Menteri: Tak jejas akidah jika ikut sambutan Krismas
Ketua
Pemuda Umno Khairy Jamaluddin percaya bahawa tindakan umat Islam
mengikuti sambutan Krismas – seperti yang pernah disertainya sebelum ini
– tidak akan menjejaskan akidah penganut agama tersebut.
Menteri belia dan sukan itu dalam ucapan hari Krismasnya menceritakan pengalaman beliau bersekolah di sekolah rendah Katolik di Jepun yang diuruskan mubaligh Katolik dari Kanada.
"Kami semua menyanyi dalam koir. Bila tiba Krismas, mereka yang bukan Kristian turut menyanyi lagu yang tidak berunsur keagamaan. Saya fikir beberapa kawan juga menyanyi lagu keagamaan tapi mendiamkan diri dalam ayat tertentu.
"Saya pergi ke rumah kawan untuk (merayakan) Krismas. Saya diberi hadiah. Ibubapa saya juga bersedia, jadi saya bawa hadiah bersama untuk diberi kepada tuan rumah.
"Semua ini tidak menjejaskan kepercayaan saya... tiada apa di sekolah Katolik saya yang boleh mencabar dan menurunkan iman saya!," kata beliau.
Tambah Khairy, terdapat banyak tanda salib diletakkan di setiap bilik darjah malahan gurunya, Brother Raymond menggantung tanda salib yang besar di leher.
Keyakinan agama
Khairy berkata sekolahnya akan bermula dengan bacaan doa dan mereka yang tidak beragama Kristian seperti beliau akan menunduk hormat serta membaca Al-Fatihah.
"Saya menceritakan dengan ringkas pengalaman ini untuk tunjukkan betapa kita boleh mempunyai keyakinan terhadap kepercayaan sendiri. Jika kepercayaan anda kuat, tiada apa yang boleh buat anda kehilangan agama," kata beliau.
"Dan jika anda yakin dengan kepercayaan sendiri, anda akan lebih menghormati orang lain. Anda tidak akan melihat mereka sebagai ancaman, sebagai orang yang cuba memurtadkan anda secara senyap.
"Malah, anda mungkin akan belajar dari mereka sepertimana saya belajar dengan Brother Raymond," tambahnya.
Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2005 mengeluarkan "Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam" yang melarang orang Islam menghadiri majlis sambutan Krismas sekiranya terdapat lambang salib, atau pokok Krismas kerana dianggap “bertentangan dengan akidah Islam”.
Pada tahun 2007, majlis fatwa turut mengeluarkan satu lagi garis panduan, dengan membenarkan orang Islam memberi ucapan selamat kepada bukan Islam semasa perayaan keagamaan mereka, dengan syarat ia tidak mengagungkan atau memuji agama lain.
Menentang ekstremisme
Sementara itu, dalam mesej Krismas yang lebih formal, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata beliau mengharapkan agar golongan penganut agama samawi akan membentuk ikatan lebih erat.
"Saya menyeru rakyat Malaysia khususnya penganut Kristian untuk terus menyumbang dalam usaha murni menegakkan kebenaran dan menumbangkan kezaliman yang ditolak oleh semua agama.
"Sebagai Muslim, saya dididik untuk sentiasa berbuat baik dan berlaku adil kepada sesiapa yang baik terhadap kami walaupun daripada agama yang berbeza," kata beliau.

Post by Ismail Yunus.
Uskup: Najib tunjuk sikap politik perbalahan
Ketua
Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam secara terbuka menyatakan
kekecewaan atas pendirian Datuk Seri Najib Razak dalam isu penggunaan
kalimah 'Allah' oleh orang bukan Islam di negara ini.Pakiam merujuk kepada ucapan Najib ketika sambutan Maal Hijrah lalu yang menegaskan untuk mempertahankan penggunaan perkataan "Allah" untuk orang Melayu sekalipun dunia mentertawakan Malaysia.
"Saya sangat terkejut dan kecewa... Ini bukannya (sikap) orang yang belajar di sekolah Katolik kita.
"Dengan berkata demikian, (Najib) hanya ahli politik yang mahu berbalah. Saya berdoa agar Allah menyedarkan beliau (Najib) untuk menjadi seorang negarawan," kata beliau.
Najib bersekolah di Sekolah St John yang terletak berhampiran rumah ketua Uskup tersebut dan juga lokasi majlis majlis minum petang Krismas tahunan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) hari ini.
Pakiam, yang bakal mengosongkan jawatannya itu, berkata demikian kepada para wartawan ketika ditanya mengenai permintaan Najib kepada orang Islam dan Kristian untuk menghentikan perdebatan isu "Allah".
Najib dilaporkan berkata demikian di majlis sambutan Krismas peringkat kebangsaan di Pulau Pinang hari ini.
Kaklong Nagano shared Wan Muhammad Najib's photo.
Semoga Malaysiaku dipelihara dari murka-Nya
Subhanallah!
Dari segi logik sains, ikan takkan bertindak di luar batasan normal
hidup mereka ... melainkan jika ada tekanan tinggi di dlm air laut
menyebabkn mereka terpaksa melompat
keluar dr air laut spt ini ... berhati2lah ... semoga tiada apa2 yg
buruk berlaku ... Hasbunallahi wani'mal wakil ...
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu ditemui di luar tandas rumah ibu saudara pelajar berusia 18 tahun itu di Batang Tiga Tanjung Kling di Melaka, kira-kira 1.00 pagi.
Beliau berkata sebelum kejadian, pelajar terbabit yang bercuti di rumah ibu saudaranya itu masuk ke dalam tandas dan tidak keluar selepas hampir sejam sehingga menimbulkan kecurigaan.
"Makcik pelajar itu kemudian bertindak masuk ke dalam bilik air sebelum melihat banyak darah di lantai namun pelajar itu memaklumkan yang dia mengalami buasir," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Raja Shahrom berkata ibu saudara pelajar terbabit yang berusia 60 tahun kemudian bertindak membawanya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
Raja Shahrom berkata hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar terbabit mengalami pendarahan disebabkan melahirkan anak sebelum laporan polis dibuat pihak hospital terbabit kira-kira 12 tengah malam.
Beliau berkata polis kemudian bertindak melakukan pemeriksaan di rumah itu sebelum menemui mayat bayi tersebut di luar tandas rumah berkenaan.
Katanya siasatan awal polis mendapati bayi tersebut dipercayai dibuang melalui ruang udara di bahagian bumbung tandas selepas dilahirkan.
Mayat bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Kita sedang menyiasat sama ada bayi tersebut masih hidup atau tidak selepas dilahirkan dan pelajar terbabit akan ditahan bagi membantu siasatan sebaik menerima rawatan," katanya.
- Bernama
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, bayi berusia tujuh bulan Mohd Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan terlepas daripada dukungan bapanya yang ketika itu turut memegang bungkusan sampah.
Bayi malang itu dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan namun dia disahkan meninggal dunia, katanya kepada Bernama.
Difahamkan mangsa merupakan cucu kepada seorang anggota polis yang menetap di kuarters berkenaan.
Abdul Aziz berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.
- Bernama
Norain Natasyah Abdullah meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur pagi Isnin selepas dihantar ibunya Zuraidah Jasman pada Sabtu lepas setelah mendapati anaknya mengalami sawan, tubuhnya keras dan tidak sedarkan diri.
"Doktor memberitahu keadaan Norain tenat selain otaknya tidak ada oksigen," katanya yang telah berpindah ke sini.
Beliau yang berpisah dengan suaminya berkata anak bongsu dari enam beradik itu dihantar ke pusat penjagaan itu bersama empat lagi anaknya selama tiga tahun.
Zuraidah, 31, berkata abangnya pernah memberitahunya Norain sering didera ketika dihantar ke pusat penjagaan tersebut.
Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Salak Selatan petang tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur jenayah dan kita akan buat tangkapan dalam masa terdekat," katanya.
- Bernama
Katanya, BN telahpun membuat akujanji semasa pilihan raya untuk meneliti semula kadar bayaran tol.
“Tapi jika kerajaan meneruskan juga (langkah menaikkan kadar tol), ia secara terang-terangan merupakan perbuatan memungkiri janji, yang amat tidak baik,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini.
Katanya, beliau berharap agar kerajaan menyemak semula kedudukannya dengan pemegang konsesi lebuh raya.
Tambahnya, tindakan tersebut juga akan menujukkan amaran Pakatan Rakyat, bahawa BN hanya ingin memancing undi, akan menjadi kebenaran.
"Sebab itulah ada MP BN yang memberi amaran kepada kerajaan berhubung langkah ini. Jika kita buat begini, apa yang Pakatan katakan selama ini, bahawa janji kita hanya untuk memenangi undi, akan menjadi realiti,” katanya lagi.
“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
dan janganlah memakai pada jari
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
Panas!! Kerajaan BN Perak Bakal Tumbang?
Tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dua calon PAS Perak
mengambil tindakan mahkamah untuk menyingkirkan dua Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kerana tidak menjadi penduduk
negeri itu semasa hari pengundian, 5 Mei lalu.
Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 24 Februari 2014.
Salah seorang peguam dalam kes itu, Robin Lim, berkata saman difailkan
terhadap Adun Manong dari BN, Mohamed Kamil Shafie dan Adun Rungkup,
Datuk Shahrul Zaman Yahya kerana melanggar Artikel 30 Perlembagaan
Perak.
Katanya, Adun negeri tersebut mesti menjadi penduduk tetap Perak semasa
hari pengundian.“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka
sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya kepada The
Malaysian Insider.
Saman difailkan oleh Jamil Dzulkarnain yang tewas kepada Mohamed Kamil
sementara satu lagi saman difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap
Shahrul Zaman.
Mohamed Kamil menang 231 undi majoriti sementara Shahrul Zaman menang
dengan majoriti 613 undi.Dalam tuntutan saman, plaintif Jamil dan
Misbahul Munir berkata, Adun BN tersebut tinggal di luar Perak dan
alamat di MyKad mengesahkan mereka bukan penduduk tetap negeri itu.
Plaintif mahu mahkamah mengisytiharkan Adun BN tersebut digugurkan
daripada jawatannya sebagai wakil rakyat.Mereka juga menggesa mahkamah
mengeluarkan arahan bagi menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat
Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun, Adun berkenaan berkata, penyingkiran seseorang wakil
rakyat perlu dibuat melalui petisyen pilihan raya.Jamil dan MIsbahul
Munir dalam kenyataan balas berkata, mereka tidak mencabar keputusan
pilihan raya tetapi kelayakan dua Adun tersebut.
Semasa pilihan raya umum lalu, BN berjaya mengukuhkan penguasaannya di
Perak selepas menang 31 kerusi DUN sementara Pakatan Rakyat (PR)
memenangi 28 kerusi dengan DAP 18 kerusi, PAS (4) dan PKR (6).
Selepas PRU13, PAS memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan
raya di kawasan DUN Pasir Panjang, Manong, Selama, Lubuk Merbau, Rungkup
dan Manjoi.Selain Lubuk Merbau, petisyen tersebut gagal dibicarakan
atas alasan teknikal.
Mahkamah Persekutuan pada Isnin mengarahkan hakim pilihan raya mendengar semula petisyen Lubuk Merbau.
The Malaysian Insider difahamkan permohonan sama difailkan terhadap Adun Manjoi dari BN kerana tidak menjadi penduduk tetap Perak.Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi itu selepas menewaskan Asmuni Awi dengan majoriti 132 undi. ~tmi

Bayi baru lahir dibuang ke luar tandas
Seorang
pelajar perempuan institusi pengajian tinggi swasta di Masjid Tanah di
Melaka bertindak membuang bayi yang dilahirkannya awal hari ini ke luar
tandas bagi mengelak dikesan ahli keluarganya.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu ditemui di luar tandas rumah ibu saudara pelajar berusia 18 tahun itu di Batang Tiga Tanjung Kling di Melaka, kira-kira 1.00 pagi.
Beliau berkata sebelum kejadian, pelajar terbabit yang bercuti di rumah ibu saudaranya itu masuk ke dalam tandas dan tidak keluar selepas hampir sejam sehingga menimbulkan kecurigaan.
"Makcik pelajar itu kemudian bertindak masuk ke dalam bilik air sebelum melihat banyak darah di lantai namun pelajar itu memaklumkan yang dia mengalami buasir," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Raja Shahrom berkata ibu saudara pelajar terbabit yang berusia 60 tahun kemudian bertindak membawanya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
Raja Shahrom berkata hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar terbabit mengalami pendarahan disebabkan melahirkan anak sebelum laporan polis dibuat pihak hospital terbabit kira-kira 12 tengah malam.
Beliau berkata polis kemudian bertindak melakukan pemeriksaan di rumah itu sebelum menemui mayat bayi tersebut di luar tandas rumah berkenaan.
Katanya siasatan awal polis mendapati bayi tersebut dipercayai dibuang melalui ruang udara di bahagian bumbung tandas selepas dilahirkan.
Mayat bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Kita sedang menyiasat sama ada bayi tersebut masih hidup atau tidak selepas dilahirkan dan pelajar terbabit akan ditahan bagi membantu siasatan sebaik menerima rawatan," katanya.
- Bernama
Bayi maut terjatuh dari tingkat empat
Seorang
bayi lelaki maut setelah terlepas daripada dukungan bapanya dari
tingkat empat perumahan polis Bukit Pelindung di Kuantan semalam.Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, bayi berusia tujuh bulan Mohd Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan terlepas daripada dukungan bapanya yang ketika itu turut memegang bungkusan sampah.
Bayi malang itu dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan namun dia disahkan meninggal dunia, katanya kepada Bernama.
Difahamkan mangsa merupakan cucu kepada seorang anggota polis yang menetap di kuarters berkenaan.
Abdul Aziz berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.
- Bernama
Budak maut disyaki didera di pusat jagaan
Seorang
kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai
akibat didera di pusat penjagaan di Kuantan, Pahang.Norain Natasyah Abdullah meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur pagi Isnin selepas dihantar ibunya Zuraidah Jasman pada Sabtu lepas setelah mendapati anaknya mengalami sawan, tubuhnya keras dan tidak sedarkan diri.
"Doktor memberitahu keadaan Norain tenat selain otaknya tidak ada oksigen," katanya yang telah berpindah ke sini.
Beliau yang berpisah dengan suaminya berkata anak bongsu dari enam beradik itu dihantar ke pusat penjagaan itu bersama empat lagi anaknya selama tiga tahun.
Zuraidah, 31, berkata abangnya pernah memberitahunya Norain sering didera ketika dihantar ke pusat penjagaan tersebut.
Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Salak Selatan petang tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur jenayah dan kita akan buat tangkapan dalam masa terdekat," katanya.
- Bernama
Saifuddin: BN mungkir janji jika tol naik
Bekas
timbalan menteri pendidikan Datuk Saifuddin Abdullah berkata BN
memungkiri janji sekiranya meneruskan rancangan untuk menaikkan kadar
tol lebuhraya di seluruh negara.Katanya, BN telahpun membuat akujanji semasa pilihan raya untuk meneliti semula kadar bayaran tol.
“Tapi jika kerajaan meneruskan juga (langkah menaikkan kadar tol), ia secara terang-terangan merupakan perbuatan memungkiri janji, yang amat tidak baik,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini.
Katanya, beliau berharap agar kerajaan menyemak semula kedudukannya dengan pemegang konsesi lebuh raya.
Tambahnya, tindakan tersebut juga akan menujukkan amaran Pakatan Rakyat, bahawa BN hanya ingin memancing undi, akan menjadi kebenaran.
"Sebab itulah ada MP BN yang memberi amaran kepada kerajaan berhubung langkah ini. Jika kita buat begini, apa yang Pakatan katakan selama ini, bahawa janji kita hanya untuk memenangi undi, akan menjadi realiti,” katanya lagi.
Pemakaian Cincin Mengikut Islam
“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
- 1] jari manis
- 2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
- 1] jari tengah
- 2] jari telunjuk
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan