PAS TTDI JAYA shared Bob Khairul's photo.
Syeikh
Abdul Kadir Mullah, pimpinan utama Jamaat Islami Bangladesh menemui
Tuhannya apabila di hukum gantung oleh Kerajaan Bangladesh malam tadi
12/12/2013
Yang menghukum, yg menjatuhkan hukuman dan yg menolak rayuan hukuman senuanya adalah org2 Islam sebangsa dgn beliau...
Beliau sempat bertemu isteri dan ahli keluarganya memberikan kata terakhir dan digabtung dlm penuh ketenangan.
iAllah ganjaran syahid seperti yg dijanjikan Allah bagi mereka yg menginfaqkan hidupnya utk perjuangan Islam.
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun...
Ayob Hussin shared WHusnul Amni WAdnan's photo.
Ni Musim Kerajaan Sekular tengah menang .... Islam Bila lagi ..? sabarlah ... jentera jenteranya sedang bekerja !
Ratusan
ribu warga muslim Banladesh hari ini dan semalam keluar beramai-ramai
membanjiri kota Dhaka berhimpun menuntut penggubalan undang-undang dan
mengkritik sistem perundangan
Bangladesh.
Perhimpunan yang di anjurkan oleh Jamaat E Islami yang merupakan satu
jemaah islam terbesar di Bangladesh,juga adalah berikutan hari ini
adalah tarikh pemimpin Jamaat E Islami,Syeikh Abdul Quader Mullah di
hukum gantung.
Ratusan ribu warga yang berhimpun berdemontrasi sambil melaungkan
kalimah-kalimah Allah,membacakan ayat-ayat suci Al Quran,juga doa buat
Syeikh Abdul Quoder.Turut sama mereka melaungkan slogan ANTI KERAJAAN
SEKULER BANGLADESH dan ANTI HASINA MURTAD.
Pada tahun lalu dunia di kejutkan dengan kebangkitan umat islam
Bangladesh yang berjumlah ratusan ribu telah bangkit memperjuangkan
penegakan Shariah di Bangladesh dengan menuntut pemerintah yang sedia
ada turun dari tampuk pimpinan.
Pada tahun lalu juga dunia muslim di kejutkan dengan pelbagai kejutan
dari umat muslim Bangladesh termasuk kekuatan mereka yang berjumlah
ratusan ribu,keberanian mereka dalam mempertahankan Islam,dan keupayaan
mereka melumpuhkan kesatuan tentera-tentera Bangladesh (dengan tangan
kosong tanpa bersenjata kerana jumlah mereka yang terlalu ramai)setiap
kali berlaku pertempuran yang melibatkan Masjid dan Al Quran. via The Revolution of Al Ghuraba Generation
PAS TTDI JAYA shared Bob Khairul's photo.
Syeikh
Abdul Kadir Mullah, pimpinan utama Jamaat Islami Bangladesh menemui
Tuhannya apabila di hukum gantung oleh Kerajaan Bangladesh malam tadi
12/12/2013
Yang menghukum, yg menjatuhkan hukuman dan yg menolak rayuan hukuman senuanya adalah org2 Islam sebangsa dgn beliau...
Beliau sempat bertemu isteri dan ahli keluarganya memberikan kata terakhir dan digabtung dlm penuh ketenangan.
iAllah ganjaran syahid seperti yg dijanjikan Allah bagi mereka yg menginfaqkan hidupnya utk perjuangan Islam.
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun...
Ayob Hussin shared WHusnul Amni WAdnan's photo.
Ni Musim Kerajaan Sekular tengah menang .... Islam Bila lagi ..? sabarlah ... jentera jenteranya sedang bekerja !
Subhanallah....
Suasana Solat Jenazah as-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla,Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh..
Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi :
Pada hari ini sejarah mencatatkan
syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013)
yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami
Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.
Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan,
apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh
dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.
Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri
tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.
Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari
penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi
demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang
menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan
Islam.
Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid,
serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat
adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.
Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah
serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan
menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!
حسبنا الله ونعم Benarkah Rasulullah pernah disihir?
Benarkah Rasulullah pernah disihir. Bukankah Rasulullah itu maksum yang terpelihara daripada kejahatan manusia dan jin?Soalan
- Saya mendengar dakwaan sesetengah pihak, mengatakan Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah dishir betulkah ini berlaku? Tidakkah Nabi Muhammad maksum yang terpelihara daripada kejahatan manusia, adakah wujud keterangan dalam al-Quran atau as-Sunnah tentang perkara ini?
- Apakah hikmah Islam melarang keras pekerjaan atau amalan sihir?
- Bolehkah saya mengunakan memakai tangkal untuk menghalang kejahatan atau hasad dengki manusia?
Jawapan 1
Nabi Muhammad s.a.w memang maksum, seperti Firman Allah yang mafhumnya, “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepadamu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (Surah al-Maaidah, 67).
Perkataan maksum jelas disebut daripada makna perkataan ‘ya’tsimuka’ (Memelihara kamu). Dalam tafsir yang muktabar, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna Nabi Muhammad maksum, dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.
Adapun makna keselamatan umum, sepeti Nabi disakiti sehingga pernah luka kaki baginda dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesakitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya pernah berlaku ke atas baginda.
Semua ini bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah S.W.T kerana baginda sebagai manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit dan sebagainya.
Merujuk kepada dakwaan Nabi disihir, jika diteliti huraian di atas, bermakna sihir memang boleh berlaku. Di sebut dalam hadis sahih, Daripada A’ishah r.anha: “Kata A’ishah, telah disihir Rasulullah s.a.w oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah s.a.w berasa tidak keruan, perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya A’ishah, “Wahai A’ishah, apakah kamu tahu bahawa Allah S.W.T telah melakukan sesuatu ke atas diriku? Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepada ku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada disisi kepalaku, seorang lagi berada disisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, ‘apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini? Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah mensihirnya? Dijawab lagi, sihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawabnya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawabnya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan. Maka ditanya lagi, dengan apakah kita akan merawatkan Muhammad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w sedar dari tidurnya maka diberitahu kepada A’ishah, “Bahawasanya, Allah S.W.T telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis sahih ini sekurang-kurangnya memberikan kefahaman kepada kita bahawa musuh-musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat bahawa berpandukan kepada hadis sahih ini, memang ada percubaan oleh insan yang kenali melakukan sesuatu yang dipanggil sihir.
Nabi s.a.w memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari barang-barang sihir tersebut, dikeluarkan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.
Peristiwa ini tidak boleh disamakan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan menggangu ibadat, malah menganggu daripada melakukan kerja harian, ini semua tidak menganggu Nabi.
Nabi Muhammad cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang mengetahui, A’ishah pun tidak mengetahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-muawwiyat, ayat pelindung penyakit sihir.
Sekaligus, ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit.
Seterusnya, jelas bahawa Nabi sendiripun bila disihirkan orang, baginda sendiri tidak mengetahui, melainkan selepas Jibril a.s memberitahu bahawa baginda telah matbub (disihirkan).
Jika Nabi sendiri tidak mengetahui baginda disihirkan, bagaimana orang yang datang untuk berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba orang yang hendak mengubat tersebut mengatakan ‘kamu telah kena sihir?’ Datang pesakit lain, kita mengatakan pula, ‘kamu telah kena buatan orang.’
Ada yang lebih ke hadapan mengatakan, ‘kamu telah disihir fulan bin si fulan.’
Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena kepada kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir, inilah masalah yang kita hadapi.
Tidak sepatutnya berlaku sedemikian kerana hanya Allah S.W.T sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya.
Pengubatan disyariatkan, tetapi jangan sampai kita mendakwa orang itu kena sihir atau menuduh serta menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.
Jawapan 2
Pekerjaan dan amalan sihir adalah sesuatu yang pada kebiasaannya mengagungkan makhluk halus sama ada yang bernama iblis, jin, syaitan dan sebagainya. Makhluk ini sememangnya bertugas sepenuh masa menyesatkan anak Adam dan menjauhkan mereka dari rahmat Allah S.W.T.
Mereka telah dilaknati Allah S.W.T, maka mereka berusaha untuk menyesatkan manusia supaya dijauhkan rahmat Allah. Salah satu caranya adalah menggunakan sihir sebagai satu profesion mereka mengajar manusia melakukan kerja jahat tersebut.
Manusia akan mudah terpengaruh apabila seorang manusia mampu melakukan perkara yang ganjil pada pandangan manusia lain. Atau seolah-olahnya ada kelebihan khusus kepada orang tertentu, yang mengetahui penyakit orang lain tanpa diberitahu. Atau mungkin boleh membaca fikiran orang lain.
Hal sedemikian ini ada kemungkinan boleh berlaku dengan bantuan makhluk halus, dapat mengagak atau makhluk halus mengetahui daripada percakapan mereka kepada diri atau kawan-kawan.
Perkara ini merangsang manusia mendampingi dan mendapatkan khidmat ahli sihir untuk menyampaikan sesuatu maksud mereka.
Bila sihir dilakukan, maka berlaku perkara negatif, yang paling besar sekali adalah kerosakan aqidah. Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya),”Sesiapa yang mendatangi ahli sihir maka sesungguhnya dia telah mensyirikkan Allah S.W.T.” (Riwayat Imam Muslim).
Hadis lain menyebut (mafhumnya), “Sesiapa yang mendatangi seorang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib, lalu mempercayai dakwaan tersebut, sesungguhnya dia telah kufur dengan al-Quranul Karim yang diturunan kepada Nabi Muhammad.”
Dengan amalan sihir juga membuka jalan kepada seseorang mempercayai apa sahaja yang dikatakan ahli sihir kepadanya. Kata-kata seperti, ‘penyakit itu berpunca daripada orang yang terdekat kepadanya’, kadang-kadang menamakan orang tertentu (sama ada ahli keluarga atau kawan karibnya), terus dipercayai tanpa menyiasat dengan terperinci.
Hal ini boleh menimbulkan permusuhan yang berpanjangan sehingga perkara yang tidak sepatutnya berlaku, dilakukan. Lebih buruk apabila, dibalas balik dengan sihir juga.
Dalam al-Quran, Allah S.W.T menyebut (mafhumnya), “Sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengkehendaki supaya berlakulah di kalangan kamu, permusuhan dan benci-membenci.”
(Surah ali-Imran, 91).
Jelas bahawa peluang yang terbuka kepada orang yang mendatangi ahli sihir ini, syaitan mengambil kesempatan menimbulkan permusuhan antara dua orang yang berkasih, menimbukkan kebencian yang amat sangat antara anak beranak.
Ilmu sihir merupakan perantaraan yang boleh menimbulkan caca merba dalam masyarakat. Peluang ini digunakan oleh orang yang bukan ahli sihir, tetapi mendakwa boleh melakukan hal-hal sedemikian untuk mendapat keuntungan duniawi sehingga mengenakan bayaran yang tidak tertanggung oleh pesakit.
Oleh kerana itu maka Islam sebagai agama salam sejahtera, menyelamatkan manusia dari hal-hal yang tidak baik, khasnya menjaga aqidah supaya tidak rosak, memelihara harta benda dari pemerasnya dan untuk manusia kembali kepada pertolongan Allah S.W.T.
Islam melarang dengan sekeras-kerasnya menggunakan sihir sebagai medium menyampaikan sesuatu maksud.
Jawapan 3
Di zaman permulaan Islam amalan memakai tangkal digunakan ramai masyarakat jahiliyyah. Raslullah s.a.w telah mengharamkan pengunaan tangkal dan menggantikan dengan pengunaan ayat al-Quran dan doa, khususnya memohon daripada Allah S.W.T menghindari dari sesuatu yang tidak diingini.
Dakam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, juzuk ke 4 halaman 156 disebut hadis yang mafhumnya, “Sesiapa yang menggantung tangkal, maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik.”
Hadis ini merupakan hadis umum. Berlaku suatu ketika apabila sahabat-sahabat menerima ayat al-Quran daripada Rasulullah s.a.w, diamalkan untuk menghindari ganguan, menulis ayat tersebut dikertas dan menggantungkan kepada anak-anak mereka yang belum boleh membaca al-Quran.Bila dirujuk kepada Rasulullah, baginda tidak melarangnya.
Ada sebahagian pendapat jika tangkal tersebut diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan.
Pandangan ulama-ulama muktabar yang dipetik daripada Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) pada halaman 253 bagi soalan seperti dikemukakan ini, dijawab bahawa, “Adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah S.W.T untuk dijadikan tangkal, maka ulama-ulama berselisih pendapat di kalangan ulama-ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak dan ada sedikit yang mengharuskannya, dengan syarat-syarat khusus. Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal-tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu. Tentang keharusan yang Rasulullah berikan kepada beberapa orang sahabat, itu adalah pada permulaan Islam. Apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka, dilarang sama sekali penggunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat al-Quran kerana, 1; mencegah daripada keburukan yang lebih besar, 2; menjaga kesucian al-Quran dari terbawa dalam tandas dan 3; membulatkan keyakinan bahawa Allah Taala sahaja yang melindungi manusia daripada segala-galanya.”
Pendedahan KDN : Dr Ahmad Zahid Disabotaj?
- Published on Friday, 13 December 2013 16:37
- Written by DR RIDUAN MOHD NOR
PENDEDAHAN KDN : DR AHMAD ZAHID DISABOTAJ?
(13 Disember 2013)
(13 Disember 2013)
Saya meneliti pendedahan Kementerian
Dalam Negeri melalui Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad
Radzi mengenai isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS,
Haji Mohamad Sabu. Sejak dari tengahari semalam saya menanti pengumuman
KDN dengan penuh debaran, dan memikirkan apakah pendedahan ini bakal
mematikan karier politik Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS serta
memerangkap PAS seluruhnya atau sebaliknya. Terfikir juga apakah
pendedahan ini bakal mengubah landskap politik negara, dengan PAS
menjadi sasaran pula selepas ini.
Umum mengetahui Kementerian Dalam Negeri
(KDN) adalah agensi kerajaan paling digeruni. Mereka memiliki segala
maklumat yang mendalam, tepat dan menyeluruh. Mereka memiliki rangkaian
komunikasi, pasukan perisikan, mesin propaganda, pemikir profesional dan
lain-lain lagi yang mampu mengatur dan merencana sesuatu isu besar
negara.
Apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
bersuara dan lantang menuduh Haji Mohamad Sabu, seakan ada kegusaran
pada hati pada semua, terutama pemimpin PAS. Maklumat apakah yang
dimiliki beliau sehingga boleh menuduh tanpa ragu dan tanpa bimbang jika
Timbalan Presiden PAS pula yang akan menyaman balas balik beliau.
Dengan pendedahan KDN semalam, ramai
beranggapan bahawa KDN tidak matang dan masak dalam mencari bukti
penglibatan Mohd Sabu dengan Syiah. Sekadar kemukakan bukti yang tidak
sahih, cakap dengar atau sekadar pandangan beberapa saksi yang mendengar
dan melihat tokoh itu berfahaman Syiah, ia tidak boleh dijadikan hujah.
Mengkagumi tokoh Syiah tidak semestinya ia berfahaman Syiah, manakala
mendengar dari mulut orang lain bahawa Mohd Sabu berselawat ala Syiah
juga bukan asas untuk menuduh beliau Syiah. Pergi ulang alik ke Iran
atas sesuatu urusan bukanlah tiket untuk melabelkan seseorang itu Syiah.
Yang menghairankan, apakah ini bukti
yang dikatakan bukti jelas Mohamad Sabu sebagai Syiah? Ramai yang keliru
apakah itu suatu taktik untuk sengaja memalukan Datuk Seri Dr Zahid
Hamidi supaya beliau disaman dan kalah dimahkamah. Mungkinkah juga KDN
diperalat untuk tampil kemukakan bukti walau bagaimana sekalipun atas
dasar 'terlepas cakap' Naib Presiden UMNO itu di Perhimpunan Agung UMNO
yang lalu?
Jika inilah buktinya, maka sukar bagi
rakyat untuk mempercayainya. Ketiadaan bukti sahih yang jelas adalah
suatu perkara memalukan serta kekalahan besar buat KDN dan Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid. Jika beginilah tahap KDN bertindak, maka tahap keselamatan
negara berada dalam keadaan yang mencemaskan. Disarankan agar
pegawai-pegawai KDN membuat 'homework' yang panjang serta pasukan
risikan yang terperinci sebelum memerangkap seseorang dengan tuduhan
yang berat seperti yang diucapkan oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.
DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli jawatankuasa PAS Pusat
Ahli jawatankuasa PAS Pusat
Muhamad Saad Shaari shared Angah Pak Ngah's photo.
Hati-Hati ! Jangan Beli Taugeh Yang Berwarna Putih !
Mesti ramai suka makan taugeh, kan?
Nak pulak campur dalam char kuey teow....
hurmm...rangup.
Tapi nak beli taugeh tu kena la buat
eksperimen dulu...
Beli sikit taugeh tu, jangan makan dulu sebaliknya simpan dulu untuk 3
hari.
Pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane.
Dan kalau boleh jangan beli taugeh yang kaler putih berseri tu.
Keputusan yang mungkin boleh didapati, lepas 3 hari bau taugeh tu
hancing semacam.
Bermakna taugeh tu disiram dengan urine a.k.a air kencing!!
Dan air urine tu la jugak menyebabkan taugeh kaler putih berseri.
Kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera (Melayu) senang aje.
Kaler dia macam kekuningan sikit dan cepat layu serta kurang rangup,
Sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.
Ini info dari pegawai yang pernah buat lawatan ke pusat-pusat penanaman
taugeh dibeberapa negeri tertentu yang diusahakan oleh cha ya nun alip.
Siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada
pokok-pokok taugeh tu.
Dan kenapa taugeh jadi mangsa?
Sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat-bulat terus
dalam batangnya.
Tak seperti sayuran lain iaitu sayuran-sayuran berdaun hijau yang
mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau degan erti
kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan
proses fotosintesis berjalan untuk penyerapan zat-zat dari baja.
Tak macam taugeh dia serap terus ape yang kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis.
Tu sebabnya kalau simpan dalam masa 3 hari bau dia wangi semacam ..
So bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh
taugeh hancing dengan taugeh-taugeh bumiputera.
Awas!! Jangan termakan air kencing...
Isu Syiah: KDN perlu siasat juga Umno
SEREMBAN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak sepatutnya memandang
kepada pembangkang, sebaliknya perlu menyiasat kemungkinan ada pemimpin
Umno yang menjadi pengikut ajaran Syiah.
Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, adalah tidak adil apabila Syiah hanya dikaitkan dengan pembangkang, sedangkan sesiapa sahaja boleh terlibat dalam ajaran berkenaan, termasuk pemimpin atau ahli Umno.
Beliau turut menyifatkan isu Syiah sengaja dibangkitkan sesetengah pihak dengan membabitkan pemimpin dalam kalangan Pas bertujuan mewujudkan pandangan negatif rakyat terhadap parti itu.
“Saya dapati selepas Umno menang tipis pada PRU13 lalu, isu Syiah ini sengaja digembar-gemburkan, malah dikaitkan pula dengan pembangkang.
“Kita berpegang kepada (amalan) Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Mohd Nazree berkata, sekiranya wujud penglibatan pemimpin Pas atau pemimpin pembangkang dengan ajaran Syiah, ia perlu dikemukakan dengan bukti jelas.
Bagaimanapun, katanya, pemimpin atau individu yang dituduh perlu diberi peluang mempertahankan diri kerana dikhuatiri ia sengaja dicipta oleh pihak tertentu.
“Saya tidak nafikan isu Syiah ini serius kerana ia berkaitan dengan soal akidah, tapi ia memerlukan fakta dan dalil yang jelas untuk mensabitkan seseorang itu terlibat dengan fahaman tersebut.
“Jika betul ada, kita minta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya mengikut perundangan yang sesuai di negara ini dan ia perlu dikemukakan kepada media serta umum dengan segera,” katanya.
Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, adalah tidak adil apabila Syiah hanya dikaitkan dengan pembangkang, sedangkan sesiapa sahaja boleh terlibat dalam ajaran berkenaan, termasuk pemimpin atau ahli Umno.
Beliau turut menyifatkan isu Syiah sengaja dibangkitkan sesetengah pihak dengan membabitkan pemimpin dalam kalangan Pas bertujuan mewujudkan pandangan negatif rakyat terhadap parti itu.
“Saya dapati selepas Umno menang tipis pada PRU13 lalu, isu Syiah ini sengaja digembar-gemburkan, malah dikaitkan pula dengan pembangkang.
“Kita berpegang kepada (amalan) Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Mohd Nazree berkata, sekiranya wujud penglibatan pemimpin Pas atau pemimpin pembangkang dengan ajaran Syiah, ia perlu dikemukakan dengan bukti jelas.
Bagaimanapun, katanya, pemimpin atau individu yang dituduh perlu diberi peluang mempertahankan diri kerana dikhuatiri ia sengaja dicipta oleh pihak tertentu.
“Saya tidak nafikan isu Syiah ini serius kerana ia berkaitan dengan soal akidah, tapi ia memerlukan fakta dan dalil yang jelas untuk mensabitkan seseorang itu terlibat dengan fahaman tersebut.
“Jika betul ada, kita minta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya mengikut perundangan yang sesuai di negara ini dan ia perlu dikemukakan kepada media serta umum dengan segera,” katanya.
Artikel Berkaitan
- KPN: Pendedahan Syiah untuk sedarkan masyarakat
- Phahrolrazi: Bukti KDN Mat Sabu Syiah tidak kukuh
- Mufti Sabah dedah 17 permohonan nikah mutaah
- Jakim: Ajaran Syiah menyeleweng hukum syarak
- Keturunan Syiah diminta tak sebar fahaman
- Isu Syiah: KDN perlu siasat juga Umno
- Pendedahan tidak beri kelebihan politik
- Isu Syiah: Bukti KDN tak kukuh
- Akui kagumi Komeini, nafi amal Syiah
- Isu fahaman Syiah bukan bersifat sementara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan