Sabtu, 14 Disember 2013

KITA MERANCANG....ALLAH YANG TELAH MENETAPKAN...NAK KEMANA MUSUH2 ISLAM NI...ALLAH TAK KAN MEMBIARKAN KEKASIH2NYA SERTA ORANG TAKWA DIBULI DAN DIZALAMI....KITA TUNGGGGUUUU HUKUMAN DARI ALLAH SWT

KUALA TERENGGANU: Gabungan tiga badan bukan kerajaan (NGO) mewakili anak-anak Terengganu menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar bagi menggesa kerajaan negeri menyelesaikan empat perkara berhubung pembangunan negeri ini.

Empat perkara tebut adalah mengenai pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu, pembangunan kawasan Ladang dan penempatan semula di Ladang Gemilang,  pembangunan projek tambakan di Muara Sungai Terengganu dan penganiayaan terhadap peniaga-peniaga runcit kecil dan sederhana tempatan akibat daripada keputusan dan tindak-tanduk kerajaan memberi ruang kepada peniaga pasar raya gergasi dari luar.

Presiden Pertubuhan Kemajuan Ekonomi Rakyat Terengganu Darul Iman (Pekerti), Mohd Shuhaimi Embong, Exco Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau), Zulkifli Abdul Razak dan Setiausaha Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti), Rusni Hassan menyerahkan memorandum tersebut  kepada Datuk Seri Ahmad Said di lobi Wisma Darul Iman di sini, kelmarin.

Mengenai pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu mereka mempersoal Kerajaan Negeri yang tidak mengambil kira pandangan Persatuan Pelancong Negeri Terengganu dan peniaga-peniaga sendiri sebelum keputusan dibuat.

"Apakah status pembangunan Pasar Kedai Payang setelah didapati pemaju bermasaalah hutang yang begitu banyak yang berkemungkinan besar boleh menyebabkan pembangunan terganggu?" soal mereka dalam memorandum tersebut.

Status milikan penghuni di Ladang Gemilang pula tidak disahkan secara bertulis melalui surat perjanjian sewa beli dan tiada jaminan kerajaan bahawa perjanjian sewa beli akan ditandatangani setelah perjanjian sewaan telah tamat.

Projek tambakan di Muara Sungai Terengganu pula menunjukkan projek berisiko ini dianugerahkan secara runding terus melalui konsep ‘Design & Build’, walhal kerja penambakan muara sungai memerlukan pemantauan khusus oleh jabatan teknikal kerajaan

Tugas pengurusan dan penyeliaan projek pula diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bukan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Kerajaan Negeri juga didakwa melakukan penganiayaan terhadap peniaga-peniaga runcit kecil dan sederhana tempatan akibat daripada keputusan dan tindak-tanduk kerajaan memberi ruang kepada peniaga ‘Hyper Market’ gergasi dari luar.

Syarikat hyper runcit tempatan tidak diberi ruang untuk  bersaing secara sihat dengan syarikat pemborong hyper market gergasi dari luar dan garis panduan yang ditetapkan tidak dipatuhi sehingga lambakan pasaraya berlaku di bandar Kuala Terengganu.

Menurut Mohd Shuhaimi, memorandum tersebut bertujuan memohon pihak Ahmad selaku Ketua Eksekutif kerajaan menyelesaikan pembangunan negeri, dengan tindakan yang baik sesuai slogan kerajaan, ‘Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan’.

"Kami percaya bahawa  Datuk Seri Menteri Besar sebagai Ketua Eksekutif kerajaan Negeri Terengganu mempunyai pengaruh secara langsung mahupun tidak langsung melalui agensi-ajensi kerajaan kepada perkara-perkara yang disebut di atas.

"Kami berdoa semoga penyelesaian dan tindakan yang baik daripada Datuk dapat menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Terengganu sekarang dan juga generasi akan datang selaras dengan slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan’ yang dilaung-laungkan," kata beliau dalam memorandum tersebut.

Justeru katanya, penjelasan dan komitmen Ahmad di dalam perkara tersebut amat-amat dipohon bagi menyelesaikan kebimbangan dan ketidaktentuan nasib rakyat Terengganu.
KUALA TERENGGANU:  Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri berhasrat mengambil balik hanya tiga daripada tujuh lot tanah milik Syarikat Sabasun Hyper Runcit Sdn Bhd 2 (Sabasun) cawangan Wakaf Tembesu bagi pembangunan Bandar Baru Perkasa Alam di Kuala Nerus.
             
"Sabasun mempunyai tujuh lot tanah dengan keluasan 10.2092 ekar di dalam kawasan pembangunan bandar baharu itu dan hasil rundingan, pemaju bersetuju untuk mengeluarkan empat lot tanah dari pelan.
             
"Bakinya, sebanyak tiga lot tanah itu akan diambil balik dan bayaran pampasan akan dibuat oleh pemaju dan sebagai ganti, pihak pemaju akan member tiga lot tanah yang setara keluasan dan nilainya," katanya dalam sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam.
             
Isu Sabasun menjadi hangat sejak sebulan lalu dan tersebar luas di laman sosial, setelah pemiliknya mendakwa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menganiaya usahawan Bumiputera apabila gagal memperbaharui lesen perniagaannya.
             
Sabasun dikategorikan sebagai sebuah ’super mini market’ yang dan bukannya ’hipermarket’ yang tertakluk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Mengulas lanjut, Ahmad berkata melalui beberapa siri perbincangan dengan pemaju, mereka telah diminta mengadakan perbincangan dengan pihak Sabasun bagi menyelaraskan pembangunan di kawasan itu namun tidak mendapat maklum balas daripada syarikat itu.
             
Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum dan Sumber Asli, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata cadangan pembangunan Perkasa Alam masih dalam penilaian kerajaan.
             
"InsyaAllah, kerajaan akan mempertimbangkan dan menyelesaikan isu yang dibangkitkan ini secara menang-menang dan tidak akan menganiaya mana-mana usahawan Bumiputera anak watan Terengganu," katanya. - Bernama

KUALA LUMPUR:  Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.
             
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini berkata gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Dis manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Dis (Ahad).
             
Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.
             
Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
             
Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan.

"Pihak Syabas menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya," katanya.
             
Syabas turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan.
             
Sebagai langkah persediaan awal, pihak Syabas telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam.
             
Para pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
             
             
Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air:
             
WILAYAH KUALA LUMPUR:
1.  Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.

2.  Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.
             
3.  Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta.
             
4.  Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris.
             
5.  Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul.
             
6.  Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki.

7.  Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.
             
8.  Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.
9.  Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.
             
10.  Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato’ Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa)
             
11.  Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.
             
12.  Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.

13.  Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah.
             
14.  Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.
             
WILAYAH GOMBAK:
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3.
             
             
WILAYAH PETALING:
Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52; Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas;         Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya;

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM:
Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang. - Bernama
SHAH ALAM:  Kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) setuju untuk bekerjasama bagi meneruskan pembangunan tertangguh melibatkan permohonan 878 projek baharu yang ditolak sejak Jun lepas atas alasan kekurangan bekalan air.
 
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata persetujuan itu dicapai pada mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif SPAN Datuk Teo Yen Hua dan perwakilan syarikat berkenaan 3 Dis lepas.
 
Beliau berkata SPAN menangguhkan kelulusan 878 permohonan melibatkan projek di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana berpendapat akan berlaku kekurangan bekalan air selepas semua projek pembangunan disiapkan.
 
"Kerajaan Selangor memaklumkan kepada SPAN bahawa kita melaksanakan usaha dan program mitigasi untuk menambah kapasiti bekalan air terawat bagi menampung keperluan bekalan air terawat sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum Loji Rawatan Air Langat 2, jika dilaksanakan," katanya kepada pemberita hari ini.
             
Melalui program mitigasi di Bestari Jaya, Abdul Khalid berkata pihaknya yakin bekalan air bersih adalah mencukupi sehingga 2016 dan memberi jaminan tiada masalah ketidakcukupan air terawat berlaku kelak.

Justeru, katanya, Selangor telahpun menghantar surat aku janji kepada SPAN baru-baru ini agar permohonan projek yang tertangguh dapat diluluskan namun ia tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan ditetapkan.
             
 "Sebagai balasan kepada SPAN, surat aku janji dikeluarkan menyatakan kerajaan negeri bersetuju memberi indemniti terhadap sebarang tindakan atau tuntutan ganti rugi oleh pemaju ke atas SPAN akibat ketidakupayaan membekalkan air oleh kerajaan negeri dalam kuantiti yang dikehendaki pemaju," katanya.
             
Abdul Khalid juga berkata kerjasama itu berkuat kuasa sehingga 30 Jun 2014 namun terbatal jika gagal membekalkan air berpunca daripada ketidakupayaan dan kecuaian operator serta agensi perakuan yang dilantik SPAN untuk bertindak secara profesional.
             
Mengulas desakan pelbagai pihak untuk mengkaji semula kenaikan gaji wakil rakyat yang berkuat kuasa 1 Jan depan, beliau berkata pihaknya belum mengadakan sebarang perbincangan dan dijangka berbuat demikian pada awal Januari ini.
 
"Saya dan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat masih belum berbincang mengenainya kerana merasakan ia tidak perlu disegerakan, apa pun ia sudah diluluskan dalam persidangan dewan undangan negeri tempoh hari," katanya. - Bernama
KUALA LUMPUR:  Pihak berkuasa Thailand perlu menimbang untuk mengamalkan pendekatan lebih sederhana dan bersifat pelbagai budaya untuk menangani pemberontakan bersenjata yang berlarutan sejak beberapa dekad lepas melibatkan umat Islam di selatan negara itu.
             
Bekas Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan wakil khas setiausaha agung PBB ke Myanmar Tan Sri Razali Ismail berkata, setelah melakukan pelbagai usaha, kerajaan Thailand masih gagal mendekati masyarakat Melayu-Islam yang menjadi penduduk majoriti Pattani serta wilayah berhampirannya.
             
Katanya kegagalan itu kerana strategi mereka lebih bertumpu pada usaha mengasimilasikan masyarakat Melayu ke dalam budaya arus utama Thai-Buddha dan menurutnya asimilasi yang dipaksakan pihak berkuasa Thailand hanya mencetuskan pemberontakan bersenjata oleh masyarakat yang bimbang identiti dan cara hidup mereka akan terancam.
             
"Barangkali, sudah tiba masanya prospek untuk mengasimilasikan masyarakat Islam dilupakan sahaja dan sebaliknya mengamalkan pendekatan lebih sederhana dan bersifat pelbagai budaya bagi membolehkan mereka mengekalkan identiti mereka, sambil melibatkan diri sepenuhnya dan menyumbang kepada kewujudan sebuah masyarakat Thailand yang lebih hebat," katanya.
             
Razali berkata demikian dalam syarahan bertajuk 'Integriti Politik: Kunci Bagi Kestabilan Serantau' dalam edisi keempat Siri Syarahan Integriti anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini semalam.

Beliau berkata menurut ahli sejarah Farish Noor, Pattani dan wilayah sekitarnya dibawa masuk ke dalam negeri Siam melalui penaklukan dan penguasaan, bukan secara diplomasi.
             
Awal tahun ini, Malaysia mengatur rundingan damai antara kerajaan Thailand dan kumpulan pemisah Barisan Revolusi Nasional dengan harapan untuk menamatkan konflik bersenjata di selatan Thailand.
             
Setakat ini, rundingan antara pihak terlibat belum mencapai hasil yang diharapkan. - Bernama
Isu Syiah dan tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bermula ketika Perhimpunan Agong Umno tengah berlangsung dalam suasana riang gembira penuh makanan manakala rakyat dilanda banjir dibiarkan dalam keadaan lapar dan kesejukan.

Ketika para pemimpin Umno sedang bersorak dan berbahas isu-isu retorik, PAS menggerakkan Unit Amal dan kempen mengutip derma seluruh negara bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Kehebatan, keikhlasan dan keboleh-kebergantungan pada Unit Amal tersemat di hati rakyat. Kini, mereka merasa selamat dan lega apabila melihat sesiapa yang berbaju merah datang kerana mereka tahu bantuan telah datang.

Memberikan derma dan menghantar sumbangan adalah mudah, tetapi yang Unit Amal PAS bawa adalah lebih dari itu.

Mereka yang berbaju merah bukan sekadar datang menghantar makanan untuk dimasukkan ke media mahupun TV, mereka datang membawa tangan-tangan yang sedia membantu tanpa mengenal warna dan ego – sanggup mengotorkan tangan dalam segala hal yang diperlukan termasuklah kerja-kerja yang paling tidak disukai iaitu membuang sampah, mengangkut barang berat, mencuci lumpur banjir, memasak – dengan hati sukarela tanpa upah kerana semuanya dibuat atas nama Allah.

Unit Amal PAS telah mendapat hati di tempat rakyat di musim banjir ini dan ini berlaku ketika PAU sedang berlangsung. Rakyat dapat melihat perbandingan secukupnya sikap yang ambil Umno dan PAS dalam ‘mendahulukan rakyat’, lebih-lebih lagi apabila rakyat di dalam keadaan darurat banjir.

Gambar-gambar pemimpin PAS yang turut meredah air banjir dan mengangkut barangan telah disebar dengan hangat dan dibandingkan dengan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat kawasan banjir menggunakan helikopter.

Sekeping gambar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meredah banjir sambil mengangkut barangan sumbangan di bahu dikongsi dengan sebegitu hangat.

Malah ada satu artikel di The Malaysian Insider yang bertajuk ““Budak-budak baju merah” yang bantu kami, kata mangsa banjir” yang menggunakan gambar Ustaz Tuan telah menjadi artikel terhangat di laman tersebut (Nota: Jarang-jarang sekali berita berbahasa Melayu menjadi artikel paling dibaca di laman yang didominasi berita berbahasa Inggeris).

Kehebatan Unit Amal menyebabkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa memohon maaf kerana kelewatan menghantar bekalan makanan.

Kini, Unit Amal PAS melancarkan Ops Bersih – untuk membersihkan kawasan yang terkena air banjir – kerja yang paling sukar dilakukan dalam musibah banjir ini.

Dan ini dilakukan secara amal tanpa upah berprinsipkan ‘Rahmat Untuk Semua’ – sesuatu yang bakal tersemat di hati rakyat.

Kerja-kerja hebat Unit Amal telah secara tidak langsung menjadi senjata PAS untuk meraih undi rakyat. Sudah tentu Unit Amal tidak menyangka kerja mereka yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh disiplin tetiba menjadi satu senjata politik yang digeruni Umno.

Disebabkan itu, rakyat perlu dialih perhatian daripada kehebatan Unit Amal.

Maka sebab itulah, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terpaksa mempertaruhkan isu Syiah untuk mengalihkan pandangan rakyat, terutamanya orang Melayu.

Kini, Umno mengharapkan media akan fokus semula pada isu Syiah, para pemimpin politik dan penganalisa akan terus berperang dalam isu Syiah sehingga tenggelamkan kehebatan Unit Amal PAS dan kelemahan Umno di musim banjir luar biasa ini.

Teruskan kerja! Dan jangan terperangkap!

Berapa orang atas pagar yang akan mengundi PAS kerana kehebatan Unit Amal, askar Negara Berkebajikan yang diwar-warkan PAS, di PRU14 nanti?

Dan itulah yang sangat membimbangkan Umno.
KUALA LUMPUR: Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.
Demikian gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Quader Molla (gambar) yang menemtui syahid di tali gantung, hari ini.

Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi.

Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.

Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.

Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.

Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.
 

Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!

Saudaramu,
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Malaysia
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih) akan melancarkan kempen 100 orang di 100 parlimen bagi membantah persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijangka akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Menurut wakil sekretariat Bersih, Adam Adli Bersih mensasarkan semaksima mungkin pengundi yang menyokong kempen ini bagi menyatakan bantahan kepada SPR.

“Kita hendak bersedia dengan minimum 100 orang di setiap kawasan parlimen. Bermula dengan 100 kawasan parlimen yang kita nampak penting.

“Sasaran kita hendak dapat semaksimum mungkin pengundi yang menyokong program ini bagi menyatakan bantahan terhadap persempadanan semula SPR,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam kenyataannya berkata, pihaknya tidak perlu merujuk kepada mana-mana parti politik dalam urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Tambahnya lagi, kempen tersebut ditumpukan dahulu kepada mereka yang terlibat dalam jentera pilihan raya sebelum hebahan secara besar-besaran dilakukan selepas ini.

“Kita dah buat ‘roadshow’ ke Johor, Perak, Pulau Pinang dan negeri-negeri Pantai Timur.

“Kita sedang membuat sesi penerangan pendidikan pengundi untuk menerangkan apa yang mereka perlu tahu berkaitan persempadanan semula yang akan dilakukan oleh SPR,” katanya lagi.
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan memandang serius tindakan untuk menaikkan cukai taksiran hartanah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

PAS Wilayah Persekutuan melihat ini sebagai satu tindakan yang tidak melihat kepada realiti sebenar warga WP yang sememangnya telah dihimpit dengan pelbagai masalah ekoran hambatan ekonomi yang semakin mencabar pada masa sekarang.

“PAS Wilayah Persekutuan yakin tindakan ini pasti akan memberikan kesan kepada cukai pintu yang terpaksa ditanggung oleh warga KL.

“Persoalan yang lebih besar yang mahu kami bangkitkan di sini, adakah DBKL sedar ataupun tidak bahawa rakyat sekarang sedang dihimpit dengan tekanan kehidupan dengan kenaikan harga barang yang membebankan?” ujar Pesuruhjayanya, Mohd Noor Mohamad dalam satu kenyataan.

Katanya, GST sahaja sudah cukup untuk memeningkan warga WP bagaimana untuk meneruskan survival kehidupan sekarang dengan kos hidup yang semakin meningkat  kesan kenaikan harga barang keperluan yang tidak terkawal, kenaikan harga minyak, bakal kenaikan tarif elektrik, tol dan tambang pengangkutan awam .

Sekarang, ujarnya warga WP dibebani pula dengan cukai taksiran hartanah oleh pihak DBKL.

Beliau berkata, ia satu tindakan yang diluar jangkaan kita dan luar jangkaan sebagai seorang warga WP yang terpaksa berhempas pulas untuk mencari sesuap rezeki.

Tambah beliau, ianya juga amat bertentangan dengan slogan kerajaan BN yang dilaungkan selama ini 'Rakyat diutamakan'.

Menurutnya, melihatkan ianya adalah satu kezaliman kepada warga WP, maka menjadi satu tanggungjawab kepada PAS Wilayah Persekutuan melancarkan kempen membantah kenaikan cukai taksiran hartanah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Maka dengan itu kami menyeru kepada seluruh ahli PAS khususnya ahli PAS di Wilayah Persekutuan dan seluruh warga kota untuk hadir menyatakan bantahan pada 16 Disember ini di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut jam 11.00 pagi, insya Allah.

“Ini bukannya isu untuk agenda kepentingan parti-parti tertentu tetapi ianya merupakan agenda rakyat yang mesti diutamakan dan diperjuangkan. Jangan lupa insya Allah kita bertemu di sana,” katanya.
KUALA LUMPUR: Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas yang nyata.

“Inilah sumber hukum para Ahli al Sunnah wal Jama’ah,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli al Sunnah wal jama’ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah waljama’ah dalam PAS.

“Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk Umno sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama’ah.

“Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah waljama’ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS,” jelas beliau lagi.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.
PAS tetap teguh dengan Ahli Al-Sunnah Wal Jama’ah, kenapa masalah sunni dan syiah ditimbulkan sekarang?
Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas yang nyata. Inilah sumber hukum para Ahli Sunnah wal Jama'ah.
Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam PAS.

Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama'ah. Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah wal Jama'ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS.

Namun PAS yang teguh berpegang dengan Islam dan mazhab Ahli al Sunnah wal Jama'ah ini mengadakan hubungan dengan semua pihak lain, termasuklah di kalangan bukan Islam. PAS lebih ke depan dalam mengadakan hubungan dengan semua kumpulan Islam NGO yang berbeza pendekatan dan berbagai mazhab.

PAS dapat membezakan dengan ilmu Islam, berdasarkan batas-batas yang diizinkan oleh syara'. Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara barat dan komunis.

Saya telah menulis satu kajian terperinci khusus kepada ahli-ahli PAS dan semua pihak yang ingin tahu. Kajian itu bertajuk: "Mazhab-Mazhab dan Firqah dalam Islam" (edisi tulisan jawi ) dan "Ensaiklopedia Mazhab dan Ideologi" (edisi rumi), dengan merujuk kepada sumber-sember ulama terdahulu dan terkini.

Para ulama telah menyenaraikan mazhab-mazhab yang keluar daripada agama Islam dan mazhab yang masih dianggap penganut Islam, kerana masih berpegang dengan rukun-rukun asas dalam perkara iman dan Islam walau pun salah ijtihadnya.
Mereka membilangkan dua mazhab dalam Syiah, iaitu Imamiyyah dan Zaidiyyah, dan satu mazhab dalam Khawarij iaitu ‘Ibadiyyah dimasukkan dalam kategori umat Islam.

Para ulama zaman dahulu dan kini meletakkan mazhab-mazhab ini dalam kajian feqah muqaran (perbandingan) dan disebut juga dalam kitab-kitab tafsir dan hadis.
Sehingga kini penganut mazhab ini diizinkan menunaikan ibadat haji di Makkah bersama seluruh umat Islam yang datang daripada seluruh pelosok dunia, walaupun mengikut cara mazhabnya, seperti mencabut bumbung bas dan kereta ketika berihram.
Kejatuhan kerajaan Uthmaniyah
Persidangan Kemuncak Negara-negara Umat Islam (OIC) dua tahun yang lalu mengambil kira perkara ini dan menjadikan resolusinya.

Perkara ini sebenarnya sudah difahami oleh umat Islam sejak lebih seribu tahun yang lalu, sehingga tidak menghalang kemaraan perkembangan Islam di seluruh pelosok dunia dan kerajaan Islam Ahli Sunnah menjadi kuasa besar tunggal yang paling hebat.
Mazhab Ahli Sunnah terus berkembang tanpa takut kepada mazhab Syiah, Khawarij, Mu'tazilah dan lain-lain yang ada dalam masyarakat Islam sendiri, sehingga mampu juga menghadapi perang salib yang bertalu-talu sehingga beberapa abad.

Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah di abad yang lalu berlaku, setelah umat Islam meninggalkan ilmu Islam, dan ilmu Islam juga dilemahkan.
Umat Islam dipecahkan dengan fahaman sekularisme yang memisahkan politik dan urusan duniawi daripada agama Islam, menyebabkan mereka menganut berbagai-bagai ideologi yang asing daripada Islam, khususnya nasionalisme (semangat kebangsaan dijadikan akidah) yang boleh menganut apa sahaja ideologi yang berikutnya.

Akidah nasionalisme menyebabkan umat Islam dipecahkan dengan semangat kebangsaan masing-masing, sehingga bangsa Arab menganggap kerajaan Uthmaniyah Turki adalah penjajah asing.
Iran yang dikuasai oleh majoriti Syiah Imamiyyah dan Yaman yang dikuasai oleh raja syiah Zaidiyyah dan mazhab ‘Ibadhiyyah yang menjadi mazhab majoriti penduduk Oman dipisahkan daripada umat Islam.
Dalam masa yang sama perkara berbeza mazhab di dalam Sunni dan di dalam sama-sama Syi'ah dijadikan bahan untuk melagakan umat, sehingga boleh dilagakan oleh penjajah dan mendapat khidmat dan bantuan penjajah untuk menentang di antara satu sama lain.
Berakhir dengan jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah dan seluruh tanah air umat Islam dibahagikan di kalangan negara penjajah Timur (komunis) di Asia Tengah dan penjajah Barat (kapitalis) di Asia dan Afrika.

Dahulunya para ulama yang mendalami ilmu Islam dapat menangani secara budaya ilmu yang tinggi yang disalin dalam kitab-kitab yang dikarang, walaupun pendapat yang paling lemah dan dikira salah dimasukkan juga di dalam kitab dan dihujah secara ilmu, bahkan ada pendapat mazhab lain yang diambil kira sekiranya ada hujah yang kuat.
Era kebangkitan Islam
Kini kita berada dalam era kebangkitan Islam yang sangat mengembirakan pendukung Islam dan menakutkan musuhnya yang dengki. Umat Islam wajib kembali semula kepada budaya ilmu yang tinggi dengan menggunakan teknologi maklumat terkini bagi menolak mazhab yang lemah secara hujah, dalam masa yang sama menyedari adanya agenda penjajah baru yang mengulang tayang senario lama dengan solekan baru yang disesuaikan dengan situasi terkini.

Perlu difahami betapa kuasa besar timur dan barat mewujudkan negara haram Israel secara sepakat, sebagai strategi pengacau dalam dunia Islam, khususnya rantau Asia Barat. Semua negara kuasa besar juga berlumba menanam pengaruh di rantau yang mempunyai sumber tenaga minyak, gas dan uranium, paling besarnya ialah rantau Asia Barat dan Asia Tengah.

Mereka memejam mata terhadap Israel yang telah mempunyai teknologi persenjataan yang diharamkan oleh masyarakat antara bangsa, seperti teknologi nuklear sejak tahun enam puluhan dengan bantuan negara barat dan zionis bekas Soviet, bahkan senjata haram itu telah digunakan secara kecilan dalam peperangan di Gaza dan Selatan Lubnan.

Dalam masa yang sama tindakan diambil terhadap mana-mana negara Arab yang memajukan teknologi sumber nuklear, walaupun bertujuan keamanan seperti sumber tenaga elektrik. Loji di Iraq dan Libya pernah dimusnahkan dengan serangan udara di atas nama keamanan dunia dan keselamatan Israel.

Umat Islam sepatutnya melakukan muhasabah terhadap sikap 'double standard' kuasa besar barat dalam tindakan ke atas menjatuhkan regim Mu'ammar Gaddafi di Libya dengan lebih keras, dibandingkan kedinginan dan tidak konsisten tindakan ke atas regim Basyar Asad di Syria yang sama zalimnya. Tidakkah kerana kedudukan yang berbeza bagi keselamatan Israel dan kepentingan barat?

Sebelumnya barat membantu Taliban menjatuhkan Mujahidin di Afghanistan, kemudiannya menyapu Taliban habis-habisan, bagi menempatkan regim yang lebih baik kepada mereka. Adakah drama berdarah ini akan ditayangkan di Asia Barat? Menteri Pertahanan Israel membuat kenyataan terbaru, bahawa Basyar perlu dikekalkan kerana lebih baik daripada kumpulan pengganas yang menentangnya sekarang.

Mengapa perlunya kewujudan pengkalan tentera kuasa besar barat di rantau Teluk? Adakah kerana keselamatan negara yang diwujudkan pengkalan itu, atau kerana menjaga telaga minyak dan keselamatan Israel? Umat Islam pula perlu membaca dan memahami percaturan politik antara bangsa.

Mengapa sekarang dicetuskan peperangan terhadap mazhab Syiah yang telah wujud sejak lebih seribu tahun. Adakah kerana mazhab Syiahnya atau kemajuan teknologi Iran yang mencabar barat dan Israel? Maka negara serantau menjadi wakil kepada barat dan Israel untuk menyelamatkan mereka dengan mengulangi strategi pecah dan perintah.

Akhirnya ini menyebabkan peperangan secara proksi bagi menguji senjata Rusia dan China dan senjata Amerika dan Eropah dengan duit Arab dan Iran, di mana mangsanya ialah rakyat yang dibunuh dan menjadi pelarian di tanahair sendiri. Mengapa perlunya umat Islam mendengar fatwa Amerika dan sekutunya dalam masalah mazhab? Sedangkan para ulama boleh bermuzakarah dengan kitab-kitab yang telah sedia ada dan sumber ilmu Islam yang tidak mati bersama mukjizat Al-Quran.

Adakah masih tidak faham betapa Islam tidak diizinkan menang secara demokrasi yang adil di Mesir, sehingga kerajaan yang dipilih melalui pilihanraya digulingkan oleh rampasan kuasa tentera yang disokong oleh kebanyakan Negara Arab.
Bekas jajahan komunis
Sedang diganggu di Sudan, Libya dan Tunisia? Fahamlah betapa negara umat Islam bekas jajahan komunis diizinkan berkiblat ke barat Amerika dan Eropah dan negara bekas tanah jajahan barat diizinkan berkiblat ke Timur Komunis.

Apabila majoriti negara Arab memilih negara Barat menjadi rakan sejawat yang dipercayai dan bersikap negatif terhadap Iran, tiba-tiba Iran pula memilih strategi mendekati Barat, bermula dengan pintu belakang dibuka sedikit di zaman Ahmadinejad dan membuka lebih luas selepas kemenangan Presiden Rouhani, berakhir dengan persefahaman negara Barat yang lebih berlunak dengan Iran demi kepentingan mereka.

Maka negara Arab akan tinggal tersengeh mengekorinya. Oman memulakan langkah meninggalkan sikap bersama dengan Kesatuan Negara-negara Teluk. Terkini persidangan negara teluk mengalu-ngalukan persefahaman Iran dan Barat. Apakah mazhabnya negara Arab itu? Di mana pergi sunninya lagi?

PAS pernah dituduh Syiah apabila menyokong Iran dalam perang teluk yang pertama, ketika Saddam Husain menyerang Iran dengan senjata barat, dan PAS pula menentang campur tangan Amerika menyerang Iraq, sikap yang berbeza dengan Iran. Bukan kerana menganut ideologi Parti Ba'ath, tetapi dapat membaca permainan politik serantau.

PAS sudah mengerti betapa jahilnya masyarakat rantau ini dengan ajaran Islam, sehingga pengaruh Syi'ah telah pun mempengaruhi masyarakat serantau alam Melayu secara bebal dengan menamakan herba tempatan yang dipercayai paling berkhasiat dengan panggilan ‘Tongkat Ali’ dan ‘Kacip Fatimah’.

PAS juga memahami betapa Revolusi Islam Syi'ah di Iran tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia dan PAS dapat menangani ahlinya yang terpengaruh dengan perkembangan yang tidak setimpal dengan masyarakat setempat. PAS tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya.

Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada PAS atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam Mazhab Ahli Sunnah yang didukung oleh PAS secara istiqamah dan muhasabah.

PAS menjadikan politik sebahagian amal soleh dan menolak kemungkarannya. PAS meletakkan langkah politik termasuk dalam amalan berpahala dan berdosa dan tidak menjadikan politik hanya permainan untuk mendapat kuasa tanpa mengira dosa dan pahala.

Saya ulangi supaya pembaca mengambil iktibar daripada sebab nuzulnya surah al-Rom, petunjuk Allah kepada Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya dalam menilai politik antarabangsa di zamannya.

Tiada ulasan: