Rabu, 25 Disember 2013

KITA AKAN DISAMUN...DIBUNUH...DIROGOL...BERZINA....MINUM ARAK....MENCURI....AMBIK RASUAH...TAK SOLAT DAN KELUAR ISLAM/MURTAD DLL SELAGI TAK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH...TAK KAN ALLAH MENJADIKAN MANUSIA...TIBA2 MANUSIA LEBIH BIJAK DALAM MENGUBAL UNDANG2 JENAYAH DLL...MAKA SEBENARNYA MANUSIA DISESATKAN OLEH IBLIS/SYAITAN...MANUSIA SOMBONG SERTA BERSIFAT DEGIL/KERAS KEPALA....SEDANGKAN MEREKA TAK BOLEH MENAHAN MATI...MENAHAN TUA SERTA SAKIT....MANUSIA MERASAKAN DIA LEBIH CERDIK DARI ALLAH....SEDANGKAN DIA/MANUSIA ALLAH YANG HIDUPKAN DAN MATIKANNYA

KUALA LUMPUR: Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru yang sepenuhnya komited untuk menangani krisis pendidikan nasional menerusi pelan tindakan yang praktikal dan matlamat yang mampu dicapai bagi mengubah sistem pendidikan negara ini menjadi sistem pendidikan bertaraf dunia, kata Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk mengurangkan kerosakan besar yang timbul berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin membisukan diri selama tiga minggu tanpa memberi sebarang respons tentang tiga khabar buruk berkenaan kemerosotan mutu pendidikan negara ini, iaitu:

* Pencapaian buruk dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) 2011;

* Pencapaian buruk dalam PISA (Programme for International Student Assessment) 2012; dan

* Laporan buruk oleh Bank Dunia dalam Malaysia Economic Monitor yang bertema “High-Performing Education”.

Berikut kenyataan Lim yang juga Penasihat DAP Kebangsaan.

Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru yang sepenuhnya komited untuk menangani krisis pendidikan nasional menerusi pelan tindakan yang praktikal dan matlamat yang mampu dicapai bagi mengubah sistem pendidikan negara ini menjadi sistem pendidikan bertaraf dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk mengurangkan kerosakan besar yang timbul berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin membisukan diri selama tiga minggu tanpa memberi sebarang respons tentang tiga khabar buruk berkenaan kemerosotan mutu pendidikan negara ini, iaitu:

* Pencapaian buruk dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) 2011;

* Pencapaian buruk dalam PISA (Programme for International Student Assessment) 2012; dan

* Laporan buruk oleh Bank Dunia dalam Malaysia Economic Monitor yang bertema “High-Performing Education”.

Menerusi Facebook beliau kelmarin, Najib mengatakan bahawa Malaysia mampu menyediakan sistem pendidikan terbaik dengan kerjasama semua pemegang kepentingan, iaitu ibu-bapa, pendidik dan pelajar sendiri.

Beliau menyifatkan soal pendidikan sebagai perkara yang amat beliau ambil berat dan mengakui bahawa pelbagai usaha telah diadakan untuk memperkukuh sistem pendidikan negara yang “merangkumi semua aspek pembangunan modal insan secara menyeluruh, selain merapatkan jurang pendidikan antara pelajar di bandar dan luar bandar.”

Ujar beliau: “Kita hanya dapat menghasilkan modal insan yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang holistik. Kerana itu, saya menyokong sebarang usaha pembangunan pendidikan seperti yang dirumuskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan.”

Sistem pendidikan adalah salah satu daripada janji yang gagal ditepati oleh Najib menerusi slogan “Janji Ditepati”.

Perdana Menteri telah melakukan percubaan berani untuk memulihkan keyakinan orang awam terhadap sistem pendidikan kebangsaan dan khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang cuba untuk melonjakkan sistem pendidikan Malaysia dalam tempoh 13 tahun dari tangga sepertiga tercorot di peringkat antarabangsa ke arah menjadi sebuah sistem bertaraf dunia.

Namun usaha Najib untuk menangani krisis pendidikan tidak memadai memandangkan beliau mempunyai seorang Menteri Pendidikan yang telah menunjukkan sikap tidak peduli dan tidak endah tentang tahap pendidikan Malaysia yang semakin merosot apabila Muhyiddin membisu seribu bahasa sepanjang tiga minggu yang lalu ketika berdepan dengan tiga musibah pendidikan.

Muhyiddin mahu pun Najib belum mampu menjelaskan “ciri unik” sistem pendidikan negara di mana tahun demi tahun pelajar Malaysia menunjukkan peningkatan pencapaian dalam peperiksaan tempatan seperti UPSR dan PMR, dengan semakin banyak pelajar mendapat gred A dalam semua subjek, tetapi pada masa yang sama pencapaian mereka merosot berdasarkan ujian penilaian antarabangsa empat tahunan TIMSS dan tiga tahunan PISA.

Sebagai contoh, sewaktu Malaysia kali pertama ikut serta dalam TIMSS pada tahun 1999, mata yang diperolehi bagi subjek Matematik (519 mata) dan Sains (492 mata) berada di atas kadar purata antarabangsa dan kita menduduki tangga ke-16 dari 38 buah negara bagi subjek Matematik dan ke-22 bagi Sains.

Untuk TIMSS tahun 2003, pencapaian Malaysia hampir sama seperti di tahun 1999. Mata Sains meningkat sedikit dan kekal di atas kadar purata antarabangsa, manakala mata Matematik merosot sedikit, tetapi masih kekal di atas kadar purata antarabangsa, dan kedudukan negara ini meningkat ke tangga ke-10 di kalangan 45 buah negara.

Bagaimanapun, pencapaian pelajar Malaysia dalam TIMSS 2007 dan 2011 merosot teruk berbanding rakan-rakan sebaya mereka dari negara lain.

Bagi tahun 2011, mata Matematik jatuh ke 440 mata (tangga ke-26 di kalangan 42 buah negara) dan mata Sains jatuh ke 426 mata (ke-32 di kalangan 42 buah negara).

Dalam empat TIMSS dari tahun 1999-2011, Malaysia adalah negara paling teruk merosot matanya di kalangan negara yang terbabit dalam ujian bagi kedua-dua subjek matematik dan sains: mata matematik merosot sebanyak 79 mata dari 519 di tahun 1999 ke 440 pada tahun 2011; mata sains merosot sebanyak 66 mata dari 492 di tahun 1999 ke 426 mata di tahun 2011.

Muhyiddin dan juga Najib belum mampu mengemukakan penjelasan yang baik tentang kemerosotan standar pendidikan sekolah-sekolah kita, sama ada berdasarkan TIMSS atau PISA, yang sedemikian parah sejak sedekad yang lalu.

Tiada seorang pun di antara kedua-dua mereka menjelaskan tentang bagaimana kerajaan boleh membelanjakan RM20 juta untuk membayar khidmat perunding asing bagi menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mengandungi matlamat “dongengan” yang memerlukan pelajar Malaysia melakukan tiga keajaiban dalam tempoh 13 tahun Tiga Gelombang pelan pendidikan untuk melonjak dari tangga sepertiga tercorot dalam PISA dan TIMSS ke tangga sepertiga teratas – “lonjakan berganda” tahap pendidikan yang tidak pernah berjaya dilakukan oleh mana-mana negara atas muka bumi ini!

Saya telah berulangkali bertanya kepada Muhyiddin sama ada beliau benar-benar percaya bahawa pelajar Malaysia mampu mencipta rekod dunia melonjak dari tangga sepertiga tercorot ke tangga sepertiga teratas dalam PISA dan TIMSS dalam tempoh 13 tahun, namun beliau dan juga para perancang pendidikan di Kementerian Pendidikan membisu seribu bahasa, dan begitu juga McKinsey & Co, perunding asing yang menerima bayaran RM20 juta untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan!

Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru yang sepenuhnya komited untuk menangani krisis pendidikan nasional menerusi pelan tindakan yang praktikal dan matlamat yang mampu dicapai bagi mengubah sistem pendidikan negara ini menjadi sistem pendidikan bertaraf dunia dari kedudukan sekarang yang serba sederhana.

Jika Muhyiddin masih merasakan dirinya seorang Menteri Pendidikan yang baik, maka beliau seharusnya mengalu-alukan persidangan khas Parlimen dalam bulan Januari untuk membincangkan krisi pendidikan negara dan membuktikan beliau layak memegang teraju pendidikan negara ini.

Jika tidak, mungkin Najib patut mengambil peluang daripada rombakan Kabinet yang akan dibuat bagi melantik Menteri Pendidikan baru yang mampu memberi khidmat yang wajar kepada negara dan generasi masa depan memandangkan mutu sistem pendidikan negara adalah berkait rapat dengan masa depan ekonominya.


 
Di negara komunis china. PERASUAH di tembak mati depan publik kerana rasuah boleh menjahanam negara. Begitulah kuta nampak hudud diamalkan oleh org bukan Islam. Di Malaysia. Jika perasuah di tembak mati macam ni. Rasanya semua kerusi menteri HILANG gitu jer.. dalam parliament tu kosong.. yang ada kerusi pembangkang..
KUALA LUMPUR: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) yang dijanakan oleh mahasiswa membawa perjuangan agar kerajaan minoriti 47% yang ditunjangi Umno BN memahami keperitan rakyat dalam mendepani kenaikan melampau dan mendadak kos sara hidup.

“Sama ada sedar atau tidak, sepatutnya menjadi tekanan dan tanggungjawab lebih terpikul kepada BN untuk lebih mendengar saranan dan desakan yang dibawa rakyat kerana kedudukan minoriti mereka,” ujar Exco Perhubungan Awam SRC UIAM 2013/2014, Nor Azhar Baharum.

Namun, katanya tema Turun yang digerakkan mahasiswa sudah disalahtafsirkan oleh pihak pendakwaan (tidak pasti arahan sulit daripada Kementerian Dalam Negeri) sehingga difahami sebagai proses penggulingan kerajaan pusat.

Baginya, himpunan yang dirancang Turun pada 31 Disember 2013 sebagai suatu himpunan bagi meluaskan penerangan membumi kepada massa bawahan.

Menurutnya, Himpunan Turun yang akan dianjurkan kelak juga jauh lebih baik daripada penganjuran konsert hiburan sambutan tahun baru yang melalaikan.

Ini, ujarnya kerana diyakini Turun akan mengetuk dan menjetik minda belia agar lebih cakna akan kehidupan masa depan yang mencabar pasca kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata, penangkapan Pengerusi Turun, Muhammad Azan Safar membuktikan suara mahasiswa dan belia masih dianggap ancaman bahaya dan bukannya kritikan membina kepada kerajaan.

Katanya lagi, kerajaan seharusnya beruntung memiliki barisan pemuda Malaysia yang lantang menyuarakan suara dan tampil ke depan mengkritik untuk membangunkan sebuah negara demokratik dan selamat.

“Penangkapan ini menambah lagi siri episod hitam dalam lipatan perjuangan mahasiswa dalam negara kita,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau SRC UIAM menyatakan sokongan terbuka kepada Turun kerana menyedari kehidupan zaman universiti dan pasca graduasi adalah masa perit mahasiswa dan belia pedih menanggung kos kenaikan sara hidup.
KUANTAN: Jabatan Meteorologi Pahang hari ini memberi amaran kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Dis.
  
Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Azemi Daud, taburan hujan lebat diramalkan berlaku bermula 30 Dis hingga 6 Jan tahun depan terutama di tiga daerah - Kuantan, Pekan dan Rompin.
  
"Dalam tempoh yang sama juga air pasang turut akan berlaku, manakala kelajuan angin diramalkan 50 hingga 60 kilometer sejam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat persiapan banjir untuk gelombang kedua di sini, hari ini.
  
Turut hadir dalam sesi taklimat banjir itu ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
  
Azemi berkata mengikut ramalan awal, taburan hujan lebat berlaku dalam empat peringkat iaitu pertama pada 2 Dis hingga 6 Dis lepas, yang mengakibatkan banjir buruk di Pahang.

"Sesi kedua diramalkan berlaku pada 18 Dis hingga 22 Dis lepas, bagaimanapun ia tidak berlaku.
  
"Jadi, peringkat kedua itu diramalkan berlaku pada 30 Dis hingga  6 Jan tahun depan, dan akan disusuli dengan dua lagi peringkat yang dijangka berlaku sebelum awal Mac," katanya.
  
Banjir buruk di Pahang baru-baru ini mengakibatkan lebih 40,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.
  
Sebanyak sembilan daerah terbabit banjir iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut, Temerloh, Raub, Bera, Lipis dan Maran.
  
Berdasarkan laporan sebelum ini, lebih RM65 juta kerugian harta benda akibat banjir itu, dan turut mengorbankan tiga nyawa akibat lemas. - Bernama
KOTA BHARU:  Rakyat Malaysia perlu membuat keputusan untuk menyokong Pakatan Rakyat bermula dari sekarang berikutan kegagalan kerajaan BN yang ditunjangi Umno untuk memerintah negara.
Kenyataan Presiden Perkasa yang bersedia untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada Umno sebenarnya  mengiktiraf Pakatan Rakyat yang lebih mendapat sokongan rakyat, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Muhammad Hafiz Musa.
Hafiz mengulas kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang memberi amaran  pertubuhan yang dipimpinnya akan menggantikan Umno jika parti Melayu itu gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Berucap dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Ibrahim menyifatkan Umno sebagai lemah dan "tidak bertaring" dalam mempertahankan hak Melayu.
Hafiz seterusnya berkata, sudah tiba masanya rakyat menyemak kembali dimensi berterusan siri-siri kegagalan BN menjalankan amanah kerajaan sehingga menyusahkan rakyat.
"Dengan kenaikan harga barang, pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan termasuk tarif letrik dan tol tahun hadapan, rakyat perlu membuat pilihan bermula dari sekarang," ujarnya.
Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS negeri memohon jasa baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyemak tadbir urus perbelanjaan negara.
Pemuda PAS Kelantan turut mempersoalkan sayap parti Umno yang tidak produktif  mempertahankan rakyat.
"Tidak hairanlah jika tanpa malu, Perkasa menawarkan diri untuk menggantikan Umno bagi membela nasib rakyat," ujarnya.


MINGGU lepas (21 Disember) berlangsung Konvensyen Intelek dan Graduan Kelantan. Penganjur utamanya adalah Persatuan IGrad yang diketuai Zamakhshari Muhammad.  Pejabat Menteri Besar Kelantan turut memberi kerjasama menjayakan konvensyen yang julung kali diadakan itu.
Ia membincangkan secara serius persoalan dasar Kerajaan Negeri Kelantan, iaitu Membangun Bersama Islam.  Sifatnya julung kali kerana persoalan dasar kerajaan itu sebenarnya telah meninta sejarah unik politik pentadbiran negeri Serambi Mekah dan dibicarakan secara terbuka sejak berlalunya musim pilihan raya umum ke-13.
Meskipun sebelum ini (21 Oktober), Kerajaan Negeri Kelantan telah menyambut genapnya 23 tahun Kelantan Membangun Bersama Islam, tetapi di situ tidak berlakunya konteks penilaian yang boleh dirincikan untuk menjadi titik muhasabah.
Forum memenuhi harapan
Walaupun begitu, pihak Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) sebelumnya telah mengadakan satu forum sulung seawal penubuhannya (ditubuhkan pada Jun 2013). Forum tersebut membincangkan "Kelantan Pasca Tok Guru: Harapan dan Halatuju".
Forum yang telah menghasilkan perkongsian antara moderatornya Ketua Eksekutif KTD, Dr. Abdullah Sudin dengan tiga figur cendiakawan, iaitu pertama mewakili Kerajaan Negeri Kelantan ialah Datuk Dr Mohamad Fadzli Datuk Hassan, keduanya pensyarah USM dan mantan Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zanal Abidin dan ketiga pensyarah media UMK, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah.
Hasilnya banyak maklumat dihidangkan kepada audiens yang terdiri daripada ketua jabatan, para pentadbir dan kakitangan kerajaan negeri. Justeru, pihak Pengarah IPTG, Dr. Che Samsudin Mohamed Nor bertanggungjawab mengangkat semua maklumat yang berguna itu kepada pihak Menteri Besar untuk diteliti demi memenuhi harapan dan halatuju yang lebih baik dalam pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam.
Sokongan Menteri Besar
Sementara Konvensyen Intelek dan Graduan pula menyasarkan audiensnya adalah terbuka kepada wakil NGO. Ia menampilkan pengisian bermakna menerusi ucapan perasmian oleh Menteri Besar Kelantan yang dibacakan oleh Ahli Exco merangkap Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Mohd Nassuruddin Daud. Ucapan yang sarat dengan penghebahan maklumat baru dan nada sokongan tinggi Kerajaan Negeri Kelantan atas usaha IGrad tersebut.  Tahniah untuk semua aktivis IGrad.
Selanjutnya konvensyen sehari itu disusuli dengan pembentangan pengalaman mantan Speaker (juga mantan Ahli Exco Negeri Kelantan) Datuk Omar Mohamed berhubung pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam.
Diikuti pula, pembentangan kertas kerja tentang prestasi 23 tahun dasar itu dan ulasan menuju masa depan oleh Ahli Exco selaku Pengerusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Datuk Hassan.
Pengisian terakhir adalah sesi wacana yang meneliti persoalan realiti, isu dan cabaran dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan. Wacana itu dijayakan bersama-sama moderatornya, Ketua Kerusi Tok Kenali KIAS, Dr. Yaacob Yusof dan tiga panelis yang terdiri daripada pensyarah sains politik UKM Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Agus Yusoff, ahli korporat Haji Ahmad Zakie Ahmad Shariff, dan Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof.
Kesemua pengisian dalam konvensyen kali ini dianggapkan amat bermanfaat, lebih-lebih lagi idea (baca: cadangan) dan teguran serta kritikan daripada dua figur ‘luar’ iaitu Datuk Dr. Mohamad Agus dan Haji Ahmad Zakie.
Realiti berjaya
Sepintas lalu, persoalan pokok yang dihasil daripada konvensyen dasar Membangun Bersama Islam ini sememangnya sesuatu realiti yang berjaya. Di sebaliknya banyak isu kejayaan telah diutarakan dan tidak boleh tidak sentiasa berdepan dengan cabaran. Misalnya Dr Mohamad Agus banyak mengulas dan mencadang peri pentingnya Kelantan menguruskan pendidikan rakyat secara cekap dan cemerlang serta berkebajikan. YIK antara paling diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan.
Sementara Ahmad Zakie amat mengharapkan ketelusan dan kemurnian sistem nilai Islam dapat dihayati dan diamalkan secara terbaik demi mencipta budaya kerja (ahli pentadbir) dan pembangunan negeri (ahli korporat) yang benar-benar Islamik.
Tinggal lagi, hasil perjalanan forum itu perlu dibutirkan dalam bentuk butiran untuk muhasabah, dijadikan maklumat perancangan dan jalan penyelesaian ke arah memastikan dasar Membangun Bersama Islam sedia diurus secara tuntas oleh Menteri Besar dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Semoga Zamakhshari dan rakan sepasukan IGrad dapat menyediakan butiran konvensyen sebaiknya. Tahniah untuk kalian.
Bagi Kerajaan Negeri Kelantan, sesungguhnya sentiasa mengalu-alukan penyertaan dan perkongsian sumbangan mana-mana NGO bagi memesra masing-masing kelompok berkepentingan  (interest gorup) kepada memahami dasar negeri. Justeru strategi ini dibina sekian lama sejak 1990.
Sebagaimana tercatat di dalam Program PAS Kelantan 2013 ketika mengemukakan sembilan tawaran pilihan raya untuk rakyat kekal memilih PAS dan PKR, iaitu tawaran ketujuh - "Meningkatkan mutu taraf hidup ke arah Masyarakat Madani" - merupakan pendekatan masyarakat sivil yang sedia memberi ruang kepada semua pihak NGO mengemukakan apa-apa sumbangan demi kebaikan masyarakat dan negeri.
Atas komitmen inilah, Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob telah bersetuju menubuhkan portfolio Hubungan Seranta bagi menggandingkan peranan portfolio NGO yang diasaskan oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz yang sudah terserlah bukti kejayaannya. Semoga Kelantan dan rakyatnya terus Membangun Bersama Islam.
­­­­­­­­­­­­­­______________
Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan catatan yang tersebar di laman sosial Facebook kononnya berlaku serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini yang menyebabkan kematian dan kecederaan.
  
Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Supt Lai Lee Ching berkata keadaan di Bukit Aman tenang dan ia beroperasi seperti biasa.
  
Beliau menegaskan bahawa penyebaran berita palsu adalah perbuatan keji dan polis akan bertindak tegas terhadap pelakunya.
  
"Susulan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesalahan tersebut boleh membawa hukuman penjara dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali, kata Lai.

Beliau meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu seumpama itu atau berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian.

Catatan di Facebook itu antara lain mendakwa Bukit Aman diserang sekumpulan pengebom berani mati yang mengakibatkan kematian dan kecederaan anggota polis. - Bernama

KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) mendapati kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan peningkatan tarif elektrik menjadi tiga isu utama yang memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat.

Pengarah UMcedel, Prof Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, tinjauan yang dibuat terhadap 1,676 responden di Semenanjung Malaysia mendapati masyarakat begitu prihatin terhadap kenaikan harga barang ini.

"Tiga perkara ini nampaknya masyarakat cukup prihatin bermakna masyarakat melihat isu ini menjadi masalah kepada kehidupan harian.

"Isu ini berkait rapat dengan segenap lapisan masyarakat dan mereka khuatir dengan isu ini," kata beliau ketika membentangkan kajian hasil Kaji Selidik Politik Malaysia Enam Bulan Selepas PRU Ke-13 di Universiti Malaya, hari ini. (Gambar atas)

Tinjauan yang dilakukan pada 6 hingga 8 Disember lalu mendapati 42% responden merasakan kenaikan harga minyak memberikan kesan kepada kehidupan mereka diikuti 34% kenaikan harga barang, dan 24% kenaikan kadar tarif elektrik.

Selain itu, Prof Redzuan berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak lagi menjadi sesuatu yang istimewa bagi rakyat.

Hasil kajian mendapati seramai 52% tidak bersetuju BR1M akan meningkatkan sokongan kepada BN kerana mampu mengurangkan kos sara hidup, manakala 42% sahaja bersetuju.

"BR1M sebelum ini memberi kesan yang besar kepada BN tetapi sudah menjadi kebiasaan apabila perkara itu menjadi biasa dan pengharapan masyarakat lebih tinggi.

"Bila beri beberapa kali mereka bukan sahaja sudah mengatakan tidak malah meminta lebih kerap dan lebih banyak.

"Pada masa akan datang BN harus berfikir sama ada BR1M boleh membantu seperti pilihan raya umum yang lalu, adakah impak yang sama akan berlaku pada PRU14," katanya.

Sementara itu, dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), sebanyak 61% responden tidak bersetuju GST dilaksanakan dan 20% sahaja yang bersetuju.

Felo penyelidik kanan Umcedel, Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin dari UiTM berkata, Pakatan Rakyat setakat ini berjaya mendahului isu ini kerana kerajaan sendiri gagal memberikan penjelasan mengenai kebaikan GST.

"Jawapan yang diberikan pihak kerajaan khususnya menteri kadang kala tidak jelas.

"Mereka kata GST akan menyebabkan harga barang turun. Bagaimana? Kalau nak sebutkan GST kena bandingkan dengan pengamalan sekarang ini.

"Kalau bandingkan pengamalan sekarang dengan GST dan betul barang turun maka orang boleh yakin tetapi masalahnya disebut GST sahaja tapi tak sebut perbandingan.

"Jadi dengan sendirinya isu GST dikawal pihak pembangkang hatta pegawai kerajaan pun kata GST akan sebabkan harga barang naik," katanya.
KUCHING: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) nyaris menjadi sebahagian statistik jenayah apabila kediamannya di Green Road di sini cuba dipecah masuk dalam kejadian awal hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, dalam kejadian 3.15 pagi itu, perbuatan penjenayah mengumpil tingkap menyebabkan penggera keselamatan di kediaman tersebut berbunyi.

"Sebaik mendengar bunyi penggera, dua anggota polis dan tiga anggota Rela yang sedang meronda di kawasan berhampiran bergegas ke lokasi dan ternampak dua suspek melarikan diri," katanya ketika dihubungi.  

Beliau berkata suspek berjaya meloloskan diri ketika dikejar oleh anggota pasukan peronda berkenaan.

Menurutnya siasatan awal polis mendapati penjenayah membuat lubang pada pagar untuk masuk ke kawasan pekarangan rumah.  
  
Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri itu, Wan Hamzah Wan Paee berkata Wan Junaidi sekeluarga tiada di rumah kerana sedang bercuti.

Saya akan berjumpa dengan pihak polis bagi mendapat laporan lengkap mengenai kejadian, katanya. - Bernama

 

 

 

 

 

Tiada ulasan: