Kalau tak ada tol, kena naikkan cukai - Najib
- Dec 21, 2013
- .
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga sedang mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat termasuk memberi pas bermusim dengan diskaun kepada pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya.
"Kita tak naklah pemegang konsesi dapat pulangan yang terlalu tinggi, ini kerajaan sedang teliti, jangan kenaikan ini beri keuntungan yang tak munasabah kepada pengusaha tol.
"...dan kita sedang mencari jalan bagaimana kalau ada cara lain mungkin bagi pengguna yang kerap, kita boleh bagi pas bermusim dengan diskuan kepada mereka. Ini langkah-langkah (yang) kita sedang fikirkan," katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA di Wisma MCA di sini hari ini.
Beliau berkata kutipan tol di lebuh raya adalah perlu dan tidak dapat dielakkan kerana syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai pembinaan lebuh raya yang ada.
"Bila sektor swasta buat lebuh raya, sektor swasta kena pinjam duit. Anda adalah peniaga...bolehkah anda keluarkan sendiri dana RM5 juta? Anda perlu meminjam, anda perlu ke pasaran bon, bila pergi ke pasaran bon, anda perlu membayar.
"(Duit) dari mana? daripada tol...kalau tak ada tol, kena naikkan cukai...itu pun tak kena juga....tol itu (kena) pada orang yang pakai jalan (sahaja)," katanya. - Bernama
Tg Adnan pohon maaf samakan wanita dengan hartanah
- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kenyataan itu telah disalahertikan oleh pihak tertentu dan beliau tidak bermaksud membuat wanita tersinggung.
"Saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga...kalau mahu cantik pakai 'makeup'," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA di sini, hari ini.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno turut menafikan bahawa beliau tidak menghormati golongan wanita kerana beliau sendiri memiliki ramai anak perempuan.
"Saya tidak pernah tidak hormat perempuan...saya ada enam anak perempuan, bahkan dalam Umno, separuh daripadanya adalah golongan wanita...sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud," katanya.
Semalam, Tengku Adnan dilaporkan menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa 'hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun' ketika menjelaskan mengenai kadar cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur.
Mengulas tentang amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan itu, Tengku Adnan berharap ia (amanat) akan menyuntik semangat kepada semua anggota MCA terutama barisan kepimpinan tertinggi baharu parti itu yang akan dipilih hari ini.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata dalam usaha mengembalikan semula keyakinan masyarakat Cina di negara ini untuk memilih MCA, semua parti komponen BN akan berganding bahu dalam merealisasikan harapan itu.
"Kita BN sebagai satu parti yang berbilang bangsa akan teruskan apa juga kerjasama yang telah kita amalkan selama ini...kita akan bekerjasama dengan MCA dan berharap selepas pemilihan ini MCA akan bertambah kuat dan akan mewakili rakyat Cina," katanya.
Najib yang juga Pengerusi BN dalam ucapan perasmiannya hari ini menggariskan empat langkah untuk MCA mengembalikan sokongan rakyat kepada parti itu iaitu 'reunite', 'restrategies', 'reinvigorate' dan 'reestablish'. - Bernama
GILIRAN ORANG YANG MEMBUAT KEZALIMAN LA....HUKUMAN DARI ALLAH SWT
Selepas Bangladesh, Mesir & Turki, giliran PAS?
- Dec 21, 2013
- ZULKIFLI YAHAYA
PAS melalui kenyataan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyifatkan perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.
“Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam,” ujar Presiden PAS.
Hukuman gantung terhadap pemimpin parti Islam itu tidak syak lagi adalah perancangan jahat pemerintah Bangladesh yang merasa tertekan dengan kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan golongan sekular.
Tahun lalu dunia di kejutkan dengan kebangkitan umat Islam Bangladesh yang berjumlah ratusan ribu keluar ke jalanraya menuntut penegakan undang-undang syariah di samping menuntut pemerintah yang ada turun dari tampuk kuasa.
Mereka turun dengan tangan kosong tetapi berjaya ‘melemahkan’ polis dan tentera kerajaan kerana jumlahnya terlalu ramai. Jamaat-e-Islami dijangka membuat kejutan dalam pilihan raya umum yang berlaku selepas ini.
Namun di saat Abdul Quader maut di tali gantung, rakyat Bangladesh yag sedar akan kezaliman pemerintah kepada negara paling miskin di dunia itu tidak dapat berbuat apa-apa.
Kini Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi pula sedang berdepat dengan ancaman maut setelah didakwa atas tuduhan terlibat dalam kegiatan keganasan dan membocorkan maklumat rahsia ketenteraan negara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwa raya Mesir, Mohamed Morsi dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin telah melakukan kekerasan dan keganasan di Mesir. Selain itu, mereka disyaki bersekutu dengan Hamas Palestin dan Hezbollah Lubnan untuk merancang "serangan keganasan".
Morsi sehingga kini masih dalam tahanan pihak tentera sejak digulingkan pada 3 Julai lalu. Bersama Morsi yang turut didakwa adalah 35 pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin. Antaranya Mohamad Badie, Khairat el-Shater dan Mahmoud Ezzat. Tuduhan itu boleh membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap mereka.
Dakwaan terhadap mereka adalah konspirasi regim tentera tetapi regim itu pula yang mendakwa Ikhwanul Muslimin yang berkonspirasi. Kononnya Ikhwan merancang sejak 2005 melibatkan penghantaran pelatih ke Gaza untuk menjalani latihan tentera oleh Hezbullah dan Pengawal Revolusi Iran.
Regim tentera terus berkelentong dengan dakwaan, selepas penggulingan Presiden Mubarak pada 2011, pasukan terbabit melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan seluruh Mesir. Kononnya kumpulan itu mahu tubuhkan negara Islam di Sinai Utara dan penasihat keselamatan Morsi iaitu Essam El-Haddad didakwa membocorkan maklumat kepada Iran dan Hezbullah sebagai membalas kerjasama yang diberikan sebelum ini.
Rakyat Mesir tentu ketawa besar dengan dakwaan tersebut sebagaimana rakyat Malaysia pernah ketawa dengan pelbagai tuduhan terhadap pihak pembangkang dahulu, lebih-lebih lagi semasa ISA masih bertaring.
Pengalaman puak sekular Mesir menumbangkan kerajaan yang dipih secara sah oleh rakyat nampaknya menjadi sumber inspirasi puak sekular Turki. Tiba-tiba sahaja pihak berkuasa berkaitan keadilan di Turki (bebas dari cengkaman mana-mana parti politik) menahan berpuluh individu berprofil tinggi atas dakwaan rasuah. Berpuluh ketua polis dipecat sekaligus menyaksikan penahanan 51 orang termasuk anak kepada tiga menteri kerajaan pimpinan Erdogan dan beberapa ahli perniagaan terkenal.
Perdana Menteri Reccep Tayyip Erdogan menyifatkan penahanan itu merupakan konspirasi dan operasi kotor untuk menentang kerajaan pimpinannya. Sementara Timbalan Perdana Menteri Bulent Arinc berkata, operasi tersebut merupakan perang psikologi terhadap Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).
Abdul Quader Mullah menerima ‘padah’ sewaktu partinya bergerak menuju kemenangan. Dr. Mohamad Morsi pernah berada di puncak kekuasaan, dijatuhkan dan sedang menunggu ‘padah’. Manakala konspirasi menjatuhkan Reccep Tayyip Erdogan sedang diaktifkan pada fasa awal. Ketiga-tiganya adalah negara yang kononnya meraikan demokrasi. Perangai jahat puak sekular sama sahaja di mana-mana.
Jangan ada pihak terfikir (khususnya golongan agamawan) bahawa kerajaan sekular Malaysia lain dari yang lain kerana kononnya terdapat kebaikan yang terpancar. Percayalah mereka tetap sanggup melakukan apa saja bagi mempertahankan kekuasaan.
Kerajaan ‘47 peratus’ yang sedang berkuasa kini berdepan dengan kemarahan melampau dari rakyat akibat tekanan kos hidup yang berpunca kegagalan mereka menguruskan ekonomi. Ramai kini marahkan BN, Najib, Rosmah serta seluruh pemimpin kerajaan Pusat, termasuk dari ahli dan penyokong BN sendiri.
Kemarahan berkaitan isu ‘bread and butter’ atau persoalan periuk nasi selalunya melampaui batas politik. Bila rakyat lapar dan tertekan mereka akan hilang rasa hormat pada kerajaan memerintah. Pada masa itu apa-apa saja boleh berlaku.
BN cuba menimbulkan isu Syiah untuk mengalih perhatian rakyat tetapi nampaknya gagal. Tuduhan yang cuba dikaitkan dengan PAS hanya jadi bahan gelak ketawa rakyat. Di saat genting ini pihak pembangkang kena bersedia dengan sebarang konspirasi yang besar kemungkinan dirancang oleh pemerintah. Mereka boleh beralih kepada isu lain pula, yang selama ini tidak pernah terfikir oleh kita.
Pemerintah yang terdesak kerana kebangkitan rakyat yang alami tekanan kos hidup, akan sanggup lakukan apa saja demi mengalih tumpuan rakyat dari isu yang dihadapi. Juga demi mengekalkan kekuasaan mereka.
Seperti di Bangladesh, Mesir dan Turki, pihak pembangkang di Malaysia; khususnya kumpulan Islam mesti bersedia menghadapi konspirasi puak sekular – termasuk ancaman terhadap para pemimpin PAS! Jangan pandang enteng…
Tahniah Reezal, anda tidak mudah lupa seperti Najib
- Dec 21, 2013
- MOHD ZAKI ZAKARIA
Beliau menggambarkan kekecewaan kerana orang-orang Melayu mula tidak memberi undi kepada BN dalam pilihanraya umum selepas gerakan reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, Mahathir sendiri buat-buat lupa kenapa rakyat khususnya orang Melayu ramai meninggalkan BN sewaktu senja pemerintahanya. Inilah sikap pelupa BN. Mereka lupa, tetapi menuduh orang lain lupa kepadanya.
Sikap ini terus diwarisi oleh BN turun temurun sehingga sekarang. BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib suami kepada Kak Rosmah yang terkenal itu telah mula lupa AKUJANJI yang dibuatnya dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Tidak sampai 8 bulan BN mengeluarkan janji, sekarang janji tinggal janji.
Apakah Akujanji BN? BN melalui manifesto PRU13 di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar, akan mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat.
Anda boleh rujuk muka depan Sinar Harian edisi Kelantan bertarikh 19 Disember 2013 diutarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Nampaknya Reezal cuba mengingatkan Najib supaya jangan lupa janji itu.
Namun, Najib dalam kenyataan terbarunya mengatakan harga tol tetap akan dinaikkan dengan alasan kerana sebahagian perjanjian dengan syarikat konsesi. Inilah sikap pelupa BN.
PRU13 baru sahaja berlalu, dan janji BN bagaikan masih terngiang di telinga tetapi mereka tidak malu.
Kalaulah boleh diibaratkan sepasang kekasih yang berjanji sehidup semati dan telah berkahwin, tiba-tiba tak sampai 8 bulan pasangan dah buat onar, sudah tentu mereka tidak ikhlas dengan janji-janjinya. Janji yang ditabur adalah palsu sekadar ingin mendapatkan hajat diri.
Begitulah dengan sikap pelupa BN yang mudah menaburkan janji-janji palsu semata-mata untuk menang dalam pilihanraya.
Adakah betul kerajaan tidak boleh menyekat kenaikan kadar tol disebabkan kenaikan merupakan sebahagian perjanjian dengan syarikat konsesi?
Sebenarnya kerajaan BN itu sendiri yang lemah kerana membuat perjanjian yang berat sebelah. Akibatnya, beban ini ingin dihumban ke bahu rakyat.
Siapakah pula pemilik syarikat konsesi tol?
Tiga pemegang konsesi lebuhraya terbesar iaitu Projek Lebuhraya Selatan (PLUS), Prolintas dan Gamuda dimiliki oleh syarikat milik kerajaan GLC. PLUS dikuasai oleh Khazanah dan KWSP manakala Prolintas anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tidakkah kerajaan boleh mengelakkan kenaikan kadar tol melalui GLC yang dikuasainya?
Kerajaan boleh merombak dan mengkaji semula perjanjian itu. Kalaulah AES milik swasta kerajaan boleh mengambil alih, inikan pula syarikat yang sudah dimilikinya.
Rakyat seluruhnya wajib bangkit membantah kenaikan harga tol ini kerana ia merupakan pakej lengkap kepada kenaikan-kenaikan yang telah diumumkan oleh PM bermula dengan kenaikan minyak, caj elektrik, diikuti dengan harga tol, kos pengangkutan dan banyak lagi yang akhirnya menyebabkan kenaikan harga barang-barang keperluan.
Bagi masyarakat bandar, bayaran tol yang sedia ada sudah banyak membebankan mereka. Bayangkan mereka perlu berhabis duit tidak kurang RM15 sehari untuk bayaran tol sahaja tak termasuk kos petrol untuk ke tempat kerja. Dengan kenaikan ini, saya kira amat-amat membebankan mereka dan kita akan tempias sama.
Apapun Tahniah kepada Reezal kerana beliau tidak mudah lupa seperti Najib dan pemimpin-pemimpin lain dalam BN.
Penulis ialah Ketua Unit Media Baru, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
496 pengawal keselamatan warga asing ditahan
- Dec 21, 2013
- .
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata daripada jumlah itu, 461 ditahan kerana menjadi pengawal keselamatan warga asing haram dan 35 orang lagi kerana menggunakan kad pengenalan palsu atau milik orang lain.
Beliau berkata kesemua ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu oleh KDN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara yang diselaraskan di bawah sebuah Task Force bermula 1 Nov sehingga suatu tempoh masa yang akan ditentukan kelak.
"Operasi dijalankan secara berterusan bagi menangkap pengawal-pengawal keselamatan warga asing haram dan juga bagi memantau kesalahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata KDN juga telah mengeluarkan 30 surat tunjuk sebab kepada syarikat kawalan keselamatan yang didapati melanggar peraturan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.
Katanya sejak 2010 hingga kini, KDN telah menggantung dan membatalkan lesen 43 buah syarikat kerana pelbagai kesalahan di bawah akta tersebut.
Menurutnya, antara kesalahan adalah menggunakan pengawal keselamatan yang memegang kad pengenalan palsu dan menggaji pengawal keselamatan warga asing haram.
Kesalahan lain adalah menggunakan pengawal keselamatan bersenjata yang tidak memiliki lesen membawa dan mengguna senjata api dan tidak melakukan tapisan keselamatan terhadap pengawal keselamatan warga tempatan, katanya. - Bernama
Inilah kerja pemimpin Melayu, negara kita
- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, orang Umno sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya DS Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyidin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara.
“Jika pemimpin ini ditukar yang menggantinya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu dari perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik,” tulis beliau di dalam blognya Sakmongkol Ak47 sebagaimana di bawah.
Hari hari pemimpin UMNO pekik sana dan sini, merekalah pejuang Melayu. PM pun sendiri tidak jemu2 menyebut bahawa dia dengar keluhan rakyat. Kepada pengakuan demikian, kita bolehlah menjawab, orang lain pun mendengar jugak. Soalnya, PM dengar apa dia hendak buat?
Isiu pokok negara kita hari ini ialah kepimpinan. Saya tidak tahu apa lagi yang kita mahu cakapkan - PM yang kita ada ini jadi MP sejak tahun 1976 lagi. Dah jadi timbalan menteri, menteri, duduk di bawah 3 PM, jadi TPM dan akhirnya jadi PM masih tidak membentuk jatidiri kepimpinan yang tersendiri dan kebijaksanaan seorang negarawan. Inilah PM Malaysia yang menyandarkan semua keputusan kepada rumusan consultants. Sejak tahun 2009, kerajaannya belanja RM7.2 billion untuk khidmat pakar runding. Tidak juga ekonomi Malaysia jadi lebih baik.
Kerajaan pimpinan DS Najib menjahanamkan masa depan negara. Habislah harta negara ini dijual. Dan pajakan kerajaan dijadikan cagaran pinjaman. Ini yang disebut oleh YB Rafizi Ramli yang memetik Laporan Bank Dunia: Malaysia Economic Monitor, December 2013 ms 10. Lapuran itu menyebut di bawah kepala tajuk:-
Fiscal and monetary policies still accommodative but shifting to neutral
The Federal government moves more decisively towards fiscal consolidation
15. The government is expected to meet its headline deficit target for 2013 as additional non-tax collections offset higher expenditures on subsidies
.
Despite estimated operating (current) expenditures exceeding their budgeted 2013 allocations by RM 14.3billion (7.1percent) and slightly worse GDP growth compared to the previous year’s forecast, the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0 percent of GDP vs. 4.5 percent in 2012).
This target will be achieved through additional tax revenues(Figure 13). Of the additional RM11.8billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4billion originated from non-tax sources, including M1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages. Moreover, the government has also continued to underspend on development expenditure.
Harta apakah yang dijual bernilai RM1.4 billion itu? Dan apa mortgages kerajaan yang digadai bernilai RM4.2 billion? RM5.6 billion daripada hasil bukan- cukai RM7.4 billion adalah 2 perkara ini.
Jadi ini rupanya kerja kau orang ya - belakang rakyat, harta kepunyaan negara dijual dan pajakan kepada kerajaan dijadikan gadaian. Depan orang bukan main lagi bersyarah mengenai kepimpinan yang terbaik untuk bangsa Melayu.
Inilah kerajaan yang cakap besar mengenai menepati janji dan belanja berhemah yakni belanja mengikut kemampuan. Mak bapak kita dahulu kalau takde duit jual itik ayam, kerbau lembu dan gadai tanah dan harta benda lain pada chettiar.
Setelah 56 tahun merdeka, kerajaan UMNO pun buat perkara yang lebih kurang sama-menandakan betapa merudum sekali kualiti kepimpinan negara ini. This is a country with mediocre leadership.
Harta benda rakyat ini dijual kepada negara asing atau kepada rakyat sendiri? Perbuatan ini adakah sah di sisi undang2 atau tidak? Constitutional atau tidak? Penjualan aset negara tidak boleh dilakukan oleh kerajaan DS Najib tanpa melanggar undang2 dan kebenaran mesti diperolehi dari parlimen. Penjualan aset tidak pernah dibentangkan dalam parlimen. Jika demikian, kerajaan telah menyembunyikan penjualan aset negara.
Rupa2 nya kerajaan yang tidak berkualiti kepimpinannya ini dalam senyap2 telah menjual dan bergadai untuk menutup lubang defisit yang mereka sendiri ujudkan.
Bagaimana kita mahu meletakkan masa depan negara dalam tangan kepimpinan mediocre ini? Ini bukan soal cina nak ambil kuasa Melayu, Melayu hilang kuasa atau tidak, raja2 Melayu dinyahkan, atau isiu agama Islam Melayu diancam. Ini ialah isu kepimpinan negara - noktah.
Janganlah kita terus menyokong kepimpinan UMNO membabi buta hanya semata mata pemimpinnya sebangsa dengan kita. Orang UMNO sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya DS Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyiddin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara. Jika pemimpn ini ditukar yang mengganti nya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu dari perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik.
Panas!! Zamihan KDN Mahu Letak Jawatan?
Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam,
Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghar mencabar
Datuk Seri Shahidan Kassim untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana
berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.
Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan
sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya
berpegang kepada fahaman hantu.
"Saya sedia berdebat dengan Shahidan dan beliau boleh menetapkan tempat
serta tarikhnya tetapi siapa yang tewas perlu melepaskan jawatan
masing-masing.
"Saya tidak pernah sesekali mengelirukan umat Islam tentang Wahabi
sebaliknya hanya menyeru supaya berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah,
mazhab Shafie dan memberi iltizam akhlak Islam," katanya dalam satu
kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Sebelum ini dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider,
Shahidan menyelar Zamihan kerana melibatkan Wahabi dalam serangan
kerajaan terhadap Syiah.
Katanya, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan
kefahaman salah mengenai aliran Wahabi dan ramai ahli Umno marah dengan
kenyataan tersebut.
"Pegawai di KDN hendak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh
sokong. Namun mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu
perbuatan yang tidak boleh diterima," katanya.
Zamihan berkata, Shahidan tidak layak untuk membincangkan isu Wahabi
atau yang berkaitan agama kerana ia bukan di bawah bidang kuasa menteri
itu.
Katanya, tindakan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membela Wahabi
membayangkan Shahidan juga berpegang kepada ajaran Wahabi.
"Mengapa beliau perlu bimbang dan melenting apabila disebut tentang
Wahabi? Adakah beliau menyokong Wahabi? Mengapa perlu membela ajaran itu
sedangkan di Malaysia kita mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Apakah alasan Shahidan untuk kita perlukan Wahabi kerana fahaman Ahli
Sunnah Wal Jamaah jelas dan ajaran seperti Wahabi tidak diperlukan di
negara ini," katanya.
Zamihan berkata, semasa deklarasi Amman Message, Shahidan merupakan
salah seorang pemimpin kerajaan yang terlibat menandatangani perjanjian
itu.
"Beliau sebut fahaman Syiah adalah salah tetapi siapakah antara individu
menandatangani Amman Message mengiktiraf Syiah, bukankah beliau salah
seorang daripadanya," katanya.
Pada 2004, Shahidan bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah
Badawi, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam, Tan Sri Abdul Hamid
Othman menandatangani perjanjian Amman Message.
Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika
itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian
mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.
"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti
(Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari
dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelar
mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata
perjanjian tersebut.
Bagaimanapun, kini Shahidan berkata, Syiah menimbulkan ketegangan kepada
sesebuah negara dan itu sebabnya mengapa kerajaan menentang mereka pada
ketika ini.
"Ia sudah termaktub dalam undang-undang, siapa yang amalkan Syiah maka
dia bersalah. Orang itu tidak boleh amal dan kembangkan jika dia seorang
dalam rumahnya pun, dia masih tidak boleh amalkan," katanya. ~tmi
Perang mulut di antara Pegawai Agama Kementerian
Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zain dan Datuk Seri Shahidan Kassim
dalam isu fahaman Wahabi berterusan selepas pegawai kerajaan itu
mengugut mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mencemar
namanya.
“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan nama baik saya selaku penjawat awam,” kata Zamihan dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Zamihan, yang merupakan Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, berkata sekiranya Shahidan ada masalah dengannya, beliau seharusnya berhubung dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bukan menyerangnya melalui media.
“Menteri bermentaliti rendah tidak perlu ada dalam kerajaan
transformasi. Menteri sepatutnya mendokong aspirasi kerajaan. Bukannya
bersifat membuli saya.
“Jika beliau tidak mahu berbincang secara ilmiah, jangan lagi menyerang saya secara tidak berhemah. Berhentilah dari mempertikaikan kredibiliti saya dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam,” kata Zamihan.
Shahidan yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menyelar Zamihan kerana turut melibatkan aliran Wahabi dalam serangan kerajaan terhadap umat Islam beraliran Syiah.
Bekas Menteri Besar Perlis itu mendakwa Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia tentang fahaman Wahabi, sambil berkata ramai ahli Umno marah dengan tindakan tersebut.
"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," kata Shahidan dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Zamihan membalas dakwaan itu dengan mengatakan beliau melakukan kerja berdasarkan arahan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri, serta berdasarkan permintaan dari jabatan agama dan jabatan mufti negeri.
“Dalam isu teologi dan ideologi kita perlu berbincang. Berdebat mencari kebenaran. Soalnya, apabila tohmahan diajukan kepada saya berkaitan ideologi agama, maka berdebat merupakan salah satu cara mendapatkan kebenaran.
“Memang saya berpangkat rendah. Setelah hampir 9 tahun berkhidmat masih ditangga S 41. Beginilah nasib penjawat awam agama. Kelihatan ada ciri double standard berbanding perjawatan lain,” katanya, merujuk kenyataan Shahidan yang beliau tidak mahu membuang masa melayan pegawai rendah seperti Zamihan.
Semalam
Zamihan mencabar Shahidan untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana
berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.
Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.
Zamihan sebelum ini meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk menafikan 10 bukti KDN yang mengaitkan beliau dengan fahaman itu, berikutan tuduhan Ahmad Zahid di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu, bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.
Zamihan bagaimanapun berkata 10 bukti itu hanyalah "gred B", dan mendakwa mempunyai bukti "gred A" yang belum didedahkan.
Antara 10 bukti yang disebut KDN termasuk sebuah rencana Mat Sabu yang melahirkan rasa terhadap pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Ruhullah Khomeini. – 21 Disember, 2013.
Perang mulut berterusan, Ustaz KDN kata transformasi tidak perlu menteri mentaliti rendah
“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan nama baik saya selaku penjawat awam,” kata Zamihan dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Zamihan, yang merupakan Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, berkata sekiranya Shahidan ada masalah dengannya, beliau seharusnya berhubung dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bukan menyerangnya melalui media.
“Jika beliau tidak mahu berbincang secara ilmiah, jangan lagi menyerang saya secara tidak berhemah. Berhentilah dari mempertikaikan kredibiliti saya dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam,” kata Zamihan.
Shahidan yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menyelar Zamihan kerana turut melibatkan aliran Wahabi dalam serangan kerajaan terhadap umat Islam beraliran Syiah.
Bekas Menteri Besar Perlis itu mendakwa Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia tentang fahaman Wahabi, sambil berkata ramai ahli Umno marah dengan tindakan tersebut.
"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," kata Shahidan dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Zamihan membalas dakwaan itu dengan mengatakan beliau melakukan kerja berdasarkan arahan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri, serta berdasarkan permintaan dari jabatan agama dan jabatan mufti negeri.
“Dalam isu teologi dan ideologi kita perlu berbincang. Berdebat mencari kebenaran. Soalnya, apabila tohmahan diajukan kepada saya berkaitan ideologi agama, maka berdebat merupakan salah satu cara mendapatkan kebenaran.
“Memang saya berpangkat rendah. Setelah hampir 9 tahun berkhidmat masih ditangga S 41. Beginilah nasib penjawat awam agama. Kelihatan ada ciri double standard berbanding perjawatan lain,” katanya, merujuk kenyataan Shahidan yang beliau tidak mahu membuang masa melayan pegawai rendah seperti Zamihan.
Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.
Zamihan sebelum ini meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk menafikan 10 bukti KDN yang mengaitkan beliau dengan fahaman itu, berikutan tuduhan Ahmad Zahid di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu, bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.
Zamihan bagaimanapun berkata 10 bukti itu hanyalah "gred B", dan mendakwa mempunyai bukti "gred A" yang belum didedahkan.
Antara 10 bukti yang disebut KDN termasuk sebuah rencana Mat Sabu yang melahirkan rasa terhadap pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Ruhullah Khomeini. – 21 Disember, 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan