MESTI BACA.........KISAH DUIT RAYA Sayu hati... Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yang pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya. Yang kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yang mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yang masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yang lalu. Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yang menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya". Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya. Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya.... "Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dengan tudung?" Ibu saudaranya bertanya, "Kenapa?" Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota... "Ibuku sayang, duit yang along tinggalkan ini untuk ibu. Ibu gunalah untuk beli baju kurung yang tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yang nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yang cantik sahaja. Along sayang ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along tak nak ibu dibakar api neraka. Along sayangkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"... Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadaNya. Wallahu a'lam. Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yang sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al-Fatihah! Amir Muttakin Hospital Ampang, Selangor Perkongsian dari Whatsapp. Senyum dalam tangisan. :') Like dan Share
APA ITU "HIJAB"?
Saya menyeru semua rakan fb yang di kasihi untuk bersama2 meluangkan sedikit masa untuk menghayati apa yang di sampaikan dalam video ringkas ini.
Muslimin juga wajib faham makna sebenar hijab agar dapat membimbing isteri, anak2 dan seisi keluarga bersama mencari redha Allah.
Asal hati setiap insan adalah suci. Ketika bayi lahir dari rahim ibunya, hatinya suci bersih ibarat kapas yang putih, tiada noda tiada dosa….!
Hati Insan yang asalnya suci bersih boleh berubah menjadi lebih baik lebih bercahaya dan berma’rifat atau sebaliknya boleh berubah menjadi kotor dan kelam bertingkat.
Roh (hati) jadi rosak (jahat) disebabkan oleh pemakanannya.
Sama ada berpunca dari makanan yang tidak baik atau tersalah pilih makanan yang tidak bersih atau makanan roh itu terdedah kepada maksiat dan mungkar.
Kesannya, roh yang jahat akan mendorong anggota-anggota lahir turut menjadi jahat.
Berikan hak badan kita dengan memberi nutrisi makanan yang terbaik pada tubuh yang dapat memperbaiki sel-sel badan yang seterusnya akan memperbaiki organ tubuh, sistem tubuh dan sekaligus dapat membantu memperbetulkan roh(hati) hasil daripada sistem badan yang sihat.
TERBAIKKKK dari Oki Setiana Dewi.
AYUH, KITA KONGSIKAN KEPADA SEMUA
Saya menyeru semua rakan fb yang di kasihi untuk bersama2 meluangkan sedikit masa untuk menghayati apa yang di sampaikan dalam video ringkas ini.
Muslimin juga wajib faham makna sebenar hijab agar dapat membimbing isteri, anak2 dan seisi keluarga bersama mencari redha Allah.
Asal hati setiap insan adalah suci. Ketika bayi lahir dari rahim ibunya, hatinya suci bersih ibarat kapas yang putih, tiada noda tiada dosa….!
Hati Insan yang asalnya suci bersih boleh berubah menjadi lebih baik lebih bercahaya dan berma’rifat atau sebaliknya boleh berubah menjadi kotor dan kelam bertingkat.
Roh (hati) jadi rosak (jahat) disebabkan oleh pemakanannya.
Sama ada berpunca dari makanan yang tidak baik atau tersalah pilih makanan yang tidak bersih atau makanan roh itu terdedah kepada maksiat dan mungkar.
Kesannya, roh yang jahat akan mendorong anggota-anggota lahir turut menjadi jahat.
Berikan hak badan kita dengan memberi nutrisi makanan yang terbaik pada tubuh yang dapat memperbaiki sel-sel badan yang seterusnya akan memperbaiki organ tubuh, sistem tubuh dan sekaligus dapat membantu memperbetulkan roh(hati) hasil daripada sistem badan yang sihat.
TERBAIKKKK dari Oki Setiana Dewi.
AYUH, KITA KONGSIKAN KEPADA SEMUA
Salam Ukhwah shared Islamic Articles's photo.
KISAH MODEL BERBANGSA CINA INSAF, BERBAJU KURUNG & BERHIJAB Memang tersentuh bila membaca coretan model Malaysia berbangsa cina nie. Boleh nampak keperibadian baik yang ditonjolkan. Nampak kecerdikan dalam setiap ayat dalam blognya. Walaupun bukan beragama Islam, Felicia Yeap yang pernah menghiasi majalah lelaki ‘FHM’ dan Playboy kini tampil berhijab penuh dan menutup keseluruhan auratnya persis wanita Muslim yang lain. Sebelum ini kehidupannya penuh bergelumang dengan dunia glamor, memenuhi tuntutan kerjanya sebagai seorang model. Cakap apa yang sahaja yang tidak pernah diperagakannya, bikini, tampil separuh bogel, semuanya pernah. Namun, kesedarannya untuk menutup tubuh badannya dengan pakaian yang longgar serta tidak mendedahkan mendapat tumpuan umum. Antara sebab dan alasan yang diberikannya ialah, dengan menutup aurat dia merasakan maruah dirinya lebih tinggi jika dibandingkan ketika zaman ‘jahilliyah’nya dulu. Harap ianya memberi banyak iktibar kepada mereka-mereka yang BELUM SAMPAI SERU katanya. SUMBER DARI ABG TEROR.COM
WHATSAPP DARI MUSLIMAT PAS SELANGOR .. LUAHAN HATI SEORANG MANGSA BANJIR YANG CUKUP TERHARU DENGAN LAYANAN DAN BANTUAN DIBERIKAN.
" Semalam masa bg bantuan makanan .. antara rumah yg paling lama ana trpaksa layan rumah pegawai polis ... ana rasa kalau ana rakam apa yg dia ckp mau kene buang kerja .. dia brterima kasih sbb bantuan makanan yg kite bg merupakan bantuan yg pertama smp .. di pusat pemindahan sementara dia nk dptkan roti pun payah. Dia siap ckp, masa bersih 3 kawan2 belasah unit amal dgn belantan, tp hari ini petugas unit amal belasah kami dgn hulur bantuan ... sebak ana dgr.."
Omak Kau tidak berhajat nak kupas dan ulas lebih panjang .. terserahlah untuk kita fikir dan nilai bersama.
AHLI UMNO SENDIRI KECEWA BANTUAN BANJIR OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DI BERI SECARA TERPILIH DAN ADA YANG SOROK BARANG REMBAT UNTUK KEPERLUAN KELUARGA SENDIRI!!!
" Saya ahli Umno. Tapi saya kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin yang beri bantuan kepada orang yang dikenali sahaja. Ada yang sorok barang untuk keperluan keluarga sendiri. Syukur kerana Pakatan beri bantuan. Saya lihat Unit Amal PAS dan PKR datang membantu kami" .... Norizan Abu Bakar, 48.
Nak tahu hebat dan baik sesebuah parti itu ketika kita berada dalam kesusahan ... siapa bantu cara ikhlas siapa yang sapu dan kebas hak rakyat.
MANGSA BANJIR PARLIMEN PEKAN MOHON BANTUAN KEMANUSIAN DARI AHLI PARLIMEN KUANTAN!!!
Ini kisah benar bukan putar .. kenyataan bukan rekaan .
Petang tadi 19hb Disember 2013 Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh telah menerima panggilan SOS dari penduduk Paloh Hinai yang terletak dalam kawasan Parlimen Pekan dimana Ahli Parlimennya ialah Presiden UMNO, Najib Razak, memohon bantuan segera kerana kampong mereka sudah menjadi sebuah pulau kecil dan kini mereka terkepung.
Tanpa membuang masa YB Fuziah Salleh terus bergegas ke lokasi untuk cuba memberikan bantuan segera.
Omak Kau ingin melontarkan soalan .. Dimana bantuan dari Ahli Parlimen Pekan? .. Dimana slogan rakyat di dahulukan? .. Dimana laungan BN tradisi membela rakyat?
Citizent Emzet shared Nik Jamila Hilmi Yahya's photo.
(selepas dari inject 5serangkai utk 3bulan pd tarikh 5/12/13. Petang tu terus meragam smp mlm menangis lepastu keesokan harinya jugak. Bila pegang je sakit. Memula tkda kesan sbb saya igt demam biasa akibat dr injection tu. bila esoknya saya nak lap badan dia tengok2 seketul tompok seperti dibakar, bila dipegang mmg rasa pns. Smp pergi ke klinik pkar kanak2 pun tk brani nak check then buat surat utk hantar ke hospital. Skrg sy berada di PPUM. Da 3hari anak admited. Gambar tu dr hari pertama sampai ketiga. Blister pun bila pecah jd nanah. Tk sggup sy tgk ank tseksa mcmni.) -------------pls..kaji dulu vacc sebelum anda memberinya pada anak2..pls..kesian ur baby..this photo from group member..sy dah minta izin beliau utk sharekan..sy sgt sedih tgk baby jadi camni, bayangkan parent baby ni lagi sedih..so korang rasa vacc kite zaman 80-an dulu sama ke dengan zaman skrg kalau ada juga manusia bebal yg ckp --kite dulu amik vacc, hidup, sihat..xde pape pun smpai skrg! ----- korg rasa sama ke kandungan dan jumlah vacc kite zmn dulu kala dgn zmn skrg? pls..open ur mind! jgn diperkuda kan oleh farmasi yg buat vacc tu..
Video Pelajar IPTA Kantoi Buat Maksiat Dalam Kereta
Video Pelajar IPTA Kantoi Buat Maksiat Dalam Kereta | Mengikut
apa yang admin terima melalui email dua remaja ini adalah pelajar di
salah sebuah IPTA di malaysia. Mereka di tangkap ketika sedang melakukan
hubungan terlarang didalam kereta yang di sewa oleh pasangan terbabit.
Bagi Admin inilah pasangan yang otaknya kurang cerdik walaupun belajar
tinggi tapi otak diletakkan di kepala lutut sebab itu jadi macam ni
boleh play video
Polis sahkan Rafli ditembak pengikut Tuhan Harun
pada 10-12-2013 09:12
SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang daripada 15 pengikut ajaran sesat
Tuhan Harun yang ditahan merupakan individu yang menembak mati Ketua
Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad
Rafli Abdul Malek, bulan lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, individu itu
dapat dikenal pasti selepas siasatan dilakukan terhadap semua suspek
yang ditahan.
"Saya sahkan seorang daripada suspek ditahan adalah individu yang
melepaskan tembakan terhadap mangsa. Namun, untuk maklumat lanjut, biar
kita tunggu sewaktu perbicaraan nanti," katanya dalam sidang media
selepas merasmikan Persidangan Tahunan Polis Bantuan Malaysia Ke-25, di
sini, semalam.
Abdul Khalid berkata, pistol jenis Smith & Wesson yang ditemui
dalam kereta seorang daripada suspek yang ditahan di Taman Setiawangsa,
Kuala Lumpur adalah pistol sama yang digunakan untuk menembak Ahmad
Rafli.
Ujian balistik yang dijalankan makmal senjata api Polis Diraja Malaysia
(PDRM) mengesahkan pistol itu digunakan bagi menembak mati mangsa,
katanya.
Lima belas pengikut Tuhan Harun ditahan di sekitar Selangor dan Kuala
Lumpur antara 29 November dan 2 Disember lalu. Turut ditahan ketua
kumpulan itu, Harun Mat Saad yang ditangkap di Tangkak, Johor, pada 20
November lalu.
Polis kini memburu lapan lagi suspek kes berkenaan.
Ahmad Rafli, 47, maut ditembak di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, kira-kira jam 2.30 petang, 10 November lalu.
Hukum Gantung Gambar Bernyawa
| Ibadah
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.
Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )
Salam Ukhwah shared Woot Media's photo.
Buat Tukang Masak, Suri rumahtangga dan siapa saja yg suka masak ini cara betul mengunakan garam dan juga untuk rawatan mengikuti cara Rasulullah. Kita disogok dgn fakta palsu; Ambil garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi) Back to cara hidup Nabi (SAW), Sebelum makan Nabi (SAW) letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan. Sampai di tempat baru, Nabi (SAW) ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru. Untuk ubat penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama sihir dan santau. Kenapa? Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh balance balik sistem tubuh kita. ini sunnah kita. Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau nak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu. Baru letak garam. Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat; Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau dalam suhu panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi. Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman. Wallahu'alam. Taken from Saya suka bekerja dari rumah Jangan lupa SHARE ilmu ini ye, kebaikkan bersama LIKE & SHARE LIKE page SepahTu
Pas Bagan Parit Sulong shared Jaafar Budi's photo.
KELAB GREENBOC Dec 10, 2013 JPJ Halang & Saman Lori Bantuan Mangsa Banjir Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam.” Itu kata penyelaras bantuan tersebut, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan. Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak. “Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan? “Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini. Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat. “Saya memang tak faham wujudnya anggota kerajaan yang tidak bertimbang rasa dalam membantu mangsa banjir. Kami pun bukannya boleh sampai ke Kuantan kerana laluan di tutup. “Demi mangsa banjir, kami bayar denda tersebut dan saman syarikat akan diputuskan di mahkamah nanti seperti yang tercatat pada surat saman yang dikeluarkan,” ujarnya. Menurut Nordiana, barangan tersebut dikumpul bersama sanak saudara dan sahabat handainya memang khusus untukmangsa banjir. Antara barang yang dikumpul untuk dihantar ke pusat banjir adalah pakaian, selimut dan makanan seperti beras, gula, susu, tepung dan sebagainya. “Kami berusaha mengumpul barangan ini selama lima hari kerana kasihankan mangsa banjir tetapi apabila bertemu JPJ di tengah jalan, sudahlah tiada perasaan kasihan malah kami pula disaman dan didenda. “Saya tahu apa tanggungjawab penguat kuasa JPJ cuma kesal kerana tidak ada pertimbangan langsung dalam membantu mangsa banjir yang amat memerlukan barangan tersebut,” katanya.–MalaysiaGazette greenboc at 12:10 PM
Memalukan ketua kampung halau petugas PR hulur bantuan banjir..
P1 Wimax Menipu, Pihak Berkuasa Tolong Ambil Tindakan
Assalamualaikum,
Saya salah seorang dari mangsa penipuan P1 wimax. saya telah menggunakan perkhidmatan
P1 Wimax selama 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun tersebut, saya
telah membuat pemotongan tetapi saya tidak diberikan sebarang borang
pembatalan servis tetapi, pegawai yang bertugas meminta saya untuk
membuat panggilan ke pusat utama P1 Wimax di Kuala Lumpur untuk
pembatalan. Setelah membuat panggilan tersebut, pegawai berkenaan
menyatakan bahawa akaun saya sudah ditutup.
Lapan bulan selepas itu, saya terkejut dengan pesanan ringkas di telefon
bimbit saya menyatakan yang saya perlu membuat pembayaran sebanyak
Rm1580 kerana tidak menggunakan perkhidmatan mereka tetapi tidak membuat
pemotongan.
saya cuba mendapatkan penjelasan dari pihak P1 Wimax tetapi pelbagai
helah diberi. Saya pergi semula ke Centre di Taman Daya Johor yang tidak
memberi borang penamatan perkhidmatan, tetapi perkara sama juga berlaku
dengan memberi saya pelbagai helah.
Saya telah membuat aduan di SKMM, pihak P1 ada membuat panggilan. Tetapi
memeranjatkan saya apabila pegawai tersebut menyalahkan saya 100%
dengan menyatakan saya tidak merekod perbualan antara saya dan pegawai
tersebut semasa membuat penamatan perkhidmatan. Pada saya, itu bukan
tanggungjawab saya tetapi lebih kepada pihak P1 Wimax.
Setelah saya TERTIPU oleh pihak P1, saya menyedari ada Page yang
diwujudkan oleh mangsa P1 Wimax di facebook. Ternyata ramai yang TERTIPU
oleh pihak P1 Wimax. https://www.facebook.com/groups/159121421506/
.
Saya memohon pada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya
kepada P1 Wimax kerana mereka sehingga kini mengaut keuntungan dengan
cara menipu. Kini, saya sudah terperangkap di dalam CTOS dan sudah
menyusahkan saya dalam urusan pinjaman.
Pihak Berkuasa Tolong Bertindak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan