Rabu, 11 Disember 2013

ALLAH SAJA YANG TAHU SAPE BENAR DAN SAPE YANG MENIPU....ALLAH SAJA YANG BOLEH MENGHUKUM ATAU MEMBERI UJIAN PADA MAKHLUKNYA....JANGAN BERSIKAP ANGKUH....KERANA KITA SEMUA MENUNGGU KEMATIAN ATAU SATU HARI KAN MATI JUGA...YANG MUDA KAN TUA KEREPOT JUGA.....MULA PANGGIL...NAK(ANAK)....ADIK...KAKAK@ABANG...PAKCIK@MAKCIK....ATUK@NENEK....PASTU JALANLAH@MATI....ITU PUN JIKA SEMPAT TUA





Tanda-tanda yg dialami oleh Sheikh Usama bin Laden sebelum memimpin Tentera Allah. Ia telah diriwayatkan oleh bapa Usama kepada seorang Sheikh kepada seorang penuntut ilmu, semasa berusia 9 tahun, Usama mengalami sebuah mimpi yg telah mengubah hidupnya. Usama meriwayatkan: "Di dalam mimpiku, aku melihat diriku di sebuah kawasan rata yg luas. I melihat sekumpulan tentera yg menunggang kudah putih bergerak ke arah ku. Kesemua mereka memakai serban hitam. Salah seorang daripada mereka mendekati aku, lalu bertanya, "Adakah kamu Usama bin Laden?" Aku menjawab, "Ya." Lelaki itu bertanya sekali lagi dan lagi. Dia membawa sebuah bendera dan memberi kepadaku dan berkata, "Serahkan bendera ini kepada Imam Mahdi Muhammad bin Abdullah di pintu gerbang al-Quds." Aku mengambil bendera itu dan aku melihat tentera itu berarak di belakang ku. Apabila Usama mengalami mimpi yg sama pada dua malam seterusnya, bapa beliau membawanya kepada seorang Sheikh yg mampu mentafsir mimpi. Setelah bertanya beberapa soalan, Sheikh tersebut menangis dan bertakbir seraya berkata, " Wahai Muhammad bin Laden, anak lelaki kamu ini akan menyiapkan tentera untuk Imam Mahdi dan demi mempertahankan agamanya, dia akan berhijrah ke Khurasan." - Admin Ibnu al-Fateh -


Syiah: Jakim Tunggu KDN Dedah Bukti Dulu

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya akan mengambil tindakan terhadap pemimpin nombor dua Pas selepas pendedahan bukti dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bantu banjir: Tiada istilah keluarga diraja
  • Bantu banjir: Tiada istilah keluarga diraja Tunku Azizah bersama dua anakandanya melihat bahan yang ada di pusat pemindahan banjir untuk menyediakan makanan.
1 / 1
KUANTAN - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sanggup menahan kesejukan merintangi air bersama mangsa banjir lain ke pusat pemindahan selain menyingsing lengan menyediakan hidangan untuk mangsa terlibat.

Baginda menghabiskan masa lebih tiga jam bergotong-royong memasak kepada ribuan mangsa banjir di Stadium Sukpa, Wisma Belia Indera Mahkota, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin, SMK Sungai Isap Murni dan Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar.

Bagaimanapun, baginda sedih kerana ada yang tidak bersyukur dengan penerimaan rezeki yang diberikan selain kurangnya disiplin walaupun dari golongan dewasa.

“Saya dapati ada yang tidak mengucapkan terima kasih dengan apa yang mereka nikmati manakala orang dewasa pula tidak menunjukkan disiplin yang baik.

“Mereka sepatutnya beratur dan bukannya tergesa-gesa, menolak antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan yang dihidangkan seolah-olah tidak boleh berpeluang untuk menikmati hidangan,” katanya.

Justeru, baginda mahu polis atau tentera mengawal tingkah laku mereka dengan mendahulukan warga emas dan kanak-kanak kerana percaya golongan belia tidak kelaparan seperti negara lain yang turut ditimpa bencana.

“Mangsa juga harus pandai mengucapkan ‘terima kasih’ kepada mereka yang membantu dan kerajaan yang menyediakan pusat pemindahan dan semua keperluan sepanjang mereka berada di pusat pemindahan berkenaan," katanya.

Sebagai keluarga diraja yang mementingkan kesihatan rakyat, Tunku Azizah turut menekankan aspek menjaga kebersihan di lokasi mereka ditempatkan.

 Tanggungan Yang Terpaksa Dihadapi Akibat Banjir (10 Gambar)
Posted on Wednesday, December 11 @ 03:56:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah





Selepas banjir, banyak barangan rosak dan terpaksa di buang. Kalau sebelum ini ada yang masih sayang untuk dibuang tapi selepas banjir sudah pasti tidak lagi fikir panjang untuk dibuang.

Kesan kerugian seperti ini sukar ditafsir dan memang menjadi beban. Dengan bantuan RM500 tidak memadai. Tapi mungkin boleh mengurang sikit beban.

Kerajaan dan pihak swasta haruslah mengumpul dana untuk setiap tahun bagi membantu mangsa banjir. Persiapan awal haruslah dibuat bukan melepas batuk ditangga.



















 
Penganalisis: Menteri jangan terasa hati
  • Rosmah Mansor Datin Seri Rosmah Mansor
1 / 1
SHAH ALAM - Keaktifan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam persada politik bukan untuk menggantikan peranan Kabinet.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan berkata apa yang dilakukan Rosmah adalah sekadar membantu serta mewakili suami dalam perkara tertentu.

Menurutnya, menteri Kabinet tidak perlu terasa hati dengan tindakan isteri pemimpin nombor satu negara itu.

"Saya lihat apa yang dia lakukan bukan untuk menggantikan peranan menteri, tapi beliau hanya mahu membantu atau mewakili tugas suaminya.

"Menteri jangan kecil hati," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Jayum juga berkata, usaha Rosmah dalam kebajikan masyarakat juga adalah perkara yang baik untuk membantu masyarakat dalam peranannya.

Semalam, bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri.

Katanya, melalui pelantikan itu, tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.

“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

“Walaupun pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,” katanya dalam tulisan di blognya bertajuk “PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa”.

Suhubungan itu, apabila diminta mengulas mengenai tulisan A.Kadir itu, Jayum berkata, perkara itu tidak perlu ditulis.

Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Rosmah tidak perlu untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kabinet kerana beliau mempunyai peranan yang tersendiri.

Katanya, kehadiran Rosmah dalam banyak majlis tertentu adalah salah satu peranannya sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara.

"Rosmah ada peranannya yang tersendiri.

"Dia sebagai isteri Najib akan memberi semangat kepada Najib," ujarnya.

Selain itu, Azizuddin juga berkata  untuk melantik Rosmah menjadi salah seorang menteri di Kabinet adalah tidak sesuai.

"Kita tak ada tradisi macam itu, nanti wujud pula Kabinet mengamalkan nepotisme," katanya lagi.

Kerana satu panggilan telefon, berita Rosmah wajar jadi menteri ditarik balik


on Tuesday, December 10, 2013
Ekoran panggilan telefon dari Pejabat Perdana Menteri, laman web Astro Awani online telah menarik balik satu berita mengenai cadangan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin (gambar) yang mencadangkan agar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai menteri.

Berita itu tidak ada lagi dalam laman web sejak tengahari semalam selepas disiarkan sehari sebelum itu. Namun begitu tulisan asal kadir masih disiarkan oleh laman ini.

Ketika dihubungi, seorang kakitangan Astro Awani memaklumkan, ia dibuang atas arahan Pejabat Perdana Menteri.



Namun pengarang laman ini ketika dihubungi enggan memberikan sebarang pengesahan dan meminta pihak atasannya menjawab persoalan ini.

Kadir pula ketika dihubungi menegaskan beliau tidak tahu-menahu arahan penarikan balik penyiaran berita tersebut.

Beliau enggan memberi komen lain mengenai hal itu dan berkata artikelnya yang bertajuk "PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa" yang disiarkan Ahad lalu adalah pandangan sebagai rakyat jelata dan wartawan.





"Saya tidak tahu-menahu mengenai adanya arahan menarik balik berita Astro Awani atau mana-mana portal media, maka pertanyaan itu saya tidak boleh jawab.

"Bagaimanapun artikel adalah berdasarkan atas hak saya sebagai wartawan dan rakyat yang bebas menyuarakan apa sahaja asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan peraturan dalam perlembagaan," katanya.

Beliau juga turut menjelaskan catatannya dalam blog boleh digunakan oleh mana-mana media untuk diubah menjadi berita asalkan pihak tersebut memetik sumber artikel yang diperolehi.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 memuji isterinya, Rosmah, di atas jasanya kepada negara.

Selain, bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, Najib mendedahkan Rosmah juga dikatakan berjasa kerana berjaya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Mesir akibat disyaki sebagai pengintip dengan hanya menggunakan pengaruhnya menelefon isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak (isteri kepada Hosni Mubarak).

Lebih dari itu, Rosmah juga dikatakan mengguna pengaruhnya dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membebaskan pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir semasa kebangkitan Arab Spring untuk memasuki negara itu tanpa menggunakan visa.

Susulan dari itu Kadir dalam tulisan diblognya, mencadangkan Rosmah perlu diberi jawatan menteri, malah mungkin jawatan perdana menteri.

Mengulas kenyataan Najib yang memuji isterinya ketika Perhimpunan Agung Umno itu, Tokoh Wartawan Negara itu berkata, pendedahan perdana menteri menyebabkan kedudukan Menteri Luar dan menteri lain harus dikaji kerana ternyata ia tidak setanding dengan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan: