Ustaz Kazim dedahkan sebab beliau tak hingin jadi Ahli MT UMNO..
Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau hari ini tampil memberikan penjelasan.
Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.
Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.
Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.
"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.
"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 Nov lepas.
Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.
"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya.
"Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan Pas," katanya. - Bernama

Tok
Guru yang tak jemu-jemu mengajar tafsir dan cerita2 al-Quran di medan
Ilmu, malah tamat satu Quran, tetapi tetap menuntut ilmu Allah yang amat
tinggi dan amat luas.
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Masjid manakah ni ???
Para sahabat yg dimuliakan, ada tak yang lebih menakjubkan berbanding dgn apa yg kita saksikan dalam foto di bawah bahawa banjir yg berlaku dlm negara kita melanda masjid, namun air lumpur yg masuk ke dalam rumah Allah swt kini bertukar menjadi jernih...
Gambar ini di forward kan oleh kakak ana, dari JB,
Benarlah firman Nya dalam surah Fussilat ayat ke 53 :
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Maksudnya : Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

- Kementerian: Bayaran RM7.2b perunding demi rakyat
- Bayaran
RM7.2 bilion yang dibuat kerajaan dalam tempoh lima tahun, atau purata
RM4 juta sehari, kepada firma perunding swasta dibuat demi menjayakan
projek kerajaan, jelas Kementerian Kewangan.
"Kesemua perbelanjaan tersebut adalah untuk menjayakan pelaksanaan projek kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara," menurut kenyataan kementerian hari ini.
Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen pada 13 November lalu mendedahkan jawapan bertulis kementerian kewangan di Dewan Rakyat berhubung bayaran kerajaan itu, yang meningkat 13.5 peratus setiap tahun bermula 2009 sehingga Oktober 2013.
Dalam sidang media di lobi Parlimen, beliau mempersoalkan langkah itu kerana orang ramai sukar menilai sama ada kerajaan membayar yuran perkhidmatan yang wajar kepada perunding berkenaan.
Pergantungan kepada firma perunding swasta itu juga menurutnya mencerminkan kurangnya kepercayaan kepimpinan BN terhadap perkhidmatan awam.
Sementara itu, kenyataan Kementerian Kewangan hari ini juga menyebut, sebanyak RM6.15 bilion daripada bayaran perundingan itu dibuat bawah Maksud Pembangunan bagi tempoh itu.
Perbelanjaan itu, antara lainnya, bagi perkhidmatan perakaunan, perkhidmatan perundangan, penilaian dan pengurusan harta, pengurusan, perkhidmatan pakar runding perniagaan, perkhidmatan komputer dan prosesan data, perkhidmatan jurutera, juruukur dan kajibumi. serta perkhidmatan penyelidikan pasaran dan ujian pasaran.
Perkhidmatan itu bagi melaksanakan projek kerajaan seperti pembinaan rumah, jalan, jambatan, kolej, membaik pulih jalan, pembinaan sekolah dan hospital.
Sementara itu, RM1.05 bilion selebihnya merupakan belanja perkhidmatan bawah Maksud Mengurus, menurut kenyataan itu lagi.
Ia antaranya bagi perkhidmatan saintifik dan penyelidikan, perkhidmatan kajian ekonomi serta perkhidmatan profesional lain seperti bayaran yuran audit, yuran guaman dan latihan perniagaan kepada usahawan. - Candi purba? Pemaju dakwa tak tahu
- Bandar
Saujana Sdn Bhd, syarikat pemaju yang merobohkan candi di Lembah Bujang
berkata mereka tidak tahu bahawa ia merupakan tapak warisan sejarah.
Laporan The Star memetik kenyataan jurucakap pemaju terbabit, Saw Guan Keat yang berkata, mereka hanya tahu bahawa ia adalah candi purba selepas membaca laporan akhbar berkaitan.
"Kami melawat ke tapak sebelum pembersihan pada September. Kami nampak struktur batu (candi). Kami tidak tahu benda apa itu.
"Jika kami tahu struktur itu tapak bersejarah, kami tidak akan membersihkannya," katanya yang menambah sisa-sisa batu tersebut juga telah dilupuskan oleh kontraktor.
Katanya, syarikat tersebut Bandar Saujana Sdn Bhd telah membuat laporan polis berhubung kes berkenaan pada 29 November.
"Syarikat kami hanya mengambil alih projek yang diluluskan pada 1994 atau 1995," kata Saw yang menambah, syarikat itu juga membuat laporan polis di balai polis Merbok pada 29 November.
Saw berkata, mereka telah membuat semakan tanah di Pejabat Tanah Kedah pada 14 Januari lalu sebelum membeli lapan lot tanah daripada pemilik sebelumnya, juga sebuah syarikat pemaju rumah, lapor The Star.
"Carian itu dengan jelas menyatakan bahawa tanah itu tidak mempunyai bebanan (encumbrance). Syarikat kemudian meneruskan pembelian pada Februari.
"Apabila kami membuat carian sekali lagi di Pejabat Tanah pada 30 Julai, sekali lagi, kami tidak temui sebarang bebanan," beliau dipetik sebagai berkata semalam.
- Sistem pendidikan M'sia di tangga 2 tercorot
- Sistem
pendidikan Malaysia kini menduduki tangga kedua terkebelakang di
kalangan negara-negara Asia Tenggara menurut penarafan Program Penilaian
Pelajar Antarabangsa (PISA), kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Menurutnya, kedudukan Malaysia yang corot di belakang Vietnam tidak dapat diterima kerana negara itu pernah melalui zaman perang dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding Malaysia.
"Bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh dunia, kini kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak sekolah-sekolah di Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah di negara maju dan Eropah.
"Dalam tahun 2012, Vietnam berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata pelajaran sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah lain," kata Rafizi (gambar atas, kedudukan tengah) dalam kenyataannya.
Menurut Rafizi, PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) bagi pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia.
Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.
Ubah sukatan pelajaran
Dalam penarafan tersebut Malaysia berada di belakang Singapura, Vietnam, dan Thailand dengan mata yang diperolehi bagi matematik sebanyak 421 mata, 398 mata bagi membaca, dan 420 mata bagi sains.
Purata mata bagi ketiga-tiga aspek yang dinilai itu adalah 494 (matematik), 496 (membaca) dan 501 (sains).
Menurut Rafizi, beliau menerima penjelasan rasmi Kementerian Pendidikan yang menggariskan sebab kecorotan itu.
Alasan diberikan adalah sikap murid yang menganggap penilaian itu tidak serius, format soalan teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar dan keutamaan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan pemahaman konsep kepada pelajar.
"Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah sebahagian dari budaya pendidikan yang dibentuk melalui dasar-dasar yang mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang berbeza dan sistem imbuhan atau naik pangkat yang membuka ruang kepada budaya membodek," katanya.
Justeru beliau menggesa agar sukatan mata pelajaran diubah bagi memberi penekanan kepada pemahaman konsep serta menggantung sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bagi meneliti masalah-masalah sistem pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan