Isnin, 2 Disember 2013

YANG BESAR DAN BERGELAR MENYUMBANG....HARGAILAH....JANGAN LUPA SIKECIL MENYUMBANG....ALLAH LIHAT IKHLAS MENYUMBANG BUKAN STATUS....JANGAN KITA TERTIPU OLEH IBLIS....YANG TERKENAL KITA UMUM RIUH SEKAMPUNG....YANG KECIL TAK BERGELAR TAK DIHEBAH PUN....MUNGKIN YANG KECIL ITU BENAR2 NAK BERJUANG.... BENAR2 IKHLAS NAK BERJIHAD KE JALAN ALLAH....FIKIR2KAN

KUALA LUMPUR: Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang meninggal dunia, malam tadi.

“Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham dan digolongkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh,” ujarnya menerusi facebook, malam tadi.

Bagi beliau, sesungguhnya jasa dan sumbangan Almarhum kepada PAS khususnya di dalam kempen PRU13 yang lepas sangat banyak dan hanya Allah SWT yang berhak membalas jasa-jasanya.

“Saya menyifatkan kematian beliau sebagai satu kehilangan kepada PAS dan juga kehilangan satu lambang integriti yang begitu ulung dalam perkhidmatan polis di negara ini,” ujar beliau.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerusi facebook malam tadi turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Datuk Fauzi.

“Kematian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada kita Gerakan Islam di Malaysia ini,” ujarnya.

Satu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah diadakan akhir tahun lepas bagi mencapai kata sepakat berhubung isu penghapusan etnik Muslim Rohingya di Myanmar. Hasil dari perhimpunan tersebut, satu resolusi telah berjaya dipersetujui dengan menggesa kerajaan Myanmar mengambil tindakan memperbaiki situasi dengan melindungi hak asasi manusia dan memberi hak kewarganegaraan masyarakat Islam.

Namun, reaksi cukup negatif telah ditunjukkan oleh masyarakat Buddha Rakhine. Di saat Muslim Rohingya diperintah berkurung, mereka telah menyerang dengan ganas Pasaraya Utama Maungdaw di Arakan dengan membakar 7 kedai yang dimiliki oleh orang Islam dan membuat rompakan sebanyak 12 kedai. Mereka juga telah membakar sebuah masjid tertua di Arakan yang telah didirikan dari abad ke-19 yang dikenali sebagai ‘Hakim Ali’.

Pada bulan November 2013, satu delegasi OIC telah membuat lawatan ke Myanmar bagi meninjau nasibMuslim Rohingya yang terpaksa hidup dalam keadaan terancam. Ekmeleddin Ihsanoglu, Setiausaha Agung OIC dan anggota delegasi yang lain telah menghabiskan masa selama 4 hari berhasrat untuk bertemu dengan presiden, menteri, kumpulan agama dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tetapi,  Aung San Suu Kyi enggan menemui mereka.

Reaksi dari lawatan delegasi OIC tersebut, satu demonstrasi telahdilancarkan oleh puak sami-sami Buddha esktrimis sebagai tanda protes dan bantahan. Demonstrasi yang telah mendapat cop ‘halal’ dari pihak berkuasa kerajaan Myanmar dengan jelas membawa mesej ingin mengisyiharkan perang ke atas Islam dan kaum muslimin.

Tidak cukup dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai, membakar hidup-hidup mangsa, membakar masjid, memusnahkan kubur, menyeksa kanak-kanak dan merogol gadis-gadis tanpa sifat kemanusiaan, mereka dengan berani mengangkat sepanduk yang membawa mesej melabelkan Islam sebagai agama haiwan. Dengan jelas, mereka mahu melenyapkan Islam di bumi Myanmar dengan meneruskan penindasan dan penghinaan terhadap umat Islam.

DiMalaysia, satu tindakan diambil diperingkat NGO dengan menubuhkan Koaliasi Menentang Ekstrimisme Agama di Myanmar (Coaliation Against Extremism in Myanmar-CAREM)bagi mengutuk sekerasnya terhadap penghinaan Islam yang dipamerkan dalam demonstrasi tersebut.

Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid bertindak sebagai Koordinator CAREM telah mendesak semua penganut agama di dunia yang cintakan kedamaian, keharmonian dan saling hormat antara agama supaya menyatakan sikap dan pendirian mengecam tindakan kelompok esktrimis Buddhadi Myanmar.

Tindakan kejam yang dilakukan oleh esktrimis Buddha telah melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB apabila bertindak melakukan keganasan antara agama. Dalai Lama sebagai ketua kerohanian penganut Buddha seluruh dunia perlu bersuara agar kerajaan Myanmar menghentikan penindasan terhadap penganut agama lain.

Anggota negara-negara Asean juga tidak boleh berdiam diri dengan sikap ‘lepas tangan’dan membisu dengan terusmemberi tekanan kepada kerajaan Myanmarsupaya menghentikan polisi penindasan terhadap agama lain.  Jika Myanmar terus bersikap ekstrim dan menjadikan masyarakat Islam Rohingya dalam suasana ketakutan, maka kedudukan Myanmar sebagai Pengerusi Asean 2014 juga perlu dikaji semula.

Negara-negara OIC juga perlu sebulat suara dalam menyatakan bantahan terhadap kebiadapan ekstrimis Buddha yang secara hakikatnya disokong oleh kerajaan Myanmar. OIC perlu mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Myanmar dan menuntut supaya semua kedutaan Myanmar di negara-negara OIC di‘halau’ keluar jika kempen membenci Islam tidak dihentikan serta-merta.

Pendirian kerajaan Malaysia juga masih dinanti-nantikan di saat Kejohanan Sukan Sea kali ke 27 yang bakal berlangsung di Myanmar bermula 11 Disember ini. Kerajaan Malaysia sewajarnya membatalkan penyertaan olahragawan dan olahragawati Muslim dari Malaysia ke Sukan Sea tahun ini atas alasan kerajaan Myanmar bersikap anti Islam dan kehadiran atlet Islam yang tidak selamat dan tidak terjamin.

Seterusnya, kerajaan Malaysia secara bijaknya digesa untuk menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan Myanmar agar kerajaan Myanmar menghormati agama Islam dengan memberi kebebasan kepada orang Islam untuk hidup aman dan tenang sebagaimana penganut agama Buddha merasai kebebasan beragama di Malaysia.

Rakyat juga masih menunggu di mana suara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sinonim dengan membawa aspirasi anak muda agar memberi respons dengan penglibatan atlet Islam dalam Kejohanan Sukan Sea di Myanmar kali ini.

Penulis ialah mahasiswa tahun 3 di Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
“Ustaz kenal tak siapa ni...inilah yang tangkap enta dulu masa demonstrasi. Tengok elok-elok” Bob Lokman bercanda dengan nada nada serius.

Saya mengamati perlahan wajah bersih berkumis di hadapan saya dan ingatan saya terus mekar dengan watak penting di Bukit Aman.

“Ohh...yang ini baik..kaki sembahyang ni..Datuk Fauzi orang kuat JSJ..” tukas saya gembira.

Peristiwa ini berlaku beberapa tahun lepas di Surau At Taqwa Seksyen 7 Shah Alam.

Perbualan kami semakin rancak, Datuk Fauzi Shaari sentiasa mengikuti kuliah-kuliah ilmu di sekitar Shah Alam selepas bersara daripada perkhidmatan polis yang disertai puluhan tahun sehingga menjawat jawatan orang nombor tiga paling penting dalam hirarki PDRM negara ini.

Beliau seperti ribuan anggota keselamatan yang lain begitu akrab dengan majlis ilmu di zaman persaraan. Saya difahamkan semenjak dalam uniform beliau agak akrab dengan agamawan dan majlis ilmu.

Beliau juga tidak kekok untuk menjadi imam dan juga bilal, ini adalah kerana pendidikan agama yang disemai oleh ibubapa beliau semenjak kecil.

Datuk Fauzi senang meramahi para asatizah dan berkongsi pengalaman. Saya teringat salah satu forum saya dengan selebriti di sebuah dewan orang ramai di Shah Alam beberapa tahun yang lepas, beliau secara peribadi telah menghubungi pihak IPD Shah Alam supaya memberikan permit.

Mungkin kerana malu alah, pihak keselamatan meluluskan permit untuk saya, Bob Lokman, Catriona Ross beraksi di pentas forum yang penuh sendat pada malam tersebut.

Dalam perbualan dan perkongsian bersama beliau, sosok utama PDRM ini begitu cakna akan gejala sosial dan jenayah yang sedang mewabak dalam masyarakat. Banyak juga masjid dan surau memanggil beliau untuk berkongsi pengalaman dalam majlis forum dan sebagainya.

Beliau akhirnya telah mengisytiharkan diri untuk bersama dengan PAS secara aktif dan sebelum ini sememangnya beliau telah bersama dan mengikuti perkembangan politik nasional.

“Saya bersama dengan perjuangan Islam ini bukan untuk mengejar pangkat kedudukan tetapi ingin menjadi penyumbang kepada perjuangan dengan segala kemampuan yang saya ada. Insyaallah...saya akan terus berjuang sehingga akhir nyawa saya,” ujarnya penuh semangat dalam satu ceramah di Stadium Alor Setar dalam majlis himpunan hijau yang dipengerusikan oleh Datuk Mahfuz Omar.

Tokoh kelahiran Perak ini membenarkan janjinya dalam perjuangan. Beliau bergerak ke seluruh negara untuk bertemu dengan anggota polis yang telah bersara, memberikan motivasi untuk pahlawan negara supaya bersama perjuangan Islam. PAS secara mendadak diminati oleh pesara polis dan tentera dehingga tertubuhnya KERABAT.

Mantan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman ini bukan sekadar berusaha menghimpunkan bekas anggota polis untuk mencurahkan bakti bersama PAS namun beliau juga tampil di ceramah politik, saban malam.

“Saya tak pandai ceramah...” katanya berseloroh, tetapi beliau tidak mengecewakan hajat pendukung PAS dan PR.

Beliau hadir ke mana-mana termasuk ke daerah saya di Besut yang akhirnya saya bertanding di kerusi Parlimen P033.

Saya bermesej dengannya untuk menjemputnya hadir ke beberapa program, namun jadual beliau padat kerana banyak kawasan manfaatkan beliau untuk berkongsi pengalaman dan menerangkan isu-isu nasional.

Yang menarik juga ada penganjur ceramah di telefon pihak polis kerana meletakkan pada poster ceramah gambar Datuk Fauzi beruniform polis.

“laaaa...datuk...ini polis betul ni...pangkat tinggi...yang pelakon-pelakon drama pakai uniform polis dan gambar mereka merata-rata tak apa pula 'bantah seorang penganjur bila disoal polis berkaitan gambar Datuk Fauzi.

Kini, beliau telah pulang ke negeri abadi dengan kita semua menyaksikan penglibatan beliau yang serius hersama PAS.

Disiplin kepolisan beliau tetap tinggi walaupun telah meninggalkan PDRM, antaranya sentiasa menjaga masa.

Semoga Allah mencucuri rahmat atas pejuang ini yang istiqomah dengan solat berjemaah dan kelas pengajian agama.

Saya menyeru juga agar anggota dan pegawai polis yang lain turut mengikuti jejak langkah Datuk Fauzi Shaari, harakatul ummah ini tidak pernah menyekat pintu untuk anda menabur jasa bakti.

Sesungguhnya kita semua akan kembali ke negeri abadi. Al-fatihah!
Penulis ialah AJK PAS Pusat. Tulisan di atas dipetik daripada facebook beliau.
KUALA LUMPUR: Bagi minggu ke 48, 2013, pembaca Facebook Harakahdaily paling meminati artikel bertajuk “MKPN: Ramai keliru mengapa Najib lantik Wardina” yang menceritakan kemasukan artis Wardina Safiyyah ke Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Artikel tersebut mengalahkan dua artikel berita bertajuk “Ramai kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini” dan “Tok Guru Nik Aziz kunjungi lelaki berusia 160 tahun” yang menduduki tempat kedua dan ketiga.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 24 hingga 30 Nov:

1 MKPN: Ramai keliru mengapa Najib lantik Wardina

2 Ramai kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini

3 Tok Guru Nik Aziz kunjungi lelaki berusia 160 tahun

4 Hamba rakyat Malaysia bekas buruan polis

5 Khairy gagal halang saman fitnah Anwar

6 "23 tahun baru kami boleh jumpa PM"

7 Sahabatku Jefri Chua...

8 Menteri dakwa K-Pop bawa pulangan RM140 juta

9 Bekas pelajar Kolej Islam Klang nafi murtad

10 Salahuddin, Tuan Ibrahim dan Husam terasa ketiadaan Mahfuz


KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat sesi 2013-2015, demikian dinyatakan presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, tujuh AJK yang dilantik terdiri daripada Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Abu Bakar Chik, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohd Hussin, Asmuni Awi, Zulkiflee Mohd Omar dan Dr Muhaimin Sulam.

Pelantikan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama di Pejabat Agung PAS, semalam.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut:

1. Setiausaha Agung PAS - Datuk Mustafa Ali
2. Bendahari - YAB Datuk Ahmad Yakob
3. Ketua Penerangan - YB Datuk Mahfuz Omar
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah:
1. Kelantan - YAB Datuk Ahmad Yakob
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
3. Pahang – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
4. Johor - YB Aminulhuda Hassan
5. Melaka – Adly Zahari
6. Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad
8. Perak - Razman Zakaria
9. Kedah - YB Datuk Mahfuz Omar
10. Perlis - YB Mohd Shukri Ramli
11. W Persekutuan – Mohammad Noor Mohammad
12. Sabah - Mohd Aminuddin Aling
13. Sarawak – Adam Ahid

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri daripada:
1. YB Datuk Mohd Amar Abdullah
2. Datuk Abu Bakar Chik
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos
4. Mohd Hussin
5. Asmuni Awi
6. Zulkiflee Mohd Omar
7. Dr Muhaimin Sulam

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti.

Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS
KUALA TERENGGANU: Semua pihak perlu menghentikan sebarang polemik politik berkaitan undang-undang Islam di negara ini jika benar-benar ingin melihat pelaksanaannya menjadi kenyataan, kata Ketua Pusat Pengajian Syariah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Dr Jamaluddin Hashim.

               
Beliau berkata undang-undang Islam itu sendiri adalah berkaitan dengan isu aqidah dan bukannya melibat soal kepentingan puak, termasuk politik.
               
"Sehubungan itu, kekuatan penyatuan dan kerjasama semua pihak adalah asas utama kepada kejayaan pelaksanaan undang-undang Islam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar Antarabangsa Perundangan Islam Dalam Masyarakat Kontemporari 2013 di sini semalam.
               
Dua ratus peserta dari dalam dan luar negara menyertai seminar yang berlangsung dua hari bermula semalam anjuran UniSZA dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia.
               
Seminar bertemakan 'Perundangan Islam ke arah Keharmonian Sejagat' itu turut membincangkan 11 isu semasa berkaitan perundangan Islam, antaranya konflik perundangan, kekeluargaan Islam, kewangan dan perbankan Islam serta Islam dan hak asasi manusia.
               
Sebanyak 121 kertas kerja dibentangkan dalam tiga siri pembentangan berbeza dan daripada jumlah itu, 20 kertas kerja dibentangkan oleh pembentang dari luar negara.
               
Mengulas lanjut, Jamaluddin bagaimanapun berkata masyarakat perlu diberikan kefahaman yang jelas mengenai perundangan Islam agar ia tidak dilihat atau ditafsirkan dalam konteks yang sempit.
               
Ini kerana, kata beliau, perundangan Islam itu mencakupi semua perkara termasuk sistem kewangan dan sosial.
               
Seorang lagi peserta yang juga peguam syarie, Siti Harlina Mohd Sahran berkata pihak bertanggungjawab perlu mewujudkan satu ruang untuk memastikan undang-undang Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna.
               
"Kita sebagai satu komuniti Islam yang telah berkembang dengan begitu pesat.


Walaupun kita ada banyak kekangan tetapi kita terus melangkah ke hadapan mencari satu ruang ataupun platform yang bagus untuk mengembangkan undang-undang syariah yang merangkumi pelbagai aspek termasuk kewangan dan sosial," katanya. - Bernama
KUALA LUMPUR:  Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 3 akan dibentangkan di Parlimen hari ini.
               
Menurut kenyataan Ketua Audit Negara, laporan tersebut adalah mengenai Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Tahun 2012 serta aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri.
               
Menurut kenyataan itu, pada hari yang sama, Jabatan Audit Negara akan memberi taklimat berhubung dengan isu-isu utama yang dibangkitkan dalam laporan tersebut kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara di Parlimen.
               
Laporan itu antara lain mengandungi perkara Mengesahkan Penyata Kewangan pihak yang diaudit seperti 419 dari 458 penyata kewangan kerajaan dan agensinya telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.
               
"Sebanyak 23 penyata kewangan telah diberi Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.

"Baki 16 penyata kewangan masih dalam proses pengauditan," menurut kenyataan itu.
               
Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh perkara Prestasi Kutipan Hasil Persekutuan, antara lain Kerajaan Persekutuan telah mengutip hasil berjumlah RM207.913 billion pada 2012, meningkat RM22.494 bilion berbanding RM185.419 bilion pada tahun 2011.

Laporan itu turut menyentuh perkara Pengauditan Prestasi Terhadap Program/Aktiviti/Projek Kerajaan di Peringkat Persekutuan dan Negeri.
               
Ia memberitahu sebanyak 47 pengauditan prestasi dan 17 pengauditan pengurusan Syarikat Kerajaan lagi telah dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan Negeri.
               
Perbendaharaan Malaysia juga mengeluarkan Laporan Maklum Balas mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 3 yang memberikan ulasan/tindakan terkini daripada ketua perkhidmatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
               
Kandungan laporan itu dan sinopsisnya boleh dilayari dalam Laman Web Jabatan Audit Negara di alamat http://www.audit.gov.my mulai hari ini.
  
 Sebarang pertanyaan lanjut/pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.
   
Cakera padat (CD) yang mengandungi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 serta Laporan Maklum Balas oleh Perbendaharaan Malaysia akan turut diedarkan kepada pihak media di Parlimen.
               
Dilaporkan sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri, dibentangkan dalam tiga siri.
   

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2 telah dibentangkan di Parlimen pada 1 Okt lepas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.  - Bernama
PORT DICKSON:  Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor membidas tohmahan dan tuduhan segelintir pihak terutamanya pembangkang terhadap pelaksanaan Program Permata yang dakwa mereka sebagai pembaziran.
               
Rosmah, yang juga Penaung Program Permata, berkata malah ada pihak yang mendakwa program itu dilaksanakan demi keuntungan sendiri yang sebenarnya mempunyai peranan tersendiri dalam menyokong sistem pendidikan kebangsaan.
               
"Sekarang ini sudah kurang sikit kritikan pada saya sebab mungkin pilihan raya sudah habis, tetapi kalau sebelum pilihan raya banyak kritikan saya terima.
               
"Saya mahu tegaskan di sini bahawa saya memang tidak peduli kritikan dan tohmahan mereka terhadap saya dan program Permata kerana ia kini telah membuahkan hasil dalam memfokuskan pembangunan pendidikan kanak-kanak," katanya semasa berucap merasmikan program Horey-horey Permata 2013 di Dataran Telok Kemang, di sini semalam.
               
Beliau berkata pelaksanaan program Permata berkembang dengan pesat sejak penubuhannya apabila lima cabang khusus diwujudkan mencakupi potensi kanak-kanak iaitu Permata Negara, Permata Pintar, Permata Insan, Permata Seni dan Perkasa Remaja.
               
Rosmah berkata kejayaan itu tidak datang bergolek tanpa sokongan dan kerjasama padu daripada semua pihak khususnya agensi pelaksana yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.
               
"Dua lagi program sedang dalam proses pelaksanaan iatu Permata Kurnia bagi kanak-kanak autisme dan Hospital Pakar Kanak-kanak Permata," katanya.
               
Beliau berkata pelaksanaan program Horey-horey Permata 2013 pula adalah sebagai platform bagi masyarakat mendekati serta mengenali lebih mendalam tentang fungsi dan peranan pelaksanaan sebenar Program Permata.
               

Katanya usaha itu bagi memberikan kefahaman serta gambaran sebenar tentang program itu, sekali gus menangkis khabar angin, tuduhan, dakwaan yang tidak benar berhubung Program Permata. - Bernama
PATTANI:  Penyokong dan penentang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra di luar ibu kota Bangkok semakin lantang menunjukkan sokongan mereka.
               
Di lima wilayah selatan, walaupun menghadapi keganasan, penduduknya yang beragama Islam mahukan masalah tersebut diselesai secara aman. 
               
Semalama, lebih 300 orang penduduk mewakili pelbagai lapisan masyarakat berkumpul di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Pattani untuk mengisytihar pendirian menyokong masalah diselesaikan secara aman dan menghargai system demokrasi negara itu. 
               
Mereka yang mewakili Majlis Agama Islam di lima wilayah selatan (Pattani, Yala, Narathiwat , Songkhla dan Satun), pemimpin tempatan, wakil Sekolah Agama Islam, pemimpin agama tempatan, pelajar dan kumpulan sivik menyatakan pendirian teguh mereka supaya masalah politik yang sedang melanda negara diselesaikan dengan cara aman dan menghargai sistem demokrasi negara.
               
Mereka juga menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Yingluck.
               
Waederamae Matmangchik, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani, meminta pihak penentang kerajaan supaya berunding agar tidak merosakkan negara.
               

Ditemubual di majlis tersebut, beliau berkata yang bersengketa semuanya rakyat Thai dan penyelesaian melalui rundingan membantu negara terus maju. - Bernama
BANGKOK:  Sekumpulan ratusan orang terdiri daripada kebanyakannya pemuda mendakwa sebagai pelajar Universiti Ramkhaeng yang menentang kumpulan Thaksin, didapati menyerang kenderaan awam sejak, petang semalam.
               
Setakat ini, sekurang-kurangnya dua buah bas rosak dalam serangan ganas menggunakan kayu, batu bata dan botol, berhampiran universiti berkenaan.
               
Serangan pertama di dalam bas berlaku pada kira-kira 6.30 waktu tempatan di sini dan menurut saksi, seorang pemandu bas mengalami kecederaan selepas terkena batu bata.
               
Serangan terbaharu sekitar 8.40 malam ke atas sebuah bas yang membawa sekurang-kurangnya 10 penumpang.
               
Wanita di dalam bas berkenaan menjerit kerana terkejut dan ketakutan berikutan serangan itu, lapor wartawan Bernama yang berada di tempat kejadian.

Ini kejadian dahsyat, tetapi nasib baik tiada siapa yang cedera setakat ini, kata seorang awam. 
               
Kumpulan itu menyerang bas dan teksi dan menurut saksi, ketika itu tiada pihak yang menghalang mereka. Pasukan keselamatan tidak kelihatan sehingga pukul 8.30 malam. Meskipun mereka berada berdekatan, tiada sebarang tindakan dilakukan untuk menghentikan kumpulan berkenaan.
               
Kumpulan pemuda itu menjerit sambil saling mengingatkan antara mereka agar berwaspada terhadap penyokong Baju Merah prokerajaan yang berjalan ke perhimpunan di Stadium Nasional Ratchmangala, yang terletak di kawasan sama dengan Universiti Ramkhaeng.
               
Stadium berkenaan merupakan satu-satunya lokasi di mana para penyokong prokerajaan berkumpul.
               
Terdapat juga laporan bahawa pertempuran berlaku berdekatan stadium dan sesekali terdapat bunyi seperti letupan bunga api atau tembakan pistol.
               
Ini adalah serangan keganasan yang pertama dilaporkan dalam protes yang berlarutan selama lebih sebulan, bermula dengan protes terhadap Rang Undang-undang Pengampunan yang ditarik balik, kepada isu-isu lain seperti anti-rasuah, peletakan jawatan kerajaan dan penubuhan sebuah kerajaan rakyat.
               
Pemimpin protes dijangka mengumumkan hari ini, berhubung cubaan menduduki Rumah Kerajaan, yang merupakan pejabat Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
               
Sementara itu, menurut Sukarelawan Penyelamat Yayasan Ruamkatayu, seorang lelaki terkena tembakan dan dua lagi cedera di kepala akibat terkena lontaran batu bata.
               

Kesemua mereka dihantar ke Hospital Phatpanya di sini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Proses ‘membalas budi’ pentadbiran Najib terhadap individu-individu tertentu yang membantu politik BN dan Umno berterusan apabila seorang lagi tokoh kontroversi dilantik menjawat jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan dan institusinya.

Terbaru, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang tewas sebagai calon Bebas mesra BN di kawasan Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum (PRU) Mei lalu, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Laman rasmi UiTM di http://www.uitm.edu.my/index.php/bm/kenali-uitm/canselor-procanselor-lembaga-pengarah-a-naib-canselor/lembaga-pengarah memaparkan foto Ibrahim sebagai Ahli Lembaga Pengarah namun tiada sebarang pengumuman dibuat mengenainya.

Lembaga Pengarah UiTM dipengerusikan  Tan Sri Dato' Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan dianggotai  Tan Sri Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang juga Naib Canselor UiTM, Dato' Maznah Abdul Jalil, Mohamad Omar Ali, Mohd Ali Mansor, Datuk Aishah Shaikh Ahmad, Dr Aminuddin Hassim, Datuk Prof. Dr Roziah Omar dan Dr Zahrah Mokhtar sebagai Setiausaha.

Apakah merit dan kelayakan Ibrahim untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM menjadi persoalan umum.

Bagaimanapun Ir Dr Sahol pernah mengejutkan dunia politik tanah air apabila mengumumkan sokongan terbuka UiTM kepada BN sebelum PRU13 lalu.

Tiada ulasan: