Selasa, 10 Disember 2013

KATA GURUKU....MENUNTUT ILMU(AGAMA) PASTU BARU JADI PEMIMPIN.....DAH JADI PEMIMPIN TAK SEMPAT LAGI MENUNTUT ILMU

Kalau Berpura-Pura Tanda Syiah, Dalam UMNO Pun Ramai Penganutnya
Posted on Monday, December 09 @ 22:44:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Oleh Shahbudin Husin
Dalam reaksi awalnya mengenai dakwaan yang dibuatnya di penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu bahawa orang nombor dua dalam Pas iaitu Mohamad Sabu mengamalkan ajaran Syiah, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, bukti terperinci mengenainya akan dibuat dalam sidang akhbar khas yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, Ketua Setiausaha KDN, Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya akan mendedahkan bukti-bukti mengenai dakwaan yang dibuatnya itu dan pemimpin yang didakwa itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam amalan Syiah itu.

"Kenapa dia perlu takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti, dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," tegas Naib Presiden UMNO itu lagi.

Adoyai, takkan sikap berpura-pura boleh dikaitkan dengan Syiah!

Sementara menunggu sidang akhbar khas itu diadakan dan bukti-bukti lain didedahkan, sehingga ini pemahaman Zahid ialah orang-orang yang berpura-pura sudah boleh dikategorikan sebagai pengamal ajaran Syiah. Tidakkah ini lawak jenaka jadinya?

Mengaitkan sikap dan perangai berpura-pura sebagai elemen Syiah adalah terlalu dangkal dan lemah. Pura-pura ialah salah satu sikap dan perangai manusia. Ia tidak ada kena-mengena dengan agama atau amalan Syiah. Berpura-pura juga tidak mengenal agama, bangsa dan warna kulit.

Dalam Islam ada orang yang berpura-pura, di kalangan bukan Islam pun ada. Di kalangan orang putih atau di kalangan orang Negro pun ada sikap itu. Begitu juga di kalangan bangsa dan agama lain. Pendeknya, sikap dan perangai berpura-pura ini boleh didapati di mana-mana saja. Ia ada di Amerika, di negara-negara Arab, di zaman dahulu, zaman sekarang dan zaman akan datang. Di negara kita pun ramai yang berpura-pura.

Ia juga tidak mengenal Islam atau bukan Islam, Syiah atau bukan Syiah.

Di dalam Pas ada yang berpura-pura, malah di dalam UMNO juga mungkin lebih ramai jumlahnya. Bagi yang pernah bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO, sama ada di peringkat bahagian atau Majlis Tertinggi, tentu amat faham tentang perangai berpura-pura ini.

Adakah ini bermakna dalam UMNO juga ramai penganut Syiah?

Suatu ketika, pernah seorang pemimpin UMNO yang bertanding jawatan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia melahirkan rasa kecewanya dengan sikap perwakilan UMNO yang bersikap berpura-pura didepannya dengan mengatakan telah memberikan undi kepadanya sedangkan beliau akhirnya kalah juga.

Kata pemimpin tersebut, kalau ikutkan yang bersalam dan mengaku memberi undi kepadanya, jumlahnya hampir 1500 orang tetapi akhirnya undi yang diperolehinya tidak sampai pun 300 jumlahnya. Apakah mereka itu penganut Syiah belaka?

Sudah tentulah tidak masuk akal untuk mengatakan berpura-pura itu salah satu elemen Syiah kerana sikap itu bersifat umum dan ada pada semua kelompok manusia, dan bukannya ciri mutlak orang Syiah.

Sebagai Menteri Dalam Negeri yang berani membuat dakwaan secara terbuka kepada Mat Sabu sebagai pengamal Syiah, Zahid Hamidi tidak seharusnya cuba berselindung dengan memberi hujah atau bukti yang longgar dan umum mengenai dakwaan yang dibuatnya sehingga akhirnya tafsiran umum ialah beliau sengaja membangkitkan isu itu sekadar untuk meraih publisiti semata-mata.

Ini kerana dengan hujah atau bukti yang longgar, sudah tentu orang yang dituduh dengan mudah saja menangkis dakwaan itu dan penyudahnya dakwaan mengenai Syiah yang dibangkitkannya itu hanya menjadi mainan dan berlegar-legar di media sahaja.

Dalam kes Mat Sabu ini, kalau sekadar satu atau dua kejadian Timbalan Presiden Pas itu pernah bersikap berpura-pura saja sebagai bukti yang ada untuk menuduhnya mengamalkan ajaran Syiah, lebih baiklah ianya tidak didedah atau digembar-gemburkan kepada umum. Bukti-bukti yang lebih kukuh, konkrit dan jelas haruslah dikemukakan.

Jika setakat itu saja asasnya yang menjadi pegangan Zahid Hamidi, bermakna ramailah pengamal Syiah ini, termasuk sebahagian besar ada di dalam UMNO sendiri. (SH 09/12/2013)-shahbudindotcom


 Syiah: Pas nak tengok bukti dahulu
Posted on Monday, December 09 @ 21:42:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"SHAH ALAM - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan bukti yang menyatakan pemimpin nombor dua Pas terlibat ajaran Syiah.

Beliau berkata jika benar seperti yang dikatakan menteri tersebut, Pas akan mengambil bertindak termasuk meminta pemimpin terlibat mengangkat sumpah.

"Zahid kemukakanlah dulu bukti, kalau Zahid ada.

"Saya tak mahu Mat Sabu sumpah dahulu, kita nak tengok bukti dulu.

"Saya pun nak tengok (bukti), lepas itu baru kita boleh ambil tindakan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan nama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kembali dikaitkan dengan ajaran Syiah.

Perkara itu dinyatakan oleh Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno pada ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Umno.

Susulan itu, Mohamad atau Mat Sabu telah menyatakan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahmad Zahid sekaligus mengakui beliau adalah pengikut dan pengamal ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Terbaru, Ahmad Zahid berjanji akan mendedahkan bukti mengenai pemimpin nombor dua Pas terlibat ajaran Syiah.

Dalam pada itu,  Harun yang juga Pesuruhjaya Pas berkata, dalam perlembagaan Pas ahlinya adalah mesti daripada pengikut Sunni.

"Saya tak tahu, saya tak terima apa-apa laporan mengenai Syiah dalam parti.

"Lagipun perlembagaan kita telah tetapkan ahli Pas mesti mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," jelasnya.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Monday, December 09 @ 21:42:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Muslimat Pas Desak Ulama Umno Kaji Ucapan Najib
Posted on Monday, December 09 @ 20:21:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak golongan ulama Umno mengkaji ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa hanya Umno tempat Melayu bergantung harapan.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, ucapan hanya Umno tempat Melayu bergantung boleh membawa syirik rububiyyah.

Ini kerana katanya, jika yang mengucapkan itu yakin dan iktikad bahawa tanpa Umno rakyat Melayu akan hilang tempat pergantungan sedangkan Islam mengajar ucapan Allahussomad (hanya Allah tempat bergantung).

"Para ulama dalam Umno seharusnya mengkaji ucapan ini sebab ia merupakan ucapan daripada seorang pemimpin negara. Kita tidak mahu ucapa yang boleh membawa rosaknya akidah rakyat, walaupun daripada pembesar negara," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang mengingatkan supaya Perdana Menteri mesti bertaubat kerana rezeki kerajaan dan rakyat semuanya adalah milik Allah SWT.

Menurut beliau, apakah itu ucapan daripada seorang pemimpin yang mempunyai penghayatan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang mereka laungkan.

"Mereka mengaku berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah sedangkan ucapan mereka bercanggah dengan prinsip atau pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah," tegasnya.

Siti Zailah berkata, Najib sering mengucapkan tentang kedudukan orang Melayu akan terancam jika Umno tidak memerintah atau Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa Malaysia.

Katanya, pelbagai ucapan ancaman kepada orang Melayu oleh Najib dan pimpinan Umno seolah-olah di Malaysia hanya Umno yang memberi rezeki dan penentu masa depan orang Melayu.-hd


 “Budak-budak baju merah” yang bantu kami, kata mangsa banjir
Posted on Monday, December 09 @ 19:22:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"I really salute ini budak-budak baju merah. Every time ada disaster you boleh nampak dia orang. They come in quietly, do their work, and then quietly they leave. No fanfare, no TV3," komen seorang bukan Melayu yang kini tersebar luas dalam media sosial.

(Saya sangat tabik budak-budak baju merah ini. Setiap kali ada musibah, awak boleh nampak  mereka. Mereka datang senyap-senyap, buat kerja mereka, dan kemudiannya pergi senyap-senyap. Tanpa laporan media, tanpa TV3).


Tuan Ibrahim Tuan Man memikul bekalan untuk dihantar kepada mangsa banjir dengan ditemani anggota Unit Amal.

Budak-budak baju merah adalah anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Kini ribuan daripada mereka sedang membantu mangsa banjir khasnya di Kuantan dan Kemaman, kawasan yang paling teruk dilanda banjir.

Mereka bukan dari Pahang dan Terengganu sahaja bahkan datang dari seluruh negara. Bahkan untuk memudahkan urusan, mereka yang bukan anggota Unit Amal juga memakai baju merah Unit Amal ketika datang untuk menolong mangsa banjir. Dengan cara itu, semua orang tahu mereka sedia menjalankan apa saja tugas untuk membantu mangsa.

Selepas bertungkus lumus dengan kerja menyelamat dan membantu mangsa di pusat pemindahan kini mereka bertugas untuk membersih rumah mangsa banjir pula. Malah, mereka juga bersedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir ini.

Dalam beberapa kali perhimpunan Bersih, budak-budak baju merah ini yang mengawal orang ramai. Dengan disiplin yang tinggi dan tanpa mengharapkan sebarang upah, mereka menjadi pasukan sukarela yang sangat berkesan.

Dengan moto "Beramal kerana Allah", Unit Amal menjadi barisan depan PAS dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Ketika Squad Sayang Umno sibuk dengan Perhimpunan Agung mereka di Kuala Lumpur, Unit Amal PAS bertugas siang dan malam membantu mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin terpaksa memohon maaf kepada mangsa banjir berikutan kelewatan bantuan bekalan makanan tiba semasa banjir kali ini di seluruh negara.

Menurutnya,apa yang berlaku adalah perkara yang tidak diduga mengakibatkan penyaluran bekalan bantuan turut terjejas.

"Saya keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari. Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti, sehalus-halusnya berdasarkan keperluan," kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, Kemaman Jumaat lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said juga mengamuk apabila menyedari kelemahan agensi kerajaan dalam melaksanakan bantuan banjir tambahan lagi apabila beliau mengetahui petugas PAS sangat aktif membantu mangsa.

Di Kemaman, Tuanku Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut turun untuk melihat sendiri kemusnahan dan mangsa banjir.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi pula turun bertemu mangsa banjir dengan menaiki bot.

Di Kuantan, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membantu mangsa dan dilihat mengharungi banjir dan memanjat rumah dengan membawa bantuan untuk membantu mangsa. – 9 Disember, 2013.-tmi


 Zizan Raja Lawak bantu mangsa banjir melalui Unit Amal Gombak
Posted on Monday, December 09 @ 18:57:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Zizan_Banjir

Pelakon dan pelawak Zizan Raja Lawak turut memberi sumbangan untuk mangsa banjir di Pahang.

Sumbangan beliau dihulurkan melalui Unit Amal Gombak untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir. Bentuk dan jumlah sumbangan tak dinyatakan.

Gambar PAS Selangor, Zizan bersama Ustaz Syarhan Humaizi, Ketua Pemuda PAS Selangor selepas penyerahan sumbangan. 2 gambar ngeri mayat Paul Walker yang rentung

Baca juga :Khemah mangsa banjir, PAS Dungun mendahului!"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Monday, December 09 @ 18:57:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Disember 1987 | Intifadhah Pertama
Posted on Monday, December 09 @ 18:47:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan





Kebangkitan Bermakna Rakyat Palestin

Intifadhah bermaksud kebangkitan. Intifadhah Palestin merujuk kepada kebangkitan semula rakyat Palestin dalam rangka menentang penindasan dan penjajahan rejim Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara tersebut.

Istilah ini pasti tidak asing bagi rakyat Malaysia dan juga di seluruh dunia yang cakna tentang isu umat Islam antarabangsa terutamanya isu Palestin.

Penindasan dan kekejaman berterusan rejim Zionis sejak tahun 1948 lagi telah menyebabkan kemusnahan yang amat teruk buat rakyat Palestin. Di antara penindasan yang dilakukan rejim Zionis adalah mengenakan polisi zalim terhadap rakyat Palestin, meruntuhkan rumah-rumah mereka, melakukan penangkapan dan pengusiran rakyat Palestin dari tanah mereka sendiri serta tindakan memperluaskan kawasan pemukiman pendatang haram Yahudi. Penindasan dan kekejaman berterusan ini telah menyebabkan rakyat Palestin bangkit menentang.

Selain itu, peningkatan serangan ke atas Masjidil Aqsa oleh ekstremis Zionis dalam proses meyahudikan Baitul Makdis telah mencabul kehormatan dan kesucian kiblat pertama umat Islam ini. Sekatan ekonomi secara terancang juga telah menyebabkan rakyat Palestin tersepit dan dipaksa bergantung kepada sumber kerajaan yang dimiliki oleh Yahudi.

Rentetan daripada penindasan-penindasan tersebut dan juga penindasan-penindasan lain, lahirnya satu ketumbukan rakyat Palestin yang ingin memerdekakan kembali tanah Palestin dari rejim Zionis.

Tanggal 9 Disember 1987 menjadi detik bersejarah buat rakyat Palestin tidak kira sama ada yang tinggal di Palestin mahupun bagi mereka yang terpaksa menjadi pelarian di negara-negara lain. Pencetus bagi gerakan Intifadhah Pertama ini adalah apabila pada 8 Disember 1987, pemandu sebuah trak Yahudi dengan sengaja telah melanggar dua kenderaan(kereta/trak kecil) rakyat Palestin yang telah mengakibatkan kematian 4 rakyat Palestin dan telan menderakan 9 rakan mereka.

Di awal pagi 9 Disember 1987 selepas solat Subuh, Intifadhah bermula. Ribuan rakyat Palestin hadir untuk bangkit mengembalikan hak dan maruah mereka yang telah dirampas oleh pendatang haram Zionis.

Di antara objektif utama Intifadhah Pertama dilancarkan adalah untuk menaikkan semangat dan memperkuat keyakinan umat Islam di Palestin khususnya terhadadap keadilan Allah, membuang rasa putus harapan dalam berhadapan dengan penjajahan Zionis serta menggugahpsikologi tentera-tentera rejim Zionis yang merasakan mereka cukup ampuh melawan rakyat Palestin. Selain itu, memecah benteng sekatan ekonomi Israel terhadap rakyat Palestin, memberi ancaman kepada pendatang Yahudi agar berasa tidak senang untuk berhijrah ke Palestin dan meningkatkan kesedaran umat sejagat tentang isu tanah Palestin ini agar suara mereka didengari dunia menjadi objektif utama Intifadhah dilancarkan.

Batu lawan Kereta Kebal


Kanak-kanak, remaja dan para pemuda Palestin bangkit dengan penuh keberanian. Senjata tunggal yang digunakan rakyat Palestin adalah batu-batu di jalanan dan bersedia untuk menentang tentera Zionis yang lengkap dengan kereta kebal dan peralatan senjata canggih. Intifadhah ini telah menghilangkan rasa takut dan gentar di kalangan rakyat palestin dan telah membawa perubahan baru buat mereka.

Rejim Israel tidak berdiam diri. Mereka telah bingkas bertindak terhadap rakyat Palestin khususnya remaja dengan menangkap mereka atau menembak mereka secara membabi buta. Tindakan balas kejam rejim Israel ini telah menjadi kemenangan besar buat rakyat Palestin apabila tindakan ini disiarkan di dada akhbar dan di kaca televisyen antarabangsa. Kecaman demi kecaman dari masyarakat dunia dilemparkan kepada kerajaan haram Zionis tetapi Zionis hanya memekakkan telinga terhadap kecaman tersebut.

Pendekatan Gila Yitzhak Rabin

Sekutu kuat rejim Israel, Amerika Syarikat turut meminta Israel untuk tidak menembak remaja Palestin yang tidak bersenjata. Namun permintaan tersebut ditolak mentah-mentah.
Menteri Pertahanan Israel pada ketika itu, Yitzhak Rabin telah mengumumkan kaedah terbaru untuk mematikan semangat Intifadhah iaitu dengan mematahkan tulang-tulang para remaja dan pemuda Palestin yang ditangkap.

Rejim Israel tidak berhenti di situ. Mereka terus mengganas dengan merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin, meluaskan kawasan pendatang haram Yahudi dan mempergiat penangkapan dan pemenjaraan rakyat Palestin.

Walaupun seksaan dan penangkapan secara tersusun dilakukan rejim Israel, ianya tidak mematahkan semangat juang rakyat Palestin. Semangat juang rakyat Palestin terus membara untuk menuntut hak dan keadilan manusia. Rakyat Palestin terpaksa membayar dengan harga yang mahal, namun melalui Intifadhah ini, penyakit-penyakit sosial dalam hati rakyat palestin dapat dibersihkan dan satu kelompok baru rakyat Palestin terbentuk.

Kesan Jangka Panjang Intifadhah Pertama

Intifadhah telah membuka tembelang rejim Israel di mata dunia. Dunia telah dipersembahkan dengan kezaliman demi kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin. Isu Palestin yang pernah sejuk sebelum ini kembali hangat dibincangkan di dalam forum antarabangsa.

Rakyat Palestin mengambil peluang Intifadhah ini untuk menyusun semula ekonomi mereka dalam menghadapi perjuangan panjang selepas ini. Produk Israel yang membanjiri pasaran mereka telah diboikot dan digantikan dengan produk alternatif dari negara lain. Ianya telah membuka peluang-peluang pekerjaan baru kepada rakyat Palestin. Buktinya, peratus tenaga buruh Palestin yang bekerja sebagai buruh harian di Israel berkurang daripada 39% kepada 12%(terpaksa bekerja dengan Israel) selepas Intifadhah Pertama. Lebih memeranjatkan Israel, lebih 4000 pasar raya terpaksa ditutup akibat daripada boikot yang dilancarkan rakyat Palestin.

Buat pertama kalinya rejim Israel berasa tergugat keselamatan mereka dan semakin ramai pendatang haram Yahudi berhijrah semula ke negara asal mereka di Poland, Rusia, Amerika Syarikat dan lain-lain. Berita penghijrahan Yahudi ke negara asal tidak dihebahkan di media massa kerana ianya akan menjatuhkan maruah rejim Israel di mata dunia.

Intifadhah Pertama berterusan sehingga tahun 1993 dan ianya menjadi titik tolak kepada usaha membebaskan bumi Palestin secara lebih agresif walaupun pada dasarnya, mereka hanya mempertahankan hak-hak mereka yang dirampas. Perjanjian demi perjanjian dilakukan dengan Israel, namun, setiap kali perjanjian damai termeterai, setiap kali itulah Israel mencabuli perjanjian tersebut.

Rakyat Palestin yang bergerak di bawah pergerakan HAMAS(Harakat a-Muqawamah al-Islamiyah) terus berusaha mempertahankan tanah air mereka dari terus dijajah. Dunia menyaksikan usaha mereka untuk terus bertahan dengan setiap serangan yang dilakukan rejim Israel.

Ayuh terus menyalurkan sumbangan kepada mereka dalam bentuk bantuan kewangan, sokongan moral dan doa. Setiap sumbangan anda amat berharga dalam usaha pembebasan tanah Palestin.

Sumber: Facebook Palestine Centre of Excellence - PACE
 

Shame on you, Umno, go seek advice from Tok Guru
Posted on Monday, December 09 @ 14:30:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



By Ng Kee Seng



COMMENT: They say a picture is worth a thousand words. How true and I would add that it is worth more for this Malaysian.

I found this picture on Facebook at 9.33am on Dec 7. It was registered as being posted 43 minutes ago and it had 12,167 likes, 527 shares and 398 conversations.

I believe, like the more than 12,000 multi-ethnic Malaysians who clicked "Like", I was touched by the scene of this man's humbleness in his dressing and choice of food.

It also evoked my emotions that it is not insulting to compare this great Malaysian politician with the late Nelson Mandela.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, fondly known to Malaysians as Tok Guru, has been a politician for decades and was Kelantan menteri besar for some 30 years.

Although the 82-year-old stepped down as Kelantan MB after the 13th general election due to failing health, he is forever the epitome of integrity in Malaysian politics and an Islamic cleric who lives by the book of Allah. He fears no man, only Allah.

Some Malaysians may have heard about why he always has two pens in his pocket or at his disposal.

One pen belonging to the government he uses for his official work, the other belonging to him is for his private use. Amazing, isn't it, this man's separation of his public and personal belongings?

Can you now understand why the equally humble majority of Kelantanese had consistently picked him as their leader, rejecting the carrots and excessiveness dished out by the Barisan Nasional (BN).

Of course the excessiveness comes from both sides of the political divide but it is obvious to Malaysians, and all, that the ruling BN politicians enjoy the lion's share of the largess.

It is the humility of the Tok Guru that has kept the majority of Kelantanese happy -- not only the Malays but all races in the state.

And, before I forget, I would like to take a dig at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for being cruel not so long ago when they intimidated and harassed Tok Guru.

There are so many politicians and their children, from both sides of the political divide, clearly living beyond their means but the MACC chose to be blind.

Whether it is the Anti-Corruption Agency (ACA) or MACC or perhaps, in the future another rename of the anti-graft body, it will continue to serve as a toothless servant to the government of the day.

What has the MACC to say about the just-concluded Umno general assembly debate by Johor delegate Khairul Anwar Rahmat that Umno should not be "apologetic" when people say that Umno members are "wealthy".

"Don't worry if you own a Land Rover, ..., or a Porsche Cayenne. This means you have capabilities (berwibawa), can control the economy and do everything," Khairul Anwar said.

He forgot about the monstrous Hummer gift.

Is he supporting and advocating corruption?

The most shocking statement was from Umno vice-president Datuk Seri Shafie Apdal, who in defending the racist slogan 1Melayu that was proposed to replace 1Malaysia, was reported as saying that the core of Umno has always been about Malay “survival” and it is only through Malay support that they have remained in power all this while.

“Definitely, the strength of Umno is based on the Malays. Umno should not forget its roots. We need to strengthen... to ensure that not only maintaining (sic) the current support but also increase the number of Malays supporting Umno."

Granted that he is absolutely right that Umno depends on Malay support. No quarrels.

But I would like to ask Shafie: "Do you need to be a racist to win the hearts of Malays? Don't you want to win the support of multi-racial Malaysians? Aren't the Muslims in PAS, PKR and DAP Malays? Do you mean only Umno is Malay? Only Umno is Muslim?"

Please go seek the advice of the Tok Guru who has never uttered any racist statement as a political leader. Only religious statements.

If Mandela was one of the most iconic figures of modern times, then Nik Aziz must be one of the most iconic Muslim cleric political leaders of Malaysia. One who is well respected by all Malaysians.

theantdaily.com


 Semua jenazah Islam di Malaysia diuruskan oleh bukan Islam
Posted on Monday, December 09 @ 12:45:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Dalam siri ceramah oleh Ustaz Mayat (Ustaz Amir Muttakin Hj Abd Ghani Al Hafiz di Seremban pada 7 Dis 2013 ) yang banyak menguruskan jenazah di Lembah Klang, beliau menceritakan kesedihan beliau bagaimana urusan jenazah orang Islam seluruh Malaysia ketika ini, sebahagiannya diuruskan oleh sebuah pertubuhan bukan Islam.

Menurut Ustaz Amir, kapur barus adalah antara bahan terpenting untuk memandikan jenazah. Tapi ramai yang tidak tahu, di Malaysia ini ada 2 pusat penjualan kapur barus ini yang dimiliki oleh orang bukan Islam iaitu di KL dan Klang.

Oleh itu Ustaz Amir berharap agar usahawan Islam, usahawan Melayu, GLC Melayu, Majlis Agama Islam , JAKIM dan sebagainya memikirkan bagaimana urusan jenazah orang Islam di Malaysia ini diuruskan sepenuhnya bahan-bahannya oleh orang Islam sendiri.

Memikirkan bagaimana untuk mengimpot terus kapur barus ini dari luar negara dan diproses dalam negara untuk diagihkan kepada para pengurus jenazah seluruh Malaysia."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Monday, December 09 @ 12:45:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Tiada ulasan: