Sabtu, 7 Disember 2013

BILA BERCAKAP TAK SABITKAN KUASA ALLAH SWT....CAKAP KITA MENGAMBARKAN ILMU TAUHID DIABAIKAN....BERSIKAP BALAS DENDAM DAN EGO










Kebesaran Allah
Jangan Lawan Allah !
Like · · · 8 hours ago · 

5buah trailer smpai ke paya besar dari slangor..jbtn amal slangor uruskan pnghantaran 20buah trailer ke pahang mmbawa bkalan utk mangsa banjir - Dr.Raja Iskandar Al-Hiss , Ketua DPPP.
Like · · · 18 minutes ago ·

TERHANGAT ! GAMBAR2 TENGKU PUAN PAHANG JADI SUKARELAWAN BANJIR....HEBATKAN!!!!



Gambar-gambar Tengku Puan Pahang mencemar duli turun membantu mangsa-mangsa banjir. ini real punya bukan sekadar lakonan....

Raja Puan Pahang bantu mangsa banjir. Berapa LIKE untuk Raja Puan Pahang.




INI PULAK !! Dato' Seri Najib dan Kak Rosmah di Sekolah Sains Ahmad Shah, Pekan lawatan mangsa banjir semalam ,  beliau sibok dengan PAU......





Mana MP Kuantan ketika Kuantan dilanda banjir kata penipu duit rakyat RM250 juta yang tak bayar bayar lagi sampai sekarang.

Kita troll ada bukti....nah.. zoom tengok.. zoom.. mana Shahrizat?...KREDIT KEDAH KINI


Isu Syiah: KDN beri kuasa bertindak pada Mat Sabu

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, kementeriannya memberi kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan kepada Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang didakwanya berfahaman Syiah.

NONE"Alangkah baiknya PAS mempunyai keberanian dan menyatakan komitmen politiknya untuk menolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua (Mohamad) dalam PAS.

"Jangan berselindung, Jamil Khir, KDN (Kementerian Dalam Negeri) beri kuasa, ambil tindakan pada pemimpin PAS (itu)," kata naib presiden Umno itu semasa ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung tahunan parti itu hari ini.

Zahid bagaimanapun hanya menyebut "orang nombor dua" PAS tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin PAS itu.

Mohamad Sabu dipilih sekali lagi sebagai timbalan presiden dalam pemilihan PAS baru-baru ini.
Mohamad ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

"Tak boleh komen. Saya tak dengar sendiri," katanya ringkas melalui SMS jawapan kepada Malaysiakini.

Remaja dicabul ‘ustaz’ ketika berubat

Posted on the December 7th, 2013 under Tempatan by admin




Asap-kemenyan
SABAK BERNAM – Seorang remaja perempuan yang mengadu sakit perut tidak menyangka tindakannya untuk berubat dengan seorang lelaki bergelar ‘ustaz’ di Taman Pertama di sini malam tadi berakhir dengan dirinya menjadi mangsa cabul ustaz tersebut.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, mangsa berusia 15 tahun bersama bapanya yang bekerja buruh telah pergi ke rumah ustaz tersebut.
Bapa mangsa kemudian di arah untuk berbaring di ruang tamu dan menutup lampu.

Kata beliau, ustaz itu kemudian telah memberitahu bapa mangsa bahawa ‘hantu’ yang ada pada badan lelaki itu telah ‘berpindah’ ke badan anak gadisnya dan mengarahkan mangsa untuk berbaring di ruang tamu dengan ditutup sehelai kain.
“Ustaz itu kemudian mengarahkan bapa mangsa duduk di atas kerusi dan tidak lama kemudian lelaki itu tertidur kira-kira 20 minit.
“Sebaik terjaga, lelaki itu terkejut melihat ustaz sedang meraba anak gadisnya dan dia bertindak memohon diri untuk pulang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan suspek masih dikesan untuk tindakan lanjut. – KOSMO!
2,400 tentera bantu mangsa banjir di Pahang
4:39PM Dis 7 2013
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengerahkan seramai 2,400 anggotanya bagi membantu mangsa banjir di Pahang.
  
Panglima 3 Divisyen Mej-Jen Datuk Sheikh Mohsin Sheikh Hassan berkata ketika ini seramai 1,200 anggota sedang terlibat dalam operasi menyelamat dan memindahkan mangsa ke pusat penempatan sementara.
  
"Sementara 1,200 lagi sedang bersiap sedia untuk dikerah pada bila-bila masa sekiranya gelombang kedua banjir melanda negeri ini," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.
  
Sheikh Mohsin sebelum itu bersama Pengarah Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Yusof Saroji melawat dan menyerahkan bantuan air minuman kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Bukit Rangin, dekat Kuantan.
  
Kira-kira 2,000 mangsa banjir sekitar Kuantan ditempatkan di pusat tersebut sejak banjir melanda Kuantan, Selasa lepas.
  
Sheikh Mohsin dalam pada itu berkata aset ATM seperti bot dan trak juga bersedia digunakan bagi memastikan operasi membantu mangsa banjir berjalan lancar.
  
"Sebanyak 10 buah helikopter juga akan digerakkan pada bila-bila masa bagi menyalurkan bantuan ke kawasan pedalaman yang terputus hubungan seperti di Rompin dan Sungai Lembing," katanya.
  
Sementara itu, Yusof berkata Syabas bekerjasama dengan ATM dalam Ops Murni ini untuk membekalkan 20,000 botol air mineral dengan isipadu lima liter setiap botol kepada mangsa banjir di Pahang dan di Kemaman, Terengganu.
  
"Kita juga bersedia menyalurkan bantuan serupa di negeri-negeri lain yang dilanda banjir bagi memastikan mangsa banjir mendapat bekalan air bersih yang mencukupi," katanya.
  
- Bernama

KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama dari Jabatan Amal Selangor yang membawa misi bantuan barangan kepada mangsa banjir berlepas ke Pahang tengah hari tadi.

Pelepasan kumpulan hampir 200 orang yang terdiri daripada Jabatan Amal Selangor, Briged Muslimat dan sukarelawan itu disempurnakan Pesuruhjaya PAS Selngor Iskandar Abdul Samad dalam satu majlis di Gombak pagi tadi.

Misi yang diketuai Pengarah Jabatan Amal Selangor Khairil Anuar Ismail ini membawa barangan keperluan dengan 15 buah lori 5 tan, 10 buah lori 3 tan, sebuah lori kontena, 25 buah kenderaan pacuan empat roda dan 20 buah kereta.

Antara barangan yang dibawa termasuk makanan, selimut, telekung, pakaian baru dan terpakai, pampers dan pelbagai barangan keperluan lain.

Ini merupakan trip pertama dari Amal Selangor, dan trip berikutnya dijadual sepanjang minggu depan.

Dalam pada itu, Jabatan Amal Selangor masih memerlukan sukarelawan dan juga sumbangan berterusan bagi membantu misi ini.
Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Bank islam Amal Selangor 12010010035434.

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menziarahi keluarga Allahyarham Cikgu Zabidah di Kampung Wakaf Stan, petang semalam.

Allahyarham merupakan Bendahari Majlis Guru Pasti Kubang Kerian adalah seorang yang komited dengan tugas.

Beliau meninggal dunia pagi semalam dalam satu kemalangan bersama anak saudara dan cucu saudaranya yang baru berusia dua minggu di Kampug Chicha, Kubang Kerian. Manakala suami dan anak saudaranya yang merupakan pemandu setakat malam tadi masih kritikal.

Mereka di dalam perjalanan pulang mentahnik bayi tersebut di Masjid Pulau Melaka.

Dikatakan kemalangan berlaku apabila kereta yang mereka naiki dirempuh mengejut dari belakang akibat mengelak dari bertembung dengan sebuah lagi kereta yang melakukan pusingan U.
KUALA LUMPUR:  Kerajaan dan rakyat Malaysia  semalam menyampaikan ucapan simpati mendalam serta takziah kepada kerajaan dan rakyat Afrika Selatan atas kematian bekas presiden Nelson Mandela.
             
Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar berhubung kematian Mandela berkata kematian bekas presiden itu bukan sahaja suatu kehilangan besar bagi Afrika Selatan dan benua Afrika, tetapi juga dunia.
             
"Pemergian mendiang presiden Nelson Mandela akan amat dirasai kerana pengaruh dan sumbangan beliau dalam perjuangan menuntut hak-hak kesaksamaan, kemanusiaan dan keamanan.
             
"Kekuatan sikap, ketabahan dan kualiti kepimpinan yang beliau miliki menepati cabaran yang dihadapi Afrika Selatan dalam perjuangan menentang rejim aparteid dan menuntut kemerdekaan," kata kenyataan itu.
             
Katanya kerajaan dan rakyat Malaysia juga menyampaikan perasaan simpati yang mendalam kepada keluarga mendiang Mandela atas kehilangan anggota keluarga tersayang.

"Seluruh rakyat Malaysia berharap keluarga mendiang Mandela dan rakyat Republik Afrika Selatan akan memperoleh kekuatan dalam menghadapi saat-saat memilukan ini," kata kenyataan itu.
             
Menurut kenyataan itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mewakili kerajaan Malaysia untuk memberi penghormatan terakhir kepada Mandela.
             
Mandela, 95, meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg pada Khamis malam setelah bergelut dengan jangkitan paru-paru sejak sekian lama.
             
Dalam penghormatan beliau kepada Mandela, pengerusi Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global Tan Sri Razali Ismail berkata bekas presiden itu akan menjadi sumber ilham yang amat bernilai kepada dunia.

"Mandela meninggalkan satu legasi tentang kebebasan, kesaksamaan dan perdamaian yang tiada tolok bandingnya melalui pendirian beliau yang begitu komited terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan sosial, bukan sahaja di negaranya, tetapi juga melepasi sempadan negara itu," katanya dalam satu kenyataan. - Bernama
BANGKOK: Penunjuk perasaan antikerajaan akan berarak ke Rumah Kerajaan sekali lagi pada 9 Dis, satu langkah untuk memperbaharui tekanan ke atas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan mahu meningkatkan ketegangan politik di sini.
             
Pemimpin mereka, Suthep Thuegsuban dari Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), hari ini menggesa orang ramai agar berdemonstrasi di Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, bermula pukul 9.30 pagi pada  9 Dis.
             
Beliau memaklumkan kepada kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan dari  kawasan luar bandar untuk berkumpul di dewan wilayah di seluruh negara dan pintu tertutup untuk mengelakkan pegawai wilayah daripada bekerja.
             
Beliau juga meminta pelajar untuk menyertai protes terhadap kerajaan.
             
"Kami akan berkumpul di setiap jalan raya di seluruh Bangkok dan menuju ke Rumah Kerajaan pada 9 Dis. Kita akan tahu pada hari Isnin, jika kita akan menang atau kalah," Suthep mengumumkan demikian di sini, petang hari ini.
             
Beliau akan mengetuai perarakan ke Rumah Kerajaan itu, namun mereka tidak akan masuk ke dalam sebagai menghormati anggota tentera yang dikerahkan berkawal di sekitar Kawasan Rumah Kerajaan.

Beliau berkata penunjuk perasaan akan berada di pusat pertemuan di Pusat Kompleks Kerajaan, sehingga Ahad malam.
             
Sementara itu, kumpulan Baju Merah penyokong kerajaan mengumumkan mereka akan mengadakan perhimpunan di Ayuthaya, terletak kira-kira 76km dari sini, pada 10 Dis. - Bernama

Tiada ulasan: