Selasa, 24 Disember 2013

MARI KEMBALI KEPADA ISLAM....MEMBUAT KITA DAMAI DAN TENANG...DUNIA AKAN TINGGAL AKHIRNYA....KITA KEMBALI KENEGARA AKHIRAT...KAN KITA NI WARRGANERA AKHIRAT...AKHIRAT YANG KEKAL ABADI...KITA MASIH BELUM TERLAMBAT

(6 GAMBAR)Imej Baru Syamsul Yusof, Sejuk Mata Memandang

Written by AbangNara | December 23rd, 2013

Tidak diketahui sejak bila Syamsul Yusof tampil dengan imej sebegini. Namun memang sejuk mata memandang Syamsul Yusof yang berjubah putih, memakai kopiah dan sering kelihatan bersama Ustaz Azhar Idrus. Mungkinkah dugaan yang menimpa filem arahannya iaitu KL Gangster 2 menyebabkan Syamsul mencari hikmah dengan cara mendampingi orang-orang berilmu agama.
imej baru syamsul yusof
Malah menerusi akaun Twitternya, Syamsul banyak berkongsi kata-kata nasihat dan ilmu agama untuk tatapan para pengikutnya. Abang Nara pasti persoalan yang bermain di minda peminat Syamsul ialah adakah perubahan imej ini menandakan persaraan Syamsul daripada dunia hiburan tanah air?
imej baru syamsul yusof
Semoga Syamsul Yusof menjumpai apa yang dicarinya. Semoga akan ketemui ketenangan yang dimahukan. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar imej baru Syamsul Yusof dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

imej baru syamsul yusof
imej baru syamsul yusof
imej baru syamsul yusof
imej baru syamsul yusof
imej baru syamsul yusof


Allahu Rabbi...apa komen anda ttg ni???? kita doakan semoga dia diberi hidayah oleh Allah...dan redha dgn apa yg jd kt mak dia...amiin..

Astafirullahalazim . . Bertapa bodohnya maknusia yang dok tahu ILMU AGAMA ALLAH !

Cinta murtad

Oleh Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: Hanya disebabkan mencintai kekasih berlainan agama, seorang wanita berusia 24 tahun tergamak membiarkan ayah kandung dicekik abang teman lelakinya ketika si bapa cuba membawanya pulang dari rumah kekasih, di sini.
Lebih menyedihkan, si anak tidak menghiraukan rayuan ayah dan ibu kandungnya yang datang menjemputnya pulang, sebaliknya menyuruh kedua-dua orang tuanya itu membiarkannya tinggal di kawasan rumah panjang itu bersama teman lelakinya.

Menceritakan kisah itu, ayah malang yang hanya mahu dikenali Omar, 53, berkata, dugaan diterimanya amat berat apabila anak perempuan disayanginya terjebak dengan cinta menjurus ke arah murtad.

“Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.
FotoGAMBAR gadis yang lari dan menetap bersama kekasih bukan Islam.

“Tiba-tiba seorang daripada anak yang selama ini mendengar cakap, rajin mengaji al-Quran dan menutup aurat berubah sikap sebaliknya.

Jebak akidah longgar

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
KUALA LUMPUR: “Peringatan kepada orang Islam menjalin cinta dengan pasangan berlainan agama, jangan buat justifikasi kononnya ingin menarik pasangan kepada agama Islam jika diri tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.
“Ini kerana, silap hari bulan mereka sendiri terbabas. Jelas dari sudut agama, akidah tidak kukuh menyebabkan terlalu mudah berubah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial Ikram Pusat, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

Katanya, semakin kuat asas agama pada diri seseorang pegangan agama mereka juga sukar diubah, namun yang menjadi masalah apabila wanita atau lelaki menjalin hubungan dengan pasangan berlainan agama tapi pada masa sama pegangan agama diri sememangnya rapuh.
“Mungkin kita tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam perkara ini, tambahan pula pada peringkat remaja pemikiran mereka masih belum matang, tapi amat penting sejak dari kecil lagi ibu bapa menitik beratkan soal akidah terhadap anak agar mereka tidak mudah terjerumus gejala murtad.

“Ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak berkawan apatah lagi apabila membabitkan hubungan serius. Kita lihat zaman ini, ramai antara yang Islam hanya pada nama tapi tidak mengamalkan ajaran agama ini sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai akibat kemaruk cinta keterlaluan, bukan saja menyebabkan segelintir gadis Melayu tanpa berfikir panjang menyerahkan tubuh kepada teman lelaki, malah lebih menyedihkan ada sampai tahap keluar agama Islam atau murtad. Fenomena itu berlak

Laman sosial jerat murtad

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
SEREMBAN: Kes murtad turut dikesan berlaku melalui hubungan cinta di laman sosial yang dianggap sebagai trend terbaru menjerat umat Islam, terutama wanita muda.
Mendedahkan perkara itu, Setiausaha Agung Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Aminudin Yahaya berkata, perkara itu dikesan melalui pengakuan mangsa rata-ratanya golongan wanita berusia lingkungan 20-an.

“Ia dikatakan bermula melalui sesi perkenalan di laman sosial berkenaan sebelum ada antara mereka jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk murtad dengan memeluk Kristian.
“Namun, melalui bantuan dan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, mereka berjaya dipulihkan kembali kepada ajaran Islam,” katanya pada sidang media selepas program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Tertutup Paroi, di sini, semalam.

Kira-kira 3,500 orang menghadiri program bermula jam 9 pagi itu bertujuan menyelamatkan akidah umat Islam negara ini daripada terjerumus dengan usaha pihak tertentu supaya murtad.

Perhimpunan kali ketiga itu menampilkan penceramah antaranya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali; bekas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Murtadza Ahmad; Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman dan Pengerusi Bersama Himpun, Azmi Abdul Hamid.
Program lebih tiga jam itu disertai dengan alunan zikir munajat dan persembahan nasyid, dan disusuli deklarasi Himpun serta laungan takbir sebanyak tiga kali oleh hadirin.

Menurut Aminudin, pemerhatian pihaknya mendapati kebanyakan kes murtad dilaporkan berlaku berpunca akibat dibelenggu kemiskinan dan keretakan keluarga, termasuk ‘saudara baru’ memeluk semula agama asal.
Justeru, pihaknya akan terus memperhebatkan program Himpun yang merangkumi langkah pencegahan, antaranya melalui penganjuran kuliah dan advokasi.

Kata Aminudin, perhimpunan Himpun keempat dijangka berlangsung di Pulau Pinang pada 28 Januari ini.

Hasan berkata, beberapa pemimpin Kristian mendakwa beliau sengaja membangkit isu murtad tanpa mengemukakan bukti dan ada kepentingan lain.

“Bagi tujuan pembuktian, saya mencadangkan satu pertemuan secara tertutup diadakan di antara pemimpin Kristian dan Islam,” katanya.

3 artis Indonesia didakwa murtad

SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan de­ngan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.
Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.
Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.

Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.
u selepas mereka yang masih muda dan mentah, kurang kawalan ibu bapa serta cetek didikan agama, bercinta dengan lelaki bukan Islam lalu mudah terpengaruh anutan agama kekasih masing-masing. Dr Harlina berkata, jika seorang wanita atau lelaki mempunyai kekasih berlainan agama, mereka perlu bertanya diri sendiri, adakah mampu menarik kekasih memeluk Islam jika sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.


FotoRIANTI memegang watak gadis solehah dalam filem Ayat-Ayat Cinta.


FotoHappy Salma dan suami, Tjokorda Bagus, keturunan raja Hindu.
 Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Namun, ketika diminta mengesahkan perkemba­ngan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu me­ngenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan pe­nyanyi yang nama lengkap­nya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan menge­sahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah.
Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upa­cara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy me­negaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubu­ngan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami ma­sing-masing.

Korban demi kasih

Oleh Mhd Sabran Md Sani
KUALA LUMPUR: Pegangan agama yang rapuh, selain mudah terpedaya menjadi antara faktor wanita muda Islam terjerat dalam hubungan cinta di laman sosial, biarpun ada kalanya terpaksa meminggirkan iman dalam kehidupan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial IKRAM Pusat, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, berkata walaupun hanya membabitkan perkenalan singkat, namun demi kasih sayang terhadap pasangan, golongan terbabit juga sanggup ‘dikorbankan’ kehormatan.

“Mungkin kita tidak boleh menyalahkan pihak luar, tetapi dalam hal ini kekuatan diri penting untuk menjadi benteng kepada setiap individu. Pada saya, jika iman tidak kuat, maka sesiapapun akan mudah terpedaya dengan hubungan cinta seperti ini.
“Adalah lebih baik, diri individu terutama gadis muda Islam diperkaya dengan iman sekurang-kurangnya mereka mempunyai pilihan dalam membuat sebarang keputusan sama ada memilih iman ataupun kekasih,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, sudah menjadi lumrah kepada golongan wanita untuk mudah memberikan cinta dan percaya kepada pasangan masing-masing.

“Dalam konteks ini (hubungan), segala-galanya sanggup dikorbankan termasuk kehormatan dan agama. Semuanya berpunca daripada tertanamnya sifat kasih dan sayang dalam jiwa.
“Selalunya hubungan terjalin tidak membabitkan pujuk rayu tetapi dengan kerelaan diri menyebabkan golongan terbabit mudah terpedaya. Sebaik-baiknya mengelak diri daripada mudah percaya kepada pasangan yang berjanji manis,” katanya.

Katanya, dia tidak menolak kemiskinan hidup ditambah dengan kemiskinan imam menjadi antara rempah ratus yang menyebabkan seseorang terpesong kepada Islam.
“Ada Hadis menyatakan fakir amat menghampiri kekufuran dan sebab itu ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menghulurkan bantuan hingga ada yang terdesak terpaksa mengambil bantuan terbabit, demi meneruskan kelangsungan hidup.

“Perkara ini biasa berlaku dan mereka perlu pembelaan serta bantuan daripada insan seagama. Kalau kita tidak bantu dan mereka pula dibuang keluarga, tidak mustahil golongan mualaf turut kembali ke agama asal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Metro Ahad semalam mengenai kes murtad turut dikesan berlaku melalui hubungan cinta di laman sosial yang dianggap sebagai trend terbaru menjerat umat Islam, terutama wanita Islam.

Mendedahkan perkara itu, Setiausaha Agung Himpunan Sejuta Umat (Himpun). Aminudin Yahya berkata, perkara itu dikesan melalui pengakuan mangsa rata-ratanya golongan wanita berusia 20-an.

Ia dikatakan bermula melalui sesi perkenalan di laman sosial berkenaan sebelum ada antara mereka jatuh cinta.

Tangani isu murtad

Oleh Musa Awang
KES permohonan keluar Islam atau murtad adalah isu yang sensitif kerana menyentuh kaum dan agama lain di Malaysia. Namun dalam masyarakat majmuk di negara ini, ia tidak dapat dielakkan untuk dibicarakan. Penulis percaya bahawa rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk membicarakan isu itu dengan fikiran terbuka.
Sebagai peguam syarie, penulis tidak dapat mengelak daripada didatangi pelanggan yang mahukan penulis mewakili mereka dalam permohonan keluar Islam. Tinggal tepuk dada tanya iman. Pernah dilaporkan oleh Harian Metro pada 5 Oktober lalu, membabitkan segelintir peguam syarie yang dikatakan menggadaikan prinsip dan agama sendiri dengan mewakili pemohon yang ingin keluar Islam kerana wang ringgit.

Penulis percaya yang terbabit hanya sebahagian kecil saja dan yakin majoriti peguam syarie masih berpegang kepada hukum syarak dan meletakkan Islam sebagai prinsip yang teratas dan tertinggi. Memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika jawapan lisan kepada soalan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) di Dewan Rakyat, Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010.
Sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan. Pada pandangan penulis, masyarakat dan institusi Islam di negara ini perlu tahu betapa serius atau tidaknya perkara itu dan mengambil tindakan pencegahan yang sewajarnya.

Berdasarkan Jadual Sembilan, Senarai II Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan seseorang itu masuk Islam, menentukan seseorang itu masih lagi beragama Islam atau sudah meninggalkan agama Islam dan mengambil tindakan atas kesalahan keluar agama Islam. Ini disebut dengan jelas di dalam kebanyakan enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri di Malaysia. Sebenarnya, tiada istilah permohonan untuk murtad atau keluar daripada agama Islam di dalam mana-mana enakmen negeri. Permohonan yang ada ialah permohonan pengisytiharan status agama sama ada seseorang itu masih beragama Islam atau tidak. Anggapan bahawa Mahkamah Syariah mengesahkan atau membenarkan seseorang itu murtad adalah silap. Mahkamah Syariah tidak pernah membenarkan seseorang itu murtad, tetapi membuat pengisytiharan status agama seseorang itu bukan lagi orang Islam.

Umumnya, terdapat tiga pendekatan bagi mereka yang murtad di Malaysia mengikut undang-undang. Pertama dengan didakwa sebagai kesalahan jenayah syariah yang boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat sehingga enam sebatan atau campuran mana-mana daripada ketiga-tiga bentuk hukuman ini. Kedua dengan tahanan mandatori di Pusat Pemulihan Aqidah sehingga tempoh 36 bulan. Ketiga, tiada sebarang bentuk hukuman, tetapi diwajibkan melalui sesi kaunseling sebelum kebenaran keluar Islam diluluskan.
Hasil pengamatan penulis, terdapat tiga kategori pihak memohon pengisytiharan status agama di Mahkamah Syariah. Kategori pertama ialah golongan yang sejak kecil tinggal bersama dan dibesarkan dalam keluarga bukan Islam, mengamalkan agama bukan Islam, hanya tinggal nama dan status Islam dalam kad pengenalan. Sejak kecil, mereka tidak pernah mendapat didikan agama Islam atau bimbingan daripada ibu bapa, tidak mendapat kasih sayang atau diabaikan oleh ibu bapa atau keluarga bercerai. Kategori kedua ialah mereka yang menganut agama Islam selepas berumur 18 tahun, tetapi kemudian ingin kembali semula ke agama asal atas sebab tertentu. Antaranya disebabkan memeluk Islam kerana berkahwin dan kemudian berlaku perceraian, saudara baru yang memeluk Islam dengan tujuan mendapat kemudahan atau simpati apabila gagal mendapat bantuan berterusan, kurang perhatian orang Islam terhadap saudara baru bermasalah dan tiada tempat berlindung menyebabkan mereka putus asa, atau saudara baru yang tidak mendapat bimbingan agama atau mendapat bimbingan agama, tetapi hanya separuh jalan.

Ketiga ialah golongan yang lahir dan dibesarkan dalam keluarga Islam, tetapi memilih untuk keluar daripada agama Islam atas faktor seperti tuntutan cinta atau berkahwin dengan bangsa asing, terpengaruh dengan ajaran sesat, ‘black metal’, dadah dan gejala bersifat negatif, pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa kawalan daripada ibu bapa, kejahilan dalam ilmu tauhid, tidak mendapat didikan agama dan bimbingan daripada ibu bapa sendiri yang juga jahil dan tidak mahu belajar agama. Namun, tidak ramai daripada kategori ini yang memohon pengisytiharan di Mahkamah Syariah berbanding kategori pertama dan kategori kedua. Kebiasaannya, permohonan untuk pengisytiharan agama akan diikuti sekali dengan permohonan untuk menukar nama dan status agama di dalam kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara. Peraturan 14 Peraturan Pendaftaran Negara 1990 mengkehendaki setiap permohonan menukar status agama mestilah mendapat Perintah dari Mahkamah Syariah. Penulis percaya, jika tidak ada peraturan sebegini, bayangkan sudah berapa ramai orang Islam bertukar nama dan status dalam kad pengenalan mereka dengan mudah.
Suatu kajian perlu dibuat bagi mengenal pasti berapa ramai saudara baru atau mualaf kembali ke agama asal mereka, dan mengapa terjadi demikian. Banyak usaha perlu dibuat untuk mencegah pencemaran akidah yang boleh membawa kepada gejala murtad.

Pendekatan dakwah perlu dikemas kini di semua peringkat dan lapisan masyarakat, memperkukuhkan institusi kekeluargaan, mengadakan program keluarga angkat saudara baru, menghapuskan program hiburan melampau di media tempatan, memperkukuhkan jati diri masyarakat Islam, mempamerkan contoh teladan yang baik kepada bukan Islam. Murtad akan berlaku sama ada diisytiharkan atau tidak oleh mahkamah. Catatan agama Islam dalam kad pengenalan bukan penentu sebenar akidah seseorang. Mengembalikan mereka ke pangkuan Islam adalah kejayaan besar bagi kita.

Penulis percaya bahawa pakar perundangan dan cendikiawan Islam perlu melihat kepada roh Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani oleh Nabi s.a.w dengan orang musyrikin Makkah pada tahun keenam Hijrah (628 Masihi). Antara isi kandungan perjanjian itu ialah sesiapa di antara orang musyrikin Quraisy yang menganuti agama Islam tanpa izin walinya iaitu ibu bapa atau penjaganya hendaklah dikembalikan kepada kaum keluarganya atau kembali kepada agama asalnya.

Bagi orang Islam yang memihak kepada musyrikin atau menganut agama lain tidak perlu dihantar balik. Baginda bersetuju mengembalikan orang musyrikin yang menganut Islam tanpa izin walinya kerana baginda yakin mereka adalah golongan yang dibuka hatinya menerima hidayah Allah s.w.t, sanggup meninggalkan keluarga demi Islam dan tidak akan berubah hati mereka.

Apabila mereka dikembalikan kepada keluarga, mereka boleh pula berdakwah di kalangan keluarga masing-masing. Hikmah daripada kebijaksanaan baginda Rasulullah ini, dakwah Islam semakin tersebar, program dakwah Islamiyah digerakkan ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab secara aman dan umat Islam semakin bertambah. Penulis boleh dihubungi melalui e-mel sekretariatpgsm@yahoo.com.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

 

Pedoman: Gejala murtad perlu ditangani dengan serius

FIRMAN Allah SWT, bahawasanya: “Sesungguhnya Allah mengurniakan (Rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman selepas Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-Nya (al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya) dan membersihkan mereka (daripada iktiqad yang sesat) serta mengajar mereka Kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan mendalam mengenai hukum syariat).
“Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Ali Imran, ayat 164).

Sebagaimana maksud ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa diutuskan dua perkara kepada manusia supaya tidak terus berada dalam kesesatan.

Dua perkara itu adalah utusan Allah SWT yakni Rasulullah SAW dan al-Quran yang mengajar manusia mengenai perkara benar sebagai panduan utama manusia untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Namun seperti kita ketahui, selari dengan peredaran masa, banyak kita lihat berlakunya kesesatan di kalangan umat Islam masa kini apabila ramai menjadi murtad.

Perlu kita ketahui, murtad atau keluar Islam dan mengikut jalan sesat adalah jenayah agama yang merosakkan akidah seseorang, sekali gus dikhuatiri menjangkiti institusi Islam secara keseluruhannya.

Ini sebagaimana firman Allah menerusi surah Al-Baqarah, ayat 217, yang bermaksud: “…dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada agamanya (Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).”

Ayat ini menjelaskan maksud murtad itu ialah berpaling tadah daripada agama Islam atau meninggalkan Islam atau keluar Islam atau kembali kepada kufur.

Ketahuilah, akibat dan dosanya adalah teramat besar, iaitu apabila dicabut nyawa seseorang itu, matilah dia dalam keadaan kafir.

Apabila matinya seseorang itu dalam keadaan kafir, segala amal ibadah yang dilakukannya menjadi rosak binasa, sekali gus selama-lamanya menjadi penghuni neraka.

Sebenarnya, gejala murtad tidak akan terjadi dalam kehidupan umat Islam jika umat Islam mempelajari, mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW yang kemudian diamalkan oleh sahabat serta ulama Islam.

Justeru, usaha membendung supaya gejala murtad ini tidak berlaku secara berleluasa, seluruh umat Islam membabitkan golongan ulama, pemimpin, ilmuan, guru, ibu bapa hinggalah institusi, persatuan dan individu umat Islam hendaklah mengambil peranan serius.

Setiap daripada kita perlu berperanan supaya anak yang lahir pada hari ini diberi didikan Islam secukupnya kerana ia faktor yang menentukan kekuatan iman mereka.

Paling mudah, Rasulullah SAW sendiri mengingatkan umatnya bahawa satu perkara yang boleh menyesatkan manusia adalah apabila seseorang itu taksub pada harta dunia sebagaimana maksud hadis riwayat At-Thusi yang bermaksud: “Cinta terhadap harta dan kedudukan akan mengikis agama seseorang.”

Jadi, untuk mengatasi dan menangani gejala murtad daripada berlaku, umat Islam hendaklah kembali kepada panduan ajaran al-Quran dan mempelajari, memahami, menghayati dan mengamalkan segala isi pengajaran dan panduan al-Quran serta sunnah Rasulullah SAW.

Di dalam al-Quran disebutkan bahawa al-Quran adalah petunjuk hidayah yang menunjukkan jalan betul, benar dan lurus, sebagaimana Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya al-Quran memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala besar.” (Al Israa, 9)

Demikianlah Islam memberikan petunjuk dan panduan hidup yang terbaik kepada umatnya dalam segala bidang, permasalahan sama ada yang kecil, besar atau yang ringan mahupun berat.

Mudah-mudahan dengan panduan al-Quran, sunah Rasulullah SAW serta mengikut jejak langkah hidup ulama, umat Islam akan selamat dan terjamin di dunia dan akhirat.



Pas Tebok Marso and 2 other friends were tagged in a video.

Kazim Elias:Umno tidak menolak Ulama dalam Umno.
Like · · · 5 hours ago · 




 

 

 

 



Uploaded on Sep 24, 2011
24/09/2011 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

-Malaysiakini.Com

 

 



 

 

KALAU HUDUD PAS TOLAK....MANA HUDUD UMNO...HUDUD AL QURAN....DAN HUDUD YANG BRUNEI BOLE IKUT...IKUTLAH....USTAZ JENIS SEMBANG JE


  • INI LAH ULAMA' YANG GILA DUNIA.....
    Bila MCA ( BN ) hina Hudud ISLAM.. Tiba2 ulamak dalam Semak UMNO membela Kafir ni.. dengan " Spin " menyatakan Hudud PAS..? Sedangkan MCA ( BN ) tak kata pun hudud PAS..? pelik ni UMNO KELDAI MCA
    Like · · · 12 minutes ago ·

  • APA SUDAH JADI DENGAN CERAMAH AGAMA ULAMA MUDA UMNO USTAZ FATHUL BARI???? ... LANGSUNG TIADA ORANG YANG HADIR!!!!! Baru sebentar tadi Ketua Dewan Ulama Muda UMNO Sedunia merangkap Ahli Exco paling kanan Pemuda UMNO Ustaz Dr Fathul Bari telah mengadakan suatu ceramah agama di Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, Pulau Pinang atas anjuran ahli parlimen Kepala batas Reezal Naina Merican. Bukan tujuan dan niat nak mengata atau menghina tetapi biar saja gambar berbicara. Difahamkan tidak sampai 25 orang hadir untuk mendengar ceramahnya... Apa sudah jadi ni!!!!!. Mungkin bertepatan sekali apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika menamakan barisan Pengerusi yang mengepalai Biro-biro Pemuda UMNO Malaysia langsung tidak melantik Ustaz Dr Fathul Bari sebagai Pengerusi Biro Agama sebaliknya beliau di lantik sebagai Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO. Rasa-rasanya ceramah Ustaz Kazim Elias jauh lebih besar dan hebat mendapat sambutan malahan ceramah Dr Mashitah Ibrahim lagi ramai pada ini. KJ mungkin sudah dapat menghidu bahawa ceramah agama yang disampaikan oleh beliau tidak akan mendapat sambutan punya ... bukan hambar lagi malahan pudar lesu longlai terus!!!!!

Tiada ulasan: