Khamis, 12 Disember 2013

DUIT RM1.2 trilion INI AKAN MENJADIKAN BUKTI KERJA2 HARAM KITA....MENYEBABKAN KITA AKAN DISUMBAT KEDALAM NERAKA...KALAU NAK HALAL JENUH MOHON HALALKAN...SEBAB MELIBATKAN RAKYAT...ADA YANG DAH MATI PUN....RAKYAT PULA AKAN MENDAKWA DIAKHIRAT....LAH NI MEMANG TAK RASA APA2...BENDA GHAIB...KALAU SEMUA KEJAHATAN DIHUKUM DAN2 ITU JUGA...MAKA SEMUA JADI BAIK...IBLIS BERGULING2 DAN TERGOLEK KECEWA....FRUST MENONGGENG IBLIS


Salahuddin bergotong-royong mencuci perkakas dapur rumah mangsa banjir.
KEMAMAN: PAS di semua peringkat diarah menghantar sukarelawan bagi membantu membersih rumah mangsa banjir yang terjejas teruk khususnya di Kemaman dan Kuantan.

Bagi tujuan itu juga Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah melancarkan `Ops cuci' rumah mangsa banjir pada setiap minggu bermula hari Jumaat hingga Ahad.

Katanya, semua pimpinan PAS setiap kawasan dan negeri perlu mengambil peranan dengan mengarahkan ahli masing-masing untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Beliau berkata, bantuan daripada seluruh negara perlu dilakukan segera memandangkan Pahang dan Terengganu merupakan negeri yang dilanda banjir besar kali ini.

"Saya harap semua mangsa banjir bersabar dengan ujian Allah kerana ia akan mendapat ganjaran yang lebih besar, insyAllah," katanya.

Atas keprihatinan dan kesungguhan untuk membantu mangsa banjir beliau turut menyertai warga kerja Harakah yang sedang melakukan operasi membasuh pinggan mangkuk dan rumah Adun Chukai, YB Hanafiah Mat.

Sebelum itu beliau bersama Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Nawawi;  AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad serta wakil Harakah, Mokhtar Rozaidi membuang tilam-tilam yang telah rosak akibat terendam air banjir.

Turut membantu operasi membersihkan rumah AJK DMPP, Aida Yusof Rawa dan Ustazah Rosiah Salleh yang berada di kampung Batu Mentok dan Gong Pauh selama dua hari.

KOTA SAMARAHAN: Sudah menjadi kelaziman amalan berkhatan beramai-ramai diadakan pada musim cuti persekolahan hujung tahun terutamanya di kawasan luar bandar.

Bersempena cuti sekolah kali ini, Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia mengambil inisiatif mengadakan program khatan di pedalaman Sarawak, baru-baru ini.

Program yang diberi nama Sunathon ini melibatkan 44 peserta dari Kampung Senah Rayang, Padawan, Kota Samarahan.

Selain 33 kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun, lebih mencabar apabila turut terdapat peserta dewasa berumur 13 hingga 60 tahun yang baru memeluk Islam.

Seramai tiga doktor perubatan, dua pembantu perubatan, seorang jururawat dan tiga pelajar perubatan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) terlibat mengkhatankan mereka bermula dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang.

Sehari sebelum Sunathon, keseluruhan 26 peserta misi Muslim Care dari semenanjung dan Sarawak sudah berprogram bersama penduduk Kampung Senah Rayang yang rata-ratanya baru beberapa tahun memeluk Islam.

Menaiki Toyota Hiace dari Kuching, perjalanan ke kampung tersebut mengambil masa kira-kira satu setengah jam.

Raya penat, loya dan pening peserta misi akibat melalui jalan yang berbukit-bukau dan bengkak-bengkok hilang apabila kedatangan mereka disambut mesra oleh penduduk kampung yang diketuai Ustaz Amin yang merupakan kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak.

Misi kali ini turut mendapat kerjasama Unit Saudara Kita (USK), sebuah NGO yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Sarawak.

Bermula jam 9.30 pagi hingga jam 4 petang, penduduk kampung menerima perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan gigi kanak-kanak dan dewasa secara pecuma.

Selain itu, program Klinik Solat dan klinik Al-Fatihah melibatkan kanak-kanak turut diadakan.

Ketua Misi yang juga Exco Muslim Care, Dr Riduan Md Nor turut menyampaikan kuliah 'Islam Itu Indah' kepada penduduk kampung.

Misi kali ini turut disertai bekas pemain gitar bass XPDC, Zuar yang kini bergiat aktif sebagai sukarelawan Muslim Care.

Program berlangsung dalam suasana yang ceria dengan keletah kanak-kanak yang sangat cerdik dan cepat mesra dengan peserta misi dan ibu bapa yang ramah bercerita tentang kehidupan mereka di kampung.

Menurut Setiausaha 1 Muslim Care Malaysia, Abdul Razak Mohamed, program Sunathon merupakan program tahunan Muslim Care yang diadakan di Sabah dan Sarawak.

"Beliau berkata, program ini dapat memberi peluang kepada masyarakat di kawasan pedalaman untuk mengkhatankan anak-anak mereka tanpa perlu dibawa ke klinik atau hospital.

"Muslim Care mengambil inisiatif datang kepada penduduk kampung dan mengkhatankan anak-anak mereka tanpa mereka perlu bersusah-payah keluar untuk berkhatan.

"Program khatan kali ini agak mencabar kerana terdapat juga peserta dewasa yang baru memeluk Islam. Tetapi kami yakin dengan kebolehan doktor-doktor yang memang berpengalaman mengkhatankan orang.

"Di samping khatan, fokus kita sudah semestinya dakwah dan kebajikan kepada saudara baru mahupun yang sudah lama memeluk Islam," katanya.

Di samping itu, barang keperluan harian seperti beras, minyak, gula, dan lain-lain serta naskah kitab terjemahan Al-Quran turut diagihkan kepada penduduk kampung.

Muslim Care tidak lupakan mangsa banjir Pantai Timur

Sementara itu, Dr Riduan berkata, Muslim Care turut menghantar sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Katanya, walaupun Muslim Care memberi fokus kepada masyarakat di pedalaman Borneo, namun kesusahan masyarakat di semenanjung tetap diutamakan khususnya dalam musim tengkujuh ini.

"Kebetulan sewaktu misi kita ke Sarawak ini, berlaku banjir di Pantai Timur dan juga Johor. Misi ini diteruskan kerana kita sudah rancang awal.

"Tetapi tiada masalah kerana Muslim Care mempunyai sukarelawan yang ramai. Jadi beberapa sukarelawan turun membantu mangsa banjir," katanya.

Sukarelawan Muslim Care dipimpin oleh Naib Presidennya Zulkifli Nani telah menyelaras bantuan dengan NGO-NGO bantuan kemanusiaan yang lain bagi meringankan beban mangsa banjir.
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Dis ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

Dalam satu kenyataan di sini Khamis, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama.

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," menurut kenyataan itu.

Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. - Bernama

سُوۡرَةُ البَقَرَة
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓ (١) ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣)
Surah Al-Baqara
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3)
KUALA LUMPUR: Prestasi cemerlang Malaysia sebagai juara korupsi dunia diwajarkan dengan RM173.84 bilion (USD54.18 bilion) aliran keluar wang haram pada 2011, keempat paling teruk di dunia, kata Lim Guan Eng.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, bagi tahun tersebut, kedudukan Malaysia berada di belakang Rusia (USD191.14 bilion), China (USD151.35 bilion) dan India (USD84.94 bilion).

Katanya, menurut laporan pemerhati kewangan berpusat di Washington, Global Financial Integriti, walaupun populasi Malaysia kecil, ia memiliki aliran keluar wang haram yang lebih tinggi berbanding negara dengan populasi lebih besar di dunia antara tahun 2002-2011 dengan jumlah USD370.38 bilion.

“Jenayah, rasuah dan pengelakan cukai telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, dengan jumlah kerugian besar sebanyak RM1.2 trilion atau USD370.38 bilion dalam bentuk wang haram antara tahun 2002-2011, jelas sekali bahawa jumlah kerugian daripada wang haram ini adalah lebih besar daripada KDNK Malaysia untuk tahun ini mahupun tahun hadapan.

Menurutnya lagi, setiap negara di kedudukan 10 tertinggi dalam senarai terbabit mempunyai bilangan jumlah penduduk yang lebih ramai berbanding Malaysia.

Tambahnya, tidak dapat dinafikan bahawa secara perkapita, Malaysia muncul juara dunia dalam gejala rasuah dan mengesahkan gelaran yang diberikan Transparency International dan Wall Street Journal dalam jangka setahun yang lalu.

Justeru, ujarnya Kerajaan Barisan Nasional mesti mengambil tindakan ke atas penganugerahan gelaran yang begitu memalukan kepada negara ini dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab di atas skandal-skandal kewangan seperti skandal saham Bimputera bernilai RM52 bilion, di mana orang Melayu biasa terlepas peluang mendapatkan saham-saham ini yang barang kali ghaib ke tangan-tangan pemimpin BN.

Selain itu, katanya skandal RM14 bilion Port Klang Free Trade Zone serta pendedahan saban tahun pihak Ketua Audit Negara tentang kegagalan mengurus kewangan (yang melibatkan dana berjumlah RM6.5 bilion dalam tahun 2012).

“Sehingga ke hari ini, tidak ada seorang pun yang menerima sebarang hukuman,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Baginya, jelas sekali Bank Negara Malaysia (BNM) tidak efektif dan tidak cekap; malah langsung tidak bertanggungjawab dan lalai dalam menghentikan pengaliran keluar wang haram ini, walaupun telah mewujudkan jawatankuasa bertindak pada tahun 2010 untuk melaksanakan langkah-langkah bagi menghentikan aliran keluar wang haram.

Barangkali, katanya Malaysia harus mencontohi model British yang mewujudkan pendaftaran awam berpusat bagi maklumat pemilikan berfaedah korporat bagi menghentikan aliran wang haram.

 (Gambar) Punca Masjid Tidak Tenggelam Dalam Banjir Besar Di Kuantan Tersebar..

 Heboh diperkatakan di media sosial berkenaan masjid tidak tenggelam semasa banjir. Memang umat Islam wajib percaya setiap kejadian adalah atas ketentuan Allah SWT. Namun setiap kejadian ada penjelasannya dari segi naqli ataupun aqli.

Dalam pemerhatian Addin page FB artis terkenal seperti Siti Nurhaliza dan Izzue Islam juga publish gambar masjid ini.
Dalam kejadian banjir di Kuantan baru-baru sebuah masjid di Sungai Isap tidak tenggelam (gambar di atas) walaupun seluruh kawasan di sekitar ini ditenggelami air banjir.
Memandangkan masjid tersebut berdekatan dengan rumah keluarga Addin di Sungai Isap, jadi ianya menjadi tanggungjawab Addin untuk memberi pencerahan kepada warga cyber.
Baru-baru Addin  berkesempatan untuk balik ke Kuantan dan membantu keluarga yang diberi ujian oleh berhadapan dengan banjir besar ini. 

Gambar di bawah ini adalah Masjid Sungai Isap Damai yang tidak tenggelam yang sempat dirakam selepas kejadian banjir besar baru-baru ini.


Perhatikan ketinggian masjid ini, sebenarnya masjid ini dibina di atas tanah tambak yang tinggi.

Jadi.. inilah asbabnya atau sebab masjid itu tidak ditenggelami banjir. Moga pencerahan ini dapat merungkaikan kekeliruan yang berlaku. Wallahualam..
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli berkata, kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seperti yang dilaporkan media bahawa kerajaan sedang menimbang untuk menaikkan tambang pengangkutan awam mengesahkan lagi dakwaan beliau sebelum ini bahawa tahun 2014 bakal diingati sebagai Tahun Barang Naik (BN) 2014.

“Saya pernah memberi amaran bahawa Barisan Nasional merancang untuk menaikkan satu persatu harga perkhidmatan dan barang keperluan sepanjang tahun 2014 untuk memastikan kenaikan harga ini berlaku sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac 2015,” ujar Pengarah Strategi PKR itu dalam satu kenyataan.

Katanya, Barisan Nasional tahu bahawa pelaksanaan GST akan melonjakkan kadar inflasi, maka sukar untuk mereka menaikkan harga barang keperluan selepas pelaksanaan GST memandangkan pilihanraya umum perlu dipanggil sekitar 2017 atau 2018.

Beliau berkata, keputusan untuk menaikkan harga barang telah pun dibuat seawal tahun pertama Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam tahun 2009 lagi.

Malah sejak 2009, ujarnya Pemandu dan menteri yang bertanggungjawab, Datuk Seri Idris Jala secara terbuka membincangkan rancangan penarikan balik subsidi dari pelbagai sektor termasuk kadar pengurangannya sekali yang melibatkan kadar tol, harga gula dan makan, tarif elektrik dan lain-lain.

Katanya, kenaikan-kenaikan hanya tidak dilaksanakan kerana Barisan Nasional takutkan kemarahan rakyat mempengaruhi tahap sokongan PRU13.

Namun kini, ujar beliau selepas penyelewengan PRU13 yang mengembalikan Barisan Nasional ke Putrajaya, mereka mengambil kesempatan untuk mula melaksanakan keputusan-keputusan menaikkan harga barang yang telah dirancang selama ini.

“Pengumuman berturut-turut melibatkan kenaikan harga petrol/diesel, harga gula dan harga elektrik mengesahkan bahawa akan ada lagi kenaikan lain yang bakal diumumkan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Malangnya, tambah beliau kenaikan-kenaikan ini melibatkan barang dan perkhidmatan ruji (essential goods and services) yang membawa kesan berganda kepada harga-harga barang yang lain.

Menurutnya, peningkatan kos tenaga dan makanan utama bermakna kos pelbagai barang dan perkhidmatan lain yang berkait dengannya akan turut naik.

Katanya lagi, kesan berganda ini sudah tentu mempengaruhi kadar inflasi yang akhirnya menaikkan harga barang secara keseluruhan.

Beliau menambah, lebih memualkan ialah apabila sebarang penjimatan yang diperolehi Kerajaan Persekutuan dari kenaikan harga barang ini akan dibazirkan melalui pembaziran projek-projek besar dan pemberian BR1M yang tidak mengubah kedudukan sosio ekonomi golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, jumlah bantuan yang diberikan melalui BR1M, walaupun menelan hingga RM7 billion, tidak pun dapat membantu rakyat berhadapan dengan kenaikan harga yang berturut-turut ini.

“Oleh yang demikian, jika Barisan Nasional ingin membuktikan bahawa mereka tidak merancang untuk menaikkan harga barang satu persatu sepanjang tahun 2014 sebelum pelaksanaan GST seperti yang saya dakwa, saya mendesak Barisan Nasional membuat akujanji dengan rakyat bahawa tidak akan ada sebarang kenaikan tambang pengangkutan awam sehingga tahun 2017.

“Jika akujanji ini dibuat, saya bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Barisan Nasional kerana konsisten mengkritik cadangan mereka memotong subsidi dan menaikkan harga barang satu persatu dalam tahun 2014 ini,” ujarnya lagi.

MANTAN MUFTI PERLIS DR MAZA SUDAH MENJADI PENGKAGUM DAN PEMUJA KUAT UMNO???? ... PUJI MELANGIT KERAJAAN UMNO/BN 1M'SIA PIMPINAN NAJIB RAZAK????

Pergh!!!!! sungguh tidak Omak Kau sangka sama sekali ... walaupun rakyat semakin semakin dihimpit tercekik sukar nak bernafas dengan telatah dan gelagat kerajaan UMNO/BN 1M'sia slogan Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan dibawah pimpinan negarawana terulung seantaro dunia abad ini,  yang juga suami kepada Rosmah Mansor, Dato' Seri Mohd Najib b Tun Abd Razak, mendapat pujian sampai ke langit ketujuh dari mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tak caya? ... cuba baca apa yang dia tulis kat laman sosial Facebooknya ..

" TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN YANG TELAH MENZAHIRKAN KASIH, CINTA, MENJAGA SERTA MENDAHULUKAN KEPENTINGAN RAKYAT DENGAN KENAIKAN DI SANA SINI DEMI KESENANGAN KEHIDUPAN RAKYAT... RAKYAT BERTAMBAH BAHAGIA DAN SELESA HIDUP SEKARANG DAN AKAN DATANG DENGAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK, TAMBANG LRT, HARGA BARANG KEPERLUAN DAN LAIN-LAIN LAGI ... SEMUANYA UNTUK MENGELAK RAKYAT KENCING MANIS, KEMALANGAN JALANRAYA, TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK, TERJATUH LRT DAN LAIN-LAIN TUJUAN KESELAMATAN RAKYAT... SEMENTARA MEREKA YANG TIDAK MENDAPAT KASIH SAYANG KERAJAAN HANYA BOLEH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN NEGARA DENGAN BEGITU MEWAH SEPERTI PESAWAT NEGARA UNTUK HADIR KE FASHION SHOW DI LONDON DAN SEUMPAMANYA.. TERIMA KASIH KERAJAAN .. KAMI KASIH PADA MU DAN HARGAI PENGORBANAN MU"


# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
TOKYO:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pagi ini untuk lawatan kerja empat hari sempena Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun.
            
Beliau yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai jadual yang ketat semasa berada di sini, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada pukul 6.15 pagi waktu tempatan (5.15 waktu Malaysia).
            
Ketibaan mereka disambut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Shaharuddin Md. Som, Duta Jepun di Malaysia Shigeru Nakamura dan pegawai dari kedua-dua negara.
            
Ketibaan Perdana Menteri dan isteri di hotel penginapan mereka, New Otani Hotel pada 7 pagi iaitu kira-kira 30km dari lapangan terbang, disambut Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia Datuk Othman Hashim, pegawai-pegawai kedutaan serta pegawai kementerian.
            
Sementara itu, Najib memulakan lawatannya dengan mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatan beliau, Shinzo Abe di Sori Kantei, kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun di sini, sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan siding akhbar bersama dan diikuti majlis makan tengah hari. - Bernama

MENTERI SAHKAN UMNO/BN MAIN POLITIK KEJI SEBAB NAIKKAN HARGA BARANG!!!


Baru-baru ini bukan main berlagak celupar lagi Menteri Perdagangan dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek sifatkan dakwaan Pakatan Rakyat harga barang naik sebaik saja Barisan Nasional memenangi PRU 13 lalu sebagai tindakan politik keji .

Nah!! .. sekarang apa cite wahai Menteri Cap Ayam Togel!!!!!! .. Bukankah barang-barang keperluan termasuk petrol, diesel, ikan, ayam, daging sayur-sayuran, gula, tarif elektrik, tambang LRT dll.

Jadi siapa yang main politik keji ni ni Pak Hasan?

Jadi secara tidak langsung Menteri Cap Ayam Togel ini telah memperakui bahawa UMNO/BN adalah parti politik berpolitik secara keji dan jijik sekali.

Tiada ulasan: