Posted on Saturday, December 07 @ 18:03:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
"Kuasa Melayu akan hilang Antara isu menarik disentuh oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam ucapan dasar perhimpunan Agung umno ke 69.
Isu Kuasa Melayu akan hilang ini dicanang sedemikian rupa oleh para pemimpin umno selepas Pas berkerjasama dengan DAP dan PKR atas nama tahaluf siasy.
Secara tidak langsung Mohd Najib Razak presiden umno dan merangkap perdana Malaysia ke 6 menyebut bahawa kuasa Melayu akan hilang selepas PRU 14.
Dengan itu, penulis berani mengatakan ia sudah lama kuasa Melayu hilang dan jadi realitinya miskipun umno tulang belakang kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang.
Mana dia Ayat “kuasa melayu” yang ada pada kerajaan sekarang. Betul perdana menteri Melayu dan timbalan perdana menteri melayu.
Dan Menteri menteri pun boleh dikatakan ia majority berbanding dengan menteri menteri bukan Melayu, Tetapi mana dia kuasa Melayu.
Amat benarlah apa yang dikatakan bahawa kuasa Melayu akan hilang. Pada penulis, bukan akan hilang malah sudah lama hilang.
Sah dibawah umno melayu terpinggir dan terus terpinggir buat selama lamanya.
Itulah puncanya melayu hilang kuasa dek umno yang mendakwa akan di perkasakannya konon."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Posted on Saturday, December 07 @ 18:03:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Foto Banjir dari MOD TKO Turun Padang
Posted on Saturday, December 07 @ 15:17:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
"
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: voice
Posted on Saturday, December 07 @ 15:17:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Ustaz Kazim, Panglima Hajaj & Maulana Asri
Posted on Saturday, December 07 @ 14:32:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
"Betapapun, sekalipun sekian ramai manusia yang mencintai Islam di luar sana mempercayai dengan tulus ikhlas bahawa Us. Kazim telah melakukan kesilapan besar dalam membuat pilihan dalam ‘keputusan-keputusan agama’ dengan menunjukkan sokongan kepada pihak/parti yang dianggap tidak tulus dalam menegakkan agama Allah, janganlah sekali-kali menghina, mengutuk atau mencaci Ustaz Kazim, apalagi keluarganya.
Walaupun
sekian ramai manusia yang mencintai Islam di luar sana mempercayai
dengan tulus ikhlas bahawa terdapat tindakan-tindakan Ustaz Kazim yang
dipercayai telah ‘mencederakan’ dan membawa ‘fitnah kerosakan’ kepada
perjuangan agama kerana dianggap cenderung kepada ‘kezaliman’ atau
‘pihak yang zalim’ , bersabarlah dengan keyakinan anda dan berilah
ruang ‘benefit of the doubt’ kepada ustaz itu, apalagi setelah beliau menolak jawatan/lantikan ahli MT itu.
Walaupun
mungkin ada yang terasa disindir pada alasan penolakan itu, tetapi
tentulah kita semua percaya bahawa pasti Ustaz Kazim, seorang yang
talim, telah melakukan solat istikharah dan daripadanya beliau
tentukan dipercayai mendapat ‘sesuatu rasa agama ’ bahawa demi kebaikan
agamanya, jawatan itu perlu ditolak.
Apakah implikasi dan tanggapan logik daripada ini, tentu tak susah untuk difikirkan?
Bagi yang kecewanya dengannya, it is time, berusahalah untuk memenangi hatinya semula, jika tidak dapat dilakukan, doakan sahaja – jangan dihentam.
Jika
ada ada tindakannya yang ‘mencederakan’ , berhujah dan berfaktalah
dengannya. Ingatkanlah kebaikan-kebaikan beliau yang banyak ....
doakanlah dia lagi. Lagi dan lagi.
Walaupun
mungkin ada yang merasa skeptikel, pesimis kerana merasa Ustaz Kazim
mendapatkan ‘nikmat populariti’ yang luas di media-masa, jangan risau
kerana sesiapa yang bijak akan mengutamakan ‘nikmat eterniti’ di syurga
nanti.
Namun saya juga juga tidak
bersetuju dengan tindakan ustaz Kazim menceritakan dikaca TV perihal
bagaimana dia dan keluarganya dikutuk dan dihina. Saya tahu, sekian
ramai org bijak tahu, termasuk ustaz Kazim sendiri tahu, bahawa segala
tindakan menghina, memburukkan dan menghina Ustaz Kazim sekalipun
dilakukan penyokong PAS (perlukan bukti!) ianya adalah oleh segelintir
manusia yang gagal memahami agama dengan baik.
Sebagai
pasti Islam yang besar, ahli dan penyokong bawahan atau kebanyakan
adalah datang dari pelbagai sifat dan karekter. Bukan semua berkefahaman
Islam yang baik dan ada ramai yang menyokong atas asas membenci
kezaliman pihak yang lain.
Inilah asas logik
mudah yang gagal difahami sebahagian manusia... sehingga ada yang
meninggalkan politik kerana kerana menganggapnya kotor atas perlakuan
segelintir yang bermain kotor. Mereka gagal melihat kebaikan dalam
politik, atau kepentingan kuasa dalam politik, lalu membiarkan mereka
yang ‘hubbu dunia’ atau ‘jahil agama’ yang mewarisi kuasa dan
mewariskannya.
Bila Ustaz Kazim melakukan
aduan umum itu, maka ditakuti ia membawa kesan tohmah kepada parti yang
serius dalam perjuangan tetapi menyebabkan segelintir yang bermasalah
makin ‘geram’ untuk melakukan keburukan lagi. Ia juga membuka ‘idea’
kepada pihak lain pula yang ingin mengambil kesempatan bagi melakukan
kedengkian.
Bagi saya sendiri , Ustaz Kazim
memang menghiburkan kerana gaya persembahan yang memikat pada
ceramahnya, namun mengambil kira isi penting yang saya perolehi
berbanding peruntukan masa yang harus diberi, saya mendahulukan
beberapa penceramah yang lain yang gaya persembahan baik dan isinya
lebih banyak dan baik seperti Dr. Abdul Basset dll. Itu adalah pilihan
saya. Mungkin ramai tidak setuju.
Saya juga
pernah mendengar ceramah Ustaz Kazim tentang kezaliman panglima Islam,
Hajaj Bin Yusuf Al-Thaqafi tetapi setelah mendengar kuliah Maulana
Asri yang saya percaya lebih kredibel dalam bidang hadith, maka
terdapat pertimbangan semula perlu dilakukan bagi menyaring dan
menyemak semula kedudukan ‘kezaliman’ Hajaj menurut versi ceramah
Ustaz Kazim.
Namun jika saya ingin membawa
kesan emosi dan motivasi yang baik dalam penghayatan agama kepada
golongan remaja muda dan golongan tua, Ustaz Kazim antara pilihan
utama.
Akhir kata.
Untuk
diri saya, Ustaz Kazim dan sekelian pencinta agama yang marah
dengannya, fikirkan dahulu tindakan kita sebelum melakukan apa-apa yang
berisiko ‘melukakan’ agama atau perjuangan mereka yang begitu lama
konsisten dan tulus dalam menegakkan agama Allah.
Kekadang
kita merasa diberi ruang dakwah yang luas untuk kita melakukan banyak
kebaikan tetapi kita terpaksa menutup mulut bagi beberapa kebenaran
yang lebih perlu diutamakan. Saya takut kita ingat kita dapat membawa
kebaikan melalui ruang yang disedia tetapi menjadi fitnah bagi
kerosakan yang lebih besar kepada agama.
Jadilah
bijak! Tetapi jangan menarik diri daripada politik dan isu semasa.
Walaupun terlalu banyak kebingungan dan kecelaruan sekarang, carilah
kebenaran dan kebaikan yang masih ada. Setengah perkara tidak susah
untuk dinilai, kefahaman agama yang berpatutan dan logik akal fikiran
mampu memberikan jawapan.
Contoh, bagaimana
seorang pemimpin dapat diberi amanah menjaga aurat anak-anak kita,
akhlak anak-anak kita – sekiranya tiada tauladan pada diri, isteri dan
anak-anak mereka? Bagaimana seorang yang bermewah dalam kekayaan dapat
memahamkan rakyat erti kesusahan dan penderitaan? ..... fikirkanlah
lagi contoh-contoh lain..
temui saya - hisham-ahmad.blogspot.com
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: HishamAhmad
Posted on Saturday, December 07 @ 14:32:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Bantuan Banjir Perlu Penaja??
Posted on Saturday, December 07 @ 14:46:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Bantuan banjir tahun ini tidak sampai. Kalau sampai pun tidak mencukupi. Banyak rugutan menyebut bantuan banjir tak mencukupi kerana tiada penaja seperti tahun-tahun lalu. Pelik juga bantuan perlukan penaja, dimana tanggungjawab kerajaan?
Mangsa banjir mempersoalkan kenapa semasa pilihan raya kecil Sg Limau barangan keperluan dapur seperti gula, beras, gandum, susu, roti, biskut boleh datang mencurah-curah sedangkan pada masa itu rakyat tak keleparan??
UMNO dikatakan sentiasa mempolitikkan keadaan.
Isu Banjir Dan Kaitan Dengan Projek Penebusan Tanah
Posted on Saturday, December 07 @ 10:46:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Assalamualaikum Wrt Wb. ISU BANJIR DAN KAITAN DENGAN PROJEK PENEBUSAN TANAH (LAND RECLAIMATION) DI BELAKANG PASAR PAYANG DAN DATARAN SHAHBANDAR
Banjir yang luar biasa yang berlaku dalam minggu ini sebahagiannya disumbangkan oleh perbuatan manusia.
Semalam di sepanjang tebing sungai Terengganu air mendadak naik dan telah berlaku banjir di beberapa lokasi yang rendah. Selain faktor pasang surut air, projek penebusgunaan tanah (land reclaimation) secara berleluasa di basin muara sungai Terengganu dapat dilihat secara jelas menyebabkan sungai menjadi sempit. Basin muara sungai hilang keluasannya sehingga 1/3 dari saiz asalnya yang pernah menjadi sebuah pelabuhan terulung dalam lipatan sejarah gemilang Kuala Terengganu.
Hujan yang lebat menyebabkan isipadu air yang bergerak dari hulu ke kuala sungai bertambah dengan drastik. Penyempitan kuala sungai yang telah diburukkan oleh land reclaimation menyebabkan saiz laluan air utk discharge keluar menjadi kecil relatif kepada isipadu air yang besar yang datang mengalir dari hulu. Kerana itu air melimpah, paras air meningkat dengan cepat dan lambat turun.
Perhatikan gambar bawah ketika tambakan belakang Kampung Cina dilakukan beberapa tahun lalu.
Gambar menunjukan tanah reclaimation asal berdekatan Jambatan Sultan Mahmud (kini semakin besar dengan mendadak), reclaimation baru di belakang Kampung Cina dan reclaimation di Kg Batin yg menjulur masuk ke dalam basin. Semua ini menyempitkan basin. Reclaimation di luar basin lebih 150 ekar tidaklah dianggap ancaman kerana ia berada diluar muara sungai dan tidaklah merosakkan basin.
Ini sebelum reclaimation baru secara besar-besaran yang sedang berlaku sekarang sehingga beratus meter masuk ke dalam basin di belakang Pasar Payang dan Dataran Syahbandar. Foto seperti saya tunjukkan.
Tinjauan pagi tadi nampak jelas paras air tinggi. Ini di Jambatan Buluh Gading dan keadaan yang sama di Jambatan Sultan Mahmud, Pulau Rusa.
Projek penambakan Land Reclaimation belakang Pasar Payang dan Dataran Shahbandar akan menyempitkan basin muara Sungai Terengganu sehingga 1/3 dari saiz asal. Ini setelah beberapa siri reclaimation yang nyata secara fizikal menyekat aliran sungai yang akan mempercepatkan pencetekan sungai.
Projek ini bertentangan dengan matlamat asal perbelanjaan lebih RM470juta terdahulu sekitar tahun 2004 menggunakan dana rakyat bagi memperdalamkan laluan perkapalan bagi kegunaan kapal-kapal kerajaan, bot, bot pelancong, bot-bot nelayan dan industri perkapalan yang paling tua bertapak dalam negara milik usahawam bumiputera. 2 benteng pemecah ombak terbesar di Asia tenggara dibina bagi melindungi laluan perkapaln tersebut dari menjadi cetek.
Siri projek-projek penebusan tanah yg dilaksanakan sekarang sangat diragui sama ada melalui prosedur yang biasa. Tidak dapat dibuktikan Kajian EIA telah dibuat dan Jabatan Parit Saliran dilihat sangat membisu terhadap projek sebesar ini impaknya.
Untuk itu GANTI menuntut supaya Jabatan Parit Saliran mengesahkan projek ini telah melalui prosedur yang betul dan beri jaminan ia tidak mengganggu aliran sungai sehingga meningkatkan risiko banjir.
GANTI tidak akan teragak-agak mengemukakan aduan kepada SPRM jika projek yang dilihat berpotensi merosakkan alam sekitar dan membahayakan nyawa dan hartabenda awam ini , ternyata didapati mempunyai irregularities (keluarbiasaan) dan khianat kepada dana awam.
Sekian, dengan hormatnya. Terima kasih
Wassalam Wrt Wb.
Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf-GANTI
GANTI dengan yang amanah.
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: Tokku
Posted on Saturday, December 07 @ 10:46:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Hanya umno tempat Melayu bergantung?
Posted on Saturday, December 07 @ 14:31:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
"Hanya umno tempat Melayu bergantung" ungkapan Presiden umno yang ditafsirkan merapu di PWTC telah siar secara terus menerus dalam media. Tapi malangnya hakikatnya tanpa UMNO lebih baik.
Sama juga dengan keadaan MB Terengganu yang dikatakan sebagai "Robin Hood" apabila cuba mendapatkan roti dalam perjalanan untuk bantuan mangsa banjir.
Walau Mat Said dikatakan telah membeli semua roti itu setelah berhubung dengan manager tapi cara dan perbuatan pimpinan UMNO ini adalah cara yang tak betul.
Kenapa perlu ubah perjalanan sedangkan roti itu sepatatutnya boleh sampai ke tempat dituju untuk tujuan keperluan disana.
MB sepatutnya boleh hubungi pusat agihan banjir bukan hubungi manager roti untuk dapat bantuan. Sebagai MB saya berpendapat bantuan boleh sampai dengan segera dan membantu mangsa terperangkap dalam perjalanan.
Tapi MB Terengganu mengambil jalan yang brutal menunjukkan sistem dan pelan banjir negeri-negeri UMNO tidak teratur dan sangat memalukan.
Hentikanlah Gelak Ketawa, Zahid Hamidi Pula Janganlah Melawak Lagi
Posted on Saturday, December 07 @ 10:24:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Perhimpunan Agung UMNO tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kali ini perhimpunan tahunan parti terbesar orang-orang Melayu itu diadakan dalam suasana beberapa negeri mengalami banjir besar dan puluhan ribu rakyat terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing serta tinggal di pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
Negeri-negeri yang paling teruk mengalami banjir tahun ini ialah Terengganu, Kelantan, Johor dan Pahang.
Namun demikian, sebagaimana lazim dan sudah menjadi kebiasaan sejak dulu lagi, Perhimpunan Agung UMNO adalah umpama hari raya bagi orang-orang UMNO. Di sinilah mereka bergembira, bertemu kawan-kawan lama daripada serata negeri, berbual-bual dan ketawa dengan penuh suka.
Bagi mereka daripada luar Kuala Lumpur pula, ada juga yang seperti "lembu baru lepas dari kandang" setiap kali tibanya perhimpunan tahunan ini. Sepanjang perhimpunan UMNO berlangsung, Kuala Lumpur macam orang UMNO yang punya, di mana ada kelibat mereka dan dapat didengar suaranya.
Jika yang menjadi pemerhati sibuk berkeliaran, berbual-bual dan bertemu rakan di sekitar PWTC ini, para perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka pula begitu asyik mendengar ucapan-ucapan perbahasan sepanjang tiga hari perhimpunan ini diadakan.
Perwakilan yang berpeluang berucap biasanya akan mengambil peluang ini menonjolkan kehebatan pidato masing-masing sambil membangkitkan pelbagai isu semasa yang sedang berlaku. Ada yang memuji pemimpin, mengecam pihak pembangkang, mempertikaikan peranan parti-parti komponen dalam BN serta menyerang kaum-kaum lain.
Di sebalik semua itu, biasanya akan diselitkan juga dengan lawak jenaka, gurau senda dan usik-mengusik kepada pemimpin tertentu. Sebagaimana biasa, tahun ini juga tidak terkecuali perkara yang sama turut berlaku. Dewan Merdeka sering kali bergema dengan hilai ketawa dan tepuk sorak apabila sesuatu isu yang dibangkitkan itu menyentap urat ketawa masing-masing.
Tambahan pula, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini merupakan perhimpinan pasca pilihanraya dan pemilihan UMNO. Jadi tiada lagi perkara-perkara yang boleh menyebabkan stress dan ketegangan. Yang menang pilihanraya, yang dapat jawatan dan yang menang pemilihan UMNO, semuanya sedang bergembira sekarang manakala yang kalah dan kecundang pula, sebahagian besarnya sudah dapat menerima hakikat kekalahan itu.
Mereka juga turut bergembira dalam perhimpunan kali ini, walaupun mungkin tidak segembira pihak yang menang dan sedang dijulang.
Namun dalam semua perwakilan, pemerhati dan pembahas bergembira dalam perhimpunan UMNO kali ini, sewajarnya mereka mengingati insan lain yang sedang berduka dan tidak dapat bergembira kerana ditimpa musibah banjir ini. Pemidato yang berucap hendaklah mengurangkan cerita-cerita lucu dan lucah yang membangkitkan berderainya ketawa para perwakilan.
Oleh kerana memang mustahil untuk menunda perhimpunan yang sudah lama dirancang, maka tumpukanlah sepenuhnya perbasasan kepada isu-isu yang membina dan untuk kepentingan bersama. Tahun ini bukanlah perhimpunan untuk bergelak ketawa dan berlawak jenaka kerana adanya manusia lain yang sebangsa, seagama dan sewarganegara sedang bergelut dan berjuang untuk memastikan keselamatan anggota keluarga serta harta benda.
Pemerhati pula, dalam riang berjumpa kawan lama dan mencari kawan baru, ingatlah juga rakan-rakan yang sedang ditimpa banjir ini. Berpada-padalah dalam mahu ketawa dan bergembira.
Kepada pemimpin, perwakilan dan pemerhati daripada negeri-negeri yang sedang ditimpa banjir, kalau boleh kembalilah segera ke tempat masing-masing dan bersama-samalah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Sekadar duduk dalam Dewan Merdeka yang dingin sambil mendengar ucapan, lebih baiklah dipeluk dingin air hujan yang sedang turun tidak henti-henti di beberapa negeri sambil menghulurkan bantuan apa yang patut kepada mangsa banjir.
Dan esok ketika ucapan penggulungan nanti, janganlah ada pemimpin yang berucap berlebih-lebih dalam melawak dan membuat para perwakilan ketawa. Jika semalam Najib terpaksa meninggalkan perhimpunan dan hari ini pula Muhyiddin berbuat demikian, janganlah di majlis penutup dan ucapan penggulungan petang esok, berlebih-lebih ketawa dan membuat lawak jenaka.
Tunjukkanlah simpati yang berterusan kepada mangsa banjir ini. Ketawa dan bergembira tentu saja boleh menyinggung perasaan mereka yang sedang bersedih meninggalkan rumah dan terpaksa tidur di pusat-pusat pemindahan.
Kalau dalam perhimpunan sebelum ini, pemimpin yang paling banyak membuat orang ketawa dan suka melawak ialah Zahid Hamidi yang baru saja menang Naib Presiden UMNO dua kali berturut-turut dengan undi terbanyak. Semua orang diusik dan dijadikannya bahan ketawa, dari perwakilan, pemerhati, orang hidup, orang mati, Shafie Apdal yang berketurunan Bajau Laut, Hishammuddin yang berketurunan Turki sehinggalah kepada Najib pun diusiknya.
Tetapi untuk tahun ini diharap Zahid tidak lagi membawa cerita-cerita lawak dan jenaka untuk menghiburkan warga UMNO yang mendengar ucapannya. Selain orangramai ingin melihat beliau bercakap tentang perkara-perkara yang penting dan tegas dalam pelbagai isu yang sedang berlaku berkaitan fungsi kementerian yang sedang diterajuinya, beliau juga seharusnya menunjukkan rasa simpati dan bersama-sama memahami penderitaan dan kesusahan yang sedang ditanggung oleh puluhan ribu mangsa banjir ini.
Kalau ada cerita-cerita lawak yang sudah disiapkannya, simpanlah untuk tahun depan. Kalau ada juga niat untuk mengusik mana-mana pemimpin UMNO dalam ucapan penggulungannya, batalkan sajalah hasrat itu. Lagi pula seorang rakan status qounya dalam Naib Presiden, Hishammuddin sedang terlantar di hospital kerana baru saja menjalani pembedahan arterinya yang tersumbat.
Jadi, memang tidak sesuai untuk bergelak ketawa dan membuat lawak jenaka. Tahun ini bukanlah perhimpunan untuk berhari raya sepertimana tahun-tahun sebelumnya. (SH 06/12/2013)
SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan