Selasa, 17 Disember 2013

JANGAN SAPU BERSIH TAK KIRA HALAL DAN HARAM...TAK KIRA RAKYAT RAKYAT DERITA DAN DIZALIMI....BIMBANG DISAPU BERSIH OLEH MALAIKAT AZAB DIAKHIRAT KELAK

EDISI AKU JANJI UMNO/BN MENIPU RAKYAT!!!! ... JANJI NAK KURANGKAN BAYARAN TOL SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT TETAPI SEBALIKNYA DINAIKKAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT!!!!!


Apakah rakyat masih ingat ketika Najib Razak melancarkan aku janji secara penuh gilang gemilang riuh rendah macam dunia nak pecah? .. Salah satu dari aku janjinya ialah  " mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat" .. Janji beliau dalam tempoh 5 tahun jika rakyat memberikan kuasa dan mandat serta amanah untuk terus mentadbir urus negara.

Realitinya apabila sudah menang walaupun majoriti merosot sekadar mendapat 47% undi ....

Belum kering air liur sambut kemenangan PRU 13 kelmarin dulu,  Menteri jaga EPU sudah berkokok kata kenaikkan tol tidak dapat dielakkkan kerana itu termaktub dalam konsesi perjanjian dan juga demi merasionalisasi subsidi.

Caakap bukan main kencang berdegar-degar si Najib Razak ni .. kononnya pantang dia tidak tunaikan janji .. NAH!!! .. sekarang apa ceritanya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .

Umat Munafik Number One
.

UMNO mesti musnahkan semua Pesaing untuk kekal kuasa




Apa yang terjadi sekarang? UMNO sudah hilang akal. Sebab mereka sudah gila kuasa. Pemilikan kuasa pembuka pintu kepada kekayaan peribadi dan kumpulan. Oleh kerana itu, kuasa mesti dipertahankan dengan apa cara sekali pun.
Kekayaan orang UMNO bergantung kepada pemilikan kuasa. UMNO kaya sebab mereka pemiik konsesi TOL, konsesi IPP, pemilik monopoli gula, beras, pengangkutan, pelabuhan, - UMNO pemilik asset2 ini. Ini menjadikan UMNO pengutip sewa yang paling terkemuka di Malaysia. Pednapatan mereka bergantng kepatas pemilikan ketas perkara2 uang kita sebut tadi. Kalau kita hendak tahu apa itu rent seeker- lihat sahaja kepada UMNO.
Maka janganlah kita hairan bila harga2 naik, tol naik, tariff letrik naik, beras nanti akan naik, minyak masak naik- hampir semua nya naik kecuali pendapatan rakyat- sebab yang sebenar benarnya berlaku ialah UMNO membayar kepada diri mereka sendiri. Sebagai contoh- konsesi TOL semua nya mempunyai kepentingan kerajaan(baca UMNO). Maka apbila kadar TOL naik, maka kenaikan tersebut meningkatkan pendapatan pemegang kepentingan UMNO. Semua peraih kenaikan harga adalah proxy2 UMNO.
Kelangsungan hayat UMNO berganting kepada 2 perkara- sama ada ia memengang kausa memerintah dan (2) selama ia menguasai minda orang Melayu. Ancaman terbesar kepada dua perkara ini ialah kebangkitan dan kesedaran rakyat.
Kalau pemimpin UMNO bodoh dan tidak sedar, penasihat dan penerima faedah dari pemeritahan UMNO tidak bodoh. Mereka membaca isarat dari rakyat. Demonstasi jalanan yang disertai ratusan ribu, bantahan terbuka rakyat keatas isiu2 sosial dan politik –semua ini adalah isyarat dan bunyian loceng kecemasan untuk UMNO. Isyarat yang palin bimbang ialah kemerosotan undi majority pada UMNO.
UMNO kena cipta pelbagai isiu melencong supaya rakyat tidak menumpu perhatian dan memikir mengenai isiu2 besar yang sebenar. Rasuah, salah guna kuasa, agihan pendapatan yang tidak adil, kenaikan barang, keperitan hidup, percecahan bangsa. Ini semua isiu yang lebih releven kepada rakyat termasuk orang Melayu pun sensitive kepada isiu2 ini.
Syi’ah bukan isisu besar kepada orang Melayu sebab rata2 nya kita bermahzab shafie dan ahlus sunnah waljamaah. Yang sibuk mensyiahkan orang lain ialah UMNO.
Cuba kita duduk sebentar dan bertanya, apa sebenarnya motif UMNO mensyiahkan orang lain terutama pimpinan PAS? Motif UMNO ialah politik iaitu mengekalkan kuasa daripada ancaman cabaran kebangkitan dan kesedaran rakyat. Janganlah kita ingat UMNO buat ini semua sebab UMNO pencinta kesucian agama Islam. Sejak bila orang UMNO suka pergi masjid dan surau? Yang mereka lebih berminat ialah jadi pengerusi masjd dan surau- iaitu kuasa.
Rakyat bangkit menentang pengurusan ekonomi yang tidak baik, bangkit menentang keangkuhan dan kesombongan kerajaan. Rakyat bangkit dan sedar bahawa kerajaan melaga lagakan mereka sesama sendiri. Rakyat sedar bahawa UMNO membawa negara ini keambang kehancuran. Yang paling digeruni UMNO ialah orang Melayu sedar dan bangkit dari lamunan dan metos bahawa hanya UMNO sahaja yang boleh menjamin masa depan mereka.
Oleh kerana itu, UMNO mesti menjahanamkan mana2 sahaja pihak yang menyaingi nya daripada mewakili rakyat. Saingan UMNO yang paling kuat untuk mewakili Melayu ialah PAS. Maka PAS mesti dijahanamkan. Saingan UMNO sebagai wakil demokrasi ialah DAP maka DAP mesti dijahanamkan.
Buat masa ini, prioriti UMNO ialah menjahanamkan saingan mendapat pengaruh dikalangan bangsa Melayu iaitu PAS. Maka kita mesti lihat kesibukan UMNO mensyiahkan pimpinan PAS bermotif memecah-belahkan perpaduan dan kekuatan PAS. Ianya tidak kena mengena dengan peranan UMNO sebagai pembela agama Islam.

HADIAH-HADIAH YANG DI TUNGGU-TUNGGU OLEH PARA PENYOKONG UMNO/BN SETELAH MEMBERI UNDI KEPADA UMNO/BN PADA PRU 13 LALU .... TAHUN DEPAN LEBIH BANYAK HARGA KENAIKKAN BARANG AKAN DIUMUMKAN!!!!


Betapa perlunya dan tepat sekali apabila juak-juak UMNO terutamanya para pemimpinnya sering menyeru kepada rakyat terutamanya kepada para penyokong, pendokong dan ahli UMNO supaya bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang dipimpin oleh UMNO.

Bukti jelas terang berderang ialah tahun hadapan akan berlaku lagi beberapa kenaikkan harga barang-barang keperluan teremasuklah yang sudah pun dinaikkan tahun ini.

Beras Super Tempatan .. beras yang dimakan majoriti rakyat dinegara ini terutamanya penduduk diluar bandar dan Rancangan Felda kawasan UMNO cukup kuat bakal dinaikkan sebanyak 15%.

Tepung gandum naik 18%.

Gas LPG naik 34%

Minyak masak (sawit) walaupun negara kita pengeluar minyak masak samit terbesar di dunia bakal naik sebanyak 24%

RON95 dan Diesel yang sudah pun dinaikkan sebanyak 20se seliter baru-baru ini bakal dinaikkan sebanyak 20% dan 25%.

Perkhidmatan jalur lebar naik 5% walaupun mutu perkhidmatan macam gampang siot tapi naik pasti naik.

Dalam pada itu dikerah rakyat ubah cara hidup... guna LRT, Komuter dan pengangkutan awam apabila balik kampong .. Makan lebih sayur dan banyakkan minum air suam ... beli barang buatan Malaysia.

Adakah ini perkhabaran berita yang ditunggu-tunggu oleh para penyokong, pendokong dan ahli UMNO.

Jika jawapannya YA .. maka wajar bersyukur dan berterima kasih kerana apa yang kalian pinta dan harapkan akhirnya di makbulkan oleh para pemimpin UMNO atas semangat kata-kata keramat RASIONALISASI SUBSIDI.

Tahniah kepada para penyokong UMNO .. keranatindakan bijak kalianlah seluruh rakyat Malaysia mendapat susah, diseksa dan disera oleh kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak suami Rosmah Mansor.

Monday, 16 December 2013

Tak cukup kutip untung bersih naik kadar tol pula, respons Guan Eng kepada Menteri JPM

LIM Guan Eng
SYARiKAT konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sehingga 31 Disember 2010 pernah didedah mengutip keuntungan kira-kira RM18.3 bilion walaupun kos pembinaan lebuh raya utama yang menghubungkan Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia itu direkodkan RM5.9 bilion sahaja.

Dianggarkan, syarikat kroni untung 52 sen bagi setiap satu ringgit yang diperas daripada pengguna lebuh raya itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (5 Mei lepas) menangguhkan cadangan itu, tetapi, kadar tol PLUS dikatakan naik 5 peratus setiap tiga tahun bermula pada tahun 2016 nanti.

Bagaimanapun, kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof sebelum ini dan dalih terbaru Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Abdul Wahid Omar membayangkan kenaikkan harga tol lebih awal dari jangkaan, iaitu bermula tahun depan (2014).
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam reaksi spontan petang tadi berkata, cadangan menaikkan kadar tol baru-baru ini merupakan antara kegagalan Kerajaan Pusat mengamalkan tender terbuka hingga membawa pada keengganan mendedahkan inti perjanjian dengan syarikat-syarikat konsesi walaupun dituntut oleh khalayak. 
Respons Guan Eng yang juga Setiausaha DAP Kebangsaan itu sekaligus menolak dalih Abdul Wahid yang dilaporkan mencadang rakyat menggunakan jalan raya 'biasa' bagi mengelak lebuh raya bertol.
"Tiada tender terbuka, maka syarikat-syarikat itu dapat menetapkan harga (kadar tol) dengan sendirinya, tanpa memastikan harga yang paling baik kepada para pengguna.
"Ini yang menguntungkan syarikat (konsesi), tetapi, rakyat Malaysia rugi. 
"Kita tahu bahawa semua syarikat tol untung besar dan ada yang sudah dapat balik pelaburan dan hanya kutip wang keuntungan sahaja," ujar Guan Eng pada petang tadi dalam satu sidang media di Komtar, George Town.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, syarikat konsesi Jambatan Pertama Pulau Pinang seharusnya tidak menaikkan kadar tol.
Ini kerana, katanya, kutipan tol sejak jambatan itu dibuka pada awal 1980-an sebenarnya sudah membayar balik kos pembinaan jambatan itu, sekarang.
Malah, Guan Eng sebelum ini pernah berkata, syarikat konsesi dengan sokongan Kerajaan Pusat tidak sepatutnya melanjutkan tempoh kutipan tol hingga 2038 serentak dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang memandangkan perjanjian konsesi jambatan pertama itu sepatutnya tamat pada 2018 nanti.
"Macam di Jambatan Pulau Pinang, sungguhpun kita dikenakan (tol) RM7 (untuk jenis kereta), telah lama kita bayar balik untuk kos pelaburan. 
"Sekarang, hanya kutip untung bersih sahaja, selain kos penyelenggaraan. Jika ia sudah untung bersih, mengapa naikkan harga (tol)," tanya Guan Eng ditujukan kepada pentadbiran Najib yang juga Presiden Umno.
Terdahulu, Abdul Wahid dilaporkan berdalih, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah, lapor The Malaysian Insider.
Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.
"Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.
Beliau bagaimanapun mengakui dalam kes dengan pengendali terbesar lebuh raya negara, PLUS, kerajaan mempunyai perjanjian dengan mereka untuk mengekalkan kadar tol hingga tahun 2015.
"Sebagai contoh dengan PLUS, terdapat peluang untuk memanjangkan tempoh konsesi dan mengekalkan kadar tol sehingga tahun 2015 dan kami telah lakukannya," dalih Abdul Wahid.
Hujung minggu lalu, Abdul Wahid berdalih kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Beliau berdalih telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi, tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
Pakatan Rakyat menentang cadangan tersebut kerana langkah itu hanya memberi keuntungan kepada syarikat konsesi dan tidak kepada pengguna.



APA ITU PLUS???? .. Pantang Lalu Umno Sapu!!! ...


Bunyinya mungkin macam lawak, gurau senda dan jenaka ... tetapi ini adalah fakta yang tidak boleh di nafikan .. Realiti bukan sekadar cakap pakai air liur basi ...Kenyataan bukan rekaan .. Benar bukan putar.

Kenapa Rakyat Malaysia berang dan membantah kenaikan harga tol:

1) Bina lebuhraya - RAKYAT yang keluarkan duit

2) Kadar TOL - RAKYAT yang keluarkan duit (untuk lalu)

3) Keuntungan kutipan TOL - RAKYAT yang punya duit

4) Gaji, bonus lembaga pengarah syarikat lebuhraya - RAKYAT yang bayar

5) Perjanjian konsesi - RAKYAT tidak tahu apa

6) Pembayaran pampasan konsesi - RAKYAT tidak tahu apa

7) Lebuhraya tetap sesak - RAKYAT tetap perlu bayar (untuk lalu)

8)Tauke syarikat lebuhraya kaya - RAKYAT yang keluarkan duit

9) Sambung perjanjian konsesi - RAKYAT tetap terus keluarkan duit

10) Kos binaan dah balik modal - RAKYAT masih kena keluarkan duit

11) SEMUA KOS, GAJI, BONUS, KEUNTUNGAN, BAYARAN PAMPASAN, LANJUTAN PERJANJIAN KONSESI, GAYA HIDUP MEWAH KRONI SYARIKAT PEMBINA LEBUHRAYA, SUKU SAKAT UMNO DAN SEBAGAINYA YANG BERKAITAN DENGAN KADAR TOL, GUNA DUIT RAKYAT.

Dan bila rakyat gunakan lebuhraya, rakyat juga yang perlu bayar?

SISTEM apa yang KERAJAAN BN /UMNO guna sampai semua rakyat nak kena tanggung.... SUKU SAKAT UMNO UNTUNG?

TEPUK DADA TANYA IMAN ... CUITKAN MINDA TANYA AKAL LOGIK.

LEBUH RAYA ADALAH MILIK RAKYAT KERANA DIBINA MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT!

SEBAB ITU SALAH SATU JANJI PAKATAN RAKYAT DALAM MANIFESTO PRU 13 LALU IALAH MENGHAPUSKAN TOL!!!!.



Tiada ulasan: