Rabu, 4 Disember 2013

BERAPA LAMA BOLEH DUDUK DIDUNIA...LEBIH2 LAGI JIKA KITA MEMILIKINYA KETIKA UMUR 50 KE 60 TAHUN KEATAS...NIKMATNYA TAK HAKIKI DAN HANYA SEKEJAP....JUMLAH WANG ITU JIKA DIJARIAHKAN ALANGKAH BERUNTUNG DIAKHIRAT... SATU BILIK PERLUKAN UNTUK TIDUR....SATU TANDAS UNTUK BUANG KEKOTORAN...SATU BILIK TAMU UNTUK REHAT....DUA BILIK UNTUK ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN....SATU RUANG DAPUR UNTUK MASAK...LEBIHNYA HANYA UNTUK MENUNJUKKAN KEMEWAHAN

Cara Mengetahui Waktu Subur Wanita!



Salam semua, entry ini untuk orang pompuan aje yang dah kawen ok! tapi kalau ada orang laki nak baca jugak, silakan….ehehe sharing is caring kan..kan..kot2 nak share ngan wife kan?

“Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.” DR.Azwan

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur
TS Development Sdn Bhd · Suggested Post
22'x70' Rumah Teres 2 1/2 Tingkat
lokasi di Taman Banting Baru!!!

Keistimewaan TBB

1.) 80% penduduk ialah Bumiputra.

2.) Pasarana Keilmuan seperti Tadika, Sekolah Rendah & Agama, Sekolah Menengah, Pengajian Tinggi(Kolej).

3.) Tasik dan Taman Rekreasi Terbesar di Kuala Langat Seluas 28 Ekar.

4.) Mempunyai 5 Bilik Tidur, 4 Bilik Air, 3 Ruang Tamu, 1 Bilik Setor, dan 1 Dapur.

5.) Keluasan Binaan 3022kp, Keluasan Tanah 1540kp.

6.) Berhampiran 6 pusat pengajian tinggi.

7.) Jumlah 24 Unit sahaja.

8.) Pegangan Bebas!

No. Lessen Pemaju: 9712-1/09-2014/0915(L)
No. Permit Iklan: 9712-1/09-2014/0915(P)
Tempoh Sah: 19/09/2013-18/09/2014
No. Pelan Bangunan: MDKL/JKB/5/KPB/OSC/4/629(A)
Tarikh Dijangka Siap: Dec 2014
Sekatan Kepentingan: Tiada
Bebanan Tanah: Di Gadaikan Kepada Public Bank Berhad

Harga dari RM428,988 ke RM610,915 Sahaja!!!

----------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat Boleh Call/SMS/Wahtsapp/Inbox dekat FB kami untuk infomasi penuh:
ABD Talib 012 679 7591
Saliza 019 619 9259
John Tan 016 624 8078
Malar 019 696 3002
Ailin 017 885 7761

Terima Kasih!

Allah berfirman: “Wahai manusia! Aku heran pada orang yang yakin akan kematian, tapi ia hidup bersuka-ria. Aku heran pada orang yang yakin akan pertanggung jawaban segala amal perbuatan di akhirat, tapi ia asyik mengumpulkan harta benda. Aku heran pada orang yang yakin akan kubur, tapi ia tertawa terbahak-bahak. Aku heran pada orang yang yakin akan adanya alam akhirat, tapi ia menjalani kehidupan dengan bersantai-santai. Aku heran pada orang yang yakin akan kehancuran dunia, tapi ia menggandrunginya. Aku heran pada intelektual, yang bodoh dalam soal moral. Aku heran pada orang yang bersuci dengan air, sementara hatinya masih tetap kotor. Aku heran pada orang yang sibuk mencari cacat dan aib orang lain, sementara ia tak sadar sama sekali terhadap cacat yang ada pada dirinya sendiri. Aku heran pada orang yang yakin bahwa Allah senantiasa mengawasi segala perilakunya, tapi ia berbuat durjana. Aku heran pada orang yang sadar akan kematiannya, kemudian akan tinggal dalam kubur seorang diri, lalu dimintai pertanggungjawaban seluruh amal perbuatannya, tapi berharap belas kasih dari orang lain. Sungguh tiada Tuhan kecuali Aku dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Ku”
4 juta kanak-kanak pelarian atau yang tinggal di kem-kem pelarian. 2.2 juta kanak-kanak berada di luar sekolah Musim Sejuk akan datang Berdoalah untuk mereka

Kenaikan tarif elektrik sudah dijangka

Oleh : Afeeqa Afeera
SHAH ALAM 3 DIS : Kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus yang diumumkan kerajaan pusat bukansesuatu yang “luar biasa” sebaliknya sudah dijangka sejak Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada Mei lalu.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata tindakan secara drastik itu dilihat sebagai tidak wajar, apatah lagi rakyat kini semakin terbeban dengan kenaikan harga barang dan petrol.
YB Iskandar 1“Memang kita akui perlu kenaikan (tarif elektrik) tetapi harus melihat kemampuan rakyat terutama dalam keadaan sekarang.
“Namun, sudah faham BN memang sinonim dengan “barang naik” dan kita jangka lebih banyak barangan serta perkhidmatan lain yang akan naik,” katanya di sini, semalam.
Iskandar berkata, kerajaan pusat seharusnya mengambil langkah mengawal perkhidmatan elektrik seperti yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terhadap pengurusan air di Selangor.
“BN harus mencontohi Pakatan Rakyat (PR) terutama dalam mengawal perkhidmatan seperti air dan elektrik. Contohnya kerajaan negeri sudah mengambil tindakan di mana kita kawal syarikat konsesi supaya tarif air tidak dinaikkan atau disaman.
“Begitu juga dengan elektrik, kerajaan pusat harus berbuat demikian supaya tarif itu dapat dikawal,” katanya.
Putrajaya hari ini mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98% atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan lima sen bagi Sabah dan Labuan yang akan berkuatkuasa, pada Januari 2014.
Kenaikan itu diumumkan Menteri Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu sidang media di Parlimen, hari ini.
Kadar elektrik semasa adalah 33.5 sen per kWh dan 3.5 sen atau 25.3% di bawah kos asal pada kadar 42 sen kWh.
-NFN-
Pengurus Felda bakal disaman?

Pertemuan dengan Wakil2 peneroka dan Gen 2 Kawasan Ulu Selangor di Pusat Khidmat Masyarakat Felda Sg Tengi malam tadi. Turut hadir YDP PAS Kawasan, Hj Idris, Ketua Kampung Felda Sg Tengi, Tuan Hj Selamat dan wakil JKKK.

Antara rumusan perbincangan:-

1. Seorang pengurus Felda akan disaman dalam masa terdekat kerana mengetuai komplot menyekat dan melakukan huru hara terhadap program anjuran JKKK. Segala dokumen telah pun disiapkan untuk tindakan susulan lawyer,

2. Penubuhan Jawatankuasa Khas menangani isu perumahan Gen 2, Tanah Felda Sg Tengi Selatan dan Kg Sungai Buaya,

3. Seminar Halatuju Felda peringkat Parlimen Ulu Selangor bakal diadakan pada bulan Februari 2014. Resolusinya akan dipersembahkan kepada YAB Menteri Besar Selangor untuk pertimbangan Kerajaan. via FB MAzlan Aliman


UMNO masih berjanji...dan terus berjanji...

Saya telah mengikuti sebahagian ucapan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yasin semasa beliau merasmikan Perhimpunan Agung 3 sayap parti itu malam tadi. Semasa saya terlihat saluran yang memberikan siaran langsung dari PWTC itu Muhyiddin sedang menyebut tentang Islam yang UMNO menjadi bentengnya, sebagai yang di akui oleh Muhyidin sendiri.
UMNO katanya tetap mempertahankan Islam dan membangunkan Islam itu tanpa kompromi dan UMNO 'commited' untuk mempertahankan kesucian Islam dengan segala tenaga yang ada. Itu sebabnya kata Muhyiddin UMNO mengambil sikap jelas dan lantang tidak membenarkan fahaman songsang dalam Islam seperti syiah dan sebagainya dan beliau menzahirkan niat beliau untuk memasukkan ahli Sunnah waljamaah di dalam perlembagaan negara.
Muhyidin berkata UMNO menentang usaha mana-mana pihak untuk membenarkan kegiatan LBGT dan sebagainya secara bebas. UMNO tidak tahan dengan tindakan seks di luar tabii dan apa-apa yang menentang nilai dan syariat Islam yang suci itu. Banyak lain tentang Islam yang beliau sebut dalam ucapan beliau itu. UMNO tetap mempertahankan nilai Islam dengan tegas tanpa ada kompromi langsung, katanya.
Semua yang di sebut oleh Muhyidin itu sememangnya isu dan tindakan yang baik untuk Islam, Melayu  dan negara. Itu pun perjuangan UMNO dan menjadi sebutan oleh pemimpin UMNO sejak dari dahulu sampai sekarang kerana itulah kebenaran Islam dan landasan perjuangan UMNO itu. Muhyidin menyebut isu ini dengan panjang lebar kerana isu agama menjadi isu besar dalam politik tanahair dan dengan menyebut isu ini tentulah Muhyiddin cuba hendak bermain di padang PAS yang sedang mendapat sambutan ramai sekarang ini.
Mungkin dalam keadaan terdesak UMNO akan cuba untuk melangsungkan apa yang di sebut oleh Timbalan Presiden parti itu. Tetapi itu sahajakah yang mahu di sebut dan di cakapkan dengan jelas oleh Muhyidin?
Bolehkah UMNO mempertahankan kesucian Isalm dan memperbaiki persepsi agama Islam di mata rakyat berbilang kaum dan agama itu, kerana ia di sebut oleh pemimpin parti yang begitu jumud jika di pandang dari sudut Islam, agama anutan seratus peratus ahli-ahlinya.
Sudah cukup bersediakah UMNO untuk mempertahankan Islam itu kerana banyak perkara yang bertentangan dengan Islam menjadi perkara biasa dalam UMNO dan dilakukan oleh hampir kesemua pemimpinnya. Perkara ini disebut dalam setiap perhimpunan agung UMNO sejak dari dulu lagi lebih-lebih lagi sejak negara memulakan budaya rasuah dan salah guna kuasa melebihi lebih sedikit dari tiga dekad yang lalu.
Percakapan tentang Islam ini sama naik dengan kebangkitan rasuah di dalam UMNO sejak awal lapan puluhan dahulu. Bagaimana kumpulan perasuah boleh mempertahankan kesucian agama Islam? Bukankah rasuah itu satu tindakan yang amat hina tidak terkira di sisi masyarakat, lebih-lebih lagi di sisi agama anutan kita. kenapa pimpinan UMNO mengaku sebagai perlindung agama Islam sedangkan apa yang mereka lakukan bertentangan secara ‘head-on’ dengan agama dan Tuhan kita?
Bagaimana kumpulan yang menentang syariat suci Islam mahu mempertahankan Islam itu tanpa kompromi sedangkan kesucian Islam yang paling penting sudah dikompromikan oleh UMNO.
Kita bukan ulamak besar malahan bukan ulamak kecil sekali pun. Tetapi sebagai seorang Islam yang masih jahil seperti saya memahami dengan jelas dan dan keyakinan saya agaknya sudah sampai keperingkat haqul yakin yang perasuah tidak mungkin mampu membuat keputusan yang baik dan itu sendiri ada penentangan terhadap Islam itu. Malahan elemen rasuah inilah yang telah menjatuhkan kerajaan negara-negara Islam akhir-akhir ini di Asia barat satu demi satu.
Kita juga memahami yang pemimpin yang bercakap tentang rasuah seperti apa yang di sebut oleh Muhyiddin semalam itu, yang rasuah sememangnya berlaku dikalangan jemaah kepimpinan mereka. Tetapi bagaimana Muhyidin begitu berani mengaku yang UMNO itu adalah benteng untuk Islam kerana beliau tahu UMNO tidak terlepas dengan isu tegahan mutlak Islam itu.
Mungkin yang ramai-ramai dalam UMNO itu tidak tahu apa itu komitmen terhadap agama itu kerana jiwa dan batin mereka telah tertutup hijab untuk mengenali yang mana yang layak untuk mempertahankan agama suci dan yang mana hanya pandai bercakap di pentas perhimpunan agung UMNO sahaja.
Kita mahu mendengar ucapan penangguhan Uztaz Kazim Elias dalam ucapan penangguhan Perhimpunan ini berhubung dengan orang yang mengetahui rasuah berlaku dikalangan mereka tetapi bergegar-gegar bercakap dan berjanji untuk kesucian agamanya. Kita tidak payah mendengar lagi ucapan Jamil Khir Baharom kerana kita sudah tahu apa yang hendak beliau katakan dan semua akan menjadi bahan cacian ramai semata-mata.
Kita hendak juga mendengar kata-kata Uztaz Kazim, yang sangat di hormati oleh UMNO itu. Kalau tidak tentunya beliau tidak dilantik menduduki ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama Azeeez Rahim dan JJ itu. Saya berharap Uztaz Kazim akan menunjukkan bakat kepimpinan beliau dan bukan lagi setakat menunjukkan bakat menyanyi dalam dakwah agamanya.
Janji-janji pimpinan sama sejak tiga puluh tahun dahulu, tetapi keadaan semakin hari semakin rumit. Alangkah indahnya kita mendapat kepimpinan yang pandai berjanji dan mampu melaksanakannya. Setakat ini kita hanya ada pimpinan yang berjanji seolah-olah dunia pun hendak dialih dan dianjaknya. Janji Muhyidin semalam seolah-olah tidak ada UMNO tidak selamat Islam di dunia ini.
Ugutan UMNO kepada orang Melayu jika tidak menyokong UMNO, Melayu akan hilang didunia ini. Tetapi selama ini orang Melayu menyokong UMNO, tetapi Melayu hampir hilang dunianya. Inilah yang terjadi kepada kita sekarang ini….UMNO masih lagi berjanji dan berjanji….

SAVE MALAYSIA

Malaysia Bakal Tergadai 7 Disember

Pada 7 hingga 10 Disember ini, akan ada satu mesyuarat paling penting yang bakal menentukan masa depan dan status kedaulatan ekonomi Malaysia.Mesyuarat itu adalah antara menteri-menteri perdagangan dari negara yang sedang berunding untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) terbesar pernah disaksikan dunia, Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).Mesyuarat dijadualkan berlangsung di Singapura itu dianggap detik penentu sama ada Malaysia akan menyertai TPP dan jika ya, apakah yang perlu dikorbankan negara dan siapakah yang akan paling terkesan akibat TPP?Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengakui TPP bukanlah sebuah perjanjian normal seperti yang ditandatangani Malaysia sebelum ini.“Apabila (rundingan TPP) mula memasuki bab hak harta intelek, penyelesaian pelabur-negara (ISDS), syarikat milik kerajaan, alam sekitar dan buruh, secara asasnya ada kesan kepada hak negara berdaulat untuk membuat peraturan dan dasar.“Inilah bahagian yang rumit dan sebab inilah kami menuntut untuk diberikan fleksibiliti,” katanya dalam satu perbincangan semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Bali, Indonesia pada awal Oktober lalu.Mengapa perlu TPP di sebalik FTA sedia ada?Penentangan terhadap TPP bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi negara peserta lain iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat (AS) turut menerima tentangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar akademik masing-masing.Apa yang paling ditakuti NGO dan pakar ekonomi adalah TPP akan memberikan terlalu banyak kuasa kepada syarikat luar negara dan membuka persaingan dalam negara tanpa mengambil kira tahap kemajuan berbeza antara negara peserta TPP.Antara persoalan dibangkitkan NGO di negara ini adalah mengapa Malaysia begitu mahukan TPP walaupun pelbagai FTA sedia ada dan akan datang dianggap mencukupi untuk pasaran eksport negara.Menurut Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Malaysia telah pun mempunyai FTA dua hala dengan semua negara peserta TPP kecuali AS, Kanada, Mexico dan Peru.“Daripada semua negara ini, pasaran terbesar adalah AS, jadi mungkin hujah digunakan (untuk sertai TPP) adalah untuk meningkatkan eksport barangan Malaysia ke AS apabila cukai untuk menghantar barangan atau perkhidmatan ke negara itu dihapuskan,” menurut MTEM.Namun, kajian MTEM menunjukkan 75 peratus barangan Malaysia yang dieksport ke AS pada masa ini memasuki negara itu dengan kadar cukai 0.2 peratus sahaja atau tanpa cukai sama sekali.“Manfaat yang akan diterima daripada penghapusan cukai jika Malaysia sertai TPP mungkin dalam sektor tekstil dan seramik sahaja.“Bagi tekstil, untuk memasuki pasaran AS tanpa cukai, pengeluar pakaian perlu membeli benang dari AS yang jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan China,” menurut kajian itu.Bagi sektor seramik pula, MTEM berkata jumlah cukai yang perlu dibayar pengeluar seramik di Malaysia untuk menghantarnya ke AS hanya US$1.1 juta (RM3.54 juta) daripada nilai eksport keseluruhan US$19 juta (RM61 juta) tahun lalu.“Kalau (nilai) ini saja yang kita dapat jimatkan dengan penyertaan Malaysia dalam TPP, berbaloikah untuk sertai TPP sedangkan banyak sektor lain seperti perolehan kerajaan perlu dibuka kepada syarikat luar, harga ubat akan lebih mahal dan kawalan modal (bagi pasaran kewangan) tidak boleh dilakukan?" soal MTEM.Negara terdesak mahu tandatangani TPPDi sebalik tentangan tanpa henti pelbagai pihak, TPP kini tiba di peringkat akhir rundingan, dengan ramai pemerhati menjangkakan perjanjian itu akan dimuktamadkan di Singapura, Sabtu ini.Profesor undang-undang Universiti Auckland di New Zealand, Jane Kelsey berkata, TPP akan hanya boleh dicapai jika negara peserta berkompromi secara berbahaya pada perjumpaan di Singapura nanti.“Perjumpaan ini juga akan melihat menteri-menteri perdagangan (negara TPP) membuat keputusan yang sepatutnya dibuat antaranya oleh menteri kesihatan, kerajaan tempatan dan menteri alam sekitar.“Dan tentu sekali, mereka akan membuat keputusan ini secara rahsia,” katanya melalui tulisan beliau dalam akhbar The New Zealand Herald bertarikh 29 November lalu.Beliau turut mempersoal bagaimana rundingan TPP yang pada Oktober lalu seolah hampir mustahil untuk mencapai persetujuan, kini dilihat akan tetap ditandatangani negara peserta.“Bulan lalu (Oktober), lebih separuh daripada 29 bab dalam TPP mempunyai banyak isu serius yang belum diselesaikan. Apa yang membuatkan rundingan ini hampir pasti ditandatangani sekarang?“Ini kerana perunding bekerja mengikut mandat diberikan menteri. Mereka perlu mengikut arahan yang diberikan menteri.“Tetapi (untuk mencapai tahap akhir rundingan ini) banyak benda perlu dikorbankan dan perunding akan memberi senarai ini kepada menteri untuk membuat keputusan pada mesyuarat di Singapura nanti,” katanya.Rakyat Malaysia setakat ini boleh menarik nafas lega kerana teks rundingan TPP yang didedahkan laman web pembocor rahsia Wikileaks baru-baru ini menunjukkan kerajaan Malaysia menentang keras beberapa permintaan utama AS dan negara lain termasuk untuk memanjangkan tempoh hak cipta ubat-ubatan yang boleh menyebabkan harga ubat baru kekal mahal bagi tempoh lebih lama.Masa depan kita kini berada dalam tangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, atau lebih dikenali sebagai Tok Pa, yang akan membawa bersama harapan dan kebimbangan Malaysia dalam mesyuarat di Singapura nanti.Adakah Tok Pa akan terus mempertahankan hak Malaysia dalam rundingan TPP seperti yang telah dilakukannya sehingga kini atau adakah kerajaan akhirnya akan tunduk kepada permintaan negara TPP lain pada 7 Disember ini? ~
Sumber addin


SAVE MALAYSIA Malaysia Bakal Tergadai 7 Disember Pada 7 hingga 10 Disember ini, akan ada satu mesyuarat paling penting yang bakal menentukan masa depan dan status kedaulatan ekonomi Malaysia.Mesyuarat itu adalah antara menteri-menteri perdagangan dari negara yang sedang berunding untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) terbesar pernah disaksikan dunia, Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).Mesyuarat dijadualkan berlangsung di Singapura itu dianggap detik penentu sama ada Malaysia akan menyertai TPP dan jika ya, apakah yang perlu dikorbankan negara dan siapakah yang akan paling terkesan akibat TPP?Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengakui TPP bukanlah sebuah perjanjian normal seperti yang ditandatangani Malaysia sebelum ini.“Apabila (rundingan TPP) mula memasuki bab hak harta intelek, penyelesaian pelabur-negara (ISDS), syarikat milik kerajaan, alam sekitar dan buruh, secara asasnya ada kesan kepada hak negara berdaulat untuk membuat peraturan dan dasar.“Inilah bahagian yang rumit dan sebab inilah kami menuntut untuk diberikan fleksibiliti,” katanya dalam satu perbincangan semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Bali, Indonesia pada awal Oktober lalu.Mengapa perlu TPP di sebalik FTA sedia ada?Penentangan terhadap TPP bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi negara peserta lain iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat (AS) turut menerima tentangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar akademik masing-masing.Apa yang paling ditakuti NGO dan pakar ekonomi adalah TPP akan memberikan terlalu banyak kuasa kepada syarikat luar negara dan membuka persaingan dalam negara tanpa mengambil kira tahap kemajuan berbeza antara negara peserta TPP.Antara persoalan dibangkitkan NGO di negara ini adalah mengapa Malaysia begitu mahukan TPP walaupun pelbagai FTA sedia ada dan akan datang dianggap mencukupi untuk pasaran eksport negara.Menurut Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Malaysia telah pun mempunyai FTA dua hala dengan semua negara peserta TPP kecuali AS, Kanada, Mexico dan Peru.“Daripada semua negara ini, pasaran terbesar adalah AS, jadi mungkin hujah digunakan (untuk sertai TPP) adalah untuk meningkatkan eksport barangan Malaysia ke AS apabila cukai untuk menghantar barangan atau perkhidmatan ke negara itu dihapuskan,” menurut MTEM.Namun, kajian MTEM menunjukkan 75 peratus barangan Malaysia yang dieksport ke AS pada masa ini memasuki negara itu dengan kadar cukai 0.2 peratus sahaja atau tanpa cukai sama sekali.“Manfaat yang akan diterima daripada penghapusan cukai jika Malaysia sertai TPP mungkin dalam sektor tekstil dan seramik sahaja.“Bagi tekstil, untuk memasuki pasaran AS tanpa cukai, pengeluar pakaian perlu membeli benang dari AS yang jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan China,” menurut kajian itu.Bagi sektor seramik pula, MTEM berkata jumlah cukai yang perlu dibayar pengeluar seramik di Malaysia untuk menghantarnya ke AS hanya US$1.1 juta (RM3.54 juta) daripada nilai eksport keseluruhan US$19 juta (RM61 juta) tahun lalu.“Kalau (nilai) ini saja yang kita dapat jimatkan dengan penyertaan Malaysia dalam TPP, berbaloikah untuk sertai TPP sedangkan banyak sektor lain seperti perolehan kerajaan perlu dibuka kepada syarikat luar, harga ubat akan lebih mahal dan kawalan modal (bagi pasaran kewangan) tidak boleh dilakukan?" soal MTEM.Negara terdesak mahu tandatangani TPPDi sebalik tentangan tanpa henti pelbagai pihak, TPP kini tiba di peringkat akhir rundingan, dengan ramai pemerhati menjangkakan perjanjian itu akan dimuktamadkan di Singapura, Sabtu ini.Profesor undang-undang Universiti Auckland di New Zealand, Jane Kelsey berkata, TPP akan hanya boleh dicapai jika negara peserta berkompromi secara berbahaya pada perjumpaan di Singapura nanti.“Perjumpaan ini juga akan melihat menteri-menteri perdagangan (negara TPP) membuat keputusan yang sepatutnya dibuat antaranya oleh menteri kesihatan, kerajaan tempatan dan menteri alam sekitar.“Dan tentu sekali, mereka akan membuat keputusan ini secara rahsia,” katanya melalui tulisan beliau dalam akhbar The New Zealand Herald bertarikh 29 November lalu.Beliau turut mempersoal bagaimana rundingan TPP yang pada Oktober lalu seolah hampir mustahil untuk mencapai persetujuan, kini dilihat akan tetap ditandatangani negara peserta.“Bulan lalu (Oktober), lebih separuh daripada 29 bab dalam TPP mempunyai banyak isu serius yang belum diselesaikan. Apa yang membuatkan rundingan ini hampir pasti ditandatangani sekarang?“Ini kerana perunding bekerja mengikut mandat diberikan menteri. Mereka perlu mengikut arahan yang diberikan menteri.“Tetapi (untuk mencapai tahap akhir rundingan ini) banyak benda perlu dikorbankan dan perunding akan memberi senarai ini kepada menteri untuk membuat keputusan pada mesyuarat di Singapura nanti,” katanya.Rakyat Malaysia setakat ini boleh menarik nafas lega kerana teks rundingan TPP yang didedahkan laman web pembocor rahsia Wikileaks baru-baru ini menunjukkan kerajaan Malaysia menentang keras beberapa permintaan utama AS dan negara lain termasuk untuk memanjangkan tempoh hak cipta ubat-ubatan yang boleh menyebabkan harga ubat baru kekal mahal bagi tempoh lebih lama.Masa depan kita kini berada dalam tangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, atau lebih dikenali sebagai Tok Pa, yang akan membawa bersama harapan dan kebimbangan Malaysia dalam mesyuarat di Singapura nanti.Adakah Tok Pa akan terus mempertahankan hak Malaysia dalam rundingan TPP seperti yang telah dilakukannya sehingga kini atau adakah kerajaan akhirnya akan tunduk kepada permintaan negara TPP lain pada 7 Disember ini? ~ Sumber addin


Banjir di Terengganu, Pahang, Johor semakin buruk Tarikh: December 3, 2013 KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Pahang dan Johor semakin buruk petang ini dengan kebanyakan kawasan rendah terus dinaiki air berikutan hujan sejak semalam. Banjir yang melanda Kemaman, Terengganu juga meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun setelah lemas di Kampung Padang Kubu di Kijal semalam. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata seorang kanak-kanak (masih belum diketahui jantinanya) pula dikhuatiri hilang di Kijal akibat limpahan air pasang besar. Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang pagi ini apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir petang ini. Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 4 petang ini Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa yang dipindahkan. Di Kemaman 761 orang daripada 195 keluarga dipindahkan ke 24 pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi hanya 13 pusat dibuka dengan 452 mangsa banjir. Di Hulu Terengganu, 94 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sejak 2 petang manakala di Dungun, 50 orang daripada 12 keluarga dipindahkan sejak 12 tengah hari. Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan bacaan pada 4 petang menunjukkan paras air di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi paras bahaya masing-masing setinggi 37.84m dan 23.21m. Sungai Kuala Berang, di Kampung Menerong di Hulu Terengganu juga melebihi paras bahaya iaitu setinggi 25.13m (bahaya 24.5m) manakala Sungai Kemaman pula, Sungai Cerol di Banho dan Jambatan Air Putih berada dalam kedudukan bahaya iaitu masing-masing setinggi 19.78m dan 15.06m. Di KUANTAN, sebanyak 5,561 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran setakat 3 petang. Bandar Kuantan juga dilaporkan hampir lumpuh apabila kebanyakan laluan jalan raya di sekitar bandar itu dinaiki air melebihi 1 meter. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata Rompin mencatatkan jumlah pemindahan banjir paling ramai iaitu 2,595 orang dari 23 kampung dan ditempatkan di 13 pusat pemindahan di daerah itu. Di Pekan, 341 mangsa dari enam kampung dipindahkan ke enam pusat pemindahan manakala di Kuantan 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan. Di Maran, 801 mangsa banjir dari sembilan kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan. Beliau berkata keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat masih berterusan sehingga kini. "Jambatan Sungai Charu di Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik melebihi satu meter," kata jurucakap itu. Beberapa jalan lain juga kini ditutup kepada kenderaan ringan berikutan kawasan berkenaan dinaiki air antara 0.5 hingga 1 meter termasuk Batu 3 Jalan Kuantan–Gambang, Km16 Jalan Pekan–Nenasi, Km9 Jalan Pekan–Nenasi dan Km64 Jalan Maran–Jerantut. Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini. Setakat 3 petang, Segamat mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu 1,116 orang, mangsa banjir di Kluang juga meningkat iaitu 187 orang manakala di Kota Tinggi meningkat kepada 74 orang. Portal MKN menyatakan Muar menjadi daerah terbaharu yang memindahkan mangsa banjir iaitu 35 orang manakala jumlah mangsa di Mersing kekal 4,247 orang. Sebanyak 42 pusat perpindahan dibuka berbanding 27 pusat pada sebelah pagi iaitu 18 di Mersing (kekal), 18 di Segamat (meningkat 12), tiga di Kluang (meningkat satu), dua di Kota Tinggi (meningkat satu) dan sebuah pusat dibuka di Muar. Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang dan Kota Tinggi hari ini. - Bernama
PAS Pulau Pinang mungkin dapat ketua baru

Langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kepimpinan negeri tanpa menamakan mana-mana pihak di Pulau Pinang mewujudkan kemungkinan pesuruhjaya negeri baru sedang dipertimbangkan.

Pertukaran itu dilihat berpotensi tinggi selepas kenyataan tegas PAS negeri sebelum itu yang mahu menyemak semula hubungannnya dalam Pakatan Rakyat, terutamanya di negeri Pulau Mutiara itu.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabuTimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) ketika dihubungi berkata, keputusan sama ada mengekalkan pesuruhjaya sedia ada Datuk Salleh Man hanya akan dibuat dalam masa dua minggu daripada sekarang.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun memilih berahsia buat masa ini berhubung keputusan itu.

"Mungkin ada rombakan tetapi kami juga tidak pasti kerana ia keputusan presiden," kata Mohamad.

Salleh pula ketika dihubungi berkata: "Mungkin parti masih mencari pihak yang terbaik (sebagai pesuruhjaya)".

Tiada ulasan: