Ahad, 22 Disember 2013

UTAMAKAN ISLAM BUKANNYA KAUM....JIKA KAUM SUDAH TENTU ISLAM DIKALANGAN ARAB SAJA


PERKASA mahu ukur prestasi PM bantu Melayu

NGO pendesak Melayu, PERKASA mengumumkan untuk menubuhkan mekanisme untuk mengukur prestasi perdana menteri dan jemaah menteri dalam mentadbir negara dan membela kepentingan orang Melayu

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, indeks berkenaan akan memberi petunjuk kepada masyarakat sekiranya tindakan para pemimpin tersebut merugikan orang Melayu.

"Saya nak tanya siapa hendak menentukan KPI (petunjuk utama prestasi)perdana menter dan timbalan perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet?

"Saya hendak akhbar laporkan, KPI PM, TPM dan menteri-menteri Kabinet akan ditentukan PERKASA!

"Kita akan laporkan kepada rakyat dasar-dasar yang merugikan orang Melayu dan kenapa tiada tindakan terhadap orang yg menghina Islam," kata Ibrahim dalam persidangan agung tahunan kali keempat pertubuhan itu di ibu negara pagi ini.

Tambahnya, PERKAS juga akan menegur tindak-tanduk dan polisi Umno dan BN secara terbuka apabila mengambil kira  situasi ekonomi negara yang disifatkkanya "berada dalam keadaan yang membimbangkan".

"Macam-macam (harga barang) naik dan keadaan ekonomi negara kalau kita baca statistik berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan.

"Dulu kita tak tegur secara terbuka kerana kita takut jadi tarik rambut dalam tepung, tepuk berselerak.

"Sekarang kita akan tegur secara terbuka tak ada segan silu - sama ada Umno sensitif atau tidak - sebaik sahaja selesai perhimpunan agung kali ini.

"Dulu saya kawal mulut saya, sebab kita tak mahu tepung berkecai, tetapi kali ini kita akan bersuara," kata Ibrahim.

Ku Li: PERKASA perlu pendekatan lebih terbuka
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata NGO pendesak Melayu PERKASA harus berusaha untuk mengambil pendekatan lebih terbuka untuk membantu orang Melayu bersaing dengan kaum lain.
Beliau menjelaskan, usaha perlu dijalankan untuk membantu orang Melayu bagi memastikan golongan itu tidak perlu lagi bergantung kepada hak dan keistimewaan untuk bersaing.
"Saya sanjung hasrat mulia dan niat baik ini tetapi saya mohon agar pendekatan yang diambil lebih bersifat terbuka.

"Dalam kita mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan, kita harus lebih berani untuk memperkasakan agar keberadaan orang Melayu dan Islam utuh, hebat dan mantap sehingga peruntukan penjagaan dalam Perlembagaan tidak perlu kita pakai dalam kita bersaing," katanya.

Tengku Razaleigh berkata, banyak masalah orang Melayu berpunca daripada masalah dalaman dan bukannya berkaitan dengan kaum-kaum lain.

Jangan salahkan orang lain


Beliau memberi contoh kekurangan orang Melayu sebagai peneraju sektor korporat, kegagalan Melayu menerajui Felda serta menguasai industri halal, serta orang Melayu menjadi pekerja syarikat milik mereka sendiri.

"Perkembangan-perkembangan ini tidak ada kaitan dengan isu perkauman atau pun hak orang Melayu yang dinafikan, tetapi lebih merupakan masalah orang Melayu yang tidak mampu bertahan dalam saingan dan kesulitan alam perniagaan yang semakin kompleks.

"Atas dasar dan perkembangan sebeginilah, saya merasakan wajar untuk diperjuangkan agar masyarakat Melayu Malaysia lebih berdisiplin, dilatih dan diberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan yang membolehkan kita bertahan dan bersaing dengan siapa pun dan dalam keadaan apa pun.

“Dengan berbagai-bagai peluang dan kemudahan serta bantuan, masyarakat orang Melayu dan bumiputera tidak boleh menyalahkan orang lain kalau mereka masih tidak berjaya," katanya.

Ku Li turut menyatakan beliau sedia maklum akan persepsi kurang baik terhadap PERKASA selama ini namun percaya bahawa kehadirannya ke acara berkenaan hari ini akan mengubah pandangan berkenaan.

"Janganlah kita biarkan persepsi semasa di mana pertubuhan ini dibenci, diremehkan, dimomokkan dan dianggap sebagai tidak bertanggungjawab, berlanjutan.

"Buatlah perubahan-perubahan yang perlu yang boleh dan akan memberikan kegemilangan kepada pertubuhan ini," katanya lagi.

Beliau menyampaikan ucapan sebagai jemputan khas ketika merasmikan mesyuarat agung PERKASA hari ini.
PERKASA rayu Ku Li pimpin gabungan NGO Melayu

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menjemput MP Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai satu gabungan NGO Melayu yang akan ditubuhkan bersama beberapa pertubuhan seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA).

Ibrahim dalam ucapannya di mesyuarat agung PERKASA hari ini berkata, beliau yakin bahawa Tengku Razaleigh akan mendapat sokongan luar biasa sekiranya dapat mengetuai gabungan NGO tersebut.

"Kita minta, dalam keadaan gawat ini kita tak boleh duduk diam. Kalau orang lain pimpin tak boleh, tapi kalau Tengku tampil ke depan, Insya-Allah dapat sokongan tak berbelah bahagi," kata Ibrahim.

Putera raja Kelantan itu yang hadir selaku jemputan kehormat ke majlis berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau menerima atau menolak pelawaan tersebut.

Dalam ucapan perasmiannya, Tengku Razaleigh sebaliknya menggesa PERKASA agar mengamalkan pendekatan terbuka dalam memperjuangkan agama dan bangsa dan tidak perlu menggunakan peruntukan Perlembagaan untuk bersaing dengan kaum lain.

Pada majlis yang sama, PERKASA turut menyampaikan anugerah khas Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa kepada Tengku Razaleigh.

 Perkasa perlu nilai semula mengapa Melayu juga tolak mereka, kata Ku Li
Posted on Sunday, December 22 @ 14:27:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Perkasa memikirkan mengapa ada sekelompak orang Melayu yang tidak memahami perjuangan mereka.

Perkasa mesti memikirkan mengapa perjuangan mereka turut ditolak termasuk dari kaum Melayu, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah semasa memberikan ucapan perasmian perhimpunan kumpulan itu di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut bekas menteri kewangan yang dijemput sebagai tetamu kehormat hari ini, Perkasa dilihat sebagai pemecah perpaduan kaum yang selama ini menjadi tunjang kestabilan Malaysia walaupun mempunyai niat baik.

“Perkasa dianggap ultra, radikal, rasis dan tidak bertanggungjawab oleh setengah masyarakat bukan-melayu dan lebih mendukacitakan diremehkan, atau diperlekehkan oleh masyarakat Melayu yang seharusnya merupakan masyarakat yang dibela oleh Perkasa.

“Lebih parah, Perkasa dilihat sebagai pemecah perpaduan kaum yang selama ini menjadi tunjang kestabilan Malaysia,” kata Razaleigh semasa merasmikan  persidangan agung Perkasa ke-4 di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Razaleigh yang mesra dengan panggilan Ku Li, walaupun sesetangah pihak memandang Perkasa dengan negatif, masih terdapat yang meletakkan pertubuhan tersebut di kedudukan tinggi.

“Inilah persepsi yang cukup negatif dan mudah-mudahan ianya hanya dari perspektif golongan yang ekstrim, berkepentingan atau bias (berat sebelah).”

Razaleigh turut menasihatkan anggota-amggota Perkasa agar menjaga disiplin dan melihat sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan tidak bertindak mengikut emosi dan sentimen agar pertubuhan itu dihormati.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Sunday, December 22 @ 14:27:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 

 

 

 

Guru penolong kanan terlampau
  • Guru penolong kanan terlampau Lizah dan Muhamad Usman dihadapkan ke mahkamah majistret semalam.
1 / 1
AYER KEROH - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.

Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.

Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014.
Bangkok: Beribu-ribu penyokong Suthep turun ke jalan

Suthep Thaugsuban, pemimpin kumpulan penunjuk perasaan terhadap Perdana Menteri kerajaan sementara Yingluck Shinawatra, hari ini mengepalai beribu-ribu penyokongnya ke jalanan dalam usaha mempertingkatkan desakan terhadap Yingluck supaya meletak jawatan.

Kumpulan itu mengadakan bantahan di tujuh lokasi utama di ibu negara manakala beribu-ribu orang lagi turut berarak ke kediaman Yingluck di daerah Latproa dan membaca kenyataan mendesak pengundurannya sebagai perdana menteri kerajaan sementara.

Bagaimanapun, kumpulan itu yang dikatakan mewakili kaum wanita, berkemungkinan besar tidak dapat bertemu Yingluck memandangkan pada masa ini beliau tidak berada di dalam negara, sebaliknya melakukan lawatan ke luar bandar.

Perhimpunan itu bermula awal hari ini di tujuh lokasi utama iaitu persimpangan Asoke, persimpangan Ratchaprasong, Pusat Seni dan Budaya, Taman Lumpini dan Monumen Demokrasi di Ratchadamnoen Avenue, Monumen Victory dan persimpangan Latproa, kata Sathit Wongnongtoey, bekas anggota parti pembangkang, Demokrat.

Suthep, pemimpin kumpulan penunjuk perasaan dikenali sebagai Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat mengetuai sejumlah besar penunjuk perasaan di Wong Wien Yai, di bahagian barat Bangkok, untuk mengajak orang ramai menyertai demonstrasi mereka.

Dalam pengumuman menerusi Saluran Bluesky TV milik pembangkang, Suthep berkata penunjuk perasaan akan meneruskan bantahan mereka "memandangkan kerajaan sementara masih belum mendengar suara rakyat."

Beliau akan berucap di setiap lokasi perhimpunan utama hari ini dan menjangkakan lebih 2.3 juta penunjuk perasaan akan menyertai perhimpunan berkenaan.

Gangguan lalu-lintas besar-besaran berlaku di Bangkok hari ini memandangkan kebanyakan lokasi perhimpunan tertumpu di kawasan perniagaan yang terletak di tengah Bangkok.

Ia menjejaskan sebahagian besar pelancong manakala penduduk setempat pula sedia maklum tentang perhimpunan itu sejak beberapa hari lepas.

Minggu depan dijangka menyaksikan PDRC memperhebatkan desakan memandangkan 23-27 Dis ditetapkan sebagai tarikh pendaftaran calon di bawah sistem senarai parti dalam pilihan raya umum 2 Feb.

Pemimpin penunjuk perasaan di persimpangan Ratchprasong mengajak orang ramai mengadakan bantahan di hadapan Stadium Thai-Jepun (Dindaeng) tempat berlangsungnya pendaftaran calon itu kelak.

Yingluck dan partinya, Pheu Thai berserta sekutu mereka menjadi pilihan untuk memenangi pilihan raya umum, sebahagian besar berikutan sokongan yang masih diterima abang beliau, bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.

- Bernama

HIMPUNAN GAMBAR KEJADIAN BOM DI DANOK THAILAND PAGI TADI .. RAKYAT MALAYSIA DI SARAN TANGGUHKAN HASRAT KE DANOK BUAT KETIKA INI.



Sadao (Thailand): Tiga letupan bom buatan sendiri dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dan 1.45 petang tadi masing-masing di hadapan Balai Polis Padang Besar (Thailand), di dalam Balai Polis Sadao dan di hadapan Hotel Oliver di pekan Danok.

Letupan terbaru di Hotel Oliver mengakibatkan sembilan warga Thailand yang juga peniaga berdekatan cedera parah.

Governor Songkhla Grisada Boonrach mengesahkan perkara berkenaan dan tiada kematian dilaporkan sehingga tengah hari ini.

Sehingga kini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkuasa Thailand sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Kepada Rakyat Malaysia yang merancang untuk ke Sempadan Thailand mahupun masuk ke Thailand di harap menangguhkan dahulu hasrat tersebut. Ini adalah untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Dua rakyat Malaysia cedera letupan di Danok

Oleh Shamsul Munir Safini
Songkhla (Thailand): Seramai 24 orang termasuk dua rakyat Malaysia cedera dalam letupan bom berasingan menggunakan alat kawalan jauh di tiga lokasi di Wilayah Songkhla termasuk Pekan Danok berhampiran Bukit Kayu Hitam, Malaysia.
Letupan bermula di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand kira-kira jam 11.30 pagi tadi sebelum disusuli letupan kedua di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer daripada lokasi pertama.
Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit.
Kira-kira jam 1.45 tengah hari, satu lagi letupan berlaku di hadapan Hotel Oliver, Danok berpunca daripada sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan hotel tiga bintang berkenaan.
Tinjauan Harian Metro di ketiga-tiga lokasi berkenaan mendapati beberapa motosikal di dalam Balai Polis Sadao mengalami kerosakan teruk, selain bahagian bawah Hotel Oliver juga musnah teruk dengan kereta dan cermin berselerakan di kawasan berdekatan.
Gabenor Wilayah Songkhla Grisada Boonrach ketika ditemui berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian letupan berkenaan.
Katanya, pihaknya hanya menutup kawasan berkenaan bagi tujuan siasatan sebelum dibuka sejurus siasatan selesai.
"Kami percaya ia dilakukan golongan yang tidak berpuas hati dengan beberapa perkara dan menyelar tindakan mereka.
"Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kami masih menunggu laporan penuh kejadian," katanya


FotoKEMUSNAHAN di hadapan Hotel Oliver selepas letupan bom


FotoPOLIS Thailand memeriksa rangka motosikal yang digunakan dalam letupan di Balai Polis Sadao

Selatan Thai bergegar

Oleh Shamsul Munir Safini
Sadao (Thailand): Tiga letupan bom buatan sendiri dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dan 1.45 petang tadi masing-masing di hadapan Balai Polis Padang Besar (Thailand), di dalam Balai Polis Sadao dan di hadapan Hotel Oliver di pekan Danok.
Dalam kejadian letupan pertama, sebuah motosikal diletupkan di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi sebelum disusuli letupan yang sama di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer daripada lokasi pertama.
Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit.

Kira-kira jam 1.45 waktu Malaysia, satu lagi letupan berlaku di hadapan Hotel Oliver di sini yang berpunca daripada sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan hotel tiga bintang berkenaan.


FotoSISA letupan bom dipercayai buatan sendiri yang diletakkan di dalam motosikal


Tinjauan Harian Metro di ketiga-tiga lokasi berkenaan mendapati kerosakan teruk hanya didapati di Balai Polis Sadao dengan merosakkan beberapa motosikal di situ manakala bahagian bawah Hotel Oliver di sini musnah teruk dengan cermin berselerakan termasuk kereta yang dieltakkan di kawasan berdekatan.

Governor Songkhla Grisada Boonrach mengesahkan perkara berkenaan dan tiada kematian dilaporkan sehingga tengah hari ini.

Pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci ekoran tiga kejadian yang mengecewakan itu, katanya.

"Kami percaya ia dilakukan mereka yang tidak berpuas hati dengan beberapa perkara dan menyelar tindakan mereka yang mencederakan sekurang-kurangnya sembilan orang dalam kejadian berkenaan.

"Pihak kami menerima laporan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan masih menunggu laporan penuh kejadian dan pihak yang bertanggungjawab dengan kejadian ini," katanya

Sementara itu, dua rakyat Malaysia antara 24 individu yang tercedera dalam kejadian letupan terbari di Hotel Oliver, Danok.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan berkata kedua mereka yang cedera terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan itu sedang dirawat di klinik kesihatan di sini.
Foto
  • Perwakilan gesa Najib contohi Mandela
  • Koh Jun Lin | 7:42PM Dis 22 2013
  • Seorang perwakilan MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mencontohi pejuang anti-apartheid Nelson Mandela dengan menghentikan dasar berasaskan kaum.
    Wakil Kedah Lee Yean Wang berkata dasar afirmatif bawah Dasar Ekonomi Baru boleh dijustifikasi apabila ia diperkenalkan pada 1970 kerana kadar kemiskinan di kalangan bumiputera pada masa itu melebihi 60 peratus, bukan seperti masa kini.

    Berucap ketika perbahasan di mesyuarat agung tahunan MCA hari ini, beliau memulakan ucapanya dengan meminta para perwakilan berdiri beberapa ketika untuk memperingati Mandela.

    “Hari ini kadar kemiskinan di kalangan bumiputera bawah 5 peratus. Adakah kita perlu mempertahankan 95 peratus yang lain dengan dasar yang tidak adil ini disebabkan yang 5 peratus itu? Saya rasa tidak perlu.

    “Kita baru saja memperingati Mandela. Saya saya perjuangan menentang diskriminasi kaum ini tidak harus berhenti dengan kematiannya, jadi saya seru pemimpin kita untuk menyampaikan perkara ini kepada perdana menteri.

    “Saya harap satu hari nanti, Najib akan menghentikan dasar berasaskan kaum ini dan menjadi seperti Mandela,” katanya.
  • Baru hangpa tau na....

Tiada ulasan: