Posted on Thursday, December 12 @ 23:44:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu supaya tidak berpura-pura atau bertaqiyyah setelah disahkan oleh kementeriannya bahawa pemimpin nombor dua parti pembangkang itu terlibat dengan fahaman Syiah.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi di Putrajaya hari ini bahawa Mohamad (bawah) cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat yang diterima kementerian.
Agensi berita nasional, Bernamamelaporkan Ahmad Zahid mahu menangani segera Syiah di negara ini bagi memastikan tiada isu keselamatan yang mungkin dicetuskan penganut fahaman itu.
Sambil menegaskan tidak mahu berkompromi dalam soal keselamatan negara, katanya beliau juga tidak peduli jika ada pihak tertentu terutama pemimpin PAS yang mencemuh atau melempar cacian di atas ketegasannya memerangi Syiah.
"Dalam soal politik kita boleh berbeza pendapat tetapi bab akidah hanya satu iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya tidak akan berkompromi soal keselamatan kerana tidak mahu umat Islam di negara ini berpecah dua.
"Dalam Islam tiada fahaman lain selain sunni," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Anugerah Buku Negara 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata KDN mengharamkan penerbitan dan percetakan sebuah buku yang telah diterjemah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia kerana mengandungi fahaman Syiah.
Beliau akan mengeluarkan maklumat mengenai buku itu dalam masa terdekat.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut merasmikan Ekspo Buku 1Malaysia anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara.
- Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/249235
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Thursday, December 12 @ 23:44:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Gambar Lucu Semasa: Kagum
Posted on Thursday, December 12 @ 23:25:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini adalah Mohamad. Beliau pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008.
"Beliau juga menyatakan kekaguman kepimpinan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorakkan kepimpinan beliau melalui ucapan pada Jun 2011," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.
Yang Paling PELIK IALAH BUKAN TUN KAGUM KEPADA IRAN (SYIAH) TAPI SYIAH KAGUM KEPADA TUN!!
Tapi tak bermakna Syiah adalah PERASUAH!!
Haji Mohamad Sabu Akan Ambil Tindakan Undang-undang Kepada Zahid dan KSU
Posted on Thursday, December 12 @ 23:12:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Haji Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS akan mengambil tindakan undang-undang kepada Naib Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi dan KSU Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan yang difaks daripada Langkawi.
12 Disember 2013, jam 850 malam
Langkawi
--------
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada sidang akhbar khas petang tadi berkaitan bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dengan Syiah terhadap saya adalah bersifat fitnah terhadap diri saya. Kenyataan beliau adalah lanjutan dari kenyataan Naib Presiden UMNO dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO.
Kenyataan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggungjawab. Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat'.
Kenyataan berulang kali oleh Naib Presiden UMNO berjawatan Menteri Dalam Negeri ini juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara Malaysia.
Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden UMNO dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya.
Sekian,
Mohamad bin Sabu
Timbalan Presiden PAS
...........
Kenyataan ringkas diatas adalah jawapan kepada isu Syiah yang telah bermula daripada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan dakwaan kononnya beliau seorang pengikut fahaman Syiah sebagai satu tuduhan bersifat fitnah.
Katanya, kenyataan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi pada sidang media petang tadi adalah lanjutan daripada kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
"Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden UMNO dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini dari Langkawi.
Kita tidak mahu jadi seperti Iraq, kata Zahid Hamidi
Posted on Thursday, December 12 @ 22:35:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menegaskan enggan menjadikan Malaysia seperti Iraq yang disifatkan sebagai negara tidak aman akibat ajaran Syiah.
"Iraq dulunya hanya berpegang pada satu fahaman iaitu Sunni, tetapi apabila mereka menerima ajaran Syiah, ia menyebabkan kacau bilau. Kita tidak mahu ia berlaku di sini," katanya kepada pemberita hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian mengulas kenyataan seorang ahli Parlimen di Baghdad, Iraq iaitu Syeikh Jalaluddin Ash-Shoghir mendakwa kerajaan Malaysia secara rasminya menjadi negara pertama mengkafirkan mazhab Syiah secara terbuka.
"Syarikat-syarikat Malaysia begitu gembira meraih keuntungan daripada pelaburan projek di Iraq dan negeri itu juga banyak memberi peluang perniagaan kepada kerajaan Malaysia," katanya melalui kenyataan yang tersebar di laman Youtube.
Syarikat minyak gergasi Malaysia, Petronas melabur dalam industri telaga minyak di Gharraf, Iraq.
65 % daripada jumlah populasi Iraq ialah pengikut Syiah.
Jamaluddin juga menyatakan kekecewaan terhadap kerajaan Malaysia apabila berhasrat ingin menghukum mereka yang berfahaman Syiah.
"Saya tidak tahu bahawa kerajaan Malaysia sampai satu tahap sanggup menghancurkan hubungan diplomatik dan melanggar kepercayaan. Di manakah dasar Persatuan Pertubuhan Islam (OIC)? " katanya.
Menjawab dakwaan tersebut, Ahmad Zahid berkata apa yang dikatakan Jamaluddin ialah terjemahan pendapat daripada pemimpin itu.
"Itu interpretasi beliau. Interpretasi kita amat berlainan sekali," katanya kepada media selepas melancarkan Anugerah Buku Kebangsaan dan Expo Buku 1Malaysia.
Ahmad Zahid berkata lagi, perkara tersebut berbeza antara keselamatan negara dan perniagaan.
"Saya amat terbuka untuk dipersalahkan juga untuk dikritik. Saya tidak perlu pujian.
"Atas dasar keselamatan dan keamanan negara, saya tidak akan bertolak ansur dan mengambil sebarang tindakan kerana tidak mahu negara mempunyai dua fahaman berbeza," katanya.
Jelas beliau tidak ada salahnya jika terdapat perbezaan ideology, bagaimanapun hal-hal melibatkan akidah dan kepercayaan Islam tidak harus dipertaruhkan.
Ditanya mengenai cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk mengadakan dialog antara mazhab Sunni dan Syiah, Ahmad Zahid berkata langkah tersebut tidak perlu.
"Dialog apa? Ini tidak ada kena mengena dengan faktor manusia tetapi ia pegangan mazhab.
Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang menawarkan dialog tersebut berkata, kerajaan persekutuan menawarkan kebebasan kepada komuniti lain bagi mengamalkan kepercayaan mereka dan ia harus dilakukan kepada mereka yang mempunyai fahaman Islam yang berbeza. – 12 Disember, 2013.
sumber"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Thursday, December 12 @ 22:35:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Azmin Ali: PKR akan terus hidup walaupun tanpa Anwar Ibrahim
Posted on Thursday, December 12 @ 22:31:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"PETALING JAYA: PKR akan terus hidup walaupun penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi aktif dalam politik.
Menurut Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, masa depan parti tersebut bukan terletak kepada Anwar Ibrahim, sebaliknya rakyat yang akan terus menyokong parti tersebut.
“PKR bukan sebuah parti yang berpusatkan kepada Anwar semata-mata tetapi ia berteraskan reformasi yang diasaskan rakyat Malaysia, “ kata beliau kepada sebuah berita portal..
Azmin yang juga ahli parlimen Gombak menolak dakwaan bahawa PKR tanpa Anwar Ibrahim akan mati seperti Parti Negara tanpa Datuk Onn Jaafar.
“Namun perlu saya tegaskan di sini bahawa PKR ini bukan Anwar centric parti. Ini bukan parti milik Anwar, ini parti milik massa yang berteraskan reformasi,” katanya .Azmin berkata, beliau tidak menafikan penubuhan awal parti tersebut bersimbolkan kezaliman yang berlaku kepada Ketua Pembangkang itu, tetapi tuntutan berubah seiring dengan peredaran masa pada ketika ini.
“Tapi sekarang masa sudah berubah, tuntutan sudah berubah, cabaran baru dan kita mempunyai pemilih dan pengundi di kalangan anak muda, yang tidak tahu pun apa berlaku pada 1998,” katanya.
Beliau berkata, anak muda sekarang melihat dan mencari sebuah parti yang mampu mendokong aspirasi mereka serta konsep demokrasi sebenar.
“Definasi pembangunan yang diinspirasikan oleh rakyat hari ini lebih kompleks, mereka menuntuk hak asasi, demokrasi, kebebasan bersuara, media bebas, ini pembangunan yang dituntut rakyat dalam dekad terbaru ini.
“Oleh itu, kita tegaskan PKR bukan parti Anwar centric tapi ini parti yang akan memikul aspirasi rakyat,” katanya.
Bagi menyokong hujahnya, Azmin berkata, semasa penubuhan awal Parti Keadilan Nasional (PKN) tidak menyaksikan kehadiran Anwar selaku pemimpin, tetapi diterajui oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas Anwar meringkuk dalam penjara.
“Beliau (Wan Azizah) berjaya meletakkan asas yang cukup kuat dalam pembentukan PKR selama 15 tahun lalu dan sudah tentu sumbangannya itu sangat besar serta bermakna dalam melahirkan parti ini,” katanya.
Sementara itu, Azmin berkata, bagi tempoh dua tahun akan datang fokus utamanya akan lebih ke arah untuk mengukuhkan parti tersebut khususnya dalam menyediakan pemimpin pelapis muda.
“Buat masa ini, saya mahu memberikan tumpuan untuk mengukuhkan parti kerana sekarang ini kita ada masa yang lebih sebelum pilihan raya umum ke-14 nanti.
“Dalam tempoh dua tahun ini, cabaran PKR adalah mengenal pasti bakat baru, potensi baru, muka baru. Ini cabaran besar yang memerlukan kita beri tumpuan di peringkat pusat atau negeri dan cabang,” katanya.
Azmin berkata, istilah perjuangan dalam PKR perlu difahami oleh setiap ahlinya dan latihan pengkaderan adalah langkah paling berkesan.
“Tumpuan saya sekarang adalah soal latihan dan apa yang saya sebut program pengkaderan, kader di dalam mana-mana perjuangan sistem ini yang cukup efektif untuk sampaikan maklumat di bawah dan mempertahankan idealisme perjuangan.
“Ini merupakan kekurangan dalam PKR yang berani saya nyatakan, sebab selepas 2008 bergerombolan orang masuk parti, sebelum itu nak dekat pun takut. Tapi bila dia masuk, apakah dia faham idealisme perjuangan atau dia masuk kerana jawatan atau sebab imbuhan,” katanya.
Dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, PKR memenangi 30 kerusi Parlimen, sembilan di Selangor, masing-masing empat di Kuala Lumpur dan Kedah, masing-masing tiga di Perak dan Pulau Pinang, dua di Pahang, serta masing-masing satu di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.
Azmin berkata dalam tempoh lima tahun akan datang, semakin ramai pengundi baru akan mengundi buat pertama kali pada tahun 2018.
“Maka kepada pengundi baru inilah PKR akan beri tumpuan,” katanya lagi.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: setisab
Posted on Thursday, December 12 @ 22:31:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Muhamad Saad Shaari shared Rohani Hijabi's photo.
"Sungguh, aku teringin menjadi seperti wanita TARIM."
Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama dan terdedah dengan
ulama, majlis ilmu, maulid dan sebagainya. Sedari kecil mereka didik
untuk membaca al-Qur’an oleh ibubapa mereka. Terdidik dengan akhlak yang
mulia. Terjaga pergaulan mereka. Terpelihara aurat mereka. Bagi mereka
setelah mencapai umur baligh, tempat mereka adalah di dalam rumah.
Mereka tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara
lelaki dan bapa saudara mereka sahaja. Mereka dibesarkan dengan tidak
mengenal muzik, tidak mengenal kebiadapan dan tidak kenal wajah orang
fasiq. Perbualan mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu,
al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan
mereka dibesarkan.
Apabila tiba saat yang sesuai untuk dinikah oleh walinya maka mereka
dinikahkan pada pasangan yang sesuai. Pilihan keluarga, dan tanpa ada
bantahan. Tanpa ada cinta atau ‘dating’ sebelumnya. Kebiasaannya mereka
bernikah diusia yang masih muda, sekitar belasan tahun. Begitulah
keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga. Wanita Tarim juga tidak
pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak
menyusahkan isteri mereka. Bila barang keperluan asas atau harian,
seperti beras susu dan sebagainya kehabisan, mereka tidak langsung
memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu mungkin si suami tidak
mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah
dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira
mudah dilihat oleh suaminya.
Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur
dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang
para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju
atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur,
beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.
Si isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur harum wangi. Bila
suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah dikemas rapi, indah dan
harum. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan
semuanya kemas serapi mungkin. Kerana wangi-wangian itu mampu
membangkitkan suasana yang tenang dan romantik serta menambahkan
kasihsayang?
Si isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami.
Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa
kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang
lirih. Itulah marah mereka.
Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada
isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal
atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri
dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan
menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan
menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan
tertawa bersama. Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi
hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun
daripada mereka memendam rasa.
Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan
ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan
dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم
dalam rumah tangga nabawi yang payah untuk kita temukan di masa kini,
namun dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Tarim. Inilah keberkatan
yang ada pada kota Tarim.
Di Tarim amat-amat sukar sekali untuk kaum perempuannya yang mendedahkan
wajahnya di khalayak ramai hatta tatkala mereka bekerja di ladang atau
mengembala kambing kawasan kering bukit-bukau sekalipun jauh dari
pandangan kaum lelaki, mereka tetap berabaya dan berniqab/berpurdah
hitam. Mereka dapat bertahan walaupun di dalam keadaan panas teriknya
matahari di negeri Tarim/Hadhramaut yang terkenal dengan panasnya.
Begitulah perempuan di Tarim. Kepanasan api neraka lebih mengerunkan
mereka berbanding teriknya pancaran matahari. Dan kaum perempuan di
Tarim hanya keluar andainya ada keperluan sahaja. Kalau ke pasar atau ke
kedai ada mahram yang akan menemaninya atau mereka keluar secara
bergerombolan. Maka terpeliharalah mereka dari sebarang fitnah. Tenang
hati kita berada di sana.
Sememangnya kalau hendak menceritakan perihal penghuni kota Tarim,
teramatlah banyaknya. Sesiapa yang ingin tahu sedikit daripada kisah
masyarakat Tarim bolehlah dibaca dari sebuah buku berjudul Bidadari Bumi
– 9 Kisah Wanita Sholehah karya Ustazah Halimah al-Aydrus. Atau kumpul
duit, kemudian berziarahlah ke bumi Tarim untuk melihat dan merasainya
sendiri.
Sumber dari : Ustaz Afdhalludin
Rafizi desak Najib letak jawatan kerana aliran wang haram tinggi
Posted on Thursday, December 12 @ 22:27:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Rafizi Ramli (gambar) mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung “Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia.
Menurut Pengarah Strategi PKR itu, laporan terbaru GFI mengesahkan terdapat kaitan antara jumlah aliran wang haram yang tinggi dengan pelbagai masalah kewangan dihadapi negara berpunca daripada masalah yang sama iaitu rasuah.
"Najib sewajarnya melepaskan jawatan Menteri Kewangan kerana jumlah aliran wang haram yang begitu tinggi ini adalah bukti kegagalan beliau sebagai Menteri Kewangan.
"Kedegilan Najib menerima pakai kesimpulan-kesimpulan ini akan terus merencatkan kemajuan ekonomi negara dan menekan rakyat," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada Najib yang juga merupakan Perdana Menteri.
Katanya, sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara, laporan tahunan GFI juga sebagai bukti bahawa rasuah di Malaysia sudah bertambah parah.
Menurut Rafizi, laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk kerajaan melalui Bank Negara Malaysia.
“Selain menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan GFI juga menyanggah kenyataan kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang menyalahkan ketepatan statistik bagi menerangkan jumlah aliran wang haram yang besar.
"Dengan jawapan-jawapan dan kaedah baru yang digunapakai oleh GFI, maka kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan yang dibuat.
"Jumlah aliran wang haram yang mencecah AS$54 bilion dalam tahun 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011 juga bertepatan dengan bukti-bukti semasa," katanya.
Lebih dari itu laporan urus niaga di luar negara seperti London seperti yang didedahkan GFI mengesahkan bahawa terdapat pelbagai urus niaga mewah melibatkan rakyat di negara ini.
Menurut Rafizi, laporan GFI itu juga selari dengan kedudukan kewangan semasa negara yang menunjukkan defisit belanjawan dalam tempoh 15 tahun berturut-turut.
"Defisit belanjawan ini jelas menunjukkan perbelanjaan yang melonjak naik termasuklah perbelanjaan-perbelanjaan besar yang melibatkan bayaran ke seluruh dunia," katanya. – 12 Disember, 2013.
sumber"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Thursday, December 12 @ 22:27:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Pelepasan kepada OPS BERSIH oleh YB Rodziah Ismail
Posted on Thursday, December 12 @ 22:21:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Hidup Memberi Asas Bermasyarakat
Shah Alam, 12 Disember; Esok, 13 Disember 2013, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail akan melepaskan pasukan Ops Bersih ke Kuantan untuk meneruskan usaha-usaha membantu mangsa bencana banjir di sana.
Ia akan berlangsung pada jam 11.00 pagi.
Di tahap ini, kerja-kerja untuk membantu pembersihan premis dan rumah pula diberi keutamaan. Sehubungan dengan itu, para dermawan dan rakyat prihatin boleh menyumbang kepada pasukan Ops Bersih ini esok dan seterusnya di perkarangan pelepasan di Selayang.
Beralamat di Masgenuine Cawangan Selayang, No. 11, Jalan 2/8, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor (hadapan Maybank Selayang).
Alat-alat dan keperluan yang diperlukan adalah:
- water jet (mesin pam penyembur air)
- sabun (untuk membasuh rumah)
- kasut but getah
- lampin bayi
- susu / makanan bayi
- makanan asas
Saudara Sani di talian: 0129781707
- Media Rodziah Ismail
rodziahismail.com
MB terharu Gardenia tak mahu terima bayaran
Posted on Thursday, December 12 @ 20:57:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
SHAH ALAM - Dek kerana tindakannya menahan dua buah lori Gardenia dan meminta pemandu lori mengagihkan roti tersebut kepada mangsa banjir yang tersekat dalam kesesakan lalu lintas, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menerima pujian ramai.
Namun hari ini, Ahmad pula merasa terharu apabila pihak Gardenia enggan menerima bayaran harga roti yang seperti yang dijanjikannya sewaktu kejadian itu.
Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.
“Terima kasih kepada pengurusan Gardenia yang pada hari itu saya membuka lori untuk diagihkan (roti). Asalnya kita berbincang dengan driver, pada awalnya tidak berani tetapi saya cakap dengan pegawai pengurusan dia, saya bersetuju untuk membayar harga roti tersebut.
"Apabila kita tulis surat untuk mendapatkan invois, pengurus dia kata ini sumbangan mereka untuk mangsa banjir yang terkandas. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia,” kata Ahmad.
Beliau yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman meminta dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada orang ramai.
Lori terbabit yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya enggan membenarkan lori mereka dibuka.
Ahmad kemudiannya berbincang dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur dan bersetuju untuk membayar harga kesemua roti yang diagihkan itu kepada mangsa yang terperangkap itu.
Sinar Harian | 12 Dis 2013
Banjir: Senator terkilan menteri perlekeh Unit Amal
Posted on Thursday, December 12 @ 20:49:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Khairiah Mohamad terkilan dengan sikap seorang menteri yang memperkecilkan peranan dan bantuan yang dihulurkan Unit Amal Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan.
Beliau ketika berucap membahaskan Bajet 2014 berkata, menteri terbabit sepatutnya menggalakkan sikap yang ditunjukkan oleh sukarelawan Unit Amal yang menjalankan tugas penuh kerelaan tanpa pernah meminta-minta bayaran.
"Saya terkilan apabila menteri ketika menjawab soalan ahli Dewan Negara telah memperkecilkan peranan dan bantuan yang diberikan oleh badan sukarela seperti apa yang disebut Jabatan Amal.
"Saya maklumkan di sini Unit Jabatan Amal ini dianggotai oleh anak-anak muda kita daripada pelbagai peringkat umur. Mereka ini adalah sukarelawan yang dikerah pada bila-bila masa dan tidak dibayar," katanya.
Katanya, atas semangat inilah datangnya pertolongan cemas dari seluruh negara yang membawa wang, air mineral, lampin pakai buang, makanan, tilam, tikar dan kain selimut, pakaian dan sebaginya.
Sikap inilah, katanya perlu disanjung dan mengucapkan penghargaan terima kasih bukannya memperkecil-kecilkan mereka.
"Saya kira pengorbanan mereka cukup besar dan kehadiran mereka tanpa dipanggil sedar-sedar mereka sudah ada apabila pertolongan cemas diperlukan," katanya.
Unit Amal antara anggota sukarelawan yang turut bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di Kuantan, mereka bukan sahaja berusaha mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mangsa banjir bahkan kini mereka sedang giat menjalankan aktivti membersihkan rumah mangsa banjir.
harakahdaily | 11 Dis 2013
SIFAT
SYURGA SERTA AHLINYA
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Ya
Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?"
Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:
"Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga."
Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:
"Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang
semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang
masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya,
tidak berubah mukanya."
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: "Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: Imam (pemimpin, hakim)
yang adil, dan orang puasa ketika berbuka dan orang yang teraniaya, maka doanya
terangkat diatas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman: "Demi
kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata:
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "
Sesungguhnya didalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan
dapat berjalan dibawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya,
bacalah: Wa dhillin mamdud (Yang bermaksud)
Dan naungan yang memanjang terus. Dan didalam syurga kesenangannya yang
tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah
terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Fala
ta'lamu nafsun maa ukh fia lahum min qurrati a'yunin jazza'an bima kanu ya'malun
(Yang bermaksud) Maka tidak seorang pun yang
mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari
sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan temapt pecut
didalam syurga lebih baik dari dunia siisinya. Bacalah ayat: Faman
zuhziha aninnari wa udkhillal jannata faqad faza (Yang bermaksud) Maka
siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung."
Ibn Abbas r.a. berkata: "Sesungguhnya didalam syurga ada bidadari yang
dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan za'faran, sedang
tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan setelah dijadikan maka semua
bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjdai tawar
airnya, tercantum dilehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku, maka
hendaklah taat kepada Tuhanku."
Mujahid berkata: "Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik, dan
urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang
daun dan buahnya dibawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar,
dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian
membaca ayat: Wa dzulillat quthufuha tadzlila.
(Yang bermaksud) Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga
semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri maupun
yang duduk dan berbaring.
Abu hurairah r.a. berkata: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi
Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok
cantiknya, sebagaimana dahulu didunia bertambah tua."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: "Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila ahli syurga telah
masuk kesyurga dan ahli neraka telah masuk keneraka, maka ada seruan: Hai ahli
syurga, Allah akan menepati janji-Nya
kepada kamu. Mereka berkata: "Apakah itu, tidakkah telah memberatkan
timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memesukkan kami kedalam syurga
dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan
bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya,
demi Allah yang jiwaku ada ditanganNya
belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat zat Allah."
Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi
Muhammad s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam,
maka Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada Jibril:
"Apakah cermin yang putih ini?" Jawabnya: "Ini hari Jumaat dan
titik hitam ini saat mustajab yang ada dihari Jumaat, telah dikurniakan untuk mu
dan untuk ummat mu, sehingga ummat-ummat yang sebelumnya berada dibelakangmu,
iaitu Yahudi dan Nashara (kristian) dan saat dihari Jumaat, jika seorang mukmin
bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah,
atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya,
pasti akan dihindarkannya, dan hari Jumaat dikalangan kami (Malaikat) dinamakan
Yaumal Mazid (hari tambahan)."
Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah Yaumal
Mazid itu?" Jawab Jibril: "Tuhan telah membuat lembah disyurga
Jannatul Firdaus, disana ada anak bukitdari
misik kasturi dan pada tiap-tiap hari Jumaat disana disediakan
mimbar-minbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para Nabi, dan ada
mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut
dan zabarjada diduduki para siddiqin, suhada
dan solihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang dibilik syurga) berada
dibelakang mereka diatas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk
memuja muji kepada Allah, lalu Allah
berfirman: "Mintalah kepadaKu." Maka
semua minta (Kami mohon keridhaanMu) Jawab Allah:"Aku
telah redho kepadamu, keridhoan sehingga kamu Aku tempatkan
dirumahKu dan Aku muliakan
kamu." Kemudian Allah menampakkan kepada
mereka sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka
tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat kerana mereka merasa
bertambahnya kemuliaan dan kehormatan mereka.
Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat:
"Berikan makan kepada para waliKu.", maka
dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari
semuanya, bahkan lebih lazat sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah:
"Berikan minum kepada hamba-hambaKu."
maka diberi minum yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika
telah selesai maka Tuhan berfirman: "Akulah
Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan
kepadamu dan kini kamu boleh minta, nescaya Aku
berikan permintaanmu." Jawab mereka: "Kami minta ridhoMu.
kami minta ridhoMu." dua tiga kali. Dijawab
oleh Allah: "Aku ridho kepadamu bahkan masih
ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku
muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu
terima." Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat dzat
Allah yang Maha Mulia sekehendak Allah,
maka segera mereka bersujud kepada Allah sekehendak
Allah sehingga Allah
menyuruh mereka: "Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat."
Maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar
bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat dzat
Allah yang Maha Mulia. Kemudian mereka
kembali maka semerbak bau harum dari bawah Arsy dari bukit kasturi yang putih
dan ditaburkan diatas kepala mereka, diatas ubun-ubun kuda mereka, maka
apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih
dari semula ketika mereka meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka
berkata: "Kamu kini lebih elok dari yang biasa."
Abul-Laits berkata: "Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka
untuk melihat-Nya. Dan erti melihat kepadaNya iaitu
melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya tetapi kebanyakkan ahli
ilmu mengerikan: Melihat dzat Allah tanpa
perumpamaan."
Ikrimah berkata: "Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun
lelaki dan perempuan sama-sa,a, sedang tingginya enam puluh hasta, setinggi nabi
Adam a.s. muda-muda yang mesih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya,
memakaitujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh
puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya dimuka isterinya, demikian pula
didadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya diwajah
suaminya, didada dan dibetisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus,
lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh."
Dalam lain riwayat: "Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak
tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya Zaid bin Arqam r.a. berkata: "Seorang
ahlil kitab datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan
bertanya: "Ya Abal-Qasim, apakah kau nyatakan
bahawa orang syurga itu makan dan minum?" Jawab Nabi
Muhammad s.a.w.: "Ya, demi Allah yang
jiwa Muhammad ada ditanganNya,
seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang dalam makan, minum dan jima (bersetubuh)."
Dia berkata: "Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang
syurga itu bersih tidak ada kekotoran? Jawab Nabi
Muhammad s.a.w. : "Hajat seseorang itu berupa peluh yang berbau
harum bagaikan kasturi."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah
s.w.t.: "Thuba lahum wa husnu ma ab."
Thuba ialah pohon pokok disyurga yang
dahannya dapat menaungi tiap rumah disyurga, didalamnya berbagai macam buah dan
dihinggapi burung-burung besar sehingga bila seorang ingin burung dapat
memanggilnya dan segera jatuh diatas meja makannya, dan dapat makan sayap yang
sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah
selesai ia terbang kembali."
Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi
Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Rombongan pertama akan masuk syurga
dari ummatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang
yang amat terang dilangit, kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing,
mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut
mereka dari emas dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh
mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam
a.s. enam puluh hasta."
Ibn Abbas r.a. berkata: "Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua,
polos, halus, tidak ada rambut kecuali dikepala, alis dan idep (dikelopak mata),
sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan polos tidak ada rambut, tinggi mereka
setinggi Nabi Adam a.s. enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa a.s 33 tahun,
putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang
burung dan berkata: "Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil
dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan
yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya."
Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna
dengan yang lain, sedang jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang
pertama: Salam
alaikum bima shobartum, dan yang kedua: Ud
khuluha bisalamin aminin, yang ketiga : Tilkal
janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun, yang keempat: Rufi'at
ankumul ahzana wal humum, yang kelima: Albasakum
alhuli wal hulal, yang keenam Zawwa jakum ul
hurul iin, yang ketujuh: Walakum fihamatasy
tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun, yang
kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin,
yang kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun
dan yang kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil
jiran."
Ertinya:
-
Salam alaikum bima shobartum Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu
-
Ud khuluha bisalamin aminin Masuklah kesyurga dengan selamat dan aman
-
Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu
-
Rufi'at ankumul ahzana wal humum Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita
-
Albasakum alhuli wal hulal Kami berimu pakaian dan perhiasan
-
Zawwa jakum ul hurul iin Kami kahwinkan kamu dengan bidadari
-
Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu.
-
Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin
-
hirtum syababa laa tahromun Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya
-
Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.
Abul-Laits berkata: "Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah
menepati lima perkara ini iaitu:
-
Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t.: "Wa nahannafsa anil hawa fainnal jannat hiyal ma'wa yang bermaksud "Dan menahan nasfu dari maksiat maka syurga tempatnya."
-
Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: "Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia."
-
Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. : "Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu."
-
Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis: "Perbanyaklah kawan kerana tiap kawan itu ada syafa'atnya pada hari kiamat."
-
Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.
Sebagaimana ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui
pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah
mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat
tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan
ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan
berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia.
Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang: "Kamu
cukup dengan itu tanpa roti?" Jawabnya: Saya jadikan makanan ini untuk
syurga sedang kau jadikan untuk w.c, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke
w.c, sedang saya makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai
kesyurga."
Ibrahim bin Adham ketika masuk ketempat permandian dilarang oleh penjaganya:
"Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya." Maka ia menangis dan
berdoa: "Ya Allah, seorang untuk masuk kerumah syaitan tidak diizinkan
tanpa wang, maka bagaimana saya akan masuk ketempat para Nabi dan Siddiqin tanpa
upah?"
Tersebut dalam wahya yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: "hai
Anak Adam, kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mau membeli syurga
dengan harga murah." Ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu
banyak dan ringan, tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat."
Abu Hazim berkata: "Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan
meninggalkan kesukaannya didunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat
syurga, dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung
semua kesukaran-kesukaran dunia, niscaya itu ringan dan sedikit disamping
keselamatan dineraka. Padahal kamu dapat masuk dan selamat dari neraka dengan
sabar menderita satu peratus dari kesukaran."
Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Meninggalkan dunia berat tetapi
meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia."
Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai
tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah,
masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah
dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah,
hindarkan ia dari neraka."
Semoga Allah s.w.t. menghindarkan kami dari neraka
dan memasukkan kami kedalam syurga. Dan andaikan didalam syurga itu tidak ada
apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka
bagaimana padahal disyurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.
Anas bin Malik r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Didalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang
berkumpul membicarakan keadaan ketika didunia, dan cara beribadat, bagaimana
keadaan antara si fakir dengan si kaya, dan bagaimana keadaan sesudah mati dan
lama binasa dalam kubur sehingga sampai kesyurga."
Abul-laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata:
"Manusia semua akan berdiri didekat neraka, kemudian mereka menyeberang
diatas sirat (jambatan) diatas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya,
ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang, ada yang
bagaikan kuda yang cepat larinya, dan seperti lari orang, dan ada yang bagaikan
terbang burung, dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan
diatas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu
licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang dikanan kirinya
Malaikat yang membawa bantolan untuk membantol (menyeret) orang-orang,
maka ada yang selamat, ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang
langsung tersungkur kedalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama
berdoa: "Robbi sallim saliim" (Ya
Tuhan, selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang
terakhir masuk kesyurga, maka ia selamat dari sirat, terbuka baginya pintu
syurga dan merasa tidak ada tempat baginya disyurga, sehingga dia berdoa: "Ya
Tuhan, tempat saya disini." Jawab Tuhan: "Kemungkinan jika Aku beri
kamu tempat ini lalu minta yang lainnya." Jawabnya: "Tidak, demi
kemuliaanMu." Maka ditempatkan disitu, kemudian diperlihatkan kepadanya
tempat yang lebih baik, sehingga dia merasakan kerendahan tempat yang diberikan
kepadanya, lalu ia berkata: "Ya Tuhan, tempatkan lah aku disitu."
Dijawab oleh Tuhan: "Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta
yang lainnya." Jawabnya: "Tidak, demi kemuliaanMu." kemudian
diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa
tempatnya masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama sehingga
ditanya: "Apakah kau tidak minta?" Jawabnya: "Saya sudah minta
sehingga merasa malu." Maka firman Allah s.w.t.: "Untukmu
sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat disyurga."
Abdullah bin Mas'ud berkata: "Nabi Muhammad s.a.w.
jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya."
Dalam hadis: "Diantara wanita-wanita didunia ini ada yang kecantikannya
melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika didunia."
Firman Allah
s.w.t.: "Inna ansya'nahunna insya'a,
fija'alnahunna abkara uruban atraba li ash habil yamin." yang
bermaksud: "Kami cipta
mereka baru dan Kami
jadikan mereka tetap gadis yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya
umurnya, untuk orang-orang ahlil yamin."
SIFAT
API NERAKA DAN AHLINYA
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a.
berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Api
neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan
seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap
bagaikan malam yang kelam."
Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah
kering air matanya dan ketika ditanya, maka dijawabnya: Andaikata Allah
s.w.t. mengancam akan memanjarakan aku didalam bilik mandi selama seribu
tahun. nescaya sudah selayaknya air mataku tidak berhenti maka bagaimana sedang
kini telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka yang telah dinyalakan
selama tiga ribu tahu."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari mujahid berkata: "Sesungguhnya
dijahannam ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta dan kala
sebesar kaldai, maka larilah orang-orang ahli neraka keular itu, maka bila
tersentuh oleh bibirnya langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku dan mereka
tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari kedalam neraka."
Abdullah bin Jubair meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Bahawa didalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika
menggigit maka rasa redih bisanya tetap terasa hingga empat puluh tahun. Juga
didalam neraka ada kala sebesar kaldai, jika menggigit maka akan terasa pedih
bisanya selama empat puluh tahun."
Al-a'masy dari Yasid bin Wahab dari Ibn Mas'ud berkata: "Sesungguhnya apimu
ini sebahagian dari tujuh puluh bagian dari api neraka, dan andaikan tidak
didinginkan dalam laut dua kali nescaya kamu tidak dapat mempergunakannya."
Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah
s.w.t. dari neraka jahannam." Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang
yang berkasutkan dari api nerka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah
ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar
ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat
siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua
ahli neraka."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a. berkata:
"Orang-orang neraka memanggil Malaikat Malik tetapi tidak dijawab selama
empat puluh tahun, kemudian dijawabnya: "Bahawa kamu tetap tinggal dalam
neraka." Kemudian mereka berdoa (memanggil) Tuhan: "Ya Tuhan,
keluarkanlah kami dari neraka ini, maka bila kami mengulangi perbuatan-perbuatan
kami yang lalu itu bererti kami zalim." Maka tidak dijawab selama umur
dunia ini dua kali, kemudian dijawab: "Hina
dinalah kamu didalam neraka dan jangan berkata-kata."
Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata-kata walau satu kalimah,
sedang yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka
hampir menyamai suara himar (kaldai).
Qatadah berkata: "Hai kaumku, apakah kamu merasa bahawa itu pasti akan
terkena pada dirimu, atau kamu merasa akan kuat menghadapinya. Hai kaumku,
taatlah kepada Allah s.w.t. itu jauh lebih ringan
bagi kamu kerana itu, taatilah sebab ahli neraka itu kelak akan mengeluh selama
seribu tahun tetapi tidak berguna bagi mereka, lalu mereka berkata: "Dahulu
ketika kami didunia, bila kami sabar lambat laun mendapat keringanan dan
kelapangan, maka mereka lalu bersabar seribu tahun, dan tetap siksa mereka tidak
diringankan sehingga mereka berkata: Ajazi'na am
sobarna malana min mahish (Yang bermaksud)
Apakah kami mengeluh atau sabar, tidak dapat mengelakkan siksa ini.Lalu
minta hujan selama seribu tahun sangat haus dan panas neraka maka mereka berdoa
selama seribu tahun, maka Allah s.w.t. berkata
kepada Jibril: "Apakah yang mereka minta?".
Jawab Jibril: "Engkau lebih mengetahui, ya Allah,
mereka minta hujan." Maka nampak pada mereka awan merah sehingga mereka
mengira akan turun hujan, maka dikirim kepada mereka kala-kala sebesar kaldai,
yang menggigit mereka dan terasa pedih gigitan itu selama seribu tahun. Kemudian
mereka minta kepada Allah s.w.t. selama seribu
tahun untuk diturunkan hujan, maka nampak mereka awan yang hitam, mereka mengira
bahawa itu akan hujan, tiba-tiba turun kepada mereka ular-ular sebesar leher
unta, yang menggigit mereka dan gigitan itu terasa pedihnya hingga seribu tahun,
dan inilah ertinya: Zidnahum adzaba fauqal adzabi.
(Yang bermaksud) Kami
tambahkan kepada mereka siksa diatas siksa.
Kerana mereka dahulu telah kafir, tidak percaya dan melanggar tuntutan Allah
s.w.t., kerana itulah maka siapa yang ingin selamat dari siksaan Allah
s.w.t. harus sabar sementara atas segala penderitaan dunia didalam
mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah s.w.t.
dan menahan syahwat hawa nafsu sebab syurga neraka diliputi syahwat-syahwat.
Seorang pejungga berkata: "Dalam usia tua itu cukup pengalaman untuk
mencegah orang yang tenang dari sifat kekanak-kanakan, apabila telah menyala api
dirambutnya (beruban). Saya melihat seorang itu ingin hidup tenang bila dahan
pohon telah menguning sesudah hijaunya. Jauhilah kawan yang busuk dan
berhati-hatilah, jangan menghubunginya tetapi bila tidak dapat, maka ambil
hati-hatinya, dan berkawanlah pada orang yang jujur tetapi jangan suka membantah
padanya, engkau pasti akan disukai selma kau tidak membantah kepadanya.
Berkawanlah dengan orang bangsawan dan yang berakhlak baik budinya."
Maka siapa yang berbuat baik pada orang yang tidak berbudi bererti ia telah
membuang budi itu kedalam laut. Dan Allah s.w.t.
mempunyai syurga yang selebar langit tetapi diputi dengan kesukaran-kesukaran.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi
Muhammad s.a.w bersabda: "Allah
memanggil Malaikat Jibril dan menyuruhnya melihat syurga dengan segala
persiapannya untuk ahlinya, maka ketika kembali berkata Jibril: Demi kemuliaanMu,
tiada seorang yang mendengarnya melainkan ia akan masuk kedalamnya, maka
diliputi dengan serba kesukaran, dan menyuruh Jibril kembali melihatnya, maka
kembali melihatnya, kemudian ia berkata: Demi kemuliaanMu saya khuatir
kalau-kalau tiada seorangpun yang masuk kedalamnya. Kemudian disuruh melihat
neraka dan semua yang disediakan untuk ahlinya, maka kembali Jibril dan berkata:
Demi kemuliaanMu tidak akan masuk kedalamnya orang yang telah mendengarnya,
kemudian diliputi dengan kepuasan syahwatnya, dan diperintah supaya kembali
melihatnya kemudian setelah dilihatnya kembali, berkatanya: Saya khuatir kalau
tiada seorangpun melainkan akan masuk kedalamnya."
Juga Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kamu boleh
menyebut tentang neraka sesukamu, maka tiada kamu menyebut sesuatu melainkan api
neraka itu jauh lebih ngeri dan lebih keras daripadanya."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Maimun bin Nahran berkata: "Ketika
turun ayat (yang berbunyi) Wa inna jahannam
lamau'iduhum ajma'in (yang bermaksud) Sesungguhnya
neraka jahannam itu sebagai ancaman bagi semua mereka. Salman
meletakkan tangan diatas kepalanya dan lari keluar selama tiga hari baru
ditemuikannya.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi
Muhammad s.a.w pada saat yang tiada biasa datang, dalam keadaan yang
berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawab Jibril: "Ya Muhammad,
aku datang kepadamu pada saat dimana Allah menyuruh
supaya dikobarkan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui
bahawa neraka jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, siksa Allah
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi Muhammad s.a.w
bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat jahannam." Jawabnya:
"Ya, ketika Allah menjadikan jahannam maka
dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
hingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang
mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya
akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah
yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas
dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan
hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah
dalam Al-Quran itu diletakkan diatas bukit nescaya akan cair sampai kebawah bumi
yang ketujuh. Demi Allah yang mengutusmu dengan hak,
andaikan seorang dihujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang-orang yang
dihujung timur kerana sangat panasnya, jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan
api. Api neraka itu ada mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagian yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi Muhammad s.a.w
bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setangahnya dibawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih
panas dari yang lain tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang
lain tujuh puluh kali ganda, maka digiring kesana musuh-musuh Allah
s.w.t. sehingga bila telah sampai kepintunya disambut oleh
malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu
dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus kepantat, dan diikat tangan
kirinya kelehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus
kebahunya, dan tiap-tiap manusia itu digandeng dengan syaitannya lalu diseret
tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan pukul besi, tiap
mereka ingin keluar kerana sangat risau, maka ditanamkan kedalamnya."
Nabi Muhammad s.a.w
bertanya lagi: "Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?" Jawabnya:
"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafiq, orang-orang yang kafir
setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun sedang
namanya Alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu
ketiga tempat orang-orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis
laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang
yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang kristien (Nasara)
bernama Sa'ie."
Kemudian Jibril diam segan pada Nabi Muhammad s.a.w
sehingga Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Mengapa
tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?" Jawab Jibril: "Didalamnya
orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat
bertaubat." Maka Nabi Muhammad s.a.w jatuh
pengsan ketika mendengar keterangan Jibril itu, sehingga Jibril meletakkan
kepala Nabi Muhammad s.a.w dipangkuan Jibril
sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi Muhammad s.a.w
bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka?" Jawab Jibril:
"Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w menangis, Jibril juga
menangis, kemudian Nabi Muhammad s.a.w masuk
kedalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian masuk
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan
minta kepada Allah s.w.t., dan pada hari ketiga
datang Abu Bakar r.a. kerumah Nabi Muhammad s.a.w mengucapkan:
"Assalamu'alaikum yang ahla baiti rahmah. apakah dapat bertemu kepada Nabi Muhammad s.a.w?"
Maka tidak ada yang menjawabnya, sehingga ia menepi untuk menangis, kemudian
Umar datang dan berkata: "Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah
dapat bertemu dengan Rasulullah s.a.w?" Dan
ketika tidak mendapat jawapan dia pun menepi dan menangis, kemudian datang
Salman Alfarisi dan berdiri dimuka pintu sambil mengucapkan: "Assalamu'alaikum
ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Junjunganku
Rasulullah s.a.w.?" Dan ketika tidak mendapat jawapan, dia menangis
sehingga jatuh dan bangun, sehingga sampai kerumah Fatimah r.a. dan dimuka
pintunya ia mengucapkan: "Assalamu'alaikum hai puteri Rasulullah
s.a.w."Kebetulan pada masa itu Ali r.a. tiada dirumah, lalu bertanya:
"Hai puteri Rasulullah, sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. telah beberapa hari tidak keluar kecuali untuk
sembahyang dan tidak berkata apa-apa kepada orang dan juga tidak mengizinkan
orang-orang bertemu dengannya." Maka segeralah Fatimah memakai baju yang
panjang dan pergi sehingga apabila beliau sampai kedepan muka pintu rumah
Rasulullah s.a.w. dan memberi salam sambil berkata: "Saya Fatimah,
ya
Rasulullah." Sedang
Rasulullah s.a.w. bersujud sambil menangis, lalu
Rasulullah s.a.w. mengangkat kepalanya dan bertanya: "Mengapakah
kesayanganku?" Apabila pintu dibuka maka masuklah Fatimah kedalam rumah
Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat
Rasulullah s.a.w. menangislah ia kerana melihat
Rasulullah s.a.w. pucat dan sembam muka kerana banyak menangis dan sangat
sedih, lalu ia bertanya: "Ya
Rasulullah, apakah yang menimpamu?" Jawab
Rasulullah s.a.w.: "Jibril datang kepadaku dan menerangkan
sifat-sifat neraka jahannam dan menerangkankan bahawa bahagian yang paling atas
dari semua tingkat neraka jahannam itu adalah untuk umatku yang berbuat
dosa-dosa besar, maka itulah yang menyebabkan aku menangis dan berduka cita."
Fatimah bertanya lagi: "Ya
Rasulullah, bagaimana caranya masuk?" Jawab
Rasulullah s.a.w.: "Diiring oleh Malaikat keneraka, tanpa dihitamkan
muka juga tidak biru mata mereka dan tidak ditutup mulut mereka dan tidak
digandingkan dengan syaitan, bahkan tidak dibelenggu atau dirantai."
Ditanya Fatimah lagi: "Lalu bagaimana cara Malaikat menuntun mereka?"
Jawab
Rasulullah s.a.w.: "Adapun kaum lelaki ditarik janggutnya sedangkan
yang perempuan ditarik rambutnya, maka beberapa banyak dari orang-orang tua dari
ummatku yang mengeluh ketika diseret keneraka: Alangkah tua dan lemahku,
demikian juga yang muda mengeluh: Wahai kemudaanku dan bagus rupaku, sedang
wanita mengeluh: Wahai alangkah maluku sehingga dibawa Malaikat Malik., dan
ketika telah dilihat oleh Malaikat Malik lalu bertanya: "Siapakah mereka
itu, maka tidak pernah saya dapatkan orang yang akan tersiksa seperti
orang-orang ibi, muka mereka tidak hitam, matanya tidak biru, mulut mereka juga
tidak tertutup dan tidak juga diikat bersama syaitannya, dan tidak dibelenggu
atau dirantai leher mereka? Jawab Malaikat: "Demikianlah kami diperintahkan
membawa orang-orang ini kepadamu sedemikian rupa." Lalu ditanya oleh
Malaikat Malik: "Siapakah wahai orang-orang yang celaka?"
Dalam lain riwayat dikatakan ketika mereka diiring oleh Malaikat Malik selalu
memanggil: "Wa Muhammad." tetapi setalh melihat muka Malaikat Malik
lupa akan nama
Rasulullah s.a.w. kerana hebatnya Malaikat Malik, lalu ditanya: "Siapakah
kamu?" Jawab mereka: "Kami ummat yang dituruni Al-Quran dan kami telah
puasa bulan Ramadhan." Lalu Malaikat Malik berkata: "Al-Quran tidak
diturunkan kecuali kepada ummat
Rasulullah s.a.w.." Maka ketika itu mereka menjerit: "Kami
ummat Nabi Muhammad s.a.w" Maka Malaikat Malik
bertanya: "Tidakkah telah ada larangan dalam Al-Quran dari ma'siyat
terhadap Allah subha nahu ta'ala." Dan ketika
berada ditepi neraka jahannam dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, mereka
berkata: "Ya Malik, diizinkan saya akan menangis." Maka diizinkan,
lalu mereka menangis sampai habis airmata, kemudian menangis lagi dengan darah,
sehingga Malaikat Malik berkata: "Alangkah baiknya menangis ini andaikata
terjadi didunia kerana takut kepada Allah s.w.t.,
nescaya kamu tidak akan disentuh oleh api neraka pada hari ini, lalu Malaikat
Malik berkata kepada Malaikat Zabaniyah: "Lemparkan mereka kedalam neraka."
dan bila telah dilempar mereka serentak menjerit: "La
illaha illallah." maka surutlah api neraka, Malaikat Malik berkata:
"Hai api, sambarlah mereka." Jawab api: "Bagaimana aku menyambar
mereka, padahal mereka menyebut La illaha illallah."
Malaikat Malik berkata: "Demikianlah perintah Tuhan
Rabbul arsy." maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya
sampai tapak kaki, ada yang sampai kelutut, ada yang sampai kemuka. Malaikat
Malik berkata: "jangan membakar muka mereka kerana kerana mereka telah lama
sujud kepada Allah s.w.t., juga jangan membakar
hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadhan." Maka tinggal
dalam neraka beberapa lama sambil menyebut: "Ya
Arhamar Rahimin, Ya Hannan, Ya Mannan." Kemudian bila telah selesai
hukuman mereka, maka Allah s.w.t.memanggil Jibril
dan bertanya: "Ya Jibril, bagaimanakah keadaan
orang-orang yang maksiat dari ummat Nabi Muhammad s.a.w?" Jawab
Jibril: "Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui."
Lalu diperintahkan: "Pergilah kau lihatkan keadaan
mereka." Maka pergilah Jibril a.s. kepada Malaikat Malik yang sedang
duduk diatas mimbar ditengah-tengah jahannam. Ketika Malaikat Malik melihat
Jibril segera ia bangun hormat dan berkata: "Ya Jibril, mengapakah kau
datang kesini?" Jawab Jibril: "Bagaimanakah keadaan rombongan yang
maksit dari ummat
Rasulullah s.a.w.?" Jawab Malaikat Malik: "Sungguh ngeri
keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar badan dan daging
mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman."Jibril berkata:
"Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melhat mereka." Maka Malaikat
Malik menyuruh Malaikat Zabaniyah membuka tutup mereka dan ketika mereka melihat
Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan Malaikat yang menyiksa manusia, lalu
mereka bertanya: "Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu?" Jawab
Malaikat Malik: "Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada
Nabi Muhammad s.a.w." Ketika mereka mendengar nama
Nabi Muhammad s.a.w. maka serentaklah mereka menjerit: "Ya Jibril,
sampaikan salam kami kepada Nabi Muhammad s.a.w.
dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya serta
sampaikan keadaan kami kepadanya." Maka kembalilah Jibril menghadap kepada Allah
s.w.t. lalu ditanya: "Bagaimana kamu melihat
ummat Muhammad?" Jawab Jilril: "Ya Tuhan, alangkah jeleknya
keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Lalu Allah
s.w.t. bertanya lagi: "Apakah mereka minta
apa-apa kepadamu?" Jawab Jibril: "Ya, mereka minta disampaikan
salam mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan
diberitakan kepadanya keadaan mereka." Maka Allah
s.w.t. menyuruh Jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada
Nabi Muhammad s.a.w. yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih,
mempunyai empat ribu buah pintu dan tiap-tiap pintu terdapat dua daun pintu dari
emas, maka berkata Jibril: Ya Muhammad, saya datang
kepadamu dari rombongan orang-orang yang derhaka dari ummatmu yang masih
tersiksa dalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa
keadaan mereka sangat jelek dan sangat sempit tempat mereka." Maka pergilah
Nabi Muhammad s.a.w. kebawah arsy dan bersujud dan
memuji Allah s.w.t. dengan ucapan yang tidak pernah
diucapkan oleh seorang makhlukpun sehingga Allah s.w.t.
menyuruh Nabi Muhammad s.a.w.: "Angkatlah
kepalamu dan mintalah nescaya akan diberikan, dan ajukan syafa'atmu pasti akan
diterima." Maka Nabi Muhammad s.a.w.
berkata: "Ya Tuhan, orang-orang yang durhaka dari ummatku telah terlaksana
pada mereka hukumMu dan balasanMu,
maka terimalah syafa'atku." Allah s.w.t. berfirman:
"Aku terima syafa'atmu terhadap mereka, maka pergilah
keneraka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap Laa
ilaha illallah." Maka pergilah Nabi Muhammad
s.a.w. keneraka dan ketika dilihat oleh Malaiakt Malik, maka segera ia
bangkit hormat lalu ditanya: "Hai Malik, bagaimanakah keadaan ummatku yang
durhaka?" Jawab Malaikat Malik: "Alangkah jeleknya keadaan mereka dan
sempit tempat mereka." Maka diperintahkan membuka pintu dan angkat tutupnya,
maka apabila orang-orang didalam neraka itu melihat Nabi
Muhammad s.a.w. maka mereka menjerit serentak: "Ya
Nabi Muhammad s.a.w., api neraka telah membakar kulit kami." Maka
dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka kesungai dimuka pintu
syurga yang bernama Nahrulhayawan, dan disana
mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda yang gagah, elok, cerah matanya
sedangkan wajah mereka bagaikan bulan dan tertulis didahi mereka Aljahanamiyun
atau orang-orang jahannam yang telah dibebaskan
oleh Allah s.w.t.. Dari neraka kemudiannya mereka masuk kesyurga, maka
apabila orang-orang neraka itu melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari
neraka, mereka berkata: "Aduh, sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat
keluar dari neraka."
Allah s.w.t. berfirman: "Rubama
yawaddul ladzina kafaruu lau kanu muslimin." (Yang bermaksud) "Pada
suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang Muslim."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Pada hari
kiamat kelak akan didatangkan maut itu berupa kambing kibas putih hitam, lalu
dipanggil orang-orang syurga dan ditanya: "Apakah kenal manut?" Maka
mereka melihat dan mengenalnya, demikian pula ahli neraka ditanya: "Apakah
kenal maut?" Mereka melihat dan mengenalnya, kemudian kambing itu
disembelih diantara syurga dan neraka, lalu diberitahu: "Hai ahli syurga
kini kekal tanpa mati, hai ahli neraka kini kekal tanpa mati." Demikianlah
ayat: Wa andzirhum yaumal hasrati idz qudhiyal amru
(Yang bermaksud) Peringatkanlah mereka akan hari
kemenyesalan ketika maut telah dihapuskan."
Abu Hurairah r.a. berkata: "Janganlah gembira seorang yang lacur dengan
suatu nikmat kerana dibelakangnya ada yang mengejarnya iaitu jahannam, tiap-tiap
berkurang ditambah pula nyalanya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan