Sabtu, 14 Disember 2013

JANGAN GILA BABI DAH....JANGAN GILA PANGKAT DAH...JANGAN GILA BODEK DAH.....JANGAN GILA DUNIA DAH....JANGAN GILA HIDUP HINGGA LUPA TUA...LUPA MATI....LUPA ALAM KUBUR....LUPA ALAM AKHIRAT...NANTI NAYA

GILA APA NI???? ORANG YG MENUDUH LE YANG SEPATUTNYA MENGEMUKAKAN BUKTI YG MAT SABU TU PENGANUT SYIAH.......BUKAN MAT SABU PULA DI SURUH KEMUKAKAN BUKTI BAHAWA DIA BUKAN SYIAH.....MEMANG BANGANG....BAHLOL DAN TOLOL KO ORANG NI..

Muhamad Saad Shaari

ISU MAT SABU PENGIKUT SYIAH ... KDN MINTA MAT SABU BUKTIKAN BAHAWA BELIAU BUKAN SYIAH BUKAN SEBALIKNYA PIHAK KDN KENA BUKTIKAN MAT SABU ADALAH SYIAH!!!!



Inilah dinamakan kenyataan yang paling bangang setakat ini mengenai pendedahan "10 bukti kukuh" oleh KDN melalui KSUnya betapa Timbalan Presiden PAS adalah penganut fahaman Syiah.

Adalah satu peraturan dan undang-undang universal betapa yang menuduh kena perlu membuktikan pertuduhan yang dilemparkan bukannya yang kena tuduh kena buktikan bahawa pertuduhan itu tidak benar.

Negara Komunis dan yahudi pun akan kemukakan bukti untuk mensabitkan sebarang pertuduhan .. undang-undang Islam/Syariah pun begitu juga ... undang sekular pun begitu.

Ini undang-undang dan peraturan mana KDN pakai ini? .. Yang kena tuduh kena buktikan dirinya tidak bersalah.

Nampaknya pihak KDN dah bercelaru dan malu dengan 10 bukti kukuh padu yang didedahkan semalam ..Ianya telah menjadi bahahan kutukan dan ketawa dunia kini.

Salah contoh terbaik betapa bangang bin bahalol piangnya pegawai Agama KDN ini .. menuduh Mat Sabu solat menggunakan batu leper ... sepatutnya KDNlah buktikan rakaman gambar atau video Mat sabu sedang bersolat dengan letakkan batu leper di sejadah.

Aduhhh!!!! Apalah punya bangang Pegawai Agama KDN ni .. mana dia dapat dia punya PhD ni weh!!!!!!

Lagi boleh ada hati tanpa rasa malu cakap maklumat didedahkan adalah maklumat gred B.

Mamat mengung ni tahu ke apa yang dia cakap ni?

Diperturunkan apa si badigol ini kata yang diterbitkan oleh BERNAMA...



Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman Syiah.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama malam tadi.


"Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod.

"Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.

Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN  Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.

"KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.

Terdahulu semasa ditemu bual dalam program itu, Zamihan berkata KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

"Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran.

Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (Syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.

Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak.


"Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya.

Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'.


Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini.

Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia  perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah. -
Bernama

KENYATAAN KETUA SYIAH KEDAH YANG AMAT MENGECEWAKAN UMNO .... MENGESAHKAN BAHAWA MAT SABU BUKAN PENGANUT SYIAH !!!!


Sebuah akhbar arus perdana telah jumpa dengan Ketua Syiah Kedah semata-mata nak mendapat pengesahan dan kepastian dari Ketua Syiah Kedah sama ada  Timbalan Presiden PAS adalah menganut fahaman syiah sepertimana 10 "bukti kukuh padu" yang didedahkan oleh KDN semalam.

Beliau mengakui tidak pernah berjumpa dengan Mat Sabu dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan Timbalan Presiden PAS itu dengan fahaman syiah seperti mana di dakwa Zahid Hamidi.

Beliau juga tidak pernah nampak dia seorang pengikut syiah.

Kalau dah Ketua Syiah sendiri akui Mat Sabu bukan berfahaman syiah .. apa lagi KDN dan Zahid Hamidi boleh mengesahkan semborono beliau seorang penganut syiah.

Ini tidak lebih kerana keceluparan dan terlepas cakap Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang bercakap untuk tunjuk lagak kerana terbawa-bawa dan khayal atas kedudukkan sebagai Naib Presiden UMNO yang mendapat jumlah undi yang tertinggi.

Satu lagi nak tanya dengan Zahid Hamidi dan KDN .. bila lagi nak cekup Ketua Syiah Kedah ni?????
  
KDN minta Mat Sabu tampil kemuka bukti bukan Syiah
9:45AM Dis 14 2013Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah   
  • Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN kelmarin yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.
      
    "Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama malam tadi.
      
    Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.
      
    "Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod.
      
    "Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.
      
    Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN  Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.
      
    "KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.
      
    Terdahulu semasa ditemubual dalam program itu, Zamihan berkata KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini.
      
    "Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.
      
    Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak.
      
    "Pendedahan telah dibuat pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya.
      
    Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'.
      
    Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini.
      
    Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah.

    - Bernama
  •  Mohd Faisal's photo.

RAKYAT NAK TAHU APA PENJELASAN DAN TINDAKAN PIHAK KDN DAN JAKIM MENGENAI RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR INI?????


Kalau dilihat akan kemesraan dan keakhraban yang terpancar dari gambar-gambar ini .. Jika di guna pakai hujah bukti KDN dalam menyabit seseorang itu penganut fahaman Syiah .. Adakah Ahmad Zahid Hamidi pengikut fahaman Syiah?????

Rakaman gambar kunjung hormat mesra Duta Iran ke Malaysia ke pejabat Menteri Dalam Negeri di Putrajaya baru-baru ini.

HANYA KERANA KERETA INI ADA STICKER PAKATAN RAKYAT MAKA IANYA KENA CLAMP!!!!!


LOKASI .. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG.

Ini dinamakan negara edan ... negara yang mengajak rakyat agar hormat dan patuh kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan tetapi tidak di praktikan .. jenis retorik cakap omong-omong kosong.

Cuba perhatikan betul-betul .. jika kereta ini letak kereta di kawsan larangan mengapa kereta ini saja yang kena clamp sedangkan kedua belah kereta sebelah menyebelah langsung tidak diambil tindakan yang serupa dan sama?

Tidak lain tidak bukan kerana kereta ini ada sticker besar yang menjolok mata dan menguris hiris hati dan jiwa kakitangan UMP yang teramat pro UMNO/BN.

Apakah jika kereta ini tempelkan sticker lambang UMNO/BN dan wajah Najib Razak akan di perlakukan perkara yang sama? .. Sudah pasti tidak.

 

Kenapa masalah Sunni dan Syiah ditimbulkan sekarang?

Kenapa masalah Sunni dan Syiah ditimbulkan sekarang?
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang
FASAL 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas yang nyata. Inilah sumber hukum para Ahli Sunnah wal Jama'ah.

Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam PAS.

Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama'ah. Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah wal Jama'ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS.

Namun PAS yang teguh berpegang dengan Islam dan mazhab Ahli al Sunnah wal Jama'ah ini mengadakan hubungan dengan semua pihak lain, termasuklah di kalangan bukan Islam. PAS lebih ke depan dalam mengadakan hubungan dengan semua kumpulan Islam NGO yang berbeza pendekatan dan berbagai mazhab.

PAS dapat membezakan dengan ilmu Islam, berdasarkan batas-batas yang diizinkan oleh syara'. Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara barat dan komunis.

Saya telah menulis satu kajian terperinci khusus kepada ahli-ahli PAS dan semua pihak yang ingin tahu. Kajian itu bertajuk: "Mazhab-Mazhab dan Firqah dalam Islam" (edisi tulisan jawi ) dan "Ensaiklopedia Mazhab dan Ideologi" (edisi rumi), dengan merujuk kepada sumber-sember ulama terdahulu dan terkini.

Para ulama telah menyenaraikan mazhab-mazhab yang keluar daripada agama Islam dan mazhab yang masih dianggap penganut Islam, kerana masih berpegang dengan rukun-rukun asas dalam perkara iman dan Islam walau pun salah ijtihadnya.

Mereka membilangkan dua mazhab dalam Syiah, iaitu Imamiyyah dan Zaidiyyah, dan satu mazhab dalam Khawarij iaitu ‘Ibadiyyah dimasukkan dalam kategori umat Islam.

Para ulama zaman dahulu dan kini meletakkan mazhab-mazhab ini dalam kajian feqah muqaran (perbandingan) dan disebut juga dalam kitab-kitab tafsir dan hadis.

Sehingga kini penganut mazhab ini diizinkan menunaikan ibadat haji di Makkah bersama seluruh umat Islam yang datang daripada seluruh pelosok dunia, walaupun mengikut cara mazhabnya, seperti mencabut bumbung bas dan kereta ketika berihram.

Kejatuhan kerajaan Uthmaniyah

Persidangan Kemuncak Negara-negara Umat Islam (OIC) dua tahun yang lalu mengambil kira perkara ini dan menjadikan resolusinya.

Perkara ini sebenarnya sudah difahami oleh umat Islam sejak lebih seribu tahun yang lalu, sehingga tidak menghalang kemaraan perkembangan Islam di seluruh pelosok dunia dan kerajaan Islam Ahli Sunnah menjadi kuasa besar tunggal yang paling hebat.

Mazhab Ahli Sunnah terus berkembang tanpa takut kepada mazhab Syiah, Khawarij, Mu'tazilah dan lain-lain yang ada dalam masyarakat Islam sendiri, sehingga mampu juga menghadapi perang salib yang bertalu-talu sehingga beberapa abad.

Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah di abad yang lalu berlaku, setelah umat Islam meninggalkan ilmu Islam, dan ilmu Islam juga dilemahkan.

Umat Islam dipecahkan dengan fahaman sekularisme yang memisahkan politik dan urusan duniawi daripada agama Islam, menyebabkan mereka menganut berbagai-bagai ideologi yang asing daripada Islam, khususnya nasionalisme (semangat kebangsaan dijadikan akidah) yang boleh menganut apa sahaja ideologi yang berikutnya.

Akidah nasionalisme menyebabkan umat Islam dipecahkan dengan semangat kebangsaan masing-masing, sehingga bangsa Arab menganggap kerajaan Uthmaniyah Turki adalah penjajah asing.

Iran yang dikuasai oleh majoriti Syiah Imamiyyah dan Yaman yang dikuasai oleh raja syiah Zaidiyyah dan mazhab ‘Ibadhiyyah yang menjadi mazhab majoriti penduduk Oman dipisahkan daripada umat Islam.

Dalam masa yang sama perkara berbeza mazhab di dalam Sunni dan di dalam sama-sama Syi'ah dijadikan bahan untuk melagakan umat, sehingga boleh dilagakan oleh penjajah dan mendapat khidmat dan bantuan penjajah untuk menentang di antara satu sama lain.

Berakhir dengan jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah dan seluruh tanah air umat Islam dibahagikan di kalangan negara penjajah Timur (komunis) di Asia Tengah dan penjajah Barat (kapitalis) di Asia dan Afrika.

Dahulunya para ulama yang mendalami ilmu Islam dapat menangani secara budaya ilmu yang tinggi yang disalin dalam kitab-kitab yang dikarang, walaupun pendapat yang paling lemah dan dikira salah dimasukkan juga di dalam kitab dan dihujah secara ilmu, bahkan ada pendapat mazhab lain yang diambil kira sekiranya ada hujah yang kuat.

Era kebangkitan Islam

Kini kita berada dalam era kebangkitan Islam yang sangat mengembirakan pendukung Islam dan menakutkan musuhnya yang dengki. Umat Islam wajib kembali semula kepada budaya ilmu yang tinggi dengan menggunakan teknologi maklumat terkini bagi menolak mazhab yang lemah secara hujah, dalam masa yang sama menyedari adanya agenda penjajah baru yang mengulang tayang senario lama dengan solekan baru yang disesuaikan dengan situasi terkini.

Perlu difahami betapa kuasa besar timur dan barat mewujudkan negara haram Israel secara sepakat, sebagai strategi pengacau dalam dunia Islam, khususnya rantau Asia Barat. Semua negara kuasa besar juga berlumba menanam pengaruh di rantau yang mempunyai sumber tenaga minyak, gas dan uranium, paling besarnya ialah rantau Asia Barat dan Asia Tengah.

Mereka memejam mata terhadap Israel yang telah mempunyai teknologi persenjataan yang diharamkan oleh masyarakat antara bangsa, seperti teknologi nuklear sejak tahun enam puluhan dengan bantuan negara barat dan zionis bekas Soviet, bahkan senjata haram itu telah digunakan secara kecilan dalam peperangan di Gaza dan Selatan Lubnan.

Dalam masa yang sama tindakan diambil terhadap mana-mana negara Arab yang memajukan teknologi sumber nuklear, walaupun bertujuan keamanan seperti sumber tenaga elektrik. Loji di Iraq dan Libya pernah dimusnahkan dengan serangan udara di atas nama keamanan dunia dan keselamatan Israel.

Umat Islam sepatutnya melakukan muhasabah terhadap sikap 'double standard' kuasa besar barat dalam tindakan ke atas menjatuhkan regim Mu'ammar Gaddafi di Libya dengan lebih keras, dibandingkan kedinginan dan tidak konsisten tindakan ke atas regim Basyar Asad di Syria yang sama zalimnya. Tidakkah kerana kedudukan yang berbeza bagi keselamatan Israel dan kepentingan barat?

Sebelumnya barat membantu Taliban menjatuhkan Mujahidin di Afghanistan, kemudiannya menyapu Taliban habis-habisan, bagi menempatkan regim yang lebih baik kepada mereka. Adakah drama berdarah ini akan ditayangkan di Asia Barat? Menteri Pertahanan Israel membuat kenyataan terbaru, bahawa Basyar perlu dikekalkan kerana lebih baik daripada kumpulan pengganas yang menentangnya sekarang.

Mengapa perlunya kewujudan pengkalan tentera kuasa besar barat di rantau Teluk? Adakah kerana keselamatan negara yang diwujudkan pengkalan itu, atau kerana menjaga telaga minyak dan keselamatan Israel? Umat Islam pula perlu membaca dan memahami percaturan politik antara bangsa.

Mengapa sekarang dicetuskan peperangan terhadap mazhab Syiah yang telah wujud sejak lebih seribu tahun. Adakah kerana mazhab Syiahnya atau kemajuan teknologi Iran yang mencabar barat dan Israel? Maka negara serantau menjadi wakil kepada barat dan Israel untuk menyelamatkan mereka dengan mengulangi strategi pecah dan perintah.

Akhirnya ini menyebabkan peperangan secara proksi bagi menguji senjata Rusia dan China dan senjata Amerika dan Eropah dengan duit Arab dan Iran, di mana mangsanya ialah rakyat yang dibunuh dan menjadi pelarian di tanahair sendiri. Mengapa perlunya umat Islam mendengar fatwa Amerika dan sekutunya dalam masalah mazhab? Sedangkan para ulama boleh bermuzakarah dengan kitab-kitab yang telah sedia ada dan sumber ilmu Islam yang tidak mati bersama mukjizat Al-Quran.

Adakah masih tidak faham betapa Islam tidak diizinkan menang secara demokrasi yang adil di Mesir, sehingga kerajaan yang dipilih melalui pilihanraya digulingkan oleh rampasan kuasa tentera yang disokong oleh kebanyakan Negara Arab.

Bekas jajahan komunis

Sedang diganggu di Sudan, Libya dan Tunisia? Fahamlah betapa negara umat Islam bekas jajahan komunis diizinkan berkiblat ke barat Amerika dan Eropah dan negara bekas tanah jajahan barat diizinkan berkiblat ke Timur Komunis.

Apabila majoriti negara Arab memilih negara Barat menjadi rakan sejawat yang dipercayai dan bersikap negatif terhadap Iran, tiba-tiba Iran pula memilih strategi mendekati Barat, bermula dengan pintu belakang dibuka sedikit di zaman Ahmadinejad dan membuka lebih luas selepas kemenangan Presiden Rouhani, berakhir dengan persefahaman negara Barat yang lebih berlunak dengan Iran demi kepentingan mereka.

Maka negara Arab akan tinggal tersengeh mengekorinya. Oman memulakan langkah meninggalkan sikap bersama dengan Kesatuan Negara-negara Teluk. Terkini persidangan negara teluk mengalu-ngalukan persefahaman Iran dan Barat. Apakah mazhabnya negara Arab itu? Di mana pergi sunninya lagi?

PAS pernah dituduh Syiah apabila menyokong Iran dalam perang teluk yang pertama, ketika Saddam Husain menyerang Iran dengan senjata barat, dan PAS pula menentang campur tangan Amerika menyerang Iraq, sikap yang berbeza dengan Iran. Bukan kerana menganut ideologi Parti Ba'ath, tetapi dapat membaca permainan politik serantau.

PAS sudah mengerti betapa jahilnya masyarakat rantau ini dengan ajaran Islam, sehingga pengaruh Syi'ah telah pun mempengaruhi masyarakat serantau alam Melayu secara bebal dengan menamakan herba tempatan yang dipercayai paling berkhasiat dengan panggilan ‘Tongkat Ali’ dan ‘Kacip Fatimah’.

PAS juga memahami betapa Revolusi Islam Syi'ah di Iran tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia dan PAS dapat menangani ahlinya yang terpengaruh dengan perkembangan yang tidak setimpal dengan masyarakat setempat. PAS tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya.

Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada PAS atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam Mazhab Ahli Sunnah yang didukung oleh PAS secara istiqamah dan muhasabah.

PAS menjadikan politik sebahagian amal soleh dan menolak kemungkarannya. PAS meletakkan langkah politik termasuk dalam amalan berpahala dan berdosa dan tidak menjadikan politik hanya permainan untuk mendapat kuasa tanpa mengira dosa dan pahala.

Saya ulangi supaya pembaca mengambil iktibar daripada sebab nuzulnya surah al-Rom, petunjuk Allah kepada Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya dalam menilai politik antarabangsa di zamannya.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah presiden Parti Islam Se-Malaysia.
** Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

Berita mula diterbitkan pada: Disember 14, 2013 07:19 (MYT)
Tag: Syiah, Hadi Awang
Pembodek umnu jahilliah.
Lawak bodoh..tengin..bangang dari Pegawai khas KDN..Dr Zamihan... Yg tertuduh plak kena buktikan... "Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar," ORG BG BUKTI DALAM MAHKAMAH LA... Pernah dgr ceramah si Zamihan ini??? Pada dia...semua orang sesat...dia je yg betul...piiiiraaaah...

Bagaimana kes ini? Sudah ditangkap? Kes keselamatan negara. Adakah ia kes remeh?
Astagfirullah hal aziim. .ini gmbar sapa..kata iran syiah..???? ? takkn nk bawa ajaran syiah dlm mlysia..???? ALLAHHU AKBAR ALLAHHU AKBAR ALLAH HU AKBAR..YA MUKMIN YA MUHAIMIN YA AZIIM YA KARIIM YA SOMAD YA MUJIIB YA MALIIKAL MULK YA ZALJALALIWAL IKRAM. Tuduh org syiah tapi Umno lah dalang penyebar syiah ..
Gadis Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 12 Akibat Putus Cinta
Posted on Saturday, December 14 @ 01:59:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seorang perempuan melayu berumur lingkungan 20 tahun, berbaju lengan panjang berwarna pink, berseluar jeans hitam dan berselipar hitam telah terjun dari tingkat 12 Flat Tioman, Taman Melati, Gombak sekitar jam 5.46 petang tadi.
Menurut saksi, gadis tersebut termenung di tingkat 12. Tidak lama kemudian keadaan menjadi panik dengan kereta polis.


Jiran yang berhampiran cuba menghalang gadis tersebut terjun, malah mereka cuba menarik baju gadis berkenaan. Tengah jirannya cuba memujuk, gadis malang itu tergelincir dan jatuh ke atas porch kereta di bawah. Spekulasi mengatakan gadis itu mula panik/terkejut dengan kehadiran kereta polis.



Saksi yang melihat dari awal kejadian bergegas ke tempat kejadian. Orang di sekelilingnya sempat mengajarnya mengucap. Gadis itu tidak mengalami kecederaan di luar, mungkin kecederaan di bahagian dalaman.
Punca kejadian dikatakan gadis tersebut stress dan putus cinta. Kemudian mengambil keputusan untuk terjun dari tingkat 12.

Adusss dah pening ni... Kristiankah saya kerana mengagumi George Washinton...Abraham Lincoln...Martin Luther King...Nelson Mandela??? Cuba bagi tahu...siapakah di antara kita yg tidak mengagumi Ayatollah Khomeini semasa revolusi Iran??? YG MENGAGUMI "LORD REID" BERFAHAMAN APA PULA??? YG BERTAFAKUR DAN MELETAK KALUNGAN BUNGA DI KUBUR MUSTAFA KAMAL ATTATURK...NK DI COP BERFAHAMAN APA???
Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas yang nyata. “Inilah sumber hukum para Ahli al Sunnah wal Jama’ah,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan. Beliau menegaskan, ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli al Sunnah wal jama’ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah waljama’ah dalam PAS. “Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk Umno sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama’ah. “Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah waljama’ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS,” jelas beliau lagi. Kenyataan penuh beliau seperti di bawah. PAS tetap teguh dengan Ahli Al-Sunnah Wal Jama’ah, kenapa masalah sunni dan syiah ditimbulkan sekarang? Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas yang nyata. Inilah sumber hukum para Ahli Sunnah wal Jama'ah. Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam PAS. Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama'ah. Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah wal Jama'ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS. Namun PAS yang teguh berpegang dengan Islam dan mazhab Ahli al Sunnah wal Jama'ah ini mengadakan hubungan dengan semua pihak lain, termasuklah di kalangan bukan Islam. PAS lebih ke depan dalam mengadakan hubungan dengan semua kumpulan Islam NGO yang berbeza pendekatan dan berbagai mazhab. PAS dapat membezakan dengan ilmu Islam, berdasarkan batas-batas yang diizinkan oleh syara'. Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara barat dan komunis. Saya telah menulis satu kajian terperinci khusus kepada ahli-ahli PAS dan semua pihak yang ingin tahu. Kajian itu bertajuk: "Mazhab-Mazhab dan Firqah dalam Islam" (edisi tulisan jawi ) dan "Ensaiklopedia Mazhab dan Ideologi" (edisi rumi), dengan merujuk kepada sumber-sember ulama terdahulu dan terkini. Para ulama telah menyenaraikan mazhab-mazhab yang keluar daripada agama Islam dan mazhab yang masih dianggap penganut Islam, kerana masih berpegang dengan rukun-rukun asas dalam perkara iman dan Islam walau pun salah ijtihadnya. Mereka membilangkan dua mazhab dalam Syiah, iaitu Imamiyyah dan Zaidiyyah, dan satu mazhab dalam Khawarij iaitu ‘Ibadiyyah dimasukkan dalam kategori umat Islam. Para ulama zaman dahulu dan kini meletakkan mazhab-mazhab ini dalam kajian feqah muqaran (perbandingan) dan disebut juga dalam kitab-kitab tafsir dan hadis. Sehingga kini penganut mazhab ini diizinkan menunaikan ibadat haji di Makkah bersama seluruh umat Islam yang datang daripada seluruh pelosok dunia, walaupun mengikut cara mazhabnya, seperti mencabut bumbung bas dan kereta ketika berihram. Kejatuhan kerajaan Uthmaniyah Persidangan Kemuncak Negara-negara Umat Islam (OIC) dua tahun yang lalu mengambil kira perkara ini dan menjadikan resolusinya. Perkara ini sebenarnya sudah difahami oleh umat Islam sejak lebih seribu tahun yang lalu, sehingga tidak menghalang kemaraan perkembangan Islam di seluruh pelosok dunia dan kerajaan Islam Ahli Sunnah menjadi kuasa besar tunggal yang paling hebat. Mazhab Ahli Sunnah terus berkembang tanpa takut kepada mazhab Syiah, Khawarij, Mu'tazilah dan lain-lain yang ada dalam masyarakat Islam sendiri, sehingga mampu juga menghadapi perang salib yang bertalu-talu sehingga beberapa abad. Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah di abad yang lalu berlaku, setelah umat Islam meninggalkan ilmu Islam, dan ilmu Islam juga dilemahkan. Umat Islam dipecahkan dengan fahaman sekularisme yang memisahkan politik dan urusan duniawi daripada agama Islam, menyebabkan mereka menganut berbagai-bagai ideologi yang asing daripada Islam, khususnya nasionalisme (semangat kebangsaan dijadikan akidah) yang boleh menganut apa sahaja ideologi yang berikutnya. Akidah nasionalisme menyebabkan umat Islam dipecahkan dengan semangat kebangsaan masing-masing, sehingga bangsa Arab menganggap kerajaan Uthmaniyah Turki adalah penjajah asing. Iran yang dikuasai oleh majoriti Syiah Imamiyyah dan Yaman yang dikuasai oleh raja syiah Zaidiyyah dan mazhab ‘Ibadhiyyah yang menjadi mazhab majoriti penduduk Oman dipisahkan daripada umat Islam. Dalam masa yang sama perkara berbeza mazhab di dalam Sunni dan di dalam sama-sama Syi'ah dijadikan bahan untuk melagakan umat, sehingga boleh dilagakan oleh penjajah dan mendapat khidmat dan bantuan penjajah untuk menentang di antara satu sama lain. Berakhir dengan jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah dan seluruh tanah air umat Islam dibahagikan di kalangan negara penjajah Timur (komunis) di Asia Tengah dan penjajah Barat (kapitalis) di Asia dan Afrika. Dahulunya para ulama yang mendalami ilmu Islam dapat menangani secara budaya ilmu yang tinggi yang disalin dalam kitab-kitab yang dikarang, walaupun pendapat yang paling lemah dan dikira salah dimasukkan juga di dalam kitab dan dihujah secara ilmu, bahkan ada pendapat mazhab lain yang diambil kira sekiranya ada hujah yang kuat. Era kebangkitan Islam Kini kita berada dalam era kebangkitan Islam yang sangat mengembirakan pendukung Islam dan menakutkan musuhnya yang dengki. Umat Islam wajib kembali semula kepada budaya ilmu yang tinggi dengan menggunakan teknologi maklumat terkini bagi menolak mazhab yang lemah secara hujah, dalam masa yang sama menyedari adanya agenda penjajah baru yang mengulang tayang senario lama dengan solekan baru yang disesuaikan dengan situasi terkini. Perlu difahami betapa kuasa besar timur dan barat mewujudkan negara haram Israel secara sepakat, sebagai strategi pengacau dalam dunia Islam, khususnya rantau Asia Barat. Semua negara kuasa besar juga berlumba menanam pengaruh di rantau yang mempunyai sumber tenaga minyak, gas dan uranium, paling besarnya ialah rantau Asia Barat dan Asia Tengah. Mereka memejam mata terhadap Israel yang telah mempunyai teknologi persenjataan yang diharamkan oleh masyarakat antara bangsa, seperti teknologi nuklear sejak tahun enam puluhan dengan bantuan negara barat dan zionis bekas Soviet, bahkan senjata haram itu telah digunakan secara kecilan dalam peperangan di Gaza dan Selatan Lubnan. Dalam masa yang sama tindakan diambil terhadap mana-mana negara Arab yang memajukan teknologi sumber nuklear, walaupun bertujuan keamanan seperti sumber tenaga elektrik. Loji di Iraq dan Libya pernah dimusnahkan dengan serangan udara di atas nama keamanan dunia dan keselamatan Israel. Umat Islam sepatutnya melakukan muhasabah terhadap sikap 'double standard' kuasa besar barat dalam tindakan ke atas menjatuhkan regim Mu'ammar Gaddafi di Libya dengan lebih keras, dibandingkan kedinginan dan tidak konsisten tindakan ke atas regim Basyar Asad di Syria yang sama zalimnya. Tidakkah kerana kedudukan yang berbeza bagi keselamatan Israel dan kepentingan barat? Sebelumnya barat membantu Taliban menjatuhkan Mujahidin di Afghanistan, kemudiannya menyapu Taliban habis-habisan, bagi menempatkan regim yang lebih baik kepada mereka. Adakah drama berdarah ini akan ditayangkan di Asia Barat? Menteri Pertahanan Israel membuat kenyataan terbaru, bahawa Basyar perlu dikekalkan kerana lebih baik daripada kumpulan pengganas yang menentangnya sekarang. Mengapa perlunya kewujudan pengkalan tentera kuasa besar barat di rantau Teluk? Adakah kerana keselamatan negara yang diwujudkan pengkalan itu, atau kerana menjaga telaga minyak dan keselamatan Israel? Umat Islam pula perlu membaca dan memahami percaturan politik antara bangsa. Mengapa sekarang dicetuskan peperangan terhadap mazhab Syiah yang telah wujud sejak lebih seribu tahun. Adakah kerana mazhab Syiahnya atau kemajuan teknologi Iran yang mencabar barat dan Israel? Maka negara serantau menjadi wakil kepada barat dan Israel untuk menyelamatkan mereka dengan mengulangi strategi pecah dan perintah. Akhirnya ini menyebabkan peperangan secara proksi bagi menguji senjata Rusia dan China dan senjata Amerika dan Eropah dengan duit Arab dan Iran, di mana mangsanya ialah rakyat yang dibunuh dan menjadi pelarian di tanahair sendiri. Mengapa perlunya umat Islam mendengar fatwa Amerika dan sekutunya dalam masalah mazhab? Sedangkan para ulama boleh bermuzakarah dengan kitab-kitab yang telah sedia ada dan sumber ilmu Islam yang tidak mati bersama mukjizat Al-Quran. Adakah masih tidak faham betapa Islam tidak diizinkan menang secara demokrasi yang adil di Mesir, sehingga kerajaan yang dipilih melalui pilihanraya digulingkan oleh rampasan kuasa tentera yang disokong oleh kebanyakan Negara Arab. Bekas jajahan komunis Sedang diganggu di Sudan, Libya dan Tunisia? Fahamlah betapa negara umat Islam bekas jajahan komunis diizinkan berkiblat ke barat Amerika dan Eropah dan negara bekas tanah jajahan barat diizinkan berkiblat ke Timur Komunis. Apabila majoriti negara Arab memilih negara Barat menjadi rakan sejawat yang dipercayai dan bersikap negatif terhadap Iran, tiba-tiba Iran pula memilih strategi mendekati Barat, bermula dengan pintu belakang dibuka sedikit di zaman Ahmadinejad dan membuka lebih luas selepas kemenangan Presiden Rouhani, berakhir dengan persefahaman negara Barat yang lebih berlunak dengan Iran demi kepentingan mereka. Maka negara Arab akan tinggal tersengeh mengekorinya. Oman memulakan langkah meninggalkan sikap bersama dengan Kesatuan Negara-negara Teluk. Terkini persidangan negara teluk mengalu-ngalukan persefahaman Iran dan Barat. Apakah mazhabnya negara Arab itu? Di mana pergi sunninya lagi? PAS pernah dituduh Syiah apabila menyokong Iran dalam perang teluk yang pertama, ketika Saddam Husain menyerang Iran dengan senjata barat, dan PAS pula menentang campur tangan Amerika menyerang Iraq, sikap yang berbeza dengan Iran. Bukan kerana menganut ideologi Parti Ba'ath, tetapi dapat membaca permainan politik serantau. PAS sudah mengerti betapa jahilnya masyarakat rantau ini dengan ajaran Islam, sehingga pengaruh Syi'ah telah pun mempengaruhi masyarakat serantau alam Melayu secara bebal dengan menamakan herba tempatan yang dipercayai paling berkhasiat dengan panggilan ‘Tongkat Ali’ dan ‘Kacip Fatimah’. PAS juga memahami betapa Revolusi Islam Syi'ah di Iran tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia dan PAS dapat menangani ahlinya yang terpengaruh dengan perkembangan yang tidak setimpal dengan masyarakat setempat. PAS tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya. Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada PAS atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam Mazhab Ahli Sunnah yang didukung oleh PAS secara istiqamah dan muhasabah. PAS menjadikan politik sebahagian amal soleh dan menolak kemungkarannya. PAS meletakkan langkah politik termasuk dalam amalan berpahala dan berdosa dan tidak menjadikan politik hanya permainan untuk mendapat kuasa tanpa mengira dosa dan pahala. Saya ulangi supaya pembaca mengambil iktibar daripada sebab nuzulnya surah al-Rom, petunjuk Allah kepada Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya dalam menilai politik antarabangsa di zamannya. [HD]
Oooo.... ni la ketua syiah malaysia... ehhh!!! macam kenal je yng sebelah tu ..pengikut syiah ke tu ? hehehehehe Menteri Besar Kedah yang juga anak kepada mantan Presiden UMNO Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir pergambar bergambar mesra dengan Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz. Jika di ikut guna pakai teori Zahid Hamidi .. adakah Mukhriz Mahathir salah seorang pengikut syiah di Malaysia????? Pernah Ketua Kumpulan Syiah Malaysia ini membuat pengakuan bahawa antara 300,000 ke sejuta penduduk Malaysia adalah pengikut Syiah.
Maklumat untuk KDN - Ini ada seorang lagi bekas pemimpin PAS pengikut Syiah
Posted on Saturday, December 14 @ 09:32:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Oleh manjongmari



Pakat-pakat tengok sendiri,, kalau ikut format yang digunakan oleh SU KDN semalam,, maka ada seorang lagi pengikut Syiah...

Patutlah ia tak komen apa-apa kat Mat Sabu dalam isu ni...

manjongmari.blogspot.com




cuba korang tengok puak umno syiah solat. imamnya kat dalam lobang hahahahaha


TIADA UNGKAPAN LEBIH TEPAT SELAIN DARI "RAKAN DURJANA" !!!




Kuala Lumpur: Pertemuan semula seorang wanita berusia 21 tahun dengan rakan lamanya mengundang padah apabila dia dijual kepada sindiket pelacuran dengan harga RM3,000 selain dipukul, dipaksa melacur dan dikurung sebelum berjaya melarikan diri.



Kejadian bermula pada 11 April lalu apabila mangsa mengadakan pertemuan dengan rakan perempuannya di sebuah bangunan rumah kedai di Kepong, di sini, selepas beberapa tahun tidak berjumpa.



Sumber polis berkata, dalam pertemuan itu rakan mangsa hadir bersama teman lelakinya dan ketika berbual, muncul seorang lelaki berusia lewat 30-an yang memperkenalkan diri sebagai pemilik rumah kedai berkenaan. Menurutnya, tidak lama kemudian, rakan mangsa dan teman lelakinya itu meninggalkan premis berkenaan, namun apabila mangsa ingin beredar, pemilik rumah kedai terbabit menghalangnya.



“Rupa-rupanya lelaki itu bapa ayam dan dia memberitahu mangsa sudah dijual kepadanya oleh rakannya sendiri dengan harga RM3,000. Biarpun mangsa berulang kali merayu dikasihani, permintaannya tidak diendahkan,” katanya.



Menurutnya, mangsa kemudian dikurung dalam bilik di premis berkenaan dan di situ ada 10 wanita dipercayai warga China dan Vietnam yang dipaksa menjadi pelacur.



Sumber itu berkata, keesokan harinya, mangsa dipaksa memakai pakaian seksi dan menyertai kumpulan pelacur itu beratur sebelum diperagakan kepada pelanggan. “Pada mulanya mangsa enggan, namun akhirnya akur selepas dipukul bapa ayam terbabit. Mangsa dipilih seorang pelanggan dan melayan lelaki itu yang memberitahu dia membayar RM1,680 untuk meniduri mangsa,” katanya.



Menurutnya, selepas hampir seminggu dikurung di premis berkenaan, mangsa berjaya meloloskan diri jam 7 pagi, Ahad lalu.



“Ketika itu, tiada siapa di premis berkenaan dan mangsa membuka pintu menggunakan gunting sebelum melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Kepong dengan bantuan orang awam,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dilakukan.
KDN SUDAH DIRASUK IBLIS SYAITAN LAKNATULLAH ? MAT SABU PULA PERLU BUKTIKAN ? BUKAN KDN KE PERLU BUKTIKAN DIMAHKAMAH MAT SABU ADALAH SYIAH? UNDANG2 APAKAH INI? BAGAIMANA DENGAN GAMBAR INI PULA ? TIDAK PERLU PANGGIL UNTUK MENAFIKAN DIRI MEREKA TIDAK TERLIBAT DENGAN SYIAH KAH? Syiah: KDN minta Mat Sabu tampil kemuka bukti Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah. Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman Syiah. "Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama malam tadi. Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini."Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod. "Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B. "KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.Terdahulu semasa ditemu bual dalam program itu, Zamihan berkata KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini."Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (Syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu , Zamihan berkata isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak."Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya.Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'. Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini.Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah. [BERNAMA] -------------- Ulasan admin : 1 - orang yang menuduh seseorang itu syiah perlu mengumpulkan bukti kukuh dan kemudian bawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya. 2 - tidak perlu tertuduh memberi bukti kepada KDN, melainkan kes ini sudah diambil alih oleh mahkamah. 3 - kes ini masih belum matang untuk dibawa ke mahkamah. Jika benar KDN mempunyai bukti yang lebih kukuh, sila failkan kes ini ke mahkamah untuk membuktikan mat sabu adalah seorang pesalah syiah. 4 - bukti yang KDN kemukakan tidak boleh disabitkan ke mahkamah. Bukti KDN hanya dicedok dari hasil wawancara dengan musuh politik mat sabu. 5 - KDN tidak perlu mengugut untuk dedahkan lagi bukti keterlibatan mat sabu dengan syiah. Jika KDN sudah cukup bukti, sila bawa ke mahkamah. Jangan main wayang bodoh. Rakyat cabar KDN dakwa mat sabu di mahkamah jika sudah cukup bukti! Jika kamu tidak berani berbuat demikian, rakyat akan memohon kamu dilaknat oleh allah swt 7 keturunan! -admin power-
KUANTAN: Seorang jurutera kilang nadir bumi Lynas mati lemas di sebuah kolam di kawasan kilang itu di kawasan Perindustrian Gebeng di sini hari ini.
       
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata Mohamad Fadzli Mohamad Rafdzi, 33, dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam itu pada kira-kira 9 pagi.
       
"Seorang rakan mangsa, Sharizal Samsudin, 40, membuat laporan polis di Balai Polis Gebeng sejurus kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
       
Beliau berkata polis dan anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa di kolam itu pada 2.40 petang dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
       
"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah namun polis masih menjalankan siasatan lanjut," katanya. - Bernama
Ustaz Zahazan Mohamed
Photo Dari seorang sahabat Syrian ana ,

Good evning all my friend malaysian .. Today the snow came down heavily in syria .. Temperature almost 3 ..people in the camps in jordan , lebanon , sleeping in tents , snow around them but never have neither winter clothes .. This is in addition to the hunger .. Some of children even cattles died from freezing .. Please dont forget .. Give thanks to god for the blessing of warmth and not forget your brothers .. This snow will not end befor 3 month .. The door is open to help .

Tiada ulasan: