PANDUAN SOLAT SUNAT
CARA NABI S.A.W.
Penulis: Mohd Yaakub bin
Mohd Yunus
Disemak
oleh:
Ustaz Mohd
Fikri Che Hussain
SOLAT ISTIKHARAH
Apabila seseorang itu berada di
dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan
atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan
terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka
hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala
melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..
v
DALIL DISYARI’ATKAN
SOLAT ISTIKHARAH
Solat Istikharah ini telah
diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah
radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam
segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari
al-Qur’an.. Baginda bersabda:
إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ
غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:
Maksudnya:
Jika salah seorang di antara
kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia
mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca
doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ
بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
فَإِنَّكَ
تَقْدِرُ
وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ
الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ
خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ:
عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي
فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي
دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ
لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku
memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan
kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana
sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali,
Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui
hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa
urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang
dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir
urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun
yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia
untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya.
Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama,
kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu
yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu
dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu
bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku
orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.
Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah
dia menyebutkan apa yang dihajatkannya.
– Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no:
1162.
v
BEBERAPA PERKARA
BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH
q
Solat Istikharah
dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada
ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat
Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari
al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca
surah al-Fatihah.
q
Solat Istikharah
boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang
mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara
yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa
permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara
yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang
wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun
urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya
tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya
perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan
istikharah.
q
Hendaklah bagi
seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan
dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu.
Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu
Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa
adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk
kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada
tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri
kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima
keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:
وَعَسَىٰ أَنْ
تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا
شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ
وَاللَّهُ
يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya:
…dan boleh jadi kamu benci
kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka
kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah
jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak
mengetahuinya.
– al-Baqarah (2) : 216
q
Solat Istikharah
ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan
solat-solat sunat seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid
dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat
Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah
tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi
rahimahullah:
Jika keinginan melakukan
sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau
yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah,
namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa
Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi.
– Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari
kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh
Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.
q
Doa istikharah itu
dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut.
Doa tersebut boleh diulang-ulang.
q
Bukan termasuk dalam
syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang
pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat
tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan
untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.
v
RINGKASAN TATACARA
MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat
Istikharah
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah al-Fatihah
5)
Membaca Surah al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)
Membaca doa
Istikharah
Apa itu Solat Istikharah ???
Didalam kehidupan
kita banyak yang kita ragu-ragu untuk memutuskan sesuatu perkara tidak
kiralah dari benda yang kecil sehingga yang besar. Seseorang yang
menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih
ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka disunatkan mengerjakan solat
yang bukan termasuk wajib.
Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya. Solat ini adalah sebaiknya juga dilakukan sebagai amalan sunat seharian kita.

sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta
pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang
itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah
perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada
dirinya.
Maka untuk itu,
dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya
sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada
Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara
untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.
Baginda bersabda,
Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka
hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah,
sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku
minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang
luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada
berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha
Mengetahui yang ghaib.
Sesungguhnya
manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang
ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang
kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu
baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita
lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut
penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan
akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.
Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan
itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada
sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)
Sebenarnya amal
ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi
semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak
pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi.
Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat
kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan
semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik
kepada Allah s.w.t.
Hal ini kerana
manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan
meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat
ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Wahai orang yang
beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan
mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan
syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Al-Maidah: 90)
Perlu dijelaskan di
sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa
pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh
iblis dan syaitan yang datang mengganggu.
Kita tidak boleh
menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan
rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah
Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh
Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi
baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Maka apabila anak
itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha
bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku,
sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu,
maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku,
jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan
mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)
Kesimpulannya mimpi
kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang
terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur
daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia.
Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi.
Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.
Dalam kes di atas,
seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya,
maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya
sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam.
Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus
menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua
pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama
dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang
pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu
melalui solat sunat istikharah.
Mimpi itu bukanlah
satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t.
Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang
masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa
hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara
beberapa pilihan.
Jika kita mempunyai
kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat
kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah
istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita
tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan
akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah
doa yang bermaksud:
Ya Allah, jika
Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku
dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia
bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa
pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari
kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku
kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang
redha dengan pemberian itu. – (Riwayat Bukhari)
Niat Solat Istikharah
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Doa Solat Istikharah
“Ya Allah, saya
memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan
kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui
apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di
dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku,
kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan
mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya
jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku,
kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan
jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik
saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu
itu.”
10 petanda
menunjukkan dia adalah jodoh kita
Oleh : Lovely
lovely_crawler@yahoo.com
Go to my site
Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?
“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan