Khamis, 19 Disember 2013

AKHIR ZAMAN BERDAKWAH PERLU WANG/DUIT....SEGALA2 BERBAYAR....TERMASUK INTERNET...MODEM DAN SEWA BULANAN...BELUM YANG LAIN2...

سُوۡرَةُ الکافِرون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)
Surah Al-Kafiroon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6)
 

UniFi (HyppTv) Selalu Sangkut, Low Quality
Posted on Wednesday, December 18 @ 18:31:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu






Cuba tuan lihat penerimaan siaran Hypp TV dari Unifi. Kualiti siaran yang sangat rendah tapi caj bulanan yang amat tinggi. Tuan-tuan nilailah sendiri sebelum melanggan UniFi....Ini masih belum teruk. Kadang-kadang jem terus tak boleh tengok....

TOLONG FIKIR DUA KALI

ZulRosli


 Kenaikan tarif elektrik libatkan bil RM150 dan ke atas sahaja
Posted on Thursday, December 19 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa Januari ini, tidak akan menjejaskan pengguna biasa terutama yang mempunyai bil RM70 dan ke bawah sebulan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar) hari ini.

Beliau berkata kenaikan itu hanya memberi implikasi ke atas pengguna yang bil elektrik bulanannya RM150 dan ke atas sahaja.

"Tidak ada tambahan kalau kita kekalkan penggunaan elektrik seperti biasa. 

Mereka yang guna elektrik RM150 akan alami tambahan bayaran antara RM12 dan RM20 sebulan," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2013 di Dewan Negara hari ini.
Ahmad berkata semakan dengan rekod Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati kira-kira 70% daripada penggunanya tidak terlibat dengan kenaikan itu sebaliknya ia memberi kesan terhadap 30% pengguna yang terdiri daripada pihak industri.
Menurutnya kerajaan juga menanggung bil elektrik bagi lebih sejuta rumah rakyat miskin yang kosnya berjumlah kira-kira RM150 juta setahun.
Beliau turut memberitahu Dewan Negara bahawa Dasar Rasionalisasi Subsidi yang melibatkan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM24.8 bilion.
Penjimatan itu membolehkan kerajaan menggunakan wang berkenaan untuk melaksanakan pelbagai projek lain yang memanfaatkan rakyat termasuk membina balai raya dan universiti, katanya. - Bernama, 18 Disember, 2013.
sumber 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Thursday, December 19 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Jawapan Gred A Mat Sabu
Posted on Thursday, December 19 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"SINAR HARIAN: Ramai yang meletakkan persepsi apabila Tuan memilih mengagumi pemimpin yang berfahaman Syiah itu, bahawa Tuan juga sealiran dengan mereka. Adakah tuan rasa tercalar dengan dakwaan itu?

MAT SABU: Saya tidak kisah orang mahu burukkan nama saya. Tetapi hari ini apabila saya berdepan orang ramai, saya tidak nampak semakin buruk sebaliknya semakin ‘harum’.

Jika dahulu hanya segelintir sahaja yang datang bersalam dengan saya, tetapi hari ini ramai datang bersalam tidak kira Melayu, Cina, India, orang tua, muda budak kecil juga datang kepada saya. Saya berharap perjuangan untuk membawa Islam untuk semua yang cuba dibawakan akan berjaya. Sejauh mana berjaya atau tidak, saya cuba.

SINAR HARIAN: Boleh disimpulkan, bahawa mengagumi seseorang itu tidak semestinya terikut aliran yang dibawa pemimpin berkenaan, boleh tuan sahkan yang tuan berpegang teguh dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah?

MAT SABU: Ya, ya... ya saya Ahlul Sunnah.

SINAR HARIAN: Bagaimana ahli keluarga berhadapan dengan kontroversi ini termasuk yang terbaru, isu Syiah?

MAT SABU: Apabila timbul isu Syiah, media elektronik hentam saya di dalam berita mereka. Pada malam kejadian (7 Disember lalu) saya hubungi isteri saya kira-kira jam 11 malam. Dia sudah tidur.

Maknanya isteri saya tidak ambil kisah pun dan menganggap cerita yang berlaku pada suaminya sebagai siaran ulangan dan tidak susah hati dengan kontroversi itu.

sumber 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Thursday, December 19 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Barang naik: Angkara penasihat atau tanda lemahnya Najib?
Posted on Thursday, December 19 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berturut-turut sejak beberapa bulan lalu mula menimbulkan keresahan kepada rakyat. Setelah beberapa kenaikan berlaku, pertanyaan yang sering bermain di fikiran ialah, apakah lagi akan naik selepas ini?

Setelah kenaikan tarif letrik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014, kenaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 di beberapa lebuh raya bermula tarikh yang sama, mungkin adalah hadiah tahun baru paling menyedihkan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi, janji pengurangan tol antara bandar adalah antara janji BN yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Dengan pengumuman kenaikan tol semalam bermakna kerajaan ‘membakulsampahkan’ janjinya sendiri kepada rakyat sehingga dilaporkan kandungan manifesto itu sudah pun dipadamkan daripada laman web BN. Ia menunjukkan satu lagi bukti janji dicapati, bukannya ditepati.
Sebelum ini, walaupun hanya mencapai kemenangan paling buruk dalam sejarah BN, kerajaan juga sudah mengumumkan kenaikan harga minyak, penghapusan subsidi gula, kenaikan cukai pintu DBKL dan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada April 2015.
Dengan segala kenaikan yang dilakukan kerajaan itu, semua kos kehidupan kini sudah meningkat dan rakyat mempunyai semakin kurang wang dalam poket masing-masing.
Keresahan rakyat terhadap kerajaan kini boleh didengari di mana-mana. Di dalam Umno dan kerajaan sendiri sudah mula kedengaran suara-suara yang semakin lantang menolak pelbagai kenaikan yang dilakukan oleh kerajaan ini. Pemuda Umno misalnya tidak berselindung lagi menyatakan rasa tidak senangnya dengan kenaikan yang bertalu-talu sejak kebelakangan ini dan akan membangkitkannya dalam mesyuarat Kabinet.
Blogger dan laman sosial pro Umno dan kerajaan juga mulai bersikap kiri dengan mengkritik pelbagai kenaikan yang berlaku sejak kebelakangan ini yang dianggap tidak sensitif terhadap kehidupan rakyat yang sudah sedia terhimpit kehidupannya. Lebih daripada itu, kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini juga seolah-olah menunjukkan kerajaan tidak mengenang budi pengundi luar bandar yang memenangkannya dalam pilihan raya lalu.
Bagaimanapun, bagi kebanyakan pemimpin Umno dan blogger pro kerajaan, mereka lebih banyak menyalahkan penasihat Najib dalam semua kenaikan yang berlaku ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala yang mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan atau Pemandu serta penasihat kanan Najib, Omar Ong adalah dua individu yang paling banyak dipersalahkan kerana mereka berdua yang dikatakan memberi nasihat mengenainya kepada Najib.
Kedua-dua mereka ini digambarkan sebagai orang paling berpengaruh kepada Najib dalam menentukan dasar kerajaan dan ekonomi negara. Idris dikatakan orang yang bertanggungjawab meyakinkan Najib untuk memperkenalkan cukai GST dengan menjadikan negara Greece yang muflis sebagai rujukannya.
Beliau juga merupakan nadi dalam pelbagai program transformasi yang diperkenalkan Najib serta di sebalik pengumuman pelaburan bernilai berbilion ringgit yang diperolehi kerajaan.
Omar Ong, selain penasihat kanan Najib dan Ahli Lembaga Pengarah Petronas, dikatakan memainkan peranan penting dalam penstrukturan harga minyak dan rasionalisasi subsidi yang sehingga ini  menyebabkan meningkatnya harga minyak dan gula. Kenaikan tarif eletrik juga dikatakan atas nasihat beliau sebagai salah satu cara menambah pendapatan negara.
Tersebar juga berita bahawa hasrat peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas adalah juga kerana kecewa dengan peranan Omar Ong yang terlalu berpengaruh dalam syarikat minyak itu sehingga dikatakan bekas PM itu tidak dapat berbuat banyak perkara, terutama berkaitan dengan usaha membantu usahawan Bumiputera.
Tetapi sejauh mana peranan dan pengaruh mereka ini kepada Najib tidak dapat dipastikan dengan tepat kebenarannya. Selain kedua-dua tidak pernah membuka mulut atau menafikan cakap-cakap orang ramai mengenainya, Najib juga turut berdiam diri dan tidak pernah bercakap tentangnya.
Tetapi setiap kali berlaku kenaikan yang dilakukan kerajaan, setiap kali itulah juga nama Idris dan Omar dikaitkan. Malah kalangan pemimpin kanan parti dan kerajaan juga turut menyebut mengenai perkara yang sama, seolah-olah merekah berdua inilah yang menentukan perjalanan serta hala tuju kerajaan.
Dan adalah mustahil Najib yang merupakan antara pemimpin dunia paling aktif dalam laman sosial tidak mengetahui langsung mengenai pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap Idris Jala dan Omar Ong itu kerana setiap kali berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan, pasti nama mereka itu disebut ramai.
Idris dan Omar juga mustahil tidak mengetahui langsung apa yang pemimpin Umno, blogger pro kerajaan dan orang ramai mengata mengenai diri mereka.
Oleh itu, sikap berdiam diri mereka ini agak misteri sifatnya. Ia mungkin bermakna benar mereka itu berpengaruh dalam menentukan dasar kerajaan yang diperkenalkan Najib atau mungkin juga semua kenaikan itu adalah kehendak Najib sendiri untuk menambah pendapatan dan mengurang hutang negara yang sudah pun mencecah 53.6 peratus daripada KDNK negara tetapi menjadikan Idris dan Omar sebagai kambing hitamnya.
Tetapi kalau pun Idris dan Omar begitu berpengaruh dalam merancang pelbagai dasar untuk kerajaan, Najib juga tidak seharusnya menerima bulat-bulat nasihat mereka itu, kecuali kalau perdana menteri sudah kena bomoh dengan mereka itu. Sebagai perdana menteri, Najib sebenarnya boleh menerima nasihat dan pandangan daripada sesiapa saja tetapi kata putus terpulang kepada beliau menentukannnya.
Dan sebagai perdana menteri yang memerlukan mandat rakyat setiap lima tahun, sebelum sesuatu keputusan dibuat, selain perlu juga menerima pandangan daripada menteri-menteri Kabinetnya, Najib juga perlu memikirkan soal kesejahteraan dan susah senang kehidupan rakyat. Tentulah tidak bermakna melaksanakan sesuatu yang kelihatan cantik daripada segi rekod ekonomi tetapi mengundang kemerosotan sokongan rakyat.
Menguruskan negara bukan seperti menguruskan syarikat perniagaan yang semata-mata berpaksikan keuntungan. Menguruskan negara adalah menguruskan kehidupan dan kesejahteraan rakyat dan faktor ini akan menjadi perkiraan paling penting setiap kali pilihan raya.
Kiranya benar semua kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini adalah angkara nasihat daripada penasihat kiri dan kanannya yang tidak pernah memikirkan soal beban hidup rakyat tetapi semata-mata kerana mahu melihat rekod ekonomi tertulis dengan pencapaian yang baik, tindakan Najib menerima bulat-bulat nasihat mereka tidak lebih menunjukkan kelemahannya sendiri.
Sama ada peranan penasihat ini dapat dibuktikan atau sebaliknya, beban pertanggungjawaban terhadap segala penderitaan dan kesusahan rakyat akibat pengenalan dasar baru atau kenaikan harga barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini adalah terletak dibahu Najib sepenuhnya.
Tiada orang lain yang boleh dipersalahkan dan Najib juga tidak boleh menyalahkan orang lain mengenainya. Najib pula mungkin berat untuk mengakui kesalahan dan kelemahannya, walaupun jauh di sudut hatinya beliau menyedari hakikat itu.
Oleh itu, kitalah sebagai rakyat dan pengundi yang perlu memberitahu Najib mengenai kesalahannya itu apabila tiba waktunya nanti. – shahbudindotcom.blogspot.com, 18 Disember, 2013.
sumber 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Thursday, December 19 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Kos sara hidup naik tanda negara berada di landasan salah, lapor kajian
Posted on Thursday, December 19 @ 02:19:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Rakyat menyifatkan kenaikkan kos sara hidup sebagai isyarat negara berada di landasan salah, menurut kajian terbaru Merdeka Center. Sebanyak 49% responden yang ditinjau bersetuju Malaysia berada di landasan salah berbanding 41% yang menyokong.

Daripada jumlah tersebut, 30% responden menyifatkan kenaikan harga minyak, inflasi dan kenaikkan kos sara adalah isyarat utama ke arah itu.

Sebanyak 35% masyarakat Melayu bersetuju, diikuti 78% masyarakat Cina dan 43% masyarakat India.
Indeks Harga Pengguna (CPI) pada bulan November 2013 meningkat kepada 2.9% selepas Jabatan Statistik mengeluarkan data terkini hari ini.
Kadar tersebut tertinggi sejak Disember 2011 dan selari dengan ramalan susulan pemotongan subsidi minyak yang diumumkan Putrajaya pada September lalu.
Kajian terkini tersebut dijalankan pada 4 hingga12 Disember baru-baru ini sebaik sahaja berakhir Perhimpunan Agung Umno 2013.
Bagi kajian bulan Disember 2013, sebanyak 1,005 pengundi berdaftar diambil sebagai sampel, 60% terdiri daripada masyarakat  Melayu, 31% Cina dan 9% adalah India.
Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis bersama-sama etnik, jantina dan negeri bagi tempat kediaman.
Kajian dilakukan menerusi temuduga perbualan telefon.
Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 lalu, pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengambil beberapa langkah pengukuhan defisit fiskal, antaranya mengumumkan pemotongan subsidi petrol sebanyak 20 sen, pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan tarif elektrik hampir 15% dan terbaru bakal menaikkan kadar tol di sekitar ibu kota dan Selangor.
Putrajaya juga mengumumkan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada tahun 2015 sebagai langkah mengelak  kebergantungan kepada pendapatan Petronas semata-mata.
Kadar hutang negara yang kini berada pada paras 53.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 43% pada 2008  dan semakin menghampiri 55%.
Najib bagaimanapun menyatakan komitmen kerajaan untuk mencapai sasaran defisit fiskal pada paras tiga peratus daripada KDNK  pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020 dengan usaha konsolidasi fiskal yang diambil pentadbirannya. – 18 Disember 2013.
sumber 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Thursday, December 19 @ 02:19:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Pemuda PAS WP Anjurkan Kempen Mengumpul 10k Bantah Kenaikan Tariff Elektrik
Posted on Wednesday, December 18 @ 17:35:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR, 18 Dis - Tindakan kerajaan Barisan Nasional menaikkan tariff elektrik bermula Januari 2014 ini mengundang pelbagai reaksi rakyat. Kenaikan tariff elektrik ini adalah di antara rangkaian kenaikan dalam masa terdekat ini yang membebankan rakyat.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah mengadakan satu siri Kempen Mengumpul 10K Tandatangan Membantah Kenaikan Tariff Elektrik. Kempen yang bermula  jam 5 petang semalam di LRT Sentul Timur ini telah mendapat sambutan dari kalangan warga kota. Sejumlah warga kota yang pulang menggunakan LRT telah sama-sama menurunkan tandatangan membantah kenaikan tariff elektrik ini.

Kempen bantahan ini turut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Sdr. Suhaizan Kaiat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin. Seramai lebih 20 orang pemuda PAS WP dan Kawasan Batu terlibat dalam kempen ini petang semalam.

Apa yang menarik, kempen yang berlangsung secara aman ini turut mendapat perhatian warga di sekeliling LRT tanpa mengira kaum. Malah, mereka bersama-sama turut membantu berkempen kepada warga kota yang lain supaya bersama-sama menurunkan tandatangan membantah kenaikan tariff elektrik ini.

Menurut Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin, kempen di LRT Sentul Timur ini adalah merupaan permulaan kepada siri-siri bantahan kenaikan yang membebankan rakyat. Selepas ini, tandatangan yang akan dikumpulkan ini akan diserahkan kepada pihak TNB sebagai simbolik bantahan rakyat Malaysia kepada kenaikan tariff elektrik yang membebankan ini.

Pada esok, 19 Disember akan diadakan satu lagi Kempen Mengumpul 10K Tandatangan Membantah Kenaikan Tariff Elektrik di LRT Universiti, Bangsar jam 5 petang.  Dijemput semua warga kota untuk sama-sama hadir menurunkan tandatangan membantah kenaikan tariff elektrik yang kian mencengkam rakyat Malaysia.

--
Yang Menjalankan Tugas
ZULKARNAIN BIN BORHAN
Setiausaha Kerja
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan



Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Posted on Wednesday, December 18 @ 17:29:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Contohnya;
i. MENYERTAKAN simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, POKOK KRISMAS dan sebagainya.


"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Wednesday, December 18 @ 17:29:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


 January 2014 agak pelik kali ini!
Posted on Wednesday, December 18 @ 17:27:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"January datang lagi, walaupun kita pejam mata ini dalam2, january pasti datang juga. Walaupun kita sibuk mana sekalipun, january pasti datang. Walau kita kaya ataupun kita masih kurang duit, january pasti datang.

Walupun kita masih belum renew roadtax kita yang mati bulan lepas,january tetap datang. Walaupun bonus belum dibayar oleh majikan kita, january pasti datang. Walaupun anak2 masih bermain dipadang permainan, january tetap datang. Walaupun ibu dikampong masih sakit dan memerlukan sedikit masa untuk dilawati, january tetap akan datang. Kenapa kau datang juga wahai january!!!!!!

Keluh kesah ibu bapa menempoh january 2014 ini. Keluh macamna sekalipun, january tetap datang juga. Mana mungkin untuk menahan masa dari tidak berputar hingga january 2014 tidak lagi datang buat selamanya.
ARGHHH!!! january, untuk bertemu dengan january 2014, sekurang2nya setiap keluarga memerlukan hampir rm1000/seorang anak yang bersekolah. Andai anak itu ada 5 orang, Manakan mampu ibubapa untuk menghadapi january ini. Aku juga lumpuh bila january semakin hampir. Pendapatan aku cuma tidak tetap, ada kala rm500, adakala rm1000, tapi selalunya rm200. Manakan aku mampu menghadapi january ini YaAllah.
Sedetik masa berputar, seringgit tidak lagi berharga. 8 jam kerja, pulangannya hanya rm39. Manakan mampu untuk membayar yuran anak2 ini yang mencecah rm1000. Selangkah kaki ini bergerak, secekak duit itu di lebur. Semuanya perlu dibayar kini. Wahai january, kenapa engkau terlalu mahal berbanding bulan yang lain. Kenapa menghadapi engkau memerlukan kos yang sangat tinggi.
YaAllah, berilah setitik dari 'lautan kekayaanMu' agar kami mempu menghadapi january yang kini dimuka pintu.. 
Susahnya hidup dibumi sendiri.
yang tersirat
md daud yusri fie alhutan melintangi


www.dadiydoo.com
mungkin video ini mampu merubah sedikit erti january nanti.
https://www.youtube.com/watch?v=gfdjU2hzOCg




"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
modayu
Posted on Wednesday, December 18 @ 17:27:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


 

Tiada ulasan: