Selasa, 3 Disember 2013

NAIK...DAN TERUS NAIK....AGAK2 APA YANG TURUN....RASA2 UMUR TURUN@TUA LAH....TENAGA MULA TURUN@TENAGA BERTAMBAH LEMAH

PEMILIHAN UMNO: Apa Komen Khairy?
Posted on Tuesday, December 03 @ 00:11:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kini menunggu komen Ketua Pergerakan Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan 'pemilihan semula' Pergerakan Wanita Umno Bahagian Gopeng setelah beliau turut memberikan komen terhadap pemilihan PAS yang dikatakan tidak mampu mengurus pemilihan parti.

Kini kami pula ingin melontar persoalan, pemilihan diperingkat bahagian pun Umno masih gagal mengendalikannya dengan terpaksa mengadakan pemilihan semula berikutan terdapat pengundi tidak layak pada pemilihan Oktober yang lalu.

Sungguh memalukan bagi Umno yang sudah sebulan lebih terpaksa mengadakan kembali pemilihan semula oleh Wanita Umno Gopeng yang memberikan kemenangan kepada Datuk Hamidah Osman baru-baru ini.

Tidak pula Khairy Jamaluddin berminat untuk mengaku bahawa pemilihan dalam Umno juga terdapat kelemahan di dalam memastikan yang benar-benar layak mengundi sebelum ini.

Jika pemilhan PAS berlaku kesilapan di dalam kertas undi dan Jawatankuasa Pemilihan mengaku akan kesilapan tersebut serta bersedia meletak jawatan atas rasa tanggungjawab, bagaimana di dalam pemilihan Umno?

Jelas pergolakan pemilihan Wanita Umno Gopeng berkaitan pengundi tidak layak mengundi tetapi diberikan juga mengundi dan lebih sebulan barulah arahan mengadakan semula pemilihan oleh Pejabat Agung Umno.

Dan kini timbul pula bantahan agar pemilihan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Gopeng turut diadakan semula dan sebelum ini terdapat bantahan daripada Ahli Pemuda Umno Ipoh Barat yang memboikot Mesyuarat Agung Pemilihan Pemuda Umno Ipoh Barat pada bulan Oktober yang lalu.

Kita semua tunggu respon dan komen daripada Khairy Jamaluddin yang lantang berkata-kata!

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Facebook


 Tolonglah Umno, kerana ia zalim
Posted on Monday, December 02 @ 23:48:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"kambing dan serigala

Isu ustaz Kazim dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno agak luas dibincangkan. Secara ringkas, beberapa kesimpulan yang boleh dibuat ialah:

1. Umno ketandusan tokoh agama untuk ditonjolkan sehingga sanggup kutip dari mana ditemui.

2. Istiqamah dalam perjuangan Islam bukanlah satu perkara mudah. Ia adalah prinsip penting yang sentiasa diingatkan oleh Allah dalam al-Quran, Nabi SAW dalam hadisnya dan para salafussoleh dalam ucapan masing-masing.

3. ‘Kambing yang keseorangan mudah dibaham serigala’. Itulah perumpamaan Nabi SAW supaya sentiasa bersama dalam aktiviti jemaah Islam seperti PAS ini. Kalau hanya mengaku ahli, sedangkan disiplin dan aktiviti parti tidak diikuti, nescaya ia akan memakan diri.

4. Ilmu agama tidaklah boleh diukur dengan hanya pandai berceramah sahaja. Ilmu sebenar ialah apabila diamalkan. Di antara ilmu itu ialah beramal dengan pesanan Nabi SAW: ‘Tolonglah saudara kamu samada dia zalim atau dizalimi.’ Para Sahabat berkata: ‘Menolong orang dizalimi itu kami faham. Tapi bagaimana pula menolong orang yang zalim?’ jawab Baginda SAW: “Kamu cegah dia dari kezalimannya.’ maksud hadis.

Umno parti zalim. Ia menindas rakyat dengan pelbagai tekanan ekonomi, pelbagai cukai tidak patuh syarak, pelbagai akta bercanggah dengan keadilan Islam, pelbagai hukum yang membelakangi hukum Allah, pelbagai bentuk pembaziran dan rasuah. Masih belum zalim lagikah? Cara menolong Umno ialah bukannya masuk ke dalam menganggotai Majlis Tertinggi Umno tetapi ‘mematikan’ Umno supaya kezalimannya dihilangkan. Itulah cara membantu Umno. Justeru, saya tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan: ‘Berilah peluang kepada mereka membetulkan Umno..’

Pengalaman sebelum ini telah menunjukkan orang agama sebenarnya tiada tempat dalam Umno. Kalaupun ada hanya layak membaca doa di hujung majlis yang kekadang ia adalah majlis mungkar sahaja. Kalau benar mereka mahu memerima teguran, Presiden PAS bersama ahli Parlimen PAS dan PR serta ADUN dalam Dewan Rakyat dan DUN telah ‘bersyarah’ dan menasihat panjang lebar bagaimana sepatutnya negara ini ditadbir dan diurus. Ada mereka peduli?

5. Kemasukan ustaz Kazim (jika berlaku) ke dalam Majlis Tertingg Umno akan menyebabkan sebahagian orang Melayu Islam terkeliru, lalu mereka berkata: ‘Lihat ustaz Kazim pun jadi ahli MT Umno’ lalu mereka melihat seolah-olah perjuangan PAS dan Umno sama sahaja sedangkan tidak sama antara permata dan kaca. Namun, berapa ramaikan dari masyarakat ini yang ‘jauhari’?

Saya ada melihat satu klip video ustaz Kazim berceramah mengulas isu kejahatan dan kebaikan pemerintah serta sokongan kepada kerajaan dan lain-lain, tetapi apa yang dapat saya rumuskan ialah hujahnya agak dangkal. Thats all.

Untuk ustaz Kazim, lu pikirlah sendiri."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ustaznik
Posted on Monday, December 02 @ 23:48:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Datuk Fauzi, Mu Tunggu Kami Datang
Posted on Monday, December 02 @ 22:56:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





"Saya masuk PAS cuma nak dekat dengan Allah, kini saya rasa tenang sangat" "saya tak nak apa dah dunia ni, nak siap untuk mati ja nih" itu lah kata-kata Datuk Fauzi yang selalu saya dengar.

Datuk seorang yang mudah mesra dgn orang ramai walaupun Datuk mantan pegawai tinggi PDRM tapi sifat rendah dirinya mengalahkan orang lain..

Yg menariknya, Datuk adalah orang baru dlm PAS Larut dan baru beberapa bulan bekerja sepenuh masa utk bawa misi PAS di tengah² masyarakat, tapi kerjanya macam dah berpuluh tahun dalam PAS.

“Dhaifnyaaa... tandas markaz ni, tolong buat kira tengok kos bina tandas dan bilik air baru“ Prihatin sungguh Datuk ni, tergambar pada riak wajahnya seorang yang pemurah dan ikhlas ingin membantu...

Sekarang Datuk dah pergi meninggalkan kita buat selama²nya. Satu kehilangan besar buat kita semua. Tugasnya sudah selesai, kita pula akan menyusul. Semoga ruh almarhum dicucuri rahmat dan maghfirah serta ditempatkan bersama orang-orang solih.

Akmal Kamarudin,
Batu Kurau, Perak.

Facebook Ustaz Akmal Kamarudin

Video Kenangan Dato Fauzi Shaari serah borang PAS





Mahathir Lupa Korupsi Dizamannya Yang Masih Belum Selesai
Posted on Monday, December 02 @ 22:34:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Dr Mahathir Mohamad berkata amalan korupsi di negara ini kian bertambah dan undang-undang berkaitan dengannya kurang licin tidak seperti zamannya. Aduh, enak dan sedap sekali bicara Pak Mahathir. Sayang beliau tidak mengemukakan bukti atau fakta 'kegiatan' korupsi serta tangkapan dan hukuman di sepanjang tempoh beliau menjadi perdana menteri, 1982 hingga 2002.

Logiknya kerana Mahathir lama berkhidmat sebagai perdana menteri berbanding dengan Abdullah Ahmad Badawi lebih kurang empat atau lima tahun dan Najib baru empat tahun tentu era beliau lebih banyak kejadian korupsi berbanding dengan zaman Abdullah dan Najib.

Di zaman Abdullah juga berlaku pindaan akta BPR menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dimana suruhjaya itu diwujudkan untuk memberi kesan pencegahan lebih efektif lagi.

Najib baru menjadi perdana menteri empat tahun, logiknya tentulah kes-kes rasuah di zaman Najib berkurangan berbanding dengan Mahathir. Apakah Mahathir membuat perbandingan itu dari jumlah nilai korupsi seperti mana didedahkan pembangkang mengenai pembelian peralatan senjata (kapal selam, kereta kebal dan sebagainya) untuk negara dan sebagainya?

Dakwaan Mahathir itu harus dikemukakan bukti dan juga data-data yang jelas bagi menyakinkan orang ramai dan bukan berilusi semata-mata. Mengenai kelicinan undang-undang berkenaan dizamannya ia boleh dipertikaikan, begitu juga dengan hukuman. Ada beberapa kes yang sudah menjadi lagenda seperti kes membabitkan Rafidah Aziz, mendiang Eric Chia Perwaja atau pun kes membabitkan Rahim Noor dan peguam negara Ghani Petail yang masih diperkatakan sampai sekarang ini.

Apakah Mahathir lupa kejadian atau kegiatan mega itu semuanya berlaku pada zamannya?

Mahathir membuat dakwaan demikian sebagai mengulas mengenai laporan indeks persepsi korupsi dunia yang akan dikeluarkan esok. Mahathir tentulah dituntut bukan bercakap sesedap mulut sahaja tetapi hendaklah memberi bukti dan dalil-dalilnya. [wm.kl.6:51 02/12/13]-msomelayu



31 Okt. 2013 TNB Umum Untung RM4.61 Billion, 2 Dis Menteri Umum TNB Akan Naikkan Tarif Elektrik 15%!!!!
Posted on Monday, December 02 @ 22:08:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Oleh Omak Kau!!!



Mungkin RM4.41 billion tidak mencukupi oleh itu perlu di naikkan lagi tarif elektrik 15%!!!!!!!!!... Inilah negara ku Malaysia yang diperintah UMNO/BN dibawah kepimpinan pemimpin terhebat sekali dalam sejarah dunia moden Dato' Seri Najib b Tun Abd Razak.. Presiden UMNO yang paling hebat luar biasa berjiwa rakyat!!!!!



HIDUP UMNO!!!! ... HIDUP KETUANAN MELAYU!!! ... HIDUP NAJIB!!!!!

31 Okt. - Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi berjumlah RM4.61 bilion bagi tahun kewangan (TK) berakhir 31 Ogos, 2013 daripada RM4.41 bilion tahun sebelumnya ekoran pengukuhan ringgit, permintaan yang lebih tinggi bagi elektrik dan harga arang batu yang lebih rendah.

Pendapatan bagi tahun ini melonjak kepada RM37.13 bilion berbanding RM35.84 bilion tahun lepas dan ini mencerminkan pertumbuhan permintaan bagi unit elektrik sebanyak 3.8 peratus di Semenanjung Malaysia dalam tahun kewangan ini.

Perbelanjaan kendalian meningkat sebanyak 1.8 peratus daripada tahun sebelumnya.

Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie, berkata pola pertumbuhan permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia menjejaki pertumbuhan keluaran dalam negara kasar negara ini.

"Dalam jangka sederhana, kami terus menjangkakan pertumbuhan permintaan elektrik yang teguh, seiringan dengan pertumbuhan ekonomi yang diunjurkan oleh sektor komersial," katanya semasa mengumumkan keputusan suku keempat hari ini.

Bagi tahun kewangan 2013, TNB mengumumkan dividen keseluruhan berjumlah 25 sen bagi setiap saham biasa.

Penjimatan kos penjanaan tenaga elektrik sebahagian besarnya adalah hasil daripada penurunan harga purata arang batu sebanyak 19.3 peratus kepada US$83.6 setan metrik dalam tahun kewangan ini berbanding US$103.6 setan metrik dalam tahun kewangan lepas.

2hb Disember :- Putrajaya hari ini mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98% atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan lima sen bagi Sabah dan Labuan yang akan berkuatkuasa Januari tahun depan.

Kenaikan itu diumumkan oleh Menteri Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Pengumuman yang bakal mengundangkan kemarahan orang ramai berikutan rancangan Putrajaya untuk mengurangkan subsidi minyak bagi pembekal kuasa pada suku pertama tahun 2014.

Setiausaha kementerian Datuk Loo Took Gee dilaporkan berkata pengurangan subsidi minyak bagi bekalan kuasa diperlukan untuk kestabilan ekonomi.

Kadar elektrik semasa ketika ini adalah 33.5 sen per kWh, dimana 8.5 sen atau 25.3% di bawah kos asal pada kadar 42 sen kWh.-omakkau


 Macam mana anda terima berita ini.... sedih?
Posted on Monday, December 02 @ 21:47:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Dia beri alasan keluar PETRONAS
kerana
umur dah tua
doktor bagi nasihat berehat
perlu lebih banyak tidur
keluar negara dihadkan sekali sebulan
tapi masih mahu peluk PROTON


Rakyat nampak
dia dah puas melanun merompak dan agihkan ghanimah PETRONAS
kepada
anaknya dan kroninya
selama 10 tahun

Rakyat nampak lagi
dia masih belum puas melanun dan merompak PROTON

Dan rakyat nampak dan nampak lagi
Hanya kain kafan dan liang lahad yang boleh pisahkan beliau dari PROTON


Macam mana anda terima berita ini....sedih?"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Monday, December 02 @ 21:47:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Dr M: Rasuah Bertambah Tak Seperti Masa Saya
Posted on Monday, December 02 @ 21:43:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, amalan korupsi di Malaysia semakin bertambah dan pelaksanaan undang-undang berkaitan kurang licin dan mengambil masa lama, tidak seperti pada zaman pemerintahannya.

Justeru, mantan perdana menteri berkata, penting supaya persepsi masyarakat melihat tindakan segera kerajaan dalam membanteras amalan tersebut.

"Ia (rasuah) banyak bergantung pada undang-undang dan hukuman.

"Salah satu perkara yang paling penting untuk membanteras korupsi ialah untuk mempercepatkan proses siasatan," kata beliau pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Mahathir berkata demikian dalam komen mengenai laporan indeks persepsi korupsi dunia yang bakal dikeluarkan esok.

Idea bendung korupsi dalam Umno

Bekas pengerusi Umno itu juga menyatakan politik wang dalam pemilihan parti itu baru-baru ini makin berkembang.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut tetapi menawarkan diri untuk bersama memberi penyelesaian masalah itu.

Beliau berpendapat walaupun corak pemilihan Umno telah bertukar, namun masalah masih wujud dan berkembang.

"Saya ada idea dan akan cari platform untuk jelaskan idea tersebut, idea untuk bendung korupsi dalam Umno dan negara," kata beliau.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Monday, December 02 @ 21:43:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Dah Jumpa Najib, Ustaz Kazim Terus Isytihar Keluar PAS
Posted on Monday, December 02 @ 21:37:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Ustaz_Kazim

Lapor Utusan Malaysia, penceramah bebas Mohammad Kazim Elias mengumunkan keluar dari PAS. Katanya selepas kecewa dengan pelbagai fitnah dan tohmahan.

Dia keluar PAS kerana hari ini setelah bertemu Najib di bangunan Parlimen. Jaminan apa yang diberikan Najib kepadanya? Kata-kata Ustaz Kazim selepas pertemuan tersebut.

“Belum pun saya beri kata putus terima atau tolak (Majlis Tertinggi UMNO), saya diserang dengan kata-kata, digelar binatang, munafik. Ada pimpinan Pas kata saya seperti kambing yang akan dimakan serigala, agamawan bercelaru, seolah-olah akan jadi berhala atau patung sembahan dalam UMNO dan macam-macam.

“Ini menggores hati saya. Kesabaran pun ada hadnya. Tetapi saya sudah lama berkecil hati dengan Pas. Serangan terhadap saya bermula pada 2004 sedangkan saya aktivis Pas. Mereka boikot kata saya anjing UMNO, macai UMNO, barua UMNO sedangkan saya tak pernah jadi ahli UMNO.”

“Oleh itu, saya ambil keputusan, sama ada saya pernah dipecat oleh Pas pada 2011, walau tiada surat pemecatan, dan terbaharu mereka kata saya masih ahli Pas, kalau mereka kata saya ahli Pas atau kata saya telah dipecat, saya dengan ini mengisytiharkan keluar daripada Pas,” tegasnya.

Apabila ditanya tentang perlantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, dia nak Najib umumkannya. Tunggu Najib membuat pengumuman rasmi.

Angkat jari tanda terima jawatan MT?

Baca juga : Kakak 'bingung' tentang agama Siti Aishah "


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Monday, December 02 @ 21:37:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 SABASUN Yang Saya Kenali
Posted on Monday, December 02 @ 21:31:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Isu SABASUN sedang hangat dibicarakan di media sosial sekarang ini. Sebenarnya isu ini bukannya baru. Tetapi ia mendapat liputan hangat sama ada secara rasmi atau tidak rasmi kerana meniti di bibir wakil-wakil rakyat yang prihatin seperti Yang Berhormat Mulia Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (Ahli Parlimen Kuala Terengganu), Yang Berhormat Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Adun Tepoh) dan Yang Berhormat Ustaz Khairuddin Aman Razali (Ahli Parlimen Kuala Nerus) dua tiga hari ini. Ini menunjukkan betapa pentingnya kedudukan dalam politik tanahair bagi mendapat perhatian rakyat dan kerajaan.

SABASUN bukan suatu nama asing bagi saya kerana ia memang menjadi hypermarket pilihan saya untuk membeli belah barang keperluan. Saya juga seringkali membawa nama SABASUN dalam kuliah-kuliah maghrib sebagai contoh teladan dan tempat pilihan membeli belah kepada muslim. Bahkan saya menganggap membeli belah di SABASUN merupakan suatu jihad ekonomi umat Islam.

Alunan Ayat Al Qur'an

Bagi pelanggan tetap SABASUN, mereka pasti perasan perbezaan ketara Hypermarket ini dengan yang lain. Jika Mydin Mall dihidangkan dengan lagu-lagu Hindustan pada waktu-waktu tertentu, SABASUN pula sentiasa menghidangkan ayat-ayat suci al Qur’an untuk pelanggannya. Sebaik sahaja melangkah kaki masuk ke SABASUN,pasti hati jadi tenang dengan suasananya.

Surau Yang Selesa

Bukan setakat alunan al Qur’an yang menjadikannya unik berbanding yang lain, bahkan pihak pengurusan memastikan kemudahan untuk bersolat disediakan dengan baik. Kalau kita ke Mydin atau Giant, disediakan musolla dalam bangunan dengan ruang yang terhad. Tapi SABASUN mengambil langkah membina surau berasingan dengan fasiliti yang baik untuk berwudhuk, serta disediakan bahan-bahan bacaan seperti mashaf al Qur’an dan sedikit buku-buku agama. Saya juga difahamkan ada kuliah agam berkala untuk kakitangannya. Ini menggambarkan orientasi yang ada pada pemiliknya.

Isu Palestin:Boikot Produk Yahudi

SABASUN juga berbeza dengan yang lain kerana ia berterusan berkempen untuk isu Palestin. Lebih-lebih lagi dengan Kempen memboikot produk-produk Yahudi dan yang seangkatan dengannya. Saya kira ini SAH memang tidak berani dilaksanakan oleh mana-mana supermarket dan hypermarket lain yang ada di Terengganu. Pembaca boleh nilai sendiri sejauh mana keberanian dan keyakinan pemiliknya Che Salmi Ibrahim dalam usahanya membantu umat Islam di Palestin. Bukan setakat memboikot produk Yahudi, bahkan disediakan pula tabung kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang ditindas Israel terutamanya Gaza.

Perhalusi Fiqh Muamalat

Satu lagi ciri yang kita tidak akan temui di lain-lain Hypermarket dan Supermarket ialah SABASUN mendidik ‘cashier’nya melafazkan akad jualbeli dengan pelanggan. Pembaca boleh mengalami sendiri keadaan ini jika membeli belah di SABASUN. ‘Cashier’nya akan mengucapkan ‘jual’ kepada pelanggan sebaik sahaja menyerahkan baki dan resit kepada anda. Ini juga menjadi gambaran sikap pemiliknya yang mementingkan keberkatan dalam perniagaan.

MEMBELA SABASUN ADALAH KEWAJIPAN BERSAMA


Saya sengaja menulis berkenaan SABASUN dengan cara yang berbeza di saat orang lain menyerang kerajaan negeri Terengganu kerana kezalimannya kerana ada tulisan-tulisan pro Umno sudah mula menyebarkan tulisan-tulisan memburuk-burukkan SABASUN dan Che Salmi Ibrahim, seolah-olah ada perkara tersembunyi yang rakyat tidak tahu tentang keburukan SABASUN dan Che Salmi sendiri.

Sedikit menyentuh isu Bandar Baru Perkasa Alam, saya kira tidak salah kerajaan ingin membangunkan Bandar baru tetapi usahlah merampas tanah SABASUN atas nama Akta Pengambilan Tanah 1960. Bila lagi mahu melaksanakan kata-kata ‘Rakyat didahulukan’?

SERUAN
Akhir kata, kepada semua yang bersimpati dan berkempen untuk menyelamatkan SABASUN, anda bukan sahaja berkewajipan untuk hangatkan isu di media sosial semata-mata, bahkan juga saya seru agar membeli belah di SABASUN sebagai sokongan kewangan secara tidak langsung. Percayalah, membeli di SABASUN seribu kali lebih baik dari supermarket dan hypermarket yang lain kerana di situ ada keberkatan insyaAllah.

Wassalam.

‘INFIRU’
‘RAHMAT UNTUK SEMUA’

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
KETUA DEWAN PEMUDA PAS KUALA TERENGGANU
2 Disember 2013"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ibnuabbas
Posted on Monday, December 02 @ 21:31:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Air Mata Sabasun
Posted on Monday, December 02 @ 21:26:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"
Isu SABASUN antara  isu yang paling hangat diperkatakan selain daripada isu Ustaz Kazim.. Hari ini air mata SABASUN menyembah Bumi.

Aku tidak berniat malah langsung tidak berminat sebenarnya nk ulas tentang Ustaz Kazim ni.. Aku lebih berminat dengan isu yang melibatkan hal-hal rakyat..Bukan setakat Ust Kazim, Kalau ada lepas ni orang-orang alim yang nk masuk umno sekalipun aku peduli apa.. Bukan Parti Tok nenek aku..

SABASUN adalah singkatan bagi Sabar dan Bersungguh-Sungguh. Ia adalah milik Bumiputra dan Rakyat tempatan Negeri penyu Bertelur yg telah diusaha dan dibesarkan sehingga dapat menyaingi Hypermarket berdekatan seperti Giant dan Mydin.

Hypermarket SABASUN (Harge Muroh Sokmo) sinonim dengan kehidupan aku.. Dari kecil lagi aku dibawa oleh keluarga ke SABASUN utuk mencari barangan dapur sambil mendengar alunan zikir dan nasyid yang dipasang dan tidak melampau jika aku katakan yang aku dibesarkan dengan “barang-barang” di SABASUN. Rupanya disebalik kemeriahan SABASUN ada tangisan yang rakyat tidak nampak.Apakah merempat dibumi sendiri lebih afdal dimata perompak berkolar putih??

Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) telah mendedahkan wajah sebenar sang kapitalis zalim yang telah meperkosa perniagaan usahawan anak melayu di tanah air sendiri.Kerajaan sepatutnya menyokong bukannya menjadi compretitor berebut tanah dengan rakyat. Sebenarnya SABASUN banyak menyediakan peluang pekerjaan dan kesemua pekerjanya yang berjumlah hampir 400 orang ialah anak jati negeri Terengganu.Kerajaan sepatutnya melihat secara keseluruhan bukannya dengan cara pentingkan diri dan berebut dengan rakyat.

MBKT Sendawa kekenyangan disuap puak Kapitalis. Selagi kepentingan tidak diusik selagi itu dia akan menyepi diri dan mangsanya ialah rakyat marhaen yg berkecamuk melawan kapitalis zalim ini.Kita tidak akan sedar selagi mana tanah sendiri tidak berdarah.Ayuh anak Terengganu..! Jangan tunggu matahari mati.. Jangan Biarkan Che Salmi menangis kesorangan.. Jangan biarkan dermawan tabung Palestin ini kesorangan dan jangan biarkan air mata beliau jatuh sujud kepada MBKT. Ayuh anak Terengganu.. Lupakan fahaman politik. Sokonglah perniagaan anak tempatan. Jangan hampakan 100% pekerja melayu SABASUN hilang sumber pendapatan.

Sumber Asal: http://ganti-trg.blogspot.com"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
kelate
Posted on Monday, December 02 @ 21:26:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

 

Tiada ulasan: