Banjir: 1,035 penduduk Mersing dipindah
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
JOHOR BAHARU:
Bilangan penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah Mersing
semakin meningkat apabila sejumlah 1,035 orang membabitkan 306 keluarga
dipindahkan ke 11 pusat pemindahan malam tadi.
Ketua Polis Daerah
Mersing DSP Zulkifli Hashim berkata setakat pukul 10 malam, kesemua
mangsa yang terjejas melibatkan penduduk di 16 kawasan iaitu Kampung Air
Tawar, Kampung Lubuk, Felcra Sri Mahkota Endau, Semaloi dan Kampung
Bukit Pasir.
Turut terjejas Kampung
Tenglu Besar, Kampung Air Papan, Kampung Orang Asli Labung, Kampung
Peta, Kampung Air Merah, Kampung Wak Salam, Jalan Sekakap, Kampung Che
Wok, Kampung Sawah Datuk, Kampung Makam dan Kampung Paya Tunggal,
katanya ketika dihubungi.
Zulkifli berkata hujan
masih renyai-renyai di sekitar Mersing dan keadaan air pasang pada
pukul 9.30 malam menyebabkan paras air meningkat setinggi 3.3 meter.
Beliau berkata laluan
di KM7 Jalan Nitar-Mersing, KM32 dan KM35 Jalan Mersing-Kota Tinggi kini
hanya boleh dilalui kenderaan berat.
Katanya bilik gerakan
banjir daerah itu sedang memantau perkembangan banjir setiap masa
manakala pasukan penyelamat yang melibatkan pelbagai agensi sedang giat
memindahkan penduduk ke kawasan selamat. - Bernama
76 lagi pengawal keselamatan warga asing ditahan
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR:
Polis menahan seramai 76 pengawal keselamatan asing yang didapati
melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu di empat daerah
iaitu Sentul, Brickfields, Dang Wangi dan Cheras semalam.
Operasi bermula pukul
10 pagi hingga 5 petang itu dianggotai seramai 115 pegawai dan anggota
dari kesemua jabatan di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
(IPPKL) dan lapan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kesemua pengawal
keselamatan itu yang masih lengkap beruniform, berumur antara 28 dan 45
tahun, telah dibawa ke IPPKL untuk siasatan lanjut.
Timbalan Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata kesemua
mereka terdiri daripada 34 warga Nepal, 20 (Pakistan), 11 (India), enam
(Indonesia), masing-masing dua (Sri Langka dan Bangladesh) dan seorang
Filipina ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri sah,
permit tamat tempoh, melanggar syarat permit kerja serta memiliki kad
pengenalan orang lain.
"Operasi hari ini
tertumpu kepada tujuh lokasi pemeriksaan iaitu di kawasan perumahan,
kondominium, apartmen, pasaraya, hotel, tapak projek dan tempat meletak
kereta di empat daerah itu kerana kami percaya ramai mereka bekerja di
situ.
"Pemeriksaan dari
semasa ke semasa akan terus dilakukan bagi membendung insiden tidak
diingini membabitkan golongan ini," katanya kepada pemberita di sini
hari ini.
Sementara itu di
Serdang, seramai 57 orang daripada 62 tangkapan yang dibuat melalui Ops
Bersepadu Cegah Jenayah (Ops Poket) dalam tempoh 10 hari lepas,
merupakan warga asing yang terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah.
Ketua Polis Daerah
Serdang ACP Abdul Razak Elias berkata dalam operasi yang bermula 21 Nov
lepas itu, warganegara Nigeria menjadi penyumbang terbesar dengan
seramai 25 lelaki dan lapan wanita ditahan.
"Dalam operasi
melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan termasuk Imigresen dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, tangkapan turut
melibatkan warga asing Indonesia seraamai 10 lelaki dan 7 wanita,
Thailand seorang wanita, Vietnam dua wanita, Myanmar empat lelaki
manakala warga tempatan lima orang lelaki.
"Kebanyakan warga
asing yang ditangkap sebahagian besarnya menjalankan aktiviti mengedar
dadah, melakukan maksiat serta mengganggu ketenteraman awam di sekitar
kediaman mereka," katanya kepada pemberita kepada selepas majlis
perhimpunan khas IPD Serdang.
Dalam operasi itu,
polis membuat rampasan dadah jenis syabu berjumlah RM12,000 seberat 73.5
gram di IOI Mall, Puchong pada Sabtu lepas yang melibatkan tiga warga
Nigeria. - Bernama
Amaran hujan lebat di Pahang dan Johor
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka berterusan hari ini.
Jabatan Meteorologi
Malaysia dalam kenyataan malam tadi menyebut hujan lebat dijangka
dialami di beberapa daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin dan Bera di
Pahang serta Mersing, Kluang, Segamat dan Batu Pahat di Johor.
"Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, amaran
peringkat kuning di Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Johor (Ledang,
Kota Tinggi dan Muar) turut dijangka berterusan hari ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah, katanya. - Bernama
K-pop inspirasi belajar budaya dan bahasa asing?
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR:
Belia boleh memanfaatkan konsert K-pop yang diadakan dalam program
Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya tahun lepas sebagai sumber inspirasi
mempelajari budaya dan bahasa asing negara itu.
Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara Datuk Mohamad Shahrum Osman berkata ini kerana
perspektif masyarakat kini mengganggap konsert yang dianjurkan oleh
Kementerian Belia dan Sukan itu sebagai satu pembaziran.
"Ia tidak seharusnya
dipandang negatif kerana konsert itu merupakan satu daripada tarikan
kepada belia daripada 250 aktiviti yang dijalankan dan ditaja syarikat
luar.
"Golongan belia boleh
memanfaatkannya dengan mempelajari penguasaan bahasa asing dan tidak
terhad kepada bahasa ibunda sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di
Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap, di Jalan Hang Jebat, di sini,
semalam.
Mohamad Shahrum
berkata mereka boleh mengenali budaya lain dengan lebih mendalam serta
mengeratkan hubungan persahabatan, dan Korea kini terkenal dengan
melahirkan artis-artis yang hebat serta menjadi ikutan di peringkat
antarabangsa. - Bernama
Ketua Hakim ingatkan hakim jauhi rasuah
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata ini
kerana badan kehakiman memandang serius isu rasuah dan tidak mahu
disebabkan segelintir yang mengamalkannya, seluruh badan kehakiman akan
mendapat kesannya.
Arifin berkata banyak
langkah pencegahan telah dikuatkuasakan sebagai usaha mengekang gejala
rasuah dari merebak ke dalam institusi kehakiman.
"Proses pelantikan
hakim dan pesuruhjaya kehakiman juga tidak terlepas daripada prosedur
pencegahan rasuah. Penapisan rekod calon-calon ini akan dilakukan dengan
merujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan
Insolvensi Malaysia," katanya.
Beliau berucap pada majlis mengangkat sumpah jawatan empat orang Pesuruhjaya Kehakiman di sini semalam.
Mereka terdiri
daripada Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia Datuk Che Mohd Ruzima
Ghazali; Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri Datuk Ab
Karim Ab Rahman; Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Azhahari
Kamal Ramli; peguambela dan peguamcara (Sabah) Mairin Idang @ Martin.
Arifin menegaskan
penapisan rekod calon adalah bagi memastikan hakim dan pesuruhjaya
kehakiman hanya dilantik dari kalangan individu yang mempunyai integriti
yang tinggi.
Ketua Hakim Negara itu
turut berkata beliau masih lagi mendengar desas-desus mengenai salah
laku segelintir hakim dan pesuruhjaya kehakiman dan member jaminan
setiap aduan yang diterima akan disiasat dengan rapi dengan pihak yang
berwajib untuk memastikan kebenarannya.
Ditanya media
kemudiannya mengenai salah laku itu, beliau berkata antaranya tidak
menulis alasan penghakiman dan bercakap kasar di dalam mahkamah.
"Para hakim dan pesuruhjaya kehakiman hendaklah lebih bersopan dengan orang awam semasa prosiding di mahkamah," katanya.
Beliau menjelaskan pada masa ini tidak ada aduan mengenai kes rasuah melibatkan hakim dan pesuruhjaya kehakiman.
"Kalau ada kita (badan kehakiman) akan menyerahkannya kepada pihak-pihak yang berkenaan," katanya.
Di dalam ucapannya,
Arifin juga menasihati pegawai badan kehakiman supaya mempertahankan
maruah dan integriti badan itu dan tidak sesekali mengambil tindakan
yang boleh mencemarkannya hanya semata-mata tidak berpuas hati dengan
sesuatu keputusan.
Beliau berkata seseorang hakim itu juga merupakan manusia biasa yang tidak sunyi daripada kesilapan.
Beliau menyarankan
supaya rasa ketidakpuasan itu disalurkan melalui cara yang berhemah
kerana badan kehakiman sentiasa bersifat terbuka terhadap sebarang
kritikan.
"Namun ingin saya
tegaskan di sini bahawa mahkamah memandang serius sebarang tindakan yang
boleh mencemarkan maruah dan integritinya dan tidak akan teragak-agak
untuk mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya.
Arifin juga menegaskan
kuasa untuk menghukum pesalah kerana menghina mahkamah bukan bertujuan
untuk melindungi seseorang hakim, sebaliknya ia berperanan untuk
melindungi maruah institusi kehakiman.
Beliau berkata ini
bukan bermakna mahkamah tidak boleh dikritik, tetapi kritikan itu
hendaklah dibuat dengan tertib dan bukan bertujuan menghina mahkamah.
Ketua Hakim Negara itu
juga menasihati hakim dan pegawai kehakiman supaya mengelak daripada
membenarkan penangguhan kes dengan sewenang-wenangnya melainkan atas
sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
"Perbicaraan secara
beransur-ansur perlu dielak sama sekali. Begitu juga keputusan dan
alasan penghakiman hendaklah dibuat secepat mungkin," katanya.
Menurut beliau ini
kerana rayuan di Mahkamah Rayuan tidak dapat diteruskan tanpa alasan
penghakiman dari Mahkamah Tinggi begitu juga rayuan di Mahkamah
Persekutuan tidak boleh dijalankan tanpa alasan penghakiman dari
Mahkamah Rayuan.
Arifin turut
menasihati pegawai badan kehakiman untuk terus bekerja keras bagi
memastikan kecemerlangan yang berterusan dan meningkatkan kecekapan
sedia ada walaupun badan itu berjaya melupuskan kes-kes tertunggak
melalui beberapa langkah yang telah dilaksanakan.
Beliau juga
mengingatkan orang awam termasuk peguam supaya tidak sesekali membuat
sebarang kenyataan yang boleh diterjemah sebagai satu desakan ke atas
mahkamah semasa sesuatu kes masih lagi dalam proses pertimbangan
mahkamah.
"Ini kerana kenyataan
sedemikian mungkin akan mengganggu kebebasan badan kehakiman di dalam
membuat keputusannya dan untuk kepentingan semua pihak badan itu
hendaklah diberi ruang untuk membuat keputusan tanpa sebarang gangguan
dari mana-mana pihak," jelasnya. - Bernama
Yang lepas biarkan berlalu, kita pandang ke hadapan
- Dec 02, 2013
- HARAKAHDAILY
Mohamad Sabu terpilih sekali lagi menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS buat penggal kedua. Beliau mendapat 588 undi pada Muktamar Tahunan PAS ke-59, 22 November lalu di Stadium Melawati, Shah Alam. Apakah misi dan langkah yang akan diambil beliau dalam memperkasa parti dan membantu Presiden PAS. Butiran lanjut bersama AHMAD LUTFI OTHMAN, Editor, TARMIZI MOHD JAM serta wartawan, HARIS ZALKAPLI dan ARIF ATAN.
HARAKAH: Bagaimana Saudara melihat kempen sebelum berlangsungnya pemilihan yang luar biasa berbanding tahun-tahun dulu?
MOHAMAD SABU: Telah pun ditegur banyak pihak termasuk Presiden PAS sendiri. Kempen-kempen melabel ini tidak elok. Ini suatu perkara yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Sikap melabelkan seseorang dengan pemikiran liberal membawa padah yang teruk pada orang itu untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Tetapi, apabila kita muhasabah, saya yakin label-label ini akan reda selepas ini sebaliknya kembali bersatu menjadi satu pasukan untuk menghadapi Umno-BN pada PRU14 akan datang.
Bagaimana pun, mereka yang disenaraikan sebagai parasit dan liberal semuanya dipilih semula oleh perwakilan untuk menduduki jawatankuasa tertinggi PAS Pusat.
Tidak tertinggal, mereka yang berpendidikan agama juga dipilih untuk duduki Jawatankuasa Pusat. Lapan orang berpendidikan agama yang dipilih ke Jawatankuasa PAS Pusat. Empat orang ialah muka baru.
Ini menunjukkan perwakilan PAS matang untuk memilih iaitu pelbagai golongan atau latar belakang berada dalam satu pasukan untuk mengurus parti. Bagi saya ini satu keadaan yang baik untuk parti. Bukan hanya satu golongan mentadbir parti, sama ada berpendidikan biasa dan mempunyai pendidikan khusus dalam bidang agama.
Adakah ini trend perwakilan sejak dahulu?
Ya. Ustaz Abu Bakar Chik pun bertanding untuk jawatan Naib Presiden PAS. Saya nampak perwakilan memilih di antara orang baharu yang masuk Jawatankuasa PAS Pusat dengan latar belakang pendidikan agama seperti Ustaz Nasruddin Hassan, Nik Abduh (Nik Abdul Aziz) dan Ustaz Zawawi (Salleh).
Saya nampak perwakilan mahu seimbangkan hal itu. Sebab itu golongan agamawan dan dikenali sebagai ustaz terpilih seperti Ustaz Riduan Mohd Nor. Jadi, komposisi dalam PAS Pusat itu tidak banyak berubah.
Langkah awal atau strategi Saudara membantu Presiden?
Saya akan berbincang dengan Presiden PAS dan lain-lain yang dipilih di dewan harian iaitu Presiden, Timbalan, tiga Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Ulama dan Ketua Muslimat dan akan mengesyorkan kepada jawatankuasa penuh untuk dipertimbangkan bagi perlantikan pegawai-pegawai parti iaitu seperti Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihanraya, Bendahari dan dua Penolong Setiausaha.
Ini akan dibincang dalam mesyuarat awal yang akan berlangsung pada 1 Disember nanti. Daripada sudut politik pula, untuk hadapi PRU14, nampaknya setiap perwakilan yang berucap mahu kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat dikekalkan termasuk Dewan Ulama sendiri kata, mesti dikekalkan. Perkemaskan Pakatan Rakyat.
Pandangan-pandangan yang diberi terutama sangat baik terutama untuk meningkatkan undi orang Melayu. Peningkatan itu sangat diperlukan bagi membolehkan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
Oleh itu, tumpuan dalam masa empat tahun ini ialah mendapatkan sokongan tambahan dalam kalangan orang Melayu dan bagi mencapai tujuan itu sokongan mesti disepakati bersama pemimpin PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat lain.
Tidak mengeluarkan sebarang pandangan yang boleh dieksploitasi pihak musuh dalam usaha untuk mendapatkan sokongan umum termasuk orang Melayu dan Bumiputera.
Perbincangan dengan DAP perlu diadakan daripada semasa ke semasa sebab tanpa perubahan undi Melayu PAS tidak dapat mengambil-alih Putrajya.
Jadi, Majlis Presiden mesti perkuatkan hal ini dan perbincangan retreat bersama-sama Pakatan Rakyat mesti dilakukan untuk melihat segala bentuk kelemahan dan memperbaikinya terutama dalam kerangka mendapatkan sokongan Melayu dan Bumiputera.
Tumpuan turut mesti dicari untuk mendapatkan sokongan penduduk Sabah dan Sarawak kerana itu menjadi deposit kepada BN dalam PRU13 lalu.
Sepanjang muktamar banyak isu dalaman contohnya seperti siapa kepala Pakatan Rakyat, soal PAS dipinggirkan dan rasa tidak puas hati dengan rakan komponen. Apa tindakan parti?
PAS boleh claim untuk memimpin Pakatan Rakyat jika PAS kuat. Misalnya, Presiden menyebut dalam sidang media berkali-kali. Di Pulau Pinang, kita hanya menang satu kerusi tetapi diberi pelbagai tanggungjawab termasuk dalam menerajui Jabatan Agama Islam, majlis bandaran, penghulu dan jawatan-jawatan yang lain.
PAS kalau hendak menjadi dominan mesti menang banyak kerusi. Sebab itu, siapa bakal Perdana Menteri tidak boleh diputar sebarangan. Kita bercakap soal siapa Perdana Menteri sedangkan kalau PAS memang pilihanraya umum hanya 20 kerusi tetapi rakan yang lain menang 40 kerusi, sudah tentu PAS tidak setimpal untuk menuntut kedudukan itu.
Kalau PAS menang banyak dan kemenangan itu terserlah, saya rasa mahu tidak mahu orang akan melihat PAS yang lebih berpotensi untuk mengetuai Kerajaan Persekutuan.
Nampaknya ada masalah berbangkit di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Yang menang dominan akan berkuasa penuh sehingga mencetuskan rasa tidak puashati. Perbincangan atau persefahaman antara parti pula longgar...
Ini perlu dibendung macam di Kedah. DAP menang satu kerusi. Apa yang DAP dapat dengan satu kerusi, kurang dengan apa yang PAS dapat di Pulua Pinang. Begitu jugalah di Kelantan. Apa yang KeADILan dapat kurang lagi daripada apa yang PAS dapat di Pulau Pinang.
Itu sebab parti-parti di Pulau Pinang perlu bertemu dan berbincang selalu. Saya diberitahu, sudah lama tidak diadakan mesyuarat.
Ini kesempatan yang akan diambil Umno-BN.
Kalau mereka nak bina imej Najib Tun Razak sebagai PM, mereka boleh guna duit sebanyak RM46 bilion menurut kajian yang dibuat seorang Profesor di Singapura menjelang PRU13 lalu. Jadi, apakah mereka tidak boleh habis RM2 atau RM3 bilion untuk memecahkan Pakatan Rakyat denga pelbagai cara dan strategi?
Sebab itu semua pihak terutama ahli-ahli PAS, KeADILan dan DAP mesti belajar banyak bertemu dan bermesyuarat. Kalau kita berlawan dengan cara membuat "sidang akhbar" akhirnya yang untung Umno-BN.
Bagi BN pecahnya Pakatan Rakyat itu beri keuntungan kepada mereka. Kita harap rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, bertemulah lebih kerap, berbincang.
Tentang Tahaluf Siasi. Sebelum muktamar hangat dibincangkan soal ikatan kerjasama ini. Ada yang nak perkukuh dan ada yang nak nilai semula. Tapi dalam perbahasan atau usul tidak ada perbincangan atau syor untuk mengukuhkan Tahaluf Siasi. Apa tindakan yang PAS akan lakukan selepas ini?
Pemimpin Pakatan Rakyat perlu ada 'retreat'. Duduk, sidang dua hari, tiga hari dan bincang secara serius bagaimana hendak menguatkan Pakatan Rakyat.
Memanglah dalam muktamar perwakilan bercakap secara umum tetapi yang gembiranya, walau di peringkat awal ada beri pandangan dilihat mahu mengajak Pakatan Rakyat "berpecah" tetapi akhirnya semua bersetuju utnuk perkukuh Pakatan Rakyat termasuk perlunya mengurus perbezaan pendapat.
Soal tidak setuju itu ini, perkara yang tidak sepakat memang ada dalam mana-mana organisasi. Namun, kita nampak hujah yang mahu pengukuhan dalam Pakatan Rakyat itu lebih kuat suaranya. Kalau ada yang mengajak kepada perpisahan itu tidak menonjol. Begitulah senario Muktamar PAS 22 November lalu.
Bagaimana dengan cadangan protes besar-besaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti usul yang Saudara bawa dalam muktamar?
Sekali lagi kita lihat, ini isu yang rakyat boleh faham. Kalau TPPA, rakyat tak faham. Kadang-kala orang yang hendak memberikan penerangan pun kurang faham. Kita perlukan pandangan pakar untuk fahamkan TPPA.
Cara kita memberikan penerangan itu penting iaitu rakyat dibebankan dengan cukai. Subsidi akan ditarik satu demi satu, pendapatan rakyat tidak bertambah, cukai akan dikenakan, maka rakyat akan mudah faham.
Tambahan pula, di tengah-tengah keadaan begini, Rosmah (Mansur) menggunakan jet kerajaan untuk pergi Timur Tengah yang menelan belanja ratusan ribu. Urusan peribadi.
Saya baru makan tengah hari sebentar tadi di Restoran Kayu, Subang Jaya. Kami makan tujuh orang. Hanya lauk ikan, ayam berkongsi dan air kosong. Tapi bila dikira semuanya lebih RM14 seorang. Nasi putih sahaja RM2 sepinggan. Kalau nasi kosong sahaja RM2 maka kita lihat makan tengah hari sekarang secara purata sudah cecah RM10.
Siapa yang akan ke depan kepalai himpunan ini?
Saya amat berharap ulama-ulama boleh ke hadapan menentang GST sebab mereka yang memberitahu kita, dalam sejarah, Imam Nawawi lah yang telah bangun menentang sistem percukaian yang membebankan rakyat.
Kali ini, kalau ulama kehadapan saya yakin orang Islam dan Melayu yang majoritinya masih naif dalam isu-isu ini tidak seperti masyarakat Tionghoa, akan lebih sedar. Lebih peka.
Saya harap ulama betul-betul dapat mainkan peranan bersama-sama rakyat untuk PAS sama-sama berhimpun dan membantah GST. Kita bukannya sekadar menentang GST sahaja tetapi apa yang lebih penting PAS menentang kerana dasar pencukaian ini menindas. GST tidak boleh lagi dilaksanakan selagi isu pendapatan rakyat tidak ditangani.
Sekarang ini gaji minimum buruh am baru RM900 dan jika pendapatan setakat kurang RM1,500 sekarang, terlalu parah bagi seorang individu yang tinggal di Lembah Kelang.
Kalau nasi kosong sahaja sudah RM2 sepinggan, rakyat akan mengalami masalah kewangan parah jika terus dikenakan lagi dengan cukai GST. Perdana Menteri sebut semalam (24 November 2013), bahawa "tiris" juga terjadi di negara lain. Ya! Tiris di negara lain itu ada tapi sedikit.
Tapi di negara kita, bukan "tiris" lagi. Sudah tahap "rabak" atau 'jereluih' kata orang Utara. Kalau jam dinding harga RM100 dibeli RM3,000. Itu bukan tiris. Kalau harga RM300 tapi beli RM350, itu baru betul tiris. Jadi, di Malaysia ini perbelanjaan dana awam sudah sampai tahap 'jereluih'.
PAS akan mempelopori himpunan besar-besaran ini tapi himpunan ini mungkin lambat lagi sehingga mencapai pertengahan tahun depan. Apa pengisian kepada rakyat untuk mereka faham bahaya GST ini?
'Lead' mesti NGO kerana lebih memberi kesan. Kalau parti politik dalam Pakatan Rakyat yang mengetuai, itu akan dengan mudah dimanipulasi. "Memang pembangkang, semua dasar kerajaan mahu bantah".
PAS akan membantu bahkan Pemuda PAS juga sama berjanji dan kita mahu ulama kali ini lebih terkehadapan. PAS jangan jadikan isu ini dalam konteks sekular. Ini isu pihak itu atau pihak ini. GST ini isu ekonomi yang kena pada Islam kerana agama kita menentang penindasan.
Isu antarabangsa. Banyak kali Presiden PAS ingatkan tentang konflik di Syria agar tidak tumpukan soal perbezaan mazhab. Apa reaksi Saudara?
Saya sejak awal bila saya melawat Syria bersama Pesuruhjaya PAs Melaka, Adly Zahari, ia menjadi bahan kecaman yang hebat dalam banyak laman web, Facebook.
Bagi saya apa yang berlaku di Syria ialah pertarungan merebut kuasa. Tiada kena mengena dengan mazhab sehingga menyebabkan saya mendiamkan diri tidak membalas dalam ceramah atau membuat apa-apa kenyataan.
Sampailah berlaku Tragedi Berdarah Mesir baru orang boleh faham apa yang berlaku di Syria itu akibat perebutan kuasa dengan dalang utamanya ialah Arab Saudi dan Amerika Syarikat.
Bahkan di Syria, Kerajaan Bashar tidak sempurna demokrasinya. pilihanrayanya tetapi di Mesir, demokrasi dan pilihanrayanya bersih tiada penyelewengan. Dr Morsi dipilih secara sah.
Bagaimana mereka menafikan peranan sehingga tumbangnya Kerajaan Morsi dan Arab Saudi menyokong secara terangan pemerintahan As-Sissi dan ribuan sudah mati padahal mereka daripada mazhab yang sama.
Di Somalia juga pertarungan sejak zaman Mohamad Aidid sampai sekarang. Mati sudah lebih 200,000 ketika penduduk Somalia hampir 100 peratus Muslim dan satu mazhab.
Tapi di Syria, Amerika cepat memainkan isu mazhab kerana ia strategi berkesan sebagai "isu cepat laku" untuk mengelirukan umat Islam sehingga rakan-rakan kita dalam gerakan Islam banyak melakukan kesilapan dal hal ini.
Hamas misalnya berpindah ke Qatar sebab mereka anggap mungkin Kerajaan Syria akan jatuh, kemudian ke Mesir bersama Dr Morsi danakhirnya Qatar bersekongkol dengan As-Sissi. Hari ini Hamas tersepit.
Tiada jalan lain melainkan Hamas sekarang ini kena balik bersama Iran dan inilah usaha yang sedang dilakukan termasuk oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau antara orang yang memainkan peranan supaya Hamas dan Iran berbaik semula bersama Hizbullah. Ini kerana ia pasukan terbaik menghadapi dominasi Amerika dan Israel di rantau itu.
Kerapkali umat Islam cepat keliru apabila diputarkan isu mazhab. Ini kerana ia cepat menimbulkan emosi tetapi sekarang ini baru dapat dilihat dengan jelas.
Bahkan majalah Cresent International bulan ini, muka depannya paparkan gambar pemimpin Hamas, Khaled Meshaal. Dia dedahkan bagaimana gerakan Islam kini terperangkap dalam permainan kuasa besar yang melibatkan Arab Saudi, Qatar dan negara Arab lain. Sedangkan katanya, Arab Saudi dan Qatar ialah bibit-bibit keturunan yang menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah Turki.
Soal psiko-politik masyarakat Melayu yang mudah terpukau dan tersilau dengan mainan isu-isu membabitkan kepentingan Melayu. Ini dibangkitkan oleh Presiden dalam ucapan dasar. Itu cabaran besar bagi PAS...
Politik ini melalui cara indoktrinasi. Macam kita ketahui komunis itu anti agama, tidak percayakan Tuhan, melakukan kezaliman. Saya sendiri awalnya pun anggap perkara sama tetapi saya ada keinginan untuk melawat apa kem-kem komunis ini.
Apabila saya pergi ke Kem Komunis di Betong, Kem Kampung Balak, Weng diketuai oleh Rashid Maidin. Saya juga pergi ke Kem Shukirin dekat Golok yang diketuai Abdullah CD.
Daripada sudut amalan agama, ada surau dan solat jemaahnya. Ada nikah kahwin berjalan. Saya ketika itu baru tahu (Allahyarhamah) Shamsiah Fakeh kahwin empat kali. Kahwin cerai. Maksudnya, dia hidup ikut syariah. Kalau tidak berpuluh tahun dalam hutan apa perlu berkahwin.
Orang Islam dalam Rejimen 10 bila berkahwin dengan bukan Islam, orang itu akan peluk Islam. Isteri Rashid Maidin dan Abdullah CD (Chet Dat) seorang Tionghua. Seorang gerila bernama Hendon juga bersuamikan Cina yang mengucap syahadah.
Saya lihat amalan agama mereka jauh lebih baik daripada pemimpin Umno yang kata mempertahankan agama, bangsa dan negara. Perkara yang disebut "khurafat" ini sedang dihakis sedikit sebanyak pada tahun 1999 apabila Allahyarham Ustaz Fadzil Noor kata khurafat percaya hanya Umno boleh memerintah negara dan membela Melayu mulai terungkai.
Namun, Umno bina semula rangkaian ini melalui Biro Tatanegara (BTN) dan PLKN, Jabatan Penerangan, SB dalam kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan. Kononnya kalau Umno kalah dalam pilihan raya, maka siapa nak jaga Melayu. Ini terlekat.
Apa tugas PAS dalam kes ini?
Tugas PAS berat untuk memecahkan dominasi khurafat ini. Bukan mudah. Jangan kata orang kampung. Di Shah Alam sendiri tempat elit Melayu, ramai pensyarah UiTM dan Melayu kira kelas satu, peti undi di sana, PAS kalah dalam PRU13 lalu.
Beza dengan orang Cina sebenarnya. Misalnya pada tahun 1995, isu negara Islam dan hudud dimainkan. Yang saya sebut Karpal Singh dan Lim Kit Siang pakai serban. Ditunjukkan dengan propaganda sebegitu rupa.
Hasil daripada pilihanraya itu, DAP hanya mampu menang satu kerusi saja di Pulau Pinang. Kit Siang kalah lebih 7,000 undi di Dun Tanjung Bungah. Karpal Singh kalah teruk di parlimen.
Selepas 18 tahun, propaganda sama diguna BN. "1 undi untuk DAP 1 Undi Untuk Hudud" dimainkan di suratkhabar, edar risalah, pacak tepi jalan.
Tapi masyarakat Cina sudah tidak makan dengan sentimen kaum dan agama itu. Mereka tetap mahu ubah sehingga ada saluran undi di tempat majoriti kaum Tionghoa undi calon PAS sampai lebih 90 peratus.
Sebagai Timbalan Presiden PAS, apa langkah akan dibuat untuk menyatukan semua ukhwah dalam parti?
Pemimpin kena turun di peringkat negeri-negeri. Panggil semua pihak dan terangkan dasar perjuangan parti PAS. Kepelbagaian idea perlu diterima. Saya sebut sebelum ini tentang meraikan kepelbagaian terutama peranan Presiden.
Kehadiran ustaz-ustaz muda yang balik dari Pakistan, Mesir dan Jordan perlu diberi penerangan jelas oleh Tuan Guru Presiden sendiri, atau orang-orang lama seperti Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, Ustaz Hashim Jassin dan lain-lain. Sebab keruncingan yang berlaku ini disebabkan ustaz-ustaz muda yang baru tamat pengajian melihat negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat tidak Islamik. Sejarah susur galur perjuangan PAS, jatuh bangkit itu mesti difahami dengan jelas. Juga kepayahan PAS menjalinkan persefahaman antara parti berlainan dasar, patut diketahui.
Bagaimana trend segelintir pimpinan PAS yang mendapat ruang dalam media yang PAS boikot sehingga hari ini? Presiden PAS juga sentuh hal ini semasa penggulungan.
Jika tidak dieksploitasi, teruskan tetapi pemboikotan PAS terhadap Utusan Malaysia, TV3, RTM misalnya, tidak ditarik lagi sehingga hari ini. Kalau Utusan Malaysia petik ceramah PAS, itu lain. Tapi kalau diwawancara itu, diminta respons, realitinya PAS masih tidak menarik pemboikotan itu.
Saya sendiri pernah mahu ditemubual TV3 dan RTM menjelang muktamar baru ini, tapi saya tidak mahu ditemubual kerana sifat pemberitaan yang ada padanya dan PAS memboikot mereka. Kenapa hanya dekat muktamar baru mahu temubual saya? Tentu ada muslihatnya sebab dasar media Kerajaan Umno-BN ini tidak berubah.
Begitu juga Bernama TV memanggil saya untuk diwawancara bersama Dato' Nik Amar. Saya menolak sebabnya mengapa masa PRU13 yang lepas, PAS tidak dipanggil untuk bercakap soal pilihan raya atau demokrasi? Saya nampak agenda media perdana masih tidak berubah. Itu alat Umno.
Harapan Saudara untuk sesi 2013-2015 ini?
Saya berharap kepimpinan PAS bagi penggal 2013 hingga 2015 akan dapat memberi idea-idea baharu yang baik kepada parti. Satu kombinasi yang mantap dan harap tidak timbul isu pertembungan golongan ulama dan profesional seperti pesanan Tuan Guru Presiden. Yang lepas biarkan berlalu, kita pandang ke hadapan.
Bekerja sebagai satu pasukan. Melihat seseorang bukan daripada segi latar belakang saja kerana orang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa.
Saya mahu ustaz-ustaz semua jangan bertenggek di atas kelulusan agama semata-mata. Marilah menjadi pemimpin yang dihormati, jadilah seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Pentingnya solat Subuh berjemaah
- Dec 02, 2013
- DETIK ISLAM
Solat Subuh merupakan pengukur nilai sebuah umat. Umat yang melalaikan solat Subuh berjamaah adalah umat yang tidak berhak untuk mendapat kejayaan, akan tetapi berhak untuk digantikan dengan umat yang lain.
Umat yang menjaga solat Subuh secara berjamaah adalah umat yang berhak untuk tegak kukuh di muka bumi.
Pernah salah seorang pemimpin Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal, iaitu bila jumlah jamaah solat Subuh menyamai jumlah jamaah solat Jumaat. (Insya Allah akan menjadi satu kenyataan dalam masa yang terdekat)
Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesungguhnya solat yang paling berat untuk orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan datang kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dari Uthman Bin Affan r.a berkata, sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Barang siapa yang solat Isyak berjamaah maka seakan-akan dia telah solat sunat setengah malam. Dan barangsiapa solat Subuh secara berjamaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam yang penuh." (Hadis riwayat Muslim)
Allah S.W.T berfirman: "Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan Malaikat. Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji......" (al-Isra': 78-79).
*sumber dari islamdaniman.blogspot.com
Televisyen: Kerajaan perlu beri ruang kepada Pakatan
- Dec 02, 2013
- Anis Nazri
Malah, jika tidak diberikan kepada Pakatan Rakyat sekalipun, kementerian bersedia untuk memberi ruang kepada kerajaan negeri yang berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, berkata jika kerajaan berbuat demikian, ia sesekali tidak akan menjatuhkan imej kerajaan, sebaliknya meningkatkan imej kerajaan di mata rakyat.
Berucap ketika perbahasan di Dewan Rakyat, petang ini, Hanipa menegaskan Malaysia harus mencontohi beberapa negara seperti Maldives, Venezuela, malah Kazakhstan yang memberi ruang kepada parti pembangkang negara itu untuk mempunyai stesyen tv mereka sendiri.
"Mungkin dengan menteri yang baru ini, yang saya lihat lebih mudah memahami suasana keperluan masa kini, boleh membuat satu perubahan baru dalam industri penyiaran ini," kata beliau.
Dalam pada itu, beliau turut menegur peranan yang dimainkan Lembaga Penapisan Filem (Finas) yang dilihat banyak membenarkan filem-filem berunsur tahyul dan seram, berbanding filem yang lebih membangunkan minda masyarakat.
Katanya, kerajaan mungkin boleh mengambil contoh filem dari Iran, yang tidak menyekat pembikinan filem biarpun selepas revolusi Islam, yang kadang kala lebih 'simple' tetapi mengangkat pemikiran masyarakat.
Selain Hanipa, beberapa ahli parlimen termasuk ahli parlimen BN turut menyelar lambakan filem berunsur tahyul dan seram, selain filem dan drama dari negara luar.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut membangkitkan perkara sama, selain Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman, dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.
Sementara itu, Menteri Penerangan dan Komunikasi, Datuk Shaberry Chik ketika menjawab perkara yang dibangkitkan Hanipa menegaskan kerajaan sedang menuju ke arah untuk mempertimbangkan ruang kepada Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu adakah model yang dikemukakan Hanipa itu benar-benar model yang terbaik untuk dilaksanakan di negara ini.
Malah, Shaberry turut berkata RTM sudahpun memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk ke udara ketika berlangsungnya sidang parlimen.
21 Larangan pelik di seluruh dunia
Written By canang on Sabtu, 11 Ogos 2012 | 8/11/2012 02:00:00 PTG
1. THAILAND
Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
2. SWISS
Dilarang berkebun di hari minggu.
3. SWEDEN
Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.
4. KOREA SELATAN
Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.
5. SINGAPURA
Dilarang berjalan (bogel). Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.
6. UNITED KINGDOM
Dilarang menjual sayuran di hari minggu. Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.
7. MEXICO
Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja. Dilarang memaki di tempat umum.
8. AUSTRALIA
Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama. Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.
9. GREECE
Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.
10. KANADA
Dilarang menampal pelekat luka di tempat umum. Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan. Dilarang memanjat pokok.
11. PERANCIS
Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.
12. ISRAEL
Dilarang memelihara babi di Israel. Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
13. AMERIKA (ARIZONA)
Dilarang memandu tanpa kasut. Dilarang bermain domino di hari Minggu. Dilarang memakai kumis palsu di gereja. Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api. Dilarang memandu dengan mata tertutup.
14. ALASKA
Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur. Dilarang memberi minum bir pada rusa. Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.
15. ARKANSAS
Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan. Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub. Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara. Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.
16. CALIFORNIA
Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.
17. COLORADO
Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.
18. CONNECTICUT
Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.
19. FLORIDA
Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang. Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6. Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.
20. WASHINGTON
Dilarang menyusui anak di tempat awam.
21. MALAYSIA
Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang
Kenapa Sabasun dilayan sedemikian - Raja Baharin
- Dec 03, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau telah berucap secara rasmi di Dewan Rakyat dan memberitahu seluruh menteri Umno peringkat pusat betapa teruknya pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu.
“Dan isu ini (Sabasun) kita telah bawa ke parlimen, saya sendiri telah membawa isu ini ke parlimen. Dan kita telah menekan habis-habisan kementerian yang berkenaan, kenapakah Sabasun diberi layanan sedemikian rupa?” ujarnya dipetik Buletin Online.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penganiayaan Kerajaan Negeri Terengganu terhadap pasaraya Sabasun yang dimiliki penuh oleh orang Melayu Islam dan anak jati negeri itu.
Katanya, kerajaan pusat telah menetapkan bahawa satu pasaraya besar hanya boleh dibangunkan dalam kawasan jumlah penduduk seramai 350,000 orang.
Namun, katanya kerajaan Terengganu telah melanggar garis panduan itu, bukan hanya membenarkan satu, tetapi tiga pasaraya dibina dalam jarak yang terlalu hampir.
“Mengapa garis panduan yang diguna pakai oleh pihak kementerian, contohnya garis panduan dia cakap, sebuah pasaraya kena ada 350,000 orang baru boleh. Kalau tengok (di) Terengganu, Mydin ada, Giant ada, Sabasun ada, kalau 350,000 kali 3, sudah 1 juta orang lebih, lebih kurang sama dengan kuantiti penduduk negeri Terengganu,” katanya.
Beliau melahirkan rasa hairan, mengapa kerajaan Terengganu memberikan kelulusan pembinaan pasaraya-pasaraya itu selepas Sabasun memulakan perniagaan.
Menurutnya, bagaimana kerajaan menetapkan ukuran persaingan dengan tidak mengambil kira perniagaan kecil yang banyak di Kuala Terengganu.
Akibatnya, kata beliau, ramai peniaga runcit kecil-kecilan telah’gulung tikar’ dan terpaksa menutup perniagaan, angkara pentadbiran yang ‘tidak cerdik’ kerajaan negeri.
Malangnya, kata beliau, iktibar yang berlaku di bandar Kuala Terengganu tidak diambil dan kerajaan terus melakukan kesilapan yang sama di Wakaf Tembesu.
“Bila Sabasun buka di Wakaf Tembesu, tiba-tiba kerajaan sudah luluskan Giant dan nampaknya Mydin pula akan ‘naik’ dalam lingkungan tak sampai 5 kilometer antara satu sama lain.
“Paling menyedihkan, Sabasun yang meneroka perniagaan di sana, milik Melayu, milik Islam, tidak diluluskan permohonannya, bahkan tanah milik Sabasun pula dicadangkan untuk diberikan kepada orang asing,” ujarnya kesal.
Seth Suleiman · Top Commenter
MBKT kata isu Sabasun ini adalah kesalahan Sabasun buat bangunan tambahan tanpa kelulusan MBKT.
Sememangnya, Sabasun telah beroperasi lebih 12 tahun tanpa diarah berhenti kerana tidak langgar undang2. Nampak2nya , ini bukan isu sensasi orang melayu dihalang berniaga atau ditindas; lebih kepada isu tidak patuh peraturan yang boleh diselesai dengan MBKT InsyaaAllah.
Ias Rahim · Top Commenter · Sekolah umum ulu luit 1958 - 1961
Sabasun dah lama wujud d kt. Tak tau lak org kita punya. Agaknya mentaliti mad said dan org2 seumpama dgn nya sama dgn pemimpin angola kot!
Nik Mohamad Nik Jusoh
JANGAN MENGADAI MARUAH MELAYU WAHAI PEMIMPIN2 MELAYU TRG UTK DI BERIKAN KPD BANGSA ASING, BERILAH PELUANG DAN PERMUDAHKAN UTK ORG MELAYU BERNIAGA. SAYA SEDIH TGK PEMIMPIN MELAYU TRG YG TAK NAK TOLONG ORG MELAYU. KEBANYAKAN BANGUNAN PERNIAGAAN DI PAYA KELADI DAN CABANG TIGA DIMONOPOLI ORG CINA. APA NAK JADI DGN PENTADBIR DAN PEMIMPIN MELAYU TRG....... SEDIH BERCAMPUR GERAM.
Zainodin Mohamed · Sek. Men Dato' Sulaiman Pt Sulong
yang suka menjatuhkan orang melayu kan melayu juga............
gitu juga undang-ungang islam yang menentang kan orang islam jugaaa
satu dunia pun sama jeee........selagi tak dapat bala selagi tu tak sedoooo
Najib Rosmah II · Top Commenter · Sri PErdana
Inilah nasib rakyat apabila dipimpin oleh pemimpin yang korup
Rosli Omar · Top Commenter · Sek Men Sultan Abu Bakar Kuantan
bab mcm ni susah nak ulas...ada masa sakit hati ..ada masa kesian..dah tahu sejak lama zalimnya beend tp bila bg duit rm300.kain batik ,beras,gula ...last2 kata umno pembela......
Ayahchik Pakyob · Top Commenter · SEMEKEME
Sudah terang lagikan bersuluh...inilah perumpamaan yg sesuai dgn isu hak masyarakat marhaen Tanah Melayu...isu yg telah lama subur dan akan terus disuburkan oleh pemimpin2 Melayu itu sendiri...apabila mereka tidak diberikan sesuatu yg mereka minta buat membajai perjuangan mereka akan menerima padahlah mereka yg menentangnya...Dah Lama Dah macam ni nyaaa...dah tak heran dah punnnnn...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan