Selasa, 10 Disember 2013

MENGAUT KEKAYAAN TANPA HENDAK MEMBUAT KEBAJIKAN....JIKA PEMBAYAR TOL TAK REDA ATAS PEMBAYARANNYA....MAKA DIAKHIRAT AKAN ADA DAKWA DAKWI....JIKA TAK SOLAT ATAU TAK SUKA SOLAT JEMAAH JUGA TAK SUKA MAJLIS ILMU....BAGAIMANA NAK MENGIMARAHKAN MASJID ATAU SURAU

Van jenazah perlu bayar tol rupanya
Posted on Monday, December 09 @ 08:32:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Antara yang diperjuangkan oleh Ustaz Mayat (Ustaz Amir Muttakin Hj Abd Ghani Al Hafiz) ialah agar van-van jenazah tidak perlu membayar tol apabila dalam perjalanan pergi atau balik menghantar jenazah. Ustaz Amir sebelum ini telah menulis surat kepada 3 orang menteri yang berkaitan meminta agar kerajaan mempertimbangkan agar van-van jenazah tidak dikenakan tol.

Antara jawapan menteri yang diterima ialah mantan menteri beragama Islam dari Negeri Sembilan yang mengatakan jika diberi pelepasan tol kepada van-van jenazah ini, dibimbangi van-van jenazah ini disalahgunakan.

Ustaz Amir amat kecewa dengan jawapan menteri tersebut kerana kenderaan dan kapalterbang kerajaan mungkin disalahgunakan, tapi siapa yang sanggup untuk salah gunakan van jenazah untuk bersiar-siar dengan keluarga atau keperluan lain?

Adalah diharapkan pemimpin Islam dan pemimpin Melayu pada ketika ini mempertimbangkan untuk memberi pelepasan tol kepada van-van jenazah termasuk van-van jenazah bukan Islam."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Monday, December 09 @ 08:32:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Kawasan Perumahan Bebas Banjir
Posted on Monday, December 09 @ 11:41:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Oleh Omakkau!!!



Terengganu di bawah pemerintahan Umno Amat hebat sekali dalam dunia... Boleh tawarkan kawasan perumahan bebas banjir tetapi akhirnya ditenggelami air juga!!!



Berdegar-degar sungguh pemjau perumahan Alam Perdana Pasir Semut Kemaman, Terengganu sampaikan boleh beri jaminan gerenti 110% kawasan perumahan berkenaan tidak akan di landa banjir.

Akhirnya banjir yang melanda Kemaman kini kawasan tersebut turut terlibat.

Bangsat punya pemaju perumahan ... lagi bangsat kerajaan negeri yang turut membiarkan rakyat tertipu.

Betul-betul bangsat .. Betul tak Mak Cik Ijat.-Omakkau!!!


 BONGKAR!!! 6 Gambar Rusuhan Di Singapura [SAKSIKAN...]
Posted on Monday, December 09 @ 11:30:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Media Singapura, The Straits Times melaporkan kejadian berpunca dari pekerja Bangladesh dilanggar bas. Ini mendorong rakan-rakannya membakar bas tersebut. Laporan itu menyebut empat buah kereta polis diterbalikkan oleh perusuh.

Pertama kali Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun, kali terakhir adalah pada Mei 1969, malam Ahad lalu  tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India.



Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal iaitu Mustapa Store.

Memang kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing khususnya warga India dan Bangladesh melepak. Jika ikut kenyataan polis Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.



Kejadian dikatakan berpunca dari satu kemalangan jalanraya di situ melibatkan sebuah bas melanggar seseorang.

Ia mengakibatkan beberapa orang mengamok memukul dan memecahkan cermin bas. Ia kemudian melarat.



Apa yang berlaku kemudian terbakar sana sini. Ambulan dan harta awam dibakar perusuh. Kereta polis pulak diterbalikkan. Menurut laporan agensi berita , Polis Singapura mengeluarkan kenyataan ringkas jam 11.50 malam Ahad.



Menurut saksi kejadian itu, Cik Iman Su , 31, yang berada di berdekatan Jalan Race Course, kekecohan bermula sekitar 9.45 malam, apabila orang ramai mula berkerumun di kawasan sekitar, menjerit dan membaling sesuatu.

[Baca seterusnya...]"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Monday, December 09 @ 11:30:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Kenyataan Najib Meroyan UMNO Bina Semua Masjid Di Malaysia
Posted on Monday, December 09 @ 07:10:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Ya Tuhan..

Betul kah ini perdana menteri of Malaysia? Kenapa sebegini dangkal dan teruk pemikiran yang dia ada? Adakah dia sedang dirasuk ketika keluarkan kenyataan ini? Ataupun adakah dia kekurangan gula sehingga menyebabkan akal fikiran dia tergangu yang akhirnya menyebabkan dia keluarkan statement merapu?

Lihat kenyataan Najib kat bawah neh hah ;



Semua orang tahu. UMNO mana ada duit. UMNO pun dapatkan dana dari luar untuk pergerakkan parti mereka. Untuk buat aktiviti kepartian, mereka cenderung mengambil dana dari err.. Allah tahu walaupun kami tak sebut secara tepat disini..

Hehe..

Jadi UMNO tak mungkin ada duit untuk bina masjid. Bukan semata2 keluarkan duit untuk bina masjid, surau pun belum tentu. Kalau betul UMNO yang keluarkan duit untuk bina masjid, dah lama dah UMNO namakan surau dan masjid tersebut sebagai

MASJID UMNO
SURAU UMNO

Tapi UMNO tahu mereka tak boleh nak namakan masjid dan surau seperti itu kerana akhirnya RAKYAT akan minta laporan dan bukti yang jelas tang mana UMNO gunakan duit mereka untuk bina masjid? HARAM ADA.

Hehe.

Namun dalam sedar tak sedar, Najib juga terkantoi bodoh. Dia cakap ;

"Siapa control masjid dan surau sekarang? Secara percuma saja, kita buat susah2..dia amek alih tempat itu, sebab apa? Sebab kita tidak ambil berat perkara ini.. mengimarahkan masjid, surau"


Sedar juga Najib yang orang2 UMNO memang PEMALAS NAK MAMPOS melayan masjid dan surau. Malas nak mengimarahkan MASJID dan SURAU. BTW, aku nak buat pembetulan sikit.

Orang2 pembangkang, aku yakin statement di atas, Najib tujukan pada PAS.. bukan amek alih secara percuma ke apa. Ia just, sudah tersedia kemudahan, mereka meraikan kemudahan tersebut. Mereka mengimarahkan kewujudan masjid dan surau.

Lepas tue, UMNO tak bina masjid dengan susah2. Sebaliknya semua pihak pun ada sama2 menyumbang kepada pembinaan semua masjid2 di negara ini.

Jika UMNO begitu berdegil nak mengambil kredit pembinaan2 masjid2 di negara ini, jangan lupa amek juga kredit runtuhan demi runtuhan masjid di sana sini, di dalam negara ini.

Boleh?

Walaupun tak boleh, hakikatnya memang UMNO punca keruntuhan masjid2 tertentu sebab mereka melantik kontraktor yang tah hapa2 untuk buat kerja2 pembinaan..

Hahaha..

sozcyili.blogspot.com


 Keluar Simpanan Persaraan Swasta Pun Kena Cukai?
Posted on Monday, December 09 @ 06:32:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan





Bantah cukai keatas pengeluaran skim persaraan swasta

KUALA LUMPUR
: KEADILAN membantah cadangan kerajaan meminda Akta Cukai 1967 yang mengenakan cukai keatas pengeluaran simpanan dari Skim Persaraan Swasta sebelum umur 55 tahun.

“Ini bermakna (kerajaan) mencukai manfaat simpanan persaraan,” kata ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli pada sidang media di lobi parlimen semalam.

Beliau yang juga Pengarah Strategi KEADILAN menyatakan, pindaan Akta Cukai 1967 menetapkan pengeluaran Skim Persaraan Swasta sebelum umur 55 tahun kecuali atas sebab kemalangan dan kehilangan upaya akan dikenakan cukai penuh.Rafizi

“Konsepnya sahaja sudah salah. Dengan kata lain, kerajaan mencukai pencen (orang ramai). Simpanan tidak boleh dicukai,” kata Rafizi.

Menurut Rafizi, Skim Persaraan Swasta adalah mana-mana tabungan persaraan selain dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

“Paling tidak bermoral apabila ia bertentangan dengan janji Perdana Menteri semasa melancarkan inisiatif menggalakkan pekerja menabung di dalam skim pekerjaan swasta pda Julai 2012,” kata Rafizi.

Pengumuman Perdana Menteri Najib Razai ketika itu adalah pendapatan dari skim tersebut dikecualikan daripada cukai.

Jawapan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmd Maslan 4 Disember lalu menyatakan, bahawa kerajaan berhak mengenakan cukai atas alasan penabung mendapat pelepasan cukai tidak tepat.

“Hakikatnya, penbayar hanya mendapat pelepasan cukai sehingga maksima RM3,000 setahun ,” kata Rafizi.

Sumber: keadilandaily.com


 Gaza Kini | Banjir di Gaza
Posted on Sunday, December 08 @ 20:00:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Warga Gaza yang baru menghadapi musim sejuk ditimpa banjir pula. Selepas terperangkap dalam hujan, penduduk di utara Gaza memindahkan para pelajar sekolah ke rumah mereka menggunakan lori.

Hasbunallah wani'mal wakil! Pray for Palestine!

Lensa: Muhannad Al-Musar'iey

sumber: gazanow [AN]
#aqsasyarif

Facebook Aqsa Syarif


 DAP: Prinsip Umno bertentangan dengan Mandela
Posted on Sunday, December 08 @ 19:46:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"

 DAP mencemuh tindakan Datuk Seri Najib Razak yang mengumpamakan usaha Umno itu seperti perjuangan Nelson Mandela.

Setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata prinsip yang dipegang oleh Mandela itu bertentangan dengan apa yang disebarkan parti Umno.

Katanya, Mandela menumpukan seluruh hidupnya untuk menentang “kekuasaan kulit putih”, sedangkan Umno mendukung perjuangan “kekuasaan Melayu”.

“(Kenyataan) Ini sangat mengejutkan, walhal Umno hanya berusaha mengekalkan dominasi kaum dan diskriminasi untuk menjustifikasi rasuah, nepotisme dan ketidakcekapan,” katanya.

Katanya, Mandela dipenjara selama 27 tahun atas perjuangannya menentang nilai yang didukung oleh Umno.

Najib dalam ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno semalam berkata usaha yang dilakukan oleh parti itu sama seperti perjuangan Mandela.

sumber 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Sunday, December 08 @ 19:46:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


 

Tiada ulasan: