai polis sebelum mengarahkan mangsa mengikut arahan mereka dengan salah seorang memandu kereta mangsa lalu meninggalkan lokasi kejadian.

Suspek juga merampas lima telefon bimbit milik mangsa

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan di Durian Mentangau pula, suspek yang memandu kereta Proton Satria bersama mangsa telah melanggar sebuah kereta Perodua Kancil.

Suspek kemudiannya melarikan seorang wanita selepas merampas kereta Perodua Kancil dipandu adik iparnya lalu meninggalkan wanita terbabit kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian selain menyamun telefon bimbit mangsa.

Suspek juga dipercayai merogol dua wanita yang dilarikan dalam kejadian pertama di sebuah inap desa di Jalan Kenanga Dungun sebelum mangsa melarikan diri ketika suspek menukar nombor plat kereta di rumah rakannya di sebuah kampung di Dungun.

Kedua-dua kereta Honda Civic yang digunakan suspek dipercayai kereta curi dan hasil ujian saringan air kencing juga mendapati positif dadah
Artikel Berkaitan
Wanita ditemui mati ditikam teman lelaki
MELAKA - Seorang pekerja siber kafe ditemui mati dipercayai ditikam teman lelakinya di rumah suspek di Taman Limbongan Permai di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian pada 4 pagi itu, Goh Meng Yee, 23, ditemui terlentang di atas tilam dengan kesan tikaman di perut di dalam bilik teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata siasatan awal mendapati wanita itu ditikam menggunakan pisau rambo yang turut ditemui bersebelahan mayat mangsa.

"Motif kejadian masih dalam siasatan namun mangsa dipercayai ditikam selepas berlakunya pergaduhan dengan suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata teman lelaki mangsa kemudiannya dipercayai bertindak menikam diri sendiri menyebabkan kecederaan parah di bahagian perut selepas menikam mangsa.

Katanya tukang paip berusia 23 tahun itu yang cedera parah kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi hospital berkenaan.

Salehhudin berkata lelaki tersebut akan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama
Artikel Berkaitan
Jurukimpal temui bayi perempuan baru lahir
IPOH - Seorang jurukimpal menemui seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dengan cukup sifat di Lapangan Perdana 19 berhampiran kawasan rumah kedai baharu di Taman Lapangan Setia di sini hari ini.

Chong Lean Fatt yang ketika itu sedang bekerja di kawasan rumah kedai menemui bayi tanpa pakaian itu di satu lorong di kawasan berkenaan pada pukul 10.20 pagi ini.

Chong berkata pada mulanya dia terdengar bunyi tangisan bayi namun selepas membuat pemeriksaan di kawasan itu dia tidak menemui bayi dan terus menyambung kerja.

"Tangisan bayi itu kemudiannya didengari seorang supervisor (penyelia) yang juga rakan saya. Kami memeriksa di kawasan belakang rumah kedai dan terkejut melihat seorang bayi dalam keadaan tertiarap di atas jalan tar tanpa berpakaian dan masih bertali pusat," katanya ketika dihubungi.

Dia kemudian menghubungi polis sebelum bayi itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata bayi itu tidak mengalami kecederaan dan kini dalam keadaan stabil.

Ahmad Termizi berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dilahirkan kira-kira tiga jam sebelum dia ditemui. - Bernama
Artikel Berkaitan
Pondan warga Thailand, Laos kena cekup
  • Pondan warga Thailand, Laos kena cekup Sekumpulan pondan warga asing yang ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Perak, kelmarin.
1 / 1
IPOH - Sekumpulan pondan warga asing bertempiaran lari sambil menjerit-jerit bagi mengelakkan ditahan anggota Jabatan Imigresen Perak dalam operasi khas yang dijalankan di Jalan Yang Kalsom, malam kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TTPI) Perak, Fara Natasha Ghafar berkata, bagi memastikan operasi tersebut berjaya, sekumpulan pegawainya menyamar sebagai pelanggan bagi memastikan pondan warga asing yang menawarkan khidmat seks itu dapat ditahan dengan mudah.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan selepas mendapat aduan daripada orang awam.

“Lazimnya, pelacur pondan itu akan menunggu pelanggan di kaki lima kedai sebelum menawarkan khidmat seks di bilik sewa yang disediakan di kawasan berhampiran,” katanya semalam.

Beliau berkata, ketika operasi dijalankan pondan terbabit turut bertindak agresif bergelut dengan anggota bertugas.

Katanya, bagaimanapun selepas dikejar sejauh 50 meter, mereka berjaya diberkas.

“Dalam operasi tersebut, kami menahan sembilan pelacur pondan warga Thailand dan dua pelacur warga Laos lengkap berpakaian wanita.

“Hasil siasatan awal mendapati, mereka melanggar syarat pas lawatan sosial diberikan," katanya.

Fara Natasha berkata, golongan pelacur pondan terbabit akan mengumpul wang sebanyak mungkin untuk dibawa pulang ke negara asal sebelum tamat tempoh sah berada di negara ini dan mereka dipercayai akan masuk semula ke negara ini untuk menjalankan kegiatan sama.
Artikel Berkaitan
Pemuda ditemui mati di belakang pasaraya
  • Pemuda ditemui mati di belakang pasaraya Mayat mangsa yang ditemui orang ramai di belakang sebuah pasaraya di daerah ini.
1 / 1
BATU PAHAT - Pengunjung sebuah pasaraya di daerah ini terkejut dengan penemuan mayat seorang pemuda dipercayai terjatuh dari tingkat empat pusat beli belah berkenaan.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam itu, disedari pengunjung apabila terdengar dentuman kuat dari arah belakang pasaraya.

Pengunjung, Hairun Anwar, 39, berkata, dia terdengar bunyi tersebut ketika sedang menuju ke kenderaannya.

Sejurus dentuman itu, dia melihat orang ramai terutamanya yang berada di warung berhampiran berkerumun menghampiri belakang pasaraya.

“Sebaik sampai di tempat ini, saya dapati seorang lelaki telah terjatuh dari bangunan dan ada yang menyatakan bunyi kuat berkenaan datangnya dari hentakan mangsa yang terkena alat penghawa dingin di luar bangunan.

“Pengunjung lain yang berada di kawasan sekitar cuba beri bantuan kecemasan sebelum meminta bantuan daripada orang ramai, tetapi ketika itu lelaki berkenaan sudah tidak memberi sebarang tindak balas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk dibedah siasat.

Katanya, pihak polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut dan kematian mangsa berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal di tempat kejadian.

“Berdasarkan kenyataan bapa mangsa, mangsa dikatakan mengalami gangguan emosi dan kemurungan serta pernah menerima rawatan sebanyak dua kali akibat penyakit itu.

“Semua dokumen mangsa termasuk telefon bimbit ditemui polis di dalam kereta mangsa yang diletakkan di tingkat empat pasaraya terbabit dan kes ini tiada unsur jenayah,” katanya.
Artikel Berkaitan

Dua beradik kena cekup
  • Dua beradik kena cekup Mohamad Fakri menunjukkan motosikal curi yang berjaya ditemui semula.
1 / 1
SERI ISKANDAR - Dua beradik yang aktif menjalankan kegiatan mencuri motosikal di daerah Perak Tengah dan Manjung berjaya diberkas polis pada 22 November lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, tangkapan itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Perak Tengah dengan kerjasama IPD Manjung.

Menurutnya, daripada tangkapan itu juga, pihaknya berjaya menemui tiga motosikal yang dipercayai dicuri oleh kedua-dua suspek terbabit.

“Hasil siasatan, kedua-dua suspek yang berumur 22 tahun dan 25 tahun itu juga membawa kepada penangkapan dua pembeli motosikal curi.

"Dua individu terbabit dipercayai menjadi orang tengah kepada kedua-dua suspek berkenaan dan membeli motosikal curi untuk dijual kepada mereka yang berminat dengan komponen motosikal berkenaan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, motosikal tersebut dijual kepada dua pembeli ketiga dengan harga RM300.

“Kita berjaya menemui dua motosikal yang masih berada dalam keadaan baik manakala satu lagi telah dileraikan.

“Motosikal itu ditemui di Felcra Changkat Lada dan juga Seberang Perak. Ada antara komponen motosikal itu telah dibuang ke dalam kawasan lombong,” katanya.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan melibatkan dua suspek mencuri motosikal, Seksyen 414 bagi pembeli kedua dan Seksyen 411 bagi pembeli ketiga.

Mohamad Fakri berkata, orang ramai diminta terus menyalurkan maklumat berkenaan apa sahaja kes jenayah di kawasan mereka supaya tindakan segera dapat diambil.
Artikel Berkaitan
Nyaris maut ditembak 2 lelaki
  • Pistol Gambar Hiasan
1 / 1
BUTTERWORTH - Seorang pemilik restoran nyaris maut setelah ditembak beberapa das oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di Taman Inderawasih, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, dalam kejadian pukul 8.50 malam itu mangsa yang berusia 52 tahun, baru pulang dari restorannya yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

"Ketika kejadian, mangsa yang sedang memandu kereta jenis Honda CRV ingin membelok masuk ke simpang rumahnya sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal yang bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

"Tembakan itu tidak mengenai mangsa kerana beliau sempat memecut keretanya untuk berpatah semula ke restorannya, sebelum menghubungi polis," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian, lewat malam tadi.

Mazlah berkata penunggang dan pembonceng motosikal yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu, bertindak melarikan diri sebaik melepaskan tembakan.

"Mangsa tidak sempat melihat wajah dua lelaki terbabit kerana kejadian itu berlaku dengan pantas " katanya.

Mazlan berkata hasil pemeriksaan, polis menemui tiga kesan tembakan di pintu sebelah kiri penumpang hadapan kereta terbabit dan turut menjumpai kelongsong peluru jenis 9mm Luger.

"Siasatan awal mendapati, suspek menggunakan pistol semi automatik dan setakat ini, motif kejadian masih disiasat.

"Rumah mangsa ada dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) namun kedudukannya tidak menghala ke tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama
Artikel Berkaitan
Mak Engku ada 16 rekod jenayah
  • Mak Engku ada 16 rekod jenayah Suspek ketika dibawa keluar oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPPD Kuala Selangor, Asisten Superintendan Ramle Bakar (kanan) dari kamar Mahkamah Majistret Kuala Selangor, semalam.
1 / 1
KUALA SELANGOR - Seorang warga emas menyamar dengan gelaran Mak Engku menjadi wanita pertama di negara ini ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan Jenayah 1959 di Mahkamah Majistret Kuala Selangor, pagi semalam.

Dia yang berusia 60 tahun itu difahamkan, ditahan setelah terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki, Syairul Helmi Azhar, 24, gara-gara cicak tokek yang didakwa bernilai jutaan ringgit.
Suspek yang tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Selangor menaiki kereta polis kira-kira jam 10.50 pagi kelihatan tenang diiringi pegawai polis.

Perintah reman 14 hari dikeluarkan Majistret Kuala Selangor, Shah Wira Abdul Halim bermula semalam dan suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Selangor sehingga 24 Disember ini bagi dilakukan siasatan lanjut.

Wanita itu difahamkan mempunyai 16 rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam kes penipuan membabitkan urusan perniagaan di Perak dan Pahang.

Berdasarkan laporan polis, suspek bersama tiga lagi rakan jenayahnya dengan bersenjatakan sepucuk pistol buatan sendiri cuba membunuh mangsa kira-kira jam 8 pagi di Batu 7 3/4, Jalan Kampung Perepat Kapar pada 19 Ogos lalu.

Tindakan cubaan membunuh itu dikatakan berikutan masalah perniagaan antara suspek dan mangsa. Seterusnya menjadi salah satu alasan untuk menahannya dengan kesalahan atau perbuatan yang dikategorikan di Para 1 (ii) Bahagian 1 Jadual Pertama seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Manakala pada hujung Ogos lalu, tindakan suspek yang turut mengupah ahli kumpulannya untuk membunuh mangsa yang seterusnya dilaporkan mati di Bestari Jaya turut dikategorikan di bawah Para 1 (ii) Bahagian 1 Jadual Pertama seperti yang ditafsirkan di bawah seksyen yang sama.

Sebelum ini, dua lelaki tempatan Rosmady Rosman, 38, berasal daripada Kuang Selangor dan Azman Ismail, 38, daripada Parit Mahang, Jeram telah dihadapkan ke mahkamah majistret ini bagi menghadapi pertuduhan kes pembunuhan serupa.

Kedua-dua lelaki itu didakwa membunuh Syairul Helmi di hadapan rumah Lot 4225 Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram kira-kira jam 7 pagi, pada 30 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun serupa yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Penemuan mayat Syairul Helmi di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di sebuah lombong di Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya itu turut mendorong penahanan 16 lelaki di sekitar Selangor dan hilir Perak sejak 1 September lalu.
Artikel Berkaitan

 

 

YANG TAK NAK HUDUD...2 KUMPULAN

1.  YANG TELAH BERZINA....MENCURI...MINUM ARAK...TINGGAL SOLAT...DAH KUAR ISLAM DLL..


2.YANG ADA CITA2 NAK BERZINA....MENCURI...MINUM ARAK...TINGGAL SOLAT...NAK KUAR ISLAM DLL..

JADI GULUNG NI TAK BAIK DARI SEGI SYARAK....LEBIH2 GULUNGAN PERTAMA....KENAPA KITA NAK LINDUNGI MEREKA....ADAKAH KITA TERMASUK DALAM GULUNGAN ITU

 

 

Disamping bersungguh hendak membenteraskan Syiah kononnya bagi mengelahkan Melayu berpecah, bagi tahu Zahid Hamidi elok juga dia menngatasi masalah ini? Pelacuran warga asing. Baru-baru ini beliau umumkan kelonggoran via untuk warga Cina dan India ke negara ini sempena tahun melawat Malaysia. Apakah kelonggaran itu memudahkan lagi warga asing (pelacur) masuk ke negara ini dan menambahkan bilangan sundal. Atau bagi bakal PM itu melihat fenomena sosial ini tidak merupakan ancaman kepada keselamatan negara. Beliau patut cari statistik mana ramai antara pelacur dengan penganut Syiah di negara ini? Wassalam Mso.

Mahathir Orang Pertama Halang Hudud, Bukan Karpal - TGNA

Individu pertama halang hudud bukan Karpal tapi Mahathir, selar Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.

Kata Nik Aziz (gambar), kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

“Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,”
kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.

Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”

Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal.

Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak perlu mengambil berat akan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sambil menyifatkan pemimpin veteran itu “kewarasannya sudah tidak stabil.”

“Kita tidak perlu nak ambil peduli, ini kenyataan yang sudah sampai ke tahap kewarasan yang sudah tidak stabil dan saya bersimpati kepada beliau (Dr Mahathir).

“Beliau sebenarnya tidak sedar apa yang beliau katakan itu sebab itu PAS tidak perlu nak ambil berat sangat, orang yang paling kuat menentang hudud adalah Dr Mahathir... orang pertama yang menghantar surat amaran kepada Kelantan adalah Dr Mahathir.

“Karpal tidak menentang seperti mana yang dilakukan Dr Mahathir, sejarah sudah membuktikan orang yang menentang negara Islam dan hudud adalah Dr Mahathir dan saya percaya beliau masih menentang sehingga sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas Mahfuz, bukan Karpal yang memperoleh kemenangan dalam pemilihan PAS tapi rakyat negara ini kerana parti Islam itu bersedia untuk menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

“Yang dapat kemenangan besar ialah rakyat negara kita... orang yang tidak hadir yang dimaksudkan itu adalah rakyat di mana mereka mendapat satu keyakinan kepada PAS yang akan membentuk negara berkebajikan.

“Bukan Karpal yang dapat kemenangan tapi rakyat,” katanya.

Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena ini percaya Umno berada dalam keadaan tertekan ekoran pendekatan baru yang ditonjolkan PAS.

“Saya percaya Umno dalam keadaan yang sangat menggelabah dengan kekuatan pendekatan yang ditunjukkan PAS melalui konsep negara berkebajikan dan ini bertepatan dengan situasi semasa yang mana rakyat mengalami pelbagai persoalan yang gagal diselesaikan kerajaan sedia ada.

“Oleh itu gandingan kepimpinan sedia ada dan dulu telah berjaya memberikan satu lontaran kepada rakyat bahawa mereka kini mempunyai landasan baru iaitu negara berkebajikan dan ini akan memberi satu kekecewaan kepada Umno yang telah menimbulkan pelbagai keraguan kepada rakyat termasuk dalam isu perkauman, video seks dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir.

“Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan.

“Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikiranya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan... sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS),” katanya.

Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13.

“Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir.

“Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya. -TMI

Ulasan GB

GB sudah ulas mengenai isu ini semalam di Penghinaan Mahathir Terhadap Hukum Islam Lebih Dasyat Dari Karpal Singh

Petikan:


Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa yang paling ulung menentang hukum hudud di negara ini ialah kamu, Che Det. Jangan lupa tatkala kerajaan Kelantan ingin membentang hukum hudud, kamulah penentang utamanya, dengan siap memberi ugutan kepada kerajaan Kelantan ketika itu untuk diambil tindakan.

Kalaulah hendak dibangkitkan penghinaan yang Che Det lakukan terhadap Islam mungkin ruang di blog ini tidak mencukupi, lebih buruk dari yang dilakukan oleh Karpal Singh.

Mahathir mengutuk ulama', merasakan diri sebagai ulama' al kabir

Beliau menghina ulama’, menghina pandangan Tuan Hj. Ishak Baharum bekas Mufti Selangor yang dipecat, menghina Dr. Harun Din seorang ulama’ yang disegani. Beliau menempelak pandangan ulama’ dalam isu menutup aurat, pertandingan ratu cantik dengan menyatakan ulama’ mentafsir Al Quran untuk kepentingan diri dan ianya bersalahan dari ajaran Islam. Selagi tafsir atau fatwa ulama’ menggugat Mahathir, selagi itulah fatwa tersebut kononnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Apakah Mahathir itu layak memberi fatwa dan menjadikan dirinya sorang diktator satu ketika, tetapi juga ulama’ Al Kabir.

Menghina hukum Islam serta memberi fatwa baru

Beliau mempermainkan hukum hudud dengan menempelak bahawa negara Islam yang mengamalkan hudud akan menyebabkan orang Islam semuanya kudung. Beliau juga mempermainkan hukum Allah ini dalam lawak jenakannya. Tidak berupaya melaksanakannya pada masa ini bolehlah dimaafkan tetapi menolak dan mempersendakan Hukum Allah ini adalah melampau dan wajib diperangi.

Menghina Nabi Muhammad sallalhu’alihi wassalam.

Beliau mempermainkan sunnah Rasulullah. Beliau membuat jenaka dengan janggut Nabi. Beliau mempermainkan pakaian ummat Islam yang dipakai Nabi dan para sahabat dengan menyatakan itu pakaian Arab dan bukan Islam.




Individu pertama halang hudud bukan Karpal tapi Mahathir, selar Nik Aziz

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
June 08, 2011
KUALA LUMPUR, 8 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.
Kata Nik Aziz (gambar), kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.
Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.
Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.
“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.
“Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.
Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.
Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”
Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.
Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal.
Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.
Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak perlu mengambil berat akan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sambil menyifatkan pemimpin veteran itu “kewarasannya sudah tidak stabil.”
“Kita tidak perlu nak ambil peduli, ini kenyataan yang sudah sampai ke tahap kewarasan yang sudah tidak stabil dan saya bersimpati kepada beliau (Dr Mahathir).
“Beliau sebenarnya tidak sedar apa yang beliau katakan itu sebab itu PAS tidak perlu nak ambil berat sangat, orang yang paling kuat menentang hudud adalah Dr Mahathir... orang pertama yang menghantar surat amaran kepada Kelantan adalah Dr Mahathir.
“Karpal tidak menentang seperti mana yang dilakukan Dr Mahathir, sejarah sudah membuktikan orang yang menentang negara Islam dan hudud adalah Dr Mahathir dan saya percaya beliau masih menentang sehingga sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Tegas Mahfuz, bukan Karpal yang memperoleh kemenangan dalam pemilihan PAS tapi rakyat negara ini kerana parti Islam itu bersedia untuk menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.
“Yang dapat kemenangan besar ialah rakyat negara kita... orang yang tidak hadir yang dimaksudkan itu adalah rakyat di mana mereka mendapat satu keyakinan kepada PAS yang akan membentuk negara berkebajikan.
“Bukan Karpal yang dapat kemenangan tapi rakyat,” katanya.
Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena ini percaya Umno berada dalam keadaan tertekan ekoran pendekatan baru yang ditonjolkan PAS.
“Saya percaya Umno dalam keadaan yang sangat menggelabah dengan kekuatan pendekatan yang ditunjukkan PAS melalui konsep negara berkebajikan dan ini bertepatan dengan situasi semasa yang mana rakyat mengalami pelbagai persoalan yang gagal diselesaikan kerajaan sedia ada.
“Oleh itu gandingan kepimpinan sedia ada dan dulu telah berjaya memberikan satu lontaran kepada rakyat bahawa mereka kini mempunyai landasan baru iaitu negara berkebajikan dan ini akan memberi satu kekecewaan kepada Umno yang telah menimbulkan pelbagai keraguan kepada rakyat termasuk dalam isu perkauman, video seks dan sebagainya,” katanya.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir.
“Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan.
“Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikiranya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan... sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS),” katanya.
Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13.
“Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir.
“Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya.

KERAJAAN DAP/PKR PULAU PINANG MEMANG TIDAK BERGUNA DAN TIDAK BERHATI PERUT LANGSUNG??? .... SANGGUP BERI RM30,000 KEPADA SETIAP BALU/WARIS ANGGOTA KESELAMATAN YANG TERKORBAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS OPS DAULAT.





Berita macam ini agak berat sikit nak keluar di Utusan dan Berita Harian .. Nak disiarkan oleh RTM dan TV3 hampir-hampir mustahil.

Pagi tadi  Ketua Menteri Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng  telah menyerahkan cek bernilai RM240,000 ( Ringgit Malaysia dua ratus dan empat pulu ribu) sebagai mewakili kerajaan Pulau Pinang kepada Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Mesyuarat Negeri Pulau Pinang (EXCO) pada 6 Mac 2013 telah mengambil keputusan untuk memberi sumbangan sebanyak RM30 ribu kepada setiap balu/waris anggota keselamatan negara yang terkorban dalam Ops Daulat semasa menjalankan tugas keselamatan ketika Lahad Datu diserang sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan pengorbanan mereka.

MISI KEMANUSIAAN DARI PAKATAN RAKYAT SELANGOR SUDAH PUN TIBA ...TAPI KUMPULAN UMNO SELANGOR MASIH TIDAK NAMPAK MUKA!!!!


Pasukan misi kemanusiaan dari Pakatan Rakyat Selangor sudah pun sampai di Kuantan malam tadi..

Mereka telah pun melaporkan diri kepada Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh.

Fokus tumpuan kerja ialah membersihkan sampah-sampah pukal yang sudah pun mula berbau busuk.

Hari ini tumpuan akan diberikan di Kg Tengah, Kg Jawa dan Chenderawasih.

Esok di Sg Isap .. Semoga rakyat Kuantan, sabar menanti ketibaan mereka.

Tidak hairan dan memeranjtakan mengapa dalam musim banjir makin ramai penyokong UMNO mohopn mau menjadi ahli PKR.

Tiada ulasan: