Selasa, 10 Disember 2013

FIKIRAN KACAU....



HATI2 N BERINGAT SELALU
Nyaris! Disabotaj di Lebuhraya DUKE. Dalam pukul 4.30pm semalam, saya memandu melalui Lebuhraya DUKE menuju ke Wangsa Maju, setiba hampir flyover di Sentul (koordinat 3.190388,101.697827) kelihatan objek (besi) berbentuk L sepanjang hampir 1 kaki jatuh dari flyover betul-betul dihadapan saya. Saya tak sempat mengelak, objek tu terkena tayar belakang lalu tayar terus pecah. Saya terus bagi signal ke kiri jalan dengan segera. Tanpa fikir panjang terus keluar untuk tukar ke tayar spare. Baru sahaja mahu melonggarkan nat, datang seorang penunggang motorsikal, berbangsa India menawarkan diri untuk servis tukar tayar. Dia kenalkan dirinya sebagai mekanik yang pantas membuat kerja dengan bayaran RM30. Saya tolak secara baik, tetapi tetap didesaknya. Saya meneruskan kerja menukar tayar. Seketika kemudian, dia membuat panggilan telefon seperti meminta kenalannya datang ke tempat kejadian, dlm masa lima minit datang lagi sebuah motorsikal juga berbangsa India. Dalam bahasa tamil, mereka bercakap-cakap dan orang kedua itu terus mendesak saya. Selepas harga yang ditawarkan RM30 ditolak oleh saya, mereka terus menurunkan harga ke RM20 hinggalah terakhir RM10. Kelihatan muka mereka seperti menahan marah sebab tak bagi mereka servis. Saya tetap teruskan kerja menukar tayar secepat yang boleh. Selepas mereka nampak kerja menukar tayar hampir selesai, mereka menunggang motorsikal masing-masing meninggalkan tempat kejadian.. Kesimpulan: 1- Saya yakin ini merupakan gerak kerja(sabotaj) secara terancang. 2- Secara teori, mana-mana tayar yang tekena besi sepanjang itu, pasti akan ada kecelakaan. Paling kurang tayar pecah, & paling teruk terbabas. Mereka pasti mengambil kesempatan dalam keadaan sebegitu. 3- Kepada pemandu terutama wanita, jika keadaan ini berlaku sila berhati-hati. Jika tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk menukar tayar sendiri & rasa takut, jangan keluar kenderaan, hubungi kenalan terdekat atau peronda, dan tunggu sehingga mereka datang. # Alhamdulillah, saya dikurniakan badan yang sihat & sedikit besar daripada mereka berdua, lagipun semua peralatan saya letak berdekatan dengan saya ketika melakukan kerja tukar tayar. Mungkin sebab itulah mereka tidak berani mengambil risiko untuk memudharatkan saya. Segala mungkin! * Gambar sebenar keadaan tayar belakang kereta selepas kejadian itu.

Gambar Asrul, Anggota TLDM Mati Didera

on Monday, December 9, 2013
Agak keberatan penulis hendak menaip kisah ini kerana secara jujur, tidak banyak maklumat yang ada pada penulis.

Namun, melihat gambar dan kenyataan ini berlegar dengan begitu meluas di media sosial, maka penulis terpanggil juga membawa isu kejadian ini ke tengah.

Apa yang penulis taipkan adalah berdasarkan analisis sendiri daripada status yang dimuat naik salah seorang pengguna Facebook.

Apa yang penulis faham, mangsa dalam gambar ini dikenali sebagai Asruf dan berasal dari Sabah didakwa sebagai anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Kalau mengikut pihak yang mula-mula memuat naik gambar itu, seolah-olah ada konspirasi di pihak pegawai mangsa untuk menutup kejadian sebenar.

Mangsa dilaporkan sebagai mati lemas sedangkan dalam gambar jelas kelihatan yang mangsa seperti didera dengan kesan lebam akibat dipukul dan dicucuh dengan rokok.

Justeru, ada dua aspek penting di sini.

Pertamanya, pihak TLDM perlu menyiasat kesahihan kes itu dan menafikannya andai benar tidak berlaku sebarang penderaan. Tindakan itu perlu memandangkan ramai yang memberikan komen bahawa berlaku main kasar dalam apa yang menimpa mangsa. Dan isu ini juga semakin mendapat perhatian pengguna media sosial.

Keduanya … andai memang berlaku tindakan berunsur jenayah, maka pegawai yang atau sesiapa sahaja yang terbabit dalam kejadian itu harus diambil tindakan.

Yang pasti sesuatu perlu dilakukan demi nama baik TLDM atau demi keadilan kepada Asruf andai benar ada berlaku jenayah.
Warning.... careful when driving on LDP ( especially at night ) By Sandra Heung Warning! Spikes are being laid out on the LDP stretch near KDU College (before the tunnel) so when ur tires burst, robbers will come & attack! Boyfriend's brother's friend got away last night because he managed to swerve a little so only 1 tired was damaged. But when the tire burst, a bunch of guys came running towards him out of no where! Please share this with as many people you know, especially those of us who take the road often or live within the DJ or SS2 area. share if you cares

BN MENANG RAKYAT SENANG LENANG ... BN AMBIL ALIH KEDAH TIADA LAGI RAKYAT YANG HIDUP SUSAH????


Bukan tujuan nak mengaibkan tuan punya badan tetapi cuba nak bongkar jenis pemimpin UMNO yang cakap berdegar-degar besar tapi debu sedikit pun tak lekat.

Che Lian Yahya bersama anaknya, Siti Radhiah Ahmad dan cucunya, Mohd Shahrul Nizam terpaksa tinggal di rumah yang buruk selepas gagal mendapat sebarang bantuan bagi membinanya semula.

JERLUN - Seorang ibu tunggal merayu kepada pemimpin di sini supaya dapat memberi bantuan selepas rumahnya dikatakan semakin reput hanya menunggu masa runtuh.
Che Lian Yahya, 65, dari Kampung Pida 14 Lama, Mukim Sanglang, Kubang Pasu berkata, dia sudah beberapa kali memohon bantuan perumahan sejak suaminya, Ahmad Yakob masih hidup tetapi sehingga sekarang masih belum ada jawapan.
Menurutnya, dia kini yang tinggal bersama seorang anak yang menghadapi sindrom down dan seorang cucu terpaksa berteduh di rumah usang itu walaupun semakin reput kerana kayunya sudah dimakan anai-anai.

Katanya, rumah yang sudah berusia hampir 30 tahun itu akan bergoyang setiap kali angin kuat dan atap juga bocor.

“Pernah beberapa kali ketika angin ribut pada waktu malam kami terpaksa lari meninggalkan rumah, kerana bumbung tercabut menyebabkan tidak berani lagi berteduh di rumah ini dan melarikan diri ke rumah emak saya yang berhampiran,” katanya yang bergantung kepada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat RM150 setiap bulan.

Che Lian berkata, dia merayu kepada pihak yang berkenaan supaya dapat membantu bagi membina semula rumah yang semakin reput.

MUKHRIZ A/L MAHATHIR KETUA UMNO BAHAGIAN MANA EK????


TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG ** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana. ** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei) ** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa. ** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang. ** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang. Mencegah adalah lebih baik dari merawat.. dari: Pengamal Amalan Kesihatan No.1#
* Kita pn x tahu apa dsr UBN yg dpakai skrg, Islamkah?, Melayukah?, mmprthnkn tnh airkah?. Cuma spt yg dsebut olh pemimpin UBN, pejuangn UBN hya utk perut shja dlm satu forum. Mka skrg mrka brgaduh bkn krn bgsa x trbela, agama dihina. Ttp krn perut skrg sdh keroncong. ** Sjk awal lg penubuhn UBN utk mlawan Malayan Union shj, bkn utk mmprthnkn Islam. Islam hya alat, bkn sbgi satu asas dlm prjuangn. Klu Islam mnjd asas prjuangn, tntu mrk akn merujuk kpd Islam dlm smua hal, ttp apa yg brlaku adalh sblknya. ** Apabila Islam tdk mndasari dlm prjuangn mka modal pmbangunn akn lapuk, krn minda rkyt smkin brubh dan maju trutama generasi muda, mrk tahu apa tggungjwb sbuah krjaan yg mmrinth. Siapa yg mmrinth smuanya akn mmbuat pmbangunn. Hujah pmbangunn hya ssuai di zmn 60an shj dn kwsn majoriti org jahil, sdgkn Islam relevan spjg masa shgga hr Qiamat.. FIKIR2 KAN...

TOKOH PEMIMPIN POPULAR NEGARA BULAN DISEMBER 2013 ... JATUH KEPADA ... JENG .. JENG .. JENGGGGG ....


Selepas dijalankan undian dan saringan maka keputusan muktamad sudah dicapai .. sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Inilah tokoh-tokoh pemimpin popular untuk bulan Disember 2013.




PROGRAM BAHASA ARAB MUDAH Tarikh : 13,14 dan 15 Dis 2013 (Jumaat ke Ahad) Tempat : Dewan Kuliah Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau Bersama Ustaz Zulkarnain bin Itam,GPK Maahad Ahmadi Gemencheh,Pemenang Anugerah Guru Inovasi Pengajaran Bahasa Al-Quran N.Sembilan. Hari dan Masa : 13 Dis, Jumaat : 2.30 ptg - 6.30 petang 14 Dis, Sabtu : 8.30 pagi - 6.30 petang 15 Dis, Ahad : 8.30 pagi - 4.30 petang (Modul Kursus selama 16 jam ) Yuran : RM 30 Jumlah Peserta : Terhad 70 orang peserta Untuk pendaftaran sila hubungi Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff 012-3752240 Maklumat lanjut http://madrasahbongek.blogspot.com http://kembahasaquran.blogspot.com



 

MAPIM Berbincang Dengan Dr Yusuf al-Qardhawi


ayah qardhawi
Doha 9hb Disember 2013
Pengerusi SHURA Ust Abdul Ghani Samsuddin dan Presiden MAPIM Cikgu Azmi , pada hari ini dapat bertemu dengan Syeikh Yusuf Qardhawi di pejabat Ittihad ‘Alami Ulama Muslimin ( IUMS – International Union for Muslim Scholars ) . Turut bersama adalah beberapa ulama dari beberapa negara lain . Pertemuan juga dapat diadakan dengan Setiausaha Agong ittihad tersebut  Dr Ali Qaradhawi .
Pertemuan tersebut adalah majlis Al Bayan ( Press Conference )  IUMS  yang telah membentang resolusi Ijtimah ke 5 IUMS yang menyentuh isu umat Islam di pelbagai negara termasuk Palestin , Syria , Mesir , Tunisia , Libya , Yemen , Lubnan , Sudan , Somali , Gibuoti , Afghanistan , Kashmir , Iraq , Pakistan , India , Iran , Bangladesh , Mali , Kosovo , India ,China , Myanmar , Angola , Thailand , Sri Langka ,
Dalam pertemuan itu , Syeikh Yusuf Qardhawi itu menyatakan keperluan umat Islam perlu mengambil perhatian kepada semua isu yang melanda umat Islam di seluruh dunia. Beliau memberi ingatan bahawa perjuangan ini hanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata dan tidak yang lain.

Gua sebenarnya dah dapat banyak info berkaitan perilaku-perilaku sesetengah pihak yang bertindak di luar batas normal kemanusiaan. Bagaimana pihak ini melambatkan proses saluran bantuan, bagaimana pihak ini menggunakan dana yang banyak untuk diberikan makan dalam satu perhimpunan, bagaimana pihak ini menggunakan media perdana memutar belitkan isu bantuan,khemah contohnya, dan lain-lain lagi. Semua ini berpunca daripada satu penyakit yang dikenali 'Puny Brain Umnometrial Hyperplasia Totok Complex', amat kritikal dan ubatnya hanyalah taubat yang bersungguh-sungguh kepada Allah swt.





Tuesday, December 10, 2013


Banjir: Kisah Budak-budak Baju Merah...


Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS (Kanan sekali) turut bersama membantu mangsa banjir.


“Budak-budak baju merah (Unit Amal Dewan Pemuda PAS)” yang bantu kami, kata mangsa banjir

Naib Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim dalam misi menghantar bantuan semalam di Chenor... Masih ada mangsa banjir yang belum mendapat apa-apa bantuan disini dan petugas kita mengambil langkah sepantas mungkin kesana walau terpaksa meredah sungai Pahang...

"I really salute ini budak-budak baju merah. Every time ada disaster you boleh nampak dia orang. They come in quietly, do their work, and then quietly they leave. No fanfare, no TV3," komen seorang bukan Melayu yang kini tersebar luas dalam media sosial.

(Saya sangat tabik budak-budak baju merah ini. Setiap kali ada musibah, awak boleh nampak  mereka. Mereka datang senyap-senyap, buat kerja mereka, dan kemudiannya pergi senyap-senyap. Tanpa laporan media, tanpa TV3).

Budak-budak baju merah adalah anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Kini ribuan daripada mereka sedang membantu mangsa banjir khasnya di Kuantan dan Kemaman, kawasan yang paling teruk dilanda banjir.


Mereka bukan dari Pahang dan Terengganu sahaja bahkan datang dari seluruh negara. Bahkan untuk memudahkan urusan, mereka yang bukan anggota Unit Amal juga memakai baju merah Unit Amal ketika datang untuk menolong mangsa banjir. Dengan cara itu, semua orang tahu mereka sedia menjalankan apa saja tugas untuk membantu mangsa.

Selepas bertungkus lumus dengan kerja menyelamat dan membantu mangsa di pusat pemindahan kini mereka bertugas untuk membersih rumah mangsa banjir pula. Malah, mereka juga bersedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir ini.

Dalam beberapa kali perhimpunan Bersih, budak-budak baju merah ini yang mengawal orang ramai. Dengan disiplin yang tinggi dan tanpa mengharapkan sebarang upah, mereka menjadi pasukan sukarela yang sangat berkesan.

Dengan moto "Beramal kerana Allah", Unit Amal menjadi barisan depan PAS dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Ketika Squad Sayang Umno sibuk dengan Perhimpunan Agung mereka di Kuala Lumpur, Unit Amal PAS bertugas siang dan malam membantu mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin terpaksa memohon maaf kepada mangsa banjir berikutan kelewatan bantuan bekalan makanan tiba semasa banjir kali ini di seluruh negara.

Menurutnya,apa yang berlaku adalah perkara yang tidak diduga mengakibatkan penyaluran bekalan bantuan turut terjejas.

"Saya keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari. Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti, sehalus-halusnya berdasarkan keperluan,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, Kemaman Jumaat lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said juga mengamuk apabila menyedari kelemahan agensi kerajaan dalam melaksanakan bantuan banjir tambahan lagi apabila beliau mengetahui petugas PAS sangat aktif membantu mangsa.

Di Kemaman, Tuanku Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut turun untuk melihat sendiri kemusnahan dan mangsa banjir.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi pula turun bertemu mangsa banjir dengan menaiki bot.

Di Kuantan, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membantu mangsa dan dilihat mengharungi banjir dan memanjat rumah dengan membawa bantuan untuk membantu mangsa.
The Malaysian Insider


Lain-lain..


Ketua Dewan Muslimat PAS juga membantu mangsa banjir..






Presiden PAS juga..


 TERHANGAT ! GAMBAR2 TENGKU PUAN PAHANG JADI SUKARELAWAN BANJIR....HEBATKAN!!!!

Gambar-gambar Tengku Puan Pahang mencemar duli turun membantu mangsa-mangsa banjir..

Dato' Siti Nurhaliza & Suami Bantu Mangsa Banjir
siti
Atas dasar keprihatinan terhadap mangsa banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur kini, penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa telah turun padang bagi membantu golongan yang memerlukan.
Siti dan suami menerusi Yayasan Nur Jiwa dan SimplySiti memilih tiga penempatan di Kuantan, Pahang yang mana menempatkan sebahagian mangsa banjir di kawasan tersebut.
Selain suami, Siti turut ditemani oleh dua orang anak tirinya serta beberapa kakitangan daripada SimplySiti.







(IH)

EDISI KANTOI MENIPU ... PEMUDA UMNO BERLAKUN BERSIHKAN BANGUNAN YANG SUDAH PUN DI BERSIHKAN!!!!!


Inilah wajah sebenar barisan pemimpin Pemuda UMNO Malaysia kini .. jenis sanggup berlakun kononnya sedang membersihkan sebuah premis sedangkan hakikatnya premis tersebut telah pun bersih dan di keringkan.

Lakunan murahan menjijikkan ini di ketuai sendiri oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru Khairul Azwan Harun.

Lihat dengan mata kepala sendiri mob yang digunakan untuk membuat sandiwara murahan ini amat jelas sekali kering .... Tiada nampak tanda-tanda pada kaki seluar semua petugas Pemuda UMNO basah kena percikkan air.

Yang seronoknya tu .. mana ada orang bersihkan lantai berebut-rebut nak bersihkan suatu kawasan kecil dalam masa serentak kalau bukan niat nak berlakun untuk dirakamkan gambar.

Tugas utama dan pertama barisan exco Pemuda UMNO yang baru nampaknya ialah menipu dan terus menipu.

TIPU DENGAN UMNO BERPISAH TIADA.

Tiada ulasan: