Posted on Monday, December 02 @ 21:01:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"BERAKHIR sudah muktamar Pas ke-59. Saya teruja dengan pelawaan Presiden Pas mengajak Umno untuk bermuzakarah bagi melaksanakan hukum Islam, jika sekiranya Umno benar-benar ikhlas dan bersungguh.
Wahai Umno, sahut pelawaan tersebut. Panggil mesyuarat tergempar. Segera bincangkan agenda ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi. Tunjukkan kesungguhan.
Saya sangat ingin melihat Presiden Pas dan Umno duduk semeja. Tidak mengapalah kalau tidak bersetuju buat kali pertama. Tetapi duduklah dahulu, demi masa depan Islam tercinta.
Jika hukum Islam yang menjadi keutamaan, apa salahnya berbincang? Lagipun ia hukum ALLAH. Umat Islam berhak untuk mendapatkan haknya dalam negara kepunyaannya. Apakah itu salah dan tidak boleh dilaksanakan?
Presiden Pas menegaskan, Pas bersedia dengan barisan pakar untuk muzakarah itu seperti ulama, mahupun peguam. Umno pun tidak kurang dengan pakar-pakarnya. Apa lagi? Mulakan langkah pertama. Kalau tidak ada moderatornya, saya menawarkan diri.
Saya neutral, walaupun ultra kiasu menuduh saya tali barut Umno. Sejak bila saya masuk Umno dan Umno membayar saya? Hidup saya serba sederhana sebagai penjawat awam.
Inilah jahatnya tuduhan ultra kiasu untuk mematikan karakter seseorang yang mahu memastikan agama dan umatnya terdaulat. Saya tidak kisah, saya serahkan kepada ALLAH, walaupun diugut dan dihina. Selagi ALLAH ada, jangan sekali kita menyerah kalah.
Presiden Pas berkata, mereka telah berbincang dengan ultra kiasu, walaupun ditentang, tetapi dengan Umno masih belum. Pas mendakwa Umno paling kuat menentang Islam, bukannya DAP. Persoalan saya, sejak bila Umno menentang hukum ALLAH?
Alasan Pas, Umno tidak pernah menghadiri majlis penjelasan berkaitan hukum Islam walaupun dipelawa Pas. Wahai Pas, alasan ini bukan bermakna Umno menolak hukum ALLAH.
Wahai Umno buktikanlah, bahawa kamu tidak menentang Islam. Terus-terang saya katakan, banyak perkara telah dilakukan oleh Umno dalam meninggikan syiar Islam, cuma hukumNya sahaja masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Justeru, tunggu apa lagi!
Kata Presiden Pas lagi; “DAP memang tidak setuju dengan Islam. Kalau dia setuju, dia dah lama masuk Islam. Tapi DAP boleh dibawa berbincang walaupun tidak setuju. Pernah tahun 90-an kita adakan perbincangan mengenai hudud. DAP datang, persatuan Kristian, Buddha, Sikh datang, Umno yang tidak datang”.
Wahai umat Islam dalam Umno, Perdana Menteri telah menyambut seruan Pas. Yakinkanlah Perdana Menteri. Jangan terus membodek dia untuk menolak pelawaan ini.
Jika ditakdirkan, kalah pun dalam perbincangan. Yakinlah di mata ALLAH kita menang, kerana niat kita betul. Bincanglah apa yang betul, apa yang salah, daripada menuding jari siapa betul, siapa salah. Saya yakin, pasti ada titik pertemuan. Persetankan parti ultra kiasu kafir dan parti ultra kiasu Melayu. Sejak dahulu mereka tidak mahu kepada Islam.
Ambillah iktibar hati-hati datuk nenek-moyang Melayu Islam terdahulu? Hati mereka bersih. Sanggup mempertahankan nyawa, bergolok bergadai memastikan negara ini terus berdaulat hingga ke hari ini.
Pejuang seperti Tok Janggut, Dato Sagor, Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Abdul Rahman Limbong dan Mat Salleh berjuang tanpa kepentingan untuk kita hari ini. Kini, kita tidak dijajah lagi.
Jika masih buntu, marilah kita renungi bersama kata-kata Imam Al-Ghazali untuk beroleh petunjuk bagi memulakan langkah pertama. Semuanya bermula dengan membersihkan hati: “Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu ketika bangun membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH SWT, pinta hati yang baharu kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati.”
Inilah hati Melayu yang sebenar. Bebaskan dari dendam dan hasad dengki. Carilah hati itu. Mudah-mudahan Melayu dan Islam akan menjadi kuat. Sebagai mualaf, saya sentiasa berdoa mudah-mudahan umat Islam kembali sedar bahawa masa sudah terlalu suntuk.
Lakukanlah untuk generasi akan datang, meskipun kita tidak dapat merasainya hari ini. Perkara ini penting, sebelum kita hilang kuasa. Selamatkanlah umat Islam di bumi tercinta ini.
sumber
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Monday, December 02 @ 21:01:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
GANTI : Kenyataan Media Respon Perlantikan Pesuruhjaya PAS Negeri
Posted on Monday, December 02 @ 21:04:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Kenyataan Media.
Perlantikan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang baru adalah jawapan langsung kepada penyebar fitnah yang beria-ria sangat sekitar bulan lalu.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Pesuruhjaya PAS Negeri yang lalu yang juga sahabat dan jiran saya, YB Tuan Haji Abdul Wahid Endut yang telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dgn diterjemahkan dengan keputusan PRU13 lalu. Sesungguhnya jasa beliau tak terbilang perinya.
Tahniah YB Ustaz Saiful Bahri Mamat. Tenaga baru dari YB akan memaju derap kaki kita dgn lebih teguh ke sana. InsyaAllah rakyat teguh mendokong sama seperti kepimpinan YB Hj Wahid terdahulu.
RAPAT KAN SAF SEMUA, ALLAH CINTAKAN YANG BERJUANG DIJALANNYA DENGAN TERSUSUN SAF-SAFNYA DGN PIMPINAN IMAM YG SENTIASA MEMBERSIHKAN DIRI. Hayati:
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff 61:4)
Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
Blog : http://ganti-trg.blogspot.com
GANTI untuk lebih cemerlang. Yang berjasa dilupa jangan."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: kelate
Posted on Monday, December 02 @ 21:04:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
NGO GANTI - Gerakan Anak Terengganu Insaf ditubuh
Posted on Monday, December 02 @ 06:55:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"
~ Amar Makruf Nahi Mungkar ~
"Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104).
Adalah menjadi matlamat GANTI untuk Mengejutkan dan Menggerakkan Seluruh Rakyat Terengganu dari lena,cuai dan lalai yang berpanjangan.
1. Supaya menginsafi hal ehwal negeri yang sebenarnya dizalimi dan menanggung rugi oleh tindakan Persekutuan yang menganaktirikan pembangunan yang sepatutnya lebih layak ditumpukan di negeri ini yang lebih 90% Melayu/Islam serta sebagai penyumbang terbesar hasil petroleum negara.
2. Supaya rakyat menginsafi hal keadaan nasib rakyat yang dizalimi dan menanggung rugi serta teraniaya oleh tindakan mereka yang diamanahkan mentadbir negeri berupa penyelewengan, rasuah, ketidak adilan, diskriminasi berasaskan politik dan pengkhianatan terhadap Islam dan nilai-nilai mulia kehidupan beragama yg turut dikongsi bukan Islam yang menjadi kepada asas Rukun Negara.
3. . Supaya rakyat menginsafi masa depan agama, bangsa, negeri dan negara terletak pada kualiti pada masyarakat itu sendiri bersabit akhlak dan sakhsiah, disiplin diri, tahap keilmuan dan pendidikan dan pegangan agamayang berasaskan akidah keimanan yang betul dan yang teguh.
GANTI mengajak rakyat bersama dalam satu gerakan Amar Makruf Nahi Mungkar (Mengajak Melakukan Kebaikan dan Pembaikan, Dan Menentang serta Mencegah segala yang Buruk dan Keji) dan dalam masa yang sama menjalin persaudaraan sesama Islam, sesama rakyat termasuk non muslim yang juga mempunyai hak yang dilindungi perlembagaan negara dan prinsip Islam.
Maka adalah matlamat akhir GANTI supaya rakyat bersama: :
GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah.
GANTI yang khianat dengan yang amanah.
GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan.
GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji)
GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!
Borang keahlian boleh di dapati http://iluvurl.com/ganti"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: kelate
Posted on Monday, December 02 @ 06:55:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sultan Brunei Kawal Lalu Lintas Ketika Juru Iring Bermotosikalnya Terlibat Dalam Kemalangan Jalanraya!!!!
Posted on Monday, December 02 @ 12:20:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Omak Kau mendapat kiriman gambar yang menyatakan Sultan Brunei sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain.
Amat kagum dan hormat atas sikap yang di pamirkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Brunei .. ALLAHUAKHBAR!!!!
sumber : Omak Kau
Nahas Porsche: Paul Walker penumpang
Posted on Monday, December 02 @ 01:29:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
PELAKON Fast & Furious, Paul Walker yang meninggal dalam nahas kereta semalam disahkan bukan pemandu Porsche Carrera GT yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Perkara itu disahkan wakil Paul dalam satu kenyataan, lapor TMZ.
“Dia (Paul) adalah penumpang di dalam kereta milik kawannya itu di mana kedua-duanya meninggal dunia.
“Saksi di tempat kejadian menyangka kenderaan itu milik Paul namun telah disahkan ia bukan milik Paul,” katanya.
Tambahnya, “Paul menghadiri majlis amal untuk organisasinya, Reach Out Worldwide”.
Tengah hari semalam, kemalangan melibatkan satu kenderaan itu berlaku di Selatan California.
Pemandu hilang kawalan dan melanggar pokok kemudiannya kereta itu terbakar.
Punca utama kemalangan masih belum jelas namun pihak polis tidak menolak kelajuan menjadi punca utama.
Menurut rakaman video yang disiarkan TMZ, rakan-rakan dan pekerja-pekerja Paul cuba menyelamatkannya daripada terperangkap dalam kebakaran kereta tersebut namun gagal.
Paul turut disahkan berada di tempat duduk penumpang dan ketika mereka tiba di tempat kejadian, Paul berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Paul berusia 40 tahun dan meninggalkan anak perempuan berusia 15 tahun, Meadow.
Sinar Harian | 01 Dis 2013
Kabinet PAS 2013-2015. Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak dapat Pesuruhjaya baru
Posted on Monday, December 02 @ 02:35:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Mesyuarat JK PAS Pusat baru semalam (1/12/2013) telah membuat ketetapan bagi melengkapkan AJK PAS Pusat 2013-2015 ada seperti berikut:-
Setiausaha Agung : Haji Mustafa Ali (kekal)
Bendahari : Ahmad Yaakob
Ketua Penerangan : Haji Mahfuz Omar
Pengarah Pilihan Raya : Dr Hatta Mohd Ramli
(Pengarah PR termasuk dalam Dewan Harian mengikut perlembangaan PAS pindaan terbaru)
Iskandar Samad Pesurunjaya PAS Selangor. Rasanya Dr Rani menarik diri. Sebelum ini antara bulan jun - Julai 2013 Dr juga menyatakan maksud yang sama menarik diri melalui SMS kepada Presiden untuk tarik diri dan SMS kedua minta bersedia untuk kekal kalau diberi amanahkan. Ini berkaiatan isu Kota Damansara. Mungkin ini pertimbangan pertukaran pendapat saya.
Ust Mohamad Noor Mohamad (kekal) Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan. Pernah ada isu hilang pada 12 Februari 2013 selama seminggu. Tapi cerita ini kena tanya geng Wilayah.
Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (kekal) Pesuruhjaya Negeri Sembilan. Setelah mengambil alih daripada Zulkefly Mohamad Omar, Hj Taufek perlu memberikan fokus kepada PRU-13 dan 14, dimana pada PRU-13 sokongan Melayu merosot termasuk kalah pada kawasan yang telah memang.
Dato' Haji Ahmad Yaakob Pesuruhjaya PAS Kelantan menggantikan TG Nik Abdul Aziz. Satu pilihan terbaik dengan gerakerja yang baik setakat mengambil alih MB Kelantan. Seperti yang banyak kali TG Nik Abdul Aziz sebut beliau nak lepas jawatan tak nak ada 2 nahkoda dalam satu kapal akhirnya terjawab.
Adly Zahari (kekal) bekas pelajar UTM dan masih muda Pesuruhjaya PAS Melaka. Orang yang sangat agresif pernah bekerja sepenuh masa dengan PAS Terengganu. Mac 2013 pernah konraversi dalam kenyataan penyelewengan wang zakat Melaka dan beliau tegas dalam isu ini. Tahniah!
Ustaz Saiful Bahri Mamat (Nama sebenar rasanya Saitifu) Pesuruhjaya PAS Terengganu mengantikan Hj Wahid Endut yang diberita mengalami keuzuran. Muda macam Adly Zahari juga. Sangat agresif adalah Mudir Madrasah Darul Bayan Pinang Merah Paka.
Tuan Ibrahim Tuan Man kekal Pesuruhjaya PAS Pahang. Tak payah cerita semua orang tahu. Sangat baik dalam kerjasama dengan PR dan saya merasanya beliau boleh membawa Pahang lebih kedepan.
Haji Razman Zakaria bekas Timbalan mengambil alih Pesuruhjaya PAS Perak. PAS Perak macam PAS kelantan ada 'permainan di media sosial' siapa layak pesuruhjaya. Ada poll juga antara nama disebut ialah Ustaz Abu Bakar, Ir Hj Nizar Jamaludin, Idris Ahmad dan Mujahid Yusof Rawa.. tapi semua tak ternyata!
Haji Razman dilihat penyesai masalah di Perak dan boleh merapatkan saf untuk PRU-14
Tuan Haji Aminulhuda Hassan Persuruhjaya PAS Johor yang baru mengantikan Dr. Mahfuz Mohamed. Johor adalah negeri berpontesi untuk PAS tawan. Seperti Hj Mohamad Sabu sebut kena tawan Johor untuk mampuskan UMNO. Tn Haji Aminulhuda dijangka boleh mengerakkan PAS johor.
Ada lagi negeri lain seperti Sabah, Sarawak, Perlis masih kekal. Kedah pun kekal dengan hj Mahfuz Omar walaupun Hj Mahfuz diamanahkan sebagai Ketua Penerangan.
Pulau Pinang masih tak ada keputusan.
Yang menarik beri fokus ialah Kelantan, Terengganu, Selangor, Perak dan Johor. Akan menjadi perbahasan ialah Cikgu Pa masih SU. Macam dengan pelbagai isu yang sebelum ini?
Sempadan Semula: Rashid Sahkan SPR Jadi Alat UMNO
Posted on Monday, December 02 @ 01:09:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR 1 Dis: Kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa persempadanan semula pilihan raya ditentukan untuk mengekalkan kuasa Melayu bukti suruhanjaya itu cuma alat Umno BN, kata Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid.
“Umum tahu SPR sentiasa menjadi alat Umno untuk kekal berkuasa dan kenyataan Rashid itu mengukuhkan lagi pandangan rakyat. Ia juga membuktikan apa yang didedah Pakatan Rakyat mengenai komplot SPR selama ini adalah benar” katanya kepada Suara Keadilan.
Sehubungan itu, beliau menyokong desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos lalu agar tiada persempadanan semula dilakukan selagi anggota SPR tidak meletak jawatan.
“Anggota SPR sedia ada harus meletak jawatan dan pelantikan anggota baru harus terdiri dalam kalangan yang bebas dengan suruhanjaya itu wajar diletak bawah parlimen.
“Pemilihan anggota baru juga mesti melibatkan semua Ahli Parlimen termasuk Pakatan dan NGO yang pakar pilihan raya dan bersikap bebas,” katanya lagi.
Pada 25 November lalu, The Malaysia Insider melaporkan, Rashid berkata, tiga persempadanan semula semasa beliau menerajui SPR bertujuan mengekalkan kuasa Melayu.
Pada PRU 1999, Umno tewas sebahagian besar kerusi Melayu termasuk tumbang di Terengganu, hilang penguasaan 2/3 di Kedah dan pertama kali Presiden PAS ketika itu, Datuk Fadhil Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang dilihat menggugat kuasa Umno.
Oleh itu, persempadanan semula pada 2003 menyaksikan Umno BN menang besar lebih 90 peratus Parlimen pada PRU 2004.
Sementara pada 27 November lalu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui ketika menjawat Setiausaha SPR pada 2002, beliau hanya menurut arahan tujuh anggota suruhanjaya itu yang diketuai Rashid.
Manakala pada 8 Jun lalu, Wan Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi SPR berkata, persempadanan semula akan dibuat bermula hujung tahun ini.-KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan