Sabtu, 28 Disember 2013

BAGAIMANA KALAU ORANG KATA....TINGGALKAN DUNIA NI....CARI DUNIA LAIN JIKA TAK MAHU HUKUM ALLAH SWT...KITA NAK JAWAB APA

INILAH WAJAH KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN YANG HAMBAT KELUAR RAKYAT MALAYSIA KE NEGARA LAIN JIKA TIDAK SECOCOK DENGAN KERAJAAN UMNO/BN!!!


Tinggalkan Malaysia jika tidak suka kerajaan BN, kata Ketua Wanita Umno

Wanita Umno Bahagian Kuantan meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) meninggalkan negara ini dan tinggal di negara yang disukainya.

Ketuanya Datuk Zaiton Mat (gambar) berkata, adalah mudah untuk mempertikaikan kelemahan kerajaan tetapi dalam masa yang sama menafikan usaha kuat yang dibuat kerajaan untuk melahirkan suasana yang bebas dan harmoni di negara ini.

Zaiton berkata demikian selepas mengetuai 50 anggota Umno Kuantan dan Paya Besar yang membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan semalam, lapor The Star.

Masyarakat Kuantan dan Paya Besar antara pihak yang paling marah dengan kerajaan ekoran kegagalan jentera kerajaan membantu mereka ketika banjir besar melanda Kuantan baru-baru ini.

Ekoran itu, pelbagai kata nista ditujukan kepada kerajaan khasnya Umno ekoran kegagalan pemimpinnya turun membantu mangsa banjir.

Usaha anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh untuk mendapatkan bantuan melalui usul agar diumumkan darurat di Kuantan pula dicerca oleh ahli Parlimen daripada BN termasuk meminta beliau pulang sahaja ke kawasannya yang sedang banjir itu.

Kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil yang menggunakan perkataan “bangsat” terhadap beliau semakin memarahkan penduduk Kuantan kepada kerajaan BN.








KERANA PENULISAN BELIAU ATAS TAJUK "MENUNTUT HAK, MENEBUS MASA SILAM" .. TOKOH KORPORAT TERKENAL TELAH MENYERAHKAN KEMBALI 3 DARJAH KEBESARAN NEGERI JOHOR KEPADA ISTANA!!!!



Bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri Johor, semalam.

Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, 5 Disember lalu.

Sebelum ini, Abdul Rahim mendakwa artikel Menuntut Hak, Menebus Masa Silam tulisan Muhammad Ali yang disiarkan Sinar Harian, dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri Johor.

"Saya sangat memandang berat dan serius tuduhan terhadap diri saya yang mencemar nama baik dan reputasi saya.

"Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada 27 Disember 2013 (semalam)," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Darjah terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).

Menerusi surat bertarikh 18 Disember lalu kepada Abdul Rahim, Muhammad Ali yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel itu.

"Saya telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel terbabit, juga dengan tegas menolak dakwaan atau tanggapan bahawa sajak itu mengandungi apa-apa motif seperti yang digambarkan.

"Melalui kenyataan media ini, saya minta masyarakat umum khasnya rakyat negeri Johor membaca artikel itu dan menilai sendiri sama ada penulisan itu mengandungi unsur menderhaka kepada raja atau tindakan tidak bertanggungjawab atau bertentangan dengan Rukun Negara," katanya.

Beliau memuatkan sajak tulisan anak bongsunya, allahyarham Khaled Ali yang antara lain menyebut 'Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah'.

Dipertrunkan semula artikel berkenaan demi kebenaran, keadilan dan pencerahan.

KETIKA artikel minggu lalu di bawah tajuk “Naungan khalifah, sultan dan imam” diterbitkan pada Isnin 25 November lalu,  saya dan isteri telah pun kehilangan Khaled bin Muhammad Ali, anak bongsu kami.

Beliau kembali ke rahmatullah sebelum subuh 23 November, pada umur 20 tahun. Innalillahi wainna ialaihi rajiuun.

Doa saya, ibunya, kakak dan abang-abangnya serta seluruh keluarga: Semoga kematian Khaled diampuni ALLAH Subhanahu Wa Taala. Semoga roh Khaled diletakkan dalam kalangan orang soleh, siddiqin dan syuhada, amiin ya Rabbul alamin.

Buat Khaled: Sebanyak mana sekali pun air mata mengalir, ia tidak akan selama-lamanya mengeringkan, malah tidak setitis pun mengurangkan lautan sedih dan pilu serta cinta rindu kasih sayang di lubuk kalbu ayah dan mama.

Juga, jelas terbukti, kasih sayang dan keprihatinan yang ayah dan mama berikan rupa-rupanya tidak dapat mengisi semua kekosongan dan tidak sampai kepada apa yang Khaled berhak mendapatkan.

Semoga ALLAH SWT mengampuni ayah dan mama atas segala kelemahan, kekurangan, kealpaan, ketidakpekaan dan ketidakprihatinan.

Tiada kata yang dapat saya lafazkan untuk menzahirkan rasa hati, bukan sahaja bagi pihak diri saya sebagai ayah, juga bagi pihak semua yang mengasihi dan mengenali beliau. Biarlah Khaled sendiri yang melahirkan rasa hatinya menerusi kolum Khalifah Bisnes kali ini.

Justeru, berikut saya paparkan sajak beliau tanpa disentuh atau diperbetul sekalipun terdapat kesilapan ejaan dan istilah. Sajak ini terletak paling atas daripada sepuluh sajak beliau tulis yang saya dapati daripada laptop beliau.
Beliau tidak berikan sebarang tajuk kepada sajak ke sepuluhnya ini, seolah-olah penulisannya belum lagi berakhir dan menanti diteruskan.

Jika saya diizinkan memilih tajuk untuknya, mungkin paling sesuai ialah petikan daripada salah satu ungkapan di dalamnya: “Menuntut hak dan menebus masa silam”

....this heart aches at your very thought,
it grows heavier as my memories taunt me,
I can hold back these tears no longer,
many years have passed and I am now a man,
yet I still yearn for you, and that old house on the hill.
rindu dalam hatiku seperti ombak yang memukul pantai,
tidak akan henti sehingga akhir zaman,
sehingga daku dapat kembali ke
tanah asal, jiwaku akan bergelora ingin
kembali, walaupun ke tujuh
lautan ku merantau, Tanjung Puteri
tetap akan di kalbu.
you are the eternal jewel of the south,
the cradle of our civilisation, the custodian of our people,
a sanctuary of hope, an abode of dignity,
they basked in the light of your imperial glory,
and trembled at the might of your warriors.
hari berganti hari tahun berganti tahun,
namun malamku masih menjadi medan air mata,
jangan berani kau persoal cintaku, takkan dapat kau bayang rinduku,
anggaplah pantun ini sebagai janji,
akan datang suatu masa yang akan ku kembali,
menuntut hak dan menebus masa silam.
their blood coarses through my veins, their prayers guide my heart,
this bloodline is an oath of duty, a life of service,
sultan yang adil adalah sultan yang wajar disembah,
sultan yang zalim adalah sultan yang wajib disanggah...


Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
ali.bizjihad@yahoo.com
29 November. 2013.


Lima Negara Asia Paling Ramai Pelacur, Malaysia Tersenarai

Amat mengejutkan apabila Malaysia termasuk senarai lima negara di Asia ini mempunyai jumlah pelacur paling ramai. Perkara ini telah didedahkan oleh laman web liveandinvestoverseas.com, iaitu sebuah laman web peneliti industri pelancongan dikarang oleh Denis Foynes. Dari data yang dikumpulkan Foynes, berikut merupakan negara Asia yang mempunyai paling ramai pelacur..


1. Korea Selatan
Foynes melaporkan 110 dari 10 ribu orang Korea Selatan terdiri dari pelacur. Pada awalnya, hanya beberapa kawasan yang dibolehkan bagi para wanita ini menjual diri namun akhirnya, setiap daerah telah pun mempunyai organisasi pelacurannya sendiri. Jika ini jumlah yang sebenar, maka dengan populasi 50 juta penduduk Seoul, Korea Selatan mempunyai kira-kira 550 ribu orang pelacur.


2. Filipina
Kelab malam dan kafe-kafe yang menghidangkan minuman beralkohol sememang merupakan salah satu dari pelancongan yang ditawarkan di Filipina. Golongan perempuan bekerja sebagai pelayan bar namun tidak berhenti setakat itu sahaja. Kebanyakkan dari mereka juga menjual diri walaupun dari segi undang-undang, pelacuran ada lah satu kesalahan di Filipina. Menurut Foynes, sekitar 85 orang dari 10 ribu penduduk Filipina adalah pelacur. Ketika ini, populasi penduduk negara itu adalah seramai 97 juta orang. Itu bererti sekitar 800 ribu orang di Filipina adalah wanita golongan pelacur.


3. China
Pelacuran merupakan perniagaan yang boleh dijalankan menurut undang-undang di China, berikutan ia tergolong dalam industri pelancongan dan sering dilanggan oleh pelancong asing. Dengan populasi 1.3 juta warga China ketika ini, kira-kira 60 orang dari 10 ribu rakyatnya adalah pelacur. Ertinya di sini, China mempunyai 7.8 juta wanita yang bekerja sebagai pelacur.


4. Malaysia
Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara Islam, ia tidak menghalang negara ini dari memiliki sejumlah pelacur yang agak ramai. Sekitar 52 orang dari 10 ribu penduduk dengan populasi sebanyak 30 juta orang telah membuatkan negara ini memiliki sejumlah pelacur seramai 156 ribu orang.

Bahkan, Amerika Syarikat juga telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara dalam daftar hitam perdagangan manusia dan pelanggaran hak asasi manusia dengan kekerasan. Di negara ini juga didapati terdapat berlakunya pelacuran kanak-kanak.


5. Thailand
Sekitar 45 orang dari 10 ribu rakyat Thailand terlibat dalam kegiatan pelacuran. Meskipun dibenar oleh undang-undang, namun pemerintah Negara Gajah Putih ini sangat bertoleransi dalam memantau industri ini pada hal, ia mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang menikmati sajian seks.

Di pelbagai tempat pelancongan di Thailand, hampir setiap malam diadakan pesta yang mampu mengundang kepada pelacuran. Para peniaga cenderamata dikatakan turut sering menyewakan tempat mereka bagi para pelancong melepaskan nafsu syahwat mereka. Dari jumlah yang telah disebutkan, dengan bilangan populasi penduduk seramai 67 juta orang , ini bererti bahawa kira 299 ribu wanita Thailand adalah pelacur.

p/s: Malaysia tersenarai disebabkan ramai pelacur pendatang asing mencari makan di negara ini.
Sumber: IbnuHasyim
Wa Allahu'alam.. 
 
 
Suruh rakyat bersyukur, tetapi pemimpin?
  • Mohd Asri Zainal Abidin Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin
1 / 1
SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini membidas sikap sesetengah pemimpin negara yang didakwa hanya berani menegur rakyat sebaliknya tidak berani mengkritik salah urus tadbir negara demi kelangsungan politik.

Menulis di dalam entri Facebooknya, Dr Asri menganggap pemimpin yang mempunyai perilaku seperti ini tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh kerana baginya mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri dan bukan untuk kepentingan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat yang daif tapi mendiamkan diri atas kesalahan pemerintah yang mempunyai kuasa, merupakan tokoh yang mendahulukan kepentingan dirinya dari kemaslahatan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani menyuruh rakyat bawahan bersabar, bersyukur dan berjimat semasa keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi tiada keberanian mengkritik pembaziran, salah urus, tidak menepati janji yang berlaku di pihak berkuasa tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh yang dihormati rakyat.

"...kerana mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri bukan untuk kepentingan awam," katanya lagi.

PARKIR KERETA DI BAWAH SELIAAN DAN KUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG, PERAK SUDAH DIKENAKAN GST 6%??????


Omak Kau diberi rakaman gambar resit yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbandaran Manjung, Majlis Perbandaran Manjung yang menyatakan dengan jelas G.S.T 6% telah dikenakan kepada tuan punya kereta yang meletakkan keretanya selama 1 hari 20 jam dan 57 minit.

Mengikut kata janji Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 ... GST hanya akan mulai dikuatkuasakan mulai Mei 2015 ... tetapi mengapa pihak Majlis Perbandaran Manjung dibawah pemerintahan UMNO/BN telah melaksanakan terlebih awal dari janji bajet????

Mohon penjelasan yang benar lagi menyakinkan demi pencerahan dan kebaran dari pihak yang berwajib.

Tiada ulasan: