Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyifatkan rusuhan di Little India pada Ahad malam sebagai 'kejadian yang amat serius' dan berkata kerajaan akan menjejaki pelakunya serta mengambil tindakan tegas undang-undang terhadap mereka.

"Apa jua kejadian yang mungkin mencetuskan rusuhan itu, tiada sebab untuk mereka melakukan keganasan, kemusnahan dan perlakuan jenayah sedemikian rupa," katanya mengenai rusuhan itu dalam laman Facebooknya awal Isnin.

Beliau berkata beberapa pegawai polis cedera dan kenderaan rosak atau musnah.

"Keadaan kini terkawal dan siasatan sedang dijalankan," katanya sambil menggesa rakyat Singapura supaya bertenang.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat, gambar atau video tentang kejadian itu supaya menyerahkannya kepada polis.

Beliau turut mendoakan agar para pegawai polis yang cedera itu segera pulih.

Sepuluh pegawai polis cedera dan lima kenderaan polis, sebuah ambulans dan beberapa kenderaan persendirian rosak dalam kejadian rusuhan pada Ahad malam itu yang tercetus selepas berlakunya kemalangan maut di kawasan berkenaan.

Dua puluh tujuh orang, kesemuanya dari Asia Selatan diberkas berikutan kejadian itu. Tiada rakyat Singapura terlibat.

Menurut polis, pada pukul 9.23 malam, satu kemalangan maut berlaku melibatkan sebuah bas dan seorang warga India berusia 33 tahun di persimpangan Jalan Race Course dan Hampshire.

Sejurus selepas itu rusuhan berlaku melibatkan sekumpulan orang awam ira-kira 400 orang yang merosakkan sejumlah kenderaan dan mengakibatkan 10 pegawai polis cedera.
Polis menggerakkan anggota Pasukan Khas Operasi dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan. Orang ramai di kawasan itu dinasihatkan agar tidak keluar rumah.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Teo Chee Hean dalam satu kenyataan berkata: "Ini satu kejadian serius yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap harta awam.

"Keadaan kini terkawal. Polis akan bertindak tegas untuk memberkas mereka yang terlibat dalam rusuhan itu," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata: "SCDF dimaklumkan pada pukul 9.25 malam mengenai satu kemalangan jalan raya di persimpangan Jalan Race Course dan Tekka Lane.
-Bernama


ADA BERANI....KAN ELOK BERANI MEMBELA ISLAM BUKAN SETAKAT BERHIBUR 












Pengurusan Banjir; Belajarlah Dari Siasah Nabi Yusuf## 7 tahun subur
dipersiapkan untuk
menghadapi 7 tahun
kemarau mendatang.Hasilnya,bukan setakat
rakyat Mesir yang mampu hidup dengan bekalan
makanan yang mencukupi
saat menghadapi bencana
alam bernama kemarau,
malah rakyat dari negeri-
negeri berdekatan turut sama menumpang rezeki. Itulah
kehebatan siasah Nabi Yusuf
dalam percaturan ekonomi
yang dicatatkan sejarahnya
dalam al Quran. Realiti kita di Terengganu,
sebelas bulan tanpa banjir,
sekadar sebulan musim
tengkujuh, rakyat boleh
sampai kebuluran di pusat-
pusat pemindahan! Siasah Nabi Yusuf, simpan bekalan
makanan ketika senang
sebagai persedian zaman
susah, Siasah MB kita, tahan
lori roti yang dalam
perjalanan untuk menghantar bekalan ke kedai-kedai, lalu
roti diagihkan kepada rakyat
yang kelaparan. Bagi roti
kepada rakyat dengan cara
‘rompak’ lori tengah jalan,
secara kemanusiannya boleh diucapkan terima kasih tetapi
ini cara Robin Hood! Walaupun
kita tahu MB akan bayar lepas
tu. Tapi inikah caranya ketua
sebuah kerajaan negeri
dengan bajet tahunan yang mencecah lebih RM2b? Siasah Nabi Yusuf,
kesempatan ketika tujuh
tahun subur diambil untuk
mempersiapkan bekalan bagi
tujuh tahun bencana yang
bakal mendatang, siasah Kerajaan Terengganu, selepas
air naik, jalan terputus
hubungan, rakyat terkapai-
kapai, anak-anak menangis
kelaparan di pusat-pusat
pemindahan, ramai yang terperangkap di kawasan-
kawasan pendalaman, barulah
nak buat mesyuarat persedian
menghadapi banjir! Kalau
tunggu terputus hubungan
baru kita nak buat mesyuarat, memanglah hasilnya
sebagaimana yang diperolehi. Saya tak menyalahkan
anggota-anggota agensi-
agensi kerajaan samada
Bomba, JPAM, Jabatan
Kesihatan, Polis, Tentera dan
sebagainya kerana mereka adalah pegawai kerajaan yang
bekerja berdasarkan arahan.
Kita juga mendapat khabar
bahawa mereka turut
keputusan bekalan makanan
dan kelaparan. Persoalannya adalah di mana kecekapan
penyusunan dan pengarahan
pihak yang
bertanggungjawab dalam
menentukan polisi dan dasar. Ini pun sudah dikira nasib baik
dengan sistem pemilihan baru
Umno, menyebabkan
pemburu kedudukan politik
hadir ke Perhimpunan Agung
Umno tanpa pertarungan lagi kerana semuanya telah selesai.
Kalaulah pemilihan ini berlaku
sebagaimana sesi lepas, saya
cukup yakin, peratusan untuk
rakyat marhaen terabai akan
menjadi lebih tinggi. Saya sempat bertanya khabar
beberapa orang Pengerusi
JKKK yang dikenali di sekitar
Besut dan Setiu tentang
persedian mereka untuk
menghadapi banjir. Jawab mereka, “Tak ada mesyuarat
dan tak ada persedian!”
“Sebab apa?” tanya saya agak
pelik.
“Tak dok bajet!” jawab
mereka. Nasib baik tahun ini Allah
melindungi Besut dan Setiu
dari bencana ini. Kalau tidak,
confirm! akan ada penghuni
pusat pemindahan banjir yang
kelaparan, rakyat yang terperangkap, bayi-bayi yang
terpaksa hisap air mineral
dalam botol susu dan pelbagai
lagi insiden. Jenis tunggu bajet
ada baru boleh buat kerja
memang doh budaya mereka, mustahil boleh diubah. Lebih
teruk kadang-kadang
peruntukan banjir pun
dimasukkan ke dalam kilas.
Yang tak kena banjir pun
turut nak rasa sekali. Bagi PAS, kita tak pernah ada
bajet untuk musim banjir.
Walaupun begitu agenda
menghadapi banjir adalah
antara fokus kita menjelang
musim tengkujuh. Sumbangan dari dermawan
kita kumpulkan. Sekadarnya
barang-barang keperluan asas
kita sediakan mengikut
keupayaan kita agar sedikit
sama secubit, banyak sama disuap. Saya menitiskan air mata
apabila melihat rumah Saudara
Zul Mat Yakim, Pengarah
Operasi Bantuan Banjir Pas
Kemaman yang tenggelam
sehingga ke paras bumbung [Gambar paling atas]. Melihat
beliau begitu bersemangat
bekerja membantu rakyat,
mungkin ramai yang
menganggap bahawa rumah
beliau selamat. Tak ramai yang mengetahui bahawa
rumah beliau sendiri
sebenarnya ‘total lost’. Begitu juga apabila melihat
rumah YB Hanafiah Mat yang
turut ditenggelami air
[Gambar Atas kanan], semua
itu tidak dijadikan alasan
untuk mereka tenggelam dengan masalah sendiri lalu
melupakan masalah rakyat.
Banglo mewah milik Ahmad
Shabery Chik dan rumah
Ahmad Said tentunya
terselamat dari banjir.
-by Dr.azman ibrahim
Pengurusan Banjir; Belajarlah Dari Siasah Nabi Yusuf## 7 tahun subur
dipersiapkan untuk
menghadapi 7 tahun
kemarau mendatang.Hasilnya,bukan setakat
rakyat Mesir yang mampu hidup dengan bekalan
makanan yang mencukupi
saat menghadapi bencana
alam bernama kemarau,
malah rakyat dari negeri-
negeri berdekatan turut sama menumpang rezeki. Itulah
kehebatan siasah Nabi Yusuf
dalam percaturan ekonomi
yang dicatatkan sejarahnya
dalam al Quran. Realiti kita di Terengganu,
sebelas bulan tanpa banjir,
sekadar sebulan musim
tengkujuh, rakyat boleh
sampai kebuluran di pusat-
pusat pemindahan! Siasah Nabi Yusuf, simpan bekalan
makanan ketika senang
sebagai persedian zaman
susah, Siasah MB kita, tahan
lori roti yang dalam
perjalanan untuk menghantar bekalan ke kedai-kedai, lalu
roti diagihkan kepada rakyat
yang kelaparan. Bagi roti
kepada rakyat dengan cara
‘rompak’ lori tengah jalan,
secara kemanusiannya boleh diucapkan terima kasih tetapi
ini cara Robin Hood! Walaupun
kita tahu MB akan bayar lepas
tu. Tapi inikah caranya ketua
sebuah kerajaan negeri
dengan bajet tahunan yang mencecah lebih RM2b? Siasah Nabi Yusuf,
kesempatan ketika tujuh
tahun subur diambil untuk
mempersiapkan bekalan bagi
tujuh tahun bencana yang
bakal mendatang, siasah Kerajaan Terengganu, selepas
air naik, jalan terputus
hubungan, rakyat terkapai-
kapai, anak-anak menangis
kelaparan di pusat-pusat
pemindahan, ramai yang terperangkap di kawasan-
kawasan pendalaman, barulah
nak buat mesyuarat persedian
menghadapi banjir! Kalau
tunggu terputus hubungan
baru kita nak buat mesyuarat, memanglah hasilnya
sebagaimana yang diperolehi. Saya tak menyalahkan
anggota-anggota agensi-
agensi kerajaan samada
Bomba, JPAM, Jabatan
Kesihatan, Polis, Tentera dan
sebagainya kerana mereka adalah pegawai kerajaan yang
bekerja berdasarkan arahan.
Kita juga mendapat khabar
bahawa mereka turut
keputusan bekalan makanan
dan kelaparan. Persoalannya adalah di mana kecekapan
penyusunan dan pengarahan
pihak yang
bertanggungjawab dalam
menentukan polisi dan dasar. Ini pun sudah dikira nasib baik
dengan sistem pemilihan baru
Umno, menyebabkan
pemburu kedudukan politik
hadir ke Perhimpunan Agung
Umno tanpa pertarungan lagi kerana semuanya telah selesai.
Kalaulah pemilihan ini berlaku
sebagaimana sesi lepas, saya
cukup yakin, peratusan untuk
rakyat marhaen terabai akan
menjadi lebih tinggi. Saya sempat bertanya khabar
beberapa orang Pengerusi
JKKK yang dikenali di sekitar
Besut dan Setiu tentang
persedian mereka untuk
menghadapi banjir. Jawab mereka, “Tak ada mesyuarat
dan tak ada persedian!”
“Sebab apa?” tanya saya agak
pelik.
“Tak dok bajet!” jawab
mereka. Nasib baik tahun ini Allah
melindungi Besut dan Setiu
dari bencana ini. Kalau tidak,
confirm! akan ada penghuni
pusat pemindahan banjir yang
kelaparan, rakyat yang terperangkap, bayi-bayi yang
terpaksa hisap air mineral
dalam botol susu dan pelbagai
lagi insiden. Jenis tunggu bajet
ada baru boleh buat kerja
memang doh budaya mereka, mustahil boleh diubah. Lebih
teruk kadang-kadang
peruntukan banjir pun
dimasukkan ke dalam kilas.
Yang tak kena banjir pun
turut nak rasa sekali. Bagi PAS, kita tak pernah ada
bajet untuk musim banjir.
Walaupun begitu agenda
menghadapi banjir adalah
antara fokus kita menjelang
musim tengkujuh. Sumbangan dari dermawan
kita kumpulkan. Sekadarnya
barang-barang keperluan asas
kita sediakan mengikut
keupayaan kita agar sedikit
sama secubit, banyak sama disuap. Saya menitiskan air mata
apabila melihat rumah Saudara
Zul Mat Yakim, Pengarah
Operasi Bantuan Banjir Pas
Kemaman yang tenggelam
sehingga ke paras bumbung [Gambar paling atas]. Melihat
beliau begitu bersemangat
bekerja membantu rakyat,
mungkin ramai yang
menganggap bahawa rumah
beliau selamat. Tak ramai yang mengetahui bahawa
rumah beliau sendiri
sebenarnya ‘total lost’. Begitu juga apabila melihat
rumah YB Hanafiah Mat yang
turut ditenggelami air
[Gambar Atas kanan], semua
itu tidak dijadikan alasan
untuk mereka tenggelam dengan masalah sendiri lalu
melupakan masalah rakyat.
Banglo mewah milik Ahmad
Shabery Chik dan rumah
Ahmad Said tentunya
terselamat dari banjir.-by Dr.azman ibrahim
Like · · · Get Notifications · 2 hours ago
Hebat sungguh Umno..? Nyawa orang Melayu pada Umno rupanya!
Like · · · 2 hours ago ·