- Dec 02, 2013
- MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Menurutnya, jawatan tersebut bertanggungjawab mengawal selia seluruh aktiviti serta program bagi mencapai matlamat merealiasasikan dasar dan objektif parti.
"Dalam situasi masyarakat hari ini yang perlagai latar belakang akademik, ekonomi dan sosial memerlukan kesenian memimpin yang tinggi bagi menyatukan pemikiran ditambah lagi situasi politik dan zaman media baru yang juga menjadi satu cabaran yang besar.
"Oleh itu, memikul tanggungjawab sebagai pesuruhjaya ini amat besar dan tidak mungkin dapat disempurnakan tanpa sokongan dan kefahaman daripada semua peringkat ahli jamaah dan masyarakat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Walaubagaimanapun, Razman menghormati dan mengucapkan terima kasih kepada pimpinan tertinggi yang memberikan kepercayaan kepada beliau memimpin PAS di peringkat negeri Perak.
Razman berkata, beliau akan meneruskan gerak kerja kepimpinan sebelum ini yang diterajui oleh Ustaz Abu Bakar serta berazam untuk berusaha membawa PAS Perak ke arah lebih cemerlang.
"Terima kasih kepada seluruh rakan pimpinan terutama Ustaz Abu Bakar Hussien yang telah memimpin PAS Perak dengan amat cemerlang pada sesi yang lalu.
"Pelantikan saya ini adalah sebagai menyambung mata rantai perjuangan kepimpinan sebelum ini," jelasnya lagi.
Razman sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat.
Beliau turut aktif dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu sebagai Pegerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa) yang komited memperjuangkan nasib peneroka di seluruh negara.
Iskandar ikrar PAS terus cemerlang, kukuhkan Pakatan
- Dec 02, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Menurut beliau, walau siapa yang dipilih menjadi Pesuruhjaya PAS tugas utama mesti meneruskan kecemerlangan PAS Selangor menambah jumlah kerusi negeri pada Pilihan raya Umum ke-14 nanti.
"Saya tidak dapat surat, saya tahu daripada WhatsApp dan dapat panggilan telefon pagi tadi daripada Setiausaha Politik Presiden," katanya ketika ditemui di lobi Annex, SUK tengah hari tadi.
Bagaimanapun, beliau akan menunggu surat rasmi untuk pelantikan pesuruhjaya sebelum membuat sebarang tindakan.
Ketika ditanya mungkin melantik Timbalan Pesuruhjaya PAS di kalangan Muslimat katanya, "jika saya hendak lantik pun saya akan serahkan kepada keputusan mesyuarat PAS Selangor".
Sementara itu, mantan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Othman menunaikan sujud syukur tiga kali selepas mendapat tahu keputusan tersebut.
"Saya gembira. Banyak benda yang saya percaya saya boleh buat untuk tolong tapi saya tak akan tinggalkan perjuangan. Ramai orang muda dalam PAS yang pandai berucap.. saya bukan orang yang pandai berucap dalam dewan. Tapi winnable candidate, yes (calon boleh menang, ya)," katanya.
Dr Abdul Rani Othman merupakan Adun Meru dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar manakala Iskandar A Samad adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan.
TPM tegas tak kompromi cubaan ancam akidah Islam
Timbalan
Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan parti itu tidak akan
berkompromi dengan sebarang cubaan mengancam akidah umat Islam sekalipun
mengakui wujud cubaan tersusun untuk merungkai institusi dan asas-asas
Islam di negara ini.
Beliau turut menegaskan parti itu tidak sekali-kali menghalalkan sebarang perbuatan dosa besar kononnya atas dasar menghormati hak peribadi meskipun mengakui umat Islam berdepan pelbagai serangan atas nama globalisasi, hak asasi dan demokrasi.
"Umat Islam dipaksa menerima konsep kebebasan individu tanpa batas, mengiktiraf perkahwinan sejenis, perkahwinan berlainan agama, hak untuk murtad, amalan ajaran sesat, gaya hidup gay dan lesbian serta pelbagai budaya songsang yang lain.
"Malah, dalam dunia hari ini, prinsip kebebasan individu yang tidak berteraskan nilai agama dan budaya dijadikan penanda aras moral di peringkat global," katanya.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata parti mengalu-alukan pertubuhan Melayu dan Islam yang lain untuk berganding bahu mempertahankan akhlak, moral dan akidah umat Islam demi memperkukuhkan lagi perjuangan menegakkan agama.
"Saya dapat merasakan umat Islam amat resah apabila pelbagai dakyah songsang yang bertentangan dengan ajaran Islam disebarkan di negara kita.
"Mereka khuatir ini akan merosakkan akidah dan perpaduan umat Islam. Kerana itu, akhir-akhir ini banyak NGO Melayu dan Islam bangkit mempertahankan akidah umat Islam," katanya.
Beliau memberi contoh beberapa NGO Melayu dan Islam seperti PEMBELA, PERKASA, JATI, MUAFAKAT, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang bangkit memperjuangkan keselamatan akidah umat Islam.
Muhyiddin berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian bertajuk "Menyambung Risalah Perjuangan Suci" bagi Persidangan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC malam ini.
Dalam ucapannya juga, Muhyiddin menegaskan jika semua tuntutan "hak asasi tanpa batas" itu dipenuhi, maka kesucian institusi keluarga tidak dapat dipertahankan lagi dan keruntuhan akhlak insan pasti terjadi.
Deklarasi Kaherah
Katanya, pandangan Islam amat berbeza mengenai hak asasi manusia seperti mana yang termaktub dalam Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asas Manusia Dalam Islam yang mengiktiraf institusi keluarga dan perkahwinan yang sah sebagai asas pembentukannya.
"Keselamatan akidah umat Islam juga dipelihara dengan tidak mengiktiraf kesalahan murtad sebagai suatu hak.
"Kandungan Deklarasi Kaherah ini perlu dijadikan panduan oleh negara-negara Islam dalam menghadapi kumpulan hak asasi manusia yang mendesak supaya umat Islam mengiktiraf hak-hak yang bercanggah dengan prinsip Islam," katanya.
Sebaliknya beliau mengecam NGO Coalition of Malaysian NGOs (Comango) yang didakwa melobi negara asing mendesak Malaysia mematuhi prinsip hak asasi tanpa batas termasuk mengiktiraf hak orang Islam untuk menukar agama dan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
"Saya lihat desakan-desakan ini adalah contoh jelas kewujudan gerakan menyebarkan dakyah songsang atas nama kebebasan tanpa batas di negara kita.
"Kumpulan ini nampaknya mempunyai dana yang cukup besar sehingga mampu menghantar wakil-wakil mereka ke luar negara untuk melobi negara-negara asing supaya memberi tekanan kepada Malaysia.
"... Adakah kita mahu akidah umat Islam dipesongkan oleh mereka? Tentu sekali tidak," katanya sambil diiringi laungan "tidak" oleh perwakilan ketiga-tiga sayap.
Demi mempertahankan akidah Islam, Muhyiddin berkata umat Islam perlu diperkukuhkan dengan mendapat pendidikan agama yang sempurna dan akidah yang berpandukan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Katanya, gerakan dakwah dan tarbiah perlu diperhebatkan dengan memperkukuhkan institusi agama Islam dan tidak terhenti di peringkat sekolah atau universiti sahaja sebagai usaha mendapat pendidikan agama sepanjang hayat.
Bagi merealisasikannya, beliau mencadangkan kerajaan Pusat dan Majlis Agama Islam Negeri berbincang dan bekerjasama bagi menjayakan inisiatif itu termasuk institusi pondok, maahad tahfiz dan masjid di seluruh negara boleh dinaiktaraf sebagai Kolej Komuniti Islam dengan menawarkan kursus pengajian Islam kepada masyarakat Islam setempat.
'Pelik bin ajaib'
"Saya ingin menjemput pertubuhan-pertubuhan Islam untuk turut sama terlibat menjayakan inisiatif ini sebagai salah satu usaha ta'awanu ‘ala al-birri wal taqwa seperti yang disebut di dalam al-Quran.
"Saya berharap agar dasar ini boleh kita laksanakan dengan segera untuk memberikan pencerahan kepada umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar, dan sekaligus membentengi mereka daripada pelbagai dakyah songsang yang menjejaskan akidah umat Islam.
Muhyiddin turut mempersoalkan tuduhan bahawa Malaysia bukan sebuah negara demokrasi dan menyifatkannya "pelik bin ajaib" sepertimana Laporan Freedom House 2013, berbanding negara Rwanda, Nicaragua dan Korea Utara yang dianggap bukan merupakan negara demokrasi.
Sedangkan, katanya, Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan lebih lima dekad dan mengadakan berpuluh kali pilihan raya, termasuk pilihanraya kecil, tetapi belum boleh dikatakan sebuah negara demokrasi.
"Suara-suara sumbang seumpama ini boleh didapati dalam laporan-laporan mengenai hak asasi manusia yang diterbitkan oleh pertubuhan tertentu di negara kita dan juga di dalam akhbar-akhbar parti pembangkang.
"Jadi, apakah sebenarnya muslihat mereka menuduh kita tidak demokratik? Adakah terdapat udang di sebalik batu?
"Adakah dengan mengatakan Malaysia bukan sebuah negara demokrasi, mereka berharap kita akan mengambil tindakan tertentu untuk kononnya menjadi lebih demokratik, termasuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, membenarkan kebebasan beragama tanpa batas diamalkan di negara kita, menghapuskan institusi raja-raja Melayu untuk menjadi negara republik sepenuhnya, dan lain-lain lagi," katanya.
Sebenarnya, tegas Muhyiddin, niat mereka untuk membentuk persepsi bahawa perjuangan menegakkan agama, bangsa dan tanah air yang digalas oleh Umno sebagai satu perjuangan yang tidak relevan dan sia-sia.
"Inilah yang cuba dibuat oleh mereka," katanya lagi.

10 Sebab Batal Keislaman
1) Syirik, iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firman Allah swt:
“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah, mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim”. - Al-Maidah: 72
Antara
perbuatan syirik tersebut ialah: meminta doa dan pertolongan dari
orang-orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban kepada
mereka.
2) Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan (ijma’) ulama’ adalah kafir.
3)
Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran
mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian, jelas
dia telah jatuh kafir.
4) Berkeyakinan bahawa petunjuk yang lain daripada petunjuk Nabi saw adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thoghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah saw. Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.
Sebagai contoh:
i) Berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada syariat Islam;
- atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan di abad ke-21 ini;
- atau Islam adalah sebab atau punca kepada kemunduran kaum muslimin;
- atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan dalam urusan kehidupan dunia.
ii) Berpendapat bahawa dengan melaksanakan hukum Allah swt dalam perkara hukum hudud seperti memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa ini.
iii) Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan oleh Allah swt sama ada dalam hukum mu’amalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada syariat Islam, kerana dengan sedemikian seseorang itu telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma’ ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah swt dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dari syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (ijma’).
5) Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw sebagai syariat walaupun seseorang itu mengamalkannya. Dengan melakukan demikian, dia telah menjadi kafir, kerana firman Allah:
{ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ }
“Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka”. - Muhammad: 9
6) Mempersendakan Allah swt atau kitab-Nya atau Rasulullah saw atau sesuatu daripada ajaran agama, maka seseorang itu telah menjadi kafir, kerana firman Allah swt:
{ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ، لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ } (التوبة: 65-66)
“Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu sekelian memperolok-olok main? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman”. - At-Taubah: 65-66
7) Sihir, di antaranya ilmu guna-guna (sarf), iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela dengannya adalah kafir kerana firman Allah swt:
{ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ } (البقرة: 102)
“Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada sesiapa pun sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, oleh itu janganlah kamu menjadi kafir”. - Al-Baqarah: 102
8) Membantu dan menolong orang-orang musyrikin dalam memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah swt:
{ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ } (المائدة: 51)
“Dan barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk di dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”. - Al-Maidah: 51
9) Berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikuti syariat Muhammad saw. Orang yang berkeyakinan sedemikian adalah kafir kerana firman Allah swt:
{ وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ } (آل عمران: 85)
“Dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”. - Ali Imran: 85
10) Berpaling daripada agama Allah swt atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. Firman Allah swt:
{ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآَيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ } (السجدة: 22)
“Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya. Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang-orang yang berdosa”. - As-Sajadah: 22
Firman Allah swt:
{ وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ } (الأحقاف: 3)
“Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kepada mereka”. - Al-Ahqaf: 3
Dalam perkara yang membatalkan Islam ini, hukumnya tidak berbeza sama ada secara bergurau atau bersungguh-sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila diancam dan dipaksa.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah swt dan siksaan yang sangat pedih.
Dari Buku: "Panduan Untuk Jemaah Haji Dan Umrah Serta Pengunjung Masjid Rasul Saw".

Muhyiddin cadang perlembagaan tetapkan Sunni
Timbalan
Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencadangkan supaya
fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
sebagai jaminan supaya akidah umat Islam di negara ini dipelihara.
"Selain itu, bagi memastikan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamah sentiasa terpelihara, saya mencadangkan agar satu jaminan terhadap aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan umat Islam di negara kita dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, katanya.
Berucap ketika merasmikan mesyuarat agung sayap Umno di Kuala Lumpur malam ini, beliau juga menegaskan bahawa kedudukan Islam sebagai agama persekutuan mesti dipertahankan selari dengan prinsip keseimbangan dalam perlembagaan.
Katanya, walaupun prinsip kebebasan di negara ini tidak selari dengan di Barat, ia penting untuk menjamin keharmonian dalam hubungan antara kaum dan agama di Malaysia.
"Kita tidak akan sekali-kali tunduk kepada tuntutan-tuntutan yang bercanggah dengan Perlembagaan seperti menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, menghina agama Islam, menghina institusi Raja, tidak menghormati bahasa Melayu dan lain-lain," katanya.

Mukhriz: Candi yang musnah boleh dibina semula
Candi
11 di Sungai Batu dalam Lembah Bujang, Merbok yang dimusnahkan adalah
struktur batu yang dibina semula pada 1974 di atas tapak asal candi yang
dibina antara kurun ke-8 hingga 11 Masehi.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri kesal dengan pemusnahan itu kerana ia dianggap tapak warisan negara yang patut dipelihara.
"Tapak-tapak candi di Lembah Bujang adalah tapak warisan yang tidak digunakan sebagai tempat penyembahan sejak berkurun-kurun lamanya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Alor Setar hari ini bagi mengulas protes banyak pihak terhadap pemusnahan candi 11 oleh sebuah syarikat pemaju.
Dalam kenyataannya Mukhriz memperjelaskan syarikat terbabit adalah pemilik tanah berkenaan dan mendapat kelulusan memajukannya pada 1993 tetapi pembersihan hanya dilaksana pada Ogos tahun ini apabila ia memusnahkan candi tersebut.
Katanya kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengarahkan syarikat berkenaan menghentikan segera pembersihan di tapak candi 11.
"Candi yang sama boleh dibina semula atas tapak asal dengan persetujuan syarikat atau di tapak lain yang berhampiran dengan tapak ekskavasi Universiti Sains Malaysia (USM) di Sungai Batu. Pelan candi 11 akan dirujuk bagi memastikan reka bentuk dan bahan digunakan sama seperti di tapak asal.
"Kerajaan menitikberatkan usaha memelihara semua jenis warisan turun-temurun di negeri ini. Bagi memastikan tapak-tapak warisan di lebih 100 lokasi di Lembah Bujang tidak musnah dimamah zaman akibat pembangunan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bersetuju menimbang permohonan kerajaan negeri agar tapak-tapak warisan yang dikenal pasti mempunyai nilai warisan diwartakan," kata Mukhriz.
Beliau berkata kerja-kerja ekskavasi yang dilaksanakan oleh pakar-pakar arkeologi USM akan diteruskan sehingga kawasan Lembah Bujang boleh dibangunkan sebagai tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa.
Kajian arkeologi di kawasan Sungai Batu mendedahkan tapak tersebut digunakan sejak kurun ke-5 Masehi hingga kurun 17 Masehi. Tamadun Sungai Batu juga adalah yang tertua berasaskan industri peleburan besi.
- Bernama

KAZIM
KATA DIA MASUK UMNO JADI MT KERANA NAK BANTU PM DALAM MARTABATKAN
ISLAM.......GAMBAT DI BAWAH NI ADALAH CARA PM MEMARTABATKAN ISLAM......
Like · · Share · 53 minutes ago ·
JK Parlimen tegur kelemahan pendakwaan PKFZ
Jawatankuasa
khas dwipartisan Parlimen mengenai rasuah hari ini menegur proses
siasatan dan pendakwaan kes terhadap bekas menteri kabinet, Tun Ling
Liong Sik (bawah) yang dianggap lemah dan tidak kemas.
Jawatan Khas Mengenai Rasuah 2012 (JKMR) menggesa agar siasatan kes berprofil tinggi seperti itu dikendalikan pegawai yang benar-benar berkelayakan.
"JKMR menggesa supaya siasatan kes-kes yang berprofail tinggi termasuklah kes ini dapat dilaksanakan dengan teliti, terperinci dan menyeluruh dari segi pengumpulan bukti-bukti dan keterangan saksi-saksi penting supaya terdapat kes prima facie sebelum pendakwaan dibuat di mahkamah.
"Pegawai-pegawai penyiasat yang menyiasat kes ini berporfail tinggi seperti ini juga hendaklah terdiri daripada pegawai penyiasat yang berpengalaman dan benar-benar berkemahiran supaya shoddy investigation tidak berulang," laporan itu dipetik.
Laporan setebal 28 muka surat itu disediakan Pengerusi JKMR, Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang untuk perdana menteri dan diedarkan pada sidang media petang tadi.

Zeti: Semakan tarif elektrik mungkin jejas inflasi
Semakan
tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Januari, 2014, dijangka memberi
kesan sementara kepada kadar inflasi negara, kemungkinan naik sedikit
kepada 3.0 peratus tahun depan daripada 2.8 peratus sekarang, kata
Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hari ini.
Beliau berkata bank pusat itu tidak menilai bagi asas bulan ke bulan.
"Penilaian awal kami ialah ia mungkin menyebabkan kenaikan inflasi sebanyak 0.4 peratus. Justeru itu, memandangkan kadar semasa ialah 2.8 peratus, ia boleh mencecah 3.0 peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Tenaga 2013, di sini.
Zeti berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai pengumuman semakan tarif elektrik oleh kerajaan semalam.
"Kami melihat kepada trend dan penilaian kami ialah pelarasan ini akan memberi kesan sementara kepada inflasi," katanya.
"Buat masa sekarang, ia dijangka berada sekitar tiga peratus, tetapi kita tidak tahu apa pelarasan lain yang akan dibuat," katanya.
Sementara itu, Zeti berkata dasar monetari bank pusat akan dinilai dengan berhati-hati bagi mengimbangi risiko inflasi dan pertumbuhan.
"Kita tidak akan menjejaskan ekonomi untuk menurunkan inflasi. Kita mahukan inflasi rendah dalam persekitaran pertumbuhan mampan," katanya.
Terdahulu Zeti berkata semakan tarif elektrik itu tidak akan mendorong kenaikan harga kerana permintaan domestik sekarang berkembang pada kadar sederhana.
Pada masa yang sama, terdapat potensi bagi perniagaan untuk meningkatkan kecekapan dan paras produktiviti bagi menjimatkan kos dan tidak menyalurkan semuanya kepada pengguna.
Selain itu, terdapat pelaburan ketara dalam ekonomi negara terutamanya oleh sektor swasta yang membawa kepada pengembangan kapasiti sekali gus membantu mengelakkan gangguan.
"Apa yang penting bagi kami, kerajaan, adalah untuk meningkatkan kecekapan pengedaran, pengeluaran makanan, agar ada bekalan mencukupi dan ia tidak menghasilkan harga tinggi," kata Gabenor itu.
Zeti berkata semakan tarif elektrik itu penting dan perlu dilakukan kerana ia tidak mapan apabila harga pasaran berubah.
Beliau berkata semakan itu hanya menjejaskan 30 peratus daripada pengguna, dengan 70 peratus isi rumah tidak menerima kesan daripada pelarasan itu.
"Ini menyediakan insentif untuk juga menjimatkan tenaga dan penting bagi mengubah tingkah laku," katanya.
-Bernama

Ketika
UMNO tengah berparti dan berbohong di PWTC, rakyat Malaysia tengah
berjuang untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar.
MUHYIDDIN
cakap tak pakai otak & akal... Sejak bila UMNO kenal erti
'bersederhana'??? Cakap tak serupa bikin betul UMNO ni!!! Ni lah
akibatnya kalau kerap cium tangan Hajjah Rosmah!!!
Muhyiddin: SIKAP SEDERHANA M'SIA SUBURKAN EKONOMI
Tak abes2 mentaliti pemimpin UMNO nak bandingkan dgn negara berkonflik.. Kenapa tak nak bandingkan dgn negara
jiran yang maju??
MUHYIDDIN cakap tak pakai otak & akal... Sejak bila UMNO kenal erti
'bersederhana'??? Cakap tak serupa bikin betul UMNO ni!!! Ni lah
akibatnya kalau kerap cium tangan Hajjah Rosmah!!!
Muhyiddin.. Muhyiddin... kamu sendiri bersama NAJIB HABISKAN RM608 JUTA
DALAM MASA SEMINGGU TU APA!!!!!
Bagaimana pula dgn KERA-jaan UMNO/BN 'BOROS' RM10 bilion pada Laporan
Audit Negara 2011??
ROSMAH boros naiki jet eksekutif kerajaan ke Qatar??
ROSMAH boros RM350,000 di butik Sydney??
Selenggara 7 pesawat eksekutif RM182 juta setahun??
APA SEMUA NI???? BERSEDERHANA????
Pas Dun Chenderoh was tagged in Guruyaya OK's photo.
Berita
PAU 2013....SEPATUTNYA AGAMA ISLAM PERISAI MELAYU.. tak gitu Ustaz
Kazim....!!! nii lah UMNUU dulu kini dan selamanya guna isu"MElayu"
UMNO Selamanya Jadi Penyelamat Melayu,
Perisai Islam – Muhyiddin
Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa UMNO, sebagai parti payung kaum
Melayu dan Bumiputera yang kini berusia lebih enam dekad, akan terus
membela nasib mereka serta berjuang mempertahankan Islam tanpa
mengetepikan hak dan kepentingan kaum lain.
TPM: Sikap sederhana M'sia suburkan ekonomi
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sikap bersederhana
Malaysia membawa kepada kesuburan ekonomi berbeza dengan keadaan negara
di Timur tengah.
Beliau yang juga menteri pendidikan memberi contoh gerakan seperti 'Arab Spring' membawa ketidakstabilan ekonomi di rantau tersebut.
"Di seluruh dunia ekstremisme merampas nyawa dan memusnahkan peluang ekonomi.
"Kita telah lihat bagaimana ketidakseimbangan ekonomi menyebabkan keterasingan (dan) ketidakstabilan, contohnya Arab Spring," kata beliau dalam majlis penutup forum antarabangsa Umno 2013.
Muhyiddin berkata Umno dan Malaysia 'berjaya' dalam menyatukan masyarakat berbilang bangsa dan agama serta membina kerajaan yang sederhana.
"Mengambil kira kepelbagaian di Malaysia, kami telah memperkuatkan komitmen ke arah keterangkuman semua kaum, agar manfaat pertumbuhan dirasai semua peringkat masyarakat," katanya.
Malah, Muhyiddin menyifatkan Umno dan BN sebagai 'poster boy' dalam perhubungan antara kaum dan masyarakat majmuk.
"Kita tak boleh mencapai semua ini tanpa parti politik yang mantap dan rakyat bersatu menyokong Barisan Nasional," kata beliau.
Forum Antarabangsa 2013 berlangsung selama dua hari sejak semalam sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 bermula malam ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan