Khamis, 19 Disember 2013

DIUNDI...DIPILIH OLEH RAKYAT...BUAT PELBAGAI JANJI SEMASA PRU 13...KEMUDIAN TINDAS RAKYAT....TAK TOLONG RAKYAT....ADAKAH MEREKA NI KACANG LUPAKAN KULIT

BERITA YANG GERENTI TIDAK AKAN DI SIARKAN OLEH RTM, TV3, UTUSAN DAN BERITA HARIAN .... DSAI TOKOH POLITIK PALING POPULAR KATA CARIAN GOOGLE .. NAJIB NOMBOR EMPAT!!! !!!!


Carian Google : Anwar Tokoh Politik Paling Popular 2013

Nampaknya bertambah pedih milu hati para penyokong dan ahli UMNO dengan apa yang dihebahkan ini .. walaupun dihina, diaibkan, difitnah, ditekan, dizalimi, ditindas namun beliau tetap di nobat sebagai ahli politik terkemuka dinegara ini .. tiada siapa boleh menafikannya. .. ini adalah hakikat nyata.

Najib berada di kedudukan nombor empat.

Google semalam telah mengeluarkan 5 senarai carian paling popular bagi kategori-kategori tertentu sepanjang tahun 2013. Google Zeitgeist 2013 menyenaraikan 16 kategori popular di Malaysia iaitu kereta, jenama fesyen, ahli politik, destinasi tempatan, portal-portal online, drama tempatan, individu, personaliti sukan, carian popular di gajet mudah alih, carian popular di gajet mudah alih untuk laman web tempatan,  rancangan popular tv,  trending untuk selebriti di Malaysia,  trending untuk filem-filem di Malaysia, trending filem antarabangsa,  trending carian, dan trending lagu .

Bagi kategori kereta , 5 carian paling popular mengikut turutan ialah Proton Suprima, Proton Saga SV, Nissan Almera, KIA Cerato dan Toyota VIOS. 

Kategori  jenama fesyen pula menunjukkan jenama Coach berada di  tempat pertama diikuti jenama Louis Vuitton, Burberry, Gucci dan Zara .

Dengan pilihanraya umum yang diadakan pada bulan May 2013 , senarai ahli politik turut menjadi antara carian popular rakyat negara ini. 

Empat orang ahli politik dari kalangan pemimpin pembangkang  menduduki 5 senarai  teratas dalam pencarian di Google kecuali Perdana Menteri , Najib Razak yang berada di kedudukan ke-4.  Mereka adalah Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat) , Lim Kit Siang (Ketua Parlimen DAP) , Aspan Alias (Ahli DAP) , dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR).

Bagi carian destinasi tempatan, tempat-tempat pelancongan yang mendapat perhatian di kalangan pengguna Google ialah Genting Highland, Langkawi, Gold Coast Morib, Pulau Perhentian, dan Pulau Pinang.

Portal-portal online yang popular dalam carian pula ialah Malaysiakini, KOSMO, Berita Harian, Sinar Harian dan Harakah.


ZAHID PUNYA PASAL KDN KENA GANYANG

Zaid Hamidi terus mengelupur setelah mendakwa orang nombor dua PAS adalah penganut syiah. 10 perkara yang kononnya bukti yang menunjukkan Mat Sabu menganuti syiah lebih kepada tuduhan bukan bukti.

Tiada satu perkara pun yang dinyatakan oleh KDN boleh dikategorikan sebagai bukti. Kesemuanya adalah berbentuk tuduhan.

Bukan sedikit orang yang mengkritik KDN setelah mendedahkan apa yang mereka dakwa sebagai 'bukti'

Selaian para blogger dan facebooker pro PR, KDN juga ditempelak oleh blogger pro umno sendiri. Ada blogger yang berasa malu dengan 'bukti' yang dikeluarkan oleh KDN.

Husam Musa menyifatkan KDN sebagai badut sarkas kerana 10 bukti yang diwar-warkan langsung tidak berupa bukti.

“Dakwaan itu menjadikan pertunjukan sarkas paling top di abad ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tauke sarkas dan menjadikan pegawai Kementerian Dalam negeri (KDN) sebagai badut sarkas, bahkan selepas ini mereka boleh ronda seluruh Malaysia kerana semalam pertunjukan baru bermula di Putrajaya.

“Mereka boleh menghiburkan rakyat Malaysia yang sedang mengelamun dengan kenaikan harga barang. Selepas ini mereka boleh lupa beban kos sara hidup,”
kata Husam Musa.

Ibrahim Ali juga tidak melepaskan peluang membelasah KDN. Sebagai seorang yang meminati Kohmeini, Ibrahim turut merasa tempias daripada 10 bukti Mat Sabu Syiah.

Ketua Syiah Kedah terang-terang manafikan Mat Sabu syiah. Setidak-tidaknya bukan syiah Kedah. Beliau mendakwa tidak pernah bertemu Mat Sabu dalam mana-mana acara syiah sepanjang 5 tahun pemerhatiannya.

Menyedari 10 'bukti' yang KDN keluarkan tidak boleh diterima pakai sebagai bukti, Zahid mencabar Mat Sabu membuktikan dirinya bukan syiah.

Paling rosak minda, entah mana dia belajar yang tertuduh perlu memberikan bukti. Tukang tuduhlah sepatutnya memberikan bukti yang realistik bagi menyokong tuduhannya.

Setelah bukti dikeluarkan oleh tukang tuduh, baharulah tertuduh perlu membela diri.
Shahidan selar KDN: Hukum Syiah boleh tetapi jangan Wahhabi
Posted on Thursday, December 19 @ 10:29:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) menyelar Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari kerana turut melibatkan aliran Wahhabi dalam serangan kerajaan terhadap penganut fahaman Syiah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahhabi dan ramai orang-orang Umno marah dengan tindakan tersebut.

"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahhabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," katanya dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.

"Kita tidak ada masalah dengan tindakan Zamihan dalam menentang pengaruh Syiah.”

Zamihan sebelum ini semasa masih bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah menjadi kontroversi apabila mengaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, Shahidan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan fahaman Wahhabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Menurut Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis itu, pengasas fahaman Wahhabi Syeikh Muhammad Abdul Wahab lebih mirip melaksanakan amalan Nabi Muhamad dan sebahagian besar daripada ajarannya diasaskan oleh Muhammad Ibni Hanbal yang merupakan imam kepada mazhab Hanbali.

"Muhammad Abdul Wahab menaikkan semangat jihad dan menentang orang-orang putih yang telah pun menguasai Bani Uthmaniyyah (memerintah Mekah/Madidinah di bawah negara Hijaz) bila penguasaan British semakin bertambah kuat," katanya.

"Oleh kerana gerakannya yang berpengaruh itu, British menulis buku gerakan tersebut bernama 'Wahhabi'," katanya.

Shahidan turut menjelaskan Wahhabi bukanlah satu mazhab kerana sebenarnya ia tetap mengikut ajaran Sunni.

"Kerana itu saya selalu kata Wahhabi umpama hantu yang kita selalu sebut tapi kita tidak nampak bagaimana. Bertanduk atau tidak? Ramai yang sebut tidak faham apakah itu Wahhabi," katanya.

Menurut Shahidan, Syiah perlu ditentang kerana fahaman itu dibentuk berasaskan gerakan politik tidak seperti mazhab Sunni yang berteraskan ajaran Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, rakyat di negara ini seharusnya tidak terkeliru dengan perbezaan Syiah dan Sunni.

"Islam di Malaysia adalah Sunni iaitu berpandukan mazhab Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali dan mana-mana fahaman dan agama Islam sendiri selain daripada itu adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk diamalkan.

"Dan gerakan Syiah ini ditentang kerana mereka menentang mana-mana pemerintah selain Saidina Ali," katanya.

Bagaimanapun pada tahun 2004, Shahidan bersama-sama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam Tan Sri Abdul Hamid Othman menandatangani perjanjian Amman Message.

Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.

Bagaimanapun kini Shahidan berkata, Syiah menimbulkan ketegangan kepada sesebuah negara dan itulah sebabnya mengapa kerajaan menentang mereka pada ketika ini.

"Ia sudah termaktub dalam undang-undang, siapa yang amalkan Syiah maka dia bersalah. Orang itu tidak boleh amal dan kembangkan jika dia seorang dalam rumahnya pun, dia masih tidak boleh amalkan." – 19 Disember, 2013.-tmi

AWAS!!!! ... BERITA PALSU UNTUK MEMBURUKKAN KERAJAAN PR SELANGOR KINI BERLEGAR KENCANG!!!




Sekiranya anda menerima apa2 kenyataan tentang Program Jom Shopping Kembali ke Sekolah dengan bantuan baucher RM200 sila maklum bahawa ianya adalah palsu yang disebarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab bertujuan mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Tolong sebarkan.

-YB Dr Halimah, Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor
Berita palsu tersebut adalah seperti berikut:----


"Program Jom Shopping Kembali Ke Sekolah. Setiap anak Selangor yang mahu kembali ke sekolah akan diberi bantuan baucer RM200 untuk membeli barang keperluan sekolah di semua pasaraya kecuali Mydin dan Kedai Rakyat 1Malaysia. Syarat, mereka yang bersekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 atas. Hanya perlu bawa kad pengenalan dan datang bersama ibu bapa (pengundi negeri Selangor) untuk mendapatkan baucer RM200 di pusat khidmat DUN mulai 16 Disember hingga 28 Disember 2013. Sebarang kemusyikilan sila hubungi Sekretariat Exco Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Norlee 019-3942958, Razak Rashid 019-3480027, Kamaluddin 012-3500077. Merakyatkan Ekonomi Selangor"

Jelas pihak tertentu sudah tidak mampu berdepan dengan Pakatan rakyat makan jalan yang dia mampu ialah menipu dan memfitnah dengan harapan rakyat akan keliru.

KUANTAN: Polis hari ini mendedahkan ada beberapa ceti haram atau along yang bergiat di Genting Highlands menerima kenderaan serta barangan kemas sebagai cagaran pinjaman, dan barangan terbabit kemudian dijual.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Azizan Md Isa berkata berdasarkan laporan yang diterima oleh polis, mangsa hanya mengetahui kenderaan dan barangan kemas mereka dijual apabila menuntut semula barangan itu selepas beberapa bulan.

Kebanyakan mangsa ialah mereka yang kalah judi dan terdesak untuk mendapat pinjaman, katanya dalam sidang media selepas operasi menurunkan poster along bersama Majlis Perbandaran Kuantan di sekitar bandar Kuantan, hari ini.

Bagaimanapun kata Azizan, polis sukar mengesan ceti haram terbabit kerana kekurangan bukti.

Mengulas operasi hari ini, beliau berkata sebanyak 362 kain rentang yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan diturunkan, selain mengambil 21 nombor telefon untuk dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi siasatan lanjut. - Bernama
KANGAR: Jawatankuasa PAS Perlis bagi sesi 2013-2015 selesai dibentuk hari ini dengan penampilan beberapa muka baru yang akan bergandingan dengan pimpinan sesi lalu yang masih dikekalkan.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli (gambar) mengumumkan bekas Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 dan Hassan Ismail sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Manakala Timbalan Yang Dipertua PAS Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3.

Bagi jawatan Setiausaha pula, Mohd Shukri mengumumkan pelantikan bekas calon Parlimen Kangar yang juga Timbalan Yang Dipetua PAS Kangar, Baharuddin Ahmad ke jawatan itu dan Abu Ayman Aroff sebagai Bendahari.

Bendahari sesi lalu, Abdul Karim Md Rejab pula dilantik selaku Pengarah Pilihanraya dan Ustaz Ailyas Abdul Rahman sebagai Ketua Penerangan.

Jawatankuasa Harian PAS Perlis turut dianggotai Ketua Ulamak, Ustaz Idris Yaacob; Ketua Pemuda, Ustaz Yussaine Yahya dan Ketua Muslimat, Latifah Mat.

Selain itu, Ustaz Yahaya Ahmad dilantik sebagai Penolong Setiausaha 1 bersama Muhammadd Azrin (Penolong Setiausaha 2 ) dan Suhanawati Jaafar (Penolong Setiausaha 3).

Mohd Shukri turut mengumumkan Ahmad Tajuddin Salleh, Ustaz Ustaz Abu Munqiz As-Syafie, Amnah Abdul Rahman, Sarudin Abu Bakar dan Jaafar Daud sebagai jawatankuasa tambahan.
PUTRAJAYA: Sebanyak 30,988 atau 7.33 peratus daripada lebih 462,940 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, berdasarkan keputusan yang diumumkan Khamis.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata keputusan itu lebih baik berbanding 30,474 orang pada 2012 iaitu meningkat 0.41 peratus atau 514 calon.

Beliau berkata prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam menunjukkan peningkatan dari segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).

"Bagaimanapun, GPMP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkan sedikit penurunan 0.03 mata kepada 2.35 mata pada 2013 berbanding 2.32 tahun lepas," katanya pada sidang media bagi mengumumkan keputusan PMR 2013 di sini hari ini.

Khair berkata penurunan prestasi subjek Bahasa Melayu adalah kecil dan menunjukkan perubahan yang tidak signifikan.

Menurut Khair, jumlah calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 307 calon (0.07 peratus) tahun ini daripada 241 calon (0.05 peratus) tahun 2012.

Keputusan itu turut menunjukkan pencapaian calon bandar dan luar bandar hampir setara dengan gred purata masing-masing 2.56 dan 2.81.

Bagi calon berkeperluan khas pula, ia mencatatkan penurunan sebanyak tiga calon apabila sebanyak 11 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran daripada 2,300 pelajar yang menduduki peperiksaan berkenaan berbanding 14 calon mencatatkan gred A pada 2012, katanya.

"Bilangan calon berkeperluan khas yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum dalam semua mata pelajaran meningkat daripada 22 calon (1.27 peratus) pada 2012 kepada 49 calon (2.13 peratus) bagi tahun 2013, jumlah peningkatan sebanyak 27 calon (0.86 peratus).

Dalam pada itu, Khair berkata mulai tahun depan (2014), peperiksaan PMR bukan dalam bentuk peperiksaan tetapi dalam bentuk penaksiran membabitkan pentaksiran physcometric, sukan, kokurikulum dan beberapa perkara lain.

Kaedah pentaksiran itu merupakan tindakan penambahbaikan dalam sistem pelajaran negara oleh kementerian, katanya.

Di KUALA LUMPUR, 1,683 daripada 19,440 calon mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil, kata Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus.

Katanya GPMP bagi 10 daripada 14 subjek yang ditawarkan di WPKL juga mengatasai gred purata di peringkat nasional.

Empat sekolah mencatatkan kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Dua calon berkeperluan khas turut mendapat keputusan cemerlang Gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki iaitu daripada kategori buta dan seorang dari kategori rabun.

Di ALOR SETAR, jumlah calon yang mendapat A bagi semua mata pelajaran di Kedah meningkat kepada 6.8 peratus, peningkatan sebanyak 0.14 peratus berbanding pencapaian tahun 2012 iaitu 5.94 peratus. - Bernama
KUALA LUMPUR: Cabaran Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar agar kerajaan negeri membeli saham majoriti di dalam syarikat konsesi lebuh raya jika mahu membantah kenaikan tol menunjukkan beliau tidak prihatin kepada penderitaan rakyat.

“Beliau tidak sepatutnya menempelak usaha kerajaan negeri untuk menghalang kenaikan ini tetapi sama-sama memikirkan cara-cara untuk memastikan kenaikan ini tidak berlaku,” ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar Abdul Samad.

Katanya, kenaikan tol sepatutnya dibantah oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik kerana yang akan terbeban dengan kenaikan tersebut adalah seluruh rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli Umno.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata, dengan kenaikan ini kos barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan lebuh raya sudah tentu akan meningkat.

Contohnya, kata beliau kos barangan yang dihantar melalui lebuh raya sudah tentu akan naik dan ini bermakna kenaikan tol akan juga memberi kesan kepada rakyat yang tidak menggunakan lebuh raya.

“Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sebagai kerajaan negeri berkebajikan komited untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, jelasnya terbukti dengan pelbagai program-program jangkapendek dan jangka panjang untuk membantu rakyat.

“Oleh yang demikian arahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghalang kenaikan tol bagi lebuhraya di mana ia mempunyai pegangan saham adalah konsisten dengan pendirian kerajaan negeri selama ini,” katanya lagi

Iskandar menambah, walaupun jika Noh hendak mempertahankan kenaikan itu sekurang-kurangnya beliau mencadangkan cara-cara bagaimana beban rakyat dapat dikurangkan.

Katanya, Umno sering mengajak PAS bermuzakarah demi kepentingan ummah secara khusus dan rakyat secara am tetapi sikap yang ditunjukkan oleh Pengerusi Umno Selangor itu menunjukkan pemimpin-pemimpin Umno hanya mementingkan keuntungan politik.

“Sehubungan itu, saya berpandangan adalah lebih baik Umno mencari pemimpin lain yang lebih prihatin kepada kebajikan rakyat untuk memimpin Umno Selangor.

“Pada saya, terdapat pemimpin-pemimpin lain seperti YB Datuk Shamsuddin Lias, Ahli Dewan Negeri Sungai Burung yang lebih layak memimpin Umno Selangor,” katanya.
Kenyataan Media MKN bertarikh 18 Disember 2013 bertajuk "Perkembangan Terkini Status Bencana Banjir Seluruh Negara dan Persiapan Kerajaan Dalam Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013/2014" adalah dirujuk.

Di sini saya ingin mengalu-alukan pemakluman berkenaan kemungkinan berlakunya Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013 beserta dengan langkah-langkah menghadapi situasi ini yg telah digariskan oleh Setiausaha MKN Datuk Mohammad Thajudeen Bin Abdul Wahab.

Saya juga mengalu-alukan langkah mengatur gerak aset pengurusan banjir di negeri-negeri yang tidak terjejas banjir ke negeri Trengganu, Pahang dan Johor. Alangkah baiknya sekiranya MKN telah berbuat demikian sewaktu Gelombang Pertama dahulu.

Oleh kerana banjir Gelombang Pertama merupakan sesuatu yang luar biasa, juga tanpa amaran menyeluruh yang dikeluarkan oleh MKN, didapati keadaan amat gawat pada awal pagi 4 Disember apabila didapati ribuan mangsa telah berpindah ke pusat-pusat pemindahan banjir di Kuantan. Di dalam keadaan yang sungguh gawat ketika itu, saya berasa amat kesal kerana MKN lambat bertindak dan lambat pula mengambil langkah-langkah korektif daripada pengurusan banjir secara biasa kepada pengurusan banjir secara luar biasa.

Saya juga berharap semoga MKN telah belajar melalui kesilapan mereka di dalam menghadapi Gelombang Pertama Banjir 2013 dan telah juga mengambil langkah penambahbaikkan di dalam Prosedur Pengurusan di pusat-pusat pemindahan banjir.

Di antaranya ialah supaya MKN melantik pihak yang terlatih dan tidak terlibat dengan banjir untuk mengurus pusat pemindahan banjir. Di dalam keadaan JKKK - Jawatankuasa Kebajikan dan Kemajuan Kampung bertanggungjawab mengurus pusat-pusat permindahan, disini lah kita lihat kelemahan-kelemahan di dalam pengurusan pusat pemindahan dan justeru itu kelemahan di dalam menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir.

Di antaranya:

1) Mereka sendiri (JKKK) merupakan mangsa-mangsa banjir sebab mereka pun dari kawasan setempat. Maka lambatlah mereka dapat mendaftar diri untuk menjalankan tugas. Mereka juga perlu selamatkan diri, keluarga dan harta benda. Saya kira mereka patut di bebaskan dari beban mengurus pusat pemindahan.

2) Adalah diiktiraf bahawa mereka(JKKK) punyai pengalaman uruskan mangsa banjir yang biasa berlaku tiap tahun di mana mangsa banjir di pusat pemindahan berjumlah paling ramai 500 orang rata-rata. Namun mereka sama sekali tidak punyai kepakaran pentadbiran mahupun kemampuan mengurus Pusat Permindahan di mana terdapat 3,000 sehingga 5,000 mangsa banjir seperti yang berlaku sewaktu Gelombang Pertama baru-baru ini. Sebab itulah kita dapati banyak aduan mangsa yang kelaparan di dalam keadaan makanan bertimbun-timbun. Antara alasan yang diberikan JKKK ialah peralatan tidak mencukupi. Pada saya itu ialah isu pentadbiran yang seharusnya boleh diatasi namun gagal diatasi oleh pihak pengurusan pusat pemindahan iaitu pihak JKKK.

3) Begitu juga apabila mangsa terpaksa tidur di atas lantai simen selama 3 atau 4 malam kerana kekurangan alas tikar dan selimut. Saya yakin ianya sesuatu yang boleh dielakkan sekiranya pengurusan pusat pemindahan banjir diurus dengan cara lebih profesional.

4) Makanan yang diperlukan di awal mangsa dipindahkan ialah makanan segera dimakan seperti roti. Apa yang dilihat berlaku ialah terdapat beras bertimbun dan sardin dalam tin di dalam keadaan tiada siapa yang bersedia untuk memasak.

5) Melantik pihak profesional untuk mengurus pusat pemindahan banjir juga boleh mengelak daripada keadaan pilih kasih berlaku. Oleh kerana JKKK adalah merupakan dari kampung yang terlibat mereka dikenali oleh semua warga di pusat pemindahan. Aduan pilih kasih dan pemberian kepada kroni, sama ada benar atau tidak boleh dielakkan.

Kita harus akur bahawa keadaan mangsa banjir yang menyabung nyawa meninggalkan rumah mereka dalam air yang deras. Kemudian pula dalam keadaan kesejukan tiada makanan dan tiada pakaian gantian dan juga tiada selimut, telah melalui keadaan trauma yang amat tinggi. Wajarlah kebajikan mereka diuruskan oleh pihak yang tidak terlibat dengan banjir yang tentu sekali boleh memaparkan tahap pengurusan yang lebih profesional.

Akhir kata saya ingin menyeru supaya MKN sendiri bersifat lebih profesional di dalam menangani insiden banjir Gelombang Kedua ini sekiranya berlaku (doa dijauhkan Allah). Juga diharap tidak sekali-kali di politikkan isu ini seperti dalam jawapan Setiausaha MKN kepada surat terbuka Nur Adilla Abdul Rahim.

Bencana banjir besar seperti ini tidak diingini oleh sesiapa. Akan tetapi Allah SWT sahaja yang tahu akan hikmahnya. Dan sama-samalah kita bantu membantu di antara satu sama lain tanpa mengira sempadan politik.

Fuziah Salleh adalah Ahli Parlimen Kuantan yang juga Naib Presiden PKR.
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh mengamalkan sindrom penafian apabila rakyat menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos hidup yang kini menyebabkan rakyat semakin resah.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, penyelesaian populis dengan memberi wang tunai kepada rakyat tidak boleh diterima sebagai penyelesaian yang betul kerana ia hanya suatu suntikan tahan sakit yang hanya bersifat sementara.

“Yang penting dan lebih asasi ialah mengatasi isu penyelewengan dan salah urus wang negara,” ujarnya dalam satu kenyataan, seperti di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendiran bahawa kenaikan kos hidup akibat pelbagai pengumuman kerajaan mengenai langkah mengurangkan subsidi dari satu barangan ke satu perkhidmatan dalam jangka waktu yang sangat singkat, sangat membebankan rakyat.

Walaupun alasan kenaikan kos tidak dapat dielakkan namun realiti ketirisan wang awam akibat perbelanjaan boros di peringkat kerajaan juga tidak dapat diterima sama sekali.

Akibatnya apa yang dikatakan rasionalisasi subsidi dalam perbelanjaan kerajaan ternyata memberi kesan yang semakin memburukkan ekonomi negara. Ia tidak lagi boleh dinamakan rasionalisasai subsidi tetapi adalah rasionalisasi pemborosan.

Sementara kami faham bahawa rasionalisasi subsidi ada alasannya namun ia tidak membawa makna apa-apa jika tidak berlaku serentak dengan itu  rasionalisasi perbelanjaan.

Apa yang mengecewakan ialah kerajaan masih sepi ketika usul rasionalisasi perbelanjaan diketengahkan. Isu ketirisan, boros dan salah berbelanja oleh pemimpin kerajaan dan berlaku skandal  seperti yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara sangat mengecewakan.

Kami tidak dapat menerima alasan kerajaan bahawa tidak ada pilihan untuk mengelak negara jadi muflis selain menghapuskan subsidi. Konsep subsidi adalah untuk mengurangkan beban rakyat.

Persoalan yang harus diketengahkan ialah ada subsidi yang tersalur kepada mereka yang tidak layak. Subsidi untuk rakyat berpendapat rendah adalah kewajaran yang mesti ditunai oleh kerajaan. Mekanisme subsidi itulah yang perlu diperbaiki.

Lebih serius lagi wang subsidi yang dijimatkan tidak pula diguna dengan berkesan untuk kebaikkan rakyat, malah gejala salah urus wang awam terus berlaku.

Keghairahan untuk melaksana projek yang tidak rasional seperti Menara Merdeka, konsesi yang berat sebelah kepada PLUS dan IPP,  membenarkan Bernas dibolot sepenuhnya kepada seorang korporat,  tidak pula dilihat sebagai membelakangi kepentingan rakyat.

Kerajaan mendakwa bahawa ia tidak mensubsidi IPP tetapi kenapa ia harus membeli bekalan eletrik dan gas dari IPP padahal TNB mempunyai lebihan tenaga elektrik.

Isu sebenar yang sepatutya ditumpukan ialah membersihkan salah urus dan salah guna kuasa yang telah menyebabkan wang awam dibelanjakan secara boros manakala rasuah tidak dikekang dengan berkesan.

Sementara itu pula, aliran wang keluar negara secara haram telah mencecah lebih USD285 bilion. Malaysia, menurut Global Financial Integrity adalah negara ketiga tertinggi di dunia mengenai gejala aliran keluar wang haram.

Ketika kerajaan mengumumankan rasionalisasi subsidi, apakah rakyat bawahan yang bergelut untuk mencari nafkah seharian dapat menerima rasional  kenaikan kos hidup sedangkan mereka terus menyaksikan penyelewengan, kelemahan pengurusan wang dan pemborosan berlaku di kalangan pemimpin negara.

Kerajaan harus bersikap jujur dan sensitif dengan teguran yang diutarakan oleh pelbagai pihak yang menyatakan keresahan akibat pelbagai pengumuman kerajaan yang bertali arus yang telah menyebabkan kenaikkan harga barang dan perkhidmatan yang semakin terasa bebannya oleh rakyat.

Pelbagai pengumuman program transformasi yang diwar-warkan oleh kerajaan tidak membawa erti kepada rakyat bila kehidupan seharian mereka semakin terjejas akibat kenaikan kos hidup.

Kerajaan tidak boleh mengamalkan sindrom penafian apabila rakyat menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos hidup yang kini menyebabkan rakyat semakin resah.

Penyelesaian populis dengan memberi wang tunai kepada rakyat tidak boleh diterima sebagai penyelesaian yang betul kerana ia hanya suatu suntikan tahan sakit yang hanya bersifat sementara.

Yang penting dan lebih asasi ialah mengatasi isu penyelewengan dan salah urus wang negara.

MARAN: Tanpa mengenal sempadan, aktivis PAS Gombak memerah keringat membantu membersihkan Masjid Kampung Sekara, Chenor dekat sini yang ditenggelami air dalam kejadian banjir besar baru-baru ini.
Usaha gotong royong membersihkan rumah Allah itu diketuai Ahli Dewan Negeri (Adun) Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Ridzwan.
Bersama-sama empat petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia dan 20 anggota Jabatan Amal Gombak, Hasbullah turut membantu membersihkan kawasan yang ditenggelami air di Chenor.
Menurut Pengurus PKM Dun Gombak Setia, Ramli Talib, usaha kebajikan ini perlu dicontohi pusat khidmat yang lain kerana khidmat kepada masyarakat bukan sahaja perlu dilaksanakan di kawasan sendiri malah di tempat lain yang ditimpa musibah.


Tiada ulasan: