Sabtu, 7 Disember 2013

LETAK AJE....JANGAN MUNGKIN2 AJE...BEGITU DITEMPAT2 LAIN YANG MAKSIAT BERLAKU SECARA TERANG...BARU KITA BENAR2 SERIUS MENJAGA AGAMA ALLAH.....INGAT AJAL ITU DITANGAN ALLAH SWT

Tiga Lamborghini hangus di lebuh raya
  • Tiga Lamborghini hangus di lebuh raya Kelihatan tiga buah kenderaan mewah Lamborghini sedang marak dengan api ketika kemalangan berlaku.
1 / 2
SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.

Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.

Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.

Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.
Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.

3 Lamborghini berkecai di jalan

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
Seremban: Kemalangan tiga kereta mewah Lamborghini di Kilometer 260, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, pagi semalam, menimbulkan persoalan apabila pemandunya lesap dari tempat kejadian.
Dalam kejadian pada jam 9.57 pagi itu, kemalangan dikatakan berlaku ketika lima kereta milik warga Singapura itu dikatakan berkonvoi dari negara berkenaan ke Kuala Lumpur.

Sebuah kereta dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kenderaan terbabit lalu menyebabkan ketiga-tiganya terbakar.
Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta terbabit yang belum dipastikan bilangan dan identiti mereka dikatakan diselamatkan orang awam sejurus selepas kejadian. Ketiga-tiga kereta mewah itu dianggarkan RM3 juta sebuah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, sehingga lewat petang semalam, tiada pemandu mahupun pemilik ketiga-tiga kenderaan berkenaan tampil ke bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu untuk membuat laporan.

“Kami meminta pemilik kenderaan terbabit segera membuat laporan di IPD Seremban atau mana-mana balai polis untuk membolehkan siasatan dilakukan.
FotoBAHAGIAN depan sebuah kereta yang terselamat.
FotoTIGA kereta hangus selepas terbabit kemalangan.
“Setakat ini, kami hanya menerima laporan daripada orang awam dan tiada mana-mana pihak berkaitan sama ada pemandu atau penumpang membuat laporan sehingga lewat petang ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang serta Seremban tiba di lokasi kejadian pada jam 10.04 pagi, namun ketiga-tiga kenderaan terbabit didapati hangus terbakar.

Kemalangan RM7.2 juta



PIHAK berkuasa menyiasat sisa-sisa kemalangan yang melibatkan tiga buah kereta Lamborghini milik orang Singapura yang terbakar dekat Seremban semalam.


SEREMBAN - Tiga buah kereta mewah Lamborghini model Aventador dan Gallardo yang nilainya mencecah RM7.2 juta terbakar dalam kemalangan di Kilometer 260 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini semalam.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 9.55 pagi itu, lima buah kereta mewah milik warga Singapura berkonvoi dari republik itu ke Kuala Lumpur.
Sebuah Lamborgh ini model Gallardo bernilai RM1.2 juta manakala model Aventador pula berharga RM4.8 juta.

Lamborghini baharu dilancar di atas kapal



GAMBAR menunjukkan bentuk sisi kereta itu.


DUBAI - Pelancaran kereta sport Lamborghini Veneno Roadster baharu yang berharga AS$4.5 juta (RM14.55 juta) dibuat di atas sebuah kapal pengangkut pesawat milik tentera Itali di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2 Disember lalu.
Kereta itu dilengkapi enjin V-12 yang mempunyai 750 kuasa kuda dan boleh dipandu melebihi 340 kilometer sejam kerana rangka badannya diperbuat daripada gentian karbon yang ringan.
"Kami berasa berbesar hati kerana Lamborghini dipilih untuk mewakili industri kereta Itali di UAE dan kami mempunyai peluang untuk menunjukkan Veneno Roadster buat kali pertama di Abu Dhabi," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephen Winkelmann.
Menurutnya, Lamborghini mempunyai ramai peminat di rantau ini.
Winkelmann berkata, rantau Asia Barat merupakan antara pasaran terbesar kereta itu. - Agensi
Kemalangan: Tiga sekeluarga maut
  • Kemalangan: Tiga sekeluarga maut Jenazah tiga beranak dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Gemok, pagi semalam. Gambar kecil: Dari kiri: Rosmah, Haikal
1 / 3
PEKAN – Niat seorang ibu membawa tiga anaknya ke Kuantan untuk menukar kereta yang baru dibeli dengan seorang lagi anaknya berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka terbunuh dalam kemalangan di kilometer 40 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Rosmah Othman, 47, dari Taman Wawasan Endau, Rompin bersama dua anaknya, Mohd Haikal Syukri Razali, 19, dan Norzafirah Razali, 11, maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mereka bertembung dengan lori milik Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, seorang lagi mangsa, Nurul Najila Razali, 7, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Menurutnya, kemalangan berlaku selepas kereta yang dipandu Mohd Haikal dari arah Kuantan menghala ke Rompin masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

“Pertembungan kuat yang berlaku menyebabkan semua mangsa tersepit di dalam kereta dan maut serta merta akibat kecederaan parah yang dialami di bahagian kepala dan badan.

“Pemandu lori terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan namun kereta yang dinaiki empat sekeluarga remuk manakala lori berkenaan rosak di bahagian hadapan sebelah kanan di mana kedua-dua tayar hadapan tercabut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Yahaya berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pekan bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga pada jam satu pagi semalam dan siasatan kini masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Pertemuan akhir di HTAA

Bekas suami mangsa, Razali Ali, 49, yang ditemui Sinar Harian tidak menyangka pertemuan secara kebetulan di Hospital Kuantan kelmarin adalah pertemuan terakhir dengan bekas isterinya itu.
“Saya membawa isteri ke Hospital Kuantan untuk menerima rawatan penyakit buah pinggang dan tidak sangka kami bertemu di sana.

“Saya tahu dia akan ke Kuantan bersama dengan anak-anak tetapi tidak sangka kebetulan boleh jumpa pula. Dia bersama anak-anak juga kebetulan sahaja singgah di hospital kerana mahu melawat bekas Ketua Kampung Tanjung Gemok yang dimasukkan ke wad,” katanya.

Menurut Razali, bekas isterinya itu ke Kuantan untuk menukar kereta dengan seorang anak lelakinya yang belajar di UiTM Jengka.


Penduduk kampung rasa kehilangan

Sementara itu, beberapa penduduk yang ditemui melahirkan rasa sedih dengan  pemergian Rosmahdan menganggap suatu kehilangan yang besar buat kampung.

Ketua Kampung Tanjung Gemok, Mohd Zaker Awang, berkata, arwah merupakan seorang yang baik hati dan sangat aktif di kampung.

“Dia banyak membantu jiran-jirannya dan suka mengajak wanita kampung untuk ke masjid, pendek kata dia memang seorang yang baik,” katanya.

"Jenazah tiga beranak tersebut tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Tanjung Gemok sekitar jam 4 pagi," katanya.

Ahli keluarga mengambil peluang untuk melihat jenazah buat kali terakhir sebelum ketiga-tiga jenazah disembahyangkan bersama.

Jenazah seterusnya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Gemok untuk dikebumikan dalam satu liang lahad dan proses pengebumian selesai kira-kira jam 5.30 pagi, semalam.


Kenduri arwah atuk bertukar untuk ibu dan adik

Anak kedua arwah Rosmah, Mohd Zulhilmi Razali, 20, mendedahkan, hasrat arwah untuk mengadakan kenduri arwah bapanya tidak kesampaian.

“Hasrat ibu adalah untuk mengadakan kenduri arwah atuk hari ini (semalam) namun hajatnya tidak kesampaian malah majlis bertukar pula kepada kenduri arwah untuknya dan adik,” katanya kepada Sinar Harian.

“Arwah tidak menunjukkan tanda luar biasa namun beliau berulang kali menyatakan hasrat mahu mengadakan kenduri arwah atuk dan mahu saya balik jika berkelapangan,” katanya.

Pelajar semester akhir Pengurusan Perbankan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka, itu berkata sebelum ini beliau tinggal bersama ibunya selepas berpisah dengan bapa sejak 3 tahun lalu.

“Saya dan adik beradik lain tinggal bersama ibu namun ayah tetap melaksanakan tanggungjawab dengan memberikan wang perbelanjaan dan sentiasa melawat kami apabila ada kelapangan.” katanya
Kematian 3 beradik: Puteri nak balik kampung
  • Kematian 3 beradik: Puteri nak balik kampung Jenazah Nur Izzati Husna, 12, dan adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dikebumikan dalam satu liang lahad bersebelahan pusara kakak mereka, Noor Syafikah Nadia, 14 di tanah perkuburan Islam Kampung Alor Semela, hari ini.
1 / 1
ALOR SETAR - “Adik nak balik rumah mak (nenek), nak balik Ganung (Terengganu).”

Itulah kata-kata terakhir Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, yang masih tergiang-ngiang dalam ingatan neneknya sebelum hilang dan ditemui meninggal dunia bersama kakaknya, Nur Izzati Husna, 12, dan Noor Syafikah Nadia, 14, di dua lokasi berasingan, semalam.

Nenek mangsa, Robiah Daud, 59, berkata, dia dapat bercakap dengan cucunya itu melalui perbualan telefon sehari sebelum tiga beradik terbabit didapati hilang.

Katanya, Puteri yang lebih mesra dipanggi 'adik' selalu menelefonnya untuk bertanya khabar.

“Dia kalau telefon mak cik tanya dah makan ke belum? Mak duk buat apa? Itu sajalah dia tahu cakap, di samping gelak ketawa bersama dua kakaknya.

“Sebelum hari kejadian pula adik telefon.... rasa dia seronok sangat cakap nak balik kampung. Nak balik rumah mak Ganung (Terengganu) adik kata,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Robiah berkata, selepas diberitahu anaknya mengenai kejadian itu, dia bersama anak-anak terus datang ke rumah anaknya di Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, dekat sini.

“Kami semua sangat terkejut macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Tiga cucu pergi sekali gus...Tuhan saja yang tahu perasaan kami.

“Mak cik reda kerana sudah ditakdirkan... tapi apa dosa cucu-cucu mak cik sampai ada orang buat begitu. Kami sekeluarga berharap orang yang melakukan perbuatan jahat itu dapat hukuman setimpal,” katanya.

Sementara itu bapa mangsa, Rusdi Rani, 38, berkata, dia sekeluarga sememangnya merancang untuk pulang ke kampung orang tuanya di Jertih, Terengganu.

“Saya dan isteri dah minta cuti dua minggu nak balik kampung sebab agak lama tak balik. Anak-anak pun seronok terutama Puteri yang asyik tanya bila nak balik rumah mak di Terengganu.

“Tapi benda ni pula yang terjadi, saya tak tahu nak kata apa. Isteri saya sampai tak lena tidur, berlinang air mata sepanjang masa,” katanya.

Ditanya mengenai kelakuan anak-anaknya sebelum kejadian, Rusdi berkata, ketiga-tiga anaknya tidak mempunyai ramai kawan termasuk tidak mengetahui sama ada anaknya mempunyai kawan lelaki atau tidak.

“Mereka banyak berada di rumah, kawan-kawan pun perempuan dan saya pun kenal. Bila tanya kawan anak, mereka pun kata tak ada berkawan dengan lelaki.

“Lagipun kami baru tinggal di sini setahun lebih, sejak duduk sini kami anak beranak tak ada masalah apa-apa...orang kampung pun OK,” katanya.
Adik bakal pengantin maut
  • Adik bakal pengantin maut Mayat mangsa berjaya dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk.
1 / 1
LEMBAH BERINGIN - Seorang adik kepada bakal pengantin perempuan maut setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 410.3 arah Kuala Lumpur selepas susur masuk Plaza Tol Lembah Beringin, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Noor Syaliny Ab Sani, 21, maut akibat tersepit di tempat duduk belakang kereta jenis Toyota Corrolla sementara pemandu, Nasarul Zaharin Nasaruddin, 28, dan tunangnya, Noor Maznin Ab Sani, 27, hanya mengalami kecederaan di kepala.

Difahamkan, kedua-dua pasangan berkenaan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Disember ini dan beberapa kad jemputan turut ditemui berselerak di atas jalan berikutan kemalangan itu.

Sumber berkata, kemalangan berpunca dari kegagalan pemandu mengawal kenderaan ketika melalui jalan basah menyebabkan keretanya terbabas ke kiri jalan dan merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di bahu jalan.

"Kereta mangsa dipercayai berpusing-pusing sebelum melanggar lori yang membawa muatan khinzir itu," katanya.

Anggota Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Pasangan berkenaan yang parah dikejarkan ke Hospital Slim River manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Superintendan Zulkifli Bedin berkata, siasatan awal mendapati kesemua mangsa dalam perjalanan dari kampung di Kuala Kangsar untuk ke Kuala Lumpur.

“Sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kereta yang dipandu hilang kawalan disebabkan jalan basah dan licin kerana hujan lebat.

“Kereta berpusing beberapa kali sebelum merempuh sebuah lori yang (setakat ini) tidak diketahui nombor pendaftarannya,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan oleh Inspektor Maszaliza Ibrahim @ Othman di bawah Seksen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat dua beranak hilang ditemui



SALAH seorang anggota keluarga yang tidak dapat menahan kesedihan memeluk mayat Jamali Ali yang ditemui di Kuantan semalam.


KUANTAN - Pasukan penyelamat berjaya menemui mayat dua beranak iaitu Jamali Ali, 45, dan anaknya, Megat Muhammad Nazli, 17, yang hilang ditelan arus banjir dalam kejadian Rabu lalu.
Mayat Jamali yang merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan ditemui pada pukul 2.30 petang semalam di tali air dekat Gudang Rasau di sini, kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
Dalam pada itu, mayat Megat Muhammad Nazli pula ditemui tersangkut di sebatang pokok berhampiran sebuah tali air pada pukul 9.30 pagi di Taman Guru, tidak jauh dari lokasi penemuan mayat bapanya.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, kedua-dua mayat itu ditemui pasukan penyelamat yang dibantu oleh ahli keluarga mangsa.
"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan telah dituntut keluarga mereka bagi urusan pengebumian," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.
Kasino dalam hutan diserbu
  • Kasino dalam hutan diserbu Lokasi pusat perjudian yang terletak di tengah-tengah hutan untuk melindungi dari dikesan Polis diserbu kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin
1 / 3
TAMBUN – Sindiket judi haram yang licik menjalankan operasi di tengah hutan di Kampung Baru di sini, bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa akhirnya tumpas dalam serbuan Op Dadu, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, seramai 34 kaki judi warga tempatan, termasuk lapan wanita berusia antara 40 hingga 74 tahun yang leka berjudi dicekup empat pegawai dan 23 anggota Pasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Lokasi pusat judi di kelilingi hutan dan kebun buah kedondong dengan jarak kira-kira dua kilometer dari jalan utama itu dikesan aktif sejak tiga minggu lalu sering menjadi tumpuan kaki judi.

Kaki judi ini sanggup melalui jalan tanah merah berlopak sebelum tiba di pagar diperbuat dari zink dengan seorang penjaga ditempatkan di pintu masuk markas perjudian itu.

Ketua Unit Pencegahan Perjudian, Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, penganjur judi haram ini licik menjalankan operasi seawal jam 10 pagi hingga tengah malam jauh daripada penempatan penduduk dan terlindung dari pandangan umum.

Malah menurutnya, penganjur juga mendirikan dua khemah dan menyediakan makanan serta minuman untuk kaki judi.

"Setiap pertaruhan mampu mencecah sehingga ratusan ribu ringgit dan dalam serbuan itu peralatan judi seperti cip dianggarkan bernilai RM20,000 serta wang tunai RM15,000 dirampas.

“Ketika serbuan, ada antara mereka sanggup menyusuri sungai dan hutan berhampiran bagi mengelakkan dicekup dan ada yang melarikan diri serta gagal dikesan," katanya.

Dalam pada itu, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Pegawai syarak di premis judi
  • logo melaka
1 / 1
AYER KEROH - Seorang pegawai syarak  mungkin akan ditempatkan di premis-premis perjudian di negeri ini dalam usaha mengekang umat Islam dalam gejala perjudian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) berkata, cadangan berkenaan kini sedang dipertimbangkan kerajaan negeri dan akan dilaksanakan di premis-premis perjudian di negeri ini.

Menurutnya, mengikut cadangan, pegawai syarak berkenaan ditempatkan di premis terbabit sepanjang masa untuk membolehkan mereka bertindak terhadap mana-mana umat Islam yang terlibat dalam perjudian.

“Inilah cadangan kerajaan negeri. Tetapi kadang-kadang orang yang minat judi ini akan menggunakan orang tengah. Akhirnya ia berbalik kepada diri mereka sendiri.

“Bagaimanapun, kita akan menasihatkan pengendali premis perjudian di negeri ini supaya bekerjasama membina sebuah pos kawalan untuk menempatkan pegawai agama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) pada hari keempat persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, di sini semalam.

Ketika menjawab satu lagi soalan dari Goh Leong San (DAP - Duyong), Idris berkata, sebanyak 86 serbuan telah dijalankan terhadap premis yang mengendalikan perjudian mesin kuda sepanjang tahun ini dengan membabitkan rampasan 382 mesin judi kuda.

Selain rampasan mesin berkenaan, katanya, sebanyak 88 tangkapan turut dilakukan terhadap mereka yang didapati terbabit dalam gejala itu.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri turut menimbang untuk memberi lebih kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan usaha menangani gejala judi itu  lebih berhasil.

“Ini termasuk sistem mengurus dan mentadbir kelulusan penggunaan premis perniagaan supaya ia tidak digunakan bagi kegiatan tidak bermoral,” katanya.
15 kaki judi dicekup
  • 15 kaki judi dicekup Premis yang didakwa menjadi lokasi aktiviti perjudian.
1 / 1
BAGAN SERAI - Akibat leka bermain judi dadu di sebuah kedai makan, 15 kaki judi tidak menyangka dicekup polis dalam satu serbuan di Jalan Siakap, di sini, kelmarin.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Deputi Superitendan Mohd Hasbullah Ali berkata, tangkapan itu dibuat berpandukan maklumat awam.

Menurutnya, serbuan yang dijalankan pada jam 5.30 petang itu, melibatkan sepasukan anggota polis dari bahagian D7 IPK Perak dan mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.

"Hasil serbuan, seramai 15 lelaki berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun yang leka berjudi ditahan dan peralatan digunakan untuk berjudi turut dirampas.

“Polis juga merampas 445 kepingan cip berlainan warna dan wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM17,760,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau kata, kesemua suspek kini ditahan selama dua hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jelasnya, susulan penahanan 15 kaki judi itu, polis kini menjalankan siasatan menyeluruh ke atas premis berkenaan bagi mengenal pasti sama ada aktiviti perjudian diatur pemiliknya atau diadakan secara suka-suka.

“Orang ramai juga diminta menyalurkan maklumat kepada polis jika mendapati berlakunya aktiviti perjudian haram di daerah ini,” katanya.

Azab 104 rotan

Oleh Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: “Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.
“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”
Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.
FotoBADAN Botak Chop penuh bertatu.

Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.

Banjir landa Britain, Jerman



SEBUAH kereta ditenggelami air di Hamburg, Jerman semalam.


LONDON - Banjir melanda Britain semalam ekoran berlakunya air laut pasang besar yang terburuk dalam tempoh 60 tahun sehingga menjejaskan ribuan penduduk.
Banjir itu berlaku selepas ribut kuat melanda utara Eropah yang turut menyebabkan beberapa kawasan di Jerman dilimpahi air.
Ribut tersebut menyebabkan penduduk di sepanjang pantai England dipindahkan.
Setiausaha Alam Sekitar United Kingdom, Owen Paterson berkata, air pasang besar mungkin berterusan hari ini.
Beberapa kemalangan jalan raya berlaku di seluruh Eropah menyebabkan tujuh orang terbunuh sejak tiga hari lalu di Poland, Sweden, Denmark dan Britain.
Laluan trafik terhenti akibat jalan raya dilimpahi air manakala perkhidmatan kereta api turut tergendala di sebahagian besar kawasan di Sweden.
Ribuan penduduk di Sweden terputus bekalan elektrik.
Angin kencang turut menyebabkan sebatang pokok Krismas di Vaxjo, Sweden tumbang.
Sejumlah penerbangan dibatalkan di Sweden, Denmark, Norway, Jerman dan Poland.
Lebih 1,000 orang bermalam di sebuah lapangan terbang di Copenhagen, Denmark gara-gara 200 penerbangan dibatalkan.
Di bandar raya Hamburg, Jerman, paras air meningkat sehingga empat meter.
Perkhidmatan kereta api dari Hamburg ke Denmark dan beberapa destinasi lain turut dibatalkan.
Namun, perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Bayern Munich dan Werder Bremen hari ini diteruskan.
Perlawanan itu diteruskan kerana air tidak melimpah memasuki stadium milik kelab Werder Bremen. - AP

Tentera Zionis tembak wartawan

Tel Aviv: Persatuan Wartawan Asing (FPA) mendakwa tentara Israel sengaja menembak sekumpulan wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Qalandiya.
Kenyataan FPA menyebut, kejadian berlaku petang kelmarin “Tentera Israel membaling bom tangan ke arah jurugambar FPA ketika meninggalkan Qalandiya.

“Sebelum itu, muka seorang jurugambar dari Itali juga nyaris terkena peluru getah, namun mujur hanya terkena kameranya,” katanya.
Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan tentera Israel.

Menurut jurucakap tentera rejim Zionis berkenaan, kejadian berkenaan berlaku selepas wartawan sendiri mengambil risiko dengan memilih berada di tengah kawasan konflik.

FPA mendakwa 10 kes tembakan oleh tentera Israel dilaporkan setakat ini, namun hanya dua disiasat. - Agensi

Pahang, Terengganu cecah 60,000 mangsa

KUALA LUMPUR: Pahang dan Terengganu kini mencatatkan jumlah keseluruhan 60,851 mangsa banjir yang ditempatkan 191 pusat penempatan banjir berikutan hujan berterusan dan ancaman gelombang kedua yang dijangka berlaku.
Di PAHANG, harapan untuk melihat keadaan banjir di negeri itu reda seakan tipis apabila hujan berterusan sejak awal pagi tadi.
Cuaca cerah sepanjang semalam membuatkan ramai menjangkakan berterusan hingga ke hari ini namun sebaliknya berlaku.

Sehingga kira-kira 1.30 petang tadi, sekurang-kurangnya 38,210 mangsa masih berada di 117 pusat pemindahan di negeri ini.
Ya Allah..gelombang kedua ...
Keadaan banjir di Sg. Lembing kembali dinaiki air Pahang, Terengganu cecah 60,000 mangsa Pahang dan Terengganu kini mencatatkan jumlah keseluruhan 60,851 mangsa banjir yang ditempatkan 191 pusat penempatan banjir berikutan hujan berterusan dan ancaman gelombang kedua yang dijangka berlaku. Di PAHANG, harapan untuk melihat keadaan banjir di negeri itu reda seakan tipis apabila hujan berterusan sejak awal pagi tadi. Cuaca cerah sepanjang semalam membuatkan ramai menjangkakan berterusan hingga ke hari ini namun sebaliknya berlaku. Sehingga kira-kira 1.30 petang tadi, sekurang-kurangnya 38,210 mangsa masih berada di 117 pusat pemindahan di negeri ini. Kuantan terus menjadi daerah paling teruk terjejas apabila 32,871 mangsa daripada 9,667 keluarga dipindahkan ke 38 pusat pemindahan. Pekan mencatatkan 3,464 mangsa daripada 799 keluarga dipindahkan ke 26 pusat pemindahan. Sekurang-kurangnya 172 mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan di Rompin. Di Maran pula, 183 mangsa daripada 43 keluarga ditempatkan di 5 pusat pemindahan. Temerloh turut mencatatkan peningkatan apabila 839 mangsa daripada 167 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan di daerah itu. Seramai 53 mangsa daripada 11 keluarga pula berada di empat pusat pemindahan di Lipis. Di Jerantut, 519 mangsa daripada 111 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan dan Bera mencatatkan 117 mangsa daripada 25 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan.
Foto

Kuantan terus menjadi daerah paling teruk terjejas apabila 32,871 mangsa daripada 9,667 keluarga dipindahkan ke 38 pusat pemindahan.

Pekan mencatatkan 3,464 mangsa daripada 799 keluarga dipindahkan ke 26 pusat pemindahan.

Sekurang-kurangnya 172 mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan di Rompin.

Di Maran pula, 183 mangsa daripada 43 keluarga ditempatkan di 5 pusat pemindahan.

Temerloh turut mencatatkan peningkatan apabila 839 mangsa daripada 167 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan di daerah itu.

Seramai 53 mangsa daripada 11 keluarga pula berada di empat pusat pemindahan di Lipis.

Di Jerantut, 519 mangsa daripada 111 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan dan Bera mencatatkan 117 mangsa daripada 25 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan.

Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mengingatkan penduduk di negeri ini supaya sentiasa peka dengan keadaan semasa kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Katanya, penduduk terutama yang berada di kawasan rendah diingatkan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan mengikut arahan pihak berkuasa jika diarahkan berpindah.

Di TERENGGANU, gelombang kedua yang dijangka berlaku malam ini menyebabkan peningkatan mendadak jumlah mangsa banjir di Terengganu terutama daerah Kemaman.

Sehingga 1.30 petang tadi, 22,641 mangsa (5,201 keluarga) berbanding hanya 7,140 mangsa pada jam 12 tengah hari yang kini ditempatkan di 74 pusat pemindahan di seluruh Terengganu.

Daerah Kemaman menunjukkan peningkatan mendadak iaitu seramai 18,576 mangsa daripada 4,177 keluarga yang dipindahkan di 43 pusat pemindahan berbanding hanya 2,778 mangsa sebelum ini.

Peningkatan yang ketara berlaku berikutan orang ramai mengambil langkah awal selepas mendapat maklumat akan berlaku gelombang kedua banjir sekali gus mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, Dungun yang sebelum ini mencatatkan jumlah mangsa tertinggi menunjukkan penurunan apabila hanya 3,951 mangsa (991 keluarga) saja ditempatkan di 27 pusat pemindahan berbanding 4,248 mangsa kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Sementara di Marang, 44 mangsa daripada 15 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Jenang dan SK Pasir Puteh.

Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) dengan angin kencang Timur Laut berkelajuan dari 60kmsj dan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan.

Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 9 Disember depan.

Terengganu dan Kelantan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang mana ia berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Tiada ulasan: