Sabtu, 7 Disember 2013

YANG LEBIH MALANG IALAH ORANG YANG MENGAKU ISLAM....TETAPI BERIMAN SEBAHAGIAN KITAB@ALQURAN DAN MENOLAK SEBAHAGIAN KITAB@ALQURAN

Najib perlu dedah isi perjanjian beri tanah kepada tentera Sulu

KUALA LUMPUR 7 MAC: Pihak berkuasa perlu menyiasat laporan media Filipina yang mendedahkan perbuatan Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tanah kepada tentera Sulu hingga menyebabkan mereka menceroboh Lahad Datu, Sabah.
Jika benar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata Najib juga perlu mendedahkan kandungan perjanjian itu kerana melibatkan kedaulatan Malaysia dan tanah milik Sabah.
Katanya, rakyat berhak tahu kandungan perjanjian itu, apatah lagi ia membawa kepada pencerbohan tentera Sulu yang diterajui Sultan Jamalul Kiram III hingga  mengancam keselamatan rakyat Sabah.
Beliau juga kesal kerana Perdana Menteri sehingga kini tidak membuat sebarang penafian terhadap pendedahan yang dibuat pengasas MNLF, Nus Misuari sebelum dipetik media Filipina.
“Kita anggap perkara ini serius. Isu ini jadi masalah apabila berlaku pencerobohan wilayah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
IMG_2925
Mengikut Manila Bulletin Publishing Corporation, Nur Misuari mendapat tahun kumpulan Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai penceroboh Sulu, datang ke Sabah untuk menuntut janji dari Najib Razak sebelum kenyataan itu dipetik sebagai tajuk muka depan Suara Keadilan.
Justeru itu, Shamsul berkata, AMK akan memulakan siri laporan polis terhadap Perdana Menteri dengan Ketua AMK Sabah, Serman Hassnar esok, diikuti seluruh pelusuk negeri.
“Kita minta polis siasat dakwaan ini,” katanya yang turut mendesak sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi penjelasan mengenai situasi semasa khususnya isu keselamatan rakyat.
“Saya desak Musa Aman selaku Ketua Menteri memanggil sidang khas. Kerana boleh timbul maklumat yang membimbngkan dan apa tindakan seterusnya.
“Ini kerana kerajaan negeri ada akses untuk pantau keadaan dan pembangkang di Sabah berhak mendapat penjelasan,” kata Shamsul.
13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita. 1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.) 2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …. 3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.) 4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) 6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah. 7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.) 8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.) 9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.) 10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.) 11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.) 12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921) Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE"

KUANTAN:  Sebanyak 117 pusat pemindahan banjir masih dibuka dengan menempatkan 38,099 mangsa daripada 10,849 keluarga di lapan daerah di Pahang yang terjejas akibat banjir pagi ini.
            
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka yang dipindahkan setakat pukul 9 pagi ini membabitkan daerah Kuantan, Pekan, Temerloh, Jerantut, Rompin, Maran, Lipis dan Bera.
            
"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 32,880 orang yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
            
Katanya di Pekan 3,464 mangsa ditempatkan di 26 pusat pemindahan, Temerloh (839 orang di 22 pusat pemindahan), Jerantut (392 orang di 10 pusat pemindahan), Maran (183 orang di lima pusat pemindahan), Rompin (172 orang di empat pusat pemindahan), Bera (116 orang di lapan pusat pemindahan) dan Lipis (53 orang di empat pusat pemindahan).
            
Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km14 Jalan Temerloh-Bahau. - Bernama
PARTI  Islam di Indonesia yang jelas berdasarkan Islam adalah Parti Persatuan Pembangunan (PPP), yang dipaksa bergabung oleh Presiden Suharto pada tahun 1973 dan menukar asasnya dari Islam dan Pancasila kepada hanya Pancasila pada 1983.

 Parti Nahdhatul Ulama (NU), Parti Muslimin Indonesia (Parmusi), Parti Syarikat Islam Indonesia (PSII) dan Parti Islam PERTI (Persatuan Tarbiyah Islamiyah) turut dikuasai regim Order Baru Suharto sepanjang beliau memerintah Indonesia.

Bagaimana lemahpun PPP, ia dianggap tokoh gerakan Islam Indonesia, Muhammad Natsir (Pak Natsir) sebagai masih menyuarakan aspirasi umat Islam republik itu.

Di zaman Presiden Suharto memang PPP ini bersama Parti Demokrasi Indonesia (PDI) tidak lebih sebagai parti pelengkap penderita, mendampingi Golkar sebagai parti berkuasa dan anak emasnya Suharto serta rejim tenteranya masa itu.

Walaupun masa itu tidak dikenal adanya parti pembangkang atau parti oposisi, nasib PPP dan PDI dibiar tidak boleh mati, namun jangan hidup dalam keadaan senang atau selesa. Dan jangan bersuara keras atau bercakap seenaknya sahaja.

Setelah reformasi 21 Mei 1998 pada Ogos 1999 wujudlah Parti Keadilan (PK), kemudian tahun 2003 berubah menjadi Parti Keadilan Sejahtera (PKS). Memang besar harapan rakyat kepada PKS sebagai parti alternatif namun ini belum kesampaian kerana PKS tidak tahan uji.

PKS menang besar pada Pemilihan Umum April 2004 dengan mendapatkan 45 kerusi  Parlimen (Dewan Perwakilan Rakyat) dan lebih hebat lagi Presidennya Dr HM Hidayat Nur Wahid dipilih sebagai Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR). Jeneral (B) Dr Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan Drs HM Jusuf Kalla terpilih sebagai Presiden dan Timbalan Presiden bagi penggal 2004-2009.

Namun harapkan panas hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari. PKS ikut bersama mendukung pemerintahan SBY. Ini tidak salah dalam rangka dakwah, namun rakyat bertanya dakwah apa yang sudah dilakukan oleh PKS terhadap pemerintahan SBY dan birokrasi bawahannya. Terlebih lagi setelah itu berbagai tindak-tanduk beberapa pemimpin PKS yang membingungkan dan menjadi tanda Tanya rakyat.

Bermula dengan ucapan Presiden PKS (masa itu) Ir Tifatul Sembiring “apalah ertinya sehelai kain tudung” membela isteri SBY dan bakal isteri calon Timbalan Presiden Prof Dr Boediono, merespon pandangan rakyat yang mempersoalkan pakaian isteri Presiden dan calon Timbalan Presiden yang tidak menutup aurat.

Pada 2010 melalui Musyawarah Nasionalnya di Bali, PKS menjadi parti terbuka. Presiden barunya Luthfi Hassan Ishaq terlibat dalam skandal import daging lembu. Skandal ini turut membabitkan Presiden PKS sekarang, M Annis Matta serta adiknya dan juga anak Ketua Majlis Syuranya Kyai Haji Helmi Aminuddin Ridwan Mansur. Apakah Helmi terkait atau tidak dalam kes ini, Komite Pemberantasan Korupsi (KPK) dan Mahkamah Anti Rasuah yang akan menentukan.

Terakhir adalah Parti Bulan Bintang (PBB), parti yang mengaku mewarisi Parti Islam Masyumi. Bermula dengan Ketua Umum pertamanya Prof Dr Yusril Ihza Mahendra, yang disebut sebagai calon presiden tahun 1999 bersama Prof Dr M Amien Rais dari Parti Amanat Nasional (PAN), Dr HM Didin Hafifuddin dicalonkan oleh Parti Keadilan, namun akhirnya yang jadi terpilih adalah Abdurrahman Ad Dakhil Wahid atau Gus Dur, namun pada tahun 2001 diganti oleh Megawati Sukarnoputri, yang sebelumnya adalah Timbalan Presiden kepada Presiden Gus Dur.

Yusril mulanya dilantik sebagai Menteri Kehakiman dan Hak Asasi Manusia di zaman Gus Dur, namun di masa Presiden SBY dia dilantik sebagai Menteri Setiausaha Negara. Pada tahun 2007, Yusril diganti atau disingkirkan oleh Presiden SBY.

Begitulah politik singkir atau membuang menteri adalah hal biasa. Kini Yusril ialah Ketua Majlis Syura PBB dimana Ketua Umumnya kini ialah Dr HM Syambat Ka’ban, sedangkan Wakil Ketua Umumnya Hamdan Zoelva terpilih sebagai Ketua Mahkamah Perlembagaan, mengganti Dr HM Akil Mokhtar yang didapati rasuah.

Mulanya PBB tidak dibenarkan bertanding pada Pilihan Raya Umum 9 April 2014, namun berdasar keputusan Dewan Kehormatan Komisi Pemilihan  Umum (KPU) PBB dibenarkan meletakkan calon.

Terlepas dari sejarah lalu dan latar belakang masing-masing alangkah eloknya PPP, PKS dan PBB berbincang membicarakan nasib dan kesejahteraan rakyat.  Jika berlapang dada dan bertolak angsur, alangkah indah dan moleknya jika diajak sama parti-parti bernuansa Islam seperti PAN dan Parti Kebangkitan Bangsa (PKB).

Kajian terkini mendapati Parti Golongan Karya (Golkar) dan PDI-P akan berada di kedudukkan teratas pada PRU 2014 nanti, sedangkan Parti Demokrat yang kini berkuasa akan terus menjunam, dengan berbagai kes yang melandanya.

Bagaimana pula kedudukan parti-parti Islam? Ini perlu difikirkan lebih serius, terancang dan bagaimana strateginya, jangan setelah reformasi umat Islam Indonesia dari segi politik tetap dianggap “menumpang di rumah sendiri”.
Pilihan salah satunya adalah parti-parti Islam mesti bekerjasama dan jangan ada pertandingan tiga atau banyak penjuru. Jangan mengutamakan ego dan kelompok masing-masing.
KUALA TERENGGANU:  Kelewatan pasukan penyelamat menghantar bantuan ke beberapa lokasi dilanda banjir bukan disengajakan, sebaliknya disebabkan beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan, tegas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
            
Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata antara halangan yang terpaksa ditempuhi ialah gangguan bekalan elektrik selain kesukaran komunikasi.
            
"Selain itu kita terpaksa tempuhi laluan menuju ke tempat penghantaran bantuan yang terpaksa ditutup ekoran ditenggelami air banjir.
            
"Terdapat juga kenderaan-kenderaan yang diletakkan di bahu jalan agar tidak tenggelam menyebabkan kelewatan bantuan kita tiba di sana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Bomba Sukarela Zon Pantai Timur dan Selatan di sini.
            
Konvensyen dua hari bermula semalam itu dihadiri hampir 300 peserta mewakili 28 pasukan bomba sukarela.
            
Menurutnya ekoran kekangan itu, perjalanan yang sepatutnya singkat akhirnya mengambil masa sehingga dua atau tiga jam untuk sampai.

Dalam pada itu Wan Mohd Nor berkata pengurusan bencana di negara ini masih berada di tahap yang baik jika dibandingkan negara lain.
            
Katanya ini berikutan jumlah mangsa yang terkorban akibat bencana alam itu sentiasa berada pada tahap minimum manakala mangsa berjaya diselamatkan pula masih terjaga makan minumnya.
            
"Kita difahamkan setakat ini, yang kita dapat pindahkan... berpuluh-puluh ribu mangsa banjir kita tiada masalah. Kita pasukan penyelamat ni... kita cuba sedaya upaya memberi bantuan jika diperlukan.
            
"Mungkin ada satu dua kesulitan sehingga menyebabkan kelewatan. Tapi, bagi saya ia bukan satu isu yang besar. Yang penting, dalam keadaan kecemasan begini, kita kenalah bertenang dan berlapang dada," katanya. - Bernama
ALOR SETAR:  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin terdapat pihak tertentu melatih sekumpulan orang untuk membuat kacau semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau, baru-baru ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.
            
Beliau berkata kumpulan itu juga bergerak dari satu PRK ke PRK dengan tujuan tertentu bagi memperlihatkan perjalanan PRK tidak bersih.
            
"Kita melihat muka-muka sama iaitu orang luar berada di Sungai Limau, semasa pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri itu berlangsung baru-baru ini.

Muka-muka ini juga dilihat semasa PRK Kuala Besut berlangsung.
            
"SPR bagaimanapun tiada kuasa mengambil tindakan terhadap mereka kerana ia di bawah bidang kuasa polis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada para petugas PRK Sungai Limau dalam jamuan malam di sini, malam tadi.
            
Beliau berkata keadaan sama berlaku dalam pilihan raya umum (PRU) dan lebih tertumpu di kawasan tertentu namun PRK lebih ketara kerana menjadi tumpuan ramai.

Abdul Aziz berkata SPR juga mendapati badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik pihak tertentu bertindak di luar bidang kuasa terutama dalam PRU iaitu menahan kenderaan dan orang tempatan yang rupanya seperti rakyat asing.
            
Beliau berkata tindakan NGO tersebut seolah-olah membantu parti politik tertentu kerana pemerhati dan pemantau yang dilantik oleh SPR hanya membuat catatan bertujuan menambah baik perjalanan pilihan raya.
            
Menurutnya masalah lain yang sukar diatasi ialah budaya rakyat Malaysia enggan mematuhi peraturan waktu berkempen yang tamat pada pukul 12 tengah malam kerana mereka terus berkempen pada hari mengundi.
            
"Mereka seharusnya balik selepas waktu itu namun masih lagi datang pada hari mengundi untuk merayu pengundi dengan membawa poster calon. Mereka member alasan bukan kempen tetapi meraih dan merayu namun bagi SPR ia adalah kempen.
"Saya ingin menegaskan SPR sentiasa bertindak profesional. Kami tidak membantu kemenangan atau kekalahan calon. Kita layan semua pihak sama rata," kata Abdul Aziz.
            
Beliau berkata PRK Sungai Limau baru-baru ini berjalan dengan baik kecuali satu kes seorang jentera Pemuda PAS menumbuk seorang petugas Wanita Barisan Nasional yang mencemarkan PRK itu.
            
Katanya menjadi tradisi SPR mengadakan post-mortem setiap PRK selepas sebulan ia berlangsung untuk mengkaji setiap maklum balas daripada kumpulan petugas terbabit kecuali parti politik.
            
Abdul Aziz berkata setiap maklum balas bermula daripada proses penamaan calon, kempen, hari mengundi, pengiraan undi dan pengumuman keputusan dikaji dengan teliti supaya kesilapan sama tidak dilakukan pada masa akan datang.
            
Mesyuarat post-mortem itu berlangsung hari ini di sini turut dihadiri semua pegawai kanan SPR. - Bernama
KUALA TERENGGANU:  Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 6,758 orang pagi ini berbanding 7,167 orang malam tadi manakala Kuala Terengganu pula menjadi daerah terbaharu dilanda banjir.
            
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, sebuah keluarga mengandungi enam orang dari Kuala Terengganu dipindahkan 9.30 malam tadi di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Felda Belara, setelah kawasan rumah mereka dinaiki air.
            
Secara umumnya jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di beberapa kawasan yang terjejas di negeri ini mula berkurangan dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing semalam.
            
Di Dungun, jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 4,101 orang daripada 1,000 keluarga apabila hampir 240 orang dibenarkan pulang lewat malam tadi.
            
Bagaimanapun mangsa di Kemaman pula masih kekal 2,450 orang daripada 595 keluarga.
            
Mangsa di daerah Hulu Terengganu dan Marang juga kekal seperti semalam iaitu 157 (39 keluarga) di Hulu Terengganu dan 44 (15 keluarga) di Marang.
            
Sehingga kini, sebanyak 1,650 keluarga telah dipindahkan ke 67 pusat pemindahan. - Bernama

Tiada ulasan: