Terpaksa mendayung guna tangan
MELAKA: Semua 13 anggota tentera dari Kem Sungai Udang, di sini yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki hilang akibat dipukul ribut di perairan Melaka kelmarin ditemui dalam keadaan selamat awal pagi tadi.
Semua 11 pelatih komando bersama dua jurulatih yang hilang lebih 28 jam itu ditemui orang awam terdampar di pesisir Pantai Puteri, di sini bersama bot yang dinaiki kira-kira jam 1.19 pagi.
Katanya, semua mangsa yang tidak mengalami kecederaan terbaring dalam keadaan keletihan dengan wajah yang kehitaman berhampiran bot mereka.
"Mereka menyatakan bot dinaiki mereka terbalik dan hanyut menghampiri perairan antarabangsa. Mereka kemudian terbalikkan bot dan cuba menghidupkan enjin tetapi gagal.
"Mereka memaklumkan terpaksa mendayung menggunakan tangan. Namun, apabila percubaan kali kedua menghidupkan enjin berjaya mereka memecut laju hingga ke pesisir pantai ini," katanya ketika ditemui di lokasi.
Semua mangsa dibawa ke Hospital Kem Terendak untuk rawatan kira-kira jam 1.40 pagi.
Bukan sekadar cinta monyet
Port Dickson: “Usia bukan ukuran untuk menentukan tahap kemampuan dan tanggungjawab saya untuk bergelar suami dan ketua keluarga. Restu keluarga dan sanak- saudara memberi kekuatan kepada saya.
“Saya akan buktikan bahawa walaupun masih belasan tahun, saya boleh menjadi suami terbaik untuk seorang isteri, sekali gus bakal menjadi ayah dalam sebuah keluarga yang bahagia,” kata pengantin ‘junior’ Muhamad Haikal Farith Mohd Shah yang memberi hantaran RM5,000 dan mas kahwin RM200.
Walaupun kisah kehancuran bahtera perkahwinan sepasang pengantin muda di Kedah yang berusia 13 dan 19 tahun sebelum ini menjadi topik hangat baru-baru ini, Muhamad Haikal tidak melihatnya sebagai suatu perkara yang menakutkan, malah mengambil kira kisah itu sebagai pengajaran berguna dalam mengharungi pahit manis berumah tangga.
MUHAMAD Haikal dinikahkan Rahim, semalam.
“Soal jodoh sudah ditentukan. Kegagalan orang lain bukan bererti kami juga akan gagal, tambahan pula perkahwinan saya ini mendapat restu dan doa keluarga kedua-dua pihak,” katanya.
Saya Tak Puas Hati Hantaran Kahwin Pak Cik!
Kehadapan Bakal Pak Mentua,Pak cik yang disayangi.
Kenapa hantaran Kahwin Pak cik letak tinggi sangat?
Pak
cik kena ingat,kenapa nak bayar lebih kalau pak cik dapat package untuk
transfer dosa anak pak cik direct terus kepada saya?Jangan jadi orang
yang hanya mengikut persekitaran sekeliling,tengok artis hantaran
kahwin mahal-mahal,nak ikut,tengok jiran Pah Bedah punya anak,hantaran
kahwin cecah RM12000, kena lebih nie,mana boleh sama nanti jatuh
standard mak cik dan pak cik.Padahal anak pak cik memasak pun tak
reti,ilmu agamanya pun masih lagi tunggang langgang.
Pak
cik kena ingat,walaupun anak pakcik lulusan doktor dari Russia atau
Ireland sekalipun,tapi kalau hari-hari melawan cakap mak bapak,dah tu
hari-hari kangkang tengok tv tak reti nak tolong memasak,apa gunanya
bayar mahal-mahal untuk hantaran kahwin,Esok-esok kahwin saya juga yang
nak kena beli nasi lauk mamak tiap-tiap hari bagi makan isteri,lama-lama
saya yang jatuh cinta dengan mamak.
Pak
cik kena faham,kita tak boleh ikut artis,kalaupun artis tu lawyer dan
pandai sekalipun,artis tu tetap bodoh dan jahil agama,sebab tu diorang
berebut-rebut nak letak hantaran yang tinggi,pak cik rasa berkat tak
kalau buat macam tu,artis bukan untuk dijadikan ikutan,artis adalah
bahan bakar api neraka,pak cik nak anak pak cik jadi bahan bakar?
Pak
cik kena tahu yang saya kelak akan mengambil alih untuk mendidik anak
pak cik,bukan senang nak ajar semua tu kalau pak cik dah abaikan
tanggungjawab pak cik sebagai seorang bapa kepada anak,tapi kalau pak
cik dah ajar anak pak cik ilmu agama,pandai memasak,baik sopan
santunnya,rajin mengemas dan sebagainya,saya mampu bayar RM15000 untuk
hantaran kahwin anak pakcik.
Yes,Pak
cik,berpatutan kalau kena pada gayanya dan kena pada ciri-ciri wanita
yang bakal menjadi isteri saya,jangan ingat perempuan yang keluar-keluar
ada degree,master,tambah-tambah yang ada keluar tu Doktor,Lawyer,mesti
nak letak beribu-ribu punya harga,pak cik ingat pak cik jual anak?Pak cik kena ingat,sebaik baik hantaran kahwin tu adalah hantaran kahwin yang paling murah.
Pak cik kena ingat,lepas jer saya cakap "Aku Terima Nikahnya" terus automatik segala
Pak cik kena ingat,lepas jer saya cakap "Aku Terima Nikahnya" terus automatik segala
dosa-dosa anak pakcik tu ditransfer kepada saya,pak cik tak rasa best ke kalau macam tu?
Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik jenis yang saya ketuk jer meja,terus sampai tanya "yea abang?nak makan apa abang?"
Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik jenis yang saya nak pergi kerja,semuanya dah tersiap dan sedia untuk saya.
Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik jenis yang memasak dan dapat menambat hati saya.
Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik seorang hafizah yang mampu bersama-sama didik anak-anak saya nanti.
Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik seorang yang sanggup sehidup semati dengan saya dan pandai menjaga maruah saya.
Yes,Pak cik saya sanggup bayar RM20000 sekalipun kalau semua tu ada pada bakal isteri saya.
Yes,Pak
cik takkan marah saya kalau pak cik faham semua yang anak pak cik buat
tu adalah pahala untuk dia ,anak pak cik comfirm-comfirm masuk ke syurga
kalau dia taat dan saya redha untuk dia,pak cik tak rasa best kah kalau
dia mendoakn untuk pak cik dan mak cik setiap hari?
Urusan berkahwin sepatutnya menjadi mudah dengan bantuan pak cik,bukan menjadi bebanan kepada saya dan anak pak cik nanti.
Urusan berkahwin sepatutnya menjadi mudah dengan bantuan pak cik,bukan menjadi bebanan kepada saya dan anak pak cik nanti.
Akhir sekali Pak Cik,kalau saya bagi hadis nie,pak cik rasa betul tak apa yang saya bebel kan dalam surat ni?
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )
Sekian Salam Sayang dari Bakal Menantu yang separuh mati kumpul duit nak kahwin.
p/s : Harap Pak cik jangan reject saya,kalau tak saya bawa lari anak pak cik kahwin lari di siam.
Yang Selalu Merindui pak cik dan anak pak cik
p/s/s : Surat ini hanyalah khayalan aku kepada Pak Mentua yang tak wujud lagi..hahaha
Tarikh: 29 Ogos 2013
Simpanan Tak Mencukupi, Teruskan Atau Tangguh?
Tarikh: 29 Ogos 2013
Permasalahan simpanan wang untuk majlis kahwin sememangnya sentiasa
menghantui bakal pengantin. Mungkin disebabkan kos hidup yang tinggi
membuatkan banyak wang dibelanjakan untuk barang makanan, membayar sewa
rumah dan pelbagai macam bil.
Adakah anda dalam dilema? Meneruskan atau menangguhkan tarikh majlis. Ini adalah keputusan yang berat untuk diputuskan. Semakin menambahkan beban apabila pasangan meminta untuk mengadakan majlis di dewan. Bukan murah tempahan dewan, bukan itu sahaja, tempahan katering juga sudah mencecah ribuan ringgit. Itu tidak termasuk lagi keperluan barang hantaran dan duit hantaran lainnya.
Berbalik kepada topik majlis kahwin, sejauh mana keinginan anda untuk meneruskan majlis kahwin itu sendiri? Mari kita kaji dan selidiki sedikit sebanyak maklumat yang terkandung di bawah ini. Bolehlah dijadikan panduan dan tip bagi bakal pasangan yang ingin berkahwin tidak lama lagi:
Sekiranya majlis diteruskan andai simpanan masih tidak mencukupi:
Majlis kahwin yang semengnya diiringi dengan senyuman manis pasti tidak mahu diakhiri dengan senyuman mencuka tanpa pelamin. Gunakan amalan bermesyuarat atau ‘syura’ dalam perancangan perkahwinan anda.
Firman Allah:
“…dan bermesyuaratlah dengan mereka (keluarga pihak perempuan), dan apabila telah berazam, bertawakallah kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal” (Ali Imran: 159)
Sesungguhnya Islam tidak menganjurkan untuk mengadakan majlis kahwin secara besar-besaran, cukuplah sekadar bersederhana dalam segala aspek. Keberkatan akan diperolehi dalam majlis yang sederhana ini.
Firman Allah:
“…dan jangan kamu membazir, sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.” (al A’raf: 17)
Sekiranya majlis ditangguhkan andai simpanan masih tidak mencukupi:
Perlu diingat bahawa majlis perkahwinan tidak perlu dilakukan dengan cara pembaziran. Sesungguhnya, majlis yang diadakan secara berlebih-lebihan sehingga melebihi kemampuan anda sendiri, dengan berhutang akan menyusahkan anda di kemudian harinya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya.” (Riwayat Ahmad)
sumber gambar : internet
“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
dan janganlah memakai pada jari
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
HARAM rupanya…
Patutlah mata dan kepala saya nampak serabut bila nampak pengantin pakai inai mcm ni…Allah nak bgtahu sesuatu rupanya..
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk
awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai
inai, pakailah betul-betul hujung jari”
Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk
(menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan
wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan
tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan
(alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Adakah anda dalam dilema? Meneruskan atau menangguhkan tarikh majlis. Ini adalah keputusan yang berat untuk diputuskan. Semakin menambahkan beban apabila pasangan meminta untuk mengadakan majlis di dewan. Bukan murah tempahan dewan, bukan itu sahaja, tempahan katering juga sudah mencecah ribuan ringgit. Itu tidak termasuk lagi keperluan barang hantaran dan duit hantaran lainnya.
Berbalik kepada topik majlis kahwin, sejauh mana keinginan anda untuk meneruskan majlis kahwin itu sendiri? Mari kita kaji dan selidiki sedikit sebanyak maklumat yang terkandung di bawah ini. Bolehlah dijadikan panduan dan tip bagi bakal pasangan yang ingin berkahwin tidak lama lagi:
Sekiranya majlis diteruskan andai simpanan masih tidak mencukupi:
1) Berterus terang dengan pasangan dan berbincang dalam mencari jalan penyelesaian terbaik.
2) Bertindak cepat dengan memberitahu ahli keluarga agar tidak berlaku permusuhan di akhir majlis.
3) Membeli barang hantaran sendiri dengan harga yang berpatutan
dan menggubah hantaran dengan bantuan saudara-mara terdekat.
4) Memasak hidangan tetamu dengan bantuan gotong royong masyarakat
luar seperti di kampung. Ini dapat menjimatkan kos dan masalah tidak
cukup makanan tidak menjadi perbualan.
5) Tiada masalah sekiranya anda tidak mahu mengadakan majlis
persandingan. Tiada wang yang diperlukan untuk menyewa kerusi, latar dan
dinding pelamin yang mencecah ribuan ringgit.
6) Pemberian bunga telur boleh digantikan dengan gubahan barang kitar semula hasil seni tanganmu.
Majlis kahwin yang semengnya diiringi dengan senyuman manis pasti tidak mahu diakhiri dengan senyuman mencuka tanpa pelamin. Gunakan amalan bermesyuarat atau ‘syura’ dalam perancangan perkahwinan anda.
Firman Allah:
“…dan bermesyuaratlah dengan mereka (keluarga pihak perempuan), dan apabila telah berazam, bertawakallah kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal” (Ali Imran: 159)
Sesungguhnya Islam tidak menganjurkan untuk mengadakan majlis kahwin secara besar-besaran, cukuplah sekadar bersederhana dalam segala aspek. Keberkatan akan diperolehi dalam majlis yang sederhana ini.
Firman Allah:
“…dan jangan kamu membazir, sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.” (al A’raf: 17)
Sekiranya majlis ditangguhkan andai simpanan masih tidak mencukupi:
1) Berjimat cermat dengan membuat simpanan di bank dan berjimat dalam berbelanja.
2) Memberitahu cepat ahli keluarga tahap kemampuan anda dengan harga hantaran yang ditetapkan.
3) Meneliti harga barang hantaran, katering, tempahan baju dan
membezakan di banyak kedai. Pilihlah kedai yang boleh menjimatkan anda.
4) Bersedia untuk menempah katering yang tidak terlalu mahal dan
mengikut kemampuan anda di masa akan datang. Pastikan selepas
persandingan, anda mempunyai simpanan yang banyak untuk anda berdua
memulakan kehidupan.
5) Menempah pelamin yang berharga murah atau mengikut pakej yang
berpatutan sekiranya anda menginginkan majlis persandingan bersama
pasangan.
6) Membeli gubahan bunga telur yang berharga murah dan tidak terlalu mahal.
Perlu diingat bahawa majlis perkahwinan tidak perlu dilakukan dengan cara pembaziran. Sesungguhnya, majlis yang diadakan secara berlebih-lebihan sehingga melebihi kemampuan anda sendiri, dengan berhutang akan menyusahkan anda di kemudian harinya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya.” (Riwayat Ahmad)
sumber gambar : internet
Pemakaian Cincin Mengikut Islam
“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
- 1] jari manis
- 2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
- 1] jari tengah
- 2] jari telunjuk
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”
Nasir Sahlan shared Wazir TokeyEmas PG's photo.
HARAM rupanya…
Patutlah mata dan kepala saya nampak serabut bila nampak pengantin pakai inai mcm ni…Allah nak bgtahu sesuatu rupanya..
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk
awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai
inai, pakailah betul-betul hujung jari”
Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk
(menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan
wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan
tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan
(alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)Pelacur ‘cilik’ banjiri Sao Paulo
Menurut siasatan media kadang-kadang ada bas dipenuhi kanak-kanak dilihat memasuki bandar raya Sao Paolo dipercayai untuk dijadikan pelacur.
Setiausaha Kehakiman Sao Paulo, Eloisa de Sousa Arruda berkata, kerajaan memang bimbang dengan keadaan itu.
POLIANA menunjukkan bilik tempat dia melayan pelanggannya.
Katanya, remaja perempuan dari Congo dan Somalia turut dikesan tiba lapangan terbang antarabangsa di Sao Paulo.
“Dipercayai mereka dibawa ke sini oleh sindiket mafia Russia,” katanya.
Menurut Eloisa kerajaan bimbang kanak-kanak terbabit sebahagian daripada ‘tsunami’ pelacur dikuasai kumpulan dadah, rangkaian pemerdagangan manusia, malah mafia Rusia.
Katanya, mereka menyasarkan pengunjung asing yang bakal datang ke Brazil untuk menyaksikan pertandingan bola sepak Piala Dunia Jun depan.
“Kekurangan sokongan politik juga menyukarkan perbuatan itu dibendung, malah remaja terbabit mencari pelanggan tanpa berselindung walaupun ketika itu ada polis membuat rondaan,” katanya.
Siasatan media mendapati pelanggan biasanya dibawa ke hotel murah atau ke bilik tidur mereka di kawasan miskin yang digelar favela.
Sementara itu penduduk setempat berkata, ramai gadis mereka dipaksa melacur oleh kumpulan penjenayah.
Seorang daripada pelacur itu, Poliana, 14, berkata, dia menjual tubuh ketika pekerja pembinaan berehat pada waktu makan tengah hari.
Caj yang dikenakan kadang-kadang serendah RM13.
Poliana - yang kelihatan seperti gadis biasa, kecuali perutnya yang hamil - berkata kebanyakan pelanggannya terdiri daripada buruh binaan Arena Corinthians.
“Saya mula melacur pada malam kematian ibu saya.
“Memang sebelum itu saya ada memikirkan melakukannya, tetapi apabila ibu mati saya hilang arah.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk mencari nafkah lalu saya terus ke stadium mencari lelaki yang mahukan seks,” katanya.
Menurutnya, ramai lagi gadis dari kawasan miskin turut melacur, malah ada yang baru berusia 11 tahun.
“Selalunya saya yang paling tua. Bila Piala Dunia bermula, ramai lagi yang akan datang.
“Semua menganggap mampu membuat duit lebih dengan begitu ramai pelancong,” katanya.
Seorang lagi remaja, Thais, 16, yang juga penagih dadah berkata, dia mengenakan bayaran antara RM20 dan mampu melayan sehingga 15 pelanggan sehari.
“Hampir semua pelanggan saya buruh binaan.
“Pelanggan tiada masalah membuat bayaran, tetapi kadangkala mereka melayan saya dengan teruk.
“Apa boleh saya buat? Ibu bapa saya sudah meninggal dunia dan saya perlukan wang,” katanya.
Menurut siasatan Majlis Bandar Raya Sao Paulo, buruh binaan di stadium itu ditemui bapa ayam yang menawarkan khidmat seks dengan gadis muda.
Malah, 57 peratus daripada pekerja ditemui mengakui pernah menggunakan khidmat pelacuran kanak-kanak.- Agensi
Jual isteri, motosikal
Hanya dikenali sebagai Bob, dia dilaporkan dimarahi isterinya kerana memberi terlalu banyak perhatian kepada motosikal.
Bob kemudian mengiklankan motosikal dan isterinya untuk dijual.
ISTERI Bob berdiri di sebelah motosikal kesayangannya.
Kata Bob, motosikal Sportster 2006 XL1200L miliknya masih dalam keadaan baik, manakala isterinya ialah “model 1959” yang juga masih berkeadaan baik walaupun agak berusia.
Gambar motosikal dan isteri Bob turut dipaparkan di laman sesawang itu.
Wanita terbabit dilihat tersenyum di sebelah kenderaan itu dengan memakai kot mewah.
Bob membuat tawaran AS$5,900 (RM19,000) untuk pembida berminat. - Agensi
Orang pertama bantu mangsa kemalangan
Kuala Lumpur: Beratus-ratus mayat pernah dikeluarkannya daripada kenderaan yang terbabit kemalangan. Ada yang terputus anggota badan, mayat hancur dan pelbagai lagi menjadi pengalaman ngeri yang terpaksa diharungi ketika dia menjadi pemandu trak tunda.
Kini memiliki syarikat trak tunda dan alat ganti kenderaan, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Along, 40, berkata, sepanjang 15 tahun membawa trak tunda, menjadi tanggungjawabnya membantu mengeluarkan mangsa kemalangan.
“Dulu sebelum membuka perniagaan ini, saya juga memandu trak tunda.
Beratus-ratus kemalangan berlaku sepanjang laluan terbabit dan boleh dikatakan saya sudah mengeluarkan beratus-ratus mayat yang terbabit dalam kemalangan maut.
“Bukan mahu bangga diri, tetapi itulah tugas sampingan kami.
TRAK tunda antara kenderaan pertama tiba di lokasi kemalangan.
Jika mahu mengharapkan polis dan ambulans, mungkin mereka lambat.
Jadi, selaku orang yang awal tiba, saya perlu menghulurkan bantuan dan cuba menyelamatkan mangsa yang terselamat.
“Saya tidak berniat mahu membuka aib sesiapa, tetapi keadaan mayat yang hancur, pecah kepala, terputus bahagian anggota badan, mati tersepit, malah sehingga ada mayat yang tidak boleh dikenali menjadi pemandangan biasa bagi saya,” katanya.
Along berkata, selaku pemandu trak tunda yang selalu tiba awal di tempat kemalangan, dia tidak boleh mengelak daripada menghulurkan bantuan.
Katanya, jika ada yang terselamat, dia akan cuba menyelamatkan nyawa mangsa terlebih dulu.
Walaupun ramai yang memandang serong terhadap longkai, bagi Along pandangan negatif itu seharusnya diubah.
Jangan kerana marahkan nyamuk, habis kelambu yang dibakar.
“Jika orang ramai ada pengalaman berhadapan dengan perangai tidak berhati perut segelintir longkai, jangan anggap semua seperti itu.
Tidak dinafikan ada segelintir yang berperangai samseng tetapi ia hanya sebilangan kecil saja.
“Sudah menjadi rezeki kami kalau ada kemalangan.
Tetapi saya tidak meminta perkara itu berlaku.
Selain menawarkan perkhidmatan menunda kereta, saya juga menjadi orang pertama membantu mereka yang terbabit dalam kemalangan walaupun mereka tidak menggunakan perkhidmatan yang saya tawarkan atau tidak dibayar.
“Sebagai orang Islam, sudah menjadi kewajipan untuk kami membantu mereka.
Semua itu ikhlas dan saya tidak meminta sebarang balasan,” katanya.
Mengenai dakwaan sesetengah pemandu trak tunda meletakkan harga tidak munasabah terhadap pelanggannya, Along berkata, semua itu atas budi bicara pemandu dan pemilik kenderaan.
Kereta terbang junam gaung
REMBAU: Tindakan lima warga India beraksi ala filem Hollywood, 'Fast And Furios' memakan diri apabila kesemua mereka terbunuh selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terjunam ke gaung sedalam 20 meter di Kilometer 240.6, lebuhraya PLUS arah selatan, dekat Plaza Tol Pedas/Linggi, kira-kira 4.30 petang.
Dalam kejadian itu, mangsa D Ponneri, 23; S Annand Meenakshi, 23; V Ragunathan, 28 dan S Karupannan, 29 mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta badan.
Bagaimanapun, rakan mereka, Vijay Khatik, parah namun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dekat sini, kira-kira 7 malam.
KEADAAN kereta Toyota Altis yang terjunam sedalam 20 meter.
Sumber polis berkata, lima mangsa terbabit dari Chennai, India, difahamkan melancong ke Singapura beberapa hari lalu sebelum bertindak memasuki negara ini dengan menaiki kereta jenis Toyota Altis bernombor pendaftaran negara itu (Singapura).
Katanya, selepas bersiar-siar dan membeli-belah di Kuala Lumpur, kesemua mereka dikatakan mahu pulang semula ke republik itu.
"Dalam perjalanan pulang, pemandunya dikatakan membawa laju kenderaan dipercayai 160 kilometer sejam sebelum kereta hilang kawalan di lokasi kejadian.
"Akibatnya kereta dipandu terbabas dan 'terbang' ke gaung seperti dalam aksi filem Hollywood, Fast and Furious," katanya.
Dua negeri, 16,214 keluarga
Mengikut rekod Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, jumlah mangsa keseluruhan di Pahang susut kepada 35,502 berbanding 40,399 yang dicatatkan pada awal pagi.
NUR
Aziemah Zainal, 14, termenung melihat keadaan banjir ketika berada di
pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Temai. Terdapat lebih 95
mangsa di pusat berkenaan. FOTO Mohd Rafi Mamat
KUANTAN
Mangsa: 29,379
Keluarga: 9,154
Pusat pemindahan: 42
Kampung: 30.
PEKAN
Mangsa: 3,286
Keluarga: 809
Pusat pemindahan: 31
Kampung: 53
MARAN
Mangsa: 933
Keluarga: 200
Pusat pemindahan: 22
Kampung: 22
ROMPIN
Mangsa: 35
Keluarga: 11
Pusat pemindahan: 2
Kampung: 2
JERANTUT
Mangsa: 570
keluarga: 129
Pusat pemindahan: 11
Kampung: 11
LIPIS
Mangsa: 49
Keluarga: 10
Pusat pemindahan: 4
Kampung: 2
TEMERLOH
Mangsa: 904
Keluarga: 224
Pusat pemindahan: 22
Kampung: 22
BERA
Mangsa: 196
Keluarga: 44
Pusat pemindahan: 7
Kampung: 7
RAUB
Mangsa: 150
Keluarga: 42
Pusat pemindahan: 10
Kampung: 10
JALAN DITUTUP
* KM72 Jalan Kuantan-Segamat
* KM28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan.
* Jalan Jerantut-Kuala Lipis (Kampung Sepial)
TERENGGANU mencatatkan penurunan sedikit jumlah mangsa banjir kepada 22,618 yang direkodkan pada sekitar 11 malam tadi, berbanding 22,800 pada kira-kira 5 petang.
Jumlah keluarga terbabit pula adalah 5,582 berbanding 5,637 yang kini ditempatkan di 48 pusat pemindahan seluruh Terengganu.
DUNGUN
Mangsa: 2,719
Keluarga: 672
Pusat pemindahan: 7
KEMAMAN:
Mangsa: 19,869
Keluarga 4,901
Pusat pemindahan 39
KUALA TERENGGANU:
Mangsa: 6
Keluarga: 1
Pusat pemindahan: 1
MARANG:
Mangsa: 23
Keluarga: 8
Pusat pemindahan:1
JALAN DITUTUP
* Jalan Mak Lagam- Cheneh, Kemaman (dibuka untuk kenderaan berat)
* Jalan Cukai-Air Putih (Kg Sungai Pinang), Kemaman
* Jalan Sulaimani (Jambatan Limbong), Kemaman
* Jalan Kuala Berang/Tanggol/Wakaf Tapai (jambatan Kuala Kejir), Hulu Terengganu
Keadaan banjir di KELANTAN semakin pulih pada sekitar 11 malam tadi, dengan hanya 139 mangsa daripada 66 keluarga di tempatkan di empat pusat pemindahan manakala tiada jalan ditutup.
PASIR MAS
Mangsa : 134
Keluarga : 65
Pusat pemindahan: 3
TUMPAT
Mangsa : 5
Keluarga : 1
Pusat pemindahan : 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan