Posted on Wednesday, December 25 @ 17:20:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Kisah 1:- Duka Suami Isteri
“Macamana boleh jadi macam ni. Saya sendiri engineer. Awak pula pensyarah agama. Macammana boleh dapat anak macam ni. Entah doktor ni betul ke tidak! Saya tidak puashati. Kita jumpa doktor lain”,keluh si suami kepada isteri, ketika keluar dari klinik seorang doktor pakar kanak-kanak.
“Sudahlah tu. Sabarlah, bang. Hentikanlah dari terus mengeluh macam tu. Jangan sampai kita menyesali takdir. Kalau Allah nak bagi kita anak istimewa, kita terima sahaja, ya bang”,
si isteri menenangkan si suami sedangkan hatinya sendiri bergelora kesedihan.
Sebenarnya, Salmah sedar bahawa anaknya, Amin (bukan nama sebenar) berkelakuan agak pelik sejak dari kecil.
Sikapnya pada perkara-perkara tertentu berbeza dari kanak-kanak kecil yang lain. Amin suka menyendiri. ..
Pada awalnya, Salmah tidak begitu kisah. Dia juga tiada pengalaman. Maklumlah, anak pertama.
Mungkin kepelikan Amin ini bersifat sementara.
“Kecil lagi. Berubahlah dia, bila besar nanti”, Itulah kata-kata yang dia sendiri bisikkan ke hati bagi menenangkan diri.
Lama kelamaan Salmah mulai risau. Suatu hari dia terbaca artikel mengenai kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang sama. Artikel mengenai kanak-kanak Autisme. Berderau darahnya. Salmah teringat semula, nasihat halus seorang kawan lama, guru senior yang sudah beranak lima, ketika memerhati keletah anaknya.
“Sal, bawalah amin ni pergi doktor pakar, Nampak dia sensitif sangat dan malu nak bercakap. Mana tahu doktor ada ubat sesuai”
Sebelum dia meminta diri, dia berpesan lagi;
“Jangan lupa, pergilah segera. Anak, kena diutamakan walau sesibuk mana dengan tugasan. Jumpalah doktor pakar kanak-kanak, ok.”
Teringat pesan itu, baru Salmah bersegera menuruti. Hasilnya, dia diberitahu anaknya
mempunyai tanda-tanda autisme. Walaupun begitu, doktor menyuruh pergi ke lain-lain tempat-tempat rujukan, yang tidak lebih sekadar
‘to rule out other possibilities[1]’.
Itulah kelebihan seorang ibu di atas seorang bapa. Si ibu mudah menerima. Hakikat
ketentuan-Nya. Walau pahit ditelan jua. Itulah erti kefahaman agama yang ditanam di dada. Berbeza dengan si bapa. Tidak mudah baginya. Anak lelaki yang pertama tidak sempurna. Terasa hilang semangat dalam jiwa. Kekadang terlepas juga kata-kata tanda kecewa.
“Ya Allah, mengapa jadi begini.”
“Sabar. Sabarlah bang. Terimalah, kalau sudah begitu takdirnya.” Pujuk si isteri walaupun remuk hati sendiri, tiada siapa yang ambil peduli.
Kisah di atas adalah sedutan sebahagian daripada isikandung buku Aku bersyukur anakku autisme 2013.
(* Siapa berminat untuk mendapatkan buku saya “Aku bersyukur anakku autisme 2013 (Telaga Biru), Baitullah aku datang, (Karangkraf) dan Syurga lebih hampir tanpa Riba (Galeri Ilmu), Sila dapatkan dipasaran atau layari blog saya untuk pembelian atau sms 019-7272817)
[1] Untuk memastikan kesahihan fakta itu, dengan mengenepikan lain-lain kemungkinan."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hishamahmad
Posted on Wednesday, December 25 @ 17:20:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Perkasa akui terima bantuan kerajaan, tapi tidak sebanyak NGO bukan Melayu
Posted on Wednesday, December 25 @ 17:12:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Datuk Ibrahim Ali gesa Umno membela orang Melayu jika tidak mahu Perkasa ambil alih tugas parti itu, di Perhimpunan Agung Perkasa ke-4 minggu lalu.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengakui menerima bantuan kerajaan seperti dakwaan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tetapi menyifatkan bantuan tersebut tidak sebanyak yang diterima oleh badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, berkata Isa perlu menyenaraikan jumlah bantuan kerajaan yang diberikan kepada pertubuhan itu dalam menjayakan program mereka selama ini.
“Perkasa harap Isa dapat senaraikan jumlah bantuan yang diberi kepada Perkasa. Berapa banyak? Berjutakah? Berbilionkah? Kami tidak nafikan ada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) membantu Perkasa.
“Mereka membantu menjayakan beberapa program terpilih yang tidak lebih daripada apa yang diberikan kepada NGO lain termasuk NGO kaum Cina dan India. Bantuan seperti ‘pemberian kepada anak kecil’ itu usahlah diungkit-ungkit,” katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.
Dalam satu sidang media pada Isnin, Isa berkata, Perkasa tidak mampu menggantikan Umno bagi menjaga kepentingan orang Melayu kerana pertubuhan itu sendiri bergantung kepada Umno.
“Kami lindungi Perkasa dan mereka banyak menerima faedah daripada kita (Umno). Bagaimana mereka nak gantikan kami (Umno),” katanya.
Syed Hassan berkata, bantuan agensi kerajaan yang diterima Perkasa tidak setimpal dengan usaha yang dilakukan pertubuhan itu bagi menarik semula sokongan orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tersalah tafsiran berhubung kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali semasa perhimpunan agung parti itu dan meletakkan pertimbangan rakyat bagi menilai prestasi Perkasa untuk menggantikan Umno.
“Umno parti lebih besar daripada Perkasa. Beliau diajukan soalan yang tidak tepat oleh wartawan. Ibrahim semasa perhimpunan agung Perkasa berkata jika Umno gagal menjaga kepentingan orang Melayu, Perkasa sedia mengambil alih tugas.
“Ambil alih itu bukan sekarang. Perkasa bukan mahu jadi parti politik. Kami hanya menyuarakan demi kepentingan Melayu. Jika rakyat melihat Umno jauh daripada perjuangan asal, rakyat yang menilai dan Perkasa bersedia,” katanya.
Ahmad ketika ditemui pemberita pada Ahad berkata, Umno masih berkuasa dan mempunyai rangkaian lebih besar berbanding Perkasa.
Beliau berkata, pada masa tertentu, suara Perkasa nampak seperti “lebih meresap” bergantung kepada kepada isu tetapi Umno masih tetap “bos”.
“Kami mempunyai 20,000 bahagian yang mereka (Perkasa) tidak ada. Kami mempunyai 191 cawangan dan 3.4 juta ahli sementara Perkasa belum lagi mencapai tahap itu,” katanya.
Syed Hassan turut mengakui pertubuhan itu berdiri berdasarkan isu dan akan menyokong kerajaan sekiranya dasar yang dicadangkan memberi kesan positif kepada orang Melayu.
“Isu merugikan orang Melayu dan negara, Perkasa akan bising. Jika dasar bagus, Perkasa akan sokong,” katanya.
Ketika ditanya cadangan Ibrahim berhubung mewujudkan petunjuk prestasi utama (KPI) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata: “KPI itu bukan sekarang. Perkasa akan menubuhkan jawatankuasa pemantau untuk menilai prestasi pimpinan kerajaan. Lebih-lebih lagi janji dibuat perdana menteri semasa program pemerkasaan ekonomi Bumiputera September lalu,” katanya.
Ibrahim semasa berucap di perhimpunan agung Perkasa pada Ahad berkata, KPI Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri Kabinet lain akan dinilai oleh pertubuhan itu.
Katanya, indeks berkenaan akan memberi petunjuk kepada masyarakat sekiranya tindakan pemimpin kerajaan merugikan orang Melayu selain menegaskan Perkasa akan menegur polisi Umno dan BN secara terbuka.
"Saya hendak akhbar laporkan, KPI PM, TPM dan menteri Kabinet akan ditentukan Perkasa. Dulu kita tak tegur secara terbuka kerana kita takut jadi tarik rambut dalam tepung, tepung berselerak,” katanya.
Isa dalam kenyataan balas kepada Ibrahim berkata KPI Perkasa perlu dipersoalkan terlebih dahulu sebelum mahu mempersoalkan KPI Umno.
"Apa KPI Perkasa sebelum mereka hendak tentukan KPI Umno, menteri kita mahu tahu apa KPI Perkasa," katanya.
sumber"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Wednesday, December 25 @ 17:12:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Menteri tolak sokongan BN merosot akibat peningkatan kos sara hidup 2014
Posted on Thursday, December 26 @ 08:00:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Rakyat Malaysia akan berhadapan dengan tahun 2014 lebih mahal yang berkemungkinan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi lebih besar sehingga ahli-ahli parlimen kerajaan menggesa sesuatu dilakukan akan tetapi seorang menteri mengatakan ianya merupakan masalah kecil.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek (gambar) menolak hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang mengatakan sokongan terhadap BN akan terjejas dalam pilihan raya akan datang akibat siri kenaikan harga barang.
"Kami pernah mengalami masalah yang lebih besar daripada ini (kenaikan kos) dan berjaya selesaikannya," kata menteri tersebut kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur dan menambah, “semua orang boleh membuat kesimpulan sendiri tentang kerajaan, tetapi percayalah, banyak yang sedang dilakukan untuk mengurangkan beban rakyat.”
"Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasi kesan kenaikan harga... kami mempunyai makmal kajian untuk menjalankan kaji selidik dan pegawai saya sentiasa bersedia," kata ahli parlimen Kuala Pilah itu lagi.
Kaji selidik UMCEDEL pada Selasa mendapati peningkatan kos sara hidup ekoran kenaikan beberapa barangan seperti minyak dan tarif elektrik akan memberikan kesan terhadap prestasi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.
Kebanyakan kenaikan harga akan bermula pada 1 Januari 2014.
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kadar 6% akan mula dilaksanakan pada April 2015 menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.
Umcedel semasa membentangkan hasil kajian mereka pada Selasa. Gambar fail.Beberapa kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi menyebabkan BN hilang banyak kerusi sekaligus majoriti tradisi dua pertiga serta beberapa buah negeri pada pilihan raya 2008.
BN masih lagi belum “sembuh” dalam pilihan raya 5 Mei lalu sebaliknya kehilangan lagi tujuh kerusi walaupun berjaya merampas kembali Perak dan Kedah.
Ini menyebabkan rakan-rakan Hassan lain mendesak Putrajaya melakukan sesuatu dan mengambil serius dapatan kajian UMCEDEL.
“Jika itulah kehendak rakyat, kita perlu berusaha keras untuk menangani perkara tersebut," kata ahli parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Katanya, menangani peningkatan kos sara hidup jelasnya merupakan agenda utama dalam manifesto BN untuk pilihan raya 2013, dan Putrajaya perlu menubuhkan jawatankuasa peringkat kabinet untuk mengkaji isu tersebut.
"Apabila pendapatan boleh guna rakyat semakin berkurangan, ia menunjukkan seolah-olah kerajaan gagal mensejahterakan kehidupan rakyat," katanya.
Beliau bagaimanapun turut menegaskan, pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) juga tidak mempunyai penyelesaian terhadap perkara itu, sebaliknya menggunakan isu berkenaan demi kepentingan politik.
"Yang nyata, pembangkang juga tiada solusi. Bangkang dan bantah itu mudah. Penyelesaian? Mereka hanya gunakan situasi utk kepentingan politik," katanya.
Nur Jazlan mengatakan jika rakyat rasa tertipu sudah pasti mereka akan marah. Gambar fail.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed turut menyokong dapatan kajian UMCEDEL, dan menegaskan Putrajaya seharusnya "berterus-terang" dengan rakyat dan mengumumkan segala berita negatif seperti kenaikan kos sara hidup secara serentak.
"Lebih baik kerajaan berterus terang, apa lagi masalah negatif yang akan timbul dan menjejaskan rakyat, beritahu satu-satu.
"Rakyat jadi marah. Bukan sebab kenaikan kos, tetapi sebab kerajaan sudah tipu mereka," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Pulai.
Beliau turut melihat manifesto atau akujanji BN dalam pilihan raya lalu mengandungi janji-janji yang tidak realistik dan bertentangan dengan keadaan dan realiti semasa.
"Nak buat rumah PR1MA, sejuta dalam tempoh lima tahun, belum pernah ada dalam sejarah negara," katanya.
Beliau merujuk kepada program Perumahan Rakyat 1 Malaysia kerajaan untuk membantu pemilik rumah kali pertama yang menarik lebih 250,000 pemohon.
PR1MA sudah meluluskan 15 projek perumahan mampu milik untuk dibangunkan di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Dalam Bajet 2013, kerajaan memperuntukkan 500,000 rumah mampu milik dibina PR1MA menjelang 2018.
"Kalau kita tengok, kerajaan buat manifesto yang 'kurang munasabah' itu pun undi popular dah turun, ini menunjukkan kos kenaikan harga barang bukan punca utama sokongan kepada BN menurun, tetapi rakyat marah.
"Bila rakyat rasa kena tipu, kita buat apa pun tak guna. Kerajaan perlu jelas dan terus terang,” kata Nur Jazlan.
sumber"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Thursday, December 26 @ 08:00:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
PKR: Dedahkan jumlah dana k'jaan pada PERKASA
PKR
mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan jumlah
sepenuhnya dana awam yang diberikan untuk menyokong kumpulan pendesak
Melayu PERKASA.Ia ekoran pengakuan PERKASA semalam bahawa mereka menerima dana daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tana Negara (BTN).
“PERKASA sebuah kumpulan pelampau yang terkenal dengan ucapan kebencian dan hasutan perkauman.
“Kenapa dana dan sumber kerajaan digunakan untuk membantu dan mempromosikan organisasi seperti ini?” kata Naib Presiden PKR N Surendran (kiri) dalam kenyataan hari ini.
“Pengakuan PERKASA mengejutkan dan tidak pernah berlaku; ia bukti jelas bahawa Najib, Umno dan BN secara aktif menyokong ucapan kebencian, hasutan dan perkauman.”
Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali semalam mengakui tiga agensi itu menyalurkan bantuan kepada mereka bagi menjayakan programnya.
Bagaimanapun, katanya, bantuan itu tidaklah sebanyak mana berbanding usaha yang dijalankan untuk menarik sokongan golongan Melayu kepada BN.
Syed Hassan berkata demikian bagi menjawab kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Isa Samad yang tidak yakin dengan kemampuan PERKASA untuk menggantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu.
Peguam: Jangan guna budi bicara untuk himpunan haram
Ketika
ada usaha pihak tertentu menganjurkan perhimpunan kononnya untuk
menggulingkan kerajaan akhir bulan ini, pihak berkuasa disaran tidak
lagi menggunakan kaedah 'budi bicara' dalam usaha mengekalkan keamanan
negara.
Seorang pengamal undang-undang Noor Hajran Mohd Nor berkata pihak berkuasa sebaliknya perlu bertindak tegas mengikut kuasa yang ada pada mereka.
Beliau berkata sebagaimana kerajaan memberi kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman mengikut Akta Perhimpunan Aman, pihak berkuasa juga mempunyai kuasa menangani sebarang ancaman terhadap rakyat dan negara.
"Ini bukan pertama kali perhimpunan seperti ini (dirancang). Jika pihak berkuasa tidak ambil tindakan, kita risau Malaysia akan jadi seperti beberapa negara lain, termasuk di Timur Tengah," katanya.
Noor Hajran berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program 'Ruang Bicara' dengan topik 'Tolak Perhimpunan Haram' terbitan Bernama TV di Kuala Lumpur malam tadi, yang dihoskan Sherkawi Jirim dan turut disertai Presiden Yayasan Media Malaysia Dzulkarnain Taib.
Dzulkarnain pula berkata perhimpunan yang dirancang itu jelas bertentangan dengan lunas demokrasi selain dilihat memperalat golongan muda untuk menyertainya.
Beliau berkata pihak penganjur sengaja menggunakan isu tertentu bagi menarik perhatian rakyat walaupun tahu perkara itu boleh dibincang di medan lain seperti Parlimen.
Dalam program itu, seorang pemanggil Abdullah Majid dari Selangor, yang mengakui dirinya penyokong pembangkang, meluahkan pandangan tidak bersetuju dengan penganjuran perhimpunan berkenaan.
Beliau berkata penganjuran perhimpunan itu seolah-olah mempunyai agenda demi kepentingan individu tertentu.
"Saya sensitif apabila mendengar mengenai perhimpunan ini. Jika mereka (penganjur) kata mereka ada hak untuk berhimpun, bagaimana pula dengan hak majoriti rakyat lain yang tidak mahu perhimpunan ini diadakan?" soalnya.
- Bernama

ISMA: Peningkatan kos memang salah Umno
Timbalan
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya membidas
kenyataan Ketua Umno Teluk Kemang Tan Sri Isa Samad yang menyarankan
rakyat agar tidak menyalahkan Umno berhubung kenaikan harga barangan
keperluan serta kos sara hidup.
Pemimpin NGO itu berkata, kenyataan Isa tersebut menunjukkan pemimpin Umno sudah jauh daripada realiti hidup masyarakat.
“Alasan yang diberi Tan Sri Isa dilihat cuba mempelekehkan minda rakyat seolah-olah rakyat masih hidup di zaman 70-an yang tidak mempunyai sebarang akses maklumat,” kata Aminuddin Yahaya.
Isa yang juga pengerusi Felda kelmarin dilaporkan berkata, rakyat tidak harus menuding jari kepada Umno mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup kerana ia tidak dapat dielak oleh mana-mana kerajaan.
Malah, katanya, rakyat perlu memahami dan menerima perubahan situasi tersebut dari semasa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu.
Sambil menyeru orang ramai tidak emosional, Isa berkata, dengan memarahi Umno sekali pu, harga barang dan kos hidup tetap tidak akan turun.
'Utamakan rakyat, bukan kroni'
Dalam kenyataannya hari ini, Aminuddin (kiri) berkata, ucapan wakil rakyat BN itu pada Isnin lalu seolah-olah memperlekehkan minda rakyat yang bukan lagi hidup dalam zaman 70-an dan tidak berinformasi.
"Walhal kewajipan pemimpin untuk menjaga kebajikan rakyat.
“Jadi mana mungkin kalau dikatakan Umno (selaku parti utama pemerintah) tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan isu kenaikan kos sara hidup,” katanya.
Aminuddin berkata, Umno terlibat menentu dan menjalankan dasar negara dan sehubungan itu mereka tidak boleh mengelak daripada dipertanggungjawabkan.
Katanya, walaupun kenaikan tersebut tidak boleh dielakkan, kerajaan perlu bijak melakukan keseimbangan penyelarasan kenaikan gaji kerana ia menekan rakyat pelbagai lapisan masyarakat.
ISMA juga menyeru pemimpin Umno dan kerajaan BN agar lebih bertanggungjawab dan memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat daripada syarikat-syarikat kroni ini.

Genap 9 tahun tsunami, ingatan masih segar
Hari
ini, genap sembilan tahun bencana tsunami melanda rantau ini dan
tragedi itu masih segar dalam ingatan penduduk kampung di sekitar Kota
Kuala Muda di sini, malah kesannya juga masih jelas kelihatan sehingga
sekarang.
Tinjauan Bernama di Pantai Merdeka mendapati bencana itu membawa banyak perubahan terhadap penempatan dan corak kehidupan penduduk setempat. Penduduk mangsa tsunami mendirikan rumah lebih jauh dari pesisir pantai.
Selain arca timbunan bot yang dibina di simpang laluan utama ke kawasan itu, deretan rumah yang musnah akibat ombak tsunami dikelilingi pagar dibina khas pihak berkuasa tempatan (PBT).
Seorang penduduk Kampung Tepi Sungai, Mansor Morad, 66, berkata rumahnya yang terletak berhampiran pantai juga tidak terlepas daripada dibadai ombak tsunami, namun dia bersyukur kerana rumahnya tidak musnah sepenuhnya.
Mengimbas kembali tragedi itu, Mansor berkata dia bersama keluarganya serta jiran berkumpul di atas tembok batu untuk melihat fenomena aneh di pantai itu selepas mereka mendengar bunyi kuat seperti angin kapal terbang datang dari arah laut.
"Laut bukanlah asing bagi nelayan seperti saya namun kejadian itu membuatkan bulu roma saya 'terpacak'. Ombak pertama datang terlalu cepat menyebabkan kami lari lintang-pukang, datang pula ombak kedua yang lebih tinggi memusnahkan banyak rumah dan menyebabkan lebih 10 orang penduduk di kampung ini maut.
"Ketika itu kami hanya fikir untuk menyelamatkan diri, mujurlah sebelum itu saya tergerak hati untuk menyimpan dokumen penting di dalam poket baju Melayu yang disangkut di tingkat atas rumah. Barang dan peralatan di tingkat bawah memang musnah semua," katanya.
Sementara itu, peniaga kedai makan, Akmal Marzuki, 28, berkata sewaktu tsunami 2004 melanda, dia yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Langkawi, pulang ke kampung untuk cuti semester.
"Kebetulan hari itu, kedua ibu bapa pergi ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan tinggal saya dan adik, Mohd Noor Azmeer (21 tahun) di rumah.
Semasa kejadian itu, pukul 1 tengah hari saya berada di rumah kenduri dan selepas ombak pertama membadai, saya bergegas pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatan adik saya.
"Rupanya dia berada di pekan dan sejurus selepas saya meninggalkan rumah, ombak kedua datang dan rumah kedai kami musnah dihanyutkan air berlumpur. Tidak ada apa yang sempat diselamatkan.
Hanya peti ais sahaja yang ditemui semula dan masih digunakan sehingga kini," katanya yang mendirikan semula kedai di lokasi sama tidak lama selepas kejadian itu.
Bagi Yusoff Yahya, 72, dari Kampung Masjid pula, dia trauma setelah hampir dihanyutkan ombak tsunami namun bersyukur kerana usianya masih panjang dan terselamat daripada musibah kerana sempat berpaut pada pohon mempelam berhampiran rumahnya.
"Dua lagi saudara turut berpaut pada saya ketika itu, saya peluk pokok itu dengan kuat agar tidak terlepas. Rumah saya tidak terjejas teruk namun peristiwa itu akan saya kenang sampai bila-bila. Seminggu kami tidak dapat tidur lena.
"Namun kini saya gembira kerana banyak perubahan dilakukan dari segi keselamatan termasuk sistem penggera yang dipasang untuk memberi amaran tsunami kepada penduduk," katanya.
Yusoff berkata pada hari kejadian, tiada sebarang perubahan cuaca malah banjir teruk juga tidak pernah terjadi, namun peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya dan berharap ia tidak berulang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan