Rabu, 11 Disember 2013

DAH MACAM NI PUN MASIH TAK MAHU HUDUD....MEMANG JAHIL DAN DEGIL BETUL...KAT DUNIA MEMANG BANYAK CAKAP DAN BOLEH JAWAB....TUNGGU DIAKHIRAT ORANG BANYAK CAKAP MACAMANA KEADAANNYA ....TAKUT TERKEDU/DAH TAK BOLEH CAKAP BILA DAH NAMPAK NERAKA YANG MANA APINYA MENJULANG2....UNTUK MENUNGGU MANGSANYA....DIDUNIA TAK MAHU MAJLIS ILMU DAN TAK SUKA MAJLIS ILMU.....TAK AMBIL BERAT MAJLIS ILMU........KERETA/MOTORSIKAL MAHAL2 CANGGIH2...DUIT BERKEPUK2...ITU PUN SURAU MASJID TAK BOLEH SAMPAI....TAK KAN DAH TERLENTANG SAKIT BARU NAK PI MAJLIS ILMU....KADANG2 KATA USTAZ KERJA MENGATA ORANG...ABIS TAK KAN USTAZ NAK NGATA KERETA ATAU KAPAL TERBANG....LORI KE...DIA BUKAN MASUK SYURGA ATAU NERAKA......KALAU DAH PANDAI SANGAT JADILAH PENCERAMAH BERTULIAH....MENGAJAR SECARA PERCUMA....JANGAN JADI USTAZ KARUN....KERJA MENGEJAR KEKAYAAN DIDUNIA....NAK SUMBANGAN DARI SURAU MASJID AGAK2LAH....SURAU MASJID DAH BAGI KEBAJIKAN DENGAN MENYUMBANG....ABIS KITA TAK MAHU KEBAJIKAN KE DAN MENYUMBANG KE....KURANG2 ILMU YANG ADA...

Balasan rogol rakan adik
  • Balasan rogol rakan adik Tertuduh keluar dari mahkamah sambil tunduk dan menangis selepas mendengar hukuman terhadapnya.
1 / 1
KOTA BHARU - Angkara gagal kawal nafsu dan bertindak merogol sahabat adik sendiri, seorang buruh dihukum penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh mahkamah sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Mohd Khairul Anuar Sulaiman, 22, selepas tertuduh mengaku bersalah merogol mangsa berusia 13 tahun empat bulan di hutan dusun Kampung Kubang Laka, Melor, pada jam 4.30 petang, 7 Oktober 2010.

Pada jam 2 petang sebelum itu, mangsa ke rumah seorang kawan untuk menyiapkan kerja sekolah dan ketika itu, abang rakannya itu, iaitu tertuduh ada di rumah.

Apabila mahu pulang pada jam 4.30 petang, tertuduh tiada tetapi mangsa terserempak pula dengan lelaki terbabit di kawasan hutan bersemak.

Lelaki itu tiba-tiba menahan dan menariknya masuk ke hutan serta mengugut dengan berkata ‘nak hidup atau mati’ sebelum mangsa menjawab ‘nak mati’, menyebabkan lehernya dicekik tertuduh.

Mangsa diheret jauh ke dalam hutan sebelum tiba di sebuah dusun dan dirogol. Dia sempat mengadu belakangnya gatal sebelum diheret pula ke sebuah pokok dan dirogol lagi.

Pada prosiding itu, peguam bela, Ahmad Subairi Salleh memohon hukuman ringan dikenakan kerana tertuduh telah menukar pengakuannya walaupun kes dalam perbicaraan.

“Tertuduh datang daripada keluarga miskin dan memikul tanggungjawab ketua keluarga untuk  menyara ibu serta dua adiknya yang masih bersekolah selepas bapa mereka meninggal dunia pada 2008.

“Umurnya yang muda juga memberi peluang kepadanya membaiki kesilapan lalu dan meneruskan hidup yang lebih baik pada masa depan,” katanya.

Rayuan itu bagaimanapun dibantah, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari dan menyifatkan hujahan itu hanya mengutamakan diri tertuduh dan tidak langsung mengambil kira kepentingan awam terutamanya mangsa.

“Sebagai abang kepada kawan adiknya, tertuduh sepatutnya melindungi mangsa tetapi malangnya dia dirogol. Kejadian ini membabitkan maruah gadis sunti, lebih-lebih lagi usianya masih muda.

“Tertuduh mungkin boleh memperbaiki masa depannya, namun bagaimana pula mangsa dengan perjalanan hidup yang masih panjang dan perlu diharungi dalam keadaan begitu,” katanya.
Didapati bersalah rogol kekasih berusia 14 tahun
  • Didapati bersalah rogol kekasih berusia 14 tahun Tertuduh (tengah, depan) dikawal ketat polis keluar dari pekarangan mahkamah untuk dihantar ke penjara, semalam.
1 / 1
KOTA BHARU - Angkara melampiaskan nafsu buasnya terhadap kekasih yang baru berusia 14 tahun, seorang jurukimpal dihukum penjara enam tahun dan tiga sebatan oleh mahkamah sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas tertuduh yang berusia 31 tahun itu menukar pengakuannya.

Shah Shahry Harun dari Kampung Bukit Yong, Pasir Puteh, sepatutnya dibicarakan selepas menafikan tuduhan itu, namun menukar pengakuannya kepada bersalah, semalam.

Dia didakwa merogol remaja terbabit di sebuah rumah tanpa nombor di kampung sama pada jam 8 malam, 11 April lalu.

Ketika kejadian, mangsa berusia 14 tahun lima bulan. Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan, merayu mahkamah mempertimbangkan hukuman ringan dikenakan kerana mengaku salah, selain perlu menganggung ibu bapa yang tua.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusuf memohon hukuman setimpal dikenakan bersesuaian dengan jenayah serius dilakukan.

“Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh sendiri, lebih-lebih lagi mangsa dalam kes ini baru sahaja berusia 14 tahun dan masih di bawah umur,” katanya.
Anak pengetua antara ditahan
  • Anak pengetua antara ditahan Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
1 / 1
DUNGUN – Seorang anak pengetua antara tiga lelaki yang ditahan reman untuk membantu siasatan kerana disyaki terbabit dengan kes samun, culik dan rogol bergilir-gilir seorang pelayan dan pekerja kedai telefon bimbit dalam kejadian berasingan dekat sini, pagi kelmarin.

Suspek, 31, yang difahamkan anak sulung kepada pengetua sebuah sekolah menengah di daerah ini ditahan bersama seorang rakannya warga Indonesia di sebuah rumah dekat Gong Pasir, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Lelaki yang kini menganggur itu dikatakan berkelulusan ijazah sarjana kejuruteraan perisian komputer dan siasatan awal mendapati dia dipercayai pernah mempunyai rekod lampau berkaitan kes samun bersenjata.

Manakala seorang lagi rakannya, berusia 25 tahun pula ditahan berdekatan restoran makanan segera di Kerteh kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Majistret, Hazwanie Husain Bustari memerintahkan ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kesemua suspek dipercayai terbabit dengan satu kes culik melibatkan dua wanita yang bekerja sebagai pelayan dan pembantu kedai telefon bersama rakan lelakinya di Bukit Chatak kira-kira jam 3 pagi kelmarin sebelum melarikan mereka ke Kampung Durian Mentangau.

Ketika kejadian ketiga-tiga mangsa yang menaiki sebuah kereta Proton Satria dihimpit dua Honda Civic lalu salah seorang daripada suspek keluar dan menyamar sebagai polis sebelum mengarahkan mangsa mengikut arahan mereka dengan salah seorang memandu kereta mangsa lalu meninggalkan lokasi kejadian.

Suspek juga merampas lima telefon bimbit milik mangsa

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan di Durian Mentangau pula, suspek yang memandu kereta Proton Satria bersama mangsa telah melanggar sebuah kereta Perodua Kancil.

Suspek kemudiannya melarikan seorang wanita selepas merampas kereta Perodua Kancil dipandu adik iparnya lalu meninggalkan wanita terbabit kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian selain menyamun telefon bimbit mangsa.

Suspek juga dipercayai merogol dua wanita yang dilarikan dalam kejadian pertama di sebuah inap desa di Jalan Kenanga Dungun sebelum mangsa melarikan diri ketika suspek menukar nombor plat kereta di rumah rakannya di sebuah kampung di Dungun.

Kedua-dua kereta Honda Civic yang digunakan suspek dipercayai kereta curi dan hasil ujian saringan air kencing juga mendapati positif dadah
Didakwa rogol gadis bawah umur
KUANTAN – Seorang pembantu kedai restoran di ibu negara, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, kelmarin atas dakwaan merogol seorang gadis bawah umur, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Shafiq Basiar, 20, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan merogol mangsa, yang pada ketika kejadian berusia 15 tahun di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Jalan Pahlawan, Kota Perdana, Paloh Hinai, Pekan, pada 15 Disember 2008 lebih kurang 12.30 tengah malam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wahidah Zainal Abidin di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Walaupun pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan memandangkan kes tersebut terlalu serius namun hakim berpendapat mahkamah masih boleh mengenakan budi bicara.

Selepas pengakuan direkodkan, Zainal menetapkan 10 Januari depan tarikh sebutan semula kes.
Culik, rogol gadis bawah umur
  • Culik, rogol gadis bawah umur Rudy Ansyah dipenjara enam tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu menculik dan merogol seorang gadis bawah umur yang dipercayai teman wanitanya.

Bagi pertuduhan pertama, Rudy Ansyah Nur, 27, beralamat di Subang Jaya, Selangor, mengaku bersalah menculik mangsa yang ketika itu baru berusia 13 tahun dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang.

Tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan rumah, Jalan Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 17 Januari 2012, kira-kira jam 9.30 pagi.

Dia didakwa di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda, jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Rudy Ansyah turut mengaku bersalah merogol mangsa pada Januari lalu, kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Jalan Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah kedua-dua pertuduhan direkodkan, Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris memutuskan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi kesalahan menculik, hukuman sama juga atas kesalahan merogol.

Bagaimanapun, Wan Fadhilah Nor memerintahkan agar hukuman penjara bagi kedua-dua kesalahan itu berjalan serentak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.

Berdasarkan fakta kes, semasa berada di rumah di Kampung Padang Setenga, Kuala Berang, Hulu Terengganu kira-kira jam 9.30 malam 17 Januari lalu, ibu mangsa mendapati mangsa tiada di dalam biliknya.

Sejurus itu, ibu mangsa bertanyakan kepada kawan-kawan anaknya itu sebelum dimaklumkan mangsa keluar rumah mengikut kawan lelakinya yang dipanggil Rahmat, dipercayai lelaki Sabah.

Pada 18 Januari lalu, lebih kurang jam 5.30 pagi, ibu mangsa menerima panggilan daripada seorang lagi anaknya yang berada di Kuala Lumpur memaklumkan mangsa ditemui di Kuala Lumpur bersama teman lelakinya itu dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Hasil siasatan, mangsa menceritakan dia keluar dari rumah mengikut teman lelakinya untuk lari ke Kuala Lumpur dan berkahwin di sana.

Mangsa juga membuat pengakuan sudah melakukan hubungan seks beberapa kali di rumahnya sebelum ini.

Kejadian kali pertama berlaku di rumah mangsa pada awal 2012, tertuduh merogol mangsa di biliknya sebelum perbuatan itu terbongkar selepas disedari ibu mangsa yang ketika itu terkejut mendapati mereka sedang tidur berbogel di dalam bilik.

Susulan kejadian itu, ibu mangsa nekad menghantarnya mendapatkan pendidikan agama di sebuah sekolah pondok.

Bagaimanapun, keputusan itu menyebabkan tertuduh nekad membawa lari mangsa untuk diajak berkahwin di Kuala Lumpur.

Tertuduh dan mangsa ditahan polis ketika berada di Hentian Bas Putra Kuala Lumpur.
Bekas banduan mengaku rogol
JOHOR BAHRU - Seorang bekas banduan dijatuhi hukuman 20 tahun dan 16 sebatan selepas mengaku bersalah di mahkamah sesyen, di sini, atas dua pertuduhan merogol pada September dan Oktober lalu.

Tertuduh, Sazali Darus baru dibebaskan daripada hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan atas kesalahan sama pada 2001, membuat pengakuan bersalah itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin.

Bagi pertuduhan pertama, Sazali yang tidak diwakili peguam bela didakwa merogol seorang gadis berusia 19 tahun di sebuah hotel di Taman Tebrau Jaya di sini kira-kira jam 7.05 malam hingga 8.30 malam, 12 September lalu.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di hotel sama, kira-kira jam 11.30 malam hingga 12.30 malam, 26 Oktober lalu.

Sazali didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana masih tidak insaf atas kesalahan yang dilakukannya sebelum ini.

Katanya, hukuman berat perlu kerana tertuduh adalah seorang yang berbahaya dan tidak boleh berada berdekatan masyarakat, selain menjadi teladan kepada masyarakat.

Muhammad Jamil kemudian menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan lapan sebatan terhadap kedua-dua pertuduhan dengan setiap hukuman dilaksanakan secara berasingan.
Peniaga didakwa rogol anak
KAJANG - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini semalam, atas pertuduhan merogol anak gadisnya yang berusia 21 tahun, bulan lalu.

Lelaki berusia 46 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Cheras Perdana, pada 3 pagi, 23 Oktober 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan. dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siaw Chooi Chin manakala tertuduh diwakili peguam Douglas Yee.

Chooi Chin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan ia tidak dibantah oleh peguam tertuduh memandangkan anak guamnya tidak mampu membayar wang jaminan.

Bagaimanapun, Douglas berkata, pihaknya akan mengemukakan representasi berhubung pertuduhan itu.

Hakim Nor Hazani Hamzah tidak menetapkan jaminan dan sebutan kes ditetapkan pada 24 Disember depan.
Kes perogol bersiri 9 Disember
  • Kes perogol bersiri 9 Disember Laporan Sinar Harian 9 Oktober lalu.
1 / 1
IPOH – Mahkamah sesyen, di sini menetapkan 9 Disember depan memutuskan sama ada membenarkan secara bersama empat pertuduhan yang dihadapi seorang lelaki di sini, semalam.

Pertuduhan itu membabitkan tuduhan merogol dan cubaan melakukan persetubuhan luar tabii seorang pelajar tingkatan lima, September lalu.

Hakim Roshan Lutfi Mohamed menetapkan tarikh itu selepas permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Isa disebut.

Nadiah juga memohon supaya dua kes yang didakwa terhadap tertuduh, Malek Ridzuan Asroll, 27, di Mahkamah Majistret Batu Gajah iaitu menyamar sebagai anggota polis dan mencuri telefon dipindahkan ke mahkamah sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

“Saya memohon agar keempat-empat kes membabitkan rogol, cubaan melakukan seks luar tabii, menyamar anggota polis dan mencuri telefon bimbit dibicarakan bersama kerana membabitkan mangsa yang sama.

“Saya juga memohon satu tarikh lain untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa kerana sehingga kini pihak kami masih belum diperoleh,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol dan cuba melakukan seks luar tabii terhadap seorang perempuan berusia 17 tahun di kawasan Tanah Adat Mandailing, Batu Gajah kira-kira jam 9.25 malam hingga 10.15 malam pada 25 September lalu.

Dia juga didakwa pada tarikh dan masa sama telah menyamar dan mencuri telefon bimbit milik mangsa tersebut.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376, Seksyen 377(c), Seksyen 379 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Selain pertuduhan itu, tertuduh juga menghadapi lima pertuduhan lain termasuk tiga pertuduhan seksual membabitkan cubaan rogol pekerja kedai kasut berusia 15 tahun dan wanita berusia 30 tahun serta cubaan melakukan seks luar tabii terhadap pelajar berusia 13 tahun.

Bagi pertuduhan itu, dua mahkamah sesyen di sini menetapkan Jumaat ini untuk sebutan semula kes.
Pelajar SPM antara dicekup ketika leka berpesta
  • Pelajar SPM antara dicekup ketika leka berpesta Anggota polis membuat pemeriksaan di Pantai Batu 6, awal pagi semalam.
1 / 2
PORT DICKSON - Sekumpulan individu dikesan menjadikan kawasan pantai di sini untuk melakukan kegiatan tidak bermoral dengan mengadakan parti pantai atau Beach Party, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kegiatan mereka dapat dihidu pihak berkuasa apabila polis diketuai Inspektor Nursaiful Asrar Ahmad Najih membuat serbuan di Pantai Batu 6 itu, kira-kira 3.30 pagi semalam.

Dalam serbuan itu, seramai 48 individu berusia 18 hingga 35 tahun yang sedang leka bersukaria diperiksa anggota polis narkotik sebelum mendapati 27 daripada mereka positif dadah.

Turut ditahan kerana didapati positif dadah, tiga pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, serbuan dibuat berikutan aduan orang ramai, selain risikan pihaknya.

“Siasatan mendapati parti itu dianjurkan atas persetujuan bersama antara mereka. Kesemua mereka datang dari Lembah Klang termasuk Selangor," katanya.

Menurutnya, sebahagian besar yang ditahan adalah pekerja bahagian penyelenggaraan di sebuah hotel di Genting Highlands, promoter dan jurujual di kompleks membeli-belah serta
penganggur.

“Hasil ujian saringan air kencing dijalankan mendapati 27 suspek termasuk tiga pelajar terbabit positif methamphetamine. Kesemua mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port
Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abd Wahab berkata, polis turut merampas beberapa peralatan parti termasuk alat pembesar suara dan alat pemain muzik.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau berkata, polis akan terus melakukan penguatkuasaan di kawasan pantai bagi memastikan kegiatan tidak bermoral seperti itu tidak berulang.
Suspek samun, rogol diberkas
  • Suspek samun, rogol diberkas Wan Mohd Samsudin (tiga kanan) bersama anggotanya menunjukkan telefon bimbit yang berjaya dirampas dalam satu sidang media.
1 / 1
RAUB - Polis sifatkan kes samun dan rogol yang berlaku di bandar ini pada 30 September lalu sudah selesai dengan tertangkapnya dua lelaki berusia lingkungan 30an dan salah seorang daripadanya merupakan suspek utama kes itu pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, pada 23 Oktober lalu, polis Raub dengan bantuan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya menahan seorang lelaki di hadapan sebuah klinik di Puchong, Selangor.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas lelaki tersebut, polis menjumpai sebuah telefon bimbit jenis Alcatel dipercayai kepunyaan mangsa samun dan rogol.

“Hasil soal siasat mendapati lelaki itu membeli telefon bimbit tersebut daripada seorang lelaki yang juga merupakan suspek utama kes ini,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan lelaki yang ditahan itu, polis berjaya membuat tangkapan ke atas suspek di Kawasan Perindustrian Taman Pinggiran Mas, Puchong.

“Hasil soal siasat ke atas lelaki yang berasal dari Kedah itu, suspek mengaku telah melakukan jenayah samun dan rogol di asrama pekerja Tunas Manja pada 30 September lalu.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau termasuk masih dikehendaki bagi kes dadah, dibuang daerah, kecurian harta benda, dan mencabul wanita,” katanya.

Suspek dibawa ke IPD Raub dan direman hingga 31 Oktober ini manakala seorang lagi lelaki ditahan di IPD Serdang.

Pada 30 September lalu sekitar jam 9 pagi, suspek telah menceroboh sebuah asrama pekerja pasar raya Tunas Manja bandar ini bersenjatakan sebilah pisau.

Suspek kemudiannya menarik salah seorang mangsa yang sedang tidur di bilik belakang ke bilik rakan mangsa dan mengikat kaki serta tangan mangsa serta rakannya menggunakan pita pelekat dan kain.

Suspek kemudiannya menggeledah rumah, mengambil telefon bimbit jenis Sony Ericson Experia dan telefon bimbit jenis Alcatel berserta wang RM50.

Mangsa turut dirogol dalam kejadian terbabit.

 

 



3 Isteri masih tak puas


cukupHulu Klang – Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.
Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil ‘papa’ melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu.
Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.
Bagaimanapun, katanya, pada pertengahan Oktober lalu, suspek membawanya ke sebuah hotel di kawasan Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 malam dan memaksanya mengadakan hubungan seks, menurut sumber Hmetro.


Apa komen kdn n zahid komidi
Like · · · 7 minutes ago ·

Adakah tulisan Zaid Ibrahim bersifat hasutan?




Baru2 ini Dato Zaid Ibrahim menulis beberapa artikel yang kontroversi. Nama Blog dia hebat- Zaidgeist , suatu ubah suai zeitgeist. Tengok lah Google kalau nak tahu maksud perkataan ini. Ada 2 artikel terbaru yang mesti disambut oleh puak UMNO. pertama mengenai kritikan Zaid keatas tanah reseb Melayu. kedua mengenai kritikan Zaid terhadap UMNO menjadikan Melayu tidak bertamaddun.
Saya tidaklah berapa kenal dengan Zaid Ibrahim. Setahu saya  Zaid ada firma peguam yang besar. Kemudian dia jadi MP Kota Bharu. Pernah jadi menteri zaman Pak Lah. Zaid, setahu saya instrumental menyebabkan kerajaan membayar pampasan kepada beberapa orang hakim yang dibuang kerana menyokong Tun Salleh Abbas. 
Yang menjadikan Zaid legenda dalam politik Malaysia ialah kesanggupan dia meletakkan jawatan kerana tidak setuju atas dasar prinsip. 
Kemudian dia pernah aktif dalam PKR. Bertanding sebagai calun PKR di parlimen Kuala Selangor. Banyak tuduhan bersifat peribadi dilemparkan kepada Zaid ketika itu. Kaki minum dan sebagainya. Sehingga saya ingat suatu ketika Tok Guru Nik Aziz menyatakan Zaid sudah berhenti minum.
Dia banyak menulis isiu2 yang kontroversi. Hampir semua ulisan Zaid dalam bahasa Inggeris yang baik. There is an easy flow in the way he writes which makes for a pleasant reading. Saya sendiri boleh lah menulis sikit2 dalam Bahasa Inggeris standard SA( sekolah Atap) rasanya tidak mampu menulis cara Zaid Ibrahim. Tambahan pula, anak Pekan Pahang yang boleh menulis dan bertutur Bahasa Inggeris hanya Dato Najib seorang sahaja. Anak2 Pekan yang lain dungu dan bodoh. 
Bahasa nya mudah difahami dan perjalanan minda dia lancar dan teratur. Ini tulisan bukan orang dalam berkeadaan hayal, mabuk atau minum air ketum.
Saya masih ternanti nanti hero dan heroine cerita Tamil UMNO buat lapuran Polis terhadap tulisan2 Zaid Ibrahim. Sedikit waktu dahulu, dia menulis mengenai isiu tanah reseb Melayu. Dia suruh grant-putihkan semua tanah reseb Melayu supaya nilai yang terkunci pada tanah2 tersebut terlerai. Jka tidak tanah reseb Melayu yang dikatakan tidak boleh dijual kecuali kepada orang Melayu, lambat laun kerajaan UMNO akan ambil dan jual kepada Cina dan India. Lihat lah apa terjadi kepada tanah didalam kawasan Tropicana. Kita pun sudah tahu keluasan tanah reseb Melayu semakin mengecil bila kerajaan menganugerahkan tanah2 tersebut kepada kroni2. Tidak seorang pun wira dan wirawati UMNO tampil kedepan menjuarai tanah reseb Melayu yang UMNO beri kepada kroni2. Tidak seorang pun kedepan menyanggah tulisan Zaid Ibrahim mengenai perkara ini. Apa sudah jadi pada ribut dan halilintar semasa perhimpunan agung baru2 ini?
Dan saya ternanti nanti juga bantahan bahkan lapuran polis oleh soldadu2 UMNO mengenai tulisan Zaid Ibrahim mengenai jika UMNO tidak ada, orang Melayu lebih bertamaddun. Sekali lagi saya hampa. Cis, dimana lubalang UMNO? Tidak ada lapuran polis?UMNO rupa2 na yang menyebabkan Melayu tidak bertamaddun!
Bantahan yang terbuat oleh pemimpin UMNO standard ahli JKKK ini hanyalah maki dan hamun. Zaid kaki minum dan mabuk. Pemimpin UMNO pun kalau saya hendak cerita satu persatu pun kaki mabuk. Kemudian, puak UMNO akan mengatakan Zaid jangan cakap besar- dia kaya raya pun sebab UMNO yang beri.
Kepada mamat2 UMNO ini izinkan saya terangkan bagaimana UMNO kaya. UMNO kaya kalau (1) dapat saham percuma atau 100% pembiayaan (2) UMNO dapat konsesi tanah seperti Mustapha Kamal dapat ribuan ekar di Cyberjaya (3) UMNO dapat AP –kereta, impot sayur, lada, kobis, daging, beras, gula dan macam2 pun ada (4) UMNO dapat kontrak dan tender terpilih dan tender tertutup (5) UMNO jadi orang tengah membeli atau menjual untuk kerajaan.
Ini cara orang UMNO kaya. Jika kita lihat, tidak satupun cara kaya tersebut melalui menghasilkan sesuatu. Semua kaya kerana pemilikan keatas sesuatu sumber- tanah, AP, konsesi, kontak. Sebab itu kita kata puak UMNO ini rata2 nya rent seekers. Mereka jadi kaya kerana pemilikan keatas sesuatu sumber pengkayaan bukan penghasilan khidmat atau barangan.
Jadi saya nak geng2 UMNO ini menyenaraikan kekayaan Zaid Ibrahim. Berapa konsesi dia dapat? Berapa AP? Berapa kontrak dan tender terpilih dan tertutup? Berapa unit saham dia dapat? Berapa komisyen Zaid dapat?
Dedahkan ini semua supaya rakyat tahu betapa kaya nya Zaid Ibrahim dan adakah semua itu UMNO beri?
Jangan tah dedah pulak setelah sekian lama memekik melolong menghamburkan caci nista tapi tak termapu menangkis apa yang Zaid sebut melalui penghujjahan.
NGO diminta bantu mangsa banjir - Najib

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my
...See More

Umno Wangsamaju songlap apa turrrr!!!!
NGO diminta bantu mangsa banjir - Najib

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

NAJIB Tun Razak diiringi Adnan Yaakob (kiri) bertanya khabar kepada penduduk ketika melakukan tinjauan di Kampung Lamir yang dilanda banjir dekat Pekan, Pahang, semalam.

PEKAN 10 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama membantu mangsa banjir bagi meringankan beban mereka yang sedih akibat bencana itu.

Perdana Menteri berkata, sumbangan daripada pelbagai pihak secara tidak langsung membantu mangsa banjir sepanjang berada di pusat pemindahan.

"Terima kasih kepada semua pegawai kerajaan di semua peringkat termasuk polis, tentera dan agensi kerajaan atas kerjasama diberikan sehingga mangsa-mangsa banjir mendapat layanan sempurna.

"Saya juga telah meminta NGO turut memberi sumbangan bagi meringankan beban mereka," katanya berucap semasa melawat Pusat Pemindahan Balai Raya Kampung Lamir di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali dan ADUN Chini, Datuk Abu Bakar Harun.

Selain Kampung Lamir, Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan turut melawat Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Putih dan Pusat Pemindahan SK Sri Maulana di sini.

Najib berkata, kerjasama erat semua agensi kerajaan yang bertindak menyediakan bantuan kepada mangsa bencana itu adalah terkawal termasuk rawatan kesihatan kepada mereka.

Dalam pada itu, katanya, beliau mengambil keputusan mengadakan lawatan singkat ke Johor Bahru, Johor hari ini kerana mahu melawat semula ke daerah-daerah di negeri ini yang dilanda bencana itu.

"Saya tidak sedap hati kerana memikirkan keadaan mangsa banjir termasuk di Pekan yang terpaksa melalui keadaan serta dugaan ekoran bencana menimpa kawasan terbabit.

"Saya singkatkan lawatan ke Johor Bahru untuk mempengerusikan mesyuarat Khazanah Nasional Berhad dan selepas itu terus ke sini (Pekan) bagi meninjau keadaan mangsa banjir," ujarnya.
Like · · · 17 minutes ago ·
Noah Zig posted 2 updates.

Like · · · 18 minutes ago ·
Lagak waris penjajah Inggeris.
LAWAK UMNO...!

Tiada ulasan: