Khamis, 19 Disember 2013

BILA ORANG KURANG ARIF MENGENDALIKAN NIKAH KAHWIN

DrMAZA.com · 490,898 like this
12 minutes ago ·
JANGAN DERA PENGANTIN...

..saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut.
Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka. Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr ABD AL-KARIM ZAIDAN dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut: “Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”. Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya.
Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah. Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah.

Rukun-rukun dan Syarat Sah Nikah



Rukun-rukun nikah dan syarat-syarat sah nikah.
Rukun Nikah :
1.Calon suami (lelaki)
2.Calon isteri (perempuan)
3.Wali
4.Saksi
5.Ijab dan Kabul (akad)

Syarat-syarat calon suami (lelaki):
1.Bukan muhrim dengan bakal isteri
2.Dengan pilihan sendiri (tidak sah jika dipaksa)
3.Lelaki yang tertentu
4.Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dinikahi
5.Bukan dalam ihram haji
6.Tidak beristeri empat

Syarat-syarat calon isteri (perempuan):
1.Bukan muhrim dengan bakal suami
2.Hendaklah bakal isteri itu tertentu
3.Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis)
4.Tidak di dalam ihram haji
5.Benar-benar perempuan (tidak khunsa)
6.Bukan isteri orang dan tidak dalam idah

Syarat-syarat wali :
1.Islam
2.Baligh
3.Berakal
4.Merdeka
5.Lelaki
6.Adil
7.Tidak cacat akal
8.Tidak dalam ihram
9.Tidak dari orang-orang yang muflis

Susunan wali :
1.Bapa
2.Datuk lelaki dari pihak bapa perempuan
3.Adik-beradik lelaki seibu dan sebapa
4.Anak saudara lelaki dari adik-beradik seibu sebapa hingga ke bawah
6.Adik-beradik lelaki sebapa
7.Anak saudara lelaki dari adik-beradik lelaki sebapa hingga ke bawah
8.Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas
9.Bapa saudara dari sebelah bapa
10.Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah
11.Anak lelaki dari bapa saudara yang dari pihak bapa (sepupu)
12.Raja (pemerintah)

Syarat-syarat saksi:
1.Islam
2.Baligh
3.Berakal
4.Lelaki
5.Merdeka
6.Adil
7.Boleh melihat (tidak buta)
8.Boleh mendengar (tidak pekak)
9.Mempunyai daya ingatan
10.Memahami bahasa yang digunakan ketika akad
11.Bukan tertentu yang menjadi wali.
(Misalnya, bapa saudara lelaki yang tunggal. Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)

Syarat-syarat Ijab dan Kabul:
1. Syarat ijab:
i.Hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama erti dengan terang tepat.
ii.Tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan waktu yang terbatas dan tertentu (misalnya nikah kontrak).
iii.Tidak dengan taklik.
iv.Lafaz daripada wali atau wakilnya.
Contoh lafaz ijab: “Aku nikahkan dikau dengan ….. binti …. (pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak …… (RM) tunai.”

2. Syarat kabul:
i.Tidak diselangi dengan perkataan lain di antara ijab dan kabul (lafaz akad).
ii.Lafaz kabul (terima) tidak tertaklik.
iii.Tidak mengandungi perkataan yang terbatas waktunya.
iv.Hendaklah disebut nama isteri.
v.Lafaz kabul hendaklah sesuai dengan lafaz ijab.
vi.Hendaklah terang dan nyata, bukan sindiran.
Contoh lafaz kabul: “Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwin sebanyak sekian-sekian RM tunai.”

Sumber: http://www.myjodoh.net/articles/rukun.asp

Apakah Rukun Nikah?


Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu,
1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.
3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.
4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.


5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Perkahwinan menurut Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah perkahwinan

Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”. [2]
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan..

Jenis-jenis perkahwinan

  • Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.
  • Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. [3]
  • Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah suci di dalam Tuhan Kristus untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).[4]

Hukum hukum perkahwinan dalam Islam

  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Hikmah perkahwinan

  • Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
  • Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
  • Memelihara kesucian diri
  • Melaksanakan tuntutan syariat
  • Menjaga keturunan
  • Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
  • Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
  • Dapat mengeratkan silaturahim

Dalil pensyariatan

Pemilihan calon

Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.

Ciri-ciri bakal suami

  • beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
  • bertanggungjawab terhadap semua benda
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
  • tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
  • rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri

  • beriman & solehah
  • rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • menentukan mas kahwin yang rendah
  • wanita yang subur
  • masih dara
  • berasal dari keturunan yang baik
  • bukan keturunan terdekat
  • tidak memandang harta semata-mata

Sebab haram nikah

  • Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:
    • Ibu
    • Nenek sebelah ibu mahupun bapa
    • Anak perempuan & keturunannya
    • Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
    • Anak perempuan kepada adik-beradik kandung
lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
    • Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
    • Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)
  • Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
    • Ibu susuan
    • Nenek dari sebelah ibu susuan
    • Adik-beradik perempuan susuan
    • Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
    • Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan
  • Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
    • Ibu mentua dan ke atas
    • Ibu tiri
    • Nenek tiri
    • Menantu perempuan
    • Anak tiri perempuan dan keturunannya
    • Adik ipar perempuan dan keturunannya
    • Emak saudara kepada isteri
  • Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya

Peminangan

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik (melihat tunang) dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah S.A.W kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya? jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah). Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah S.A.W telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim (Asy-Syaikhan))

Nikah

Akad nikah lazim diadakan di masjid

Rukun nikah

Syarat bakal suami

  • Islam
  • Lelaki yang tertentu
  • Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
  • Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
  • Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

Syarat bakal isteri

Pengantin perempuan dalam pakaian tradisional Bahrain
  • Islam
  • Perempuan yang tertentu
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan seorang khunsa
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak dalam idah
  • Bukan isteri orang

Syarat wali

  • Islam, bukan kafir dan murtad
  • Lelaki dan bukannya perempuan
  • Baligh
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak fasik
  • Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
  • Merdeka
  • Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

Jenis-jenis wali

  • Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
  • Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
  • Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
  • Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

Syarat saksi

  • Sekurang-kurangya dua orang
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Lelaki
  • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Dapat mendengar, melihat dan bercakap
  • Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
  • Merdeka

Syarat ijab

  • Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
  • Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

Syarat qabul

  • Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
  • Tiada perkataan sindiran
  • Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
  • Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
  • Menyebut nama bakal isteri
  • Tidak diselangi dengan perkataan lain
Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".
Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari 2 (dua) orang saksi perkahwinan dengan menanyakan adakah JELAS? Sekiranya para saksi mengakui / mengiktiraf bahawa mereka mendengar dengan jelas, maka Wali itu sendiri akan mengatakan lafaz "SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.
Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin
Sejurus itu, mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagiaan suami isteri. Aktiviti ini diteruskan dengan isteri mengucup/mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri atau pipinya. Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk". Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan, suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.
Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir. Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?

Wakil Wali/ Qadi

Seorang ustaz bertindak sebagai jurunikah
Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami. Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin,barangan hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar. Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara. Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara. Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya. Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.

Mahar

Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.

Jenis mahar

  • Mahar misil : mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya
  • Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.

Walimatulurus

Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.

Konsep yang diharamkan dalam Islam

Konsep rahbaniyah

Perkataan rahbaniyah bermasud kerahiban atau kependetaan, atau kehidupan paderi [5] Di dalam Islam, membujang tidak dianggap sebagi satu etika atau cara bagi mendekatkan diri dengan Tuhan seperti yang dilakukan oleh agama Kristian, Buddha, Jain dan sebagainya. Sebagai contoh, agama Buddha ada menyebut tiga aspek yang perlu dimiliki oleh seorang sami iaitu kefakiran, ketabahan dan kelanjangan (membujang). Mengikut agama Buddha, jika seseorang mahu membebaskan dirinya dari nafsu duniawi dan keperluan jasmaniah maka ia akan sampai kepada hakikat diri yang sebenarnya dan dapatlah ia masuk ke dalam Nirwana [6]
Dalam agama Kristian ada ajaran yang menggalakkan penganutnya mengamalkan hidup membujang. Sejak abad ke-5 lagi, orang begitu kagum dengan golongan paderi yang hidup membujang dan sekiranya golongan paderi mahu dihormati dan mengekalkan kuasa mereka, amatlah berfaedah sekiranya mereka memisahkan diri mereka dari orang biasa dengan cara menjauhkan diri dari perkahwinan. Mereka juga berpendapat bahawa paderi yang berkahwin lebih rendah tarafnya dari paderi yang terus membujang kerana perkahwinan bererti tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata, “Sekiranya mereka tidak boleh tahan, biarlah mereka berkahwin akan tetapi seseorang yang benar-benar suci mesti sanggup menahan diri dari berkahwin.” Oleh yang demikian, taraf membujang di kalangan paderi dianggap memelihara moral gereja [7].
Selain itu, perkahwinan juga ditolak oleh golongan bukan paderi mahupun sami seperti golongan yang terlalu sibuk mengejar kekayaan material dan memberi alasan kesibukan bekerja sebagai penghalang membina rumahtangga.

Konsep ibahiyah

Istilah ibahiyah diambil dari perkataan yang bermaksud membolehkan. Selain itu, ibahiyah membawa maksud membolehkan atau membebaskan tanpa batas seperti pergaulan seks bebas, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Gejala sebegini wujud kerana sikap mereka yang menolak konsep institusi perkahwinan.
Pergaulan bebas: Pendirian Islam dalam pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah tidak diharamkan sebaliknya ia diharuskan atau dituntut jika ia menjurus kepada matlamat yang mulia seperti mencari ilmu yang bermanfaat, amal ibadat, perkara kebajikan, jihad dan perkara-perkara lain yang memerlukan pengembelingan tenaga antara kedua-duanya. Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat dan seruan kebebasan wanita, pergaulan bebas telah digariskan oleh al-Qardhawi sebagai
  • keruntuhan akhlak
  • wujudnya anak-anak yang tidak sah tarafnya (anak luar nikah)
  • Merebaknya pelbagai penyakit membahaya
  • Banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang
  • Berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh
Amalan seks bebas: Kegilaan Barat yang memilih cara hidup ‘hidonistik’ iaitu mementingkan keseronokan dan tidak terikat dengan tanggungjawab menyebabkan amalan seks rambang dan bebas berleluasa dan mempengaruhi masyarakat dari benua lain untuk bersama mereka mengejar keseronokan duniawi tanpa mempedulikan dunia selepas mati. Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sebanyak 18.7% daripada 13,753 kes pengguguran kandungan dilakukan di Singapura pada tahun 1999 melibatkan wanita Melayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41% pengguguran dilakukan oleh wanita dari semua kaum dan agama yang belum berkahwin, janda dan berpisah dengan suami
Homoseksual & Lesbian: Pasangan homoseksual atau gay lebih dikenali sebagai perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan lesbian sebagai perhubungan antara wanita dengan wanita. Mereka menjalani hidup seperti suami isteri dan beberapa negara Barat telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Bahkan sesetengah gereja dan paderi terus meraikan perkahwinan yang sememangnya dihalang oleh semua agama termasuk Kristian sendiri. Manakala di Malaysia, pertubuhan seperti Human Right Watch bagi rantau Asia menyeru supaya Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan lesbian. Artikel seperti “Homosexuality is not a Sin”menjelaskan hujah-hujah yang dilihat secara sepintas lalu ianya boleh menyakinkan orang ramai. [8]. Selain itu akhbar The Star pada 26 Mei 1998 pernah melaporkan semasa pelancaran ‘Women’s Agenda For Change’, Avy Joseph ada menyebut bahawa kita perlu membenarkan lesbianisme sebagai tanda masyarakat yang toleran.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

RUKUN NIKAH / SYARAT DUA ORANG SAKSI / SYARAT BAGI PEREMPUAN



RUKUN NIKAH
  1.       Lelaki – calon suami
  2.       Perempuan – calon isteri
  3.       Wali
  4.       Dua orang saksi (lelaki)
  5.       Sighah (ijab dan qabul)

SYARAT BAGI LELAKI
  1.        Islam
  2.        Bukan mahram dengan bakal isterinya
  3.        Bukan dalam ihram
  4.        Tertentu orangnya
  5.        Berkemampuan zahir dan batin
  6.        Tidak beristeri empat
  7.        Tidak dipaksa

SYARAT BAGI PEREMPUAN
  1.         Islam
  2.         Bukan mahram dengan suaminya
  3.         Bukan dalam ihram
  4.         Tertentu orangnya
  5.         Bukan isteri orang
  6.         Bukan dalam ‘iddah

    Tebus Talak (Khulu')


    1) PENGERTIAN KHULU’

    Dari segi bahasa arab ertinya: cabut, tanggal seperti menanggalkan baju, pakaian dan sebagainya. Pengertian ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

    "mereka itu (isteri-isteri) adalah pakaian kamu dan kamu (suami-suami) adalah pakaian mereka."
    (Surah : Al-Baqarah : ayat 187)

    Dari ayat tersebut dapat difahamkan bahawa isteri-isteri itu dianggap pakaian untuk suami dan suami-suami merupakan pakaian untuk isteri-isteri, oleh yang demikian sekiranya berlaku khulu’, seolah-olahnya suami isteri itu masing-masing telah meninggalkan atau mencabut pakaiannya.Dari segi syarak ertinya : perceraian yang diminta oleh isteri kepada suaminya dengan bayaran.


    2) DALIL HARUS KHULU’

    1. Firman Allah SWT yang bermaksud:

    "Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka sesuatu, kecuali jika takut kedua-duanya bahawa mereka kedua tidak menurut perintah-perintah Allah maka tidaklah berdosa kedua-duanya tentang barang yang dibuat tebusan oleh perempuan itu.
    (Surah Al-Baqarah : ayat 229)

    2. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    "Ambillah kebun yang dijadikan maskahwin itu dan ceraikanlah dia."
    (Riwayat Al-Bukhari)

    Hadith ini ditujukan oleh Rasulullah SAW terhadap Sabit bin Qais yang mana isterinya bernama Habibah bte Sahal Al-Nasari memohon cerai di samping mengembalikan semua maskahwinnya kepada Sabit bin Qais, tebusan talaq yang dilakukan oleh isteri Sabit ini adalah merupakan tebusan talaq yang pertama kali berlaku di dalam Islam.

    3) HIKMAH KHULU’

    Kalau talaq merupakan suatu perkara yang dibenci oleh syarak, begitulah juga khulu’, kerana kedua-duanya ini mempunyai erti yang sama iaitu memutuskan ikatan perkahwinan, tetapi oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat diatasi maka syarak membenarkan dan mengharuskan talaq, begitu juga tebusan talaq, cuma tebusan talaq itu selalunya adalah kemahuan isteri-isteri.

    Di sini bolehlah dibuat kesimpulan tentang hikmah-hikmah yang diharuskan khulu’:
    1. Perbalahan atauu pergaduhan yang berlaku di antara suami isteri itu tidak dapat diperbaiki lagi.
    2. Untuk mengelakkan kemudharatan yang diamali oleh isteri bila hidup dengan suami-suami yang tidak bertanggungjawab.
    3. Bila isteri tidak sanggup lagi hidup dengan suami dan inginkan berpisah dari suaminya.
    4. Bila kedua-duanya tidak dapat lagi memohon syarat-syarat berumahtangga sebagai suami isteri.


    4) RUKUN KHULU’

    1. Isteri
    2. Suami
    3. Bayaran
    4. Sighah (lafaz)

    5) BEBERAPA PERKARA YANG BERHUBUNG DENGAN KHULU’

    1. Isteri yang menebus talaq itu tidak boleh dirujuk semula, kecuali dengan akad nikah yang baharu serta memenuhi syarat-syaratnya.
    2. Bayaran tebus talaq itu tidak dihadkan sedikit atau banyak, berhutang atau tunai, wang atau barang-barang lain, malah terpulanglah kepada persetujuan dan kerelaan suami isteri itu asalkan bayaran itu dari sesuatu yang berfaedah.
    3. Tebus talaq boleh dilakukan bila-bila masa sahaja, boleh dilakukan di masa perempuan sedang suci atau haid, berlainan dengan talaq biasa, diharamkan di waktu haid dan di waktu suci yang disetubuhi di ketika suci itu, kerana tebus talaq ini adalah dari kemahuan dan kerelaan perempuan itu sendiri.
    4. Jika talaq secara paksa tidak sah, maka begitu juga tebus talaq tidak boleh dipaksa, malah mestilah dengan persetujuan suami isteri, tetapi dalam pada itu kalau pihak suami berdegil dan berkeras tidak mahu sedangkan ianya mesti dilakukan, ntuk mengelakkan kemudharatan atau kesengsaraan yang dialami oleh isteri. Dalam hal ini pihak qadhi boleh bertindak.
    5. Cara melafazkan tebus talaq, seperti kata suami:

    “Saya ceraikan awak dengan bayaran dua ratus ringgit”

    lalu isteri menjawab :

    “saya terima dengan bayaran tersebut,”

    atau kata isteri :

    “ceraikan saya dengan bayaran dua ratus ringgit”

    jawab suami:

    “saya ceraikan awak dengan bayaran tersebut”.

    Syafiq

    Sighah


    Mengapa Berkahwin


    Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaiknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
    Falsafah Perkahwinan Dalam Islam
    Oleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara keluarga baru dan yang sedia ada wajib diperteguhkan dan oleh kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat, maka perkahwinan yang tidak menghormati masyarakat, seperti kahwin lari, tangkap basah dan lain-lain, sangat dikeji oleh Islam, melainkan di dalam keadaan-keadaan tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan tempat sebagai wali bagi menggantikan wali daripada keluarga si isteri.


    Rukun Nikah
    1. Lelaki yang bakal menjadi suami.
    2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.
    3. Wali yang berhak mengahwinkan perempuan itu.
    4. Dua orang saksi yang menjadi saksi dalam perkahwinan itu.
    5. Sighah yang mengandungi ijab dan Kabul.



    Sekadar gambar hiasan

    Seperti yang ditunjukkan di atas, nikah mempunyai 5 rukun yang mana apabila ditinggalkan salah satu dari pada rukun-rukun itu perkahwinan atau nikah tidak akan sah. Selanjutnya dalam artikel ini saya akan memberikan serba sedikit maklumat mengenai rukun nikah yang ke-5 iaitu sighah. Sighah mengandungi ijab dan kabul.

    MAKSUD
    · Ijab :
    Lafaz nikah yang diucapkan olah wali
    · Khobul :
    Lafaz penerimaan nikah yang diucapkan oleh bakal suami atau wakilnya.

    Disyaratkan sighah bagi perkahwinan sama dengan sighah bagi jual-beli. Secara amnya setengah daripada sighah itu dipersetujui ( اتفاق ) oleh semua ahli-ahli fiqh(فقهاء ) dan setengah daripadanya pula berlaku perselisihan pendapat (خلاف ) di antara para ahli fiqh.


    Para ahli fiqh bersepakat mengatakan, terjadinya akad nikah dengan perkataan “nikah dan kahwin” ( النكاح دان التزويج ), kerana kedua-duanya berdasarkan nas Al-Quran,
    Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    "Maka hendaklah kamu kahwin mana-mana perempuan yang kamu ingini, dua, tiga, atau empat…. "
    Contohnya :

    "sahaja aku nikah/kahwin akan dikau, si fulan bin si fulan dengan ………….. "

    Manakala lafaz yang berlaku perbezaan pendapat dikalangan ahli-ahli fiqh ialah penggunaan perkataan jual-beli , هبة( pindah hak milik ), hadiah, pemberian, dan seumpamanya daripada perkataan-perkataan yang menunjukkan memiliki barang itu serta merta dan kekal milikan itu selama hayatnya.


    Contohnya :

    "Sahaja aku jual anak aku si fulan binti si fulan kepada engkau……….."
    "Sahaja aku hadiahkan anak aku si fulan binti si fulan kepada engkau………."
    "Sahaja aku beri anak aku si fulan binti si fulan kepada engkau……….."



    Pandangan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki :

    · Sah perkahwinan dengan perkataan-perkataan tersebut (jual-beli, hadiah, pemberian ) dengan syarat niat atau karenah yang menunjukkan ingin melangsungkan perkahwinan seperti menyatakan mahar serta menjemput orang ramai dan saksi faham maksud itu, kerana yang dituntutnya ialah mengetahui tujuan tersebut oleh pihak yang melakukan akad.

    Pandangan Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali :
    · Tidak sah akad nikah dengan perkataan-perkataan tersebut (jual-beli, hadiah, pemberian ) dan tidak terakad kecuali dengan perkataan ( النكاح دان التزويج ) dan terjemahan kedua-duan lafaz itu kerana telah dating nas Al-Quran sebagaimana dinyatakan di atas.

    Najmun

    Fasakh


    Pengertian Fasakh

    Fasakh ialah membatalkan pernikahan dengan kuasa kadi kerana tidak memenuhi syarat-syarat ketika akad ataupun terdapatnya kecacatan pada isteri atau suami.
    Erti fasakh menurut bahasa adalah rosak ataupun putus manakala menurut syarak pula bermaksud pembatalan nikah oleh sesuatu sebab yang dibenarkan syarak.
    Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya tetapi fasakh hanya boleh dituntut oleh suami sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan pada pihak isterinya.Mengikut mazhab Syafie,seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan pada suaminya.

    Penceraian melalui fasakh tidak boleh dirujuk semula. Jika ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru. Fasakh boleh berlaku kerana :
  7. Terdapatnya kecacatan ketika akad seperti tidak menepati syarat-syarat pada Rukun Nikah.
  8. Terdapatnya kecacatan pada rumahtangga yang disebabkan oleh suami/isteri
Sebab-sebab yang mengharuskan fasakh(disebabkan oleh suami/isteri)
Fasakh bererti memutuskan pernikahan, perkara ini hanya boleh diputuskan apabila pihak isteri membuat pengaduan kepada Mahkamah dan Hakim mensabitkannya setelah perbicaraan. Fasakh boleh berlaku dengan beberapa sebab sebagaimana terdapat di Fasal 49 (1) undang-undang Amla seperti berikut :
1)Suami telah mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkah untuknya selama tiga bulan.
2)Suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamat.
3)Suami tidak menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suami terhadap isterinya selama satu tahun dengan tiada sebab yang munasabah.
4)Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu.
5)Suami gila atau mengidap penyakit merana yang akan mengambil masa yang panjang untuk menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh dan jika diteruskan perhubungan suami-isteri akan menjejas kesihatan isteri.
6)Kerana sesuatu sebab yang lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam.

Cara melakukan Fasakh
1.Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh.
2.Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka.
3.Jika dapat dibuktikan pengaduan yang doberiakn adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya.
4.Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.

Hikmah Fasakh
1. Mengelakkan isteri dianiayai dan diseksa oleh suami.
2. Menunjukkan keadilan Allah kepada hambanya. Jika suami diberikan talak, isteri diberikan fasakh.
3. Memberi peluang isteri berpisah daripada suaminya dan memulakan hidup baru.
4.Memberi ketenangan jiwa kepada pasangan tersebut setelah berpisah.

Hafeez

Soal Jawab Mengenai Perkahwinan


Pernikahan Rahsia di Thailand

Soalan: Saya telah bernikah di Siam secara senyap-senyap untuk mengelakkan dosa maksiat. Apa hukumnya setelah bernikah di Siam, kemudian saya bernikah sekali lagi di Malaysia? Dan kalau ada orang bertanya sudah kahwin ataupun belum, saya jawab belum bagi menutup rahsia, bagaimana?

Jawapan: Akad nikah sah apabila cukup dengan syarat-syaratnya yang telah digariskan oleh para ulamak iaitu mesti ada calon suami, calon isteri, wali, saksi dan ijab dan kabul. Sehubungan dengan itu akad nikah walaupun di negara mana sekalipun diadakan termasuk di negara jiran Thailand adalah sah jika mencukupi syarat-syarat dan rukunnya. Cuma yang sering menjadi persoalan ialah adakah akad nikah itu benar-benar dilakukan dengan imam-imam yang bertauliah dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Biasanya kerajaan Malaysia hanya mengiktiraf imam-imam yang benar-benar layak sahaja. Ini bermakna akad nikah yang dijalankan oleh imam-imam yang tidak bertauliah tidak sah. Soalnya sekarang kenapa harus berkahwin di Thailand tidak di negara sendiri. Jika alasan yang diberikan ialah kerana wali perempuan tidak mengizinkan akad nikah itu, sedangkan kedua pasangan sudah sekufu maka kes seumpama ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah, kerana ia termasuk dalam kes wali enggan mewalikan perkahwinan. Pihak berkuasa agama di negara kita mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan perkara ini. Kerana itu kenapa semestinya bernikah di negara jiran.
Akad nikah yang dilangsungkan sekali lagi kerana memenuhi keperluan undang-undang pendaftaran nikah kahwin di Malaysia tidaklah membatalkan perkahwinan yang pertama. Bagaimanapun perkara ini amat tidak elok dilakukan, kerana menampakkan soal nikah kahwin yang begitu besar urusannya itu seolah-olah menjadi bahan permainan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Mengadakan akad nikah sekali lagi kerana urusan pendaftaran tidak menjadi masalah.
Jika anda mengaku masih bujang sedangkan anda sudahpun berkahwin, maka perbuatan anda ini termasuk dalam ertikata kinayah atau penggunaan simbolik. Ini bermakna jika anda berniat untuk menceraikan isteri anda, maka jatuhlah talak ke atas isteri anda itu mengikut yang anda niatkan. Tetapi jika anda bermaksud untuk menyembunyikan perkahwinan itu takut mendapat malu, maka perbuatan anda ini amat tidak wajar kerana menyalahi sunnah Rasulullah yang menyuruh supaya diisytiharkan perkahwinan dan disembunyikan pertunangan.
Kecuali pada pandangan anda, anda akan ditimpa mara bahaya yang lebih besar dan kemungkinan anda akan dibunuh jika anda mengumumkan perkahwinan anda, dikala itu haruslah kepada anda menyembunyikannya buat sementara waktu perkahwinan itu. Bagaimanapun anda tidak boleh menyembunyikannya secara berterusan. Sampai bilakah anda harus berada dalam keadaan begitu?

Hamil Anak Luar Nikah

Soalan: Saya mengandung 5 bulan tapi kandungan ini anak luar nikah. Saya tidak tahu nak buat apa. Berkali-kali saya mencuba untuk mengugurkannya tapi tidak menjadi. Saya berbuat demikian kerana ingin menutup malu keluarga. Buat sementara ini keluarga saya tidak tahu lagi. Saya tidak mahu berkahwin kerana saya masih muda lagi. Saya tidak tahu di mana hendak cari jalan penyelesaian?

Jawapan: Zina termasuk perbuatan yang diharamkan dan merupakan dosa besar bagi yang melakukannya. Bahkan mendekatinya pun diharamkan. Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya:

"Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan".
(Surah Al Isra' ayat 32)

Islam dengan keras melarang perzinaan serta memberikan peringatan tegas, kerana perzinaan mengaburkan zuriat, merosakkan nasab, merosakkan akhlak dan menimbulkan penyakit yang sukar diubati.
Akibat yang diterima oleh orang yang melakukan zina ditegaskan lagi oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda maksudnya:

"wahai umat manusia, takutlah perbuatan zina kerana ia menyebabkan enam perkara. Tiga perkara di dunia dan tiga lagi di akhirat. Adapun yang di dunia adalah, menghapuskan kebaikan, membawa kemiskinan dan mengurangi umur. Adapun yang di akhirat, dimurkai Allah, hisab yang buruk dan seksa neraka".

Untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi, hendaklah anda menempuh cara-cara sebagai berikut:
1. Pertama sekali anda hendaklah segera bertaubat atas dosa dan kesilapan yang telah anda lakukan. Taubat dengan sebenar-benar taubat dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk itu. Lakukanlah solat fardhu lima waktu dan banyakkanlah beristigfar dan menyesali perbuatan dosa masa silam.
2. Janganlah anda menggugrkan kandungan yang telah berusia lima bulan tersebut kerana kandungan anda itu telah berbentuk wujud manusia bahkan telah ditiupkan roh ke atasnya. Jika anda menggugurkannya bererti anda telah membuat dosa yang besar iaitu membunuh jiwa manusia.
3. Segeralah mendirikan rumahtangga kerana dengan jalan ini anda telah membantu diri sendiri dalam menjaga akhlak dan moral serta dapat menyalurkan nafsu berahi dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Usia yang muda bukanlah menjadi ukuran seseorang itu menahan dirinya dari hasrta untuk mendirikan rumahtangga kerana Siti Aisyah pun berkahwin dengan Rasulullah SAW saat beliau berusia 9 tahun dan setelah baligh (keluar haid) pada umur 12 tahun beliau baru menjalin hubungan dengan Rasulullah SAW. Jadi jelaslah usia bukanlah menjadi penghalang untuk anda mendirikan rumahtangga, asalkan anda telah mencapai usia baligh.

Tidak Mampu Memberi Nafkah (Poligami)

Soalan: Saya mempunyai dua orang isteri, kedua-duanya tidak mempunyai anak . Saya ingin mencerai salah seorang kerana tidak mampu untuk menampung (tidak berkemampuan). Masalahnya, tiada sebab saya menceraikannya kerana alasan ekonomi. saya minta penjelasan mengenai masalah ini?

Jawapan: Di dalam Islam menganjurkan kita berkahwin hingga empat orang jika tidak mampu memadailah dengan seorang isteri. Jika anda telah berkahwin dua bererti anda telah menyiapkan diri untuk mengikuti sunnah yang diredhai. Janganlah mencari alasan kerana ingin melepaskan tanggungjawab dan menyenangkan diri sendiri. Setelah berpoligami jalankanlah dengan baik, kemungkinan kesukaran yang anda hadapi sekarang ini merupakan dugaan saja yang mengandungi banyak hikmah dan rahmat. Bersabarlah dalam menjalankan sunnah, dan bekerjalah dengan lebih tekun demi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang suami kerana perkara inilah yang lebih dituntut dan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah SWT. Wallahu A'lam.

Isteri Memukul Suami

Soalan: Apakah hukum seorang isteri yang memukul suami yang tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dan apakah tindakan yang wajar yang harus diambil oleh suami yang dipukul?

Jawapan: Isteri yang solehah adalah mematuhi segala perintah suami dengan penuh taat, selagi suami tidak mengajak isteri kepada perbuatan maksiat atau mempersekutukan Allah. Diantara ciri-ciri isteri yang solehah iaitu memiliki budi pekerti yang murni, mempunyai sifat persefahaman, pengorbanan, ketabahan dan penuh pengertian. Kemudian ditambah dengan sifat patuh dan taat kepada suami, mengurus rumahtangga dengan baik, berhias untuk suami, melayani suami, berpakaian menurut ajaran Islam dan memberi motivasi terhadap cita-cita suami.
Jika seorang isteri telah berani memukul suami apakah suami bersalah ataupun tidak itu merupakan sifak kederhakaan yang dikutuk oleh Allah. Sebab keredhaan Allah terhadap seorang isteri itu tergantung kepada keredhaan suaminya. Seandainya suaminya tidak redha maka isteri akan menerima seksaan Allah yang berat di akhirat nanti. Wallahu A'lam

Tinggal Serumah yang Bukan Muhrim

Soalan: Apakah batas aurat adik lelaki saya dengan emak mertua saya sedangkan mereka tinggal serumah dengan saya dan adakah dibolehkan dalam islam mereka ini tinggal serumah?

Jawapan: Adik lelaki saudari dengan emak mertua saudari bukan muhrim oleh sebab itu didalam berpakaian hendaklah memenuhi tuntutan Islam agar tidak menimbulkan sebarang fitnah dan sebagainya. Mengenai tinggal serumah dengan saudari dan emak mertua serta ahli keluarga yang lain dibolehkan asal menjaga adab dan nilai-nilai ajaran Islam. Sila rujuk ayat mengenai muhrim surah An Nisaa' ayat 22 dan 23.

Pemberian Nafkah Seorang Suami

Soalan: Saya mempunyai seorang adik perempuan yang sudah bersuami dan mempunyai anak seramai enam orang yang sedang meningkat remaja. Masalahnya sekarang ialah adik saya bekerja sementara suaminya tidak bekerja. Untuk makluman ustaz suami adik saya ini seorang pengikut Tabligh yang kadang-kadang meninggalkan keluarga sehingga seminggu atau pun lebih. Menuntut ilmu agama sememangnya dituntut tetapi masalahnya sepeninggalannya suami tidak meninggalkan nafkah makan minum isteri dan anak. Baginya isteri bekerja, jadi suami tidak ambil endah langsung. Kemungkinan si suami berfikir ibubapanya ada yang masih boleh melihat anak isterinya samada makan atau pun tidak, tak kan datuk nak biarkan anak cucunya kebuluran.... Si isteri kadang-kadang tidak tahan lalu mengadu dengan kakak dan abang... Di sini saya ingin mendapat pandangan ustaz mengenai perkara ini. Terima kasih.

Jawapan: Menurut institusi kekeluargaan dalam Islam menjadi tanggungjawab seorang suami memenuhi keperluan kehidupan keluarganya baik dari segi nafkah lahir mahupun batin.Suami juga berkewajipan menggauli isteri dengan baik, suami juga harus menyediakan makanan yang baik, pakaian dan juga pendidikan agama yang sempurna untuk keluarganya. Begitu juga sebaliknya isteri berkewajipan melaksanakan tanggungjawabnya dalam keluarga, seperti mengakui kepimpinan suami, taat kepada suaminya, keluar rumah dengan izin suami, melahirkan rasa kegembiraan di hadapan suami, dilarang menunjukkan sikap sombong, ego dan sebagainya. Jika tanggungjawab masing-masing suami isteri tidak dijalankan dengan baik, maka itu merupakan pertanda penyimpangan dalam menjalankan institusi rumahtangga.
Jika terjadi kecuaian suami atau isteri atau kedua-duanya dalam menjalankan tanggungjawab ini, perlu diberitahukan kepadanya akan kelalaiannya itu baik secara langsung mahupun menggunakan orang ketiga. Seandainya cara ini tidak berhasil kerana kecuaiannya ataupun ketidakmampuannya, maka isteri dituntut agar redha dengan keadaan tersebut. Dalam perkara ini kita boleh merujuk kepada kehidupan Rasulullah dengan Siti Khadijah. Dari segi kekayaan, Khadijah merupakan seorang jutawan pada zamannya, namun beliau redha seluruh harta kekayaan itu digunakan oleh suaminya dalam menegakkan Islam, akhirnya kehidupan keluarga baginda sangat sederhana bahkan miskin dari harta dan benda.
Seandainya isteri tabah dan redha menghadapi cubaan dan cabaran hidup ini maka sangat besar pahala baginya. Sedangkan suami yang tidak menjalankan tanggungjawabnya hanya Allah akan membalas kelalaiannya itu. Dengan ketabahan seorang isteri memberi nafkah anak-anaknya dan dirinya sendiri, insya Allah akan dimudahkan Allah perjalanan hidup dan rezekinya. Dengan cara ini juga, insya Allah hati suaminya akan kembali menjalankan tanggungjawabnya.

Hariz Azhar

Soal Jawab Mengenai Jimak


Hukum Mencium Alat Kelamin

Soalan: Apa hukumnya suami mencium faraj isteri dan isteri mencium zakar suami?

Jawapan: Setelah melangsungkan perkahwinan seorang suami halal berseronok-seronok dengan isterinya sebagaimana halal kepada seorang isteri berseronok-seronok dengan suaminya. Perkahwinan adalah satu saluran terbaik kepada seorang suami dan isteri melepaskan runtunan nafsu semulajadinya dan cara ini dihalalkan oleh syarak dan diiktiraf oleh masyarakat. Selain itu Islam juga menekan soal adab sopan dalam menjalani rumah tangga. Melihat kepada nas Al-Quran secara umumnya ia menjelaskan keharusan mendatangi isteri mengikut yang disukai oleh suaminya.
Bagaimanapun suami melihat dan mencium alat kelamin isteri dan isteri melihat alat kelamin dan mencium alat kelamin suami ketika melakukan persetubuhan menjadi satu perkara yang diperselisihkan di kalangan ulamak. Sesetengahnya berpendapat makruh berbuat demikian kerana ia boleh mewarisi penyakit buta dan ia juga melambangkan kurang kesopanan antara suami dan isteri.
Sesetengahnya pula berpendapat perbuatan tersebut dibenarkan oleh syarak berdasarkan umumnya ayat di atas. Pendapat ini dinukilkan dari imam An-Nawawi dan juga imam Al-Qurtubi. Pengarang kitab Ahkam Al-Awrat dan An-Nazar berpendapat dibenarkan berbuat apa sahaja kepada suami isteri yang sudah sah perkahwinannya.
Kesimpulannya para ulamak masih berselisih pendapat tentang hukum di atas di antara yang mengharuskannya dengan yang memakruhkannya. Apa yang jelas ialah Nabi SAW ketika bersama dengan Aisyah RA tidak pernah melihat alat kelaminnya sebagaimana Aisyah juga tidak pernah melihat alat kelamin nabi SAW. Inilah adab sopan yang sewajarnya diikuti.

Persetubuhan Melalui Dubur

Soalan: Hadis/kitab mengatakan persetubuhan melalui belakang (dubur) adalah HARAM. Bagaimana pula kalau dilakukan di belakang tetapi melalui faraj ?

Jawapan: Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya melalui lubang duburnya. Bila terjadi isteri harus berusaha menolaknya sekalipun dia diancam oleh suami dengan berbagai seksaan. Kerana perbuatan yang demikian adalah perbuatan yang sangat terkutuk di sisi Allah. Orang yang berbuat demikian adalah orang yang buruk moralnya dan merendahkan darjat kemanusiaan. Termasuk golongan orang yang zalim serta bersifat seperti binatang. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Terkutuk, terlaknatlah siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya"
(HR. Ibnu Adi, Abu Dawud dan Ahmad)

Mengenai cara berjimak terpulanglah kepada kita masing-masing untuk melakukannya asalkan perlu di jaga adab-adab berjimak seperti tidak melalui dubur serta menutup tubuh dengan selimut serta menjaga adab-adab yang lain agar hubungan suami isteri lebih harmoni. Melalui depan atau belakang tidak ada masalah bahkan dalam ayat Al Quran secara jelas menerangkan:

"Isteri-isterimu adalah seperti kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana saja yang kamu kehendaki"
(Surah Al Baqarah ayat 223)


Mengambil Wuduk sebelum dan Sesudah Jimak

Soalan: Wajib atau sunat membasuh kemaluan dan mengambil wudhuk, apabila hendak meneruskan persetubuhan kali kedua ?

Jawapan: Hukum mengambil wuduk sebelum melakukan jimak adalah sunat. Begitu juga setelah berjimak mengambil wuduk ketika itu juga sunat hukumnya, namun Rasulullah SAW selalu mengamalkanya jika baginda ingin melanjutkan jimaknya, tujuannya agar badan terasa lebih segar sehingga untuk meneruskan jimak berikutnya ghairah syahwat lebih tinggi dan dapat menimbulkan kepuasan antara kedua-dua belah pihak antara suami dan isteri.

Adab Berjimak

Soalan:
1) Apakah adab-adab untuk berjimak?
2) Bagaimana kalau si isteri termakan sperma suaminya dan apakah hukumnya?
3) Apakah hukumnya seseorang lelaki itu melancap?

Jawapan:
1) Diantara adab berjimak iaitu:
  • Dalam melakukan persetubuhan dengan isteri bukanlah semata-mata hanya memenuhi keinginan nafsu berahi belaka. Niat dalam hati adalah untuk memenuhi kewajipan dari Allah dan sunnah Rasulullah.
  • Sebelum bersetubuh hendaklah membaca doa.
  • Waktu melakukan persetubuhan dengan isteri dilakukan dengan hati yang gembira serta menjauhkan perasaan susah. Tidak dalam keadaan terlalu lapar atau terlalu kenyang sebab akan mengurangi kenikmatan.
  • Dianjurkan kepada suami dan isteri memakai pakian yang bersih dan memakai harum-haruman.
  • Suami tetap berusaha agar kedua belah pihak mencapai kepuasan secara bersama.
  • Islam juga menganjurkan agar berwuduk sebelum melakukan jimak serta mengulangi wuduk kembali jika ingin melakukan persetubuhan yang kedua. Dengan berwuduk kesegaran badan kembali pulih.
  • Setelah bersetubuh suami dan isteri hendaklah mencuci kemaluannya atau berwuduk sebelum tidur.
  • Ketika bersetubuh tutuplah dengan selimut agar tidak menyerupai perangai binatang dan menjaga aib keluarga. Demikianlah di antara ada berjimak, masih banyak lagi ketentuan dan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang dapat kita baca melalui buku-buku atau kitab-kitab.
2) Setengah ulama mengatakan hukum termakan sperma itu makruh, kerana sperma bukan najis

Lama Masa Untuk Berjimak

Soalan: Berapa lamakah masa yang selalu diambil oleh seseorang lelaki ketika melakukan jimak, iaitu sebelum keluarnya air mani?

Jawapan: Dalam melakukan jimak, yang dituntut oleh sunnah adalah puncak kepuasan berjimak itu sendiri. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memerintahkan agar suami melakukan cumbu rayu sebelum melakukan jimak. Cumbu rayu ini bertujuan agar kepuasan berjimak itu dapat dinikmati bersama dan tidak hanya sebelah pihak sahaja. Lama masa bukanlah menjadi ukuran, tetapi yang menjadi perkara asas adalah kepuasan. Walaupun satu minit jika kepuasan dapat dinikmati, maka tujuan jimak telah tercapai. Tetapi jika masa digunakan panjang sedangkan faktor kepuasan dan kenikmatan bersama diabaikan maka tujuan jimak tadi tidak mengikut sunnah. Jika ini yang terjadi maka suami mengabaikan hak isteri dan jika disengajakan maka hukumnya berdosa. Wallahu A'lam.

Muhammad Asyraf Abd Wahab

Idah


IDAH
MAKSUD
· Bahasa : tempoh pengiraan
· Istilah : tempoh masa larangan berkahwinan yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami
Sebab-sebab disyaratkan idah ialah:
Memberi peluang kepada suami untuk merujuki bekas isterinya jika dalam idah raj’i.
Sebagai masa berkabung bagi isteri yang telah kematian suami.
Memberi peluang kepada isteri membuat persediaan untuk memulakan penghidupan yang baru.
Untuk memastikan rahim isteri bersih dan bebas daripada benih (zuriat) bekas suaminya.

TEMPOH IDAH
Bagi isteri yang dicerai oleh suaminya:
Tiga kali suci daripada haid bagi perempuan yang belum putus haid.
Tiga bulan bagi perempuan yang telah putus haid.
Tidak ada idah bagi isteri yang belum disetubuhi oleh suaminya.
Jika perempuan itu hamil, idahnya setelah melahirkan anak.

Firman Allah S.W.T
( Surah al-Ahzab : Ayat 49 ) Maksudnya :
…apabila kamu menikahi perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu setubuhi mereka, maka tiadalah berhak terhadap mereka tentang sebarang idah yang boleh kamu hitungkan…
Bagi isteri yang kematian suami:
  • Empat bulan sepuluh hari bagi perempuan yang tidak hamil.
  • Setelah melahirkan anak, jika perempuan itu hamil.
Firman Allah S.W.T
( Surah al-Talak: Ayat 4 )
Maksudnya :
….Dan mereka yang sedang hamil, tempoh idah bagi mereka ialah sehingga mereka melahirkan kandungannya….

SEBAB PERBEZAAN TEMPOH IDAH :
· Bagi perempuan bercerai hidup
§ Dapat membersihkan rahim daripada benih hasil hubungan dengan bekas suami
§ Cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungan bagi yang sedang hamil
· Bagi perempuan bercerai mati
§ Sebagai tanda perkabungan dan kesedihan
· Bagi perempuan yang belum disetubuhi
§ Tiada idah kerana rahimnya suci daripada benih suami


HAK DAN STATUS ISTERI SEMASA DAN SELEPAS IDAH :


· Hak semasa idah
§ Bagi yang diceraikan dengan talak satu / dua
- Masih dibawah tanggungjawab suami
- Berhak mendapat hak sebagaimana sebelumnya ( nafkah, tempat tinggal, pakaian dll )
- Isteri tidak boleh keluar rumah tanpa keizinannya
§ Bagi isteri yang dalam tempoh idah talak bain
- Isteri tidak boleh dirujuk
- Tidak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal
- Tidak mendapat hak perwarisan harta
§ Bagi isteri yang kematian suami
- Berhak diberi tempat tinggal selama tempoh idahnya
· Hak selepas idah
§ Tidak mempunyai hubungan lagi dengan bekas suami
§ Bebas menetukan kahidupan sendiri
§ Pasangan bercerai tamat idah berhak berkahwin semula
§ Boleh dipinang oleh lelaki yang ingin memperisterikannya

KEADAAN ISTERI SELEPAS TAMAT IDAH
Tidak berhak mendapat nafkah daripada bekas suaminya.
Bekas suami tidak mempunyai tanggungjawab terhadap bekas isterinya.
Bekas isteri bebas menentukan corak hidupnya sendiri.
Suami boleh rujuk isterinya kembali melalui akad nikah yang baru.

PERKARA YANG DILARANG SEMASA IDAH
Dipinang
Ø Bagi perceraian hidup
Diharamkan sama ada pemingan secara terang / sindiran
Ø Bagi perceraian mati
Diharamkan sama ada pemingan secara terang, tetapi harus secara sindiran
Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami
Ø Bagi perceraian hidup
Diharamkan keluar rumah tanpa izin suami kecuali untuk keperluan syarak
Ø Bagi perceraian mati
Diharamkan keluar rumah kecuali untuk keperluan syarak
Menghias diri
Ø Bagi perceraian hidup
Jika dalam idah raji'e diharuskan berhias. Jika dalam idah bain disunatkan tidak berhias
Ø Bagi perceraian mati
Diharamkan berhias
Berkahwin
Ø Bagi perceraian hidup
Diharamkan berkahwin dengan lelaki bukan suami
Ø Bagi perceraian mati
Diharamkan berkahwin

HIKMAH DISYARIATKAN IDAHMemberi peluang kepada suami dan isteri berbaik-baik dan memulakan penghidupan baru dengan lebih bertanggungjawab.
Semasa dalam tempoh idah, masing-masing dapat memikir dan memperbaiki kesilapan dan kelemahan tersebut sebelum meneruskan penghidupan baru.
Menjamin kesucian keturunan. Dalam tempoh idah, rahim seorang perempuan hendaklah suci sebelum berkahwin lagi ( selepas tiga kali suci ).
Memberi penghormatan kepada kaum wanita. Dalam masa yang idah, bekas suami bertanggungjawab menyara makan, minum dan tempat tinggal bekas isterinya.

-Muhammad Fareez bin Fuad-

Zihar


DEFINISI ZIHAR

Zihar berasal daripada perkataan zihar yang bererti belakang. Apabila seorang suami mengatakan bahawa isterinya seperti belakang ibunya, maka berlakulah zihar. Dalam konteks zihar, dua aspek utama yang menjadi perhatian. Pertama, perkataan belakang hanya sebagai kiasan sahaja, sedangkan secara hakikatnya ia merangkumi semua angggota tubuh badan kecuali mata kerana ia bukan zihar yang jelas. Oleh itu, jika diniatkan sebagai sautu penghormatan maka tidak menjadi zihar. Sebaliknya jika diniatkan talak maka jadi zihar. Kedua, wanita yang menjadi perbandingan ialah wanita yang haram dikahwini oleh suami.
Jika kita telitikan apa yang dimaksudkan oleh Zihar mengikut Imam Syafie':”Lafaz suami menyamakan mana-mana ANGGOTA ZAHIR ISTERI dengan ANGGOTA WANITA MAHRAM MUABBAD kepada suami”Perhatikan perkataan 'LAFAZ'.Ini bermakna, zihar hanya disabitkan apabila ada lafaz dan lafaz tersebut JELAS menyamakan mana-mana anggota ZAHIR Isteri dengan mana-mana Anggota Wanita Mahram Muabbad.(Kekal Haram Dikahwini).
Firman ALLAH SWT berkenaan Hukum Zihar ini ada dalam Surah Al-Mujadalah, Ayat ke 2 hingga 4.

Zihar pada budaya arab adalah menyamakan isteri dengan punggung emak lelaki tersebut dengan tujuan menghinanya dan merendah-rendahkannya dan juga mengimplikasikan zihar, tetapi gurauan dan sendaan yang tidak keterlaluan dan tidak mempunyai niat tersebut tidak membawa kepada zihar.


KAFFARAH ZIHAR
Setiap suami yang sah talaknya sah ziharnya. Zihar boleh berlaku secara dan secara sementara. Zihar sementara ditentukan masanya seperti sebulan, tetapi zihar kekal tidak ditentukan masanya. Setelah melakukan zihar jika pihak suami mahu kembali bersama isterinya maka dia dikenakan membayar kaffarah. Jika pihak suami tidak membayar kaffarah maka dia mesti menceraikan isterinya.

Kaffarah zihar ialah membebaskan hamba, jika tidak mampu hendaklah memberi makan atau pakaian kepada 60 orang fakir miskin. Jika itu masih lagi tidak mampu maka hendaklah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. Suami yang melakukan zihar mestilah membayar kaffarah sebelum melakukan perhubungan kelamin dengan isterinya. Perbuatann zihar mungkin berlaku jika suami jahil tentang hukum-hakam.

RUKUN ZIHAR
1. Suami
2. Isteri
3. Perkara yang diserupakan
4. Lafaz zihar

PERINCIANRukun Pertama: Tidak disertakan kerana meyakini ianya jelas
Rukun Kedua: Tidak disertakan kerana menyakini kejelasannya
Rukun Ketiga: (Perkara yang diserupakan)

Untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami: Syarat yang disepakati oleh jumhur ulama’ :-
1. Anggota-anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan di sekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut, dan lain-lain . Demikian pandangan kebanyakan ulama’, Ulama’ Hanbali dan Maliki mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar . Pandangan yang rajih adalah pandangan jumhur.

2. Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki sama ada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Seperti Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dan lain-lain yang berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato’ Abi Rabah, As-Sya’bi, An-Nakha’ie, Al-Awza’ie, at-Thawry, Ishak Rahawaih, Abu Ubaid, Abu Thaur.
Pandangan Imam Syafie dalam 'qawl qadim’ tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi Qawl Jadid Imam Syafie memindanya ijtihadnya dengan mengatakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu.Manakala yang tidak muabbad seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain. Tidaklah penyerupaan dengan mereka dianggap zihar.

Ulama Maliki menambah bahawa binatang juga termasuk dalam kategori yang tidak boleh disamakan. Kerana asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dengan binatang. Maliki juga mensabitkan zihar kiranya menyamakan rambut isteri dengan rambut ibu dan lain-lain. Manakala jumhur tidak berpandangan sekian.

Syarat yang diperselisihkan :-
- Mestilah diserupakan dengan anggota wanita.
- Kiranya ditasybihkan dengan lelaki seperti “Belakang atau punggung kamu seperti belakang atau punggung bapaku”. Ulama Hanafi dan Syafie mengatakan TIDAK JATUH ZIHAR.
- Bagaimanapun Ulama’ Hanbali dan Maliki mengatakan JATUH ZIHAR DENGAN SYARAT MENYAMAKAN DENGAN SEBATANG ANGGOTA YANG TIDAK HALAL DILIHAT SEPERTI PERUT, PEHA, KEMALUAN, PUNGGUNG dan lain-lain yang seerti. Kiranya menyamakan dengan kepala bapa, rambut, hidung dan lain-lain, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR. Semua mazhab mempunyai dalil masing-masing.

Ulama Syafi’iyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pada bahagian haram dilihat tadi, ia bergantung kepada niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar.
Rukun Keempat: Sighah (Lafaz Zihar)
Syarat lafaz untuk untuk sabit zihar adalah :-

a. Perlu kepada niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas). Sighah Sorihah (terang, jelas) seperti: “ Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”. Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.

b. Tidak disyaratkan untuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yang memberi pengertian semasa.
Zihar jatuh dengan lafaz yang membawa pengertian semasa seperti “Punggung dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”
Juga jatuh kiranya diikat dengan waktu tertentu seperti “Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka perut dinda seperti perut bondaku”
Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan datang seperti : “Punggung dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan” atau “Perut dinda seperti perut bonda Kanda dalam masa sebulan”.
Semua lafaz tadi cukup untuk menjatuhkan hukum zihar.

c. Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita samada secara juzu’ atau sepenuhnya. (Bahagian yang diharamkan lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi).

Hazim
 
 

Tiada ulasan: