Rabu, 4 Disember 2013

SATU SUNAH RASULLULLAH SAW....IALAH MOHON TAUFIK DAN HIDAYAH DARI ALLAH SWT

LIVE!!!, Ceramah Hidayah Allah, oleh Anak Seorang Bekas Sami Hindu, Ustaz Shah Shanmugam

Written By canang on Rabu, 4 Disember 2013 | 12/04/2013 11:09:00 PTG


ISU PENGURUSAN BANJIR ... CAKAP BESAR BERDEGAR-DEGAR SHAHIDAN KASSIM DI MALUKAN OLEH MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT!!!!



Pada 25hb November yang lalu di dalam dewan parlimen, Menteri UMNO yang jaga parlimen Shahidan Kassim dengan mendabik dada lantang berkata beritahu satu dunia yang Malaysia dibawah pemerintahan UMNO/BN 1M'sia dibawah pimpinan Najib Razak merupakan negara yang paling handal dan bijak mengurus bencana banjir .. lebih bijak dan bagus daru negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat.

Hari ini semasa YB Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan mau mengusulkan di parlimen agar Kuantan di istiharkan darurat sampaikan Ahli Parlimen Kinabatangan berkelakuan seperti kebinatangan menggangu kacau usul tersebut, Shahidan Kassim lagi sekali bingkas bangun bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Fuziah Salleh dengan menyatakan, bahawa bantuan segera oleh pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, Bomba dan Penyelamat telah dikerahkan serta merta tapi telah dinafikan akan kebenaran itu oleh YB Fuziah Salleh.

Nah!!! .. hari ini di buletin utama TV3 .. siaran telivisyen milik UMNO sendiri mengeluarkan kenyatan mohon maaf oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim kerana bantuan memang lambat sampai kepada mangsa-mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

Kepada Shahidan Kassim ... ini pesanan ikhlas dari Omak Kau .... dengar baik-baik ya... kalau nak menipu dan membodek melangit ... tolong agak-agak sikit... Kalau dalam parlimen boleh selamba batu menipu .. diluar parliemn lagi kuat menipu tanpa ada sedikit pun rasa malu.

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara-negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, terdapat negara maju yang pihak berkuasanya hanya tiba di kawasan banjir seminggu selepas berlakunya bencana itu, berbeza di negara ini yang mana semua pihak sentiasa bersiap sedia menghadapinya.

Menurut beliau, selain jabatan kerajaan, terdapat sukarelawan yang turut membantu kerja-kerja memindahkan mangsa dan menyediakan makanan di pusat-pusat pemindahan ketika bencana itu.

"Di negara kita juga, ketika berlakunya banjir, mangsa belum dipindahkan tetapi bekalan makanan telah siap disediakan di pusat pemindahan. Selain itu, bantuan RM500 yang diberikan kepada mangsa banjir bukanlah ganti rugi tetapi merupakan token (sumbangan)," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) mengenai kesiapsiagaan kerajaan terutama dari sudut menyediakan bekalan makanan ketika menghadapi bencana banjir.

Ahli Umno Kedah kecewa Mukhriz tak dilantik MT

Beberapa ahli akar umbi Umno Kedah melahirkan rasa kecewa kerana Menteri Besar mereka, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak dilantik menganggotai Majlis Tertinggi.

NONEKushahrom Ku Ahmad (kanan) dari Langkawi berkata ia nampak seperti
pimpinan pusat tidak menghargai usaha dan sumbangan Umno negeri itu yang berjaya merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lepas.

"Kami telah berusaha sepenuhnya untuk mengambil kembali negeri ini dari Pakatan Rakyat... tapi akhirnya kami tak mendapat sebarang pulangan," kata beliau ketika ditemui di Perhimpunan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Mukhriz, anak bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad tidak tersenarai dalam sembilan ahli MT lantikan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum itu beliau tewas tipis dalam persaingan enam penjuru untuk tiga tempat naib presiden Umno.

NONESeorang lagi ahli Wanita dari Langkawi Ku Arfah Ku Bin (kiri) turut
bersetuju yang Umno Kedah diketepikan pusat.

"Walaupun kami menerima bahawa Mukhriz kalah dalam pemilihan parti, tapi apa yang susah sangat nak lantik dia jadi MT?," kata beliau.

Bagaimanapun ada juga delegasi Kedah yang menerima jelas keputusan Najib itu.

Seorang perwakilan Pemuda dari Kedah yang enggan dikenali berkata Mukriz dan kepimpinan parti sepatutnya fokus dalam memajukan negeri dan negara ini bersama.

"Sekarang ini, kita patut fokus untuk membuat Kedah lebih baik tanpa tekanan sebagai ahli MT. Kepimpinan semua patut tunjuk teladan berdamai dan kita semua bekerja untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 akan datang," kata beliau ketika ditemui.

Ahli akar umbi dari Alor Star Azlan Baharuddin bagaimanapun membayangkan Mukhriz masih mempunyai peluang setelah pendakwah popular Mohammad Kazim Elias menolak dilantik menganggotai MT hari ini.

"Peluang mungkin tipis, tapi ya, Mukhriz mungkin terpilih kerana ini," katanya.

Seorang lagi ahli akar umbi parti itu dari Jitra yang hanya mahu dikenali sebagai 'Din' berkata Mukhriz sepatutnya mengambil peluang untuk menjadikan Kedah, negeri model bagi Barisan Nasional.

"Walaupun (tidak dipilih) tidak adil tapi beliau boleh menunjukkan kemampuan beliau di negeri kami. Dengan cara ini, pembangkang takkan mampu memenangi Kedah lagi," tambahnya.
Pakatan mahu MB S'gor kurangkan gaji ADUN
 
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pimpinan Pakatan Rakyat hari ini sepakat menggesa menteri besar Selangor mengurangkan semula gaji wakil rakyat negeri itu.

"Kita putuskan meminta menteri besar dan kerajaan negeri Selangor menimbang semula keputusan yang dibuat dan mengurangkan kadar yang ditentukan.

"Secara terperincinya kita serahkan kepada kebijaksanaan menteri besar, tetapi secara prinsipnya kita setuju jumlah ini perlu dikurangkan," kata Anwar.

Beliau bercakap dalam sidang media di pejabat ketua pembangkang di Parlimen selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pagi ini.

Kenaikan gaji kepada kesemua 56 ADUN tersebut, berkuatkuasa 1 Januari depan, dijalankan melalui usul yang diluluskan di DUN pada 27 November lalu.
   
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 itu turut mempertuntukkan kenaikan gaji Speaker DUN, menteri besar dan barisan exco kerajaan negeri.
Dalam sidang media sama, Anwar turut mengumumkan yang Pakatan akan melancarkan kempen besar-besaran bagi memujuk rakyat menolak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Katanya, kempen yang akan dilancarkan pada 20 Disember ini di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru itu akan membawa tema 'Faham GST, Tolak GST'.
Kempen tersebut dipertanggungjawabkan kepada tiga wakil daripada setiap parti sekutu Pakatan - MP Pandan Rafizi Ramli, MP Petaling Jaya Utara Tony Pua, dan ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.

Tambahnya, Pakatan juga akan menubuhkan satu panel khas untuk mengkaji cadangan persempadanan semula pilihan raya yang mahu dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya.

Panel itu dianggotai MP Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, MP Nibong Tebal Dr Mansor Othman dan MP Serdang Ong Kian Ming, kata Anwar.

Selangor salur RM50,000 bantu mangsa banjir di Pahang

Oleh : Siraj Mohd Zaini
SHAH ALAM 4 DIS : Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada mangsa bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan di Pahang, hari ini.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban ditanggung ribuan mangsa yang terbabit dalam kejadian banjir yang berlaku, dua hari lalu.
rodziah“Bantuan yang kita berikan adalah barangan, makanan dan peralatan sewaktu berada di pusat pemindahan banjir serta beberapa keperluan lain seperti peralatan sembahyang,” katanya.
Rodziah ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis PErhimpunan Penghulu, Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan negeri juga bercadang memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang berlaku di negeri lain seperti Johor dan Terengganu dalam masa terdekat.
“Kita juga mendapat tahu selepas banjir di Pahang yang bermula di Kuantan sudah menjangkau ke Rompin dan saya dapati keadaan lebih teruk di Johor serta Kemaman, Terengganu. Jadi di bawah misi bantuan Selangor, kerajaan negeri tidak menafikan bahawa kita akan membantu mereka,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan negeri menyalurkan dana bantuan RM100,000 kepada mangsa bencana ribut taufan di Haiyan, Filipina serta RM50,000 kepada mangsa bencana dan kemusnahan di Bertam Valley, Cameron Highlands.
Pada masa sama, Rodziah berkata, bantuan daripada pelbagai pihak seperti anak syarikat kerajaan negeri serta kilang di Selangor turut diharapkan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana berkenaan.
“Kita sudah menulis surat kepada pihak berkenaan dan setakat ini, maklum balas yang diberikan mereka positif untuk membantu mangsa banjir yang berlaku di Pahang,” katanya.
-NFN-
 


 

 

 


Apa sudah jadi ? Lawan atau terus bersabar kerana taat pada pemerintah " zalim " ?
 

Hukum mempelajari dan mengamalkan Ilmu Pengasih & Pembenci?

under Haron Din, Islam by

MINYAK-SENONYONG
Soalan
Bolehkah dipercayai ada orang boleh membuat ilmu pengasih atau ilmu pembenci yang boleh didapati daripada pembuatnya dengan harga ribuan ringgit untuk tujuan pengasih atau pembenci. Bagaimanakah pandangan syarak dalam kes-kes seperti ini yang sering disebut berlaku dalam masyarakat kita?
FARAH WAHIDAH ISA
Pasir Puteh, Kelantan




Jawapan
Ilmu pengasih atan ilmu pembenci, ia merujuk kepada ilmu dan pengetahuan. Meski pun manusia diwajibkan mempelajari ilmu, namun ada ilmu yang dibenci dan ditegah oleh syarak khususnya ilmu yang boleh membawa kerugian yang nyata di dunia dan akhirat. Bagi limu pengasih atau ilmu pembenci, saya lebih cenderung untuk meletakkannya dalam kelompok ilmu sihir.
Melakukan sesuatu ikhtiar dengan berdoa ke hadrat Allah SWT atau untuk memperbaiki diri, meningkatkan penampilan diri, menjaga tutur kata dan akhlak mulia boleh menjadi penyebab seseorang itu dikasihi. Itu memang dibenarkan kerana ia adalah usaha atas jati diri atau usaha ‘gentleman’ untuk menaik­kan prestasi diri sehingga dikasihi.
Tetapi mengikhtiarkan sesuatu limu yang diketahui sebagai ilmu pengasih, inilah yang sebagaimana disebut dalam hadis yang disabdakan oleh Rasulullah saw. yang mahfumnya;
“Sesungguh­nya jampi mentera yang meng­gunakan perkataan terlarang dan tangkal menangkal dan at-tiwalah adalah perbuatan syirik.” (Hadis sahih – Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya dan Imam Daud dalam sunannya)
Ibnu Mas’ud ketika menghurai makna perkataan ‘attiwalah’ me­ngatakan; “Ada sesetengah perempuan atau lelaki, mengguna­kan sejenis tangkal atau seumpamanya, dipakai pada dirinya dengan tujuan menambat atau menyebab­kan dirinya lebih dicintai oleh orang lain, maka perbuatan itu adalah sejenis sihir.” Ertinya, Ibnu Mas’ud meng­anggap ilmu pengasih dengan ikhtiar yang sedemikian tadi sebagai ‘at-tiwalah’, sebagai perbuatan syirik.
Dalam kitab Ibnu Mas’ud di halaman 32, juga ada menyebut yang bermaksud Hukum-hukum jampi mentera dan tangkal-tangkal seperti benang-benang dan simpulan padanya yang dibawa jampi khusus untuk dipakai oleh perempuan atau lelaki dengan tujuan dia dicintai, yang disebut sebagai ilmu pengasih adalah termasuk dalam ‘at-tiwalah’.
Oleh itu ilmu pengasih yang digunakan daripada kaedah mengambilnya (mempelajarinya) dari seseorang untuk dipakai atau kadang-kadang diberi makan dan bahan sihir yang kotor amat ditegah oleh Islam untuk mengamalkannya.
Demikian juga orang yang meng­gunakan kaedah yang sama untuk memisahkan seseorang dengan se­seorang yang lain apatah lagi memisahkan dua orang yang berkasih kerana Allah ataupun antara suami isteri yang rumah tangga mereka ru­kun damai, tidak dengan cara nyata, digunakan cara halus.
Ilmu pembenci ini jelas ditegah oleh Islam. Firman Allah (Surah aI-Baqarah ayat 102);
AlBaqarah102
“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”
Saya rujuk dalam Tafsir al­-Qurthubi juzuk kedua halaman 55, dalam tafsiran petikan ayat ini menyebut; “Tidak boleh dinafikan bahawa sihir mempunyai kesan pada hati-hati manusia dengan memaksakan kasih kepada mereka atau menjatuhkan kebencian yang melampau sehingga jika mereka bersuami isteri, pembenci itu boleh menyebabkan perceraian.”
Demikian juga perbuatan angkara makhluk halus ini boleh membolak-balikkan hati manusia, risau tidak menentu, sakit hati (menyampah) tidak tentu pasal sehingga membawa kepada kemurungan.
Semua yang tersebut di atas dapat dilihat dengan nyata dalam penghidupan seharian, kalau ada yang mengingkarinya mereka adalah orang-orang yang sengaja keras kepala.
Pada saya angkara jahat ini memang boleh berlaku, ada orang yang benar-benar boleh melakukan ilmu yang salah ini, memang boleh berlaku dengan izin Allah SWT.
Ada pun sebahagiannya dilaku­kan oleh orang yang tidak mempu­nyai kebolehan tetapi sengaja melakukan temberang kononnya dia pandai ilmu pengasth, seba­Iiknya memperdayakan mangsa untuk tujuan mendapat keun­tungan.Memang berlaku, ramai yang tertipu, wang habis tetapi hajat tidak kesampaian.
Namun demikian, sama ada perbuatan itu sungguh-sungguh menjadi kerana kepakaran in­dividu tertentu atau dibuat tetapi tidak menjadi, kesemua perbuatan itu termasuk dalam perkara sihir yang ditcgah oleh syarak. Sebaiknya dielakan dan dijauhi.
Wallahu a’lam,
Sumber: Darussyifa


ADAKAH SOLAT  DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T ATAU TIDAK?

SABDA RASULULULLAH S.A.W..."Rasulullah saw juga bersabda bahawa: " 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya :

1 . Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2 . Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3 . Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4 . Orang lelaki yang melarikan diri.

5 . Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya ( taubat ) .

6 . Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7 . Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8 . IMAM ATAU PEMIMPIN YANG SOMBONG / ZALIM DAN MEMBUAT ANIAYA

9 . Orang-orang yang suka makan riba ' .

10 . ORANG YANG SOLATNYA TIDAK DAPAT MENAHANNYA DARIPADA MELAKUKAN PERBUATAN YANG KEJI DAN MUNGKAR...


Ada perwakilan terpaksa pulang kerana banjir
9:56PM Dis 4 2013
Beberapa perwakilan Pemuda Umno terpaksa meninggalkan Perhimpunan Agung Umno 2013 lebih awal susulan bencana banjir di kawasan masing-masing.
  
Antaranya Ketua Pemuda Umno Besut Azizul Jasmi Mohamad yang menerima khidmat pesanan ringkas daripada isterinya memaklumkan kediaman mereka di Jertih ditenggelami air.
  
"Saya mungkin terpaksa pulang secepat mungkin dan tidak dapat menunggu sampai habis persidangan kali ini," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Bencana banjir di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, dan Johor sejak beberapa hari lepas dilapor semakin buruk dengan ribuan mangsa terpaksa dipindahkan.
  
Ketua Pemuda Umno Kluang Datuk Khairul Anwar Rahmat pula memberitahu Bernama beberapa perwakilan dari bahagiannya telah pulang ke kawasan masing-masing bagi membantu mangsa banjir.    
  
"Mereka dukacita tidak dapat bersama lebih lama namun reda dengan perkara ini. Mereka meminta kita teruskan semangat perjuangan ini hingga selesai persidangan," katanya.
  
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Sheikh Nafiq AlFirdaous berkata satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyalurkan bantuan ke kawasan terjejas secepat mungkin.
  
"Saya turut menerima banyak aduan berkenaan kecemasan ini dan ketika ini ada rakan-rakan exco dan ketua-ketua Pemuda bahagian yang terlibat dengan perhimpunan telah pulang ke kawasan masing-masing.
  
"Mereka turut sama-sama membantu dan memberikan bantuan yang terdaya bersama-sama rakyat," katanya.
  
- Bernama


Tiada ulasan: