Isnin, 16 Disember 2013

YANG BATIL JELAS....YANG BENAR JUGA JELAS...YANG PELIK ADA YANG KATA TAHU YANG BATIL....TAPI YANG BATIL MEREKA BUAT JUGA..

PENJAWAT AWAM DEDAH SIAPA ZAMIHAN - PERNAH MUATKAN ARTIKEL BERBAU SYIAH DALAM BLOGNYA?


Seorang penjawat awam dipercayai pegawai agama dalam JAKIM telah mendedahkan siapa Zamihan dalam blognya. Zamihan digambarkan oleh pegawai berkenaan sebagai pembohong oleh PA berkenaan dalam artikel yang bertajuk Zamihan Pembohong.

Menurut PA berkenaan Zamihan telah memuatkan satu artikel yang berbau syiah dalam blognya dan menuduh siapa yang menolak artikel berkenaan sebagai wahabbi.

ini prinscreen dpd blog PA berkenaan
Ini pula sedutan tulisan PA berkenaan

Soalnya, adakah Zamihan tidak mengenali ciri-ciri dan kecenderungan Syiah yang jelas terdapat dalam kandungan artikel tersebut?

Isu ini tiada kena mengena dengan Wahabi atau tidak. Para ulama Ahli Sunnah (Asya'irah-Maturidiyah) sememangnya menolak sebarang bentuk propaganda Syiah tanpa mengira apa jua sentimen atau medium yang digunakan. Adakah Zamihan tidak menyedari hakikat ini.

Atas rasa bertanggungjawab menegur sesama rakan, saya memohon supaya dia mengeluarkan artikel tersebut dari blognya tetapi tuduhan Wahabi pula dikenakan kepada saya. Adakah begini sikap seorang pejuang Ahli Sunnah? - baca lagi Zamihan Pembohong

Apa macam sekarang, siapa sanjung syiah? Adakah syiah menuduh orang lain sebagai syiah???? wakaka

Kalau nak panas badan lagi boleh baca blog manjung mari.
Manjung Mari mendedahkan siapa guru Zamihan.. pergi sana baca kemudian nilai kredibiliti Zamihan dalam membuat tuduhan syiah ke atas Mat Sabu.

Ada bukti gred A katanya... wakaka


"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com


"




ZAHID KANTOI!!!

Setelah 10 bukti yang kononnya kaitan antara Mat Sabu dan Syiah didedahkan menjadi bahan ketawa majoriti rakyat, hari ini keluar lagi laporan kononnya KDN ada bukti 'Gred A' pula.

Dah jadi macam berniaga telur ayam pulak dah.. ada berbagai gred..

Mungkin untuk mengelakkan dirinya menjadi bahan lawak rakyat Malaysia sekali lagi, Zahid kata tak akan dedahkan bukti itu..

Laporan The Star Online menyebut, Zahid Hamid berkata beliau juga akan berhenti dari membuat kenyataan selepas menyerahkan bukti tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Tugas kami (Kementerian Dalam Negeri) adalah untuk memastikan keselamatan negara manakala tugas Jakim pula ialah melihat isu yang melibatkan akidah.

"Jadi, amat penting untuk menyerahkan bukti kepada jabatan (Jakim)," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai langkah lanjut Kementerian Dalam Negeri (KDN) setelah mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu dalam Syiah Khamis lalu.

Hakikatnya ialah selain dari berjaya memperpodohkan perwakilan UMNO yang berada dalam PWTC pada hari itu, Zahid juga menyerlahkan kepada seluruh negara meskpun beliau adalah Menteri Dalam Negeri, beliau sendiri tidak faham undang-undang.

Ini kerana di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri dedah Jamil Khir..

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kenaikan tol tahun hadapan tidak dapat dielakkan mendapat kritikan masyarakat di media sosial.

Dalam keadaan beberapa kenaikan diumumkan sebelum ini, termasuk harga petrol, gula, tarif elektrik, pengumuman baru kenaikan tol ini dilihat satu lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat khususnya pengguna lebuh raya.

Beberapa komen di Facebook walaupun tidak secara jelas, namun sinis terhadap keputusan kerajaan itu.
Malah ada yang berpendapat, pengumuman terbaru ini sebagai tindakan 'janji ditepati' oleh BN sesuai dengan slogan 'rakyat didahulukan' atau 'rakyat kena dahulu'.

"Syukur Alhamdulillah. ..pagi2 bukak mata dapat berita mcm ni, mcm ni yg kita nak..takpe, yg penting Malaysia aman," kata Amy Setapak.
"Sekarang? giliran pemimpin BN balas budi sokongan rakyat dengan 'hadiah2' kenaikan segala benda. Nak tunggu kedai kopi dikampung jual nasi lemak RM30 sebungkus, karipap RM10 sebiji, roti canai RM25 sekeping baru nak bantah. Terima Kasih BN kerana 'DAHULUKAN RAKYAT'...," kata Ridzuan Mohammad.

"Hiduppp BN.......rakyat didahulukan...," komen seorang lagi pengguna, Nan Manjoi.

Semalam, Abdul Wahid berkata, telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan kerana perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
  
Kenaikkan itu sepatutnya dibuat pada 2011 lalu seperti terkandung dalam perjanjian konsesi, bagaimanapun tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada.
          
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
  
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
  
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka bermula tahun hadapan merupakan satu lagi janji Barisan Nasional (BN) untuk mengenakan rakyat ditepati, kata Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Shari.

Beliau berkata perkara terbabit sudah dijangka dan sentiasa berlaku selepas Barisan Nasional memenangi pilihanraya umum, lapor Selangor Kini.

Katanya, sudah menjadi satu kemestian dalam pentadbiran kerajaan yang ditadbir BN untuk membuat rakyat terbeban dan menderita ekoran kegagalan mentadbir negara dengan baik.

Beliau menganggap tol yang sedia ada sudah cukup membebankan rakyat dan kini secara berterusan kerajaan menindas rakyat dengan kenaikan kadar tol yang baru.

“Seperti biasa ia satu lagi janji BN untuk mengenakan rakyat ditepati sedangkan tol yang sedia ada sudah cukup membebankan rakyat.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana secara berterusan kerajaan bawah pimpinan BN menindas rakyat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Yahya turut menggesa Kerajaan Pusat supaya mengkaji semula persetujuan untuk membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol itu selepas semakan perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya dilakukan.

“Jangan hanya kerana satu perjanjian itu menyebabkan rakyat terus menderita dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Kita juga menuntut kerajaan supaya menyemak semula perjanjian berat sebelah itu kerana ia semakin rakus dan tidak akan mempedulikan beban hidup rakyat yang semakin melonjak,” katanya.
IPOH: Jawatan Badan Perhubungan PAS Perak sesi 2013-2015 telah berjaya dibentuk dengan gandingan pimpinan baru yang lama.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 bersama Datuk Seri Nizar Jamaluddin dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1.

Timbalan Pesuruhjaya 3 pula diisi oleh 'orang lama' iaitu Noh Ahmad yang juga Yang Dipertua PAS Lumut ketika ini.

Setiausaha pula kekal kepada Dr Muhaimin Sulam untuk sesi kedua manakala Ustaz Misbahul Munir Masduki kini diamanahkan sebagai Ketua Penerangan.

PAS Perak telah membawa muka baru untuk beberapa jawatan iaitu Ustaz Ismi Mat Taib sebagai Bendahari, dan Khairul Anuar Ismail sebagai Pengarah Pilihanraya.

Ismad Shahril, Mazidah Ghazi dan Badrin Khalid masing-masing mengisi jawatan Penolong Setiausaha.

Mantan Pesuruhjaya, Ustaz Abu Bakar Hussien dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa bersama Rahim Nordin, Junaidin Yusof dan Mohamad Rizal Ayub.

Tiga lagi kekosongan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa akan diisi pada mesyuarat kelak.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, jawatankuasa ini dibentuk dengan mengambil kira pandangan ahli perhubungan serta kemampuan masing-masing.

Beliau melahirkan keyakinan pasukan yang dibentuk itu dapat memacu PAS Perak ke tahap yang lebih baik.

"Saya yakin kemampuan semua, saya harap semua dapat menjalankan amanah sebaik mungkin.

"PAS Perak menetapkan empat fokus keberhasilan utama iaitu menang PRU14, mengukuhkan kewangan, memperkasakan pentadbiran dan merapatkan ukhwah dikalangan ahli parti," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mesyuarat pertama itu berlangsung pagi tadi di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.
SETIU: Kesemua pantai dan sungai di kawasan peranginan di Terengganu didapati tidak selamat untuk aktiviti air terutama pada musim tengkujuh sekarang, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa.

Ia ekoran beberapa kes lemas di pantai telah dicatatkan sepanjang musim tengkujuh ini dengan terbaru, seorang lelaki nyaris lemas ketika mandi di Pantai Batu Buruk awal pagi tadi.

Manakala pada Jumaat, dua pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun terkorban ketika mandi di Pantai Teluk Bidara, Dungun.

Justeru Jamshah mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti di tempat-tempat berisiko.

Menurutnya sepanjang musim tengkujuh ini semua tempat seperti itu adalah tidak selamat untuk mandi dan disokong dengan faktor cuaca yang tidak menentu selain faktor geografi yang berubah.
  
Katanya, orang ramai perlu lebih peka terhadap keadaan cuaca dan persekitaran sebelum melakukan aktiviti di air terutamanya pada musim sekarang.

"Sekarang ini musim tengkujuh dan bencana banjir baru sahaja melanda negeri ini, jadi orang ramai perlu waspada sebelum membuat keputusan bermandi-manda dikawasan berisiko seperti itu.

"Jika kita lihat sekarang nelayan sendiri tidak mengambil risiko turun ke laut pada musim tengkujuh ini kerana tahu bahaya yang menanti mereka jadi kita perlu beringat-ingatlah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jamshah turut menyarankan orang ramai agar pergi ke tempat yang lebih sesuai untuk beriadah seperti di kolam renang untuk keselamatan. - Bernama
KUANTAN: Insiden kematian jurutera Lynas pada jumaat lepas sekali lagi menggemparkan masyarakat sekitar kilang kontroversi tersebut.
Mangsa yang di kenali sebagi Mohamad Fadzli Mohamad Rafdzi, 33 di laporkan lemas apabila tergelincir ke dalam kolam pada jam 9 pagi dan hanya di jumpai oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada jam 2.40 petang.
Sehubungan itu Jawatankuasa Bertindak Anti Lynas yang di anggotai  Stop Lynas Coalition (SLC), Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) serta Himpunan Hijau sekali lagi bertegas meminta kerajaan bertindak secara profesional dengan menghentikan segera  operasi di kilang tersebut.
Langkah ini difikirkan perlu  bagi membolehkan siasatan terbuka di jalankan oleh satu badan bebas dengan segera bagi keselamatan pekerja Lynas dan juga masyarakat setempat.
Menurut kenyataan media SLC yang dikeluarkan di sini,  insiden mati lemas itu adalah kejadian ketiga melibatkan kematian di kilang tersebut dalam tempoh dua tahun.
Jjusteru pihak berkuasa didesak supaya akur kepada tuntutan masyarakat agar siasatan terbuka di jalankan segera dan hasilnya didedahkan kepada umum.
Terdapat beberapa perkara yang menimbulkan persoalan berhubung insiden tersebut pertamanya bagaimana seorang jurutera yang terlatih boleh di katakan terjatuh ke dalam kolam tersebut?
Apakah tiada pagar keselamatan di sekeliling kolam dan adakah mangsa tidak di bekalkan dengan jaket keselamatan sewaktu pemeriksaan tersebut?
Masyarakat umum juga tertanya-tanya saiz  kolam tersebut dan berapakah jumlah kapasiti bahan atau air yang boleh di isi memandangkan mangsa hanya di temui selepas lima jam kejadian berlaku.
“Adakah Lynas tidak mempunyai peralatan yang mencukupi sehingga terpaksa menunggu ketibaan pasukan Bomba dan Penyelamat?
“Adakah mangsa terus meninggal sebaik terjatuh dan keadaanya tidak di pastikan sehinggalah Bomba sampai? Ataupun kolam tersebut mengandungi bahan-bahan cemar yang merbahaya ?
Bagaimanakah keadaan sekiranya berlaku insiden pada skala yang lebih besar seperti kebakaran atau tumpahan sisa ke dalam sungai dan paya yang hanya bersebelahan dengan kilang tersebut sedangkan seorang pekerja saja lemas tempoh masa yang di ambil hampir 5 jam,” soal SLC.
Menurut SLC, kolam-kolam di dalam kilang Lynas amat merisaukan hati penduduk setempat sewaktu banjir besar melanda tempohari.
Pelbagai gambar tersebar di alam maya antaranya gambar kawasan kilang dan kolamnya di limpahi air dan perkara tersebut amat sukar di nafikan memandangkan keseluruhan kawasan di situ di banjiri air pasang besar termasuklah sungai Balok yang merupakan jalan keluar bagi aliran air ke pantai Balok.
SLC juga kesal kerana tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) ataupun Agensi Lembaga Pelesenan Atom (AELB) berhubung situasi tersebut termasuk kejadian terbaru yang membabitkan korban.
“Mereka menyepi sebagaimana biasa apabila masyarakat terpukul dan hanya akan melenting apabila pihak pelabur di persoalkan sebagaimana tindakan pihak berkuasa menangani isu amang yang kelihatannya menunggu masa untuk ‘membunuh’ penduduk sekitar,” kesal SLC.



Tiada ulasan: