Gantung The Heat: Demokrasi hanya proses pilih sibodoh jadi pemimpin
- Dec 23, 2013
- Haris Zuan
Sebagai latar untuk perbincangan ini, suka diingatkan, Malaysia berada di kedudukan 145 untuk Indeks Kebebasan Media yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders, ketinggalan di belakang Bangladesh, Kemboja, dan Indonesia, syukur sedikit baik berbanding negara komunis Korea Utara. Mengapa kita harus malu dengan rekod ini dan bagaimana kebebasan akhbar ini mempengaruhi tahap kecerdikan kita dalam membuat keputusan?
Apa kaitannya kebebasan akhbar dengan demokrasi?
Pertamanya bagi memahami perkara ini, kita harus pulang kepada idea paling asas dalam demokrasi perwakilan (representative democracy) yang kita amalkan kini. Oleh kerana penduduk Malaysia ini terlalu ramai, maka tidak semua orang mampu terlibat aktif dalam proses membuat keputusan. Bayangkan sahaja dalam sebuah kampung, setiap kali diadakan mesyuarat, hanya beberapa kerat sahaja yang mampu hadir. Apatah lagi untuk ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri bagi setiap sidang.
Perkara ini boleh kita fahami atas dua alasan. Pertama tidak semua orang mempunyai masa lapang untuk hadir mesyuarat dan keduanya tidak semua orang berminat dengan semua isu yang dibincangkan serta mungkin juga tidak mempunyai pengetahuan mendalam akan setiap isu yang ingin dibincangkan.
Oleh yang demikian, kita memilih wakil yang terbaik di antara kita untuk mewakili kita dengan anggapan mereka ini akan memastikan kepentingan kita dipertahankan. Maka kita memilih wakil setiap penggal pilihan raya tanpa gagal ke Dewan Undangan Negeri untuk pertahankan kepentingan kita di peringkat negeri dan Parlimen untuk peringkat Persekutuan. Mudah. (nota: malangnya kini kita tidak lagi memilih wakil ke kerajaan tempatan setelah hak ini digantung oleh Kerajaan Umno-BN sejak 1960-an).
Namun, bagaimana kita mahu memastikan mereka ini menjalankan tanggungjawab menjaga kepentingan kita atau mereka ini sebenarnya membuat keputusan yang menyusahkan kita pada akhirnya? Maka di sinilah pentingnya kebebasan media termasuk akhbar.
Kita mesti mengetahui apa yang mereka lakukan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Apa yang mereka bahas dan putuskan. Apakah setiap wakil yang kita pilih itu benar-benar berbahas demi mempertahankan kepentingan kita atau sebenarnya mereka hanya membuat lawak sarkis. Maaf, jangan silap sangka, saya tidak merujuk kepada Bung Mokhtar.
Malangnya di negara ini tiada siaran langsung untuk sidang Parlimen – Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara – apatah lagi Dewan Undangan Negeri. Hanya RTM yang menyiarkan siaran langsung untuk sesi jawapan Menteri daripada jam 10:00 pagi hingga 11:30 pagi. Hanya itu.
Maklumat ini sangat penting bagi memastikan kita tidak kekal memilih orang yang tidak layak untuk mewakili kepentingan kita. Demikianlah peri pentingnya maklumat yang datangnya daripada kebebasan media. Tanpa kebebasan media ini, kita mungkin bukan sahaja akan terus memilih orang bodoh untuk membuat keputusan untuk kita, malah kita akan kekal memuja kebodohan mereka.
Tapi bagaimana pula jika akhbar ini menipu?
Kebebasan media dan hak bersuara bukan bererti TV3 akan menyiarkan berita yang menyokong Pakatan Rakyat atau Roketkini berkempen untuk BN. Media tidak pernah neutral dan tidak mungkin akan neutral. Maka atas alasan inilah kita memerlukan lebih banyak media untuk mewakili kumpulan yang berbeza – bukan sahaja dalam soal parti politik.
Apabila ada banyak pilihan, kita boleh membandingkan maklumat yang ada dan membuat keputusan yang lebih baik. Tanpa maklumat daripada semua sudut, kita akan kekal menjadi bodoh.
Kebebasan datang dengan akibat dan tanggungjawab. Jika akhbar didapati menipu, saman sahaja mereka ini sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat yang menang berjuta ringgit kerana akhbar salah lapor kenyataan mereka. Malangnya berita ini tidak disiarkan demi membodohkan orang kampung.
Membawa isu salah lapor ini ke mahkamah jika tidak mahu dibiarkan kepada orang ramai untuk membuat keputusan sendiri adalah jauh lebih terhormat dan munasabah berbanding sistem kini yang membolehkan satu orang manusia di negara ini – Menteri Dalam Negeri – menentukan apa yang seharusnya 30 juta rakyat negara ini baca dan tahu.
Gunakan Hak Berfikir Sebelum Hak Bersuara?
Satu ayat yang gemar digunakan oleh mereka yang anti-kebebasan bersuara (mereka ini sebenarnya tidak pun faham erti kebebasan bersuara itu hanya anti kerana disuruh begitu) adalah lirik lagu Aku Maafkan Kamu nyanyian Malique dan Jamal Abdillah – guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara. Kenyataan yang sebenarnya bersifat falasi (kesalahan logik atau kesesatan hujah).
Bersuara adalah manifestasi fikiran kita. Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk menzahirkan fikiran kita dalam apa bentuk pun – tulisan, filem, musik, lukisan – dan dalam apa medium pun – akhbar, majalah, radio, playcard, kanvas. Hak berfikir bererti hak untuk menyampaikan idea kita kepada orang lain. Tanpa kebebasan paling asas ini oleh lain (termasuk kita) tidak mampu untuk berfikir kerana masing-masing tidak mampu meluahkan idea masing-masing dan saling bertukar pandangan.
Oleh itu, tidak mungkin wujud keadaan di mana kita dapat menggunakan hak berfikir tanpa mendapat hak bersuara kerana kedua-duannya adalah hal yang sama, melainkan jika ada yang bersuara tanpa berfikir – sekali lagi ini tiada hubungan dengan Bung Mokhtar.
Oleh kerana kini tiada lagi ruang untuk menzahirkan hak berfikir melalui medium konvensional seperti TV dan akhbar maka ramai yang telah menggunakan internet – Facebook, Twitter, Youtube dan portal berita.
Malangnya capaian internet di Malaysia ini maha pelahan (di tangga 122 dunia di belakang Angola menurut Household Download Index) dan liputannya belum benar-benar mencakupi luar bandar maka hanya mereka yang berada di bandar dan pinggir bandar yang mendapat akses kepada maklumat ini yang kemudiannya menciptakan jurang perbezaan maklumat yang besar antara bandar dan luar bandar, sebagaimana yang terjadi kini.
Akhirnya penduduk luar bandar (yang rata-ratanya Melayu Islam Sunni) kekal dibodohkan untuk terus memilih wakil yang memastikan kehidupan mereka yang sedia susah kian menderita. Maka tanpa adanya kebebasan bersuara sampai bila-bila demokrasi hanya proses menaikkan orang bodoh sebagai pemimpin. Sekali lagi saya ingin tegaskan, saya tidak merujuk Bung Mokhtar secara langsung mahupun tidak langsung. – Roketkini.com
Kritikan Za’aba dan Ku Li terhadap Melayu
- Dec 23, 2013
- ABD SHUKUR HARUN
Selama ini banyak cerdik pandai, tokoh masyarakat yang bercakap dan menulis mengenai kelemahan orang Melayu, termasuklah kritikan daripada Almarhum Pendita Za’aba setengah abad lalu, yang memberi pandangan kritikal terhadap orang Melayu.
Baru-baru ini Tengku Razaleigh menyatakan bahawa bilangan ‘key-personnel’ daripada kalangan orang Melayu di sektor korporat menurun dengan sangat signifikan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
“Industri produk halal yang besar juga difahamkan dikawal oleh orang bukan Melayu/Bumiputera, dan sangat mendukacitakan apabila pemilik asal beberapa syarikat orang Melayu yang sudah berjaya akhirnya menjadi pekerja kepada pemilik syarikat yang baru,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.
Perkembangan ini, katanya, tidak ada kaitan dengan isu perkauman atau hak orang Melayu yang dinafikan, tetapi lebih sebagai masalah orang Melayu yang tidak mampu bertahan dalam saingan dan kesulitan alam perniagaan yang semakin kompleks.
Menurut Tengku Razaleigh lagi, orang Melayu dan Bumiputera tidak boleh menyalahkan orang lain kalau mereka masih tidak berjaya.
Di sini saya bertanya, mengapa terjadi demikian kepada orang Melayu yang berada di bawah kerajaan Umno/BN sejak zaman-berzaman dan Umno sentiasa mendakwa sebagai pelindung dan pejuang bangsa Melayu.
Mengapa orang Melayu masih mundur lagi, pada ketika pelbagai bantuan dan habuan dihulurkan kepada orang Melayu oleh Umno/BN, terutama ketika menjelang setiap kali pilihan raya untuk mendapat undi mereka.
Ini adalah kesilapan dan kelemahan pemimpin Umno sendiri, yang hanya ‘membelai’ dan memberi peluang kepada segelintir orang Melayu yang menjadi kroni mereka, yang terdiri dari kaum keluarga dan sahabat handai mereka, menyebabkan hanya segelintir orang Melayu yang kaya raya, malah super-kaya, memonopoli pelbagai peluang untuk meluaskan lagi empayar perniagaan mereka. Sementara kehidupan majoriti orang Melayu masih dalam tahap ‘cukup-cukup makan’ saja.
Melayu biasa yang hidup ‘cukup-cukup makan’ ini sajalah yang menjadi tumpuan ketika pilihan raya oleh Umno/BN dengan mewar-warkan pelbagai janji manis, pemberian pelbagai habun untuk mendapat undi.
Malangnya kini orang Melayu, seperti, kata Tengku Razaleigh tadi, “masih gagal dan ketinggalan dalam aktiviti ekonomi.”
Umno sebenarnya tidak berminat mendorong dan mengajar orang Melayu berfikir, berusaha dan berdikari, kerana jika orang Melayu mulai berfikir jauh dan berdikari, maka dikhuatiri orang Melayu tidak lagi bergantung kepada Umno.
Ini akan menghakis pengaruh parti itu dalam kalangan orang Melayu, maka itu dibiarkanlah orang Melayu sentiasa merasakan pergantungan kepada Umno, lalu kini terjadilah apa yang terjadi. Kekallah orang Melayu ketinggalan baik di bidang ekonomi, pendidikan, kemahiran dan lain-lain.
Adapun kritikan terhadap sikap orang Melayu pernah disuarakan oleh Pendita Za’aba, seorang intelektual ulung Melayu, yang menulis dalam beberapa bukunya di tahun 50-an lagi.
Za’aba, anak kelahiran Batu Kikir, Negeri Sembilan pada bulan September 1895 dan meninggal pada 23 Oktober 1973 telah mengkritik dengan hebatnya sikap orang Melayu menerusi tulisannya di mana beliau melihat kelemahan orang Melayu ialah kerana enggan atau malas berfikir, malas berusaha keras untuk maju, sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain untuk maju dan pelbagai lagi.
Intelektual ulung ini menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban adalah orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan itu pada 1915.
Ketika di Negeri Sembilan, beliau juga belajar bahasa Arab dan Al-Quran di sebuah madrasah di negeri itu. Ertinya beliau menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Arab dan mengkaji Al-Quran.
Pada tahun 1918 mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan pada tahun 1923 bertugas di Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur. Selepas itu bertugas di Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim pada tahun berikutnya.
Pada tahun 1939 bertugas di Jabatan Maklumat, Singpura sehingga 1942. Kemudian di Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951. Selepas itu dari tahun 1954 bertugas di Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.
Dengan latar belakang dan pendedahan sedemikian rupa, Pendita Za’aba mempunyai autoriti untuk bercakap mengenai bangsa Melayu yang dilihatnya mempunyai banyak kelemahan di samping kekuatan.
Antara bukunya yang sangat tegas mengkritik sikap orang Melayu, ialah yang bertajuk ‘Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri’. Buku tersebut sangat menarik.
Za’aba bukan sekadar seorang ilmuwan bahasa semata, beliau juga seorang ilmuwan agama yang terbilang. Namun sikap agama yang begitu konservatif pada era beliau telah membunuh kewibawaan tokoh-tokoh yang seumpama beliau.
Buku Za’aba itu menceritakan serta mengulas sikap orang Melayu termasuk dalam hal beragama. Sikap suka bergantung kepada orang lain dan suka mengambil kesempatan atas nama agama.
Menurut Za’aba, cara beragama yang salah ini, dengan taklid buta, telah melemahkan bangsa Melayu. Sikap enggan menilai semula apa yang menjadi kebiasaan yang kadangkala dikaitkan dengan agama membentuk nilai diri yang enggan berubah dan lemah.
Beliau mengkritik sesetengah orang Melayu yang malas berfikir dan berusaha, mengharapkan bantuan orang lain semata-mata, anak Melayu enggan belajar bahasa Arab dan bahasa Inggeris, rasa rendah diri, cemburu kepada kejayaan orang lain, tidak ada ketahanan diri dan lemah semangat.
Hari ini, 50 tahun kemudian, kesan dari pandangan Za’aba itu dapat dilihat dengan nyata di mana orang Melayu tidak mampu menghadapi cabaran masa kini.
Lemahnya orang Melayu, khususnya di bidang ekonomi, seperti kata Razaleigh sangat menyedihkan.
Perkembangan ini, katanya, tidak ada kaitan dengan isu perkauman atau hak orang Melayu yang dinafikan, tetapi lebih sebagai masalah orang Melayu yang tidak mampu bertahan dalam saingan dan kesulitan dalam perniagaan yang semakin kompleks.
Itulah dia orang Melayu pada zaman Pendita Za’aba dan pada zaman Tengku Razaleigh. Jarak masa itu kira-kira setengah abad, tetapi perubahan belum juga berlaku, kecuali segelintir kecil orang Melayu elit yang menjadi kaya atau super kaya.
Orang Melayu biasa masih berdendang dengan lagu lama diiringi pantun klasiknya, “Kajang tuan, kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang tuan dagang bertempat, dagang saya terbuang lalu.”
Angkara budaya rasuah, Malaysia diambang bankrap
- Dec 23, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu kerana punca utamanya adalah penyelewengan yang sehingga kini masih tidak dapat dibendung dan semakin membarah.
“Hari ini kita menolak GST kerana Malaysia belum bersedia untuk menerimanya.
“Apakah kekurangan GST menyebabkan bankrap? Tidak, bukan GST dan bukan juga cukai yang membawa kepada bankrap. Penyebab utamanya adalah urus tadbir buruk dan rasuah melampau dalam kerajaan.
“Selagi ia tidak dapat dihapuskan, GST tidak patut sama sekali dilaksanakan dalam negara ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah ‘Faham GST, Tolak GST di Padang Kelab Sultan Sulaiman, baru-baru ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah, dengan memiliki limpahan sumber alam yang banyak berbanding negara lain, ia pasti amat memeranjatkan jika Malaysia terheret sama dalam krisis bankrap.
“Jika Malaysia di sebalik kekayaan sumber semulajadi contohnya seperti minyak dan balak boleh bankrap kemudian nanti, siapa yang patut dipersalahkan?
“PR dan seluruh rakyat tidak bersalah, yang perlu bertanggungjawab adalah pemimpin korup UMNO/BN dan kroni mereka,” tegasnya. - Roketkini.com
Tukang masak rentung kereta bertembung treler
- Dec 23, 2013
- .
Kejadian berlaku ketika Mohd Shamshuri Osman, 35, yang bekerja di Hospital Sultan Abdul Halim dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Haji Ali, Bedong kira-kira 7.45 malam.
Jurucakap polis berkata kereta Proton Saga BLM yang dipandu mangsa dipercayai terbabas dan memasuki arah bertentangan sebelum melanggar bahagian tangki minyak treler berkenaan. - Bernama
Pakai kasut tumit tinggi haram?
- Dec 23, 2013
- DR UZTAZAH ASIAH ALI
Saya ada terdengar, hukum memakai kasut tumit tinggi adalah haram. Pengharamannya kerana dikhuatiri menarik perhatian lelaki. Kami di sesetengah jabatan kerajaan tidak dibenarkan memakai kasut biasa. Minta Ustazah perjelaskan.
JAWAPAN:
Hukum memakai kasut tumit tinggi adalah harus. Namun demikian, jika pemakai kasut tumit tinggi menarik perhatian lelaki bukan mahram akibat bunyi yang kuat semasa berjalan, maka elakkanlah daripada memakainya kerana berjaya menarik perhatian lelaki bukan mahram. Hal ini boleh menimbulkan fitnah dan juga mendekatkan kepada maksiat. Merujuk kepada Firman Allah Bermaksud:
“... dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dariPADA perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya.” (Surah An-Nur : Ayat 31)
Lepas Syiah, perang mulut tentang Wahabi pula
- Dec 23, 2013
- HARAKAHDAILY
“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan nama baik saya selaku penjawat awam,” kata Zamihan dalam satu kenyataan kepada laman portal berita itu.
Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN itu berkata, sekiranya Shahidan ada masalah dengannya, beliau seharusnya berhubung dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bukan menyerangnya melalui media.
“Menteri bermentaliti rendah tidak perlu ada dalam kerajaan transformasi. Menteri sepatutnya mendokong aspirasi kerajaan. Bukannya bersifat membuli saya.
“Jika beliau tidak mahu berbincang secara ilmiah, jangan lagi menyerang saya secara tidak berhemah. Berhentilah dari mempertikaikan kredibiliti saya dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam,” kata Zamihan.
Shahidan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menyelar Zamihan kerana turut melibatkan aliran Wahabi dalam serangan kerajaan terhadap umat Islam beraliran Syiah.
Bekas Menteri Besar Perlis itu mendakwa Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia tentang fahaman Wahabi, sambil berkata ramai ahli Umno marah dengan tindakan tersebut.
"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," kata Shahidan dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Zamihan membalas dakwaan itu dengan mengatakan beliau melakukan kerja berdasarkan arahan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri, serta berdasarkan permintaan dari jabatan agama dan jabatan mufti negeri.
“Dalam isu teologi dan ideologi kita perlu berbincang. Berdebat mencari kebenaran. Soalnya, apabila tohmahan diajukan kepada saya berkaitan ideologi agama, maka berdebat merupakan salah satu cara mendapatkan kebenaran.
“Memang saya berpangkat rendah. Setelah hampir 9 tahun berkhidmat masih ditangga S 41. Beginilah nasib penjawat awam agama. Kelihatan ada ciri double standard berbanding perjawatan lain,” katanya, merujuk kenyataan Shahidan yang beliau tidak mahu membuang masa melayan pegawai rendah seperti Zamihan.
Bagi Shahidan, fahaman Wahabi tidak sesat.
Beberapa hari lalu Zamihan mencabar Shahidan untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.
Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.
Zamihan sebelum ini meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk menafikan 10 bukti KDN yang mengaitkan beliau dengan fahaman itu, berikutan tuduhan Ahmad Zahid di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu, bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.
Zamihan bagaimanapun berkata 10 bukti itu hanyalah "gred B", dan mendakwa mempunyai bukti "gred A" yang belum didedahkan.
Antara 10 bukti yang disebut KDN termasuk sebuah rencana Mat Sabu yang melahirkan rasa terhadap pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Ruhullah Khomeini.
Hukum meraikan Krismas bagi orang Islam
- Dec 23, 2013
- ABU HUSAYN
Saya bekerja di sebuah pasar raya besar dan ternama. Setiap kali musim perayaan kami akan menghias dan meraikannya mengikut perayaan tersebut. Hari krismas tidak lama lagi dan kami diwajibkan memakai topi merah sepanjang bertugas sehinggalah berakhirnya krismas. Apakah hukum saya memakai topi tersebut? Adakah menjejaskan akidah saya? Saya memakai topi tersebut hanya kerana tugas bukan kerana meraikan perayaan itu. Minta penjelasan. Terima kasih.
Jawapan:
Rata-rata masyarakat di dunia ini hidup dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai penganut berbeza agama. Mana kala dalam setiap agama pula mempunyai tarikh-tarikh tertentu yang dirayakan bagi memperingati sesuatu peristiwa. Keadaan yang sama berlaku dalam negara Malaysia dan beberapa buah negara di Timur Tengah.
“Christmas Day” menurut orang Kristian adalah sambutan hari ulang tahun kelahiran anak Allah di muka bumi, iaitu Jesus. Walaupun di sana ada perselisihan pendapat pada tarikh kelahirannya, tumpuan utama adalah pada diri Jesus yang telah dikorbankan oleh Allah demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Pengorbanan sebesar ini tidak patut dilupakan begitu sahaja, maka ia diingati dengan sambutan Hari Krismas. Jelas, perayaan ini disambut bersempena dua perkara; Pertama: Jesus sebagai anak Allah dan kedua: pengorbanan Jesus yang disalib demi menebus dosa manusia.
Persoalan: Adakah perayaan ini boleh disambut oleh orang Islam dan bagaimana jika kita hanya mengucapkan tahniah/memberikan ucapan kepada masyarakat Kristian?
Jawapan: Hukum sambutan krsimas ini boleh dibahagikan kepada dua :
1.Hukum Menyambut Perayaan Krismas Bersama Orang Kafir:
Ulama bersepakat dalam PENGHARAMAN meraikannya atau turut serta dalam apa-apa sahaja bentuk sambutan yang berkaitan dengan perayaan orang kafir termasuk perayaan Krismas. Seperti yang telah diterangkan di atas, umat Islam hanya mempunyai dua perayaan yang besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha.
Imam ibnu Qayyim menerangkan dalam kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” tentang hukum sambutan perayaan orang kafir: (TIDAK HARUS bagi orang mukmin itu menghadiri perayaan orang kafir dengan persetujuan semua para ulama. Perkara ini telah dijelaskan oleh para fuqaha’ mazhab empat dalam kitab mereka, berdasarkan hadis riwayat Imam Baihaqi daripada Umar bin al-Khattab berkata “Janganlah kamu masuk bersama orang kafir ke dalam gereja mereka pada hari perayaan mereka, maka sesungguhnya kemurkaan diturunkan kepada mereka”.
Imam an-Nawawi juga menjelaskan dalam kitabnya al-Majmu’ akan tegahan daripada bersama-sama dengan orang kafir di dalam majlis mereka kerana perbuatan tersebut memuliakan mereka dan dikira menyamakan kemuliaan orang mukmin dengan orang kafir, maka perkara tersebut adalah tidak harus.
Antara pendapat ulama dalam mengharamkan sambutan perayaan orang kafir adalah berdasarkan beberapa dalil antaranya :
i.Sambutan tersebut menyerupai orang kafir. Pengharaman ini berdasarkan hadis baginda SAW yang bermaksud:
“Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abu An Nadhr, berkata, telah menceritakan kepada kami 'Abdurrahman bin Tsabit, berkata, telah menceritakan kepada kami Hassan bin Athiyah dari Abu Munib Al Jurasyi dari Ibnu Umar, ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa bertasyabuh dengan suatu kaum, maka ia sebahagian dari mereka. Barangsiapa yang menyerupai (meniru) suatu kaum (yang bukan Islam), maka dia tergolong dalam golongan mereka.” (Hadith ke-3512 riwayat Imam Abu Daud)
ii.Penyertaan atau menyambut perayaan tersebut merupakan satu daripada tanda kita menyukai dan cinta kepada mereka. Allah SWT berfirman, maksudnya:
“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Yang berlaku zalim.” (Surah al-Maidah : ayat 51)
2.Hukum Mengucapkan Tahniah/Memberikan Ucapan Perayaan Kepada Mereka
Berhubung permasalahan mengucapkan tahniah kepada orang kafir pada perayaan mereka, terdapat perselisihan pendapat ulama. Ada yang membenarkan dan ada pula yang mengharamkan tindakan ini.
Imam Ibnu Qayyim mengharamkan ucapan tahniah ini dengan katanya dalam kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” pada Bab Ucapan Tahniah Kepada Ahli Zimmi: (dan adapun ucapan tahniah terhadap syiar yang telah dikhusukan kepada orang kafir adalah haram secara sepakat, seperti ucapan tahniah terhadap perayaan dan puasa mereka, dengan ucapan : Eid Mubarak ‘Alaika / tahniah atas perayaan ini, atau sebagainya).
Tetapi menurut Dr Yusuf Qardawi dalam fatwanya, beliau mengharuskan tindakan ini selagi mana kita tidak menyambut perayaan mereka dan sekadar ucapan tahniah kepada mereka sebagai tanda hubungan kemasyarakatan. Pendapat ini bersandarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah an-Nisaa’ : ayat 86)
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah : Ayat 8)
Namun, perlu diingat bahawa ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu ucapan yang bukan digambarkan dengan keredhaan kita terhadap agama mereka tetapi semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka. Sikap ini dari satu sudut menunjukkan Islam merupakan agama yang mengamalkan sikap toleransi dengan penganut agama yang lain dengan menjaga batasan syara’ yang telah ditetapkan.
Kesimpulan:
Agama Islam merupakan agama yang menitikberatkan toleransi antara pengikutnya dan penganut agama lain. Namun, dalam masalah yang berkaitan dengan soal akidah, perkara ini adalah lebih utama. Berdasarkan kepada perbahasan yang telah diletakkan, kita dapat melihat penyelesaian kepada permasalahan adalah seperti berikut :
1.Haram menyambut perayaan orang kafir disebabkan kesalahan akidah yang dianuti oleh mereka. Secara umumnya, perkara ini disamakan seolah-olah kita turut sama menyokong pendirian dan pegangan mereka.
2.Dibolehkan memberikan ucapan atau tahniah pada hari kebesaran mereka dengan syarat bukan disebabkan kita berasa redha dengan perayaan ini tetapi ingin menjaga hubungan kemasyarakatan dalam sebuah komuniti.
Yang paling penting ialah pendekatan yang digunakan oleh umat Islam dalam mendepani masyarakat berbeza bangsa dan agama dalam sesebuah kawasan. Cara ini perlu diberikan perhatian supaya Islam itu dapat diperlihatkan wajahnya yang indah dan kefahaman tentang suatu peristiwa itu dapat diperbetulkan.
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Surah al-Maidah : ayat 2)
Memakai topi merah mengikut pandangan awam adalah seperti kita meraikan syiar mereka dan boleh menimbulkan fitnah. Sebaiknya, saudara/ri cuba usahakan untuk tidak memakai topi tersebut sekalipun ianya tidak menjejaskan akidah saudara/ri.
SEKARANG SIAPA YANG BODOH DAN KENA TIPU??????
Pakatan Rakyat dalam Menifestonta Pakatan harapan Rakyat menjanjikan dalam tempoh 24 jam menang PRU 13 akan turunkan harga petrol diesel dan LPG .. penyokong UMNO/BN tolak mentah-mentah ... mereka gembira kerajaan UMNO/BN naikkan 20 sen seliter ... hapuskan tol dan PTPTN ... tak mau juga .. sanggup di CCRIS, halang keluar negara dan diburu sampai kelubang cacing dan akhir tol dinaikkan dengan alasan perjanjian konsesi dan tidak mau cukai lain di naikkan... turunkan tarif elektrik dalam tempoh 2 minggu pun tidak mau percaya akhirnya dinaikkan 15% mulai bulan depan ... tambang bas dan pengangkutan awam disebabkan harga petrol dan diesel naik .. Astro naik sebab taukenya tidak gentar dan segan dengan pucuk pimpinan UMNO/BN terutamanya Najib Razak.
Nah!!!! sekarang siapa yang bodoh dan kena tipu hidup-hidup oleh UMNO/BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan