Jumaat, 27 Disember 2013

NI BERLAKU DI SABAH...PENGALAMAN SEORANG USTAZ....'MAAF SAYA TAK BOLEH BAGI WISH DEKAT AWAK....SEBAB AGAMA SAYA MELARANG'....JAWAB PELAJAR ITU....'SAYA FAHAM CIKGU'

Cukupkah dengan kekuatan dalaman
Posted on Friday, December 27 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Saya sempat membaca perutusan Krismas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam StarOnline pagi ini ( Links ) dan sebelum itu seorang pemimpin PAS juga telah mengeluarkan perutusannya yang sempat juga saya baca.
Pada dasarnya kedua-dua perutusan cuba menyemai budaya berbaik-baik dan saling menghormati kepercayaan dan agama masing-masing rakyat Malaysia. Malah Khairy cuba mengecilkan ancaman “murtad” dengan menganggap ianya tidak mungkin berlaku selagi masing-masing memiliki kekuatan dalaman.
Apa pun sewajaryalah sebagai rakyat Malaysia kita memupuk semangat perpaduan sesama warga Malaysia yang berbagai budaya dan agama ini. Sikap saling hormat-menghormati budaya dan kepercayaan masing-masing penting. Sebagaimana Khairy yang boleh menghormati agama Kristian ketika bersekolah di sekolah yang dikendalikan oleh muibaligh Katolik, tanpa merasa diri dipaksa, begitu juga mereka di IPT yang dikehendaki mengikuti pelajaran Tamaddun Islam, sewajarnya punya anggapan yang sama.
Walabagaimanapun sebagai seorang seorang Muslim, sikap memeilihara dan mempertahankan aqidah masing-masing adalah utama dan penting. Kita boleh bersikap toleran tetapi kita tidak boleh “bersahaja” dalam isu mempertahan dan memelihara aqidah. Lantaran “kekuatan” dalamanlah barangkali Joshua Jamaluddin, Nor Aisyah Bukhari, Lina Joy boleh memilih untuk menukar agama?!


Jangan pandang kecil isu seumpama ini, bayangkan perasaan dan pengalaman saudara mara kaum keluarga mereka yang terlibat. Kita juga seakan dayus dan tidak memiliki kuasa apabila secara terang-terangan individu seperti yang saya sebutkan di atas dan beberapa kes lain memilih untuk meninggalkan Islam.
Lantas “kekuatan” dalaman sahaja sesungguhnya tidak memberikan jaminan mutlak, ianya mesti didukung dan didorong oleh pelbagai usaha lain agar tiada lagi orang Islam akan murtad dan meninggalkan agama mereka. Khairy mungkin bernasib baik kerana terlepas dari ancaman ini tetapi bagaimana dengan Joshua, Nor Aisyah, Lina dan lain-lain.


Sudah tiba masanya dalam pada kita terus meraikan kawan-kawan kita yang sewarganegara dengan kita, kita juga pelu mewjudkan mekanisma memastikan tiada antara kita yang akan tergelincir atau tersungkur dari menjunjung aqidah murni yang kita punyai. Isu ini serius dan perlu diberi perhatian, dalam kita ghairah untuk masing-masing mahu memancing dan meraih undi.
(Berikut kenyataan Dr Zakir Naik - Tokoh Maal Hijrah Malaysia .......)



Untuk rekod berikut pula adalah kenyataan murtad SD oleh Aisyah Bukhari dibawah nasihat panel peguamnya :
“I have on my own free will denounce the Agama Islam to convey to become a Catholic with a Statutory Declaration executive in front of a Commission of Oaths dated December 22, 97. I have been going to a Catholic Church almost every Sunday since November 98. Since then my faith and believe in the Catholic religion have grown stronger everyday.

My boyfriend, Joseph and I had intentions to get married sometime in mid-December 1997. However, instead of us proceeding with our marriage first without my family’s knowledge and consent, we decided to give my parents the last respect by informing them of what were our intentions, despite knowing that they would reject our intention.


ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com

 Berhati-hati Bahaya Syirik
Posted on Friday, December 27 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol





Setiap kali menjelang perayaan masyarakat bukan Islam di negara kita akan timbul lagi masalah apakah boleh orang Islam mengucapkan sambutan perayaantersebut kepada penganut agama itu, umpamanya ucapan “Merry Christmas” kepada penganut agama Kristian.

Maka bermacam-macamlah pandangan yang dikeluarkan samada yang bercakapitu berasaskan petunjuk Allah dan Rasul dan tidak kurangnya yang bercakap itu dari kalangan jahil yang beraskan akal dan otaknya yang terbatas itu. 

Majlis Fatwa sudah mengeluarkan fatwa dan para ilmuan Islam samada ustaz-ustaz, tokguru malahan Mufti juga sudah menyatakan hukum terhadap umat Islam yang mengucapkan ucapan tersebut yang boleh merosakan aqidah umat Islam. 

Alasan akal yang diberikan ialah untuk menghormati penganut agama tersebut, untuk menjaga perpaduan malahan berbagai lagi alasan diberikan untuk menghalalkan perbuatan mereka itu seolah-olah mereka tidak punya Al Quran dan Hadis Nabi untuk dibuat rujukan.Sebenarnya alasan yang mereka berikan itu tidak lain hanya ingin merendah-rendahkan Allah dan Rasul. 

Untuk menghormati atau untuk menjaga perpaduan tidak perlu sehingga sampai melakukan perkaran yang boleh menjejaskan aqidah. Tetapi itulah yang sering berlaku dalam negara kita sekarang ini.

TAJUL ARIFIN 


 Tanpa Tandatangan Kelulusan Pegawai Atasan, Pelanggan Jadi Kesulitan
Posted on Friday, December 27 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




Kesulitan Mendapat Tandatangan Pegawai Atasan Menyusahkan Pelanggan


Perkhidmatan awam di jabatan agensi kerajaan masih tidak memuaskan dan cekap dalam mengendali masalah pelanggan terutama sekali dalam urusan yang melibatkan tandatangan segera pegawai atasan yang bertanggungjawab dalam urusan dengan orang ramai.

Sebagai contoh, apabila kita sebagai pelanggan datang ke kaunter di jabatan kerajaan pada waktu pejabat untuk mendapatkan tandatangan surat pengesahan, pegawai yang bertugas memberitahu kita yang pegawai atasan mereka tidak ada dalam pejabat kerana keluar kawasan atau pergi bercuti.
Banyak pihak mengadu tentang masalah yang berkaitan terutama pada musim cuti dimana ramai pegawai atasan yang bertugas di bahagian mengeluarkan pasport, dokumen perjalanan, pengeluaran visa, dan sebagainya memerlukan tandatangan pegawai bertugas tiada pengganti. Ini menyebabkan para pelanggan terpaksa menunggu hari berikutnya atau terpaksa balik semula untuk mendapatkan tandatangan pengesahan dari pegawai atasan yang bertugas.
Sebagai contoh kita dapati masalah ini berlaku di beberapa agensi kerajaan seperti Pejabat Imigresen Bahagian Miri dan juga di Pejabat Residen Bahagian Miri dimana apabila kita memerlukan tandatangan untuk memproses Borang Permohonan Lanjutan atau Surat akuan sumpah terpaksa menunggu lama sehingga pegawai yang mempunyai kuasa tandatangani surat tersebut balik dari bercuti atau mesyuarat di luar pejabat.
Sepatutnya masalah pegawai yang diberi kuasa menandatangani sesuatu surat perlu mencari penganti atau pemangku yang boleh diberi kuasa untuk menandatangani surat pengesahan tersebut dengan segera tanpa perlu menunggu proses yang terlalu lama sebelum mengambil cuti panjang.
Pihak jabatan kerajaan juga perlu memikirkan akan masalah yang dihadapi oleh pelanggan yang terpaksa mengambil cuti dan juga terpaksa berulang alik semata-mata menunggu atau mendapatkan surat pengesahan itu  tandatangani.
Ada yang datang dari jauh terpaksa datang semula semata-mata untuk mendapatkan tandatangan pegawai atasan yang bertugas. Ini sudah tentu menyusahkan pelanggan yang ingin urusan mereka diselesaikan pada hari tersebut. Masa terbuang begitu saja semata-mata untuk mendapatkan tandatangan dari pegawai atasan yang bertugas.
Kita mengesa pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta dapat menyelesaikan masalah pelanggan dengan segera tanpa menyusahkan pelanggan terutama yang datang jauh dari daerah Miri. Mereka mahu urusan mereka selesai pada hari yang sama dan bukan perlu diselesaikan pada hari berikutnya.  Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri. Sarawak
English version
Difficulties in obtaining signature of senior officers troublesome the customer
Public service in departments of government agencies are still not satisfactory and efficient in handling customer problems, especially in matters involving immediate signature of the senior officers responsible for dealing with the public.
For example, when we as a customers come to the government department counter during office hours to get a signature letter of endorsement, the officer in charge told us that their superiors are not in the office because out of region or go on vacation.
Many complain about the related problems especially during the holiday season where many senior officers who served on the issuance of passport, travel documents, visa, and so on require the signature of the officer on duty there is no substitute. This causes the customer had to wait for the next day or have to go back to get a signature from the senior officer in charge.
For example we find that this problem occurs in several government agencies such as the Immigration Office in Miri and Miri Resident's Office where when we require a signature to process Extension Application Forms or A Statutory Declaration had to wait for a long time until the officers that have the authority to sign the letter back from vacation or meeting outside the office.
Supposed be the problem of the officers that authorized to sign a letter need to find a replacement or acting that may be authorized to sign a letter of authentication immediately without having to wait too long to process before taking a long vacation. The government department should also think about the problems faced by the customers who have to take leave and also having to commute just waiting or get the letter signed.
Some came from far away had to come back just to get signatures of the senior officer in charge. This is certainly troublesome the customers who want their business settled for the day. Time wasted offhand just to get a signature from a senior officer in charge.
We urge the government and those concerned to give best services to our customers and to resolve customer issues quickly without troubling any of the customer especially those come a long way from Miri district. They want their business done on the same day and not to be resolved the next day.  Cooperation with relevant parties to resolve this problem immediately is greatly appreciated.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner

http://pas-miri.blogspot.com


 Kempen Bantah KDN Dapat Sambutan Tokoh Luar Negara
Posted on Friday, December 27 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



SHAH ALAM 26 DIS: Kempen membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung takhbar mingguan The Heat turut mendapat perhatian kumpulan penulis dan aktivis media negara seberang.

ipetik daripada Malaysia Kini, tokoh budayawan Indonesia Goenawan Mohamad, penggerak awal Aliansi Jurnalis Indonesia (AJI) Andreas Harsono dan novelis terkenal Ayu Utami turut mengambil bahagian bagi menyatakan sokongan terhadap rakan media di negara ini, pada hari ketiga kempen tweet harian.

“Media bisa salah, tapi membungkam (mencengkam) media lebih besar kerugian dari manfaatnya. Paling rugi adalah warga Malaysia,” tulis Andreas di akaunnya @andreasharsono malam tadi.

Andreas yang juga pemenang anugerah ‘Pendukung Hak Asasi Manusia John Rumbiak’ lantaran usahanya di Papua Barat, antara paling aktif mengajak rakan seangkatan Indonesia menyokong kempen Gerakan Media Marah (GERAMM).

Sementara itu, Goenawan turut mengajak rakan di Indonesia mengikuti bantahan penggantungan The Heat di laman Twitter.

“Ada pembrangusan pers (penggantungan akhbar) di Malaysia: ikuti TL (kemaskini tweet) @andreasharsono,” tweet beliau.

Pemenang Anugerah Putera Klaus kerajaan Belanda, Ayu Utami pula antara tokoh paling awal menyokong perjuangan kumpulan media Malaysia.

“Perjuangan kelompok aktivis media indipenden di Malaysia ingatkan saya pada AJI di OrdeBaru; keep fight! (teruskan melawan),” tulis beliau.

Ketiga-tiga mereka adalah aktivis yang menggerakkan perjuangan media dan pemikiran Indonesia menentang pentadbiran Orde Baru Presiden Soeharto sejak 1994 hingga kejatuhannya pada 1998.

selangorkini


 Pelantikan Penuh Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia Sesi 2013-2015
Posted on Friday, December 27 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya membuat beberapa pelantikan baru dan membentuk jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015. Hasil dari mesyuarat DPPM pada 24 Disember 2013, hampir semua lajnah dan jabatan telah berjaya diisi. Pelantikan tersebut menggabungkan di antara ulamak, profesional, aktivis, usahawan dan ahli akademik.
Latar belakang yang pelbagai di dalam kepimpinan DPPM sesi ini menggambarkan semangat memposisikan variasi kepimpinan pemuda sesi ini. Justeru dengan kepelbagaian yang ada ini, Insya Allah akan membantu DPPM mengerakkan Pemuda PAS Malaysia lebih inklusif seterusnya memberi banyak kebaikan kepada anak muda Malaysia. Berikut adalah senarai penuh yang telah diputuskan;

Pengerusi Tetap : Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi Tetap : Dr Ustaz Riduan Mohd Nor

Ketua Pemuda : Suhaizan Kaiat [Pengerusi Lajnah Politik]

Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi [Pengerusi Akademi Tarbiyyah Pemuda]

Naib Ketua Pemuda : Ir Hj Khairil Nizam Khiruddin
[Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda]

Setiausaha : Mohd Nasaie Ismail  [Pengerusi Majlis Setiausaha Pemuda]
Penolong Setiausaha I : Mohd Faizul Salleh
Penolong Setiausaha II : Ramadan Elias
Penolong Setiausaha III : Yusapiza Ya’cob

Bendahari : Ustaz Yussaine Yahya [Pengarah Jabatan Perbendaharaan]

Ketua Penerangan : Ustaz Zaharudin Muhammad [Pengerusi Lajnah Penerangan Pemuda]

Pengarah Pilihanraya Pemuda : Mohd Sany Hamzan [Pengarah Pilihanraya Pemuda]
Lajnah Hal Ehwal Parlimen & Dun : YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary [Pengerusi]
YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan [Timbalan Pengerusi]

Lajnah Perpaduan Nasional : Nurul Islam Mohamed Yusoff [Pengerusi]

 Lajnah Pekerja, Pengguna & Alam : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus Sekitar [Pengerusi]
Dr Mohd Ibrahim [Timbalan Pengerusi]

Jabatan Penerangan & Media Baru : Ustaz Ahmad Fadli Shaari [Pengarah]

Institut Kajian Polisi : Syahir Sulaiman [Pengarah]

Jabatan Pendidikan Politik : Mohd Fadli Ghani [Pengarah]

Lajnah Dakwah : Ustaz Syed A. Kadir Hussin [Pengerusi]
Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden [Timbalan Pengerusi]

Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah : YB Ustaz Ahmad Yahya [Pengarah]

Akademi Tarbiyyah Pemuda : Ustaz Nushi Mahfodz [Timbalan Pengerusi]

Lajnah Hal Ehwal Sabah & Sarawak : Lahirul Latigu [Pengerusi]

Lajnah Antarabangsa : Dr Raja Iskandar al-Hiss [Pengerusi]

Lajnah Pembangunan Tanah & Bandar : Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi [Pengerusi]

Lajnah Kebajikan & Perihatin Rakyat : Ustaz Hafiz Musa [Pengerusi]

Jabatan Pembangunan Graduan : Basri Din Kamar [Pengarah]

Badan Mobilisasi Rakyat : Kamaruzaman Mohamad [Pengarah]
Zulhazmi Shariff [Timbalan Pengarah]

Jabatan Profesional Muda : Dr Mohamad Omar [Pengarah]

Jabatan Pembangunan Mahasiswa : Ustaz Mohd Hafez Sabri [Pengarah]

Jabatan Penyelarasan Mahasiswa : Dr Abdul Azim Abu Hasan Luar Negara [Pengarah]
Jabatan Pembangunan Pelajar : Mohd Hakim Mohd Nor [Pengarah]

Jabatan Hal Ehwal Undang-undang & : Noor Azmir Zakaria Hak Asasi Manusia [Pengarah]

Jabatan ICT : Wan Asrul Afendi [Pengarah]

Ketua Pemuda PAS negeri-negeri:-

Perlis : Ustaz Yussaine Yahya
Kedah : Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Pulau Pinang : Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Perak : Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss
Selangor : Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim
Wilayah Persekutuan : Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Negeri Sembilan : Ustaz Nor Azman Mohamad
Melaka : Jauhar Mohd Dawi
Johor : Mohd Faizul Saleh
Pahang : Ustaz Nazri Ahmad
Terengganu : Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Kelantan : Ustaz Mohd Fadli Shaari
Sabah : Lahirul Latigu
Sarawak : Mohd Arifiriazul Paijo

SUHAIZAN KAIAT
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia 

 Lagi Kisah Penyokong Tegar Umno Meluahkan Rasa Bosan & Meluat Dgn Cara Najib
Posted on Friday, December 27 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Lagi kisah penyokong tegar Umno meluahkan rasa bosan dan meluat dengan cara Najib Razak urus tadbir negara.

Seorang pemegang akaun laman sosial FB yang mengaku memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO peringkat cawangan .. satu keluarga penyokong cukup tegar mendakap perjuangan UMNO dan berkempen keras untuk kemenangan UMNO/BN pada PRU 13 lalu telah mula melahirkan rasa marah dan berangnya kepada Najib Razak atas cara beliau mengurus ekonomi negara.

Bagi dirinya pengumuman GST 6% mulai tahun 2015 dia boleh terima, kenaikan harga gula sampai dihapuskan subsidi sampai meningkat naik 35 sen sekilo dia masih boleh terima , bila harga petrol dan diesel naik 20 sen seliter dia sudah mula naik resah dan bengang, tapi apabila Najib dah sahkan bahawa harga tol tetap jua naik mulai Januari 2014 maka disitu kesabarannya sudah dicabar.

Kenaikan tol sebagai menyeksa rakyat yang terpaksa menggunakan jalanraya bertol untuk berulang alik ke tempat kerja.

Amaran telah dikeluarkan .. kalau Najib Razak berterusan dan kekalkan gayanya mengurus ekonomi negara dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan maka silap hari pada PRU 14 nanti dia langsung sebelah mata tidak akan pandang kepada UMNO/BN.

Masih ada pemimpin UMNO berkata sokongan rakyat kepada UMNO/BN lansgung tidak terjejas walaupun harga barang dan perkhidmatan naik mencanak tinggi sampai rakyat cukup tertekan macam nak mati?

Apa guna berbicara sekadar untuk memujuk dan menyejukkan hati sedangkan realitinya pada PRU 14 nanti Insya Allah UMNO akan mati!!!!!

omakkau!!!

 Wartakan Kawasan Berisiko Dan Tingkatkan Kualiti Pengurusan Bencana Banjir
Posted on Friday, December 27 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Saya menyarankan agar pihak kerajaan terutamanya Majlis Keselamatan Negara mewartakan kawasan-kawasan mudah terjejas dan berisiko tinggi dilanda bencana banjir di seluruh negara dan membina pusat sehenti bagi pengurusan bencana terutamanya yang melibatkan infrastruktur pusat penempatan mangsa banjir.

Ia ekoran daripada tempuhan pengalaman menangani bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan.

Perubahan iklim yang berlaku secara drastik akhir-akhir ini termasuk makluman Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menggambarkan keperluan persediaan secara komprehensif yang wajar disegerakan oleh pihak pengurusan bencana sama ada di peringkat pusat, negeri dan daerah.

Berdasarkan respon yang dilontarkan oleh rakyat, perkara yang perlu diberikan perhatian adalah daripada aspek pengurusan pusat pemindahan banjir dan penyaluran bantuan secara sistematik.

Pewartaan kawasan-kawasan berisiko bencana banjir dapat memudahkan pengurusan disamping menyediakan infrastruktur kelas pertama di pusat pemindahan banjir. Keperluan ini dijangka sangat mendesak terutama bagi golongan wanita dan kanak-kanak dalam mengurus diri dan keluarga mereka seperti penjagaan aurat, ibadah, tempat tidur dan tandas.

Berdasarkan pemerhatian di beberapa pusat pemindahan mangsa banjir, perkara-perkara asas tidak dapat disediakan dengan baik sehingga menyukarkan urusan harian mereka.

Kerajaan digesa untuk terus menaiktaraf pusat penempatan mangsa bencana ke tahap yang lebih berkualiti sepertimana yang telah ditunjukkan di Tokyo dan Bangkok.


NASRUDIN HASAN
Ahli Parlimen Temerloh
AJK PAS Pusat 




Guling Kerajaan: Puteri Rompin Gesa Ambil Tindakan
Posted on Friday, December 27 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu




Azlina (tengah) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di IPD Rompin

ROMPIN – Puteri Umno Bahagian Rompin menggesa pihak keselamatan negara agar menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak tidak kira organisasi atau individu yang terlibat dengan himpunan menggulingkan kerajaan yang dikhabarkan akan diadakan pada 31 Disember ini.

Ketua Puteri Umno Bahagian Rompin, Azlina Azma Mohd Azmi berkata, laporan polis dibuat kerana bimbang akan terjadi huru-hara seperti beberapa siri demonstrasi Bersih yang diadakan sebelum ini.

“Kita mahu pihak keselamatan negara mengambil tindakan tegas terhadap penganjur, peserta dan penyebar yang menghasut rakyat turun ke himpunan menggulingkan kerajaan yang dijangka pada 31 Disember ini.

“Sudah tentu kita rasa bimbang akan terjadi huru-hara seperti beberapa demonstrasi jalanan yang pernah diadakan di Kuala Lumpur sebelum ini yang banyak merosakkan harta benda awam dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin, hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ketua Puteri Umno Pahang dan Exco Puteri Malaysia memohon semua anak muda di luar sana agar tidak termakan hasutan atau pujukan mana-mana pihak untuk ikut serta dalam himpunan tersebut.

“Jangan diikutkan kata hati dan elakkan diri terlibat dengan himpunan terbabit. Kita mohon anak muda terutama pelajar university agar tidak terpedaya dengan hasutan atau pujukan yang banyak disebarkan melalui media sosial,” katanya.-sh

Tiada ulasan: