Khamis, 12 Disember 2013

KALAU LAH ULAMAK DAN USTAZ NAK PLAY SAFE@SELAMAT..SAMPAI BILA...KALAU TAK SAFE@TAK SELAMAT DIAKHIRAT MACAM MANA....HABUAN RIBUAN RINGGIT TAK BERBALOI KALAU TAK SELAMAT DIAKHIRAT....KITA TAUBAT DIAM2 DIRUMAH NANGIS2 TAK GUNA...SEBAB RAMAI DAH KITA SESATKAN BELUM KITA JELASKAN.....MAKA TANGGUNGLAH KESESATAN YANG TELAH KITA BUAT...ORANG AWAM BERHUKUM ATAS APA YANG KITA CAKAP....YANG KITA NI BERGELAR ULAMAK ATAU USTAZ...JANGAN JADILAH USTAZ KARUN DAN USTAZ HAMAN....MEMANG KITA TAK DITELAN BUMI...DIMASUKKAN DALAM BUMI BILA SUDAH MATI...HARTA DIATAS YANG TINGGAL DIBAHAGI2 PADA ORANG YANG HIDUP LAH

MANTAN MUFTI PERLIS DR MAZA SUDAH MENJADI PENGKAGUM DAN PEMUJA KUAT UMNO???? ... PUJI MELANGIT KERAJAAN UMNO/BN 1M'SIA PIMPINAN NAJIB RAZAK????


Pergh!!!!! sungguh tidak Omak Kau sangka sama sekali ... walaupun rakyat semakin semakin dihimpit tercekik sukar nak bernafas dengan telatah dan gelagat kerajaan UMNO/BN 1M'sia slogan Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan dibawah pimpinan negarawana terulung seantaro dunia abad ini,  yang juga suami kepada Rosmah Mansor, Dato' Seri Mohd Najib b Tun Abd Razak, mendapat pujian sampai kelangit ketujuh dari mantan Mufti Perlis Dao' Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tak caya? ... cuba baca apa yang dia tulis kat laman sosial Facebooknya ..

" TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN YANG TELAH MENZAHIRKAN KASIH, CINTA, MENJAGA SERTA MENDAHULUKAN KEPENTINGAN RAKYAT DENGAN KENAIKAN DISANA SINI DEMI KESENANGAN KEHIDUPAN RAKYAT... RAKYAT BERTAMBAH BAHAGIA DAN SELESA HIDUP SEKARANG DAN AKAN DATANG DENGAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK, TAMBANG LRT, HARGA BARANG KEPERLUAN DAN LAIN-LAIN LAGI ... SEMUANYA UNTUK MENGELAK RAKYAT KENCING MANIS, KEMALANGAN JALANRAYA, TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK, TERJATUH LRT DAN LAIN-LAIN TUJUAN KESELAMATAN RAKYAT... SEMENTARA MEREKA YANG TIDAK MENDAPAT KASIH SAYANG KERAJAAN HANYA BOLEH MENGGUNAKLAN KEMUDAHAN NEGARA DENGAN BEGITU MEWAH SEPERTI PESAWAT NEGARA UNTUK HADIR KE FASHION SHOW DI LONDON DAN SEUMPAMANYA.. TERIMA KASIH KERAJAAN .. KAMI KASIH PADA MU DAN HARGAI PENGORBANAN MU"

Ini punya ampu bodek kalah Shahidan Kasimm, Ibrahim Ali, Ali Tinju, dan para perwakilan UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun di PWTC .. KWAH KWAH KWAH KWAH KWAH...

Hakikatnya .. Mantan Mufti Perlis perli sinis pedas kepada kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak kerana menyusahkan rakyat dari hari ke hari.

Kalau macai-macai UMNO termasuklah para pemimpinya ingat Dr MAZA sokong apa jua yang dilakukan oleh UMNO/BN semenjak menang PRU 13 ini memang saha badigol bahalol tahap paling tinggi sekali.

‘Bak mayat hidup’

Oleh Fazurawati Che Lah
Kuala Lumpur: “Lelaki berusia lebih 40 tahun dan masih melakukan perbuatan keji layak digelar mayat hidup kerana belum insaf serta memikirkan keseronokan apabila hanya melayan kepuasan nafsu diri,” kata pendakwah Ahmad Dusuki Abd Rani.
Ahmad Dusuki berkata, lelaki seperti itu sebenarnya bertuhankan nafsu daripada memikirkan untuk mendalami ilmu agama pada usia sebegitu.
Katanya, dari sudut keagamaan, itu disifatkan mengalami ketagihan seks sehingga sanggup melakukan perbuatan zina walaupun mempunyai isteri.
“Inilah satu kelemahan masyarakat kita kerana membenarkan nafsu mengawal diri, sekali gus menolak untuk tidak mendalami ilmu agama.
“Apa kita bimbang kesannya seperti yang berlaku pada hari ini seperti perzinaan kerana mereka ini ketagih untuk mengulangi perbuatan sama serta sanggup melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu itu,” katanya dihubungi, semalam.
Katanya, menurut agama, disebabkan perkara itulah Allah menurunkan hukuman sebat bagi mereka yang melakukan zina kerana melalui tindakan itu ia bakal mematikan ketagihan untuk mengulangi perbuatan keji itu.
Mengenai kes remaja yang sanggup menggadai diri gara-gara diumpan dengan wang ringgit atau barangan, Ahmad Dasuki berkata, mereka hanyalah mangsa keadaan kerana masih mentah dan mulai rasa seronok dengan ganjaran yang diberi.
Ahmad Dasuki mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai kes seorang bapa berusia 55 tahun dari Selayang yang memiliki sepuluh anak menjadikan tiga gadis remaja berusia 13 tahun untuk memuaskan nafsunya.
Remaja itu dijadikan sebagai anak angkat terdahulu sebelum mengadakan hubungan seks di hotel.
Seorang mangsa yang dikenali Maz berjaya melarikan diri selepas tiga kali dirogol kerana tidak tahan diperlakukan demikian sebelum menceritakan peristiwa itu kepada bapa tirinya.

 

 

pmimpin mlayu mlysia kaki arak
Singapura haramkan arak, Malaysia bila lagi? "Bagi menentukan keadaan terus tenteram, kami telah mengharamkan alkohol. Polis telah menambah kehadiran mereka di kawasan kediaman pekerja asing dan di tempat mereka sering berkumpul agar kehidupan dapat berjalan seperti biasa yang mungkin dan setiap orang merasa selamat," kata Pemangku Perdana Menteri Teo Chee Hean dalam satu kenyataan dikeluarkan pada petang hari Selasa. http://www.tranungkite.net/v12/modules.php/name=News&file=article&sid=10565 http://www.malaysiakini.com/news/249057 Singapura tu Bukan Negara Islam pun. PAP tu tak ada Maqsid Syariah, Wasatiyah, Islam Hadhari dan Mengikut Sunnah Rasulullah Saw tapi boleh haramkan arak. UMNO yang ada tu semua tapi masih halakan arak. Masih ada kilang arak, masih keluar lesen arak. Kenapa? Betul la Kerajaan Singapura haramkan arak kerana rusuhan tapi kat Malaysia ni dah berapa banyak jenayah berlaku yang berpunca dari arak? Atau Kera jaan Malaysia ni Kera jaan Mabuk? Jangan kata nak buat Hukum Hudud, nak haramkan arak pun tak berani. Setahu aku semua agama pun haramkan arak....atau Malaysia ni dah jadi Negara Tanpa Agama..
Like · · · 2 minutes ago ·
UMNO PENGIKUT RASUL MELAYU..

Mana Fathul Babi kenapa tak ulas fahaman agama baru yang menjadi anutan pauk-puak pengikut Rasul Melayu dalam UMNO.. Apakah ini juga dinamakan "Ketetapan Allah "..??

Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO...
Like · · · 20 minutes ago ·

Remaja tergamak rogol guru tadika


Kajang – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun layak digelar binatang apabila tergamak merogol guru tadika di Taman Impian, di sini, pagi kelmarin hanya kerana meminati wanita itu dan menaruh perasaan cinta terhadapnya.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mangsa berusia 26 tahun menghubungi pasangan suami isteri yang juga majikannya sebelum remaja itu berjaya dikesan di sebuah klinik haiwan berhampiran taman itu.
Suspek kemudian ditahan selepas mangsa mengecam wajahnya dan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut.
Sumber berkata, guru terbabit pada mulanya datang ke tadika itu kira-kira jam 7 pagi berseorangan kerana tadika itu tidak dibuka kerana masih bercuti.
“Mangsa pada mulanya menyedari kehadiran remaja itu yang menunggu di luar tadika dan tidak mengesyaki apa-apa dan terus membuka pintu pagar sebelum mahu masuk ke dalam.
“Bagaimanapun, sebaik mangsa membuka pintu tiba-tiba remaja itu terus datang dari belakang dan memeluknya sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam tadika itu. Malah, remaja itu memberitahu meminati mangsa dan menaruh perasaan cinta terhadapnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba melawan, namun gagal sebaliknya remaja itu terus menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.
“Selepas merogol mangsa, remaja terbabit terus melarikan diri. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menghubungi majikannya yang tiba tidak lama kemudian.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai wajah remaja berkenaan kepada majikannya itu,” katanya.
Menurutnya, majikannya kemudian terus keluar mencari remaja itu di kawasan berhampiran sebelum menemuinya berhampiran sebuah klinik haiwan.
“Majikannya itu kemudian membawa remaja itu berjumpa dengan mangsa untuk pengecaman sebelum wanita itu mengesahkan remaja itu yang merogolnya.
“Mereka kemudian membawa remaja itu ke balai polis dan mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya, menurut sumber Hmetro.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ada kes

Oleh Mohd Razlan Salleh
Kota Kinabalu: Seorang bekas pengurus restoran yang menghadapi tuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Februari lalu, diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Seksyen, di sini, semalam.
Hakim Ummu Khatom Abd Samad memerintahkan tertuduh, Riduan Masmud, 40, berbuat demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol.
Riduan didakwa merogol kanak-kanak berusia 12 tahun enam bulan dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan di Inanam, kira-kira jam 10 pagi pada 18 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, manakala tertuduh yang hadir dengan mengenakan kemeja berjalur biru dan berseluar hitam tidak diwakili peguam.
Selain itu, tertuduh turut menghadapi pertuduhan cuba memberi suapan masing-masing berjumlah RM5,000, RM2,000 dan RM3,000 kepada bapa mangsa sebagai dorongan menarik balik laporan polis dibuat terhadapnya.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Terdahulu, kes berkenaan mendapat liputan meluas media apabila tertuduh yang sudah berkahwin dan memiliki seorang isteri serta empat anak mengahwini mangsa yang masih di bawah umur.
Dalam perbicaraan pada 21 Mei lalu, Riduan mengaku berkahwin dengan mangsa mengikut undang-undang termasuk menyerahkan sijil perkahwinan yang sah kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 16 dan 17 Disember ini untuk tertuduh membela diri.

Mahkamah India kuat kuasa semula larangan homoseks


NEW DELHI - Mahkamah Agung India semalam menguatkuasakan semula larangan ke atas hubungan homoseks yang bakal menyaksikan golongan gay berdepan hukuman penjara.
Panel dua hakim sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi New Delhi pada 2009 yang mendapati larangan melakukan hubungan sejenis adalah bertentangan dengan hak asasi rakyat India.
Larangan itu terkandung dalam seksyen 377 kanun jenayah negara berkenaan.
Keputusan membenarkan hubungan homoseks empat tahun lalu memberi kebebasan kepada golongan gay untuk berkempen menentang diskriminasi dan persepsi negatif terhadap mereka.
Golongan gay di negara itu masih bergerak secara tertutup tidak seperti di Eropah.
Dalam keputusannya, Mahkamah Agung yang diketuai oleh G.S. Singhvi mendapati bahawa Mahkamah Tinggi telah melangkaui bidang kuasanya, manakala undang-undang tersebut yang diluluskan oleh pihak British pada 1860 adalah sah di sisi perlembagaan negara.
"Hanya Parlimen yang boleh memutuskan isu ini," kata Singhvi.
Perbicaraan yang berlangsung di pusat bandar raya ini semalam turut dihadiri oleh sejumlah aktivis pro gay.
"Keputusan seperti ini tidak wajar daripada sebuah mahkamah tertinggi. Ini merupakan hari yang gelap untuk komuniti gay," kata seorang peguam sebuah pertubuhan hak gay, Forum Undang-Undang Alternatif, Arvind Narayan.
"Kami amat marah dengan keputusan ini yang mundur ke belakang," tambahnya.
Pada tahun 2009, kumpulan-kumpulan agama terutamanya komuniti Kristian dan Islam di India berang dengan keputusan Mahkamah Tinggi negara itu yang membenarkan hubungan homoseks.
Mereka yang kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Agung, gembira dengan keputusan semalam.
Dalam pada itu, Program Pembangunan berhubung HIV/AIDS Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kebebasan hubungan sejenis dapat membantu India mengekang penularan jangkitan HIV/AIDS yang menjangkiti 2.5 juta penduduk negara itu.
Sejak sekian lama, hubungan jenis menjadi topik larangan di India dengan ramai penduduk negara itu melabel golongan gay sebagai menghadapi masalah mental.
Keputusan Mahkamah Agung meletakkan India kembali bersama kebanyakan negara Islam dan Afrika yang mengharamkan hubungan sejenis.
Negara tunggal yang membenarkan hubungan homoseks di rantau Asia Selatan adalah Nepal. - AFP

Mak Engku direman kes bunuh

MAK ENGKU dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Selangor semalam selepas direman.


KUALA SELANGOR – Seorang wanita warga emas direman 14 hari bermula semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan penjaga cicak tokek yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini pada 30 Ogos lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Selangor, Shah Wira Abdul Halim dan wanita yang berusia 60 tahun yang popular dengan panggilan Mak Engku disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 (Pindaan dan Pemerluasan 2013) dan Seksyen 12 akta sama.
Suspek merupakan wanita pertama yang ditahan mengikut akta berkenaan di negara ini.
Pada Oktober lalu, Rang Undang-undang bagi meminda PCA 1959 yang diluluskan di Dewan Rakyat digubal bagi mengekang aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang yang semakin meningkat di negara ini.
Terdahulu, Mak Engku yang ditangkap ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor tiba di mahkamah pada pukul 10.50 pagi sebelum warga emas itu dibawa keluar ke depan majistret pada pukul 11.30 pagi.
Berdasarkan laporan, Mak Engku ditahan polis di satu lokasi di Kuala Selangor pada pukul 2 pagi, 11 September lalu bagi bagi membantu siasatan kes pembunuhan penjaga cicak tokek, Syairul Helmy Azhar, 24.
Sejak itu, Mak Engku ditahan dan turut disiasat oleh polis Pahang dan Perak mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai terlibat dalam kes-kes penipuan urusan perniagaan di Perak dan Pahang.

Rabecca guna duit dibayar Erma bantu mangsa banjir


INILAH gambar-gambar menunjukkan barang-barang yang dibeli oleh Rabecca untuk disedekahkan kepada mangsa banjir.
Ia dimuat naik dalam Instagram pelakon itu.



KUALA LUMPUR - Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang kes saman ke atas Erma Fatima menggunakan wang yang dimenanginya untuk membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang.
Rabecca, 23, berkata, wang sebanyak RM11,200 yang dibayar oleh pengarah filem itu dengan menggunakan not RM1 sebanyak 11,200 keping dihantar ke pejabat peguamnya kelmarin.
"Peguam saya telah menghubungi saya dan memberitahu mengenai wang tersebut. Saya kemudian meminta peguam saya supaya menghantar terus wang itu ke bank dan dimasukkan ke dalam akaun saya.
"Setelah wang tersebut diperoleh, saya terus mengajak beberapa orang rakan untuk membeli-belah di pasar raya Giant di Bukit Antarabangsa dan Mydin di Subang Jaya. Kami membeli pelbagai barangan keperluan seperti biskut dan air untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kuantan," kata artis itu ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Siasat minyak dari dapur haram


PIHAK berkuasa didakwa hanya memeriksa minyak kitar semula daripada pengusaha berlesen tetapi tidak memeriksa pengusaha tidak berlesen.
- Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan kebimbangan mengenai terdapat kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur restoran tidak halal sebelum dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar kecil) mendedahkan, tindakan itu dipercayai dilakukan oleh pengusaha-pengusaha minyak masak kitar semula tidak berlesen yang menjualnya semula pada harga murah kepada peniaga terbabit.
Menurut beliau, masalah itu tidak berlaku dalam kalangan pengusaha berlesen kerana mereka sering dipantau oleh pihak berkuasa tetapi pemantauan tidak dilakukan ke atas pengusaha minyak kitar semula haram.
“Pengusaha haram ini, selain mengitar minyak masak lebih dua kali dan menjualnya kepada peniaga pasar malam dan peniaga makan ringan tepi jalan, mereka juga tidak mustahil mencampur aduk minyak antara restoran halal dan tidak halal,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Nadzim memberitahu, pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab terbabit.
“Cuba periksa peniaga pasar malam, peniaga pisang goreng yang membeli minyak kitar semula itu pada harga murah. Mereka tidak membeli daripada syarikat berlesen,” jelasnya.
Sehubungan itu, katanya, PPIM telah melantik pasukan penyiasat khas untuk menyiasat perkara tersebut dan memberi bukti kepada pihak berkuasa mengenai kewujudan penjualan minyak masak kitar semula yang tidak sesuai digunakan oleh peniaga.

Isteri dipaksa bogel


tekaKUALA LUMPUR - Lima jahitan di kepala dan lebam seluruh badan. Itulah harga terpaksa dibayar seorang wanita berusia 27 tahun kerana menghalang suaminya daripada merakam videonya sedang berbogel di bilik mandi.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari di rumah mereka di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kelmarin, mangsa juga diugut bunuh lelaki terbabit kerana menghalangnya daripada berbuat demikian.
Menyedari suaminya berusia 29 tahun mempunyai niat jahat selain tidak tahan dipukul, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.
Sumber berkata, sebelum kejadian, suami mangsa bertindak merakam video isterinya yang sedang mandi menggunakan telefon bimbit tanpa pengetahuan wanita terbabit.
“Bagaimanapun, perbuatan itu kemudian disedari isterinya sebelum meminta suaminya memadamkan video yang direkodkan itu.
“Permintaan mangsa tidak diendahkan sebaliknya lelaki itu memujuk isterinya untuk merakamkan adegan mereka berasmara,” katanya memberitahu permintaan itu juga turut ditolak dengan baik oleh isterinya itu.
Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba merampas telefon bimbit milik suaminya itu dipercayai mahu memadam rakaman video berkenaan.
“Perbuatannya menyebabkan suaminya naik marah lalu bertindak menghentak kepala mangsa di dinding bilik dan almari.
Lelaki itu juga dilapor menumbuk dan menendang mangsa berulang-kali dan ketika itu, mangsa hanya mampu merayu dikasihani.
“Lelaki terbabit turut mengugut untuk membunuh isterinya itu sebelum meninggalkan rumah,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan segera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di kawasan berhampiran kediamannya.
“Mangsa dilapor menerima sekurang-kurangnya lima jahitan di kepala selain mengalami lebam pada beberapa bahagian badan,” katanya, menurut sumber Hmetro.
Katanya, mangsa turut membuat laporan di balai polis berhampiran.
“Sehingga kini, tiada tangkapan dilakukan dan polis sedang menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.
Tahniah Tun!! Pandangan yang bernas. Adakah Tun masih terlibat lagi ke dengan syarikat judi Genting ? jauhi sifat2 munafik dan hipokrit.
Like · · · 8 hours ago ·

Desakan rakyat boleh turunkan kos sara hidup
  • Desakan rakyat boleh turunkan kos sara hidup Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat ketika berada dalam kempen Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), di pusat membeli-belah termuka di ibu negara, hari ini
1 / 1
SHAH ALAM – Keberkesanan sesuatu kempen kesedaran itu tidak akan berjaya sekiranya rakyat tidak memberi sambutan yang sewajarnya khususnya isu yang melibatkan kepentingan masyarakat umum termasuklah kenaikan kos sara hidup di negara ini.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata kepedulian dan kerjasama rakyat itu penting dalam menjayakan kempen kesedaran itu bagi memastikan nasib rakyat terbela akibat tindakan kerajaan Barisan Nasional yang menaikkan beberapa keperluan rakyat akibat penghapusan subsidi selepas PRU13 lalu.

“Berjaya atau tidak kempen Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) itu bergantung pada sambutan daripada rakyat, kalau rakyat rasa perlu menyokong saya yakin kempen ini beri kesan.

“Jika rakyat tidak peduli, saya percaya kempen ini sukar berjaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut tindakan gabungan NGO dan mahasiswa yang melancarkan gerakan mendesak kerajaan menurunkan kos sara hidup rakyat hari ini di pusat membeli-belah terkemuka di ibu negara yang antara lain membantah kenaikan harga barangan dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Gerakan itu juga mendapat sokongan daripada parti politik yang mempersoalkan tindakan kerajaan yang membebankan rakyat selepas PRU13 lalu.

Menurut Suhaizan, kempen itu meletakkan lima agenda iaitu menghapuskan subsidi kepada industri, memecahkan monopoli terutamanya pembekal gula, menangguhkan pelaksanaan GST, mendedahkan perjanjian konsesi tol, menamatkan korupsi yang berleluasa.

Tambah beliau, pemberian subsidi kepada rakyat boleh diteruskan jika pengurusan kewangan negara dilakukan dengan lebih cekap dan mengatasi kelemahan seperti mana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

“Kalau kewangan negara diurus dengan baik, kita akan dapat mengelakkan ketirisan dengan itu duit kita akan lebih terjamin dan lebih banyak lagi dan boleh menampung subsidi kepada rakyat,” katanya lagi.
Selain beliau, turut hadir Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Teo Kok Seong yang juga selaku Adun Bahau dan beberapa pemimpin aktivis mahasiswa.


Pertanyaan untuk umno. MASIHKAH KAU INGAT INI? Projek pembinaan Gereja Terbesar di Asia Tenggara, Calvary Church kini hampir siap...yg suatu masa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor cuba dikambinghitamkan kononnya yg meluluskan projek ini? Sedangkan ia di bawah kelulusan Kerajaan Persekutuan ditunjangi umno. Terbesar di Asia Tenggara dibina dalam Malaysia yg penduduknya yg beragama Kristian hanya 9.2%. Alhamdulillah untuk 1mst city...kita tidak terlewat dan akan terus memantaunya. Jika kepekaan ummat Islam ini dituduh sebagai fitnah oleh MT agamawan umno seperti Dr Asyraf Wajdi Dasuki...maka betapalah malangnya ummat... hasbunallahu wa nikmal wakeel.
 
.....BANJIR......CERITA SEBENAR.....RAMAI YANG TAK TAHU....
Apakah anda tahu? CERITA BANJIR 2013 - Ini banjir punya cerita. copy paste dari FB Tapi ini bukan cerita banjir versi suratkhabar atau berita TV. Ini cerita dari orang yang benar-benar menjadi mangsa banjir di Kuantan baru-baru ni. Dan kisah sebenar begini memang tidak layak untuk disiarkan dalam TV atau suratkhabar di Malaysia. Kalau ada jurugambar media atau wartawan yang berani melapurkan berita banjir sejujur ini, nescaya hayat kerjayanya sebagai pemberita tidak panjang. Banjir bukanlah suatu bencana alam, tetapi adalah suatu acara bersukaria. Pesta mengarung air! Begitu anggapan aku dulu. Lepas tu, timbul anggapan baru, iaitu, banjir ialah jalanraya kena tutup sebab ada air atas jalan, dan ada yang kena pindah rumah. Kemudian, datang lagi anggapan baru sejak banjir besar di Sungai Isap tahun 2001 dulu, iaitu banjir ialah kena pindah dan kena selamatkan kereta dan barang-barang rumah. Tidak ada apa yang susahnya. Kalau kena pindah, pindah sajalah. Kerajaan kita memang terbaik dalam sejarah dunia. Bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yang mempunyai rakyat yang pemurah dan mempunyai pemimpin yang begitu prihatin dengan masalah rakyat. Banjir tu air je pun, bukannya api! Apa nak susah.... bukannya hangus terbakar pun kena banjir, habis kuat pun basah je, lebih-lebih pun lemas,kereta tenggelam, barang rumah semua punah jahanam, itu je. Setiap kali banjir melanda, kita tengok tv, kita baca suratkhabar, oh alangkah seronoknya kalau kena banjir...! Macam family day je.... Macam pergi berkelah je! Ada acara masak-masak, yang datang memerah keringat untuk tolong masak bukan koman-koman punya orang. Ada bini raja, ada bini menteri, bini orang besar dan ternama, orang berpangkat dan yang kaya-raya semua mencemar duli sanggup turun padang tolong masak. Lepas itu ditunjukkan pula gambar bagaimana mangsa-mangsa banjir begitu ceria dan bermuka galak sekali beratur untuk mengambil makanan.... bini-bini orang besar, ataupun orang-orang bini besar,bsemua berebut-rebut untuk tolong sendukkan nasi dan cedokkan lauk ke dalam pinggan atau tray rakyat kelas bawahan yang rumah mereka tengah tenggelam dalam air banjir. Parti-parti politik, pertubuhan itu persatuan ini, NGO itu IPTA ini, semuanya berlumba-lumba untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan. Diumumkan di media massa pihak ini derma berapa juta pihak sana nak derma berapa juta, bahkan ketua wanita UMNO berkobar-kobar melaungkan betapa prihatinnya PM dan TPM kita...! Hari ini PM pergi Kuantan, esoknya TPM pergi ke Kemaman pulak!!! Wow! Semata-mata nak melawat msa banjir!! Huh, mana mau cari PM dan TPM negara lain dalam dunia ni yang sanggup pergi ke tempat pemindahan banjir macam tu?? Susah nak ungkapkan dengan perkataan betapa bertuahnya parti melayu kerana mempunyai seorang Ketua Pergerakan Wanita setaraf itu. Kemudian ditunjukkan juga betapa trak, lori, van, semuanya berbaris-baris masuk ke pusat penempatan banjir untuk menghantar sumbangan itu dan bantuan ini.... Jadi, apa masalahnya dengan banjir? Apa susahnya bila rumah kena banjir? Bantuan dan sumbangan yang diterima oleh setiap mangsa banjir adalah tiga belas kali ganda nilainya dari nilai kerugian yang dialami akibat banjir. Itu kalau berdasarkan kepada pengumuman pihak itu dan ini yang akan memberi sumbangan sekian-sekian juta, maka bila dicampurkan keseluruhan sumbangan itu, jumlahnya 25 juta sedangkan mangsa banjir cuma 40,000 orang. Kalau dicongak purata satu rumah ada 4 orang, maknanya 40,000 orang itu mewakili 10,000 buah rumah. Jadi, bukankah bila diagihkan, mangsa banjir akan dapat sumbangan bernilai beberapa ratus ribu ringgit setiap rumah....? Tak bertuah ke tu...!! Tapi semua itu cerita banjir dalam tv dan suratkhabar. Wartawan dan jurugambar tidak sampai ke tempat banjir selagi Sultan atau Bapak menteri tak datang. Mereka lebih berminat untuk melapurkan lawatan orang-orang besar sahaja, daripada melapurkan malapetaka banjir dan keadaan mangsa. Jurugambar hanya sibuk merakamkan gambar'kemurahan-hati' menteri dari merakamkan gambar 'kegundahan-hati' rakyat yang ditimpa musibah banjir. Dalam suratkhabar sibuk menceritakan kebaikan-hati menteri, dalam tv hanya sibuk merakamkan gambar yang lawa-lawa dan yang cantik-cantik yang mengiringi Datuk Paduka Raja melawat pusat banjir. Tahukah anda.... bahawa banjir bukan begitu sebenarnya. Bukan seperti mana yang digambarkan dalam media massa. Aku ceritakan beberapa kisah dari seribu satu cerita tentang banjir yang menimpa.... dan kisah-kisah begini tidak akan dapat dibaca dalam mana-mana suratkhabar dan tidak akan dapat ditonton di kaca tv, sekurang-kurangnya kita dapat gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku. Kalau tadi aku menyebutkan bahawa selepas banjir besar tahun 2001, persepsi aku terhadap banjir mula berubah dari suatu pesta kesukaan kepada suatu bencana yang mengancam keselamatan barang-barang rumah dan kenderaan. Rupa-rupanya, banjir tahun ini mengajar aku bahawa ianya bukan sekadar itu, tetapi kami terpaksa berpindah untuk menyelamatkan nyawa! Nyawa sendiri dan nyawa ahli keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, kanak-kanak, orang tua.... Kami bergelut untuk menyelamatkan nyawa! Bayangkan.... air memenuhi dan menenggelamkan hampir 95 peratus tanah daratan di Kampung Pandan,Bukit Rangin, Permatang Badak, Isap Damai, Isap Perdana, Isap Satu, Isap Dua, Isap Jaya, Taman Murni, Kampung Sungai Isap, Taman Sepakat, Kampung Kurnia, Rumah Murah Batu 3, Kampung Razali, Kg SC, Taman Guru, Taman Putra Putri, Inderapura, Kg Teluk Mahang, dll....... Ini yang airnya bersambung menjadi satu.... seolah-olah satu tasik yang luas. Saban tahun, bila masuk saja bulan Oktober, maka berebut-rebutlah semua jabatan dan agensi kerajaan melaungkan kepada dunia bahawa mereka telah bersiap-sedia menghadapi banjir. Apa yang disiap-sediakan, aku pun tak tahu. Ada satu sekolah, iaitu SK XYZ, dan sekolah ini tidak termasuk dalam senarai sebagai pusat perpindahan banjir. Bila banjir berlaku secara mengejut, para penduduk berdekatan segera ke sekolah tersebut. Orang kecik, pangkat rendah, manalah mereka tahu senarai tak senarainya.... mereka pindah untuk menyelamatkan nyawa...! mana ada masa nak pergi check dulu sekolah mana ada nama sekolah mana tak ada dalam senarai....! Di tingkat bawah memang dipenuhi air, dan para mangsa banjir terpaksa tinggal di dalam bilik darjah di tingkat 1, tingkat 2, dan tingkat 3. Permohonan diajukan kepada pihak berkuasa yang terbabit, mohon bantuan makanan dan minuman. Tetapi jawapan yang diterima.... sekolah ini tidak ada dalam senarai pusat penempatan banjir yang telah ditetapkan, jadi tidak ada sebarang bantuan dapat disalurkan ke situ!!! Dua hari mangsa banjir di situ tak ada makanan! Satu orang petugas dari jabatan atau agensi berkaitan pun tidak ada di sekolah itu. Mereka bukan mintak bantal dan selimut, tak mintak kelambu dan ubat nyamuk....tak mintak ubat gigi dan syampoo, tidak! Mereka cuma mahu makan. Anak-bini mereka lapar. Mak ayah mereka yang dah tua pun lapar. Tapi....? Ya lah, sekolah itu bukan termasuk senarai.... Agaknya takut berdosa besar kalau bagi makan kepada mangsa di pusat perpindahan haram macam tu. Sebagai usaha terakhir, mangsa-mangsa banjir itu masing-masing pakat menderma sesama sendiri, ada yang bagi 50 ringgit, ada yang bagi 10, ada yang bagi 200, sehingga jumlah yang terkumpul sampai beribu-ribu ringgit! Untuk dibeli makanan...! nak beli roti, biskut, dan maggi je.... (beras dan lauk memang tak beli lah, sebab dapur pun tak ada).... tapi, semua jalan tersekat oleh air. Banyak kedai yang tutup. Tak ada nilai duit ribu-ribu dalam keadaan seperti itu. Kita tengok pula keadaan di sk abc dan smk def.... penduduk mula berpindah ke sekolah sejak hari Senin dan Selasa.... kemuncak banjir ialah Rabu dan Khamis.... Sepanjang proses berpindah selama 2-3 hari pertama itu, tidak ada satu bantuan pun baik berupa lori trak atau bot dari sebarang jabatan kerajaan atau agensi kerajaan untuk mengambil, membawa, dan menghantar ke pusat perpindahan... tidak ada! Kecuali 2-3 buah bot milik persendirian. Penduduk samada lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, semuanya kena pergi sendiri, tanpa sebarang makluman dari pihak berkuasa, tanpa sebarang bantuan, semua mangsa banjir terpaksa meredah air sendiri-sendiri, ada yang mengharung air separas pinggang, ada yang separas dada, bahkan ada yang separas leher.... (utk makluman, air banjir arusnya cukup deras... jangan ingat macam air kolam). Ada seorang kakak, baru buat operation tujuh hari.... dia takut nak mengharung air (masa tu paras air atas jalan dah paras perut).... last-last, suami dia dukung dia berjalan dalam air masuk ke kawasan sekolah. Ada tv suratkhabar nak lapur kejadian tak glamour macam ni...? nak lapur macam mana, semua wartawan tengah berkumpul di pwtc masa tu. Kita tengok tv, mangsa banjir makan sedap, ork? Beratur molek je masing-masing nak ambik nasi.... sorang-sorang pegang pinggan dengan muka senyum je.... ada orang tukang cedok..... masing-masing tadah je pinggan, lepas tadah nasi, tadah lauk pulak, lepas tu sayur pulak... teringat zaman duduk asrama masa sekolah dulu. Biar aku cerita kisah banjir yang tak masuk tv dan tak keluar dalam suratkhabar. Ini keadaan sebenar yang berlaku. Lebih dari separuh dari beribu-ribu mangsa banjir di dua pusat perpindahan yang terletak sebelah-menyebelah itu yang tak dapat makan walau sebutir nasi pun dalam masa dua hari kemuncak kejadian banjir itu. Beratur panjang-panjang, rupanya bila sampai giliran kita, pinggan polistrin pulak habis... ada yang sempat dapat pinggan polistrin, beratur-beratur, nasi pulak habis.... ada yang dapat nasi, lauk pulak habis. Pernah terfikirkah kita, ada yang ambik tin sardin yang telah kosong, (masih ada saki-baki kuah sardin yang melekat dalam tin)... untuk dijadikan gelas dan diisikan air kopi o.... bayangkan! Terpaksa minum kopi dalam tin sardin! Itu yang dapat minum tu.... lebih separuh lagi yang nasib lebih malang dari dia, tak merasa minum kopi o pun.... kebanyakannya kenyang dengan meneguk air liur sendiri je. Ada yang tadah biskut dengan baju.... ada yang tadah nasi atas kotak...! Dah kalu dok, langsung tak boleh makan.... kotak tu pun jumpa atas lantai... entah berapa ratus tapak selipar dah yang pijak..... dikoyakkan agak-agak sebesar pinggan, basuh dengan air hujan, renjis-renjis lebih kurang, lepas tu pergi beratur nak tadah nasi!! katanya, anak dia lapar, dah dua hari tak makan nasi...!!! Ada sorang tu, ada mak dia yang dah tua duduk di tingkat 3.... mak dia sakit tak larat nak turun naik tangga.... dia panik punya pasal sebab mak dia lapar, dia beratur nak ambik nasi (Tak tahu beratur kali berapa dah), tak ada bekas nak isi....dia bantai sumbat nasi dalam botol air mineral kosong!! Bayangkan.... jangan tanya pasal lauk lah, dia memang tak fikir lauk dah, dia kira nak ambik nasi je... asal dapat nasi pun cukup lah..... cuma aku terpikir, macam mana dia nak makan...? macam mana dia nak keluarkan nasi dari dalam botol.... (dia bukan potong mulut botol supaya muka jadi luas macam cawan)... dia sumbat nasi ikut muncung botol gitu lah hidup-hidup. Dan yang paling sedih sekali, ada yang ambik polistrin dalam tong sampah bekas orang makan dah, basuh dengan air hujan, dan gi ambik nasi....! Pernah terfikirkah anda ada berlakunya kejadian demikian di musim pesta main air dan pesta menderma bantuan dan sumbangan seperti itu...? Ada yang baru lepas bersalin sebelas hari, terpaksa duduk di bawah tangga bangunan sekolah... sebab tak cukup tempat.... bilik darjah semua dah penuh.... bahkan ramai yang tidur atas koridor...! Menu memang mudah.... pagi makan meehoon (panaskan kuali, kemudian dibukanya ayam yeos dalam tin dalam tujuh lapan tin, dimasukkan semuanya dalam kuali, last sekali dimasukkan meehon yang telah direndam sekejap, dan digaul.. meehoon goreng)... meehon keras macam dawai. Siap untuk 500 orang.... yang berpindah ke situ dekat 3 ribu. Tengahari, nasi putih lauk sardin... (buka tin, masukkan semua isinya dalam dalam kuali, nampak berbobok macam nak gelegak sikit, siap...! menu tengahari. Malam pun menu yang sama. Esok pun sama. Lusa pun sama. Dalam keadaan elektrik tak ada, air paip tak ada, line handphone pun tak ada. Bayangkan....! Jiran belakang rumah aku.... orang tua umur dah 80 lebih, sekelamin.... dua-dua dah 80 lebih. Isteri pun dah uzur tak berapa boleh berjalan. Masa di pusat pemindahan, kakak aku call dia, nak tanya khabar berita.... orang tua ni ada dua anak yang duduk sekitar Kuantan.... masa air baru cecah lantai rumah, dia call anak yg pertama, rupanya nak sulong dia dah ada di pusat pemindahan. Dan pusat itu pula terkepung tidak boleh kemana-mana. Bahkan kalau dapat keluar dari sekolah itupun, tak mungkin dia dapat sampai ke rumah orang tuanya.... air cukup dalam di tengah jalan. Masing-masing terkepung. Dia call anak kedua yang duduk di tempat lain.... Pun sama jugak... anak yang ni pun dah ada di pusat pindah banjir dan terkepung juga. Bayangkan masa tu semua penduduk taman tu dah pindah.... tinggal dia sekelamin dalam rumah... dia nak keluar dengan kereta pun dah tak lepas.... kat jalan keluar dalam taman perumahan itu air dah separas pinggang.... air naik sedikit demi sedikit.... masa maghrib, air dalam rumah dah tenggelam buku lali.... masa ni boleh kata semua penduduk dah pindah, kecuali orang tua ni sekelamin je... lepas Isyak, air dah naik satu kaki..... (lorong ini paling lambat air naik.... di lorong lain, masa tu, air dalam rumah dah paras dada)..... Akhirnya, lepas pukul 12 malam dah, ada trak askar mari ambil dan hantar ke sekolah berdekatan.... (mungkin menantunya yang bersusah- payah lapurkan kpd pihak berkuasa). Bila banjir dah surut, sebahagian besar mangsa dan balik ke rumah masing-masing, jalan ke pusat perpindahan dah clear, tak ada air walau setitik pun tengah jalan..... bila suratkhabar dan tv dan war-warkan, bila dapat tahu wartawan dan pemberita tv ramai ke tempat banjir, maka berbondong-bondonglah kenderaan berebut-rebut membawa bekalan macam-macam ke tempat pusat perpindahan banjir.... dengan lori pick-up nya, dengan van nya, trak, bas, semua ada.... ada yg bawa beras, roti, pakaian, selimut, toto, maggi, panadol... macam-macam, semua ada..... ada yang konvo dari KL sampai 20 buah kenderaan 4x4... pada kenderaan siap tulis banner besar-besar, dari pemuda parti melayu lah, dari jabatan itu lah, agensi inilah, atas nama misi bantuan banjir....! Wartawan pun berkejar-kejar pergi ke tempat yang terlibat dengan kunjungan rombongan yang hantar bantuan itu.... ditemuramah ketua misi.... cakaplah begitu begini untuk nak bagitahu mereka turut simpati dengan mangsa banjir. Banyak sangat kalau nak cerita.... tapi setakat ini.
Like · · · 2 · 3 hours ago · 

Like · · · 6 · 10 hours ago ·

Singapura haramkan arak, Malaysia bila lagi?
Singapura haramkan arak, Malaysia bila lagi? S'pura terus buru perusuh, haramkan alkohol 11 Dis 2013 Pemangku Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata polis telah menangkap beberapa orang lagi yang terbabit dalam rusuhan malam hari Ahad lepas di Little India. "Bagi menentukan keadaan terus tenteram, kami telah mengharamkan alkohol. Polis telah menambah kehadiran mereka di kawasan kediaman pekerja asing dan di tempat mereka sering berkumpul agar kehidupan dapat berjalan seperti biasa yang mungkin dan setiap orang merasa selamat," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada petang hari Selasa. - Bernama

Pas NSembilan's photo.

Singapura haramkan arak, Malaysia bila lagi?

S'pura terus buru perusuh, haramkan alkohol
11 Dis 2013

Pemangku Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata polis telah menangkap beberapa orang lagi yang terbabit dalam rusuhan malam hari Ahad lepas di Little India.

"Bagi menentukan keadaan terus tenteram, kami telah mengharamkan alkohol. Polis telah menambah kehadiran mereka di kawasan kediaman pekerja asing dan di tempat mereka sering berkumpul agar kehidupan dapat berjalan seperti biasa yang mungkin dan setiap orang merasa selamat," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada petang hari Selasa.

- Bernama
Like · · Promote ·


Baca betul- betul Ucapan Al- Marhum Hang Tuah!!


 


   




‘Tentera Merah’ dan bantuan bencana alam bak kembar seiras

oleh: Dr Riduan Mohamad Nor
Dada langit masih suram dengan hujan merembes perlahan memukul atap rumah warga kemaman, Dungun serta daerah lain yang masih diserbu tengkujuh. Banjir yang melanda kali ini telah memunggah puluhan ribu rakyat ke pusat pemindahan banjir.
amal_banjirBak garuda melanggar jajahan, rumah kediaman seperti diterjah tsunami dengan kemusnahan tak terperi, suara tangisan anak-anak yang ketakutan dan kelaparan bertingkah-tingkah merebut ruang di tempat pemindahan banjir. Langit seperti menumpahkan murkanya pada manusia yang tak henti menuai dosa dan meracik kebejatan noda.
Banjir besar ini seperti ingin mengingatkan kita tentang keberadaan Tuhan yang sering sirna daripada ingatan manusia. Korupsi, mengabaikan solat, melecehkan syariat, penzinaan, penyelewengan seolah-olah sudah tidak mampu dielakkan insan. Banjir menampar manusia yang leka dan menunjal sisi terang akal kita juga bahawa Tuhan hanya menjentik ingatan kita supaya segera bermuhasabah.
Saya menyemak kisah duka banjir kali ini di medan operasi dan juga fenomena media baru yang turut menambah perisa kepada tragedi banjir kemaman, Kuantan serta daerah lain. Nama Unit Amal atau pernah menggalang jolokan Tentera Merah kelihatan begitu hampir dengan relung hati mangsa banjir.
banjir_srimendan_3Tentera Merah juga pernah mencuit hati mangsa banjir di Johor pada tahun 2007. Membuka ruang fikir masyarakat Johor bahawa gerakan Islam bukanlah jamaah takfir yang membina tembok kaca dengan masyarakat seperti yang cuba digambarkan oleh media perdana.
Rakyat Johor kelihatan kecewa dengan agensi kerajaan yang kelihatan agak lemah menjangkakan banjir besar yang akan menimpa Johor, bumi ditanam uri Umno pada tahun 1946. Sebab itu tidak mudah merombak keyakinan masyarakat Johor kepada parti pragmatis sekular itu sejak puluhan tahun. Tentera Merah yang datang dari seluruh negara mengucur keringat, membersihkan kediaman, memasak makanan, menyelamatkan mangsa banjir serta menenangkan mangsa.
Pasca banjir di Wilayah Johor pada tahun 2007 itu akhirnya membuka ruang untuk masyarakat Johor membuang stigma mereka kepada PAS. Rasa skeptikal terhadap bendera bulan berjaya dirobohkan malah dibuktikan negeri sarat adab Melayu itu menyaksikan lonjakan undi PAS sebanyak 200 peratus diantara 2004
sehingga PRU ke 12 pada tahun 2008.
Saya konsisten selama ini bahawa gerakan kebajikan adalah pakej lengkap kepada gerakan Islam sebagai mana lantunan pada cerminan dakwah di zaman Ar Rasul S.A.W dan juga generasi Al Quran.
Tentera Merah atau Unit Amal wajar diberikan pujian kerana para amilin yang bergabung di dalamnya dicetak khusus untuk berhadapan dengan situasi cemas serta mempunyai tahap disiplin lima bintang. Tiada sebuah pun gerakan relawan yang mampu menyaingi reputasi Unit Amal kecuali di luar negara seperti Al Khidmat di bawah naungan Jamiat Islami di sub kontinen.
Anggota Amal dengan pelbagai jalur latar belakang, ada antara mereka graduan kejuruteraan, perubatan, sains sosial, pengajian Islam sehinggalah mereka yang mempunyai tahap asas seperti lulusan SRP. Kepelbagaian inilah yang telah melahirkan kekuatan dan jati diri mereka yang tersendiri.
Masyarakat yang awal benci kepada gerakan Islam akibat kurang maklumat, akhirnya terpanar melihat anak-anak muda berbaju merah mendirikan solat berjemaah walaupun guratan wajah mereka penat akibat kurang rehat.
Wira tak didendang ini bersilih ganti datang ke tempat lokasi bencana tanpa sebarang upah atau tanda jasa. Keikhlasan mereka inilah akhirnya membuahkan amal yang paling manis sehingga PAS tersimbah dengan pujian masyarakat kerana mempunyai anak-anak muda yang pandai menyantuni massa.
merah1451494_401754989954710_1880158125_n
Tentera merah dengan berbaju lencun keringat itu juga tak pernah lelah membantu manusia tanpa mengira status sosial. Teringat saya, ungkapan Ustaz Idris Ahmad semasa beliau menggalang jawatan Timbalan Ketua DPPPM , “jika bahtera jamaah ini berbondong masuk ke syurga, maka anggota amal adalah kelompok pertama ke syurga.
Mereka tak disibukkan dengan mencari nama, tak bercadang untuk menjadi calon pilihan raya, takbercadang untuk menjadi calon pilihan raya, tak bercadang untuk menjadi AJK penting, disuruh bangun mereka bangun, disuruh duduk mereka duduk, tiada orang mampu seikhlas anggota amal,”
Kuantan dan Kemaman akan menjadi saksi kehebatan khidmat Tentera Merah ini mengucur keringat. Saya di birai jendela rumah dengan hujan bak dentingan halpa yang mengasyikkan, tiba-tiba terbayang sosok Tuan guru Abdul Hadi dan Datuk Tuan Ibrahim sedang melambai tangan pada rakyat yang menangis sesenggukan gembira.
Tokoh ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu dan juga Pahang selepas PR menang besar di negeri Pantai Timur itu dalam PRU ke-14. InsyaAllah, fajar kemenangan akan menyinsing dan saatnya begitu hampir.
Jutaan penghargaan buat tentera Merah Amal yang telah memecahkan tembok kaca gerakan Islam dan juga masyarakat negara ini. Beramal kerana Allah adalah pelaksanaan kata-kata yang tak sekadar tercetak di aksara kertas. Maju terus ke medan operasi wahai para amilin kerana kemenangan itu sangat hampir di tanah air kita ini.

SAYA REDHA BERMADU – WAN MAIMUNAH

| 11/12/2013 |
Artis vateran Wan Maimunah, 60, bakal bernikah 13 Disember ini. Walaupun usia sudah mencecah 60 tahun namun ia bukan penghalang untuk beliau menamatkan zaman jandanya.
Wan Maimunah Sedih, Diri Di Pinggir
Nuffnang Ads
Difahamkan, majlis pernikahan Wan Maimunah akan diadakan selepas Maghrib di Tropical Inn Hotel, Johor Bahru. Menurut sumber, Wan yang berusia 50-an memilih lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan terkenal di Johor Bahru.
wanWan Maimunah bersama anak angkatnya, Dr Fairus
Wan enggan mendedahkan identiti bakal suami kerana statusnya sebagai suami orang, sekali gus demi menghormati dan menjaga hati pihak keluarga di sebelah sana. 
“Ramai yang tertanya-tanya siapa bakal calon suami saya? Dia hanya lelaki biasa, namun sudah berkeluarga. Saya berterima kasih kepada keluarganya kerana menerima kehadiran saya dan diharap orang ramai di luar sana mendoakan kesejahteraan hidup kami.
“Biarlah identitinya saya rahsiakan untuk menjaga hati insan terdekat. Saya hanya menumpang kasih dan selepas 15 tahun hidup solo, saya mahu lelaki yang boleh menjadi peneman dan pembimbing,” katanya.
“Kami mula berkenalan kira-kira dua bulan lalu sebelum bersetuju untuk berkahwin tidak berapa lama selepas perkenalan itu. Saya tidak pernah menjangka akan kembali bergelar isteri apatah lagi pada usia seperti ini, namun kita tidak dapat melawan ketentuan takdir ALLAH,” katanya dipetik dari sebuah portal.
Bagaimanapun, katanya, diharap orang luar tidak menjadikan ia sebagai isu kerana pernikahan mereka yang akan berlangsung pada Jumaat ini turut mendapat restu isteri serta ketiga-tiga anak lelaki terbabit.
Tahniah SM ucapkan kepada Wan Maimunah. Pedulikan cakap-cakap orang. Semoga masjid yang bakal dibina nanti berkekalan hingga ke akhir hayat!

Tiada ulasan: