Selasa, 10 Disember 2013

ALHAMDULLILLAH DAH MULA PULIH....MAKA SUNAT SUJUD SYUKUR....KHEMAH NI PENTING...LEBIH2 MENJAGA AURAT MUSLIMAT2 KETIKA TIDUR

Dada langit masih suram dengan hujan merembes perlahan memukul atap rumah warga kemaman, Dungun serta daerah lain yang masih diserbu tengkujuh. Banjir yang melanda kali ini telah memunggah puluhan ribu rakyat ke pusat pemindahan banjir. Bak garuda melanggar jajahan, rumah kediaman seperti diterjah tsunami dengan kemusnahan tak terperi, suara tangisan anak-anak yang ketakutan dan kelaparan  bertingkah-tingkah merebut ruang di tempat pemindahan banjir. Langit seperti menumpahkan murkanya pada manusia yang tak henti menuai dosa dan meracik kebejatan noda.

Banjir besar ini seperti ingin mengingatkan kita tentang keberadaan Tuhan yang sering sirna daripada ingatan manusia. Korupsi, mengabaikan solat, melecehkan syariat, penzinaan, penyelewengan seolah-olah sudah tidak mampu dielakkan insan. Banjir menampar manusia yang leka dan menunjal sisi terang akal kita juga bahawa Tuhan hanya menjentik ingatan kita supaya segera bermuhasabah.

Saya menyemak kisah duka banjir kali ini di medan operasi dan juga fenomena media baru yang turut menambah perisa kepada tragedi banjir kemaman, Kuantan serta daerah lain. Nama Unit Amal atau pernah menggalang jolokan Tentera Merah kelihatan begitu hampir dengan relung hati mangsa banjir. Tentera Merah juga pernah mencuit hati mangsa banjir di Johor pada tahun 2007. Membuka ruang fikir masyarakat Johor bahawa gerakan Islam bukanlah jamaah takfir yang membina tembok kaca dengan masyarakat seperti yang cuba digambarkan oleh media perdana.

Rakyat Johor kelihatan kecewa dengan agensi kerajaan yang kelihatan agak lemah menjangkakan banjir besar yang akan menimpa Johor, bumi ditanam uri Umno pada tahun 1946. Sebab itu tidak mudah merombak keyakinan masyarakat Johor kepada parti pragmatis sekular itu sejak puluhan tahun. Tentera Merah yang datang dari seluruh negara mengucur keringat, membersihkan kediaman, memasak makanan, menyelamatkan mangsa banjir serta menenangkan mangsa.

Pasca banjir di Wilayah Johor pada tahun 2007 itu akhirnya membuka ruang untuk masyarakat Johor membuang stigma mereka kepada  PAS. Rasa skeptikal terhadap bendera bulan berjaya dirobohkan malah dibuktikan negeri sarat adab Melayu itu menyaksikan lonjakan undi PAS sebanyak 200 peratus di antara 2004 sehingga PRU ke-12 pada tahun 2008.

Saya konsisten selama ini bahawa gerakan kebajikan adalah pakej lengkap kepada gerakan Islam sebagai mana lantunan pada cerminan dakwah di zaman Ar Rasul S.A.W dan juga generasi Al-Quran.

Tentera Merah atau Unit Amal wajar diberikan pujian kerana para amilin yang bergabung di dalamnya dicetak khusus untuk berhadapan dengan situasi cemas serta mempunyai tahap disiplin lima bintang. Tiada sebuah pun gerakan relawan yang mampu menyaingi reputasi Unit Amal kecuali di luar negara seperti Al-Khidmat di bawah naungan Jamiat Islami di sub kontinen.

Anggota Amal dengan pelbagai jalur latar belakang, ada antara mereka graduan kejuruteraan, perubatan, sains sosial, pengajian Islam sehinggalah mereka yang mempunyai tahap asas seperti lulusan SRP. Kepelbagaian inilah yang telah melahirkan kekuatan dan jati diri mereka yang tersendiri. Masyarakat yang awal benci kepada gerakan Islam akibat kurang maklumat, akhirnya terpanar melihat anak-anak muda berbaju merah mendirikan solat berjemaah walaupun guratan wajah mereka penat akibat kurang rehat.

Wira tak didendang ini bersilih ganti datang ke tempat lokasi bencana tanpa sebarang upah atau tanda jasa. Keikhlasan mereka inilah akhirnya membuahkan amal yang paling manis sehingga PAS tersimbah dengan pujian masyarakat kerana mempunyai anak-anak muda yang pandai menyantuni massa.

Tentera merah dengan berbaju lencun keringat itu juga tak pernah lelah membantu manusia tanpa mengira status sosial. Teringat saya, ungkapan Ustaz Idris Ahmad semasa beliau menggalang jawatan Timbalan Ketua DPPPM, "jika bahtera jamaah ini berbondong masuk ke syurga, maka anggota amal adalah kelompok pertama ke syurga. Mereka tak disibukkan dengan mencari nama, tak bercadang untuk menjadi calon pilihan raya, tak bercadang untuk menjadi AJK penting, disuruh bangun mereka bangun, disuruh duduk mereka duduk, tiada orang mampu seikhlas anggota amal".

Kuantan dan Kemaman akan menjadi saksi kehebatan khidmat Tentera Merah ini mengucur keringat. Saya di birai jendela rumah dengan hujan bak dentingan halpa yang mengasyikkan, tiba-tiba terbayang sosok Tuan Guru Abdul Hadi dan Datuk Tuan Ibrahim sedang melambai tangan pada rakyat yang menangis sesenggukan gembira. Tokoh ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu dan juga Pahang selepas PR menang besar di negeri Pantai Timur itu dalam PRU ke-14. Insya Allah, fajar kemenangan akan menyinsing dan saatnya begitu hampir.

Jutaan penghargaan buat tentera Merah Amal yang telah memecahkan tembok kaca gerakan Islam dan juga masyarakat negara ini.  Beramal kerana Allah adalah pelaksanaan kata-kata yang tak sekadar tercetak di aksara kertas. Maju terus ke medan operasi wahai para amilin kerana kemenangan itu sangat hampir di tanah air kita ini.
KUALA LUMPUR:  Keadaan banjir di Johor dan Kelantan bertambah baik pagi ini, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan, namun keadaan di Terengganu tidak berubah.
              
Jumlah mangsa banjir di TERENGGANU kekal 14,609 orang daripada 3,195 keluarga dengan Kemaman mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 13,336 daripada 2,852 keluarga, diikuti Dungun sebanyak 1,251 orang (235 keluarga) dan Marang 28 orang (lapan keluarga).
              
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebanyak 41 pusat pemindahan iaitu 37 di Kemaman, tiga di Dungun dan satu di Marang masih beroperasi sehingga 9 pagi ini.
              
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu berada di bawah paras berjaga-jaga.
              
Jabatan Kerja Raya pula melaporkan jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Batu 5 dekat Politeknik dan Bukit Bauk Dungun dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 12,579 pagi ini berbanding 31,093 orang malam tadi.
              
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini masih terdapat 2,480 keluarga yang ditempatkan di 111 pusat pemindahan dari 96 petempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.
              
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 6,454 orang di 21 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
              
Di Pekan, masih terdapat 3,408 mangsa di 36 pusat pemindahan, Temerloh 1,233 orang, Maran (724), Jerantut (433), Bera (267), Rompin (33) dan Lipis (27).
              
Hanya satu jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km 14 Jalan Temerloh-Triang.
              
Di JOHOR, sebanyak tujuh pusat pemindahan banjir masih dibuka di Segamat pagi ini namun jumlah mangsa yang dipindahkan berkurangan kepada 273 orang daripada 64 keluarga berbanding 303 orang daripada 72 keluarga malam tadi.
              
Pusat pemindahan itu ialah Balai Raya Kampung Sanglang, Balai Raya Kampung Tandong, SK Kampung Spang Loi, Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak), Balai Raya Kampung Gemereh III, Balai Raya Pogoh 2 dan Sekolah Agama Kampung Kuala Paya. - Bernama

KEMAMAN:  'Bagai tsunami kecil', itu anggapan penduduk Kemaman yang teruk dilanda banjir kali ini, ketika menghadapi saat air banjir yang naik begitu cepat dan mengalir deras melanda kediaman mereka beberapa hari lalu.
              
Penduduk di Kampung Air Putih dan Kampung Telandas, kawasan paling teruk terjejas banjir, masih trauma dengan kejadian yang menimpa mereka, terutama ketika hujan lebat turun mencurah.
              
Rohana Bakar, 52, dari Kampung Air Putih menyifatkan kejadian banjir tahun ini amat dahsyat kerana arus deras meranapkan beberapa buah rumah dan kedai di kampungnya.
              
"Saya lihat sendiri air banjir yang mengalir deras melanda Kampung Air Putih ini, tidak ubah seperti tsunami yang pernah melanda negara suatu masa lalu, Cuma kecil sedikit.
              
"Sebahagian dinding warung milik saya antara yang hilang dibawa arus deras," katanya ketika ditemui Bernama di warungnya yang hampir roboh di sini.

Rohana berkata ketika meredah air banjir perasaan takut masih menyelubunginya setelah melihat kereta serta beberapa peralatan lain terapung dihanyutkan air yang hampir menenggelamkan kampung mereka ketika bencana berlaku.         

Beliau sudah lebih 23 tahun berniaga di kawasan itu dan ketika berusaha menyelamatkan diri bersama cucu lelakinya yang berusia 11 bulan, mereka nyaris lemas dibawa arus namun berjaya diselamatkan anggota keluarga yang lain.
              
"Masa itu pukul 1 pagi, makcik dan keluarga mula pindah ke pejabat pos berhampiran rumah. Disebabkan air naik cepat dan arus deras, makcik guna tali dibawa ahli keluarga dan tersadung jatuh ke dalam arus," katanya.
              
Seorang lagi mangsa banjir Syukri Ahmad, 40, berkata rumahnya musnah dihanyutkan arus deras banjir.
              
Tetapi beliau lebih risaukan keselamatan isterinya yang mengandung lima bulan dan tiga anaknya yang berumur 3 hingga 11 tahun, dan sebab itu beliau segera memindahkan mereka ke kawasan selamat ketika air dilihat naik mendadak.
"Lepas hantar isteri dan anak, saya pulang sendiri mahu mengemas barang.  Masa sampai ke rumah, air sudah kira-kira setengah meter naik dan saya hanya kemas mana yang patut seperti dokumen penting sebelum bergegas meninggalkan kediaman ketika air naik ke paras dada.
              
"Namun keesokan harinya ketika mahu meninjau keadaan rumah, rakan-rakan saya kata rumah pusaka yang saya duduki itu musnah dihanyutkan air dan saya betul-betul terkejut," kata Syukri.
              
Beliau berkata kampung itu sering dilanda banjir namun tidaklah pernah seteruk kali ini sehingga beberapa buah rumah penduduk kampung lesap dibawa arus.
              
Sementara itu, Norhayati Jusoh, 38, berkata beliau terpaksa memecah masuk Pejabat Pos dan tinggal di tingkat atas bangunan itu kerana tidak sempat untuk pergi ke pusat pemindahan banjir yang hanya terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.
              
"Semua barang rosak dan wang tunai lebih RM10,000 hasil perniagaan jualan langsung turut hilang," katanya.
              
Menurutnya, suasana di pejabat pos itu sangat menakutkan ketika itu, namun mereka terpaksa bertahan semalaman, sebelum air surut keesokannya. - Bernama



 Pusat pemindahan banjir Dungun hampiri taraf dunia kerana usaha ADUN PAS

 
Di sebalik segala kekurangan yang dialami PAS di seluruh negara, mereka mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada mangsa banjir di Kuantan dan Dungun.

Di Dungun suasana di dewan pusat pemindahan kelihatan teratur dan kemas. Mangsa banjir dapat tidur dengan selesa tanpa ragu kerana aurat mereka tidak akan terdedah kepada umum kerana pemberian khemah oleh ADUN PAS Dungun.





Ini suasana pusat pemindahan banjir Thailand
PAS telah membuktikan kebolehan mereka mengendali pelbagai situasi dengan baik dan bermutu. Tinggalkan umno dan pilihlah PAS

Pastikan umno berkubur dalam PRU14
Pikir-Pikirkanlah
Lu Pikir Laa Sendiri...
Like · · · 15 hours ago ·

Shabery Cheek: Kurang sesuai bekal khemah sebab banjir


Shabery Cheek: Kurang sesuai bekal khemah sebab banjir 


Cadangan segelintir mangsa banjir agar kerajaan menyediakan khemah di pusat pemindahan untuk setiap keluarga terutama bagi ibu yang menyusu bayi akan dipertimbangkan.
Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun berkata, langkah membekalkan khemah kepada setiap keluarga seperti yang dipraktikkan di Jepun kepada mangsa gempa bumi agak tidak praktikal di negara ini yang berbeza iklim dengan negara matahari terbit itu.
Shabery Cheek: Kurang sesuai bekal khemah sebab banjir
Katanya, sekiranya mangsa banjir perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan mungkin tilam yang lebih selesa perlu dibekalkan berbanding penyediaan khemah.
“Ramai yang suruh kerajaan bekalkan khemah kepada setiap keluarga tapi kalau beri khemah mungkin disuruh pasang pendingin hawa pula kerana suhu di negara ini panas berbeza dengan Jepun yang suhunya sejuk.
<a href='http://ads.planet49.com/www/delivery/ck.php?n=a9ff30e8&cb=282059' target='_blank'><img src='http://ads.planet49.com/www/delivery/avw.php?zoneid=1685&cb=282059&n=a9ff30e8&ct0=http://a.admaxserver.com/clk/WsPx0cmHF3Fj6HzyT9pV1I21634HY9OiWSloqrkFOSU3Ea.YcIwZV6LdDLcuoWnAHeXD8tDtULgrM51X8krJ35fIUJiYwQWBrJeUzXoxq1UgmfEWKUON18nGBdM2u8S1XAD8tvZcMGMx5W0sDjr8wM2PstFYWywfaA79vnCy8RH4BjkBnz0NRz3BxCnmVRuYOEFeyMTHXglGTdbzziFseEzO4CRPr-d01g3W5yMSJ53MWwu3EccuCwMD-R14Uw==//' border='0' alt='' /></a>
“Jika pasang khemah, mungkin orang ramai boleh duduk selama sejam sahaja paling lama kerana panas,” katanya ditemui di pusat pemindahan SK Seri Geliga Kemaman selepas makan bersama mangsa banjir di situ semalam.
Menteri Komunikasi dan Multimedia ini berkata, di Jepun bila berlaku gempa bumi, mangsa terpaksa tinggal berbulan-bulan di pusat pemindahan dan ia berbeza dengan keadaan di negara ini khasnya di Kemaman kerana mangsa banjir kalau pindah di pusat pemindahan pun tidak melebihi lima hari.
“Cuma kita lihat situasi banjir  selalunya orang berpindah tak lebih lima hari jadi apakah kita nak gembleng tenaga dan menyediakan khemah atau tilam empuk?
“Jadi saya rasa apa yang kita perlukan mungkin tikar atau tilam yang nipis.
“Kalau tilam yang tebal nak kendalikan susah.
“Sekarang kita ada 18,000 mangsa banjir jadi nak kendalikan 18,000 tilam untuk dihantar ia memerlukan beratus trak selain masalah logistik lain,” katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta mangsa banjir di Kemaman kekal berada di pusat pemindahan kerana pada malam ini (malam semalam) akan berlaku fenomena air laut pasang.
“Saya harap mangsa banjir bersabar dan kita akan berusaha untuk menghantar bekalan makanan dan keperluan lain ke pusat pemindahan,” katanya.
Sinar
 
ROSMAH SEKALI LAGI MEMALUKAN RAKYAT MALAYSIA!! Setiap kali kak mah kita pergi ke negara Islam yang lain,kita sebagai rakyat Malaysia pasti akan berasa sangat malu apabila isteri kepada PM kita dengan bangganya menayangkan rambut yang tidak ikalnya itu yang sudah pasti tidak mengikut syariat Islam.. Semalam,Najib dan Rosmah pergi ke Brunei bagi merasmikan Jambatan Persahabatan di sempadan Malaysia-Brunei,jambatan tersebut menghubungkan Bahagian Limbang Sarawak dan daerah Temburong Brunei. Namun,seperti biasa.. perasaan malu itu hanya dialami oleh rakyat Malaysia sahaja.. sedangkan Kak Mah kita selamba dek jer buat muka seposen.. KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan meraikan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Yang Berbahagia Datin Sri Rosmah Mansor di Majlis Santap Malam . Kita berasa malu bukan sahaja kerana Kak Mah gagal menutup aurat sedangkan itu adalah suruhan Allah,tetapi kita juga malu kerana Brunei kini sememangnya diketahui dunia sedang berusaha keras meningkatkan amalan hidup Islam seharian di negara tersebut.. Brunei juga akan melaksanakan hukum hudud bermula April 2014,hudud merupakan hukum yang ditetapkan dan diturunkan Allah di dalam Al-Quran,bukannya ciptaan ahli feqah seperti yang didakwa oleh Tun M tu..
 

APA ITU "HIJAB"?

Saya menyeru semua rakan fb yang di kasihi untuk bersama2 meluangkan sedikit masa untuk menghayati apa yang di sampaikan dalam video ringkas ini.

Muslimin juga wajib faham makna sebenar hijab agar dapat membimbing isteri, anak2 dan seisi keluarga bersama mencari redha Allah.

Asal hati setiap insan adalah suci. Ketika bayi lahir dari rahim ibunya, hatinya suci bersih ibarat kapas yang putih, tiada noda tiada dosa….!

Hati Insan yang asalnya suci bersih boleh berubah menjadi lebih baik lebih bercahaya dan berma’rifat atau sebaliknya boleh berubah menjadi kotor dan kelam bertingkat.

Roh (hati) jadi rosak (jahat) disebabkan oleh pemakanannya.

Sama ada berpunca dari makanan yang tidak baik atau tersalah pilih makanan yang tidak bersih atau makanan roh itu terdedah kepada maksiat dan mungkar.

Kesannya, roh yang jahat akan mendorong anggota-anggota lahir turut menjadi jahat.

Berikan hak badan kita dengan memberi nutrisi makanan yang terbaik pada tubuh yang dapat memperbaiki sel-sel badan yang seterusnya akan memperbaiki organ tubuh, sistem tubuh dan sekaligus dapat membantu memperbetulkan roh(hati) hasil daripada sistem badan yang sihat.

TERBAIKKKK dari Oki Setiana Dewi.
 
 


Mahkamah memutuskan untuk membebaskan muslimah dari hukuman penjara yang dijatuhkan sebelum ini atas dakwaan menganggotai demonstrasi 'jam tujuh pagi' setelah didesak dari pelbagai pihak. *Gambar beramai-ramai serikandi Iskandariah setelah dibebaskan. Jelas menunjukkan bahawa perjuangan mereka tidak akan berhenti di sini. Sumber : EgyptWindow ‪#‎mesirkini‬ ‪#‎R4BIA‬
Wahai wanita, hindarkanlah diri kamu untuk jadi sebegini
AMBIL PERHATIAN!!!!
Puteri Umno dn Muslimat Pas. Selam2 juga.. Aurat tu wajib dijaga.
Masha Allah...
Subhanallah... Ikan-ikan ini membentuk lafadz "Allah" Jika anda kagum melihat foto ini silakan klik SUKA & katakan subhanallah

Kalau berpura-pura tanda Syiah, dalam Umno pun ramai penganutnya

Oleh Shahbudin Husin
Dalam reaksi awalnya mengenai dakwaan yang dibuatnya di penggulungan Perhimpunan Agung Umno Sabtu lalu bahawa orang nombor dua dalam PAS iaitu Mohamad Sabu mengamalkan ajaran Syiah, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, bukti terperinci mengenainya akan dibuat dalam sidang akhbar khas yang akan diadakan tidak lama lagi.
Katanya, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya akan mendedahkan bukti-bukti mengenai dakwaan yang dibuatnya itu dan pemimpin yang didakwa itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam amalan Syiah itu.
"Kenapa dia perlu takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti, dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," tegas Naib Presiden Umno itu lagi.
Sementara menunggu sidang akhbar khas itu diadakan dan bukti-bukti lain didedahkan, sehingga ini pemahaman Ahmad Zahid ialah orang-orang yang berpura-pura sudah boleh dikategorikan sebagai pengamal ajaran Syiah. Tidakkah ini lawak jenaka jadinya?
Mengaitkan sikap dan perangai berpura-pura sebagai elemen Syiah adalah terlalu dangkal dan lemah. Pura-pura ialah salah satu sikap dan perangai manusia. Ia tidak ada kena-mengena dengan agama atau amalan Syiah. Berpura-pura juga tidak mengenal agama, bangsa dan warna kulit.
Dalam Islam ada orang yang berpura-pura, di kalangan bukan Islam pun ada. Di kalangan orang putih atau di kalangan orang Afrika pun ada sikap itu. Begitu juga di kalangan bangsa dan agama lain.
Pendeknya, sikap dan perangai berpura-pura ini boleh didapati di mana-mana saja. Ia ada di Amerika, di negara-negara Arab, di zaman dahulu, zaman sekarang dan zaman akan datang. Di negara kita pun ramai yang berpura-pura.
Ia juga tidak mengenal Islam atau bukan Islam, Syiah atau bukan Syiah.
Di dalam PAS ada yang berpura-pura, malah di dalam Umno juga mungkin lebih ramai jumlahnya. Bagi yang pernah bertanding apa-apa jawatan dalam Umno, sama ada di peringkat bahagian atau Majlis Tertinggi, tentu amat faham tentang perangai berpura-pura ini.
Adakah ini bermakna dalam Umno juga ramai penganut Syiah?
Suatu ketika, pernah seorang pemimpin Umno yang bertanding jawatan Pengerusi Tetap Umno Malaysia melahirkan rasa kecewanya dengan sikap perwakilan Umno yang bersikap berpura-pura di depannya dengan mengatakan telah memberikan undi kepadanya sedangkan beliau akhirnya kalah juga.
Kata pemimpin tersebut, kalau ikutkan yang bersalam dan mengaku memberi undi kepadanya, jumlahnya hampir 1,500 orang tetapi akhirnya undi yang diperolehinya tidak sampai pun 300 jumlahnya. Apakah mereka itu penganut Syiah belaka?
Sudah tentulah tidak masuk akal untuk mengatakan berpura-pura itu salah satu elemen Syiah kerana sikap itu bersifat umum dan ada pada semua kelompok manusia, dan bukannya ciri mutlak orang Syiah.
Sebagai Menteri Dalam Negeri yang berani membuat dakwaan secara terbuka kepada Mat Sabu sebagai pengamal Syiah, Ahmad Zahid tidak seharusnya cuba berselindung dengan memberi hujah atau bukti yang longgar dan umum mengenai dakwaan yang dibuatnya sehingga akhirnya tafsiran umum ialah beliau sengaja membangkitkan isu itu sekadar untuk meraih publisiti semata-mata.
Ini kerana dengan hujah atau bukti yang longgar, sudah tentu orang yang dituduh dengan mudah saja menangkis dakwaan itu dan penyudahnya dakwaan mengenai Syiah yang dibangkitkannya itu hanya menjadi mainan dan berlegar-legar di media sahaja.
Dalam kes Mat Sabu ini, kalau sekadar satu atau dua kejadian Timbalan Presiden PAS itu pernah bersikap berpura-pura saja sebagai bukti yang ada untuk menuduhnya mengamalkan ajaran Syiah, lebih baiklah ianya tidak didedah atau digembar-gemburkan kepada umum. Bukti-bukti yang lebih kukuh, konkrit dan jelas haruslah dikemukakan.
Jika setakat itu saja asasnya yang menjadi pegangan Ahmad Zahid, bermakna ramailah pengamal Syiah ini, termasuk sebahagian besar ada di dalam Umno sendiri. – shahbudindotcom

Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w

Posted on February 14, 2011 under Islam by
Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.
Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.”




Selain memiliki semangat di atas, orang-orang yang benar-benar mengasihi Nabi SAW harus terdapat pada dirinya bukti dan tanda berikut:
1. Menjunjung agama Nabinya, mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Dia juga mengamalkan adab-adab kehidupan Rasulullah SAW dalam segala keadaan, sama ada ketika susah atau pun senang, ketika gembira atau pun sedih. Ikatan antara ‘kasih’ dan ‘taat’ ini terlihat jelas dalam firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31)
Namun semangat semata-mata tidak memadai jika tidak berpaksikan di atas ilmu yang kukuh. Lebih-lebih lagi pada zaman fitnah ini, kegagalan seseorang itu mengenal mana satu Sunnah dan bidaah akan memungkinkan terjebak ke dalam lubuk bidaah yang dianggap sebagai Sunnah. Akhirnya Sunnah dipinggirkan dan bidaah ditegakkan.
Orang yang tersemat di dalam hatinya kasih yang sejati terhadap Rasulullah SAW juga, tidak akan mempedulikan kemarahan manusia lain dalam usahanya mentaati Allah SWT dan Rasul SAW.
2. Sudah menjadi adat dan lumrah berkasih, seorang kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya. Justeru, apabila hati seseorang itu telah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, maka lidahnya akan sering menyebut nama Kekasihnya SAW dan kotak fikirannya akan sentiasa mengingati Baginda SAW.
Selaku umat Muhammad SAW, kita amat bertuah kerana telah diajar berselawat ke atas kekasih kita Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu bentuk ibadah dan taqarrub kepada Allah SWT. Maka kita beruntung kerana dapat beribadah dengan menyebut, memuji dan berselawat kepada insan yang paling kita cintai dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang memuji Nabi SAW serta lafaz selawat yang diajar sendiri oleh Baginda SAW.
Kita juga dididik oleh Nabi SAW dan ulama pewaris Baginda SAW menghormati hari dan bulan kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul SAW dan Isra’ Mikraj dengan mengisinya dengan pelbagai amalan yang kesemuanya ada kaitan dengan Nabi SAW dalam kerangka ubudiah kepada Allah SWT. Walaupun ada segelintir di kalangan orang Islam sendiri mencurigai bacaan dan amalan-amalan ini.
Menghayati dan memperjuangkan agama seiring dengan berkasih-sayang dengan Nabi SAW dirasakan begitu indah dan menyegarkan. Sebaliknya tanpa dimensi ini, menghayati agama boleh terasa gersang dan membebankan serta cenderung membentuk jiwa keagamaan yang keras dan kasar.
3. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan sentiasa berasa rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW; untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau sekurang-kurangnya jika dapat menatap kelibat wajahnya yang mulia barang seketika dalam mimpi-mimpi mereka. Sudah pasti setiap kekasih sangat merindui untuk bersua dan menatap wajah kekasihnya.
Kerinduan sebeginilah yang dapat kita rasakan jika kita menyorot kehidupan generasi sahabat. Misalnya, kita dapat turut berkongsi keriangan dan kegembiraan Abu Musa al Asy’ari r.a dan rombongan kaumnya dari Yaman yang berkunjung ke Madinah.
Mereka mempercepatkan langkah dan begitu girang untuk menemui Rasulullah sambil mendendangkan syair kegembiraan: “Esok kita akan bertemu dengan para kekasih kita, Muhammad dan sahabat-sahabatnya!” Setibanya mereka di Madinah dan Masjid Nabi, mereka terus menghadap dan memuliakan Nabi SAW. (riwayat Al-Baihaqi)
4. Seseorang yang mengasihi Baginda SAW juga akan membesarkan diri dan suruhan Baginda termasuk memuliakannya ketika menyebut namanya. Malah ada yang sehingga menunjukkan rasa rendah dan hina diri ketika mendengar nama Baginda SAW disebut di hadapan mereka.
Berkata Ishaq al-Tujibi r.a, sahabat-sahabat Nabi SAW selepas kewafatan Baginda SAW tidak akan menyebut nama Baginda SAW melainkan mereka akan merendahkan diri dan menggigil serta menangis kerana diselubungi perasaan rindu yang dalam akibat berpisah dengannya.
Hal ini sangat berbeza dengan sesetengah mereka yang mengaku sebagai ahli agama pada zaman kita yang tidak mahu membesarkan dan menobatkan keistimewaan Nabi Muhammad SAW tetapi hanya menumpukan kepada risalahnya dan sunnah yang dibawa olehnya. Seolah-olah Nabi SAW hanyalah berperanan seumpama posmen penghantar surat atau orang suruhan bawahan!
Sedangkan apabila seseorang makhluk itu mempunyai sifat-sifat istimewa tersebut, maka sifat-sifat itu hanya sekadar yang bersesuaian dengan kemanusiaannya yang diciptakan terbatas dan diperolehi dengan izin, kurniaan dan kehendak-Nya.
Mengasihi Nabi SAW
Ada juga sesetengah mereka yang menolak penggunaan gelaran Sayyidina bagi Nabi SAW sedangkan Nabi SAW lebih daripada layak mendapat gelaran tersebut tetapi dalam masa yang sama mereka bebas menggunakan pelbagai gelaran dalam kehidupan mereka.
5. Orang yang mengasihi Nabi SAW juga sepatutnya akan mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi SAW terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahli-ahli bait dan sahabat-sahabatnya yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar.
Mereka juga akan memusuhi orang yang memusuhi mereka dan membenci orang yang membenci mereka dan keturunan mereka.
Hakikatnya, sesiapa yang mengasihi seseorang, dia akan mengasihi semua perkara yang disukai oleh orang yang dikasihinya.
Ini ialah sirah para Salaf al-Salih; mereka akan mengasihi segala yang dikasihi oleh Rasulullah SAW sehinggakan terhadap perkara-perkara yang sekadar diharuskan dan digemari oleh nafsu (yang tidak diharamkan oleh syarak).
Anas ibn Malik r.a misalnya, setelah melihat Rasulullah SAW mencari-cari labu di dalam dulang ketika sedang menikmati makanan, maka semenjak hari itu dia turut sentiasa suka kepada labu.
6. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan membenci apa yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi Sunnahnya, melakukan perkara bidaah dalam agamanya dan memandang berat setiap perkara yang bercanggah dengan syariatnya.
Allah SWT menjelaskan: Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. (al-Mujadalah: 22)
“Mereka” yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah para sahabat Baginda SAW yang telah membunuh orang yang mereka kasihi dan juga bapa-bapa mereka yang ingkar dan kafir semata-mata mengharapkan keredaan Allah. Ibnu Abbas RA menyatakan, di antara sahabat Baginda SAW yang dimaksudkan di dalam ayat itu ialah Abu Ubaidah al-Jarrah.
Beliau sanggup membunuh bapanya dalam peperangan Uhud manakala Saidina Abu Bakar r.a sanggup berlawan satu lawan satu dengan anaknya sebelum memulakan peperangan Badar, tetapi dihalang oleh Rasulullah SAW. Inilah antara bukti cinta yang tidak berbelah-bagi terhadap Baginda SAW.
7. Orang yang benar-benar mencintai Nabi SAW juga pasti akan kasih terhadap al-Quran yang diutuskan kepada Rasulullah SAW yang dengannya manusia mendapat petunjuk. Mereka akan mengikut jejak Baginda SAW yang menjiwai al-Quran dan berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul Mukminin, Aisyah r.ha dalam katanya, “Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri”.
Mengasihi al-Quran bererti membacanya, beramal dengannya, memahaminya, menjunjung suruhan dan meninggalkan larangannya.
8. Tanda kasih terhadap Nabi SAW juga ialah berasa kasih dan belas terhadap umatnya dengan memberi nasihat kepada mereka, berusaha melakukan kebaikan dan menghapuskan kemudaratan daripada mereka.
Inilah sebahagian daripada bukti dan tanda yang harus ada pada para pencinta Nabi SAW. Oleh itu marilah kita bersama-sama memuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sejati atau pendakwa semata-mata?
Tepuk dada, tanyalah iman. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesempurnaan kecintaan kepada Rasulullah SAW!
Oleh Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa Negeri Sembilan

CARA-CARA SUJUD SYUKUR DENGAN BETUL

bismillah hirrahman nirrahim...

saya dapati terdapat begitu banyak sekali percanggahan pendapat tentang sujud syukur. maafkan sy sekiranya baru sekarang saya dapat membetulkan tulisan sy ttg hukum dan ibadat di sini kerana rutin sebagai mahasiswa dan wifi internet yang selalu menjadi masalah.

APA ITU SUJUD SYUKUR?


Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT. tetapi harus diingatkan bahawa sujud syukur hanya sunat hukumnya apabila dilakukan kerana mendapat nikmat YANG BESAR dan JARANG2 berlaku sahaja. contohnya apabila dapat mendirikan rumah tangga atau mendapat pekerjaan. mendapat keputusan yg cemerlang dalam exam juga merupakan nikmat yg besar dan tidak selalu berlaku (?) TETAPI sekiranya nikmat tersebut adalah yg biasa biasa sahaja seperti DAPAT MAKAN atau MENDAPAT BELI TOPUP misalnya maka hukumnya sujud syukur tidaklah sunat tetapi BIDA'AH.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.


untuk sujud syukur TIDAK PERLU :
  • BERWUDUK kerana dilakukan di luar waktu solat
  • MEMBACA AL - FATIHAH atau apa2 rukun solat yg selain daripada NIAT, TAKBIR, SUJUD dan SALAM
APAKAH CARA YANG PALING TEPAT UNTUK MELAKSANAKAN SUJUD SYUKUR? 
1.  Niat. 
          " sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
2. takbiratul ihram
            angkat tangan sebagaimana takbir dalam solat
3. satu kali sujud
4. bacalah doa yg sebagaimana biasa dibaca ketika sujud dalam solat
5. salam
           sebutlah "assalamualaikum warahmatullah.."
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
Doa-sujud
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.
Nota tambahan:




  • 1. Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.

  • 2. Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

  • 3. Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

  • Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219).
    Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
    Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.
    Sumber: Dr Wahbah Zuhaily dan harianislam.com :)

    Sujud Syukur

    Tarikh: 
    Jan 29, 2012
    Riwayat: 
    (Ahmad )
    Kategori: 
    Ibadah
    Hadith: 
    Dari Abu Bakar r.a bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan baginda terus sujud kepada Allah.
    Huraian Hadith: 
    1. Apabila mendapat sesuatu nikmat yang meliputi sebarang perkara yang baik dan mengembirakan sunat kita melakukan sujud syukur.
    2. Sujud ini juga sunat dikerjakan apabila kita melihat sesuatu bala bencana dan kita diselamatkan daripadanya.
    3. Cara melakukan sujud syukur itu ialah dengan sujud sekali sahaja dan dilakukan di luar sembahyang.

    Tiada ulasan: