Sabtu, 7 Disember 2013

SEBAGAI MAKHLUK ALLAH....DIAKHIRAT MASING2 JAWABLAH...MASING2 AKAN DIHISAB....DIMANA PENILAIAN ALLAH YANG SANGAT TEPAT...YANG BUJANG BIASA AKAN KAWIN...MUNGKIN JADI JANDA ATAU DUDA...JADI TUA ITU KEMESTIAN ...ITU PUN JIKA SEMPAT TUA...MATI ITU YANG PASTI...JADI MUDA JANGAN BANGGA SEBAB IA AKAN TUA...YANG TUA JANGAN BERLAGAK SAKAN KERANA AKAN MATI....TAK KIRA HIDUP MEWAH ATAU TAK

Najib ceritakan jasa isterinya pada rakyat

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menceritakan bahawa isterinya Rosmah Mansor telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik.

Najib berkata sewaktu Operasi Piramid pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara.

Perdana menteri berkata ia merupakan salah satu daripada dua jasa Rosmah yang tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa sewaktu operasi itu dijalankan dua tahun lalu.

NONE"Saya minta isteri saya menelefon isteri presiden Suzanne, merayu untuk membebaskan (pelajar itu), dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," katanya.

Bagi jasa kedua, Najib berkata semasa operasi yang berjalan, Najib berkata isterinya juga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan "jaringan" dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.

"Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.

"Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," kata Najib.

"Ada bayar, bayaranlah malam ni," kata Najib sambil diiringi gelak ketawa perwakilan.

Rosmah lawat bilik operasi media di PWTC
3:00PM Dis 7 2013
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melawat bilik operasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Laman Media, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau operasi Bernama dan melihat foto-foto yang dirakam oleh jurugambar Bernama sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2013 sejak Isnin lepas.

Petugas Bernama yang berada di bilik media juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama beliau.

Rosmah juga melawat kawasan operasi pertubuhan media yang lain serta beramah mesra dengan petugas media ketika melawat Laman Media itu.

- Bernama

Perwakilan: Rosmah naik jet untuk keselamatan

Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan, Affendi Zahri hari ini mempertahankan kontroversi kerajaan menaja penerbangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi.

Katanya, penggunaan jet peribadi oleh pasangan hidup Datuk Seri Najib Razak itu untuk tujuan keselamatan semata-mata.

“Kalaulah apa-apa terjadi kepada tubuh badan dan keselamatan isteri perdana menteri sudah tentu bebanan emosi kepada perdana menteri kita, dia (Najib) kena fikir 27 bilion, huih, sayang o," katanya ketika membahaskan usul ekonomi yang dibawa perwakilan Umno Kelantan.

Affendi sekali gus mengkritik pembangkang yang didakwanya banyak membuat tohmahan kepada pasangan negara itu kebelakangan ini.

Ucapan beliau itu menggamatkan suasana dan mencuit hati perwakilan di dalam mahupun di luar dewan.

Suasana lebih menghiburkan apabila Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Amiruddin Badaruddin turut mencelah sebelum Affendi meneruskan perbahasan.

"Kalau benda itu kelulusan rasmi, apakah itu rasmi? Rasmi ini adalah apabila mendapat jemputan, bukannya isteri perdana menteri itu nak pergi holiday (bercuti). Kalau pergi holiday saya pun tak setuju, lainlah kalau dia jemput saya sekali.

"Tapi ini dijemput, jadi teruskan. Isu keselamatan tidak ada had harga...," tambahnya lagi.

Masa pemimpin berharga

Affendi juga berkata, penggunaan jet peribadi atau helikopter untuk pemimpin kanan negara amat penting kerana masa mereka yang begitu berharga dan tidak boleh dibazirkan.

Tambahnya, kerana kemudahan itulah, Najib semalam dapat pulang ke Pahang untuk meninjau masalah banjir dan kembali semula untuk persidangan parti itu dalam masa yang singkat.
Pertemuan PM-MB K'tan: Nik Aziz didakwa menipu

Tanpa menyebut nama secara khusus Perwakilan Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahya membidas Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung kenyataan beliau yang menyatakan "kesukaran menteri besar pembangkang berjumpa perdana menteri".

Bidasan itu dibuat susulan kenyataan Nik Aziz yang mengenai pertemuan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib di pejabat beliau di Putrajaya baru-baru ini.

NONE"Semalam ditunjukkan (video klip) orang yang menipu. Ada seorang lagi menipu, dia kata selepas 23 tahun baru perdana menteri membuka pintu kepada MB Kelantan.

"Betapa bohongnya (percakapan itu) walaupun (beliau) dianggap mursyid, walaupun dianggap tok guru," katanya.

Bagi membuktikan dakwaan itu, Shabudin menunjukkan gambar dan mengemukakan tarikh serta kronologi pertemuan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1999, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007 dan Najib sendiri pada 2009 dan 2010, dengan Nik Aziz.

"Biar orang kata kepada kita. Kita tahu apa yang kita buat," katanya ketika mencadangkan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno petang ini.

Nik Aziz sebelum ini dilapor menyifatkan pertemuan Ahmad dan Najib di Putrajaya sebagai "satu pertemuan yang tidak dijangka".

Katanya sepanjang lebih 20 tahun beliau menerajui negeri ini, tiada pertemuan rasmi seumpama itu diaturkan.

"23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu.

"Insya-Allah, kita minta doa Allah buka pintu hati jangan menjadi syaitan merosakkan hati manusia, ingatkan syurga dan neraka, ingat apa yang kita buat apa sahaja akan mendapat balasan" kata Nik Aziz seperti dilapor dalam Sinar Harian Online.

"Kalau nak murah lagi tahu perdana nenteri nak naik apa?

"Naik kereta lembu mahu? Sampai tahun depanlah," katanya timbalan Ketua Umno Titiwangsa itu, disambut ketawa perwakilan.

'Seri Perdana lambang kebanggaan'


Dalam perbahasan itu juga, Afendi juga turut menyebut beberapa isu yang dibangkitkan pembangkang, antaranya, tarif elektrik Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri yang menelan jutaan ringgit.

Beliau menjelaskan bahawa kediaman itu sebagai lambang kebanggaan negara maka sewajarnya ia cantik dan terang benderang.

azlan"Isu elektrik Seri Perdana, semua takkan kita nak tengok rumah perdana menteri gelap gelita, kalau gelap gelita pergi kuburlah.

"Rumah Seri Perdana ini adalah lambang kemegahan yang diberikan kepada perdana menteri, kena cantik. Bak kata orang tua-tua besar periuk, besarlah keraknya.

"Takkan kita nak terangkan rumah perdana menteri Seri Perdana, tiap-tiap kali kita datang, buka lampu. (Kemudian) kita masuk rumah kita katup lampu. Itu rumah Abu Nawas bukan rumah Seri Perdana," katanya.

Pengerusi tetap kemudiannya menyampuk, sekali gus menceriakan sidang perbahasan.

"Takkan masuk bilik air pun nak tutup lampu?" kata Amiruddin.
'Songket dedah pemakainya dara atau janda...'

Perwakilan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mencuit hati hadirin sewaktu perbahasan usul agama di Perhimpunan Agung Umno 2013 pagi ini.

Arifin menceritakan tentang adat pakaian Melayu yang mempunyai maksud tersirat.

Beliau memberi contoh pakaian tradisi seperti baju kurung, baju melayu dan kain songket.

Menurut beliau, baju kurung dinamakan sedemikian kerana ia 'mengurung' pemakainya supaya bertepatan dengan syariat Islam.

"Kalau pakai samping pula, jika sampingnya atas lutut kalau bujang, bila sudah kawin samping bawah lutut. Jika Ulama, satu pelempang bawah lutut, jika dia orang bergelar (kenamaan) tiga pelempang bawah lutut," kata beliau.

Beliau menambah cara wanita memakai songket turut mencerminkan status pemakainya.

"Songket kalau wanita pakai, kepala kain di hadapan, dia seorang perempuan bujang, kalau kepala songket di belakang, seorang wanita berkahwin, sebelah kanan orang bergelar, kiri seorang janda," tambahnya, menyebabkan Pengerusi Tetap, Tan Sri Amiruddin Badalrudin tergelak besar.

Justeru, Arifin yang juga ADUN Membakut itu memohon petua dan adat Melayu yang unik ini didokumentasikan dan diajar kepada semua orang Melayu dunia pascamoden negara ini.

Beliau turut mencadangkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menghadapi saat sukar diperkasakan, kerana badan itu menjaga Bahasa Melayu yang penting dalam warisan orang Melayu.

"Saya minta timbalan  presiden untuk bantu penerbitan satu buku yang mengandungi 50,000 kata bidalan dan hikmat orang-orang Melayu. Boleh dibuat di DBP kerana sebelum ini 60 karyawan menarik hak mereka dari DBP kerana berasa kurang yakin dengan mereka."
KJ: Rakyat disuruh ikat perut, tapi laporan audit...

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sekali lagi mengingatkan kepentingan menarik sokongan anak muda.

Khairy berkata walaupun Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun ini berjaya meletakkan golongan mahasiswa untuk bersama dalam pentas perbahasan, golongan itu hanya sebahagian dari keseluruhan anak muda.

Beliau turut mahu Umno mula mendekati anak muda seawal usia 17 atau 18 tahun bagi memikat hati mereka dalam perjuangan parti.

"Sebahagian besar anak muda tidak sampai ke menara gading.

"Kalau tak didekati dari sekolah, kita ketinggalan dalam blok yang besar," kata beliau dalam ucapan penggulungan PAU ke-67 hari ini.

Khairy juga menyentuh isu paling penting anak muda iaitu kos hidup yang semakin tinggi.

Beliau berkata kira-kira 75 peratus anak muda khususnya di bandar berpendapatan kurang RM3,000 tidak mampu mempunyai simpanan.

Justeru beliau mahu kerajaan menaikkan peruntukan untuk Skim Rumah Transit kepada Kementerian Perumahan untuk membina lebih banyak rumah dalam skim sedemikian.

"Peruntukan tambahan ini perlu kerana 600 rumah yang dibina dalam skim ini tak cukup," kata beliau.

Pemuda 'tulang depan'
Dalam soal sama, Khairy menyokong penuh penubuhan sebuah jawatankuasa di bawah Ketua Setiausaha Negara untuk bertindak ke atas laporan ketua audit negara.

Menurut beliau, tidak adil meminta rakyat berjimat tetapi pada masa sama pelbagai laporan ketirisan dan rasuah tak dapat dijelaskan.

"Bila lihat laporan ketua audit negara yang tak dapat dijelaskan dan pada masa sama suruh rakyat ikat perut, mereka akan marah dan benci kita.

"Kita mesti hukum dan ambil tindakan ke atas mereka yang ambil rasuah ini," kata beliau.

Beliau turut berseloroh dengan para perwakilan apabila memberi komen ditujukan kepada Wanita Umno.

"Pemuda Umno tak payah gelaran tulang belakang Umno kerana kita telah menyumbang tulang-tulang depan Umno yang besar," kata beliau disambut sorakan perwakilan.
Menyorokkan rasuah di belakang perkauman

"We are fighting for a society where people will cease thinking in terms of colour." (8 Mac 1993) - Mendiang Nelson Mandela (bawah)
Pada November yang lalu, bekas naib canselor Universiti Malaya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon berkata di Persidangan Asia Barat dan Afrika, di Kuala Lumpur, bahawa isu perkauman digunakan oleh sesetengah ahli politik di Malaysia bagi melindungi kegiatan rasuah yang dilakukan pemimpin terbabit.
NONEBeliau juga berkata isu perkauman dimainkan bagi melindungi salah laku selain mengelak mereka yang terlibat daripada dituduh atas aktiviti tidak bermoral itu.
Saya tertarik dengan kata-kata beliau memandangkan di Malaysia terdapat satu gabungan parti politik yang masih mengamalkan politik perkauman dan gabungan ini berada di posisi di mana rasuah boleh berlaku secara berleluasa.
Apabila seorang cendekiawan memberi komen sedemikian, kita pastinya tertanya-tanya apakah yang beliau tahu, dan ingin mengetahui secara lanjut apa yang dimaksudkan oleh Ghauth?

Sejauh manakah dan apakah contoh-contoh sifat perkauman dan kegiatan rasuah berkait di negara ini?

Topeng-topeng rasuah
Ghauth (bawah) juga berkata: "Jika negara dipenuhi dengan pemimpin rasuah, mereka akan menggunakan isu perkauman untuk melindungi kesalahan bagi menarik perhatian."
Adakah dengan terus mempromosikan sifat perkauman yang semakin menebal, semakin tersoroklah kegiatan rasuah yang berleluasa?
NONESekiranya ini benar, apa-apa gabungan politik yang masih berteraskan politik perkauman seharusnya dihentikan dan tidak lagi relevan kerana ia hanya melindungi kepentingan sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai topeng untuk melindungi kegiatan rasuah.

Dan mereka bukannya membantu atau memperkasakan sesuatu kaum tersebut seperti yang dikatakan, sebaliknya menghancurkan negara kita yang tercinta ini.
Kita terpaksa akui bahawa masalah perkauman sememangnya wujud di Malaysia, tetapi apa yang menyedihkan, kita masih mempunyai pemimpin-pemimpin yang menyokong isu tersebut dan bukannya membantu menyelesaikannya.
Adakah dengan masih wujudnya sifat perkauman di Malaysia ini, yang dipraktikkan oleh sesetengah ahli politik dan pemimpin negara sendiri, menyumbang kepada kemerosotan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2013 Transparency International yang diterbitkan beberapa hari yang lalu?

Indeks ini merupakan satu peringatan kepada salah guna kuasa, perundingan rahsia dan kegiatan rasuah yang berlaku di seluruh dunia.

Resipi kehancuran

Malaysia berada di tangga ke-53 dengan markah 50, di mana markah 100 menunjukkan paling bersih dan 0 menunjukkan tahap korupsi tertinggi.

Singapura berada di tangga ke-5 dengan markah 86, Hong Kong di tangga ke-15 dengan markah 75, Taiwan dan Israel di tangga ke-36 dengan masing-masing markah 61.
Rakyat Malaysia tidak harus lagi tertipu dengan agenda perkauman yang hanya akan membawa kepada kehancuran negara kerana pejuang-pejuang perkauman ini hanya melindungi kepentingan mereka bukannya memperkasakan sesuatu kaum itu sendiri.
NONESekiranya perlu lagi contoh sikap perkauman yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak di sebuah parti politik, boleh lihat sahaja di mana seorang perwakilan Umno meminta slogan Salam 1Melayu menggantikan Salam 1Malaysia kerana kaum lain gagal membantu Umno negerinya.

Wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir (kanan) menceritakan pengalaman beliau 'ditikam' oleh kaum lain ketika pilihan raya umum lalu dalam perbahasan ucapan dasar presiden, semalam.
Ghauth Jasmon berkata: "Jika negara dipenuhi ahli politik yang rasuah, ia adalah resipi kehancuran."
Saya juga percaya jika negara berbilang kaum ini dipenuhi ahli politik dan pemimpin yang bersifat perkauman, ia juga satu resipi kehancuran.
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menolak politik perkauman dan perlu sama-sama bersatu membina impian Malaysia dan bukannya hanya melihat kepada perbezaan warna kulit atau mencari sebab untuk membenci satu sama lain.

Malaysia adalah tanah tumpah darah kita semua.

NONEDYANA SOFYA MOHD DAUD setiausaha politik kepada ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
1Melayu: Musa tak akan minta maaf

Perwakilan Umno Datuk Musa Sheikh Fadzir tidak akan meminta maaf kepada parti komponen Barisan Nasional Gerakan atas cadangannaya berhubung Salam 1Melayu.

Beliau menjelaskan bahawa saranan 1Melayu tersebut hanya untuk konteks Perhimpunan Agung Umno dan bukannya untuk menggantikan konsep 1Malaysia ciptaan presiden Umno sendiri.

"Saya bukan kata nak tukar 1Malaysia dengan 1Melayu. Saya nak satukan orang melayu. Dia (Gerakan) dok kelam kabut buat apa.

"Baru-baru ni Jeff Ooi kata kucing kurap, mana suara Gerakan? Bila orang kata ROS (Pendaftar Pertubuhan) anjing Umno mana suara Gerakan?

"Nak cakap apa? Dia tak payah jadi hero. Orang kenal siapa dia. Ini perhimpunan Melayu, kita ada hak nak cakap 1Melayu," katanya sewaktu ditemui.

Semalam, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong dengan keras mahu Musa minta maaf dan menarik balik saranannya supaya Salam 1Melayu menggantikan Salam 1Malaysia.

Musa menganggap kenyataan Oh sebagai tidak adil lantaran tidak memahami konteks perhimpunan tahunan parti.

"Dia (Oh) tak ada dalam (himpunan) ni, dia tak tau. Tak payah nak jadi hero. Orang tahu siapa dia. Orang tahu siapa Gerakan di Pulau Pinang. Saya takkan minta maaf.

"Pasal apa nak minta maaf? Saya tak buat salah," tegas Musa.

1. Perwakilan mahu Salam 1Melayu, bukan 1M'sia
2. 1Melayu: Gerakan tuntut permohonan maaf Umno

Tiada ulasan: