Isnin, 2 Disember 2013

DAKWALAH...HUKUMLAH...HUKUM TERLEPAS ATAU TAK DAKWA PUN....MAHKAMAH ADA SATU ITU LAGI...TAK BOLEH LARI....SAKSI ANGGOTA BADAN...HUKUMANNYA TEPAT DAN ADIL....ITULAH MAHKAMAH ALLAH DIPADANG MAHSYAR NANTI

SEPANG: Siti Aishah Abdul Wahab yang dikatakan dijadikan hamba selama 30 tahun di London berjanji akan pulang ke Malaysia selepas sembilan bulan, kata kakaknya, Kamar Mahtum.

Kamar Mahtum, 79, yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari London berkata semasa pertemuan beliau dengan Siti Aishah di satu lokasi rahsia di sana Khamis lepas, adik bongsunya itu berjanji akan balik secepat mungkin selepas kerjanya di sana selesai.

"Dia banyak aktiviti di sana, di sana dia buat kerja-kerja sukarelawan membantu orang tapi saya sudah pujuk dia supaya pulang ," katanya yang tiba di KLIA bersama-sama aktivis politik Hishamuddin Rais kira-kira 7.40 pagi ini.

Katanya beliau lega apabila melihat adiknya sihat dan gembira berada di sana kerana menurut laporan akhbar seolah-olah Siti Aishah tidak sihat.

"Dia sihat fizikal dan lebih gemuk dari saya, dia juga merindui keluarga di Malaysia namun katanya keringatnya untuk membantu orang susah di sana masih diperlukan," katanya.

Sabtu lepas, media melaporkan wanita berusia 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan daripada perhambaan pada 25 Okt lepas di selatan London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.

Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School Economics di United Kingdom.

Namun ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pelajarannya.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai status agama Siti Aishah, Kamar Mahtum berkata: "Dengan saya dia sudah bagi tahu tapi antara dia dengan Allah hanya dia sahaja yang tahu". - Bernama
KUALA LUMPUR: Ramai yang sebenarnya mengharapkan agar Mukhriz Mahathir, anak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu dilantik sebagai ahli MT, sekurang-kurangnya ia menunjukkan sikap budiman dan tolak ansur Najib terhadap percaturannya yang mahu mengekallan status qou Naib Presiden dalam pemilihan lalu.

Namun, dengan mencicirkan nama Menteri Besar Kedah itu, Najib dilihat seperti meminggirkannya sekali lagi, tulis Shabudin Husin.

Menurutnya, dengan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin sudah berusia 66 tahun, Zahid Hamidi yang mendapat undi tertinggi Naib Presiden berusia 62 tahun manakala Shafie Apdal dari Sabah, tindakan Najib terus meletakkan Mukhriz "di kelas kedua" dalam barisan MT, tidak syak lagi bahawa beliau kini sedang menyulam benang-benang merah untuk dijadikan permaidani bagi dihamparkan sebagai laluan kepada sepupunya, Hishammuddin untuk mengambil alih tempatnya suatu hari nanti.

“Dalam hal ini, terlihat bahawa agenda membawa perubahan dan memperkuat Umno tidaklah sepenting agenda peribadinya,” tulis beliau di dalam blognya.

Baca lagi
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini megumumkan kadar tarif elektrik naik sebanyak 14.98 % atau 4.99 sen berkuatkuasa Januari tahun depan.

Dengan kenaikan itu harga semasa yang ketika ini 33.5 sen per kwj meningkat kepada 38.53 sen per kwj.

Pengumuman secara rasmi itu dibuat Menteri Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Turut berlaku kenaikan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus.

Minggu lalu, desas-desus itu telah timbul ketika perbahasan Perbekalan Tambahan Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air, yang mendakwa pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

[Lanjut menyusul]
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad berikrar akan meneruskan kecemerlangan PAS di negeri ini di samping berusaha mengukuhkan hubungan parti dalam Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, walau siapa yang dipilih menjadi Pesuruhjaya PAS tugas utama mesti meneruskan kecemerlangan PAS Selangor menambah jumlah kerusi negeri pada Pilihan raya Umum ke-14 nanti.

"Saya tidak dapat surat, saya tahu daripada WhatsApp dan dapat panggilan telefon pagi tadi daripada Setiausaha Politik Presiden," katanya ketika ditemui di lobi Annex, SUK tengah hari tadi.

Bagaimanapun, beliau akan menunggu surat rasmi untuk pelantikan pesuruhjaya sebelum membuat sebarang tindakan.

Ketika ditanya mungkin melantik Timbalan Pesuruhjaya PAS di kalangan Muslimat katanya, "jika saya hendak lantik pun saya akan serahkan kepada keputusan mesyuarat PAS Selangor".

Sementara itu, mantan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Othman menunaikan sujud syukur tiga kali selepas mendapat tahu keputusan tersebut.

"Saya gembira. Banyak benda yang saya percaya saya boleh buat untuk tolong tapi saya tak akan tinggalkan perjuangan. Ramai orang muda dalam PAS yang pandai berucap.. saya bukan orang yang pandai berucap dalam dewan. Tapi winnable candidate, yes (calon boleh menang, ya)," katanya.

Dr Abdul Rani Othman merupakan Adun Meru dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar manakala Iskandar A Samad adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan.
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan kredibiliti peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya dalam kes dakwaan liwat 2.

Petikaian itu ekoran pengakuan bersumpah b ekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Shafee tidak membuat laporan dakwaan rasuah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Bagaimana individu yang kredibilitinya seperti ini boleh simpan rahsia dan kini diamanahkan pula jadi pendakwa raya dalam kes saya di Mahkamah Rayuan," katanya dalan sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Anwar, di dalam pengakuan bersumpah tersebut Shafee dikatakan mempunyai maklumat dakwaan rasuah Gani berhubung kes tuntutan Pulau Batu Putih yang menyebabkan Malaysia gagal dalam tuntutan itu.

Katanya, dalam pangakuan itu Shafee turut mendakwa terdapat sejumlah wang yang besar diberikan kepada Gani dalam akaun banknya di Hong Kong.

"Umum akan terkejut dengan jumlah wang yang ada di Hong Kong atas penglibatan Gani dalam kes Pulau Batu Putih. Sebab itu Gani diberi sambutan luar biasa dan hebat oleh pemerintan Singapura setiap kali beliau ke negara itu," katanya.

Bagaimanapun Anwar akan berbincang dengan peguamnya Karpal Singh untuk mengangkat perkara itu ke Mahkamah Persekutuan bagi menggugurkan Shafee sebagai pendakwaraya dalam kes liwat.

KOTA BHARU: Kerajaan pusat hendaklah menghormati kehendak majoriti rakyat Kelantan yang memilih PAS terus menerajui negeri ini, kata pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Riduan Tee Abdullah.

“Janganlah diskriminasi mereka kerana Kelantan juga berada di bawah pentadbiran orang Islam.

“Begitu juga kalau ada hak ke atas royalti petroleum hendaklah diberi. Kelantan didiami lebih 90 peratus penduduk Islam hendaklah diberi hak, kalaulah integriti yang diambil kira.

“Hak orang Islam di atas muka bumi untuk melaksanakan syariat Islam juga hendaklah diberi,” katanya pada ceramah khas sempena Hari Integriti Peringkat Negeri di Kota Darulnaim hari ini.

Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan.

Oleh itu Dr Riduan menyarankan pemimpin Umno menerima pelawaan PAS untuk bermuzakarah bagi membincangkan hubungan antara kedua-dua parti orang Melayu tersebut.

“Jumpa dahulu untuk membolehkan duduk bersama. Itu merupakan satu pendekatan terbaik seperti diambil Menteri Besar Kelantan bertemu Perdana Menteri baru-baru ini,” ujarnya.  

Beliau turut memberitahu berasa tenang ketika berada di Kelantan kerana tulisan jawi masih dimartabatkan biar pun tulisan itu dihapus di sekolah-sekolah sejak 1978.

“Masih ada identiti Islam yang dipertahankan di sini. Di tempat lain termasuk Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sudah tidak ditemui tulisan jawi di tempat-tempat awam,” katanya.

Menteri Besar sebelum itu berkata, dalam Islam budaya integriti bukan perkara baru memandangkan Islam sudah lama memperkatakan mengenai amanah, jujur, ikhlas, bertanggungjawab serta adil.

Kata beliau menurut Ibn Manzur dalam kitabnya Lisanul Arab, akhlak yang baik ialah cerminan kepada nilai terbit daripada diri dan naluri manusia.

“Himpunan nilai baik menjadi suatu tuntutan dan syarat bagi sesuatu kerja itu diterima sebagai ibadat di sisi Allah SWT.

“Ia sekali gus menjadi imej dan standard kualiti Islam bagi setiap amalan,” katanya. 

Menurutnya juga tanpa integriti dalam melakukan tugas, negara pastinya akan berdepan dengan kehancuran.

Kata beliau pemimpin, pentadbir dan korporat yang tidak berintegriti hanya bekerja untuk memastikan poket mereka penuh.

Sementara itu pada majlis berkenaan, Penolong Pengarah Urusetia Integriti Negeri Kelantan, Wan Mohd Azam Wan Hassan menerima anugerah integriti disampaikan Menteri Besar.
Soalan
Kawan saya terpilih berkursus pendek di luar negara. Dia bernazar jika terpilih akan berpuasa beberapa hari di negara tersebut kerana ingin menguji ketahanan diri berpuasa pada waktu siang yang panjang dan malam yang pendek. Namun dia tidak sempat menunaikan nazarnya kerana haid dan terpaksa pulang ke Malaysia. Bagaimanakah dengan nazarnya? Adakah dia perlu ke luar negara semula untuk menunaikan nazar atau dikenakan denda lain?

Ulasan
Nazar dari segi istilah beriltizam untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui kewajipan yang tidak disyarakkan secara mutlak atau pun terikat dengan sesuatu. Kaffarat nazar ialah dengan memberi makan 10 orang miskin dengan makanan yang biasa ia makan untuk dirinya dan keluarganya atau memberi mereka pa¬kaian atau dengan memerdekakan se¬orang hamba. Jika semua itu tidak sanggup ia lakukan, maka ia harus berpuasa selama tiga hari, boleh berturut-turut dan boleh tidak berturut-turut.

Dalam kes kawan saudara/ saudari kalau diberi kemudahan untuk dia tunggu sehingga haidhnya kering maka ia perlu berbuat demikian. Tetapi sekiranya tidak diberi kemudahan untuk berbuat sebagaimana yang dinyatakan di atas harus dia melakukan puasa selepas balik ke Malaysia mengambil ruh ‘La yukallifullahu Nafsan Illa wusa’ha.
KUALA LUMPUR: “Kepimpinan adalah amanah dan bukannya ghanimah,” tegas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Apapun, Adun Paka itu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan pimpinan parti khususnya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah memberi kepercayaan melantik beliau sebagai Pesuruhjaya PAS negeri sesi 2013-2015.

“Terima kasih kepada Pesuruhjaya yang lalu, YB Abdul Wahid Endut yang telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga membawa kejayaan besar PAS negeri dalam PRU13 yang lalu,” ujarnya ketika dihubungi petang ini.

Beliau juga mengharapkan semua pimpinan di segenap peringkat, teman-teman, sahabat dan ahli PAS Terengganu semuanya dapat memberi sokongan dan bantuan tidak berbelah bagi untuk meneruskan bahtera perjuangan PAS di negeri ini.

“Saya bukan orang yang terbaik tetapi bersamalah kita menunaikan amanah ini demi terus menegakkan kejayaan pada masa mdatang dan di terima Allah sebagai amal soleh di akhirat nanti. Allahuakbar!” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri sesi lalu.

Mengenai pembentukan jawatankuasa PAS negeri sesi ini, beliau berkata tarikh mesyuarat belum
KUANTAN: Kira-kira 100 penduduk dari perkampungan Orang Asli Kampung Kesing, di Rompin mula dipindahkan berikutan kawasan penempatan mereka dinaiki air berikutan hujan lebat sejak semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, semua mangsa terbabit itu dipindahkan sejak 10 pagi tadi berikutan kawasan penempatan mereka dinaiki air sehingga 1 meter.
   
Maklumat lengkap mengenai proses pemindahan dan pusat penempatan pemindahan itu masih belum diperolehi, katanya ketika dihubungi di sini.
   
Sementara itu menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, pihaknya masih belum memperolehi maklumat lengkap berhubung proses pemindahan mangsa banjir terbabit.
   
Menurut jurucakap itu, laluan di Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan berhampiran Jambatan Sungai Charu kini ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan dinaiki air melebihi 1 meter. - Bernama

Tiada ulasan: