Jumaat, 13 Disember 2013

DARI FACE BOOK KE BLOG AGAR INGATAN NI BOLEH DIULANG2.....SEBAGAI PERINGATAN

jangan melawan guru...tidak berterima kasih kepadanya....serta tak hormat malah mungkin ada yang mencerca guru

hadis ni sahih lagi jelas...jadilah kita pengajar ilmu jika mampu...jika tak mampu maka jadilah pelajar@orang yang menuntut ilmu....tak juga mampu....jadilah orang yang suka majlis2 ilmu agama atau suka kepada orang yang pergi ke majlis ilmu....juga pengajar ilmu itu....jangan jadi orang keempat benci kepada pengajar ilmu....benci kepada penuntut ilmu dan benci kepada majlis2 ilmu...

rugi juga jika memberi komen tiada fakta hukum...tak berpandukan quran dan hadis...akal semata2...mengambar kurang sangat ilmu agama...nas guna quran dan hadis pun disangkal....kaedah mantik pun lemah...kita xtau ia bodoh...bila ia komen confirm ia memang bodoh@jahil agama
Cinta kepada Allah..
 
Hadis Keempat
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. " 
 syurga ni mahal...tiada ternilai...Allah masukkan ke syurga kerana rahmatNya....bukan kerana amalan...amalan2 hanya menentukan kedudukkan di syurga...maka orang2 terpilih saja mampu mendapatkannya....tips nya....tentu orang2 soleh@soleha serta mereka sentiasa mendekatkan dirinya dengan Allah swt
 jumaat memang penghulu hari...tapi jangan hari2 lain diabaikan....surau agak kosong dihari lain...mati bukan mesti hari jumaat...yang penting keikhlasan ibadah itu...bukan harapkan kelebihan saja...dalam tasauf ia dikira ibadah ahli saudagar...masa budak2 bolehlah...sebagai penggalak amal...rambut da putih...pipi dah kedut...kita harapkan rahmat Allah swt la....bukan cari kelebihan2 saja
 yang penting mencari keredaan serta kerahmatan Allah...bukan untuk disanjung2...bukan untuk pujian...dan bukan hendak nama akan disebut2 seluruh dunia
 moralnya...kita kena menuntut ilmu agama...kita ada kenderaan canggih2 untuk sampai ke majlis2 ilmu d masjid2@surau2...belajar free pulak tu...jalan2 terang benderang...jika lampu jalan xde....lampu kereta dan motor pun da terang...xpayah pakai touch light...nak beli pun boleh....d mydin murah je...surau2 la ni banyak berhawa dingin...jadi tepuk dada...tanya syaitan....syaitanlah yg menghalang2 serta menyibuk2kan kita
 sebab terasa diperolehi dengan usaha sendiri....kurang memahami hakikat@makrifat...kena sedar sumber dari Allah...kita sendiri Allah hidupkan...kalau xhidup@mati....bagaimana berusaha....dah mati orang hidup uruskan..kan kita ni lemah
sebab dah terlebih dari seorang terpelajar



"Sungguh, aku teringin menjadi seperti wanita TARIM."

Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama dan terdedah dengan ulama, majlis ilmu, maulid dan sebagainya. Sedari kecil mereka didik untuk membaca al-Qur’an oleh ibubapa mereka. Terdidik dengan akhlak yang mulia. Terjaga pergaulan mereka. Terpelihara aurat mereka. Bagi mereka setelah mencapai umur baligh, tempat mereka adalah di dalam rumah. Mereka tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja. Mereka dibesarkan dengan tidak mengenal muzik, tidak mengenal kebiadapan dan tidak kenal wajah orang fasiq. Perbualan mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan.

Apabila tiba saat yang sesuai untuk dinikah oleh walinya maka mereka dinikahkan pada pasangan yang sesuai. Pilihan keluarga, dan tanpa ada bantahan. Tanpa ada cinta atau ‘dating’ sebelumnya. Kebiasaannya mereka bernikah diusia yang masih muda, sekitar belasan tahun. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga. Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila barang keperluan asas atau harian, seperti beras susu dan sebagainya kehabisan, mereka tidak langsung memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu mungkin si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.


Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Si isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur harum wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah dikemas rapi, indah dan harum. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya kemas serapi mungkin. Kerana wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik serta menambahkan kasihsayang?

Si isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.

Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama. Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.

Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam rumah tangga nabawi yang payah untuk kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Tarim. Inilah keberkatan yang ada pada kota Tarim.


Di Tarim amat-amat sukar sekali untuk kaum perempuannya yang mendedahkan wajahnya di khalayak ramai hatta tatkala mereka bekerja di ladang atau mengembala kambing kawasan kering bukit-bukau sekalipun jauh dari pandangan kaum lelaki, mereka tetap berabaya dan berniqab/berpurdah hitam. Mereka dapat bertahan walaupun di dalam keadaan panas teriknya matahari di negeri Tarim/Hadhramaut yang terkenal dengan panasnya. Begitulah perempuan di Tarim. Kepanasan api neraka lebih mengerunkan mereka berbanding teriknya pancaran matahari. Dan kaum perempuan di Tarim hanya keluar andainya ada keperluan sahaja. Kalau ke pasar atau ke kedai ada mahram yang akan menemaninya atau mereka keluar secara bergerombolan. Maka terpeliharalah mereka dari sebarang fitnah. Tenang hati kita berada di sana.


Sememangnya kalau hendak menceritakan perihal penghuni kota Tarim, teramatlah banyaknya. Sesiapa yang ingin tahu sedikit daripada kisah masyarakat Tarim bolehlah dibaca dari sebuah buku berjudul Bidadari Bumi – 9 Kisah Wanita Sholehah karya Ustazah Halimah al-Aydrus. Atau kumpul duit, kemudian berziarahlah ke bumi Tarim untuk melihat dan merasainya sendiri.

Sumber dari : Ustaz Afdhalludin
— feeling subhanaAllah....

Tiada ulasan: