Isnin, 16 Disember 2013

KALAU BANYAK NAIK...RAKYAT MISKIN DAN SEDERHANA AKAN SUSAH....MEREKA AKAN TERTEKAN...MEREKA BAGAI DIZALIMI...MEREKA BERDOA...TAK TAHU LAH APA YANG MEREKA DOA....YANG KAYA BERTAMBAH KAYA....NAIK TERUS NAIK...YANG TURUN MAYAT2 ORANG DAH MATI....TURUN KELIANG LAHAT.....TERMASUK YANG SOKONG NAIKNYA HARGA....DAN YANG MENAIKKAN HARGA BARANG....HUKUM MATI ITU MESTI

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kenaikan tol tahun hadapan tidak dapat dielakkan mendapat kritikan masyarakat di media sosial.

Dalam keadaan beberapa kenaikan diumumkan sebelum ini, termasuk harga petrol, gula, tarif elektrik, pengumuman baru kenaikan tol ini dilihat satu lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat khususnya pengguna lebuh raya.

Beberapa komen di Facebook walaupun tidak secara jelas, namun sinis terhadap keputusan kerajaan itu.
Malah ada yang berpendapat, pengumuman terbaru ini sebagai tindakan 'janji ditepati' oleh BN sesuai dengan slogan 'rakyat didahulukan' atau 'rakyat kena dahulu'.

"Syukur Alhamdulillah. ..pagi2 bukak mata dapat berita mcm ni, mcm ni yg kita nak..takpe, yg penting Malaysia aman," kata Amy Setapak.
"Sekarang? giliran pemimpin BN balas budi sokongan rakyat dengan 'hadiah2' kenaikan segala benda. Nak tunggu kedai kopi dikampung jual nasi lemak RM30 sebungkus, karipap RM10 sebiji, roti canai RM25 sekeping baru nak bantah. Terima Kasih BN kerana 'DAHULUKAN RAKYAT'...," kata Ridzuan Mohammad.

"Hiduppp BN.......rakyat didahulukan...," komen seorang lagi pengguna, Nan Manjoi.

Semalam, Abdul Wahid berkata, telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan kerana perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
  
Kenaikkan itu sepatutnya dibuat pada 2011 lalu seperti terkandung dalam perjanjian konsesi, bagaimanapun tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada.
          
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
  
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
  
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka bermula tahun hadapan merupakan satu lagi janji Barisan Nasional (BN) untuk mengenakan rakyat ditepati, kata Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Shari.

Beliau berkata perkara terbabit sudah dijangka dan sentiasa berlaku selepas Barisan Nasional memenangi pilihanraya umum, lapor Selangor Kini.

Katanya, sudah menjadi satu kemestian dalam pentadbiran kerajaan yang ditadbir BN untuk membuat rakyat terbeban dan menderita ekoran kegagalan mentadbir negara dengan baik.

Beliau menganggap tol yang sedia ada sudah cukup membebankan rakyat dan kini secara berterusan kerajaan menindas rakyat dengan kenaikan kadar tol yang baru.

“Seperti biasa ia satu lagi janji BN untuk mengenakan rakyat ditepati sedangkan tol yang sedia ada sudah cukup membebankan rakyat.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana secara berterusan kerajaan bawah pimpinan BN menindas rakyat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Yahya turut menggesa Kerajaan Pusat supaya mengkaji semula persetujuan untuk membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol itu selepas semakan perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya dilakukan.

“Jangan hanya kerana satu perjanjian itu menyebabkan rakyat terus menderita dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Kita juga menuntut kerajaan supaya menyemak semula perjanjian berat sebelah itu kerana ia semakin rakus dan tidak akan mempedulikan beban hidup rakyat yang semakin melonjak,” katanya.
SHAH ALAM:  Seramai 80 peratus daripada 114 orang yang ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor kerana menyeludup rokok dari Januari hingga November, adalah warga asing.
             
Pengarahnya Badaruddin Mohamed Rafik berkata daripada jumlah itu 35 telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.
             
"Sepanjang tempoh berkenaan juga, jabatan merampas rokok putih dan rokok kretek bernilai RM4.9 juta melibatkan cukai RM28.5 juta dalam 313 serbuan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Bersepadu Membenteras Rokok Seludup 2013 di sini hari ini.
             
Operasi yang akan diadakan selama dua minggu itu turut melibatkan Jabatan Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Selangor.
             
Beliau berkata pada tahun lepas, pihaknya melakukan 226 serbuan dan merampas rokok putih dan kretek bernilai RM8.4 juta melibatkan cukai bernilai RM26.6 juta.
             
Katanya, perbezaan nilai rampasan rokok dan cukai yang terlibat dalam serbuan pada tahun ini dan  pada tahun lepas adalah kerana kerajaan telah menaikkan cukai rokok pada tahun ini. - Bernama
ALOR SETAR:  Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah sementara Datuk Dr. Ismail Salleh dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi adalah muka baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3.
Ketika mengumumkan senarai kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar selaku Pesuruhjaya memberitahu, lantikan dibuat adalah dengan mengambil kira bakal pemimpin akan datang yang perlu dipersiapkan dari awal.
Bekas Presiden Kulim Hi-Tech Park, Muhd Sobri Osman dilantik sebagai Bendahari dan Che Had Dhali sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri.
Mereka berdua juga ialah muka baru dalam Dewan Harian.
 Ustaz Musodak Ahmad dan  Muhammad Sanusi Md Noor dikekalkan sebagai Setiausaha dan Ketua Penerangan.
Mahfuz turut mengumumkan tujuh ahli jawatankuasa tambahan yang terdiri dari Dato’ Abu Kasim Lebai Abdullah, Senator Dato’ Mohd Yusof Husain, Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman, Ustaz Ahmad Yahya, Ustaz Ahmad Izat Shauki, Taufek Baharom (peguam) dan Siti Rasazah Razak (peguam).
Sebanyak 23 lajnah/jabatan diwujudkan di bawah Badan Perhubungan PAS Kedah bagi melaksanakan semua aktiviti parti.
Mahfuz berharap, gandingan muka baru dan lama dari pelbagai profession akan memantapkan lagi kemimpinan PAS Kedah, khususnya untuk membuat persediaan menghadapi PRU14.
KOTA BHARU: Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, hari ini telah menyenaraikan jawatankuasa bagi sesi 2013-2015.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, Timbalan Pesuruhjaya 2, Senator Datuk Dr Johari Mat (gambar) dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Datuk Husam Musa.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pada masa yang sama Badan Perhubungan PAS negeri telah melantik Zulkifli Mamat sebagai setiausaha, penolong setiausaha satu dan dua, masing-masing Nasir Daud dan Ustaz Asri Mohd Zain.

Katanya lagi, Bendahari pula, Datuk Hanifa Ahmad, Pengarah Pilihanraya, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan, Datuk Nasaruddin Daud.

“Kita telah melantik tujuh orang anggota jawatankuasa, Datuk Dr Fadzli Hassan, Wan Nik Wan Yussof,  Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Nik Bahrum Nik Abdullah, Mumtaz Md Nawi, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Datuk Abdullah Yacob.,” ujarnya.

Mesyuarat perhubungan kali pertama itu telah diadakan di Pejabat Perhubungan PAS negeri, Jalan Datuk Pati dekat sini petang ini.
KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu membentuk jawatankuasa sesi 2013-2015 pada mesyuarat yang diadakan di pejabat perhubungan PAS negeri di sini, hari ini.

Pada mesyuarat yang dipengerusikan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saiful Bahri Mamat (gambar) itu, Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Abdul Razak dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, Yahaya Ali (Timbalan Pesuruhjaya 2) dan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (Timbalan Pesuruhjaya 3).

Yahaya dan Nik Zawawi adalah setiausaha dan ketua penerangan sesi lalu.

Muhyiddin Abdul Rashid dilantik sebagai Setiausaha sementara penolong-penolongnya ialah Zakaria Dagang, Abdullah Suhaimi Zakaria dan Adun Chukai, Hanafiah Mat.

Ketua Penerangan pula diamanahkan kepada Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah, M Shukrimun Shamsudin (Bendahari) dan Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman (Pengarah Pilihan raya).

Bagi ketua dewan peringkat negeri pula terdiri daripada Datuk Husain Awang (Ulamak), Kamaruzaman Abdullah (Pemuda) dan Safinah Jusoh (Muslimat) yang dipilih pada muktamar masing-masing.
KUALA TERENGGANU: Banjir besar luar jangka yang berlaku di Terengganu terutama di daerah Kemaman memusnahkan banyak harta benda dan peralatan sekolah mengakibatkan anggaran kerugian bernilai puluhan juta ringgit.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas Negeri Ghazali Taib berkata, taksiran sedang dijalankan terutama membabitkan peralatan pejabat seperti sistem komputer di sekolah seluruh daerah itu yang ditenggelami air banjir bermula, 2 Dis lepas.

"Jumlah kerugian sebenar kita belum peroleh kerana kerja-kerja pentaksiran harta benda dan peralatan sekolah yang musnah sedang dijalankan sekarang. Ia bukan kerugian setakat dua, tiga juta ringgit, tetapi menjangkau puluhan juta ringgit untuk kembali pulih kerana sistem yang rosak perlu diganti.

"Ia melibatkan kerosakan peralatan bilik darjah, sistem komputer, asrama, prasarana sekolah seperti longkang pecah dan sebagainya," kata kepada pemberita selepas menutup Persidangan Pengurusan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

Bagaimanapun Ghazali berkata sesi persekolahan yang bermula bulan depan tidak akan terjejas kerana diramalkan banjir besar seperti yang dialami baru-baru ini, tidak berulang.

Katanya, lazimnya jika sudah berlaku banjir besar, maka banjir kecil yang  berlaku selepas itu hanya melanda kawasan rendah.

"Jadi untuk persediaan memasuki sekolah dalam masa dua minggu akan datang ini, Kementerian Pendidikan dan jabatan pelajaran negeri sudah ada pelan tindakan iaitu memastikan pada Januari ini, semua sekolah di negeri ini dapat beroperasi seperti biasa, sebagaimana dijadualkan," katanya.

Menurut beliau, kerosakan peralatan sekolah seperti kerusi, meja dan buku-buku teks, pihak sekolah boleh mendapat bekalan dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang tidak terlibat banjir.

Jelas Ghazali, kerugian yang dialami oleh sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, akan diuruskan kerajaan pusat manakala sekolah di bawah naungan kerajaan negeri, akan dibaik pulih kerajaan negeri. - Bernama
BAGAN DATOH: Kementerian Dalam Negeri akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.

"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh di sini, hari ini.

Beliau berkata sebarang tindakan berhubung kes berkaitan Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.

KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.

Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.

Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim.

Beliau yakin tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa agama terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan fahaman syiah. - Bernama
SHAH ALAM: Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) anjuran kerajaan negeri akan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan demi meningkatkan lagi tahap pencapaian diraih setakat ini sejak dilaksanakan, pada Mac 2009.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata program bantuan kelas tusiyen percuma melalui skim di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu jelas mendapat sambutan majoriti rakyat Selangor yang menyokong pelaksanaannya.

“Memang ramai memberikan input yang baik terhadap PTRS dan minta ia diteruskan, bahkan tidak sabar untuk turut serta memulakannya secepat mungkin,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata, antara penambahbaikan bagi program itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Penyelaras di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun akan diminta mengemukakan lebih daripada satu nama Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) yang bakal dilantik bagi mengendalikan program berkenaan.

Katanya, pihak perunding juga akan dilantik bagi pemantauan PTRS dalam usaha meneruskan kesinambungan kejayaan program itu sejak dimulakan lima tahun lalu.

“Sebelum ini, kita bagi kepada dua pihak perunding untuk memantaukan PTRS dan menyelaraskannya. Kita akan buka dan tengok syarikat atau pihak mana yang akan dipertanggungjawabkan untuk meneruskan program ini.

“Tidak kira pihak mana, sama ada syarikat atau badan bukan kerajaan (NGO). Mereka harus mampu melaksanakan dan mencapai tahap ditetapkan kerana kita sudah berjaya melaksanakan mengikut perancangan, selain perlu berjaya serta lebih baik daripada apa kita capai selama ini,” katanya.

Beliau berkata, pihak yang berminat untuk turut serta menjayakan program itu perlu membuktikan kemampuan bagi melaksanakannya dan menepati silibus pelajaran kerana membabitkan pelajar tahap sederhana dan lemah.

Katanya, sesi temuduga bagi tujuan itu akan dijalankan bagi mengenalpasti pihak dan tenaga kerja yang layak bagi menjalankan misi kerajaan negeri itu.

“PTRS menekankan bantuan pendidikan kelas tuisyen percuma kepada pelajar dan jika didapati seseorang pelajar itu memenuhi syarat kelayakan, maka dia boleh menyertainya,” katanya.
KUALA LUMPUR: Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) diarah memastikan paras Kolam Imbangan Matang Pagar yang membekal air bersih kepada pengguna di Lembah Klang berada sekurang-kurangnya pada paras 6 meter sebelum henti tugas pada 17 Disember ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media semalam, berkata arahan itu bagi memastikan paras air di kolam berkenaan tidak jatuh bawah paras 1.5 meter bagi mempercepat pemulihan bekalan kepada pengguna yang terjejas ekoran henti tugas loji.

Katanya, PNSB  selaku penyelenggara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2  diarah bersedia dengan segala persiapan supaya kerja penyelenggaraan  siap mengikut jadual.

Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 membekal air terawat berjumlah 950 juta liter sehari ke Kolam Imbangan Bukit Mayong dan Matang Pagar.

Bagaimanapun, kerja penyelengaraan di loji berkenaan akan menjejaskan Kolam Imbangan Matang Pagar manakala Kolam Imbangan Bukit Mayong beroperasi seperti biasa.

Sistem rangkaian agihan bekalan air sedia ada membolehkan kawasan yang terjejas menerima bantuan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3, Loji Rawatan Air Sungai Batu, dan Loji Rawatan Air Bukit Nanas.

“Justeru, loji-loji rawatan air itu akan membantu meminimumkan kesan gangguan bekalan air ke kawasan yang terjejas.

“Kita menjangka pengguna di beberapa kawasan yang disenarai akan menerima bekalan air dengan tekanan rendah,” katanya dipetik Selangor Kini.
Sejuta penduduk Selangor, KL hadapi gangguan air minggu depan

Tiada ulasan: